• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3,"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

TEKNOVASI DALAM INDUSTRI PERTANIAN: ISU DAN CABARAN INDUSTRI PERLADANGAN KELAPA SAWIT

Nur Syazwani Mohd Nawi 1 , Baba Md Deros 2 , Norani Nordin 2 , Mohd Nizam Ab Rahman 2, Ezrin Hani Sukadarin 3

ABSTRAK

Teknologi dan inovasi atau juga dikenali sebagai teknovasi memberi banyak implikasi positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara di seluruh dunia. Penggunaan teknovasi masa kini seharusnya melibatkan semua lapisan masyarakat dan merangkumi semua aspek kehidupan, pembangunan dan kemajuan. Namun begitu, penerimagunaannya masih belum meluas dan mendapat banyak halangan dan cabaran terutamanya dalam industri pertanian.

Industri pertanian merupakan salah satu sektor penting dan memainkan peranan utama sebagai sektor yang berjaya mengembangkan tamadun dunia. Walaubagaimanapun, industri ini masih mundur dari segi penggunaan alatan teknovasi. Kebanyakan pekerja masih menggunakan alatan kerja manual. Justeru itu, kajian ini memfokuskan kepada isu dan cabaran yang dihadapi dalam penerimagunaan teknovasi di ladang kelapa sawit. Pelbagai isu yang telah dikenalpasti memberi halangan dalam penggunaan teknovasi seperti pihak pengurusan, sikap pekerja, keadaan kerja, persekitaran kerja dan alatan kerja. Dapatan kajian ini membantu merungkaikan permasalah yang dihadapi dan diharapkan dapat meningkatkan penggunaan teknovasi.

Kata Kunci: industri pertanian, industri kelapa sawit, teknologi, inovasi, teknovasi

PENGENALAN

Teknologi dan inovasi (teknovasi) telah menjadi salah satu komponen kompetitif utama (Tai-Yue & Shih-Chien, 2007). Kini setiap lapisan masyarakat dan organisasi sangat memerlukan kehadiran teknovasi. Cabaran-cabaran globalisasi seperti ekonomi dunia yang tidak stabil, bencana alam dan perubahan iklim serta teknologi maklumat dan komunikasi yang kian maju telah mengubah kaedah pengurusan dan cara bekerja. Kapasiti dan kemampuan pelaksanaan teknovasi adalah amat diperlukan untuk mempertingkatkan sumbangan kepada pembangunan ekonomi (Diaconu, 2011). Kepentingan teknovasi pada masa kini terhadap pembangunan negara dan sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi dan kekayaan negara telah didokumenkan secara meluas (Bagherinejad 2006; Tai- Yue & Shih-Chien 2007). Begitu juga dengan kerajaan Malaysia yang turut memberikan perhatian serius terhadap isu teknovasi ini dalam struktur pembangunan sains dan teknologi.

Ini menunjukkan betapa pentingnya teknovasi pada masa kini. Dengan adanya teknovasi, ia akan dapat membantu dalam memberikan keperluan asas bagi menjana pertumbuhan.

Apatah lagi, pada masa kini kebanyakan firma perlu berhadapan dengan kesan-kesan dari peluang-peluang teknovasi untuk memastikan terus dapat bertahan dalam persekitaran yang kompetitif.

Namun begitu, dalam negara mengejar arus kemodenan teknovasi ini, sebenarnya masih terdapat banyak masalah disebaliknya. Ramai pengguna yang tidak berpuas hati terhadap penggunaan teknovasi serta menolak penggunaannya, walhal ia dianggap satu ejen yang boleh membantu meningkatkan prestasi (Bao 2009; Bergfors & Lager 2011). Hasil kajian-kajian lepas berkaitan penerimagunaan teknovasi di seluruh dunia mendapati bahawa majoriti pekerja masih di peringkat rendah dalam penggunaan teknovasi (Mazuki et al., 2012;

1 Sekolah Pengurusan Teknologi dan Logistik, Universiti Utara Malaysia

2 2Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

3 3Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Malaysia Pahang

ID22

(2)

Saleh, Haris, & Ahmad, 2014; Waehama, McGrath, Korthaus, & Fong, 2014). Masalah penolakan teknovasi ini berlaku di dalam pelbagai sektor namun kajian ini memberi tumpuan kepada penggunaan teknovasi fizikal atau teknologi keras seperti mesin, peralatan, teknologi mekanisasi dalam industri perladangan kelapa sawit di Malaysia. Industri kelapa sawit telah dipilih kerana ia adalah salah satu daripada pemacu utama sektor pertanian Malaysia yang menyumbang 71% daripada keluasan tanah pertanian negara. Malaysia juga adalah pengeksport terbesar minyak sawit mentah ke pasaran dunia selama 16 tahun yang lepas.

Walau bagaimanapun pencapaian ini masih dibayangi oleh kaedah kerja konvensional atau manual dan memerlukan tenaga kerja yang ramai.

REVOLUSI INDUSTRI PERTANIAN MALAYSIA

Pada zaman sebelum kemerdekaan iaitu antara tahun 1800-1957, sektor pertanian telah dibahagikan mengikut dua fahaman iaitu sektor perladangan dan sektor pekebun kecil (Faridah Ahmad 2001). Sektor perladangan di dominasi oleh pihak Eropah dan ia mengkhususkan dalam beberapa tanaman komersil seperti getah dan kelapa sawit.

Manakala sektor pekebun kecil, kebanyakannya dimiliki oleh petani Melayu yang terlibat dalam penanaman padi tradisional. Pada zaman ini, terdapat perbezaan ketara dari segi ekonomi organisasi dan teknologi oleh sektor pekebun kecil dan perladangan. Kesannya, produktiviti dan tahap pendapatan setiap sektor adalah jauh berbeza.

Selepas kemerdekaan, industri pertanian semakin berkembang maju dan kini telah dikenali sebagai enjin pertumbuhan dan modenisasi negara. Era selepas kemerdekaan ini berterusan dengan penanaman berskala besar tanaman kontan eksport seperti kelapa sawit.

Getah dan kelapa sawit terus mengetuai sebagai penyumbang dominan kepada industri pertanian negara. Pelbagai dasar dan misi pertanian telah diwujudkan. Antaranya ialah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) pada tahun 1998-2010, kerajaan telah meletakkan usaha untuk memastikan sumber pertanian dapat digunakan secara optimum bagi memaksimumkan pendapatan industri pertanian. Kemudiannya, DPN3 digantikan dengan Dasar Agromakanan Negara (Siwar, Idris, Yasar, & Morshed, 2014) yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara bagi memenuhi peningkatan permintaan dan pembangunan nilai pertanian yang semakin tinggi (Faridah Ahmad 2001).

INDUSTRI KELAPA SAWIT DI MALAYSIA

Dalam bidang pertanian, terdapat banyak jenis komoditi seperti getah, koko, padi dan kelapa sawit (Indrani, Siwar, Hossain, & Vijian, 2001). Kejatuhan harga getah pada tahun 1920-an, menyebabkan sawit mula dilihat sebagai tanaman yang berpotensi pada masa hadapan (Basiron 2007). Kini, kelapa sawit atau dengan nama saintifiknya, elaeis guineensis telah menjadi minyak sayuran tropika yang paling penting dalam pasaran global untuk pasaran minyak dan lemak. Dalam tempoh 1995-2010, pengeluaran minyak sawit adalah lebih dari tiga kali ganda 46.7 juta tan, yang dihasilkan oleh dua negara pengeluar utama iaitu Indonesia dan Malaysia (Basiron, 2007; Panapanaan et al., 2009). Penggunaan minyak sawit terus berkembang secara mendadak (Panapanaan et al., 2009). Minyak sawit telah diperakui satu-satunya minyak makan yang kerap dilakukan penyelidikan oleh ahli sains dan para pakar makanan yang terkemuka di dalam dan luar negeri. Selain daripada penggunaannya untuk makanan isi rumah, minyak sawit juga digunakan untuk tujuan perindustrian dan pendapatan penting dalam pertukaran eksport asing. Minyak sawit juga semakin digunakan sebagai bahan api, terutamanya di Eropah walaupun penggunaan bagi penyediaan makanan masih dikuasai tinggi berbanding bahan api.

PERLADANGAN KELAPA SAWIT DI MALAYSIA

Kebiasaannya, pokok kelapa sawit mula berbuah antara bulan ke 24 dan 30 selepas

ditanam dan penuaian dilakukan setelah empat tahun penanaman. Setiap tandan buah yang

masak dipanggil BTS iaitu buah tandan segar. Setiap pokok menghasilkan tandan yang

(3)

mempunyai kepadatan isi seberat 10 hingga 25 kilogram dengan anggaran 1000 hingga 3000 isi setiap tandan (Basiron & Weng 2004) (Govindarajo, Kumar & Ramulu 2014). Pokok ini akan terus mengeluarkan hasil secara produktif selama anggaran 20-30 tahun. Secara keseluruhannya, penuaian buah di ladang kelapa sawit merangkumi empat aktiviti utama iaitu menuai buah tandan segar (BTS), mengutip BTS, memuatkan BTS ke lori untuk dihantar ke kilang pemprosesan dan kerja-kerja berjadual seperti meracun, membaja, memotong pelepah dan tandan. Jadual 1 aktiviti kerja harian di ladang kelapa sawit.

Jadual 1 Aktiviti harian pekerja ladang kelapa sawit Aktiviti di ladang kelapa sawit Deskripsi aktiviti

Menuai buah

Rajah 1 Menuai buah

Penuai buah memotong BTS menggunakan alatan manual pahat atau sabit

Mengutip buah

Rajah 2 Mengutip BTS

Pekerja mengutip buah menggunakan besi tajam dan memuatkan ke dalam kereta sorong. Pekerja akan berjalan dari pokok ke pokok sehingga penuh muatan kereta sorong.

Mengutip buah lerai dan mengumpulkan buah

Rajah 3 Mengumpul BTS

Pekerja mengumpulkan BTS di tepi

jalan kecil bagi memudahkan

pemindahan BTS ke atas lori. Selain

itu, buah lerai juga tururt dikutip

kerana ianya masih bernilai.

(4)

Rajah 4 Buah lerai Kerja-kerja sampingan

(setiap petang atau hujung minggu)

Rajah 5 Memotong pelepah

Pekerja melakukan aktiviti-aktiviti seperti mencantas dahan pokok, membuang semak samun, meracun dan membaja.

Namun, prestasi industri kelapa sawit Malaysia semakin merosot. Jika dahulunya, Malaysia merupakan pengeluar terbesar minyak kelapa sawit. Kini, pengeluar terbesar minyak sawit dunia adalah Indonesia. Kejatuhan prestasi pengeluaran minyak kelapa sawit Malaysia memerlukan negara mencari alternatif segera untuk mengatasinya. Salah satu cara untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui penggunaan teknovasi mekanisasi di ladang untuk proses-proses penuaian. Kajian Jelani et al. (2008) turut menyokong dengan menyatakan antara perkara yang perlu diberi penekanan adalah penguatkuasaan terhadap alatan jentera mekanisasi di ladang.

TEKNOVASI PERLADANGAN KELAPA SAWIT

Untuk kekal berdaya saing dalam pasaran global, industri pertanian negara ini perlu

meningkatkan produktiviti melalui peningkatan teknologi utamanya. Inovasi yang diserap ke

dalam pertanian konvensional termasuklah penggunaan jentera mekanisasi atau

pembangunan mesin pertanian baru, seperti menggabungkan traktor, pembajak dan

pembangunan hasil benih dan tumbuhan berkualiti tinggi. Sehingga kini, terdapat pelbagai

teknovasi jentera mekanisasi yang telah dihasilkan untuk kegunaan di dalam pelbagai sektor

pertanian bagi membantu kerja-kerja petani. Sebagai contoh, penggunaan jentera teknovasi

untuk aktiviti penanaman padi di Iran mendapat sambutan menggalakkan sehingga tidak

mencukupi untuk menampung operasi kerja. Mereka memerlukan lebih banyak teknovasi

untuk digunakan bagi setiap aktiviti-aktiviti dalam penanaman padi (Firouzi, 2015). Begitu

juga di India, walaupun mempunyai banyak halangan dalam penerimagunaan teknovasi,

terutamanya dari segi tenaga buruh dan kos, namun para petani tetap menggunakan alatan

teknovasi bagi meringankan beban mereka dalam melakukan kerja. Mereka percaya bahawa

dengan menggunakan alatan teknovasi, ia mampu membantu mereka untuk meningkatkan

kualiti produk India dan menjana pertumbuhan eksport utama (Singh 2006).

(5)

Tidak ketinggalan dengan pembangunan dan kemajuan bagi sektor perladangan kelapa sawit di Malaysia di mana telah banyak teknovasi yang terhasil. Pembangunan teknovasi ini melibatkan orang persendirian dan syarikat-syarikat swasta. Penciptaan pelbagai jenis alatan teknovasi merupakan suatu yang sangat membanggakan. Pakar teknologi percaya bahawa inovasi berfaedah akan menjadikan idea baru tersebut dapat meresap dengan pantas dan disedari oleh penerima yang berpotensi. Rajah 6 menunjukkan beberapa contoh alatan teknovasi yang telah dihasilkan untuk kegunaan kerja-kerja penuaian di ladang kelapa sawit

Rajah 6 Contoh jentera mekanisasi di ladang kelapa sawit Sumber: MPOB 2010

KAEDAH KAJIAN

Kajian kualitatif telah dijalankan bagi menerokai permasalahan yang wujud di ladang kelapa sawit. Kajian ini telah dijalankan di beberapa ladang kelapa sawit yang dipilih sekitar Negeri Kedah seperti Baling dan Sungai Petani. Aktiviti pemerhatian dan temuramah bersama pekerja dan pengurus ladang kelapa sawit bermula awal pagi sehingga petang.

Kutipan data yang dilakukan adalah memfokuskan kepada penggunaan alatan teknovasi semasa bekerja di ladang kelapa sawit serta isu dan permasalahan yang mereka hadapi.

Mesin bantuan udara untuk memisahkan buah lerai Pengangkut pelbagai guna

Mesin cantas Mesin kereta sorong

pelbagai guna

(6)

ISU DAN CABARAN DI LADANG KELAPA SAWIT

Penggunaan teknovasi diharapkan dapat memberikan banyak manfaat kepada manusia. Namun begitu, hasil keputusan dari kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat banyak halangan dan cabaran semasa dalam pelaksanaan sesuatu teknovasi. Majoriti daripada tahap pelaksanaan juga masih diperingkat permulaan walaupun di negara-negara maju. Kerumitan dan penolakan penggunaan teknovasi menunjukkan terdapat pelbagai masalah yang wujud dalam penerimaan dan penggunaan teknovasi. Menurut Rogers (2003), kebanyakan inovasi sebenarnya meresap pada kadar perlahan dan mengecewakan.

Penerimagunaan teknovasi melalui proses yang rumit dan diterima dalam kadar penyebaran yang sangat perlahan, sedangkan teknovasi sangat penting untuk membantu mengurangkan kemiskinan negara Pakistan. Ianya turut diperdebatkan oleh Bao (2009) yang menyatakan sejumlah besar teknovasi telah gagal di pasaran walaupun ia memberi banyak manfaat kepada ekonomi dan firma. Tidak terkecuali bagi penggunaan teknovasi oleh pekerja-pekerja ladangkelapa sawit juga masih diperingkat rendah. Terdapat banyak permasalahan dalam pelaksanaan teknovasi di dalam ladang kelapa sawit. Hasil analisa yang dibuat, isu dan cabaran di ladang kelapa sawit adalah berpunca dari lima skop iaitu keadaan kerja, persekitaran pekerja, pengurusan dan alatan kerja.

i) Keadaan Kerja

Kerja-kerja di ladang kepala sawit adalah sangat mencabar. Pekerja ladang terdedah kepada masalah keselamatan dan kesihatan semasa menjalankan kerja-kerja rutin di ladang. Ini kerana, setiap hari pekerja perlu melakukan aktiviti-aktiviti berat dan berulang- ulang. Justeru itu, melihat kepada keadaan keperluan tugas, masalah ergonomik dan risiko bahaya tidak dapat dielakkan. Mengikut konteks kajian ini, pekerja ladang berhadapan dengan dua risiko ergonomik kerja iaitu kecederaan fizikal melalui penggunaan jentera teknovasi di ladang seperti pekerja mengalami kecederaan disebabkan terkena mata pisau mesin semasa sedang melakukan kerja-kerja harian. Manakala risiko kedua ialah terhadap kesihatan tubuh badan pekerja melalui pergerakan posisi kerja semasa menjalankan aktiviti kerja harian seperti pekerja mengalami sakit anggota badan akibat pergerakan berulang- ulang semasa kerja. Disebabkan hal ini, pekerja menolak untuk menggunakan jentera teknovasi semasa bekerja.

ii) Persekitaran Kerja

Persekitaran ladang kelapa sawit yang di kelilingi hutan, dipenuhi semak-samun dan berbukit juga menjadi salah satu punca kepada penolakan teknovasi. Hal ini kerana, persekitaran sebegini menyukarkan pergerakan jentera teknovasi di ladang. Tidak semua jentera dapat digunakan kerana ia perlu disesuaikan mengikut keadaan muka bumi ladang.

Jika ladang bercerun dan berbukit, ia hanya boleh menggunakan jentera yang bersaiz kecil.

Begitu juga jika persekitaran yang dipenuhi semak samun. Justeru itu, pekerja merasakan dengan menggunakan mesin teknovasi di dalam ladang akan melambatkan pergerakan mereka untuk mengutip buah sebanyak mungkin.

iii) Pekerja

Majoriti daripada pekerja ladang kelapa sawit adalah terdiri dari pekerja asing. Faktor

kekurangan tenaga buruh tempatan dan kos buruh asing lebih rendah telah mendesak

organisasi untuk membawa masuk lebih ramai tenaga buruh asing. Kebanyakan tenaga

burung asing takut untuk menggunakan alatan teknovasi. Selain itu, mereka juga

mempunyai pendidikan rendah yang menyukarkan lagi proses pembelajaran dan penerapan

ilmu baru. Mereka sukar untuk melakukan perubahan. Mereka masih mengekalkan amalan-

amalan pertanian lama atau penggunaan alatan tradisional iaitu secara manual berbanding

mekanikal. Hal ini semakin merumitkan kerana telah diketahui umum bahawa pengunaan

(7)

alatan manual akan memberikan lebih banyak kesan negatif kepada pekerja itu sendiri kerana, untuk jangka masa panjang mereka akan mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti sakit otot rangka (MSDs).

iv) Pengurusan

Pihak pengurusan ladang berhadapan dengan pilihan yang kompleks dengan pelbagai teknovasi yang terhasil. Ditambah pula, tidak semua organisasi mampu mengguna pakai teknovasi disebabkan oleh beberapa kekangan seperti kekurangan modal. Kesan daripada kekurangan modal, pihak pengurusan tidak menyediakan latihan penggunaan jentera teknovasi secara berterusan. Sedangkan latihan adalah suatu keperluan asas setelah penerimaan sesuatu teknovasi dilakukan. Pekerja akan menjadi mahir melalui latihan efektif secara konsisten. Selain itu penyelenggaraan jentera juga tidak dapat dilakukan. Kos untuk membaik pulih sesebuah jentera teknovasi adalah tinggi. Oleh yang demikian, hanya ladang-ladang besar sahaja mampu untuk memiliki jentera teknovasi. Pengurusan ladang juga kekurangan tenaga mahir untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti di ladang. Kebanyakan pekerja di ladang adalah berpendidikan rendah dan kurang pengetahuan tentang pengendalian. Pekerja-pekerja lebih selesa untuk bekerja mengikut apa yang mereka telah biasa lakukan.

v) Alatan Kerja

Kegagalan dalam penerimagunaan teknovasi berlaku dipercayai berpunca dari banyak sebab seperti keadaan fizikal alatan yang tidak fleksibel, tidak praktikal dan kos yang tinggi. Selain itu, antara punca lain adalah permasalahan semasa proses pemindahan teknologi dari pemilik asal atau pencipta teknologi kepada pengguna. Di antara permasalahan yang di hadapi semasa proses pemindahan ialah seperti memerlukan kos yang tinggi, proses yang rumit dan banyak saluran-saluran pemindahan yang perlu dilalui, sukar untuk mendapatkan alatan yang sesuai dan tiada kepakaran. Kebanyakan pekerja juga tidak berpuas hati dalam penggunaan alatan teknovasi untuk pekerjaan harian mereka kerana faktor fizikal alatan teknovasi itu sendiri termasuk fungsi dan rekabentuk yang tidak ergonomik. Antara masalah yang kerap dilaporkan seperti saiz yang terlalu besar, berat, sukar dibawa, mempunyai getaran yang tinggi dan mengalami simptom sakit di beberapa bahagian badan kesan dari penggunaan teknovasi tersebut

KESIMPULAN

Isu-isu yang wujud seharusnya di ambil tindakan segera kerana dengan penggunaan

penguatkuasaan jentera teknovasi di ladang kelapa sawit, ianya akan membantu

meringankan beban kerja pekerja. Teknovasi menjadikan kerja lebih mudah kerana tugas-

tugas tidak lagi dilakukan secara manual. Penggunaan teknovasi juga boleh menyelesaikan

beberapa masalah mudah seperti mengurangkan bilangan pekerja asing dan meningkatkan

kecekapan kerja. Kos pengeluaran yang semakin meningkat dan harga komoditi yang

semakin lemah akibat daripada pasaran persaingan yang semakin besar memaksa sektor

peladangan untuk mencari teknik pengeluaran yang lebih baik bagi mengurangkan kos dan

memaksimumkan keuntungan. Dengan penggunaan jentera, produktiviti dan kecekapan

kerja dapat ditingkatkan dan ia mengurangkan keperluan buruh asing dan mengatasi

masalah kekurangan tenaga buruh di ladang. Pelaburan teknovasi yang terbaik adalah yang

sesuai dengan tugasan pekerja, selesa digunakan, berkesan dan cekap. Jika organisasi

mahu menyesuaikan alat teknovasi, ia perlu sesuai dengan tugasan dan amalan kerja

pekerja mereka. Apabila pekerja merasa selesa untuk menggunakan alatan tersebut dan

ditambah pula alatan tersebut membantu mereka menyelesaikan tugasan dengan lebih

pantas, mereka akan lebih berminat untuk terus menggunakannya.

(8)

RUJUKAN

Ahmad, F. (2001). Sustainable agriculture system in Malaysia. Regional Workshop on Integrated Plant Nutrition System, (September), 18–20.

Bagherinejad, J. (2006). Cultivating technological innovations in Middle Eastern countries:

Factors affecting firms ’ technological innovation behaviour in Iran. Cross Cultural Management: An International Journal, 13(4), 361–380.

Bao, Y. (2009). Organizational Resistance to Performance-enhancing Technological Innovations : A Motivation-Threat-Ability Framework. Journal of Business & Industrial Marketing, 24(2), 119–130.

Basiron, Y. (2007). Palm Oil Production through Sustainable Plantations. European Journal Lipid Science Technology, 109, 289–295.

Basiron, Y., & Weng, C. K. (2004). The Oil Palm and its Sustainability. Journal of Oil Palm Research, 16(1), 1–10.

Bergfors, M., & Lager, T. (2011). Innovation of Process Technology: Exploring Determinants for Organizational Design. International Journal of Innovation Management, 15(5), 1113–1140.

Diaconu, M. (2011). Technological Innovation : Concept , Process , Typology and Implications in the Economy. Theoretical and Applied Economics, 563(10), 127–144.

Firouzi, S. (2015). A Survey on the Current Status of Mechanization of Paddy Cultivation in Iran : Case of Guilan Province. International Journal of Agricultural Management and Development, 5852, 1.

Govindarajo, N. S., Dileep Kumar, M., & Ramulu, S. S. (2014). Identifying, categorizing and setting variables on ergonomics issues in oil palm plantations. Asian Social Science, 10(16), 113–122.

Indrani, T., Siwar, C., Hossain, M. A., & Vijian, P. (2001). Situation of Agriculture In Malaysia - A Cause For Concern (September). Malaysia: Education and Research Association for Consumers.

Jelani, A. R., Hitam, A., Jamak, J., Noor, M., Gono, Y., & Ariffin, O. (2008). Cantas – A Tool for The Efficient Harvesting of Oil Palm Fresh Fruit Bunches. Journal of Oil Palm Research, 20, 548–558.

Mazuki, R., Man, N., Omar, S. Z., Bolong, J., D’Silva, J. L., & Mohammed Shaffril, H. A.

(2012). Technology Adoption among Fishermen in Malaysia. Journal of American Science, 8(12), 1–4.

Panapanaan, V., Soukka, R., Heinimö, J., Helin, T., Kujanpää, M., & Linnanen, L. (2009).

Sustainability of palm oil production and opportunities for finish technology and know- how transfer (1st ed., Vol. 5). Lappeenranta University of Technology.

Saleh, A. M., Haris, A., & Ahmad, N. (2014). Towards a UTAUT-Based Model for the Intention to use Solar Water Heaters by Libyan Households. International Journal of Energy Economics and Policy, 4(1), 26–31.

Singh, G. (2006). Agricultural Machinery Industry in India (Manufacturing, marketing and

mechanization promotion). Status of Farm Mechanization in India, 154–174.

(9)

Siwar, C., Idris, N. D. M., Yasar, M., & Morshed, G. (2014). Issues and challenges facing rice production and food security in the granary areas in the East Coast Economic Region (ECER), Malaysia. Research Journal of Applied Sciences, Engineering and Technology, 7(4), 711–722.

Waehama, W., McGrath, M., Korthaus, A., & Fong, M. (2014). ICT Adoption and the UTAUT

Model. International Journal of Information Technology & Computer Science (IJITCS),

17(2), 9–16.

Referensi

Dokumen terkait

Berkas dimasukkan ke dalam map (warna biru untuk S1 / D.IV dan warna merah untuk D.III) sesuai urutan di atas dengan menuliskan nama dan kode yang dilamar pada cover map.. Setiap

7 Hasil pemeriksaan uji daya menyebar gel minyak atsiri daun jeruk purut untuk masing-masing formula menunjukkan semakin besar konsentrasi basis maka daya menyebar

Metode house of risk akan direkomendasikan pada PT XYZ, khususnya pada Divisi Pengadaan untuk menyelesaikan permasalahan seputar hubungan keterkaitan antara

Mengetikkan nama, jenis, tahun, warna, no rangka, no mesin, no rangka, harga sewa, tgl berlaku stnk dengan data yang benar kemudian klik tombol login Nama : (diisi) Jenis

Penelitian lainnya [3] melakukan perbandingan hasil NDVI menggunakan dua kamera COTS, dimana penelitian ini menghasilkan kesimpulan bahwa citra biru pada kamera yang

dipahami bahwa segala upaya, proses, tindakan atau bahkan kebijakan politik yang menyebabkan (secara langsung atau tidak) hilangnya nyawa seseorang atau kelompok masyarakat

Tari tersebut menarik perhatian, kemudian peneliti menelusuri Tari Remo Gandrung pada internet tetapi tidak menemukan artikel, jurnal, maupun bentuk tulisan

Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam perlaksanaan program ini seperti kurang kesedaran rakyat di beberapa negeri, proses pembayaran yang tidak sistematik dan