BANTUAN YANG DIBERI OLEH NEGERI MELAKA:
PENUBUHAN MAIM
Majlis Agama Islam Melaka telah ditubuhkan pada 28 September 1960. Ia adalah bertujuan
menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka di samping membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong . Penubuhan Majlis Agama Islam Melaka diperkukuhkan berdasarkan enakmen penubuhan iaitu :
Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Melaka ) 2002 Seksyen 4 ceraian 1. Maka Hendaklah ada satu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam Melaka" untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang berhubung agama Islam.
Sebagai sebuah badan pembuat dasar Agama Islam Negeri Melaka, beberapa agensi / institusi Islam telah ditubuhkan seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan anak-anak syarikat MAIM untuk melaksanakan segala keputusan atau dasar yang telah dibuat oleh MAIM.
Pengurusan Zakat Negeri Melaka Zakat ( Siasatan Dan Agihan )
Bertanggungjawab dalam mengurus,merancang dan mengawal hal ehwal kebajikan para penerima bantuan yang terdiri daripada semua asnaf yang telah ditentukan.Menyelaras dan membuat siasatan terhadap permohonan bagi mereka yang memerlukan bantuan dan perhatian daripada pihak Baitulmal.
Enakmen Pengagihan Zakat
Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Melaka ) 2002 Seksyen 75 ceraian 1. Majlis dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan pemungutan,pentadbiran dan pembahagian zakat dan fitrah.
Objektif Bahagian
1. Mengagihkan kutipan zakat kepada lapan asnaf mengikut program,skim dan projek yang telah ditetapkan didalam anggaran belanjawan zakat secara cekap dan berkesan serta memenuhi kehendak syariat bagi asnaf yang dibantu.
2. Mengenal pasti golongan fakir dan miskin yang perlu dibantu .Menyiasat dan memproses permohonan bantuan untuk menentukan kesahihan dan kelayakan mengikut garis panduan dan kelayakan yang telah ditetapkan.
3. Mewujudkan perasaan redha dan sabar di kalangan golongan yang layak dibantu.
4. Bekerjasama dengan semua pihak bagi membantu golongan yang layak daripada kewangan zakat.
Kelayakan:
1. Fakir : Orang yang tiada mempunyai harta atau mata pencarian tetapi pendapatannya menampung separuh keperluan asas untuk diri dan tanggunganya.
2. Miskin : Orang yang tiada mempunyai harta atau mata pencarian tetapi masih tidak dapat menampung keseluruhan keperluan asas sama ada bagi dirinya atau seisi keluarga dibawah tanggungannya.
3. Amil : Orang yang menguruskan perihal zakat segi kutipan, pengurusan,kawalan dan sehinggalah kepada pengagihnya.
4. Muallaf : Orang yang baru memeluk Agama Islam yang dijinakkan hatinya dengan diberi panduan dan bantuan agar mereka tetap teguh mencintai Islam.
5. Riqab : Hamba yang diberikan peluang oleh tuannya untuk menebus dan memerdekakan dirinya tetapi tidak mempunyai wang untuk tujuan tersebut.
6. Gharimin : Orang yang menanggung hutang yang dibenarkan oleh syara’ seperti hutang untuk maslahah orang ramai tetapi tidak mampu membayar hutang tersebut.
7. Fisabilillah : Orang yang berjuang untuk keperluan dan program maslahah ( kepentingan ) orang – orang Islam untuk menegakkan syiar Islam.
8. Ibnu Sabil : Musafir yang keputusan atau kehabisan belanja untuk meneruskan perjalanan yang bertujuan baik yang dibenarkan oleh syarak.
Aliran Proses Permohonan Bantuan
Selain daripada syarat-syarat asas yang mesti dipenuhi, terdapat juga syarat-syarat
khas yang tertentu bagi setiap jenis bantuan yang dipohon. Untuk keterangan lanjut,
sila hubungi kami di talian 06-2837416 atau 06-2849809.
Bantuan Agihan Zakat
Bagi melaksanakan amanah daripada wang zakat yang telah dibayar MAIM telah memperuntukkan kesemua wang zakat tersebut kepada beberapa aktiviti untuk kemaslahatan orang Islam negeri Melaka antaranya ialah program bantuan MAIM yang telah diketegorikan dalam asnaf yang ditetapkan antara bantuan yang disediakan oleh MAIM.
a. Bantuan Bulanan
i. Bantuan Makanan Asasi ( Keluarga Kecil / Keluarga Besar) ii. Simpanan Tabung Haji
iii. Rawatan Hemodialisis iv. Bantuan Pekerja Sukarelawan
b. Bantuan Tahunan i. Bantuan Hari Raya
ii. Pakaian Sekolah ( Anak-Anak Fakir / Miskin / Muallaf )
i. Bantuan Am
ii. Bantuan Cermin Mata
iii. Pinjaman Komputer ( anak Fakir ) iv. Skim Perkahwinan Ibu Tunggal
v. Bantuan Ke Asrama Penuh
Permohonan Bantuan
Permohonan Bantuan MAIM perlulah dibuat dengan menggunakan borang asal dan diisi dengan lengkap bersama pengesahan daripada Imam, Pengerusi JKKK atau AJK kariah setiap pemohon.
Setiap permohonan yang lengkap perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Imam atau JKKK kariah pemohon menetap ;
i. 2 Keping gambar pemohon berukuran pasport ii. 1 Salinan kad pengenalan
iii. 1 Salinan Sijil Cerai (jika bercerai hidup) iv. 1 Salinan Sijil Kematian (jika bercerai mati)
v. 1 Salinan Sijil Kelahiran pemohon (jika ada)
vi. 1 Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan anak-anak bagi setiap tanggungan dibawah pemohon
Garis Panduan Kelayakan 1. Had Umur
a. Ditetapkan kepada umur 18 tahun ke atas (umur yang kurang daripada 18 tahun hendaklah diwakili oleh ibu bapa atau penjaga)
2. Status Keluarga
a. Berkahwin dengan ada tanggungan
b. Bujang dengan kurang upaya (cacat dari segi fizikal dan mental ) c. Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan dah hilang tempat bergantung 3. Tanggungan yang tinggal bersama pemohon
a. Anak kandung b. Anak saudara
c. Tiada tempat bergantung 4. Pendapatan
a. Pendapatan kurang daripada RM51.00 seorang bagi seorang dalam isi keluarga b. Pendapatan tidak menentu dan tidak mencukupi
c. Tiada tempat bergantung
Panduan Permohonan Bantuan Fakir Miskin
Syarat umum permohonan bantuan adalah seperti berikut : 1. Seorang Islam;
2. Lahir atau menetap di negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun; dan
3. Pendapatan isi keluarga/rumah tidak melepasi Paras Garis Kemiskinan Negeri Melaka [Tidak melebihi RM 840.00 sebulan untuk 4 ahli keluarga : perkapita RM 210.00 [tahun 2013]].
Bagaimana Mendapatkan Borang?
1. Dapatkan borang-borang permohonan di pejabat cawangan MAIM di daerah Melaka tengah, Jasin dan Alor Gajah; atau
2. Berurusan terus di kaunter MAIM di Pusat Islam Melaka, Bukit Palah.
CAWANGAN MAIM
CAWANGAN-CAWANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM) DAN ANAK YATIM
BAITULMAL ALAMAT
Pejabat Baitulmal
No A-7 & A-8 Bukit Baru One Square. Pusat Niaga Bukit Palah 75400 Melaka.
No. Telefon : 06-2881881/ 06- 2881882 No.Faks : 06- 2881880
CAWANGAN JASIN ALAMAT
Pejabat Agihan Zakat Cawangan Jasin
No.JC1855 & JC1855-1, Jalan Bestari 5, Bandar Jasin Bestari Seksyen 2, 77200 Jasin, Melaka.
No.Telefon : 06-5298415 No.Faks : 06-5294417
CAWANGAN ALOR GAJAH ALAMAT
Pejabat Agihan Zakat Cawangan Alor Gajah
No.A1 Bangunan Arked D'MARA, Masjid Tanah Melaka No.Telefon : 06-3842699
No.Faks : 06-3842695
RUMAH ANAK YATIM FATIMAH AL-
ZAHRAH ALAMAT
Kompleks Anak Yatim/Miskin Fatimah Al-Zahrah Lot 1126, Jalan Tebing Tinggi
75450 Melaka.
No.Telefon : 06-2937586/06-2572753 No.Faks : 06-2679950
RUMAH ANAK YATIM SULTAN SALHUDDIN ABDUL AZIZ
ALAMAT
Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj KM 17, Pantai Puteri Tanjong Kling 76400 Melaka
No.Tel : 06-3513106 No.Faks : 06-3153105
BADAN SUKARELAWAN AL-TAQWA ALAMAT
Badan Sukarelawan Al-Taqwa B-3, Pusat Perniagaan Bukit Baru, Bukit Baru 75250 Melaka.
No.Telefon : 06- 2868109 No.Faks : 06-2868109
BALAI ISLAM ALAMAT
Pusat Perkhidmatan dan Bimbingan Saudara Muslim, Melaka
Lot 42, Jalan Kesidang 2/17, Taman Kesidang Seksyen 2, 75200 Melaka No.Telefon : 06- 3371521/ 06- 3372873
No.Faks : 06- 3367809
Anak-Anak Syarikat MAIM:
1. MAIM Holdings Berhad 2. Zakat Melaka
3. Kompleks Al-Khawarizmi
Sumber Rujukan: (Majlis Agama Islam, 2014)
SOALAN LAZIM
1. Bagaimanakah saya ingin mendapatkan bantuan zakat daripada pihak MAIM?
Bantuan zakat daripada pihak MAIM boleh dimohon melalui Borang Permohonan Bantuan yang boleh didapati pada kaunter Agihan Zakat ataupun melalui laman web MAIM.
2. Apakah syarat-syarat untuk saya mendapatkan bantuan daripada pihak MAIM?
Syarat-syarat kelayakkan untuk mendapatkan bantuan bolehlah merujuk pada
menu Zakat<Permohonan Bantuan Fakir/Miskin> atau boleh merujuk kepada pegawai Agihan Zakat di Majlis Agama Islam Melaka.
3. Apakah jenis-jenis bantuan yang boleh saya dapati daripada pihak MAIM?
Jenis-jenis bantuan yang boleh diperolehi daripada pihak MAIM adalah seperti:-Rujuk menu Zakat<Permohonan Bantuan Fakir/Miskin>Bantuan Agihan Zakat>.
4. Adakah pihak MAIM menyediakan pinjaman pelajaran bagi pelajar yang baru masuk ke IPT?
Pihak MAIM tidak menyalurkan pinjaman pelajaran untuk pelajar baru yang ingin masuk ke IPT tetapi Pihak MAIM telah menyalurkan bantuan tersebut kepada Tabung Amanah Pendidikan Melaka(TAPEM). Oleh itu, pelajar tersebut boleh memohon pinjaman tersebut di sana.
5. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan bantuan persekolahan?
Bantuan persekolahan boleh dipohon dengan menggunakan borang persekolahan MAIM.
6. Sekiranya saya mempunyai tanah untuk diwakafkan,apakah cara-cara yang perlu saya lakukan?
Sesuatu perwakafan itu bergantung kepada sesuatu justifikasi,oleh itu pihak tuan/puan perlulah merujuk dahulu kepada pegawai wakaf yang berkenaan untuk melakukan sesuatu perwakafan.
7. Bagaimanakah cara untuk saya membuat wakaf tunai atau saham wakaf?
Wakaf tunai ataupun saham wakaf boleh dilaksanakan dengan datang sendiri ke MAIM dan mengisi borang saham wakaf seterusnya membuat pembayaran di kaunter kewangan bahagian kewangan aras 1.
8. Saya merupakan seorang muallaf yang baru saja memeluk islam, dimanakah tempat untuk saya mendalami islam?
Sekiranya tuan/puan merupakan seorang muallaf tuan/puan boleh terus mendapatkan bimbingan di BALAI ISLAM, Jalan Kesidang,Tmn Kesidang Sek 2, Melaka. No.Telefon : 06-3372873.Pihak kami juga akan berterusan membantu tuan/puan sekiranya tuan/puan berdaftar dengan BALAI ISLAM.
9. Bagaimanakah cara untuk saya menjadi seorang sukarelawan BSAT,MAIM?
Untuk menjadi seorang sukarelawan, tuan/puan boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT). No.Telefon: 06-2868109.
10. Apakah tugas-tugas seorang sukarelawan?
Seorang sukarelawan MAIM kebiasaannya akan membantu BSAT untuk menjadi seorang sukarelawan dan melaksanakan tugas-tugas secara sukarela.