• Tidak ada hasil yang ditemukan

UQI PENGAJIAN MORAL DR MUHAMMAD MASRURI JABATAN PENGAJIAN ISLAM PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "UQI PENGAJIAN MORAL DR MUHAMMAD MASRURI JABATAN PENGAJIAN ISLAM PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA"

Copied!
41
0
0

Teks penuh

(1)

PENGAJIAN MORAL

UQI 10202

DR MUHAMMAD MASRURI

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

(2)

PERATURAN KEHADIRAN KELAS

1. Pelajar mesti hadir tidak kurang dari 80% masa pertemuan yang ditentukan bagi setiap kursus termasuk kursus Hadir Wajib (HW) dan kursus Hadir Sahaja (HS).

2. Pelajar yang tidak memenuhi perkara (1) di atas tidak dibenarkan menduduki sebarang bentuk penilaian selanjutnya. Markah sifar (0) akan diberikan kepada pelajar yang gagal memenuhi perkara (1).

Manakala untuk kursus Hadir Wajib (HW), pelajar yang gagal memenuhi perkara (1) akan diberi Hadir Gagal (HG).

3. Pelajar perlu mengikut dan patuh kepada peraturan berpakaian Universiti yang berkuatkuasa dan menjaga disiplin diri masing-masing untuk mengelakkan dari tindakan tatatertib diambil terhadap pelajar.

4. Pelajar perlu mematuhi peraturan keselamatan semasa pembelajaran dan pengajaran.

(3)

PEMBAHAGIAN PENILAIAN KURSUS

PENTAKSIRAN MARKAH

1) TUGASAN 1 (INDIVIDU) 20%

2) TUGASAN 2 (KUMPULAN) 30%

3) PEMBENTANGAN 20%

4) UJIAN 30%

JUMLAH : 100%

(4)

KONSEP MORAL, AKHLAK, ETIKA DAN NILAI

TOPIK 1

DR MUHAMMAD MASRURI

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

(5)

, ETIKA DAN NILAI KONSEP MORAL, AKHLAK

Hasil Pembelajaran :

Pada akhir topik, pelajar akan dapat :

❑ Menerangkan dengan tepat konsep moral, akhlak, etika dan nilai

❑ Menghuraikan jenis, fungsi dan kepentingan moral, akhlak, etika dan nilai dalam kehidupan.

❑ Mengaplikasikan

moral, akhlak, etika

dalam kehidupan.

(6)

1 2 Faktor yang Mempengaruhi Moral

3

4 5

.

6

.

ISI KANDUNGAN

Definisi moral, akhlak, etika dan nilai

Nilai Dalam Kehidupan Manusia

Jenis dan Fungsi Nilai Moral

Perbezaan Nilai Moral dgn Undang- undang, Adat &

Agama

Pernyataan Normatif dan Deskriptif

(7)
(8)

DEFINISI MORAL

Moral berasal drpd perkataan Latin “moralis”ertinya hubungan antara sesama manusia.

Moral merujuk kepada:

• tingkah laku

• amalan

• perbuatan

nilai-nilai yg baik @ buruk dalam sesuatu masyarakat.

(9)

MORAL

TINGKAH

LAKU AMALAN PERBUATAN NILAI-NILAI

(10)

Seseorang yg tidak mempunyai rasa bermoral tidak dapat membezakan yg mana baik @ buruk.

eg. Kanak-kanak yg baru lahir dan orang gila

Persoalan moral adalah persoalan praktikal/ amalan seharian seseorang manusia.

Ia membicarakan persoalan:

Sama ada sesuatu perbuatan itu betul @ salah

Apakah yg perlu dibuat oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat.

Apa yg perlu ditinggalkan

eg. Rasuah, Mencuri, Tolong-menolong.

(11)

KONSEP INSAN BERMORAL

▪ Seseorang yang dapat membezakan amalan yang baik dan amalan yang buruk

▪ Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian

▪ Bidang falsafah yang diperolehi menerusi pengamatan atau pengalaman individu, masyarakat

▪ Relatif dan tidak ada standard tetap yang diikuti

▪ Berdasarkan akal fikiran

▪ Sentiasa berkembang dan berubah mengikut situasi dan masa

(12)

Faktor yang Mempengaruhi Moral

1.Adat 2.Agama 3.Naluri 4.Genetik/

Keturunan

1.Persekitaran 2.Rakan Sebaya 3.Keluarga

4.Pendidikan 5.Media Masa

Faktor Dalaman Faktor Luaran

(13)

DEFINISI AKHLAK

•Akhlak berasal drpd perkataan Bahasa Arab “Khuluq“ bererti tabiat atau adat.

•Akhlak bermaksud keadaan kejiwaan (hati) yg akan membentuk tingkah laku seseorang manusia.

•Akhlak adalah satu ilmu yg menyarankan cara-cara utk membersihkan hati seseorang, menghiasnya dgn sifat-sifat yg baik dan membersihkannya drpd sifat-sifat yg keji.

(14)

• Akhlak merupakan adab dan tabiat yang mencerminkan jiwa seseorang. Ia dilihat daripada cara seseorang berinteraksi dalam kehidupan seharian.

Akhlak merangkumi : Diri sendiri, Keluarga, Masyarakat, Alam sekitar, dan Allah SWT.

• Akhlak orang-orang Islam adalah berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Kesimpulan:

• Ilmu akhlak – ilmu yg menentukan batas antara perbuatan

yang baik dan buruk, antara yang terkeji dan tercela, tentang

perkataan dan perbuatan manusia zahir dan batin.

(15)

Hadis Nabi Muhammed SAW bermaksud:

“Agama itu adalah akhlak yang baik”

“Sebaik-baik akhlak adalah akhlak Allah yang Maha Agung”

“Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang paling baik agamanya”

“Sebenarnya dalam jasad itu ada segumpal daging, jika

baik maka baiklah jasad dan jika rosak maka rosaklah

jasad.”

(16)

DEFINISI ETIKA

Etika berasal drpd perkataan “Greek” ethos yg merujuk kpd

“perlakuan seseorang”

•Etika ertinya satu disiplin atau peraturan yg menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu baik @ buruk.

Kesimpulan:

•Etika – satu disiplin yg akan dapat memberi maklumat kpd kita apakah sistem moral yg diamalkan oleh satu-satu kelompok manusia tertentu.

(17)

DEFINISI ETIKA

• Etika merupakan satu set peraturan yang tetap yang diwujudkan sebagai panduan kepada manusia untuk menjamin kehidupan yang aman dan harmoni berdasarkan prinsip-prinsip moral

• Webster International Encyclopedia: etika - salah satu cabang ilmu falsafah yang membincangkan prinsip-prinsip moral tentang perlakuan manusia dan organisasi social

• LP Pojman - etika sebagai satu percubaan yang bersistematik

dalam memahami konsep-konsep moral, mengetahui prinsip-

prinsip dan teori-teori moral

(18)

• Etika boleh dinyatakan dengan jelas melalui peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh manusia.

•Ada juga etika yang tidak bertulis tetapi memang difahami oleh masyarakat seperti cara pertuturan dan perlakuan

yang baik.

• etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah mengenai

adat, cara hidup, kelakuan yang baik, kewajipan yang

perlu dipatuhi, tanggungjawab yng perlu dilaksanakan,

keadilan social dan ciri kehidupan yang baik

(19)

Contoh Etika:

1 . Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan Awam 2 . Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab

3 . Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri

4 . Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah Dan Kemesraan

5 . Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat Dan Pembangunan Negara

6 . Bekerjasama Dalam Membenteras Kelemahan Dan Musuh Negara

7 . Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama

(20)

PEMBAHAGIAN ETIKA ETIKA

DESKRIPTIF NORMATIF

(21)

• Satu disiplin yg membicarakan sejarah sistem moral.

• memberi maklumat apakah sistem moral yg dianuti oleh seseorang individu @ sekelompok masyarakat tertentu.

• terdapat berbagai sistem moral yg relatif (tidak sama) seperti Etika Kristian, Etika Buddha, Etika Yahudi, Etika Islam dan Etika Barat

• Etika Deskriptif menyatukan apakah bentuk @ karektor

sebenar satu-satu sistem moral yg ada sekarang

(22)

❖menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yg ada

❖nilai-nilai moral tidak semuanya berubah mengikut perubahan budaya manusia tetapi ada juga yg tetap

❖nilai yg mutlak biasanya dikaitkan dengan ajaran agama spt membunuh diri adalah perbuatan yg tidak baik dan berdosa besar

❖Pengguguran anak adalah perbuatan yang tidak bermoral

❖Penyalahgunaan dadah adalah satu perbuatan yang tidak bermoral

❖Melahirkan anak luar nikah adalah tidak bermoral

❖Mengamalkan kejujuran dan amanah adalah perbuatan yang

bermoral

(23)

Perbezaan antara Moral, Etika dan Akhlak

Moral – dari perspektif Barat Akhlak – dari perspektif Islam

Etika – set peraturan dalam sesuatu masyarakat.

Ciri-ciri / Nilai Moral- sentiasa berkembang dan berubah mengikut situasi dan masa, berbentuk duniawi, menggunakan logik akal tanpa asas agama yang konkrit. Ia boleh menyebabkan peningkatan kes jenayah / masalah moral seperti bersekedudukan, melakukan seks bebas.

Akhlak- tetap dan tidak berubah.

(24)

Kesimpulan

Kesimpulannya, definisi moral, akhlak atau etika merujuk kepada perbuatan, tabiat dan adab yang dilakukan oleh seseorang insan. Tanpa moral, akhlak atau etika, manusia akan hidup tanpa haluan dan bertuhankan hawa nafsu.

Sumber ▪ Moral diperolehi menerusi pengamatan atau pengalaman individu/

sesuatu kelompok masyarakat.

▪ Akhlak bersumberkan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Fokus

▪ Moral lebih menjurus kepada amalan dan perlakuan luaran yang dizahirkan oleh seseorang.

▪ Akhlak menjurus kepada keadaan dalaman (hati) seseorang yang akan membentuk tabiat luaran menerusi perbuatan.

▪ Etika adalah satu set peraturan yang berkait rapat dengan nilai-nilai moral serta norma (kebiasaan) sesuatu masyarakat.

Perbezaan antara Moral, Etika dan Akhlak

(25)

Jenis-Jenis Moral

MORAL

PERIBADI SEJAGAT MUTLAK

(26)

Kemoralan Peribadi

▪ Seseorang itu perlu memikirkan dengan teliti segala jangkaan akibat yg akan berlaku drpd sesuatu perbuatan atau tindakan yg dilakukan sama ada baik @ buruk.

▪ Utk memudahkan kita untuk membuat jangkaan akibat sesuatu perbuatan, satu peraturan umum perlu ada sebagai panduan khasnya utk menghindarkan akibat buruk kpd masyarakat

Peraturan ini mesti mempunyai 2 ciri iaitu:

1. Menghalang dari mengalami akibat buruk

2. Mengingatkan supaya melakukan sesuatu yg baik utk kepuasan jangka masa panjang.

(27)

Kemoralan Sejagat

▪ Moral jenis ini dijangka dapat membawa kebahagiaan kepada semua orang yg mematuhinya.

▪ Ia merupakan satu peraturan umum yg ditentukan dan dapat diterima oleh masyarakat sejagat.

• eg. Mencuri adalah perbuatan yg salah.

• Jika semua orang tahu mencuri itu adalah satu perbuatan yg salah sudah tentu masyarakat dapat hidup aman, damai dan bahagia kerana tiada orang yg mahu melakukan perbuatan mencuri tersebut.

(28)

Kemoralan Mutlak

❖Merupakan satu set peraturan yg mesti diikuti walaupun terpaksa mengorbankan soal kebahagiaan seseorang itu

Ciri-ciri:

• Ia datang drpd satu kuasa luar yg lebih berautoriti drpd seseorang itu.

• Ia mewajibkan setiap individu bermoral tanpa memikirkan akibat yg terjadi pada seseorang itu.

• Apa yg dikata benar itu adalah lebih penting drpd kebahagiaan yg cuba dicapai oleh seseorang.

(29)

Hubungan antara Undang-Undang dan Moral

Undang-undang merupakan peraturan-peraturan yang digubal

oleh pihak berkuasa untuk memastikan tingkah laku sesebuah

masyarakat sentiasa dalam kesejahteraan. Sebarang

pelanggaran terhadap undang-undang akan dikenakan

hukuman, sekiranya perlanggaran tersebut dapat dibuktikan.

(30)

• Moral dan etika pula tidak dicatat dalam sistem undang-undang. Jika berlaku perlanggaran moral dan etika, hukuman tidak dapat dijatuhkan melalui sistem perundangan seperti perbuatan menderhaka atau menyakitkan hati ibu bapa dan sebagainya

• undang-undang dan moral mempunyai matlamat

yang sama iaitu untuk kemakmuran, keamanan dan

kesejahteraan manusia dalam menjalani kehidupan.

(31)

Nilai dalam Kehidupan

• Sesuatu benda atau perkara yang boleh dilihat dari segi harga. Satu konsep untuk menilai suatu kebaikan atau keburukan

• Nilai sesuatu itu adalah bergantung kepada diri individu itu sendiri, contohnya nilai kaya.

• Kebiasaan dalam masyarakat, mereka yang memiliki banyak wang dianggap kaya dan jika sebaliknya dianggap miskin.

• jika kita melihat kaya itu dari segi peribadi manusia, nilai moral dan

kualiti hidupnya, maka mereka yang kaya itu tidak semestinya

memiliki wang yang banyak tetapi sebaliknya ia bersyukur dan

menghargai dengan apa yang dimilikinya.

(32)

Nilai dari aspek materialistik (Wang kertas RM10 - pada wang kertas warna merah terdapat penjelasan “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai Sepuluh Ringgit” dan perkataan “Bank Negara Malaysia”). Jadi wang Rm50 mempunyai nilai untuk membeli barang yg berharga 50.

Aspek kemoralan: Perbuatan mencuri wang RM10 dan RM100 tidak berbeza dari segi nilai moral walaupun terdapat perbezaan dari segi nilai wang tersebut. Ini kerana perbuatan mencuri sama ada mencuri RM10 atau RM100 adalah perbuatan yang buruk dan salah di sisi undang-undang.

Aspek Intrinsik: menilai seseorang dari segi kualiti hidupnya bukan melihat kekayaannya.

Nilai Dalam Kehidupan Manusia

(33)

Jenis dan Fungsi Nilai Moral

a) Nilai Instrumental (ekstrinsik)

Nilai ekstrinsik (ekstrinsik) ialah kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Contohnya, di negara kita, hukuman sebat dikenakan kepada kesalahan rogol bagi menghapuskan perbuatan zina dan sumbang mahram

b) Nilai Intrinsik

Nilai intrinsik ialah kualiti yang diterima atau ditolak dengan tidak bergantung pada nilai lain. Ia merupakan nilai dalaman diri seseorang, misal kita berasa sedih apabila melihat penderitaan seseorang yang ditimpa kesusahan atau kemalangan. Perasaan sedih merupakan nilai yang tidak bergantung kepada nilai lain

(34)

c) Nilai Subjektif

Nilai subjektif ialah kualiti yang diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu. Ini bermakna sesuatu nilai itu mungkin baik pada seseorang, tetapi tidak pula pada orang lain. Contohnya, pencerobohan Israel ke atas negara Palestin dan Lubnan dilihat baik oleh Amerika dan sekutunya tetapi dinilai jahat oleh negara-negara Islam.

d) Nilai Objektif

Nilai Objektif ialah kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. Contohnya, menjadikan orang awam dan kanak-kanak sebagai perisai manusia dalam peperangan adalah satu kezaliman. Membunuh orang awam dan kanak-kanak merupakan satu kekejaman yang diterima oleh semua golongan tanpa ada pilihan lain.

(35)

e) Nilai Relatif

Nilai relatif ialah nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat. Ia berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Sesuatu nilai yang diterima umum, terbukti sama ada baik atau buruk dan kekal sepanjang masa. Contohnya, bermain bola dengan seluar pendek sedangkan dalam Islam ia dikira perbuatan mendedahkan aurat diterima kerana merupakan peraturan yang diterima oleh masyarakat.

f) Nilai Mutlak

Nilai mutlak merupakan nilai yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Nilai mutlak adalah nilai yang berkaitan dengan kepercayaan atau agama seseorang. Sebagai contoh, berseluar pendek (membuka aurat) ketika bermain bola atau dalam apa keadaan sekalipun merupakan nilai yang buruk dan tidak diterima dalam agama Islam.

(36)

Fungsi Nilai Moral

Sebagai satu panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan.

Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral.

Sebagai dasar untuk menentukan apakah harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahan.

Selain itu, nilai bukan hanya merangsang, malah menghadkan perlakuan seseorang.

(37)

NILAI MORAL

PERBEZAAN ANTARA PERATURAN NILAI MORAL DENGAN ADAT

Sama dan dipatuhi setiap masa dan di mana-mana tempat.

1.Setiap kaum mempunyai adat sendiri dan penafsiran adat berbeza antara suku kaum.

2. Disampaikan secara lisan.

ADAT

(38)

NILAI MORAL

AGAMA

PERBEZAAN ANTARA PERATURAN NILAI MORAL DENGAN AGAMA

1.Peraturan moral direka oleh manusia untuk menjaga kebaikan individu.

2.Unsur kerelaan diri untuk patuh peraturan tersebut.

3.Tidak menentukan tempat dan waktu untuk menjalankan amalan moral.

1.Setiap agama mempunyai peraturan dan nilai yang tercatat dalam kitab suci agama masing-masing.

2.Menetapkan tempat dan waktu untuk sembahyang.

(39)

PERBEZAAN ANTARA PERATURAN NILAI MORAL DENGAN UNDANG-UNDANG

Merupakan nilai perikemanusiaan yang merupakan satu persetujuan kelompok manusia tertentu

1. Ditulis, dibahas, dilulus dan dikuatkuasakan oleh parlimen.

2. Nilai membentuk tingkah laku adalah lahir daripada kepatuhan individu terhadap undang-undang.

UNDANG-UNDANG NILAI MORAL

(40)

Konsep Asas Etika

Penegasan/pernyataan yang menyatakan pertimbangan nilai Cth : kereta itu mahal (mahal mempunyai nilai).

Tidak melibatkan pertimbangan nilai-nilai moral.

Ia berbentuk fakta yang tidakmelibatkan sebarang pertimbangan nilai atau kewajipan. Ia menjelaskan fakta yang logik.

Cth: “Di Malaysia, rombakan kabinet adalah di bawah kuasa Perdana Menteri”.

Cth: Kereta itu berwarna biru.

1.PERNYATAAN NORMATIF

2.PERNYATAAN DESKRIPTIF

(41)

TERIMA

KASIH

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan bahwa terdapat beberapa bentuk pergeseran dalam pernikahan adat Batak Samosir di Kuantan Singingi yaitu : Mebat atau Paulak Une atau merupakan

Data dari stasiun cadangan pada setiap saat dapat diminta oleh Pusat Data Internasional dan harus segera tersedia melalui hubungan computer yang selalu dihubungkan (on-line). Setiap

Lampiran 13 Tabel kesesuaian antara landasan penyusunan Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP) dari Badan Standar Nasional Pendidikan (BSNP) dengan landasan

: KALIMANTAN BARAT : KOTA PONTIANAK 3 184 184 168 Jumlah Akhir Jumlah Akhir Jumlah Akhir 168 LAMPIRAN Model DB-1 DPRD KABUPATEN/KOTA... PARTAI KEDAULATAN 282 9 Jumlah Akhir 282

Tunjangan kesehatan diberikan kepada pegawai yang besarnya ditentukan oleh Yayasan dengan mempertimbangkan kondisi keuangan masing-masing unit pendidikan..

Kegiatan PPL merupakan serangkaian kegiatan yang terdiri dari observasi kelas, serta proses pengidentifikasian lingkungan belajar dan karakteristik peserta didik,

Evaluasi Keberhasilan Studi Pada Akhir Program Pasca Sarjana Jumlah nilai kredit minimum yang harus dikumpulkan oleh seseorang mahasiswa untuk menyelesaikan program studi

Pada kasus susu mentah atau susu yang menurut dugaan dipasteurisasi, untuk orang yang peka, dengan jumlah bakteri kurang dari 1000-pun dapat menyebabkan