• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA BENGKEL JATI DIRI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PSSCMUKM) SESI 2015/2016 TARIKH 6-8 NOVEMBER 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA BENGKEL JATI DIRI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PSSCMUKM) SESI 2015/2016 TARIKH 6-8 NOVEMBER 2015"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA BENGKEL JATI DIRI

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PSSCMUKM)

SESI 2015/2016

TARIKH

6-8 NOVEMBER 2015

TEMPAT

KEM LUBOK MANGGIS, HULU LANGAT, SELANGOR

ANJURAN

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

(2)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

KERTAS KERJA BENGKEL JATI

PSSCMUKM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA) UKM untuk menganjurkan Bengkel Jati Diri ahli-ahli PSSCMUKM.

2.0 PENGENALAN

Program BJD ini merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan saban tahun yang dijayakan di bawah kendalian Exco-exco Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2015/2016. Program ini bertujuan memberi pendedahan secara mendalam kepada peserta yang terdiri daripada ahli-ahli baru PSSCMUKM sendiri tentang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada khususnya.

Program BJD ini juga dapat memberi peluang kepada peserta beramah-mesra dan mengenali antara satu sama lain melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di luar kampus. Selain itu, program BJD ini menjadi medium terbaik dalam mewujudkan kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik serta kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan ahli PSSCMUKM.

3.0 MISI

Melahirkan insan yang cemerlang dalam akademik bertunjangkan Seni Silat Cekak.

(3)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

4.0 MATLAMAT

Program sebegini dapat menjadikan aktiviti PSSCMUKM tidak hanya terhad kepada aktiviti yang bercorak persilatan semata-mata. Bagi PSSCMUKM adalah menjadi keperluan kepada semua ahli untuk memahami konsep jati diri dan saling mengenali antara satu sama lain.

Program ini adalah penting kerana PSSCMUKM berpandangan bahawa kekuatan komunikasi dan perhubungan yang baik sesama ahli adalah perlu ke arah memiliki sebuah persatuan yang mantap. Kemantapan persatuan akan menjadi tunjang ke arah kerjasama dalam penglibatan terhadap program-program yang akan dianjurkan PSSCMUKM, MPP UKM mahupun pihak UKM sendiri. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program ini berlangsung bagi menerapkan pemahaman pentingnya seseorang bergiat aktif dalam setiap kegiatan.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Menganjurkan suatu program berbentuk bengkel dan kursus kepimpinan kepada ahli persatuan bagi melahirkan ahli-ahli yang berkebolehan dan berdisiplin dalam segala bidang. Melatih generasi muda dalam PSSCMUKM ke arah menyediakan pelapis kepada struktur pentadbiran PSSCMUKM. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk dilaksanakan dalam program ini.

5.2 Menjalankan program di luar kampus bagi memberi sepenuh perhatian dengan membentuk satu suasana yang menarik dengan mencipta suasana yang berbeza dari UKM yang mana ahli perlu bersama dalam suatu tempoh masa yang dirancang agar pelbagai matlamat program dan aktiviti dapat membuahkan hasil yang lebih baik.

5.3 Mempelbagaikan aktiviti persatuan yang mana tidak hanya tertumpu kepada aktiviti yang berunsurkan persilatan semata-mata. Menjadi kesinambungan kepada pelbagai aktiviti persatuan yang terdahulu yang mana menunjukkkan kesan positif dari segi kepimpinan, berorganisasi dan berkomunikasi sesama ahli.

(4)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

5.4 Mengeratkan ikatan persaudaran di antara ahli-ahli baru dan ahli-ahli yang sedia ada dalam PSSCMUKM serta masyarakat sekeliling. Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli yang dapat dijadikan contoh seterusnya mengharumkan nama UKM.

5.5 Melatih ahli-ahli menguruskan sesuatu program yang mana memerlukan keupayaan berorganisasi dengan lebih baik ke arah memiliki pelajar universiti yang serba boleh dan tidak hanya cemerlang di bidang akademik. Melibatkan seramai mungkin ahli- ahli persatuan agar peserta memperoleh manfaat bagi melengkapkan diri sebagai pemimpin alaf baru, bertanggungjawab terhadap masyarakat dan mempunyai rasa cintakan budaya warisan bangsa sendiri.

6.0 TEMA

“Silat Cekak Memperkasa Generasi”

7.0 PENGANJUR

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (PSSCMUKM)

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 6-8 November 2015 Hari : Jumaat – Ahad

9.0 TEMPAT PROGRAM

Kem Lubok Manggis, 43100 Hulu Langat, Selangor.

(5)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

10.0 PUBLISITI

1. Hebahan dan promosi secara lisan ketika di dalam kelas latihan PSSCMUKM.

2. Hebahan dan promosi di Facebook Group PSSCMUKM.

3. Hebahan dan promosi melalui sistem pesanan ringkas kepada ahli-ahli PSSCMUKM.

11.0 CADANGAN PERASMI

I. Perasmian Pembukaan.

Tn. Hj. Mohd Fizol Bin Mohd Saad@Zakaria, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM.

II. Perasmian Penutup.

Dato’ Mohd Khalis Abdul Rahim, Ketua Pegawai Modal Insan TM.

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah peserta seramai 60 orang Jumlah urusetia seramai 10 orang Jumlah fasilitator seramai 6 orang Jumlah tetamu VIP seramai 4 orang

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

(6)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

16.0 BIODATA PENCERAMAH

Rujuk Lampiran D

17.0 KEPERLUAN PERKHIDMATAN / KEMUDAHAN PROGRAM

Rujuk Lampiran E

18.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UKM (PSSCMUKM), Paras 3, Bangunan Pusanika,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

Email : psscmukm@yahoo.com

19.0 PENUTUP

Semoga Bengkel Jati Diri PSSCMUKM ini akan mendapat persetujuan dan kelulusan dari pihak tuan bagi pihak kami menjayakannya. Diharapkan program ini akan dapat mengeratkan hubungan siratulrahim di antara ahli-ahli baru, lama dan jurulatih serta memberikan pendedahan yang berilmiah kepada para penuntut PSSCMUKM mengenai persatuan ini.

(7)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

Disediakan oleh :

...

NURHANANI BINTI ABDUL ROSHID Pengarah Program,

Bengkel Jati Diri,

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

No. Tel : 017-4738622

(8)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI Penaung

Y.Bhg. Prof Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni),UKM

Penyelaras

Y. Berusaha Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar , Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni (PPMPA), UKM Penasihat

Puan Kalthum Binti Ibrahim Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yang di-Pertua

Mohamad Fikri Makram Bin Wan Mohd Rosdi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia.

(FPEND/5/017-9054074)

Pengarah

Nurhanani Binti Abdul Roshid FEP/3 A143211 017-4738622

Timbalan Pengarah

Norfatin Syuhada Binti Othman FEP/2 A147676 011-19912540

Setiausaha

(9)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

Noratiqah Binti Masri FEP/2 A147944 012-7688671

Bendahari

Nurul Fakhriah Binti Ismail FST/2 A151004 013-5389425

AJK Program : Nor Shafina Binti Ghazali FKAB/2 A150728 : Nor Julia Hanim Binti Basir FSSK/2 A150914

AJK Cenderamata & Publisiti : Saidatul Nursyida Binti Mat Rahim FEP/2 A148277 : Nor Aminah Binti Khalib FPEND/2 A151418

AJK Makanan : Nor Shahira Shafyka Binti Jafri FKAB/2 A150788 : Nur Deanna Binti Zulkifli FST/2 A149175 AJK Protokol : Afieqah Binti Mohd Zulkefly FST/2 A151375 : Nur Azilah Baharuddin FST/2 A148328

AJK Pendaftaran & Penginapan : Syahirah Binti Md. Zamri FPI/3 A146794 : Nur Shahira Binti Ibrahim FPI/3 A144761

AJK Peralatan & Teknikal :Muhammad Sulaiman Bin Norsham FST/2 A151733

AJK Pengangkutan : Siti Norasikin Binti Mohd Poizi FEP/2 A147779

AJK Keselamatan : Amin Khalili Bin Alias FKAB/2 A149928

: Erwina Binti Abd Harin FSSK/2 A150922

(10)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

______________________________________________________LAMPIRAN B ATURCARA PROGRAM

TARIKH DAN MASA

PERKARA TEMPAT

6 November 2015 (Jumaat)

3.00 petang Berkumpul di Pusanika, UKM.

 Peserta melaporkan diri

Pusanika, UKM

3.30 petang Bergerak ke Kem Lubok Manggis 5.30 petang Tiba di tempat program, Check In

 Pendaftaran semua peserta program dan pembahagian kumpulan

 Taklimat keselamatan

 Pengurusan diri

 Makan malam

Kem Lubok Manggis

8.00 malam Taklimat program oleh Pengarah dan aktiviti perkenalan

9.00 malam Majlis Perasmian

 Ucapan Pengarah Program BJD 15/16

 Ucapan YDP PSSCMUKM

 Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat

 Penyampaian cenderahati kepada Perasmi 10.00 malam Ceramah 1: Rasional Silat Cekak Dalam

Memperkasa Generasi Moden oleh Encik Roslin Bin Ali Omar (Naib Presiden II PSSCM)

12.00 t/mlm Majlis ditangguhkan

 Penerangan aktiviti hari berikutnya

(11)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

 Tidur

7 November 2015 (Sabtu)

6.00 pagi Bangun pagi dan pengurusan diri

 Solat subuh berjemaah

7.00 pagi Senaman aerobik dan nyanyian lagu Negaraku, dan latihan Lagu Warisan Mutlak

7.45 pagi Sarapan Pagi

9.00 pagi Aktiviti 1 (Ice Breaking)

 Suai Kenal

10.00 pagi LDK 1 (Aktiviti Berkumpulan)

 Berpecah mengikut kumpulan

 Organisasi

12.30 t/hari Rehat

 Pengurusan Diri

 Makan Tengahari 1.30 petang  Solat Zohor Berjemaah 2.00 petang LDK 2 (Aktiviti Berkumpulan)

 Perbincangan

4.00 petang Rehat

 Minum Petang

 Solat Asar Berjemaah 5.00 petang Aktiviti 2 (Cekak Cekap IQ) 6.00 petang Aktiviti riadah dan senaman petang 7.00 malam Pengurusan Diri

 Solat Maghrib Berjemaah

 Makan Malam

8.30 malam Ceramah 2:

Masih Relevankah Silat Pada Masa Kini Khususnya Kepada Mahasiswa oleh Ar. Dr.

(12)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

11.00 malam

Mastor Bin Surat ( Felo Kanan Jabatan Seni Bina,FKAB, UKM)

Taklimat keselamatan 11.30 malam Aktiviti 3 (Night Walk) 12.30 pagi Majlis ditangguhkan

 Penerangan aktiviti hari berikutnya

 Tidur

8 November 2015 (Ahad)

6.00 pagi Bangun pagi dan pengurusan diri

 Solat subuh berjemaah

7.00 pagi Nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu Warisan Mutlak, riadah dan senaman pagi.

8.00 pagi Minum Pagi

8.30 pagi Aktiviti 4 (Sukaneka/Permainan Rakyat) 9.30 pagi

12.30 t/hari

Aktiviti 5 (Cekak Race & Treasure Hunt) Rehat

 Pengurusan Diri

 Makan Tengahari 1.30 petang Solat Zohor Berjemaah

2.00 petang LDK 3 (Aktiviti Berkumpulan)

 Pembentangan hasil perbincangan 3.00 petang Majlis Penutup

 Ucapan penutup oleh Dato’ Mohd Khalis Bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Modal Insan TM.

4.00 petang Check Out

4.30 petang Bergerak Pulang ke UKM

(13)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA RM

1. Sumbangan PPMPA Yuran

 Yuran Peserta (RM80 × 70)

600.00 5,600.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 6,500.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

PESERTA

Makanan dan Penginapan :-

 RM70 x 70 orang VIP

Penginapan

 RM 80 x 2 chalet x 2 malam Makanan

 RM 15 x 10 orang Cenderamata Program VIP

 RM 40 x 4 orang PESERTA

 RM 40 x 5 Hamper Peralatan Aktiviti

 Fail

 Tag Nama

 Fotostat (buku aktiviti)

 Bahan LDK dan sukaneka

4,900.00

320.00 150.00

160.00

200.00

(14)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

5.

RM10 x 70 orang Pengangkutan (sewaan)

700.00 170.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 6,500.00

Jumlah Perbelanjaan= RM 6,500 Jumlah Pendapatan= RM 6,500 Defisit = RM 0

(15)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

LAMPIRAN D

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI

BORANG BIODATA PENCERAMAH / AHLI PANEL LUAR

NAMA & NO KAD PENGENALAN

Ar. Dr. Mastor Bin Surat

NO. TELEFON & E-MEL mastor@myempayar.com

ALAMAT PEJABAT

Universiti Kebangsaan Malaysia

LATAR BELAKANG KERJAYA &

KELAYAKAN PROFESIONAL Merupakan pensyarah serta Felo Kanan di Jabatan Seni Bina FKAB, UKM

PENGALAMAN/ PENGLIBATAN

Masih bergiat aktif meskipun sudah menamatkan pembelajaran dalam PSSCM dan turut dilantik sebagai arkitek untuk pembinaan bangunan PSSCM Keramat.

ULASAN DAN PENGESAHAN OLEH PENASIHAT

TANDATANGAN TARIKH

COP RASMI

20/10/2015

(16)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI

BORANG BIODATA PENCERAMAH / AHLI PANEL LUAR

NAMA & NO KAD PENGENALAN

En. Roslin Bin Ali Omar

NO. TELEFON & E-MEL Rozidah.wahab@yahoo.com

ALAMAT PEJABAT

Universiti Kebangsaan Malaysia

LATAR BELAKANG KERJAYA &

KELAYAKAN PROFESIONAL Merupakan pelajar pasca siswazah UKM dan juga Naib Presiden II PSSCM

PENGALAMAN/ PENGLIBATAN

bergiat aktif dalam persatuan hampir 40 tahun dan mempunyai pengalaman yang begitu luas dari segi persilatan, perguruan dan persatuan yang sering ditekankan dalam PSSCM

ULASAN DAN PENGESAHAN OLEH PENASIHAT

TANDATANGAN TARIKH

COP RASMI

20/10/2015

(17)

“SILAT CEKAK MEMPERKASA GENERASI”

LAMPIRAN E

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI

KEPERLUAN PERKHIDMATAN / KEMUDAHAN PROGRAM

A. KENDERAAN

Bil. Perkara Kuantiti

1. Bas 2

B. PERALATAN MAJLIS

Bil. Perkara Kuantiti

1. Heler 1

C. KEPERLUAN ELEKTRIK

Bil. Perkara Kuantiti

1. Set Sistem Siaraya 1

2. Mikrofon 2

3. Layar Putih 1

4. Projektor 1

Referensi

Dokumen terkait