• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENILAIAN BAGI PENGAMBILAN CALON PROGRAM DIPLOMA TARI BAGI AMBILAN SESI /2022

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENILAIAN BAGI PENGAMBILAN CALON PROGRAM DIPLOMA TARI BAGI AMBILAN SESI /2022"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PENILAIAN BAGI PENGAMBILAN CALON PROGRAM

DIPLOMA TARI BAGI AMBILAN SESI 1 2021/2022

DISEDIAKAN OLEH:

FAKULTI MUZIK DAN SENI PERSEMBAHAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

(2)

Senarai semak dokumen. Sila tandakan (✓) setiap bahagian yang telah dirakam:

Bil. Bahagian Perkara Sila tanda (  )

1. Bahagian A : Pengenalan Diri

: Laporan Ujian Rabun Warna (LAMPIRAN A ) 2. Bahagian B (i) Kemahiran Dalam Tari

i. Tarian Tradisional Melayu seperti: Asli, Inang, Joget dan Zapin (pilih satu sahaja). ATAU

ii. Tarian Rakyat seperti: Tari Rakyat Cina, Tari Rakyat India, Dabus, Kuda Kepang, dan lain-lain (pilih satu sahaja). ATAU

iii. Tarian Etnik Malaysia seperti: Ngajat Iban, Sumazau, Sazau dan lain-lain (pilih satu sahaja). ATAU

iv. Tari Klasik seperti: Joget Gamelan, Asyik, Mengadap Rebab, Tari Klasik Cina, Tari Klasik India dan lain-lain (pilih satu sahaja).

Bahagian B (ii) Kemahiran dalam Tari

i. Ballet ATAU

ii. Tari Kontemporari ATAU iii. Tari Jazz ATAU

iv. Hip Hop

3. Bahagian C Menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris

4. Bahagian D Lain-lain Kemahiran

i. Menyanyi ATAU ii. Berlakon ATAU

iii. Bermain alat muzik ATAU iv. Berpuisi ATAU

v. Lain-lain kemahiran seni 5. Dokumen

Yang Diperlukan

i. Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

ii. Lima (5) salinan sijil yang berkaitan dengan kemahiran/pengalaman dalam seni tari (jika ada).

Mohon MUAT NAIK sijil di ruangan Penglibatan/Kokurikulum di link berikut:

https://oais.upsi.edu.my/evaultonline/

Mana yang tidak berkenaan mohon abaikan.

Imbas dan simpan semua sijil yang ada menjadi satu (1) fail sahaja.

6. Menyemak semula kualiti rakaman dan kod pakaian seperti yang diarahkan sebelum memuatnaik video rakaman.

7. Memuat naik keputusan Ujian Rabun Warna & Surat Perakuan dalam sistem MyIS@UPSI.

(3)

ARAHAN

1. Kod pakaian semasa rakaman video

1.1 Kemas dan Sopan

1.2 Baju T berkolar dan berseluar panjang

1.3 Baju T hendaklah dimasukkan ke dalam seluar dengan kemas

1.4 Rambut hendaklah disikat dengan kemas dan bagi perempuan yang berambut panjang, sila sanggul rambut anda dengan kemas. Pada yang bertudung, sila sisipkan tudung anda dengan kemas.

1.5 Kualiti rakaman hendaklah MEMUASKAN dan pastikan rakaman menepati kriteria berikut:-

• Rakaman mempunyai fokus yang tepat. • Rakaman adalah jelas dan terang. • Rakaman tidak bergegar.

• Rakaman hendaklah dibuat secara syot penuh (wide shot) di ruang atau bilik kosong tanpa gangguan bunyi.

(4)

2. Soalan

Calon WAJIB menjawab semua soalan dalam Bahagian A, B, C, dan D dengan mematuhi arahan yang diberikan.

2.1 BAHAGIAN A

2.1.1 Calon dikehendaki memperkenalkan diri mengikut senarai yang diberi. i. Nama

ii. Nama program yang dipohon iii. Tinggi

iv. Berat

v. Sila nyatakan sekiranya anda mengalami sebarang kecacatan anggota. vi. Sila nyatakan sekiranya anda mengidap sebarang penyakit.

2.1.2 Penyakit (jika ada, sila nyatakan) (Mohon calon membuat ujian Rabun Warna dan Borang Ujian Pengesahan Rabun Warna perlu disahkan oleh Pegawai Perubatan yang bertauliah dari mana-mana pusat perubatan/ klinik/ hospital (LAMPIRAN A).

2.1.3 Calon dilarang memuat naik atau mendedahkan maklumat peribadi yang melanggar Seksyen 5 Akta Perlindungan Peribadi 2010 di dalam video yang disediakan.

2.2 BAHAGIAN B

2.2.1 Calon dikehendaki memilih salah SATU (1) genre tari daripada pilihan berikut. Calon dikehendaki menari dengan iringan muzik secara live atau rakaman audio CD dan membuat rakaman video selama 2-3 minit.

Kemahiran dalam Tari

i. Tarian Tradisional Melayu seperti: Asli, Inang, Joget dan Zapin (pilih satu sahaja).

ATAU

ii. Tarian Rakyat seperti: Tari Rakyat Cina, Tari Rakyat India, Dabus, Kuda Kepang dan lain-lain (pilih satu sahaja).

ATAU

iii. Tarian Etnik Malaysia seperti: Ngajat Iban, Sumazau, Sazau dan lain-lain (pilih satu sahaja).

ATAU

iv. Tarian Klasik seperti: Joget Gamelan, Asyik, Mengadap Rebab, Tari Klasik Cina, Tari Klasik India dan lain-lain (pilih satu sahaja).

(5)

2.2.2 Calon dikehendaki memilih salah SATU (1) genre tari daripada pilihan berikut. Calon dikehendaki menari dengan iringan muzik secara live atau rakaman audio CD dan membuat rakaman video selama 2-3 minit.

Kemahiran dalam Tari

i. Ballet

ATAU

ii. Tari Kontemporari

ATAU

iii. Tari Jazz

ATAU

iv. Hip Hop

2.3 BAHAGIAN C

2.3.1 Calon dikehendaki menjawab soalan berikut dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

i. Please share with us about your experience in dance and what

do you know about the dances genre in Malaysia? ii. Who is your favourite dance artist? Give your reasons.

2.4 BAHAGIAN D

2.4.1 Calon dikehendaki menunjukkan kemahiran atau bakat lain yang diminati.

Kemahiran lain

i. Menyanyi

ATAU

ii. Berlakon

ATAU

iii. Bermain alat muzik

ATAU

iv. Berpuisi

ATAU

(6)

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Sebagai rujukan, calon perlu mengikuti langkah berikut:

a) Langkah Pertama - Memuatnaik video calon ke Youtube merangkumi Bahagian A, B, dan C

dengan tajuk video: Penilaian Diploma Tari (A2125) mengikut program yang tertera di slip temu duga.

b) Langkah Kedua – URL Youtube tersebut perlu dimasukkan ke pautan

https://oais.upsi.edu.my/egeneric/. Sila pilih Unlisted

c) Langkah Ketiga – Keputusan Ujian dan Surat Perakuan Rabun Warna yang telah

ditandatangani dimuatnaik di pautan https://oais.upsi.edu.my/egeneric/.

d) Langkah Keempat – Penghantaran Sijil berkaitan ke pautan berikut:

https://oais.upsi.edu.my/evaultonline/. Mana yang tidak berkenaan mohon abaikan. Imbas dan simpan semua sijil yang ada menjadi satu (1) fail sahaja.

2. UPSI tidak akan menanggung sebarang kos dan tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian semasa pembikinan rakaman video.

3. Penyulihan (dubbing) suara adalah tidak dibenarkan.

4. Semua rakaman video yang dihantar adalah menjadi hak milik UPSI. Sehubungan itu, UPSI boleh menggunakan video tersebut untuk tujuan rasmi. Justeru, calon tidak dibenarkan memuat naik rakaman video tersebut di mana-mana media sosial secara terbuka (Public). Sekiranya didapati mana-mana calon berbuat demikian, permohonan calon akan TERBATAL.

5. Semasa tempoh penilaian rakaman video dibuat, calon juga boleh dihubungi oleh panel penilai menerusi panggilan video/panggilan telefon bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan/lanjut tentang calon (jika perlu).

6. Calon akan dimaklumkan terlebih dahulu supaya bersedia dengan gajet dan aplikasi yang bersesuaian (telefon pintar/komputer riba/PC) dan kemudahan internet bagi melancarkan perbualan menerusi kaedah tersebut (jika perlu).

(7)

7. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

i. Emel : [email protected]

ii. En. Zolkipli bin Abdullah – Ketua Jabatan Seni Persembahan Emel: [email protected]

iii. Puan Nur Nabila Michael Luang Abdullah – Penyelaras Program Diploma Tari Emel: [email protected]

iv. Cik Juma Aini Binti Ramli– Pembantu Tadbir(P/O), Jabatan Seni Persembahan No. Tel: 05-450 6523/5563

8. Tarikh sistem MyIS@UPSI dibuka untuk menghantar pautan video: 17 Mei 2021 (Isnin)

(8)

SURAT PERAKUAN UJIAN RABUN WARNA

Saya _____________________________(No K/P _____________________________)

telah menjalani ujian rabun warna pada __________. Keputusan ujian rabun warna

tersebut mendapati saya rabun warna / tidak rabun warna (potong yang tidak

berkenaan).

Oleh yang demikian, saya mengesahkan bahawa saya rabun warna / tidak rabun warna

(potong yang tidak berkenaan).

Jika maklumat yang saya berikan ini tidak benar, saya bersetuju supaya tawaran

pengajian yang dikemukakan kepada saya boleh ditarik balik serta-merta.

Yang benar,

__________________________________

Nama

:

No. Kad Pengenalan

:

Tarikh

:

DISAHKAN OLEH PEGAWAI PERUBATAN:

__________________________________

Nama

:

No. Kad Pengenalan

:

Tarikh

:

COP

:

* Sila cetak untuk diisi dan ditandatangan sebelum imbas semula bahagian ini

sahaja untuk dimuat naik di sistem MyIS@UPSI

Referensi

Dokumen terkait