• Tidak ada hasil yang ditemukan

SPM Sejarah Tingkatan 5 (Pelajar Malaysia sahaja)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SPM Sejarah Tingkatan 5 (Pelajar Malaysia sahaja)"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Tingkatan 5 Sejarah

Bab 1 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

1.3 Nasionalisme di Asia Tenggara

1. Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

- perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air dari penjajahan.

2. Nyatakan factor-factor kemunculan nasionalisme.

• Dasar penjajahan Barat

• Pengaruh agama

• Karya kesusasteraan

• Sistem pendidikan

• Kemunculan golongan intelektual

• Pengaruh media massa

• Sistem pengangkutan dan perhubungan

Pengaruh luar

3. Nasionalisme di Asia Tenggara dibahagikan kepada dua tahap. Lengkapkan jadual di bawah. Nasionalisme di Asia Tenggara

Tahap 1 Tahap 2

1. Penentangan masyarakat secara terbuka bersifat setempat.

2. Tidak berorganisasi

3. Isu-isu agama, budaya dan hak pribumi menjadi factor utama

4. Menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik.

5. Menuntut hak mereka dikembalikan dan tidak menuntut kemerdekaan segera.

1. Lebih radikal. 2. Berorganisasi

3. Muncul selepas gerakan tahap pertama yang sederhana gagal.

4. Dipimpin oleh golongan berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.

5. Menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan yang berdaulat.

4. Lengkapkan jadual di bawah.

Tokoh Parti Politik / Pertubuhan 1. Andreas Bonifosio Katipunan

2. Soekarno Parti Nasional Indonesia 3. Nguyen Thai Hoc Viet Nam Quac Dang Dang

4. Aung San Dobama Asiayone

5. Nai Pridi Panomyong Parti Rakyat

6. Ho Chi Minh Parti Komunis Vietnam 1. Nyatakan ciri-ciri nasionalisme di Thailand.

Tahap 1 :

- kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat di raja dan juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.

- kesan perkembangan system pendidikan Barat menjadikan intelektual Thai terdedah kepada fahaman liberal dan demokrasi

- kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravurd menyebabkan rakyat tidak puas hati Tahap 2 :

Perasaan tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. 2. Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara.

2.1 Filipina :

Pada tahap 1 nasionalisme di Filipina dimulai oleh gerakan dakyah pimpinan Jose Rizal dan disokong oleh golongan pertangahan berpendidikan Barat. Nyatakan tuntutan pejuang tahap 1 ini.

- pejuang menuntut supaya Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol

- bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti yang diperolehi oleh bangsa Sepanyol - diberi kebebasan bersuara

Pada tahap 2 nasionalisme di Filipina dipimpin oleh Andreas Bonifacio yang berjuang secara radikal. Nyatakan tuntutan tahap 2 ini.

- penubuhan Katipunan oleh Andrea Bonifacio - penentangan secara radikal terhadap sepanyol

- matlamat perjuangan adalah untuk menyatukan rakyat Filipina dan memperjuangkan kemerdekaan secara revolusi

.

(2)

3. Perjuangan kemerdekaan di Indonesia terbahagi kepada dua tahap. Nyatakan secara ringkas perjuangan pada Tahap 1.

- memberi perhatian terhadap isu-isu pendidikan

- hanaya pendidikan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia

- Raden Adjeng Kartini memperjuangkan pendidikan untuk kaum wanita melalui karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa.

- Muhammadiyah berusaha menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Membina sekolah, klinik dan masjid

Nyatakan secara ringkas perjuangan pada Tahap 2.

- perjuangan parti-parti politik radikal seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia

- parti-parti politik lantang menuntut kemerdekaan dengan cara kekerasan 4. Nasionalisme Indo-China. M/s 20

Perjuangan nasionalisme di Indo-China pada peringkat awal dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai-pegawai dari golongan Mandarin.

Perjuangan pada peringkat awal ini bertujuan untuk memulihkan Sistem pemerintahan beraja. Selain daripada itu perjuangan nasionalisme Indo-China juga dipelopori oleh Golongan Menengah Berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat. Perjuangan nasionalisme tahap 2 di Indo-China bersifat radikal dan di pengaruhi oleh Viet Nam Quac Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam

Nasionalisme Burma.

Nasionalisme Tahap 1 di Burma dipimpin oleh a.

Golongan sami Buddha    b. Golongan elit berpendidikan Barat

Terdapat satu isu yang digunakan oleh pejuang nasionalisme di Burma untuk membangkitkan semangat menentang penjajah. Apakahn isu tersebut ?Isu Kasut

Nyatakan kesan Laporan Montagu-Chalford. Burma belum bersedia untuk memerintah sendiri Pada tahun 1920 berlaku revolusi pelajar di Burma. Nyatakan tuntutan mereka.

1920 tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan universiti untuk mereka

Golongan Thakin telah menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada 1935 untuk menuntut kemerdekaan. Senaraikan nama-nama pemimpin Parti Dobama Asiayone. Aung San, Kyaw Nein dan U Nu.

(3)

BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Topik : Sebab-Sebab Penentangan Pemimpin Tempatan Terhadap British

• Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan

• Dasar Penaklukan British

• Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap Masyarakat Tempatan

• Kesultan Penduduk Tempatan

• Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh

• Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan

Topik : Penentangan Penduduk Tempatan – Tokoh Pejuang

Pemimpin Lokasi Sebab penentangan Kesudahan

1.Dol Said (Penghulu Naning)

Naming - tidak setuju Brtitish meletakkan Naning sbg wil. British

- ingkar hantar ufti 1/10 hasil yang diminta British

Menyerah diri

2. Linggir (Pemimpin Iban)

Sarawak - menentang penaklukan James Brooke

-3. Rentap

(pemimpin Iban) Sarawak - james Brooke menghapuskan orang Iban di Skrang yang dianggap lanun Penentangan lemah 4.Syarif Masahor

(Gabnor Sarikei) Sarawak - menolak penguasaan James Brooke di Sungai Skrang - hilang kuasa memungut cukai dan pengaruh

Lari ke Brunei 5. Mar Salleh

Pemimpin daerah Tambunan & Sg Sugut)

Sabah - SBUB menduduki kawasan pengaruhnya - Menentang sistem cukai kepala dan perahu

Tewas dan meninggal dunia 6.Dato’ Maharaja Lela (Pembesar ke-8 Perak)

Perak - hilang hak memungut cukai - hilang pengaruh

- campur tangan dalam adat resam orang Melayu (hamba) Dihukum gantung 7.Dato’ Bahaman (Pemimpin Lubuk Terua) Pahang

- menentang pembinaan Balai Polis di Lubuk Terua

- British menangkap anak buahnya.

Lari ke Bangkok Menetap di Chiengmai 8.Tok Janggut Pasir Puteh - menentang sistem cukai British

- Tok Janggut enggan bayar cukai - British arah menangkap Tok Janggut

Terkorban 9.Hj Abdul

Rahman Limbong (ulama)

Terengganu - tidak puas hati sistem cukai dan

undang-undang tanah British Kalah dan dibuang ke Mekah

Topik : Faktor-Faktor Pemangkin Nasionalisme

Nyatakan faktor-faktor pemangkin nasionalisme. 1. Pengenalan sistem politik Barat 2. Perkembangan sistem pendidikan 3. Dasar British

4. Pendudukan Jepun

5. Penguasaan Parti Komunis Malaya 6. Kemunculan mesin cetak

7. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia 8. Kesedaran politik serantau

(4)

Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Topik : Gerakan Islah

1. Gerakan Islah merupakan gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.

2. Nyatakan tokoh-tokoh Gerakan Islah: a. Sheikh Tahir Jalaludin

b. Syed Sheikh al-Hadi

c.

Dr Burhanuddin al-Helmy

3. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. 4. Akhbar / majalah yang digunakan.

a. Al-Imam b. Neracha c. Idaran Zaman d. Pengasuh

5. Isu perjuangan Kaum Muda

a. Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia.

b. Gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosal orang Melayu c. Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam pemikiran orang Islam.

d. Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu

6. Siapakah Kaum Tua?

Merupakan golongan alim ulama yang menentang perjuangan Kaun Muda. Mereka berfahaman bahawa Islam itu adalah tentang akhirat dan menekan fardu ain sahaja.

7. Mengapakah Kaum Muda dapat bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat?

i. Und ang-undang telah dikeluarkan di Negeri-Negeri Melayu bagi menghalang pengaruh Kaum Muda.

ii

Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan.

iii

Undang-undang ini tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke negeri-negeri tersebut.

8. Nyatakan kejayaan-kejayaan Kaum Muda.

a. Menubuhkan beberapa buah madrasah meliputi pendidikan dunia dan akhirat

(5)

BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

3.1 Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa

1. Apakah peranan Raja dalam sesebuah kerajaan? (m/s 65 ) (a) memberikan perlindungan politik

(b) menjamin keselamatan rakyat

2. Nyatakan maksud Kerajaan berdasarkan . (m/s 65 –66 ) (a) Sebelum penjajahan British

negeri dengan segala jajahan takluk (b) Semasa penjajahan British

setiap kerajaan Melayu sebagai negeri dan sempadan ditetapkan oleh British. 3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep bangsa?

Sekumpulan manusia dalam suatu ikatan ketatanegaraan (warganegara sebuah negara ) (b) Bagaimanakah bangsa Malaysia dibentuk?

i..penggunaan satu bahasa kebangsaan ii

pengamalan kebudayaan kebangsaan dan rukun negara 3..1.1 Pembinaan Negara dan Bangsa

1. Lengkapkan urutan peristiwa pembentukan negara bangsa Itali berdasarkan tema yang diberi. (m/s 68 )

TEMA HURAIAN

Wilayah Itali terbahagi kepada beberapa wilayah.

Contoh : Venetia, Lombardy yang dikuasai oleh Austria.

Halau Orang Itali ingin menyatukan wilayahnya dan menghalau orang Austria. Realpolitik Amalan realpolitik digunakan untuk meyatukan Itali

Tokoh Count Camillo Benso berusaha menyatukan Itali berlandaskan pemerintahan monarki

Kerjasama Itali berkerjasama dengan Napoleon III untuk menetang Austria

Pungutan suara Benso telah memperoleh sokongan majority untuk menyatukan Itali melalui pungutan suara

Bantu Itali membantu Prusia menewaskan Austria

Balasan Sebagai balasan wilayah Venetia diserahkan kepada Itali oleh Prusia Undur Terancis telah mengundurkan tenteranya dari Rom.

Penyatuan Benso bertindak menyatukan Rom dan Itali membentuk negara bangsa Itali 2. Lengkapkan perbezaan cara-cara pembentukan negara Islam Madinah dan negara bangsa di Eropah.

ISLAM MADINAH UNSUR PERBEZAAN EROPAH

Asas Islam Prinsip Realpolitik

Piagam Madinah Perlembagaan Tiada Diplomasi, musyawwarah,

muafakat

Cara Ugutan. Provokasi – taktik kotor Kerjasama antara pemimpin Sokongan Peperangan

Nasihat majlis Syura Perlaksanaan pemerintahan Diktator, monarki

3.Nyatakan 3 cara pembentukan negara Malaysia. (a) melalui rundingan

(b) melalui pakatan murni ( c) melalui tolak ansur

3.1.2 Ciri-ciri negara dan bangsa

1. Nyatakan ciri-ciri negara bangsa. (m/s 73 )

(a) Negara (b) Kerajaan ( c) Bangsa (d) Perlembagaan

3.2.1 Ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka

(6)

3.3 Warisan Negeri-negeri Melayu

1. Senaraikan warisan Kesultanan Melayu Melaka yang masih diamalkan di negeri-negeri Melayu. (a) sistem pemerintahan

(b) gelaran sultan (c) sistem pewaris takhta (d) pembesar empat lipatan_

(e) Undang-undang – Hukum Kanun Melaka (f) Adat istiadat

(g) Agama Islam (h) Bahasa Melayu

3.3..1 Johor. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

1. Nyatakan 2 sebab Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan. M/s 80 (a)

memantapkan system pentadbiran (b)

menghalang rancangan British menguasai Johor

2. Nytakan kandungan Undang-undang Tubuh kerajaan Johor. M/s 80-81 (a)

keturunan sultan sebagai pewaris takhta (b)

pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor (c)

Agama Islam agama negeri

3. Bagaimanakah kedudukan Sultan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. (a) Bangsa Melayu (b) Lelaki (c) Agama Islam (d) Waris pemerintah (e)

Dilarang serah negeri kepada kuasa lain (f)

Memperkenankan jawatan naib menteri besar

3.3.2 Kelantan Sistem Jemaah Menteri

Lengkapkan jadual Sistem jemaah Menteri Kelantan. (m/s 84 )

JAWATAN TUGAS

Jemaah Penasihat Raja Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.

Jemaah Menteri Istana Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri Kelantan. Jemaah Menteri

Keadilan dan Kehakiman

Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman. Jemaah Menteri

Dalam Negeri

Menjaga keamanan negeri

Jemaah Menteri Luar Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri. Jemaah Menteri

Perbendaharaan

Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul. Jemaah Menteri

peperangan

Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri Jemaah Menteri

Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri

Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.

3.3.3Terengganu – Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu

1 Apakah maksud Ittiqan-ilmuluk bita’dil il-suluk ?

Keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan

2. Nyatakan tujuan Undang-undang Tubh Kerajaan Terengganu ditubuhkan. Mengahalang British dari menguasai Terengganu

3. Lengkapkan jadual persamaan antara Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dengan Perlembagaan Negeri Terengganu.

Syarat menjadi Sultan Berbangsa Melayu, lelaki, beragama Islam dan berketurunan pemerintah

Tanggungjawab Sultan

Dan Menteri Sultan dan Menteri-menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain. Agama Islam Agama Islam menjadi agama negeri

(7)

Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri

Syarat menjadi Menteri Berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat raja 5. Lengkapkan jadual perbezaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan Perlembagaan

Terenggganu.

Unsur Perbezaan Terengganu Johor

Nama Perlembagaan Ittiqan ilmuluk bi-ta’dil il-suluk Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun diperkenalkan Tahun 1911 Tahun 1895

Tokoh yang memperkenalkannya

Sultan Zainal Abidin III Sultan Abu Bakar 3.3.5 Negeri Sembilan –Prinsip Demokrasi dan Konsep Persekutuan. (m/s 87-88) Senaraikan unsur-unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan Negeri Sembilan. (a)

Sistem pemerintahan (b)

Kedaulatan ditangan rakyat. (c)

Perlantikan pemimpin dibuat dari peringkat bawah. (d)

Perlantikan Yang Dipertuan Besar dibuat Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah. (e)

Keputusan yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan dengan Undang. (f)

Undang dilantik oleh lembaga. (g)

Lembaga dilantik oleh Buapak. (h)

Buapak dilantik oleh Anak Buah. (i)

(8)

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

A. MALAYAN UNION

1. Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan :

a. Penuhkan peta minda di bawah dengan lengkap sebab-sebab Makayan Union diperkenalkan. – Persediaan membentuk kerajaan sendiri

- Melahirkan pentadbiran yang licin - Mengawal kuasa politik orang Melayu - Menjimatkan kos pentadbiran

- Membentuk bangsa Malayan Union

b. Lengkapkan ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946? (ms 96-97)

1. Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat disatukan.

2. Seorang Gabenor British yang dilantik oleh baginda Ratu England akan mengetuai Malayan Union.

3. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk. 4. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

5.

Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip Jus Soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union.

6. Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu hanya membincangkan soal agama Islam dan istiadat Melayu.

7.

Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir. c. Faktor-faktor menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union.

i. Tindakan Sir Harold Mac Michael mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta jika menentang Malayan Union. Contoh Sultan Badlishah, Kedah.

ii.

Sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.

iii. Raja-Raja Melayu kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua Melayu. iv.

Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang akan mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

v.

Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka.

d. Bagaimanakah orang-orang Melayu menentang Malayan Union?

Akhbar Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis, Warta Negara telah menyuarakan bantahan secara berterusan.

Demontrasi Orang melayu telah mengadakan domonstrasi secara damai semasa Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu.

Persatuan-persatuan Melayu

Persatuan2 Melayu dihidupkan semmula untuk menentang Malayan Union. Mereka

menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Kongres

Melayu Pada 23 januari 1946 Dato’ Onn Jaafar menubuhkan United Malays Organization (UMO) menentang Malayan Union. 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur telah dihadiri oleh 41 persatuan seluruh Tanah Melayu lalu ditubuhkan United Malays National Organization (UMNO) untuk menentang Malayan Union. Pada 30 hingga 31 Mac 1946 Kongres Melayu Kedua membantah pengisytiharan Malayan Union. Rapat Umum Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap Bandar besar untuk menunjukkan

bantahan mereka. Raja-raja

(9)

B. PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

a. Huraikan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ketegasan

orang Melayu

Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar.

Politik orang

Melayu Sikap orang Melayu yang sederhana telah mendorong British menerima kehendak mereka. Sokongan

pegawai tinggi British

Sokongan daripada tinggi British seperti Sir

Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D Gammans telah membantu orang tempatan orang menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sokongan bekas

pegawai British Sokongan bekas pegawai British yang seperti SirWinstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi yang pernah berkhidmat di Frank Swettenham, Sir R.O Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu. Perpaduan

orang Melayu

Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.

UMNO British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union dan tidak menuntuk kemerdekaan.

Piagam Atlantik

1945 Piagam atlantik 1945 yang dikeluarkan oleeh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak menggalakkan penjajahan baru, sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan. b. Nyatakan lima tuntutan yang dibuat oleh orang Melayu dalam Pembentukan

i. Raja-Raja melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.

ii. Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. iii.Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.

iv.Mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan. v. Mereka menuntut supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula. c. Berikan ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. (ms 106-108)

i. Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri. ii.

Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. iii. Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan.

iv. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk. v.

Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

Gambar menunujukkan raja-raja Melayu dan para pembesar Melayu selepas menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 di King’s House Kuala Lumpur.

- Majlis Raja-raja

- Majlis Eksekutif Persekutuan Tanah Melayu - Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu - Majlis Eksekutif Negeri

- Majlis Perundangan Negeri

e. Senaraikan tokoh-tokoh penggerak Persekutuan Tanah Melayu 1948. Raja-raja Melayu

(sembilan orang)

Pemimpin Tempatan 1. Dato’ Nik Ahmed Kamil Pihak British

(10)

C. PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH

a. Jelaskan peranan persatuan-persatuan yang terlibat dalam gerakan anti penyerahan di Sarawak.

Orang Melayu dan orang Dayak Perlembagaan 1941

Persatuan Pegawai Melayu Rukun Tiga Belas Rosli Dhobi

(11)

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Sistem Ahli

Lengkapkan keanggotaan Sistem Ahli di bawah bagi setiap portfolio yang dinyatakan.

Keanggotaan Sistem Ahli

Ahli ekonomi O.A. Spencer

Ahli Kesihatan Dr Lee Tiang Keng Ahli Dalam Negeri Dato Onn Jaafar Ahli Pelajaran Dato E.E.C. Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan Dato’ Mahmud Mat Ahli Perindustrian dan hubungan Sosial J.D. Hodgkinson Ahli Perumahan dan Kerja Raya J.D. Mead

Ahli Pertanian dan Perhutanan Tunku Yaakob Ibni Sultan Ab. Hamid Lengkapkan langkah-langkah Dato’ Onn Jaafar untuk melaksanakan Pakatan Murni

.

Menubuhkan Independence of Malayan Party (IMP)

Mendokong Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK)atau Communities Liaison Committee (CLC)

Menerima kerakyatan jus soli bersyarat bagi bukan Melayu 

Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA)

Mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu. 

Menyokong penubuhan Persidangan Kebangsaan

PERIKATAN SERTA PILIHANRAYA BANDARAN NEGERI, DAN MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN 1955

.

1. Bilakah pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan? Februari 1952

2. Dalam pilihanraya tersebut, kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor telah diadakan. Siapakah pemimpin kedua-dua pertubuhan tersebut? Dato’ Abddul Razak Yahya dan Ong Yoke Lin 3. Berapakah jumlah kerusi yang dimenangi oleh gabungan UMNO-MCA tersebut?

9 kerusi (daripada 12)

4. Bilakah MIC mula menganggotai Parti Perikatan? 1955

5. Pada tahun 1954, British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihanraya dalam Majlis

Perundangan Persekutuan (MPP). Berapakah bilangan kerusi yang akan dipilihmelalui pilihanraya? 52 Kerusi

6. Nyatakan manifesto Parti Perikatan dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955 ? (m.s 122)

i. Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun ii. Mewajibkan pendidikan

iii. Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan iv. Menjaga hak asasi manusia

v.

Melindungi hak raja-raja Melayu

7. Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 dalam kabinet pertama pilihan rakyat? Tunku Abdul Rahman

PERIKATAN DAN PAKATAN MURNI KE ARAH KEMERDEKAAN

1. Siapakah yang mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada Februari1956? Tunku Abdul Rahman

2. Namakan empat orang wakil Sultan Melayu yang turut menganggotai Rombongan tersebut? a. Dato’ Panglima Bukit Gantang

b. Dato’ Nik Ahmed Kamil c. Encik Abdul Aziz Majid d. Dato’ Mohd Seth

3. Siapakah yang telah mempengerusikan Perundingan tersebut?Lord Lennox-Boyd 4. Di manakah Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan sekembalinya dari London? Bandar Hilir Melaka

(12)

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957.

2. Senaraikan isi-isi penting penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.  Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan.

 Pembahagian kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

 3 jenis kerakyatan, iaitu kuatkuasa undang-undang, secara permohonan dan secara naturalisasi.  Hak istimewa orang Melayu dikekalkan.

 Agama Islam sebagai agama rasmi Perseketuan Tanah Melayu.  Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.

 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.  Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Negara.

 Perdana Menteri sebagai pengurus pentadbiran negara.  Pentadbiran bersifat demokrasi berparlimen

 Di peringkat negeri, pentadbiran dilaksanakan oleh Menteri Besar dengan bantuan Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

Tokoh-tokoh yang Terlibat Dalam PTM 1957 Pemimpin Perikatan

Tunku Abdul Rahman Tun Abdul Razak Tun HS. Lee

Tun V.T. Sambanthan

Wakil raja-raja Melayu Tunku Abdul Rahman

Pemimpin terpilih Dato Onn Jaafar

(13)

Bab6

1.

Tahun :1887 Tokoh : LORD BRASSEY Kawasan : SARAWAK, SABAH, NEGERI MELAYU

2. Tahun : 1948 Tokoh : Sir Malcolm MacDonald

Kawasan : SARAWAK, SABAH, SINGAPURA, BRUNEI & NEGERI SELAT & PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

3. Tahun : 1955 Tokoh : Lim Yew Hock & David Marshall Kawasan : SINGAPURA & PERSEKUTUAN

4. Tahun : 1956 Tokoh : Dato’ Onn Ja’afar

Kawasan:SARAWAK, SABAH, SINGAPURA, BRUNEI TANAH MELAYU & PERSEKUTUAN

TANAH MELAYU.

5. Tahun : 1959 Tokoh : Lee Kuan Yew Tokoh : TUNKU ABDUL RAHMAN

Kawasan : SINGAPURA & TANAH MELAYU 6. Tahun : 27 Mei 1961

Kawasan : SARAWAK, SABAH, SINGAPURA, BRUNEI & PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Apakah reaksi negara-negara di bawah terhadap Pembentukan Malaysia?

Singapura disokong oleh Parti PAP, Lee Kuan Yew kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri.

ditentang Barisan Sosialis yang mengatakan pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan baru.

Sarawak disokong Parti Negara Sarawak (PANAS), SNAP, BERJASA, SCA, PESAKA, ditentang SUPP.

Sabah disokong UNKO, USNO, PARTI PASOK MOMUGUN, PARTI PERIKATAN SABAH.

Brunei ditentang PARTI RAKYAT BRUNEI.

Indonesia ditentang dan melancarkan konfrontasi. Filipina ditentang dan menuntut Sabah.

Senaraikan kronologi usaha-usaha ke arah pembentukan Malaysia (ms. 149 – 152) a) Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah

b) Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

d) Ogos,1962: Suruhanjaya Cobbold

e) OGOS 1962: Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) f) September 1962: Pungutan suara di singapura g) Dis 1962: Gagasan MAPHILINDO

h) Jun 1963: Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) i) 16Sep1963: Perisytiharan Malaysia

Lengkapkan intipati Perjanjian Malaysia 1963 (m.s 155 )

a) Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab kerajaan persekutuan. b)Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak c)Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan

e)Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam f) Perwakilan parlimen – Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah -16 kerusi dan Singapura – 15 kerusi g) rakyat Bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf sama dengan orang Melayu di Persekutuan

(14)

Bab 7

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

1. Berikan ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Kebebasan asasi, Pilihanraya, parti-parti politik, raja berperlembaan, kuasa pemerintahan, perlembagaan and parlimen.

Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam system pemerintahan.

Perlembagaan

Maksud –perlembagaan

1.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

2.

Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi yang terkandung segala peraturan dan prinsip kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara

3.

Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16hb September 1963.

Antara, Peruntukan dan Perlembagaan

Senarai persekutuan dan negeri Instituti YDP Agung

Parlimen Jemaah menteri Badan Kehakiman

Nyatakan secara ringkas kepentingan perlembagaan

Kepentinga Perlembagaan: Menjamin taat setia rakyat, menjamin hak asasi dan kebeasan, menentukan rangkabentuk pentadbiran, kedudukan hak istimewa orang-orang melayu dan Peraan Yang di Pertuan Agong.

Pindahaan Perlembagaan

1. Tujuan pindaan perlembagaan adalah bertujuan untuk : I. Melindungi kepentingan rakyat

II. Menjaga keselamatan

III. Melicinkan urusan pentadbiran

2. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. 3Antara perkara sentsitif yang tidak boleh dipersoalkan :

i. Pemerintahan beraja ii. Agama Islam iii. Bahasa Melayu

iv. hak istimewa orang Melayu

4. Tujuan perkara di atas tidak boleh dipersoalkan adalah kerana memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

5. Nyatakan langkah-langkah pindaan perlembagaan oleh parlimen. Kaedah Pertama

Persetujuan Majoriti lebih suara dua pertiga dewan Perlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja.

• Tugas dan kuasa M.R.R

• Kewarganegaraan

• YDP Agong dan Raja-raja Melayu serta Yang Dipertua Negeri

• Keduddukan orang Melayu dan Bumiputera

• Perubahan sempadan negeri Kaedah Kedua

Persetujuan majority lebih dua pertiga parlimen dan kelulusan YDP negeri Sarawak dan Sabah

• Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah .

• Hak dan Kuasa kepada Kerajaan Negeri tentang kuasa menahan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah (Akta Immigresen 1961).

• Perkara perundangan dan pemerintahan negeri

(15)

Kaedah Ketiga

Persetujuan lebih suara dua pertiga dewan Perlimen .

• Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindahaan Kaedah Keempat

Persetujuan lebih suara Dewan Perlimen. • Pindaan Jadual 2, 6 dan 7, Bahagian III tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan pilihan raya.

• Pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan.

Raja Berperlembagaan

1. Raja berperlembagaan bermaksud system pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.

Yang di Pertuan Agong Bertindak berdasarkan perlembagaan Malaysia & nasihat Perdana Menteri Tidak boleh bertindak secara bersendirian

Boleh menggunak an budi bicara dalam soal-soal tertentu 2. Nyatakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan Malaysia: A. Dipilih dari kalangan 9 raja-raja melayu secara bergilir-gilir

B Mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan eksekutif , Badan Perundangan dan Badan Kehakiman C.Mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan parlimen

Sistem kerajaan Persekutuan

Yang di Pertuan Agong Dewan

Negara

Dewan Rakyat

Badan Pelaksana Badan Kehakiman

Kabinet Mahkamah

Persekutuan Mahkamah Rendah Jabatan Perdana Menteri Kementerian

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Sesyen

Suruhanjaya Jabatan Perbadanan Awam Mahkamah

Tinggi Mahkamah Juvenil Badan Berkanun Badan Bukan Berkanun Mahkamah Penghulu 4. Lengkapkan carta badan perundangan di bawah ini.

Dewan Negara  Dewan Tertinggi  Mengandungi 69 org ahli  Digelar sbg senator  Mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun  taraf sama spt ahli parlimen  Boleh dilantik ahli jemaah menteri 5. Lengkapkan carta Dewan Rakyat di bawah.

Dewan Rakyat  Dewan terpenting  Dipilih melalui pilihanraya  mengandungi 219 ahli yg mewakili semua kaw. Pilihanraya  tempoh jawatan adalah selama 5 tahun  tugas utama adalah mengubal dan meluluskan undang-undang  Undang-undang parlimen dikenali sbg akta

Nyatakan ciri-ciri Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Persekutuan

1. Bidang pentadbiran Negara meliputi aspek perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan.

2. Badan Eksekutif mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas-tugas eksekutif mengikut perlembagaan

3. Jemaah Menteri akan diketuai oleh seorang perdana menteri

4. Yang Dipertuan Agong juga mempunyai kuasa eksekutuf mengikut undang-undang dan perlembagaan.

Kerajaan Negeri

1.

Kuasa eksekutif diberikan kepada setiap negeri

2.

Kuasa Eksekutif terletak di tangan sultan atau YDP Negeri

(16)

Negara Persekutuan

Tuliskan contoh2 yang terdapat dalam Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.

Pengagihan Kuasa Pentadbiran Negara:

Senarai Negeri:

• Hal ehwal luar negeri (hubungan luar)

• Pertahanan

• Keselamatan dalam negeri

• Pentadbiran dan keadilan

• Kerakyat Negara

• Kewangan

• Perniagaan, perdagangan dan perusahaan

• Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan

• Jabatan Ukurm, penyelidikan

• Kerja raya dan tenaga pusat

• Pelajaran

• Kesihatan

• Keselamatan buruh dan social

• Orang Ahli

• Hal hal lain Senarai Negeri:

• Undang-undang Islam

• Tanah

• Pertanian dan perhutanan

• Kerajaan tempatan • Perhidmatan tempatan • Kerajaan negeri • Cuti negeri • Undang-undang negeri Senarai Bersama: • Kebajikan sosial • Biasiswa • Taman negara • Penjagaan haiwan

• Parit dan tali air

• Pemulihan

• Hiburan

Pilihanraya

Lengkapkan Carta di bawah berkaitan dengan Pilihanraya Malaysia

Penetapan tarikh penamaan calon oleh SPR  Penamaan Calon  Penyediaan Manifesto oleh parti pembangkang  Pelancaran kempen pilihanraya  Pengumuman tempat pembuangan undi  Pemberian Kertas Undi yang mempunyai lambang parti dan calon yang bertanding yang bakal dipilih oleh pengundi  Pembuangan Undi.Pengundi akan memangka kertas undi  Pengiraan Undi  Pengumuman Keputusan Pilihanraya

(17)

Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Soalan 17.

Padankan pertubuhan yang berikut dengan maklumat yang berkaitan. Komanwel

Anggotanya terdiri daripada negara2

Dunia Ketiga dan idea penubuhannya telah dicadangkan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad.

PBB Tujuan penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok barat atau blok timur.

NAM Anggotanya terdiri daripada bekas tanah jajahan British.

Negara2 Selatan Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan perdamaian dalam segala

persengketaan antara negara2 Islam dan memastikan tempat-tempat suci Islam

dihormati dan tidak dicemari.

(18)

TINGKATAN 5 BAB 9

(1) PERANG DUNIA PERTAMA

1. Namakan Negara-negara Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama. (m/s 230) 1.Austria - Hungary (a) Perikatan Kuasa Tengah; 2.Itali: Perang Dunia Pertama 3.Jerman (b) Pakatan Bertiga:1.Britain, Perancis dan Rusia

2. Nyatakan faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918. 1.Kemunculan nasionalisme di Eropah

2.Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi

3.Kewujudan pakatan Negara-negara Eropah, Perikatan kuasa tengah dan Pakatan bertiga 4.Persaingan mendapat tanah jajahan

5.Persaingan kuasa-kuasa pakatan mengancam perimbangan dunia

3. Lengkapkan tempat kosong berkaitan kesan-kesan Perang Dunia Pertama di bawah dengan merujuk buku teks muka surat 231.

1. Tamatkan pemerintahan beraja di Eropah 2.Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda

3.Negara-negara mengalami inflasi dan hutang perang yang tinggi 4.Persidangan damai – Perjanjian Versailles.

5.Wujud Liga Bangsa untuk keamanan dan kerjasama

6.Wujud Negara-negara baru seperti Estonia, Findland dan Poland

4.Apakah peristiwa sementa yang tercetusnya Perang Dunia Pertama. (m/s 230-231)

Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh pengganas Serbia pada 28 Jun 1914.

(2) PERANG DUNIA KEDUA

5. Namakan negara-negara Pakatan Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu yang terlibat dalam Perang Dunia Ke2.

Kuasa Paksi Jerman, Itali dan Jepun Kuasa Bersekutu Britain, Perancis dan Rusia

6. Namakan tokoh-tokoh negara yang mencetuskan Perang Dunia Kedua. (m/s 232 – 233) Negara Tokoh

Jerman Adolf Hitler

Rusia Ladimir Lenin dan Josept Stalin Itali Benito Mussolini

7. Nyatakan faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua. (m/s 232 – 233) 1.Jerman tidak puas hati hilang tanah jajahan

2.Jerman terpaksa bayar pampasan perang 3.Hitler ingkar Perjanjian Versailles 4.Jepun ingin menguasai negara timur2

5.Itali tidak diberi tanah jajahan

8. Nyatakan kesan-kesan Perang Dunia Kedua. (m/s 234) 1.Jerman terbahagi kepada dua, Jerman Barat dan Jerman Timur 2.Negara-negara tanah jajahan mengistiharkan kemerdekaan 3.Mengorbankan nyawa yang tinggi

4.Liga Bangsa dibubarkan

(3) BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN 9. Apakah maksud istilah-istilah berikut. (m/s 234)

a) . Blok Dunia : Negara-negara yang sehaluan untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.

b) . Perang Dingin: Terbentuk daripada Blok Dunia berasaskan geopolitik dan tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung.

10. Perang Dingin yang berlaku menyebabkan terbentuknya dua blok dunia. Nyatakan negara yang terlibat dalam blok tersebut. (m/s 234)

(19)

11. Nyatakan sebab-sebab berlakunya Perang Dingin. (m/s 234 -235) 1. Perbezaan ideology dan fahaman politik

2. Persaingan kuasa blok Kapitalis dan Komunis 3. Membuktikan kekuatan masing2

4. Pengaruhi pegangan negara2 dunia ketiga

5.Menyebarkan pengaruh melalui ekonomi dan ketenteraan 12. Nyatakan kesan-kesan Perang Dingin. (m/s 235 – 236) 1.Perlumbaan senjata antara blok

2.Pembentukan blok dunia Kapitalis dan Komunis

3.Pakatan ketenteraan (NATO) untuk sekat pengaruh komunis 4. Negara komunis tubuh pakatan Warsaw

13. Bandingkan ideologi antara Blok Kapitalis dengan Blok Komunis. (m/s 235)

Aspek Blok Komunis Blok Kapitalis

Politik 1.Pemerintahan oleh dictator 2. Parti komunis sahaja diiktiraf

1. Negara demokratik

2. Pemilihan kerajaan melalui pilihanraya

Ekonomi -Perniagaan dimiliki dan diuruskan

oleh kerajaan -Peluang perniagaan dan pemilikan persendirian

Sosial -Kebebasan individu dilindungi dan

Referensi

Dokumen terkait

Setiap materi maupun tugas dapat dilakukan penilaian yang beragam, sesuai dengan karakter materi dan tugas yang diberikan pada setiap materi atau topik bahasan tidak selalu

Karena saat ini Outsourcing sedang diperbincangkan dikalangan masyarakat atau pegawai, karena Outsourcing itu adalah salah satu penyediaan jasa untuk di salurkan

Melakukan penelitian dan evaluasi terhadap Data Usulan Teknis terhadap Surat Penawaran Harga yang dinyatakan lengkap dan sah dalam Berita Acara Pembukaan Dokumen

Some researchers only focus on each concept either spiritual intelligence or organized culture or spiritualized leadership and considered each concept is a stand-alone without

Berdasarkan persepsi pelanggan Kecamatan Baitussalam yang belum terlayani air bersih PDAM Tirta Mountala, strategi dominan dalam penyediaan air bersih di desa rawan

Berbeda dengan ses i sebelumnya, data D3 sesi 201601 ini diambilkan dari data dosen eligibel D1/ D2 pada PDDIKTI sesuai dengan kondisi terakhir.. Data D2 yang tidak masuk D3

(3) Jika NJOP sebagaimana dimaksud pada ayat (2) huruf a sampai dengan huruf n tidak diketahui atau lebih rendah dari NJOP yang digunakan dalam pengenaan

Mutu pelayanan kesehatan adalah pelayanan kesehatan yang dapat memuaskan setiap jasa pemakai pelayanan kesehatan yang sesuai dengan tingkat kepuasan rata- rata penduduk serta