• Tidak ada hasil yang ditemukan

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 1 TAHUN 2006

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 1 TAHUN 2006"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

____________________________

SURAT PEKELILING

KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 1 TAHUN 2006

____________________________

PENERIMAAN DATA DIGITAL MELALUI e-SUBMIT OLEH JUPEM NEGERI

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

Dikelilingkan Kepada:

Semua Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri

Salinan Kepada

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan

Pengarah Ukur Bahagian Kadaster Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan

(2)

IBU PEJABAT JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (Director General of Survey and Mapping Malaysia)

TINGKAT 11, WISMA TANAH JALAN SEMARAK

50578 KUALA LUMPUR

MALAYSIA Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Telefon : 03-2692 5932 03-2617 0800 Fax : 03-2691 7457 E-Mail hamidali@jupem.gov.my Rujukan Kami : JUPEM 18/7/ 2.146 ( 13 ) Tarikh :

29

Ogos 2006

Semua Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri

SURAT PEKELILING

KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 1 TAHUN 2006

PENERIMAAN DATA DIGITAL MELALUI e-SUBMIT OLEH JUPEM NEGERI

Merujuk kepada perkara di atas, Jabatan telah mewajibkan Juruukur Tanah Berlesen (JTB) mengemukakan data ukuran kadaster berdigit sepenuhnya kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri selaras dengan pelaksanaan sepenuhnya Field-to-Finish (F2F) di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Arahan penghantaran data berdigit yang mengandungi 16 fail ASCII telah dikeluarkan melalui Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 11 Tahun 2005 bertarikh 29 September 2005.

2. Walau bagaimana pun didapati terdapat sebilangan JTB menghadapi masalah untuk menghantar data berdigit tersebut yang mana secara langsung telah memberi kesan kepada pencapaian kemajuan kerja Jabatan.

Bagi mengatasi masalah tersebut JUPEM telah memperkenalkan modul e- Submit bertujuan membolehkan JTB menghasilkan data ukuran digital untuk dihantar ke JUPEM Negeri.

3. Carta alir proses dan penerimaan kerja melalui e-Submit adalah seperti di Lampiran A.

4. Data ukuran digital boleh dihantar ke JUPEM Negeri melalui kaunter atau e-Lodgement. JTB yang menghantar data ukuran digital melalui modul e- Submit ke JUPEM Negeri tidak perlu mengemukakan hardcopy buku kerjaluar.

1

5. Walau pun JTB sepatutnya melaksana dan mengemukakan hasil kerja digital sepenuhnya mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 11 Tahun 2005 bagi kerja-kerja yang nombor lotnya dikeluarkan selepas 1 Januari 2006, namun JTB diberi kelonggaran menghantar hasil kerja tersebut melalui modul e-Submit ini.

(3)

6. Surat Pekeliling Ketua Pengarah dan Pemetaan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan dan penghantaran data ukur berdigit oleh JTB menggunakan modul ini adalah dibenarkan sehingga 30 Jun 2007.

7. Walau bagaimana pun JTB adalah digalakkan menggunakan “Title Survey Module” (TSM) dalam kerja pengukuran mulai sekarang bagi memahirkan penggunaannya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“CINTAILAH BAHASA KITA”

( DATUK HAMID BIN ALI )

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

Salinan Kepada:

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Pengarah Ukur Bahagian Kadaster

Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan

Edaran Luaran:

Setiausaha

Lembaga Juruukur Tanah Semenanjung Malaysia

(4)

Lampiran A

CARTA ALIR PROSES DAN PENERIMAAN KERJA MELALUI MODUL e-SUBMIT

Mula

Masukkan maklumat kerja dan menjana ASCII dalam e-Submit

Jana JK dan PA seperti biasa

Attach JK.pdf, PA.tiff, JOB dan BDY ASCII dari pemproses CPS serta lain-lain dokumen

seperti Borang LJT3 melalui e-Submit Export kepada 6 ASCII (hanya JOB dan BDY

diperlukan), JK.pdf dan PA.tiff (Tandatangan bitmap JTB diperlukan pada sijil pengesahan JTB)

Tandatangan digital ke fail-fail ukur melalui e-Submit. Zipkannya

Hantar fail ke JUPEM Negeri melalui e-lodgement atau media softcopy

JUPEM Negeri terima fail untuk pengesahan dan membuat

semakan melalui LLSM

Ya

Lengkap?

Tidak

Proses NCP dan TPS melalui e- Submit untuk pemprosesan CPS

Pertanyaan kepada

JTB

Kemaskini Pangkalan Data ASCII

Ya

1

(5)

1

Save 6 ASCII melalui LLSM untuk eSRS data lodgement dan

SPEK PC processing

Pengarah Ukur meluluskan PA.tiff secara digital melalui DEP

LS

Tamat

Kemaskini PDUK

Referensi

Dokumen terkait

BAB 1.. Fungsi utama sistem respirasi adalah menjamin pertukaran O2 dan CO2. Bila terjadi kegagalan pernapasan maka oksigen yang sampai ke jaringan akan mengalami defisiensi

Sistem proteksi aktif adalah peralatan deteksi dan pemadam yang dipasang tetap atau tidak tetap, berbasis air, bahan kimia atau gas, yang digunakan untuk mendeteksi dan

Adanya fasilitasi mesin dan peralatan produksi berupa Penyangrai dan Penggiling Penggerus untuk produksi sambel pecel terbukti efektif untuk memperbaiki sistem produksi

Menyatakan dengan sebenarnya bahwa Karya Tulis Ilmiah (Tesis) yang saya tulis ini yang berjudul : KARAKTERISTIK KINERJA HOTEL UNIQ DI YOGYAKARTA DITINJAU DARI ASPEK

Puji syukur dan terima kasih kepada Tuhan Yesus Kristus atas segala cinta kasih, berkat, kekuatan dan ketabahan yang telah dilimpahkan-Nya kepada penulis selama

Untuk mengetahui pengelolaan makam di Kota Medan dapat dilihat dengan terlebih dahulu mengidentifikasi setiap permasalahan dalam pengelolaan makam yang dalam

Penelitian yang dilakukan oleh Margaretha dan Setiyaningrum (2011) yang berjudul Pengaruh Resiko, Kualitas Manajemen, Ukuran dan Likuditas Bank terhadap Capital Adequacy

kegiatan yang diperbolehkan dengan syarat meliputi kegiatan budi daya pertanian dengan jenis tanaman yang tidak mengurangi kekuatan struktur tanah dan kegiatan selain