1.1 PENGENALAN
Pernahkah anda berfikir bahawa bahasa itu adalah satu fenomena penting di dalam hidup kita.? Jawapanya ialah TIDAK. Mengapa ? Kerana kebanyakan kita sering menganggap kebolehan bertutur sebagai salah satu daripada kebolehan asasi manusia, sama seperti kita berjalan dan bernafas. Kita tidak pernah menyoal sama ada kebolehan manusia bertutur itu sebagai satu kejadian semula jadi, iaitu berlaku secara tidak sengaja ataupun ia satu perkara yang mesti dipelajari oleh manusia. Bahasa yang digunakan di dalam pertuturan merupakan satu alat perhubungan yang penting di antara manusia dengan manusia (kadang-kadang dengan binatang). Alat perhubungan ini amat kompleks tetapi teratur dengan menggunakan kod tertentu. Namun begitu , bahasa bukanlah satu-satunya alat perhubungan manusia kerana terdapat juga cara lain yang digunakan oleh manusia untuk berhubung seperti melalui gerak-geri, simbol atau kod telegraf, muzik dan banyak lagi (Abdullah Hassan, 1992: 3).
Maka apakah alat atau bidang ilmu yang mengkaji bahasa ini? Bidang ilmu yang mengkaji bahasa dikenali dengan ilmu linguistik . Ia diwarnai dengan pelbagai paradigma, aliran, teori dan pendekatan yang menjadi pegangan seseorang ahli bahasa. Ia banyak menentukan cara mereka memandang dan menghuraikan hal kebahasaan (Zulkifley Hamid, 1996: 2). Sebenarnya, hanya sebahagian daripada linguistik melibatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Linguistik adalah lebih luas daripada itu. Secara jelasnya, seperti yang dikatakan oleh Bolinger (1968), linguistik ialah satu sains bagi mengkaji bahasa. Ini bermakna bahasa digunakan sebagai bahan yang dikaji secara saintifik.Manakala A. Bakar Hamid (1960), menjelaskan linguistik atau ilmu bahasa ialah suatu sains yang mempelajari bahasa manusia (Rencana Linguistik, susunan Abdullah Hassan, 1992:28). Ahli ilmu bahasa dapat membuat sejarah bahasa dan rumpun bahasa, selain membandingkan bahasa untuk mencapai suatu rumusan tentang ciri umum yang terdapat di dalam semua bahasa
Apabila kita melihat proses evolusi bahasa Melayu pula, kita dapati bahawa bahasa Melayu itu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat melalui peperangan, perkahwinan, perdagangan, pentadbiran, persuratan, keilmuan dan kebudayaan. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah berkembang daripada status bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno dan seterusnya ke bahasa Melayu Moden setelah melalui beberapa penyerapan dan penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina, Belanda, Portugis dan Inggeris. Ini menunjukkan bahawa pengguna bahasa itu sendiri menyedari bahawa bahasa sesuatu bangsa itu tidak seharusnya berada pada takuk yang lama selama-lamanya; namun, bahasa perlu direvolusikan agar bahasa berkembang selaras dengan kemajuan semasa. Peningkatan martabat bahasa juga akan menunjukkan ketinggian martabat bangsa yang menuturkan sesuatu bahasa, sebagai contoh, bahasa Melayu sendiri mengalami perubahan daripada segi ejaan. Hal ini dapat dilihat dengan perubahan ejaan rumi lama kepada ejaan rumi baru.
Gambaran ringkas tentang kegiatan kesusasteraannya pula , pada awalnya di alam Melayu ini menjadi latar belakang bagi memperlihatkan hubungan antara unsur mitos dengan legenda Sejarah Melayu. Sebagai contoh, sejak awal kemunculan tamadun India, perkataan Tamil mendapat tempat dalam perbendaharaan kata. Ia diikuti dengan bahasa Yunani, Latin, serta Inggeris. Ini menunjukkan bahasa bersifat fleksibel. Sifat penerimaan sesuatu bahasa ke dalam bahasa yang lain juga menjadikan sesuatu bahasa menjadi lebih cepat berkembang. Sifat ini juga telah melahirkan pelbagai jenis penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia kini seperti penggunaa bahasa rojak , ganti nama, perkataan taboo (kata larangan) , pidgin , kreol dan kolokial yang dituturkan sebagai bahasa perhubungan atau komunikasi.
1.2 LINGUISTIK
Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal dalam bukunya A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (Linguistics : the scientific study or language).Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik ( J. Lyon, 1968:1).
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik? Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dan kaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistik menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains.
Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu,contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian ini pula boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2).
Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif ( Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics), Linguistik Komparatif (Comparative Linguistics),Sosiolinguistik (Sociolinguistics) Neurolinguistik ( Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), Linguistik Terapan,(Applied Linguistics),Psikolinguistik (Psycholinguistics).
Didapati juga bahawa kajian ilmu linguistik juga meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan bidang kajian ahli linguistik
Walaupun bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia, namun kajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Maka, tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.
Manakala bidang yang dikaji ialah fornologi ( kajian tentang bunyi bahasa )., morfologi ( kajian tentang pembentukan kata ), sintaksis ( kajian tentang ayat) dan semantik.. Kajian ilmu bahasa mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik secara khusus iaitu Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain
Kesimpulannya , Ilmu linguistik dikatakan satu kajian secara sistematik , emperikal (ada uji kaji dan makmal ) terhadap sesuatu bahasa manuisa sebagai satu displin ilmu. bersifat umum. Ianya mestilah dibuktikan keesahanya, kebolehpercayaan serta berintergriti. Ini bertepatan dengan pandangan Ferdinand de Saussure (1857) yang merumuskan bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum.
1.3 SOSIOLINGUISTIK
Pengkajian bidang ilmu linguistik tidak lengkap jika bidang sosiolinguistik tidak diberi penekanan sewajarnya oleh pengkaji bahasa tersebut. Sebagai cabang ilmu dalam linguistik, bidang sosiolinguistik dilihat dapat melengkapi bidang kajian ilmu linguistik. Ini kerana sosiolinguistik merupakan kajian yang berkaitan dengan bidang bahasa dan kaitannya dari sudut kegunaannya dalam masyarakat. Fenomena ini dianggap penting memandangkan bidang sosiolinguistik memberi ruang kepada sesuatu bahasa digunakan dalam konteks masyarakat. Dalam konteks ini, bidang kajian sosiolinguistik menyediakan ruang kepada pengkaji bahasa mengaplikasikan penggunaan bahasa tersebut mengikut konteks masyarakat tertentu kerana tidak semua bahasa boleh digunakan dalam sesuatu masyarakat. Dengan pemahamansosiolinguistik, pengguna bahasa dapat menggunakan bahasa dengan tepat mengikut keperluan masyarakat yang diwakili oleh mereka.
Menurut Fishman, kajian sosiolinguistik adalah bersifat kualitatif. Sosiolinguistik lebih berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya seperti deskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek di dalam budaya tertentu, pilihan pemakaian bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topik dan latar pembicaraan. Bidang sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan sebagainya. Bidang sosiolinguistik terapan pula menggabungkan kajian sosiolinguistik dengan kajian pendidikan. Bidang ini telah menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri.
1.3.1 DEFINASI SOSIOLINGUISTIK
Ramai ahli pengkaji bahasa telah memberikan pandangan dan pendapat tentang Sosiolingustik . Antaranya ialah Fishman (1968, 5-13) juga menyatakan bahawa sosiolinguistik merupakan kajian terhadap` pattern co-variation of language and society’ , iaitu kajian yang mementingkan kewujudan kelainan bahasa seperti dialek (geografi dan sosial), laras, gaya bahasa dan sebagainya dalam sesebuah komuniti
bahasa. Dalam hal ini, Fishman (1968) juga menyatakan bahawa hanya sosiolinguistik yang merupakan satu-satunya disiplin ilmu yang mementingkan kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan pengguna bahasa. Sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik bersifat interdisipliner dengan ilmu sosiologi dengan objek penelitian hubungan antara bahasa dengan faktor-faktor sosial dalam suatu masyarakat tutur atau secara lebih operasional lagi seperti yang dikatakan Fishman (1972, 1976), „... study of who speak what language to whom and when… (1998: 5).
Sosiolinguistik juga adalah suatu cabang linguistik yang mengkaji aspek linguistik, struktur dan penggunaan bahasa yang berhubungan institusi atau fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu. Skop sosiolinguistik ini meliputi soal seperti perhubungan antara demografi dan pemeliharaan bahasa, penemuan bahasa dan kedwibahasaan, perkembangan bahasa pidjin dan kreol serta dialek sosial, penukaran kod dan perancangan bahasa termasuk standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng, 1987:2).
Nabahan (1993,2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membaha aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial). Menurut Nababan lagi (1993,3) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat digarap menggunakan tiga kajian, iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan; kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi, faktor sosial dan budaya; dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat.
Kesimpulannya , sosiolinguistik adalah bidang merupakan satu bidang yang membabitkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli sosiolinguistik banyak memperkatakan mengenai cakupan bidang sosiolinguistik ini. Disiplin ini banyak menawarkan pelbagai isu menarik yang berhubungan antara bahasa dengan masyarakat. .
1.4 BAHASA
Sesungguhnya manusia itu tidak lahir dengan kebolehan bertutur dan memahami bahasa Sebaliknya manusia haruslah memepelajari untuk menguasainya. Adalah jelas bahawa kelakuan bahasa adalah satu kemahiran yang kompleks yang sukar dikuasai oleh seorang bayi dalam satu tempoh masa yang singkat. Menurut ahli bahasa dan psikologi, manusia dilahirkan dengan satu kebolehan belajar khusus yang ditentukan secara genetik sahaja. Ianya hanyalah satu fungsi kapasiti-kapasiti kogntif am manusia yang memungkinkan mereka belajar terutamanya bahasa pertuturan.
1.4.1 DEFINISI BAHASA
Kridalaksana (1993),menjelaskan bahasa adalah sistem lambang atau bunyi yang arbitrari yang digunakan oleh para anggota suatu masyarakat untuk berkomunikasi, bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri. Selain itu, ia juga bermaksud variasi bahasa atau jenis bahasa atau sebagai alat komunikasi lisan atau variable. Ia jua merupakan alat komunikasi dan alat perhubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Tanpa ada bahasa, kita hanya boleh berhubung melalui bahasa badan; iaitu menggunakan jari, tangan, kerlipan mata, senyuman, tangisan dan sebagainya. Pateda (1981) juga mentakrifkan bahasa sebagai alat komunikasi dan makhluk sosial yang suka bersosial; iaitu bersosial untuk kebaikan, tetapi ada kalanya keburukan. Sebenarnya, manusia biasa berkelahi dan berperang kerana bahasa.
Namun walau apa pun yang digunakan untuk berkomunikasi, alat atau benda atau organ yang digunakan itu mesti telah diterima umum , khususnya oleh komuniti bahasa tersebut. Di samping penerimaan komuniti, setiap alat yang diguna pakai, mesti bermakna dan difahami oleh semua pengguna bahasa tersebut.
Menurut Hymes, yang memetik daripada Jacobson (1980: 22-23), sebagai berkata bahawa terdapat beberapa faktor yang memungkinkan seseorang itu berkomunikasi antara mereka, iaitu: pembicara , pendengar , mempunyai alat, kemunculan faktor lain bersama pembicara, setting kesediaan penerima apa yang dikomunikasikan, topik dan
penjelasan pembicaraan serta peristiwa itu sendiri. Tanpa elemen tersebut komunikasi tidak dapat dijalankan.
Bahasa mempunyai keluarga tersendiri .Lazimnya, bagi keluarga bahasa terdekat, contohnya bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia, garis pemisahnya amat sedikit, mungkin daripada aspek loghat, kata, perkataan atau ayat; yang lain sama sahaja. Jika kita bandingkan pula bahasa Acheh dengan bahasa Jawa, tentu sekali terdapat ketidakdekatan antara kedua-duanya, Konsep keluarga bahasa lebih mudah dihuraikan sejajar dengan konsep induk yang menurunkan bahasa kepada generasi seterusnya (Collins, 1989). Bahasa induk ialah bahasa yang lebih tua yang membiakkan bahasa-bahasa lain dan dialek bagi bahasa-bahasa tersebut. ( diturunkan dari generasi ke satu generasi. kepada kelompok penutur bahasa tersebut).
1.4.2 KOMUNITI BAHASA
Komuniti Bahasa pula Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat (2005:812), kumpulan orang yang tinggal di suatu daerah atau negara, masyarakat yang bermastautin di suatu tempat atau negara) yakni orang ramai umumnya. Di samping itu, ia ditakrifkan sebagai kumpulan individu yang mempunyai sifat- sifat (kecenderungan, kepentingan dan lain-lain) yang serupa. Komuniti bermakna kumpulan manusia yang dibentuk berdasarkan perkongsian satu atau lebih daripada satu ciri tertentu, iaitu: budaya, politik, ekonomi, sejarah, etnik, kaum, ras dan sebagainya.
Komuniti bahasa Melayu merupakan sekumpulan manusia yang menggunakan bahasa Melayu di dalam aktiviti harian mereka. Di dalam hal ini, komuniti bahasa Melayu juga merupakan satu kumpulan manusia yang tidak semestinya berketurunan sama tetapi menggunakan bahasa Melayu di dalam kehidupan mereka. Jika disabitkan dengan Dasar Bahasa di Malaysia, penutur bahasa Melayu bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu tetapi merangkumi juga pelbagai etnik lain seperti masyarakat keturunan India, Cina, bumiputera Sabah dan Sarawak serta kumpulan etnik minoriti yang lain.
Di dalam konteks pengertian komuniti Melayu, bahasa merupakan ciri jati diri etnik. Ini bermakna ciri yang diwarisi daripada nenek moyang orang Melayu dan bahasa yang diwarisi ini dikuasai oleh penutur Melayu sebagai bahasa ibunda. Manakala mengikut konteks komuniti bahasa pula, selain menjadi jati diri etnik bagi kumpulan etnik yang berbeza, bahasa ini selain tidak diwarisi, ianya merupakan bahasa yang dikuasai sebagai bahasa kedua atau bahasa asing.
Daripada definisi komuniti bahasa yang dikuasai sebagai bahasa, iaitu penggunaan bahasa yang sama dapat dibentuk beberapa kelompok penutur bahasa Melayu. Kelompok pertama merupakan orang Melayu dan berketurunan daripada orang Melayu. Jika dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu, kelompok manusia berketurunan Melayu sebagai bahasa ibunda, bahasa yang diwarisi daripada kedua ibu bapa yang berketurunan Melayu. Selain itu juga, di dalam kelompok Melayu boleh dikategorikan juga daripada kelompok saudara baru yang datangnya daripada etnik yang berbeza, berkahwin sesama mereka dan juga didaftarkan sebagai Melayu. Bahasa ibunda bagi keturunan saudara baru ini mungkin bahasa Melayu ataupun mungkin bahasa lain.
1.4.3 FUNGSI BAHASA
Bahasa mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ia boleh memberi fungsi apabila bahasa tersebut telah seragam penggunaannya melalui perbendaharaan dan pengimbuhan dan mengikuti segala peraturan penggunaannya (Darwis Harahap Mohamad, 2004: 50). Fungsi adalah beban makna suatu satuan bahasa atau hubungan antara satu satuan dengan unsur-unsur gramatikal, leksikal/fonologi di dalam suatu deretan satuan/peranan unsur dalam suatu ujaran dan hubungannya secara struktural (Harimurti Kridalaksana, 1993: 60). Terdapat beberapa fungsi bahasa yang utama , antaranya ialah
:-a. Bahasa sebagai alat komunikasi
Fungsi utama bahasa adalah sebagai alat komunikasi (Mokhtar Mansor, 1991: 22). Manusia memerlukan suatu medium untuk melawan bicara dengan orang lain. Dalam komunikasi seharian, salah satu alat yang sering digunakan adalah bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan. Bahasa menjadi alat komunikasi yang paling efektif di dalam memastikan proses komunikasi berjalan lancar. Melalui komunikasi, kita mempelajari dan mewarisi semua yang pernah dicapai oleh nenek moyang kita, serta apa yang dicapai oleh orang-orang yang sezaman dengan kita.
b. Sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial atau kemasyarakatan.
Bahasa adalah unsur kebudayaan yang telah memberi manfaat kepada pengalaman manusia. Melaluinya, manusia mempelajari dan mengambil bahagian dalam pengalaman tersebut. Di dalam situasi ini, bahasa telah berfungsi sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial atau kemasyarakatan (Sumarsono, 2004: 145). Masyarakat hanya dapat disatukan secara efisien melalui bahasa. Bahasa sebagai alat komunikasi, lebih jauh memungkinkan setiap orang untuk merasa dirinya terikat dengan kelompok sosial yang dimasukinya.
c. Sebagai alat di dalam mengawal sosial.
Bahasa adalah sebagai alat di dalam mengawal sosial. Bahasa mampu untuk mengawal keadaan sosial dengan lebih efektif. Kawalan sosial ini dapat diterapkan pada diri kita sendiri atau kepada masyarakat. Pelbagai penerangan, informasi dan pendidikan disampaikan melalui bahasa. Buku-buku pelajaran dan buku-buku instruksional adalah salah satu contoh penggunaan bahasa sebagai alat kawalan sosial (Zulkifley Majid, 1996: 17). Ceramah agama atau dakwah merupakan salah satu contoh penggunaan bahasa yang berfungsi sebagai alat kawalan sosial.
1.4.4 CIRI-CIRI BAHASA Antara ciri-ciri bahasa ialah
:-a) Bahasa mempunyai bunyi iaitu bunyi yang dihasilkan melalui alat-alat artikulasi bahasa oleh manusia atau sipenuturnya.
b) Bahasa mempunyai sistem. Tiap bahasa mempunyai sususnan yang tertentu sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau sintaksis. c) Bahasa mempunyai bentuk seperti ayat-ayat , rangkai kata, perkataan , imbuhan
dan sebagainya.
d) Bahasa mempunyai makna kerana ia bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maka bahasa itu mempunyai maksud tertentu.
e) Bahasa itu berubah mengikut pekembangan dan situasi penutur. f) Bahasa itu arbituari
g) Bahasa itu linear.
1.4.5 PROSES BERBAHASA
Menurut Adbullah Yusof dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bahasa pertuturanyang kita gunakan terdiri daripada berbagai-bagai bunyi yang dihasilkan samaada melalui rongga mulut, rongga hidung atau gabungan kedua-duanya.Gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga tersebut akanmembentuk perkataan. Kata atau perkataan ini difahami sebagai ÂbahasapertuturanÊ. Hal ini berlaku kerana apabila bunyi-bunyi tersebut didengari, iadapat difahami dan maknanya dapat dikupas oleh mereka yang menggunakanbahasa yang sama.
Sebaliknya pula, jika bunyi-bunyi yang dihasilkan tidak membentuk perkataan atau menyamai mana-mana bahasa, bunyi tersebut tidak dianggap sebagai bunyi bahasa. Contohnya, bunyi berdehem, bersiul, batuk, bebelan anak kecil tangisan atau bunyi bersinÊ. Bunyi-bunyi tersebut dihasilkan melalui rongga mulut juga tetapi tidak membawa apa-apa makna, kecuali jika dilihat pada tata tingkat pragmatik, iaitu berdasarkan konteks sebenar sesuatu peristiwa bahasa. Umpamanya, perlakuan bersiul
yang dilakukan oleh jejaka kepada anak gadis mungkin bertujuan untuk menarik perhatian.
Penghasilan bunyi bahasa adalah satu proses berbahasa yang amat kompleks untuk dihuraikan di dalam konteks yang terhad ini. Hal ini dapat diperhatikan dalam bagaimana sukarnya memulihkan pertuturan yang dilakukan ke atas seseorang yang mengalami kecacatan pertuturan. Berdasarkan ilmu psikolinguistik, lazimnya seseorang kanak-kanak yang normal pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal, serta tidak ada kecacatan pada anatomi dan fisiologi pendengaran dan pertuturan, akan dapat berbahasa di dalam lingkungan umur dua hingga dua setengah tahun.
Seperti yang telah dihuraikan, menghasilkan bunyi bahasa merupakan suatu proses yang kompleks, yang melibatkan beberapa anggota badan manusia (Abdullah Yusoff dan Rabiaah Mohamed, 2005). Penghasilan bunyi bahasa adalah satu proses berbahasa yang amat kompleks untuk dihuraikan di dalam konteks yang terhad ini. Hal ini dapat diperhatikan dalam bagaimana sukarnya memulihkan pertuturan yang dilakukan ke atas seseorang yang mengalami kecacatan pertuturan. Berdasarkan ilmu psikolinguistik, lazimnya seseorang kanak-kanak yang normal pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal, serta tidak ada kecacatan pada anatomi dan fisiologi pendengaran dan pertuturan, akan dapat berbahasa di dalam lingkungan umur dua hingga dua setengah tahun. Seperti yang telah dihuraikan, menghasilkan bunyi bahasa merupakan suatu proses yang kompleks, yang melibatkan beberapa anggota badan manusia (Abdullah Yusoff dan Rabiaah Mohamed, 2005).
1.5. LARAS BAHASA , VARIASI DAN RAGAM BAHASA
Dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat. Bahasa digunakan oleh masyarakat untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa. Bahasa digunakan untuk menyatakan buah fikiran, pendapat, perasaan, hasrat dan seumpamanya. Bahasa boleh digunakan untuk
menerangkan hal-hal mengenai sejarah, sastera, agama, ekonomi, sains, pertanian, perubatan dan berbagai bidang lain.
Laras bahasa dikenal sebagai kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan, hubungan antara pembicara, dan situasi pembicaraan, waima secara lisan atau penulisan (Nik Hassan Basri Nik. Ab. Kadir, 2005a: 355). Masyarakat yang maju sudah mempunyai laras bahasa yang cukup lengkap untuk memperkatakan pelbagai konsep ilmu dan hal-hal yang berkaitan kemajuan.
Menurut Halliday (1968) laras merupakan variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. Laras berubah mengikut situasi. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasanya bergantung kepada situasi, iaitu dengan siapa seseorang itu bercakap, tajuk percakapan, suasana, bentuk percakapan, cara percakapan dilakukan sama ada lisan atau tulisan. Halliday membezakan dialek dengan laras bahasa berdasarkan dua faktor, iaitu pengguna dan penggunaanya.
Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu antaranya, variasi bahasa iaitu kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek, merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Idiolek, Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Seterusnya dialek kawasan, variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan
seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Istilah dialek sosial yang dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa- bahasa yang formal. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek social.
Bahasa mempunyai masyarakat penuturnya sendiri. Makin banyak jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Makin luas daerah penyebaran satu-satu bahasa itu makin banyak pula perbezaan yang timbul dari sagi penggunaannya. Di Malaysia, misalnya, sudah wujud berbagai-bagai kelainan bahasa atau variasi bahasa mengikut daerah yang berlainan. Kelainan bahasa atau variasi bahasa berdasarkan daerah itu disebut dialek, seperti dialek Kelantan, dialek Perak, Dialek Johor dan seumpamanya. Demikian juga terdapat variasi-variasi Bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor- faktor sosial, sepeti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, kedudukan sosio-ekonomi penutur yang berbeza-beza. (Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, 1993: 29).
Menurut Chambers 1983, bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek, dan penutur-penutur dialek- dialek ini pula saling faham-memahami antara satu sama lain. Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani dialektos yang pada mulanya dimulakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya (Ayatrohaedi, 1979:1 ). Di Yunani terdapat perbezaan- perbezaan kecil didalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka merasa mempunyai bahasa yang berbeza (Meillet, 1967:69). Mengikut Mario A. Pei, dialek adalah variasi daripada satu tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan dari
bentuk standard baik dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. (Mario A. Pei, 1960: 56).
Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat (Leonard Bloomfield 1967:50 ). Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Malayu. (A. Teew 1961:43). Bahasa Melayu sekarang ini telah menjadi bahasa Kebangsaan negara ini dan sejak 13 Mei 1969 bahasa tersebut dikenal sabagai Bahasa Malaysia (Asmah Haji Omar 1976:1). Bahasa Malaysia sekarang merupakan bahasa standard yang menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Kini sudah wujud pelbagai variasi Bahasa Melayu, seperti bahasa Melayu pasar, variasi cakap mulut, variasi cakap surat, variasi bahasa kacukan, variasi Bahasa Melayu Lama, variasi Bahasa Melayu Moden, variasi Bahasa Rasmi, dan Variasi Bahasa Melayu Baku.
1.5.1 KATA GANTI NAMA
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu.
Kata Gantinama Diri
Kata ganti nama Diri Pertama
Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau
dalam suasana rasmi hamba
(tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila
bercakap dengan orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk Contoh kata ganti diri kedua
Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak kalian
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap kamu (tunggal dan
jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
Kata Ganti diri ketiga
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak Mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
Kata Ganti Tanya
Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan
apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakah kenapakah mengapakah
1.5.2 PERKATAAN TABOO
Tabu berasal dari kata taboo yang dipungut dari bahasa Tonga, salah satu bahasa dari rumpun bahasa Polinesia. Dalam kalangan masyarakat Tonga kata taboo merujuk pada tindakan yang dilarang atau yang harus dihindari. Apabila sesuatu tindakan dilarang, maka bahasa atau kata-kata yang merupakan simbol dari tindakan itu pun dilarang. Dengan demikian , dapatlah didefinisikan tabu sebagai kata-kata yang tidak boleh digunakan, setidak-tidaknya tidak dipakai di tengah masyarakat beradab. Begitu juga dalam masyarakat Melayu atau bahasa Melayu kata tabu itu merupakan kata-kata yang dilarang disebut terutamanya kanak-kanak kerana sebab tertentu seperti takut, menjaga kesopanan atau menjaga status kuo sesaorang.
Namun apakah sesuatu tindakan ataupun perkataan itu tergolong dalam kata tabu atau tidak adalah bergantung dengan pandangan dan nilai yang dipegang oleh masyarakat bahasa serta tradisi kebudayaan setempat. Maka, apa yang ditabukan merupakan satu kebiasaan yang dilarang oleh sesuatu masyarakat dalam bentuk kelakuan dan bahasa.
Kebanyakan masyarakat , kata-kata yang berbau seks dianggap tabu. Misalnya vagina ( alat sulit wanita) yang berasal dari bahasa Latin dianggap tidak kotor sedangkan perkataan seperti pantat , puki dianggap tabu dalam masyarakat Melayu . Sebenarnya keduanya memiliki makna yang sama iaitu alat sulit wanita. Begitu juga kata penis atau zakar dianggap biasa sementara perkataan butuh dianggap terlalau kasar
Kata Ganti Nama Penggunaannya
apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang mana digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat
atau satu tabu bagi masyarakat Melayu. Contoh sederhana ini menggambarkan kepada kita pada kesimpulan bahwa bahasa ilmiah menggunakan istilah-istilah yang berasal dari bahasa Latin yang tidak dipakai dalam pergaulan sehari-hari lebih baik disebut daripada menggunakan bahasa melayu telah sedia ada.
Kata-kata taboo juga merupakan kata pemali. Ia adalah kata frasa yang menggantikan kata pemail atau kata yang digunakan dalam usaha untuk mengelakkan ketakutan atau ketidak selesaanyang berkaitan dengan persoalan ‘world-view’, sosio-budaya sesebuah masyarakat. sesuatu kata yang bukan sekadar memiliki makna denotative tetapi juga konotatif. Contoh :
o mati disebut meninggal dunia. o hantu/polong/jin disebut datuk.
Antara contoh perbuatan tabu dalam masyarakat Melayu ialah seperti :- 1. "Jangan duduk atas bantal nanti punggung bisul."
2. "Anak dara tak baik menyanyi masa masak, nanti ikan hangus," 3. "Anak dara tak elok duduk kat tangga, nanti tak ada orang nak masuk meminang,"
4. "Jangan makan nasi berulam air, nanti perut buncit," 5. "Jangan potong kuku malam-malam, nanti rabun”
Antara contoh kata-kata tabu dalam bahasa Melayu ialah seperti :-1. mampus 2. anak sial 3. sial 4. bodoh 5. gila
Namun, ada juga beberapa perkara dalam kehidupan seharian aku yang tidak dapat hendak dijelaskan jelaskan dalam bentuk perkataan, perbuatan atau perasaan. Ia juga merupakan tabu bagi masyarakat Melayu . Antaranya ialah
1. Atok kata, "Ai, bulu mata kau jatuh, ada orang rindu.... Eii..." ??
2. Mak garu-garu tangan kanan yang jelas gatal tak bersebab digigit nyamuk dan lain-lain sambil kata, "Ada orang nak bagi duit ni," Kalau menggaru tangan kiri, mak akan berkata "Mak nak kena bagi duit ni.."
3. Sesekali masa makan beramai-ramai di meja makan, kalau ada antara kitorang yg nak ambil lauk yg sama dalam satu masa, abah akan ingatkan, "Ada orang nak datang ni,"
4. Bila pagi-pagi atau petang dengar bunyi burung apa ntah berbunyi 'Chiap! Chiap!', mak akan kata,"Ha, cepat siap-siap, ada orang nak datang,"
5. Kalau ada kupu-kupu (kupu-kupu k, bukan rama-rama), atok atau mak akan kata, "Ish, siapa pulak nak datang merisik ni.." Kadang-kadang kata mereka 'meminang'.
1.5.3 KATA PIDGIN
Pidgin juga dikenal sebagai bahasa pasar (Kamus Dewan, 1996: 88). Bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bahasa pasar merupakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa ibunda dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya.
Menurut Asmah Haji Omar (1982: 99), bahasa pasar dihuraikan sebagai berikut:
“Due to the intermingling between the Malay and the non-Malay, mostly in the market place, there is arisen pidgin Malay known locally as Bahasa Pasar. This form of communication uses Malay words which are fitted into other structural muduls in particular the Chines and Tamil ones”.
Bahasa pasar atau pidgin tidak mempunyai sistem tatabahasa yang tertentu. Maksudnya bahasa pasar tidak gramatis sifatnya jika dibanding dengan bahasa baku. Penutur bahasa pasar menggunakan kata-kata dalam Bahasa Melayu dengan dicampur aduk dengan bahasa asing, iaitu bahasa ibunda penutur itu. Jika pentutr itu orang Cina, maka kata-kata daripada bahasa Cina dicampuradukkannya dengan Bahasa Melayu.
Lazimnya kata-kata Bahasa Melayu dicampuradukkan dengan kata bahasa asing dan mengucapkannya mengikut struktur ayat bahasa asing. Dari segi intonasi atau lagu bahasa juga, didapati terpengaruh oleh intonasi bahasa asing seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, Bahasa Benggali, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Menurut Za’ba, gaya yang dipakai ketika orang-orang Melayu bercakap sama-sama Melayu dinamakan ‘gaya cakap mulut sahaja’ dan jika yang dipakai di antara orang Melayu dengan bangsa lain atau di antara orang bangsa lain yang berlainan bangsa dinamakan ‘bahasa pasar’. Berikut diberikan beberapa contoh bahasa pasar:
a. You free tak malam ni. You datanglah my house and kita boleh study sama. Family I tak de so u boleh temankan I kat umah.
a. Lu mau beli ikan ke. Ini ikan cukup baik le. Lu beli manyak-manyak. Lu pilih dulu cali beto-beto baik punya. Wa cakap beto, wa tak tipu lu la, manyak mulah oi.
b. Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca. Hari-hari dia sekolah pagi. Dia naik itu api kereta.
Za’ba, dalam buku Ilmu Mengarang Melayu menggunakan istilah bahasa kacukan bagi bahasa pasar. Beliau menyatakan antara bahasa Malayu pasar termasuklah bahasa Melayu-Cina, Melayu-Baba, Melayu-Tamil, Melayu Benggali, dan Melayu – Inggeris.
Orang asing yang menggunakan bahasa pasar tidak pandai menuturkannya mengikut sebutan orang Melayu. Mereka mengucapkan Bahasa Melayu pasar mengikut telor bahasa mereka. Orang Melayu pula suka memudahkan sebutan Bahasa Melayu dan menyebutnya juga mengikut telor bahasa asing supaya maksudnya senang difahami. Sifat ini sering diperkatakan sebagai sifat orang Melayu zaman-berzaman, iaitu sifat sedia menyesuaikan diri dan pertuturan mereka dengan persekitarannya dengan tujuan untuk lebih mudah dan senang difahami. Sepatutnya, pada saat kita sedang memupuk Bahasa Melayu moden ini, lebih baik sekiranya orang Melayu jangan ‘merendahkan’ taraf Bahasa Melayu yang baik, ragam Bahasa Melayu jati, supaya mereka dapat menjadi contoh kepada orang-orang bukan Melayu. (Nik Safiah Karim, 1993:33). Berikut diperturunkan contoh Bahasa Melayu pasar yang diberikan oleh Za’Ba.
“Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak; tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja. Jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena
belanja”.
(Dipetik daripada Pelita Bahasa Melayu) 1.5.4 KATA KREOL
Kreol bermaksud bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu. Malah, kreol juga merupakan variasi bahasa yang dilihat dari segi pemakaiannya (Mansoer Pateda, 1994). Bahasa Kreol merupakan keturunan dari bahasa Pidgin yang menjadi bahasa ibu bagi sekelompok orang yang berasal dari latar belakang berbeza-beza. Kajian umum menunjukkan (khususnya yang dilakukan oleh Derek Bickerton) bahawa
bahasa-bahasa kreol yang ada di dunia menunjukkan adalah kesamaan, khususnya dari segi tatabahasa yang terarah pada teori tatabahasa universal.
Bahasa Kreol ini juga dipengaruhi oleh kosakata-kosakata yang dibawa oleh para penuturnya. Seterusnya, bahasa kreol berkembang kerana berkumpulnya berbagai orang dari latar belakang yang berbeza, maksudnya, dalam suatu daerah terjadi pertembungan antara penduduk asli dan pendatang yang satu sama lain berbeza bahasa. Sejak itu, penggunaan komunikasi yang terdiri dari bahasa dominan, terpengaruh oleh kosakata-kosakata yang dibawa oleh orang- orang tersebut. Pada mulanya bahasa inilah yang disebut Pidgin, dengan kosakata yang sangat sederhana. Namun, ketika mengalami proses kreolisasi, tata bahasanya mengalami perkembangan sehingga menjadi bahasa yang stabil dan terpisah dari bahasa induknya. Sebagian besar bahasa Kreol ini berakar dari bahasa-bahasa Indo-Eropa sebagai bahasa dasarnya.
Bahasa kreol turut berkembang dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu sudah lama terkenal sebagai bahasa antara suku bangsa khususnya di Indonesia. Di Pulau Jawa, terutamanya Jakarta, bahasa Melayu mengalami proses kreolisasi yang mempunyai unsur dasar bahasa Melayu pasar tercampur dengan berbagai bahasa di sekelilingnya, khususnya bahasa Tionghua, Sunda, Jawa, Bali, Bugis, Belanda dan Portugis. Bahasa Melayu dalam bentuk kreol ini turut banyak dijumpai di kawasan Indonesia Timur yang bermula dari Manado hingga ke Papua. Contohnya, dialek Melayu Jakarta bahasa Betawi yang dituturkan di Jakarta, dialek Melayu Peranakan yang dituturkan oleh masyarakat Tionghua di Jawa Timur dan Jawa Tengah serta dialek Melayu Manado yang iaitu bahasa Manado yang dipakai sebagai lingua franca di Sulawesi Utara (wikipedia.org). Contohnya;
1. Saya mahu masak nasi (Ayat Bahasa Melayu) 2. Gua mo masak nasik (Ayat Baba Nyonya)
Bahasa kreol Baba-Nyonya ini turut tidak menitikberatkan aspek penggunaantatabahasa yang betul. Hal ini demikian kerana, bahasa Melayu Baba-Nyonyaatau bahasa kreol Baba-Nyonya tidak mempunyai tatabahasa tertentudisebabkan
oleh penutur-penuturnya yang tidak menunjukkan minat untukmempelajari bahasa Melayu dengan tepat dan betul walaupun bahasa tersebutsudah menjangkaui usia lebih 400 tahun berada di Nusantara. Di samping itu,struktur ayat yang digunakan adalah lebih banyak dipengaruhi oleh strukturayat yang terdapat dalam bahasa Cina. Keadaan ini disebabkan oleh masyarakat.
1.5.5 KATA KOLOKIAL
Menurut Dr. Mansoer Pateda (1994), menyatakan bahawa bahasa kolokial ialah bahasa yang dipakai sehari-hari oleh masyarakat yang tinggal di daerah tertentu. Bahasa kolokial biasa juga disebut sebagai bahasa sehari-hari, bahasa percakapan dan kadang-kadang disebut sebagai bahasa pasar. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007), mengatakan bahawa bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bahasa kolokial juga mengandungi kata-kata yang kurang enak didengar sehari-hari di daerah tertentu (Mansoer Pateda, 1994).
Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) pula, menyatakan bahawa bahasa kolokial perlu ditakrifkan dengan berpandukan beberapa sumber. Bahasa basahan juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'ba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Bahasa kolokial merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks yang tidak rasmi. Menurut Kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat percakapan atau bahasa basahan dan bukan bahasa baku. Bahasa kolokial ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, dapatlah didefinisikan bahawa bahasa kolokial ialah bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian tanpa menggunakan sistem tatabahasa yang betul namun dapat difahami oleh pendengar. Lazimnya, bahasa kolokial dipengaruhi oleh dialek daerah penutur berkenaan (Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1997).
Contoh kata kolokial ialah
:-Hai Mat, nak ke mana tu? Tak singgah dulu? Kami tengah minum teh. Marilah rasa kuih Kak Mah ni. Bukan main sedap lagi, panas-panas ni.
Kan aku dah kata, jangan menyampuk. Kamu tu kan masih kecil lagi
1.5.6 BAHASA ROJAK
Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.
Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun.
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris) Kau memang terror (hebat) la!
Tempat makan ni best (bagus) sangat!
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina) Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa! Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?
Rajah: Carta Alir Kaitan Bahasa Rojak Di Malaysia
RUJUKAN
Open University Malaysia.
2. Asmah Omar. (1992). Aspek bahasa dan kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
3. Asmah Hj omar. (1989). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:DBP.
4. Kamus ZABA. (2001). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5. Portal Pendidikan Utusan. (n.d.). Variasi bahasa.
http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasibahasa.htm
LAMPIRAN
DIALOG TEMUBUAL DENGAN RESPONDEN
Latar Belakang Responden
Nama : Responden 1
Umur : 35 tahun
Bangsa : India
Lokasi : Kedai gunting Masa : 3.00 petang Dialog
Pengkaji : Ane, boleh tanya sikit tak?
Responden : Boleh. tara hal. Apa cikgu mau tanya?
Pengkaji : Tak ada lah. Ane sudah lama ka buat ini kerja? Responden : Ada dalam sepuluh tahun.
Pengkaji : Sekarang umur ane berapa berapa tahun? Responden : 35 tahun.
Pengkaji : Hari-hari ramai tak orang datang?
Responden : Tengoklah cikgu. Kalu time mau raya macam atau mau buka sekolah, ramai orang datang. Tapi kalu ari biasa ini macam la.
Pengkaji : Tak pa lah ane. Ini rezeki kita tak tentu kan. Responden : Ya la, cikgu. Ok cikgu, sudah siap
Pengkaji : Ya ka? Berapa ane? Responden : Biasa cikgu. Enam ringgit. Pengkaji : Ok, ane. Terima kasih ha. Kata pidgin : tara, mau, kalu Bahasa rojak : ini macam la Bahasa kolokial : tak pa lah ane
Latar Belakang Responden
Nama : Responden 2
Umur : 58 tahun
Bangsa : Melayu
Pekerjaan / Jawatan : Ahli jawatankuasa surau
Lokasi : Masjid
Dialog.
Pengkaji : Assalamualaikum pakcik. lum balik lagi ke?
Responden : Waalaikumussalam. Tak. Pakcik nak tunggu Isyak terus, senang. Pengkaji : Ye lah. Waktu Isyak pun dah awal sekarang.
Responden : Anak duduk mane ye? Rasanya macam selalu nampak, tapi tak pernah jumpa kat taman ni.
Pengkaji : Oh, saya tak duduk kat sini pakcik. Saya duduk taman yang sebelah sana.
Responden : Ohh. Patutlah.
Pengkaji : Lepas Maghrib pakcik memang tak balik ke?
Responden : Selalunya begitu lah. Kalau tak ada kelas agama, pakcik lebih suka iktikaf di surau aje. Tunggu sampai waktu Isyak.
Pengkaji : Rumah pakcik jauh ke?
Responden : Dekat blok kedua tu je. Sengaja pakcik tak nak balik. Duduk je di surau ni. Buat apa yang patut dapat gak pahalanya sebab kita kena ingat mati. Pengkaji : Dah nak azan Isyak, pakcik. Saya minta diri dulu. Nak pergi ambil
wuduk. Assalamualaikum. Responden : Ye lah. Waalaikumussalam. Kata ganti diri : saya
Kata kolokial : lum balik lagi ke, kat sini, dapat gak
Kata tabu : mati
Latar Belakang Responden
Nama : Responden 3
Umur : 25 tahun
Bangsa : Cina
Pekerjaan : Pekerja kedai elektrik Lokasi : Kedai Elektrik 5 Star
Masa : 4.00 petang
Dialog.
Responden : Ya, bos mahu cari apa?
Pengkaji : Saya mahu lihat tv flat skrin lah.
Responden : Oh, itu flat skrin ka? Ada, ada. Mari bos saya tunjuk. Pengkaji : Apa brand ada?
Responden : Sekarang kita ada dua saja, Samsung dan Philip. Pengkaji : Wah, semua besar-besar. Berapa inci ini? Responden : Yang ini 42 inci bos.
Pengkaji : 32 inci punya tak ada ka?
Responden : Oh, sudah abislah bos. 42 inci pun ok apa. Pengkaji : Besar sangat la. Mesti mahal ni.
Responden : Takda lah bos. Lagi pun sekarang ada promosi. Ini brand Philip, harga biasa dua ribu lebih. Sekarang baru satu ribu tujuh ratus saja.
Pengkaji : Tak apa lah. Saya balik fikir dulu. Kalau jadi nanti saya datang. Responden : Ok, takpa.
Kata ganti diri : saya
Kata kreol : bos mahu cari apa
Kata rojak : apa brand ada, itu flat skrin ka Kata kolokial : takda la
Latar Belakang Responden
Nama : Responden 4
Umur : 63 tahun.
Bangsa : Melayu
Pekerjaan / Jawatan : Bekas guru
Masa : 5.45 petang
Dialog.
Pengkaji : Assalamualaikum cikgu.
Responden : Walaikumusalam. Lama tak nampak?
Pengkaji : Saya kan dah beli rumah kat Bakri. Tapi selalu balik sini. Kakak ada lagi duduk rumah abah.
Responden : Kamu ngajar mana sekarang?
Pengkaji : Sekarang nie dah pindah SK Sg Abong. Masa saya jumpa cikgu tahun lepas saya ngajar kat SK Temiang.
Responden : Dari mana ni?
Pengkaji` : Dari rumah abah. Saja singgah nak jumpa cikgu kejap. Cikgu sibuk ke? Responden : Tak ada. Baru balik pasar tadi.
Pengkaji : Oh.
Responden : Kamu dah berapa tahun mengajar ye?
Pengkaji : Dah masuk 16 tahun cikgu. SK Sg Abong ni dah sekolah yang keempat. Cikgu lepas pencen dulu tak ada mintak jadi guru kontrak ke?
Responden : Tak ada. Saya lebih suka buat kerja-kerja masyarakat. Cukuplah 35 tahun mengajar. Lagi pun zaman sekarang dengan awak dulu mana sama.
Pengkaji : Ye lah cikgu. Hari tu saya jumpa cikgu-cikgu yang dah bersara ada mengajar sebagai guru ganti di SK Temiang. Mereka kata murid-murid sekarang jauh bezanya dengan murid-murid-murid-murid dulu.
Responden : Masa zaman awak dan zaman anak-anak saya dahulu, kemajuan IT tak macam sekarang. Sekarang, mereka dah banyak terdedah kepada dunia luar. Maklumat yang mereka terima berbagai-bagai. Selalunya bab yang
tidak elok tu memang dia orang terror.
main liat. Dia punya nakal, ada tu Allah saja yang tau. Nak dimarah takut emak bapak mereka datang ke sekolah. Bila anak bodoh kita disalahkan.
Responden : Ye lah. Bakar kena sesuaikan dengan keadaan sekarang. Cubalah yang terbaik. Saya tengok cucu-cucu saya saja dah pening kepala. Ada tu,
kalau disuruh buka buku bukan main liat tapi kalau mengadap komputer tak payah disuruh. Dua tiga jam pun sanggup.
Pengkaji : Sama lah dengan anak saya cikgu. Baik lah cikgu. Dah pukul enam lebih ni. Saya minta diri dulu cikgu. Assalamualaikum.
Responden : Ye lah. Waalaikumussalam. Baik-baik.
Kata ganti diri : kamu, saya, mereka
Kata kolokial : tak ada mintak, bukan main liat, memang dia orang terror
Kata tabu : bodoh
Latar Belakang Responden
Nama : Responden 5 Umur : 29 tahun Bangsa : Melayu
Pekerjaan : Pembekal peralatan sekolah Lokasi : Bilik guru
Masa : 11.30 tengah hari
Dialog.
Responden : Assalamualaikum cikgu.
Pengkaji : Waalaikumussalam. Masuk, masuk. Dari mana ni?
Responden : Saya dari Syarikat Dinamik. Saya dimaklumkan oleh kerani sekolah, cikgu nak oder alat-alat bantu mengajar.
Pengkaji : Betul lah tu. Saya yang minta Kak Ros telefonkan tadi. Responden : Cikgu nak lihat barang ape ye?
Pengkaji : Cuba tunjukkan cop-cop dulu.
Responden : Okey cikgu. Ini katalognya, semua ada. Cikgu lihat dulu dan pilih. Ini ada lagi katalog-katalog untuk cikgu pilih.
Pengkaji : Yang ini kalau saya beli boleh kurang tak?
Responden : Boleh tapi tak boleh banyaklah. Saya berniaga kecil-kecilan je, untung tak banyak.
Pengkaji : Ya lah. Okey lah. Saya ambil cop haiwan dan cop muka jam.
Responden : Tambah lah lagi satu cikgu. Kalau ambil tiga cop kami bagi satu stamp pad percuma.
Pengkaji : Ok cantik. Ada cop wang tak? Kalau ada masukkan sekali. Responden : Ada, cikgu.
Pengkaji : Berapa harganya semua sekali? Responden : Semuanya dalam empat ratus lebih.
Pengkaji : Okeylah. Awak tuliskan bil dan beri saya satu salinan. Saya nak bawa ke Guru Besar dulu.
Responden : Baik cikgu. Ini salinannya. Terima kasih cikgu. Lain kali kalau cikgu order barang telefon saya. Assalamualaikum.
Pengkaji : Insya-Allah. Waalaikumussalam.
Kata pidgin : cikgu nak oder alat-alat, kami bagi satu stamp pad Kata kolokial : nak lihat barang apa ye, ok cantik
Latar Belakang Responden
Nama : Responden 6
Umur : 38 tahun
Bangsa : Cina
Pekerjaan : Peniaga kedai motor Lokasi : Kedai aksesori motor
Dialog.
Pengkaji : Selamat malam tauke.
Responden : Selamat malam. Abang sudah sampai. Pengkaji : Sudah siap ka motor saya?
Responden : Sudah nak siap. Sikit lagi. Tunggu kejap boleh? Pengkaji : Boleh. Lama mau pasang ini rantai ye tauke?
Responden : Kena ambil masa sikit la. Mau kasi elok. Nanti kalau tak betul pasang customer marah woo.
Pengkaji : You pasang sorang saja ke?
Responden : Tak ada lah bang. Tadi ada sorang budak saya. Dia dah balik. Pengkaji : Selalu ke orang datang pasang ini barang?
Responden : Tak tentulah bang. Responden : Okey bang, dah siap. Pengkaji : Okey, ini wangnya. Responden : Okey, terima kasih. Pengkaji : Sama-sama. Mana kunci? Responden : Sana bang, ada atas meja. Pengkaji : Okey tauke. Saya balik dulu. Responden : Okey.
Kata ganti diri : saya
Kata pidgin : you pasang sorang saja ke, customer marah Kata rojak : lama mau pasang ini rantai ye, mau kasi elok
Latar Belakang Responden
Nama : Responden 7
Umur : 15 tahun
Bangsa : Melayu Pekerjaan : Pelajar
Lokasi : Pondok Bacaan Masa : 10.00 pagi
Dialog.
Pengkaji : Dah makan? Responden : Dah, cikgu. Pengkaji : Makan apa? Responden : Mi goreng.
Pengkaji : Minum air apa? Sirap ke? Responden : Tak lah. Sarsi.
Pengkaji : Macam mana? Dah sedia untuk PMR? Responden : (Tersenyum-senyum)
Pengkaji : Kenapa sengih-sengih? Periksa dah tak lama lagi. Periksa percubaan baru-baru ini okey tak? Dapat berapa A?
Responden : Satu. Pengkaji : Kertas apa? Responden : BM.
Pengkaji : Kertas lain?
Responden : Kebanyakan B dan C je cikgu.
Pengkaji : Tak apa, ada masa lagi. Kalau awak usaha tentu boleh dapat keputusan yang lebih baik.
Responden : Insyaallah cikgu. Loceng dah bunyi saya masuk kelas dulu cikgu. Pengkaji : Baiklah.
Kata ganti diri : saya, awak Kata kolokial : dah tak lama lagi Kata rojak : baru-baru ni okey tak
Latar Belakang Responden
Nama : Responden 8 Umur : 17 tahun Bangsa : Melayu
Lokasi : Rumah Masa : 5.00 petang
Dialog.
Pengkaji : Bila balik? Responden : Semalam. Pengkaji : Ayah ambil ke?
Responden : Tak lah cikgu. Saya balik naik bas. Ayah ambil kat simpang saja. Pengkaji : Macam mana belajar?
Responden : Boleh lah cikgu.
Pengkaji : Ye lah. Kamu budak pandai. Kalau tak, takkan lah dapat masuk sekolah asrama. Tahun ni ambil SPM kan?
Responden : Ya, cikgu.
Pengkaji : Macam mana? Dah bersedia?
Responden : Insya-Allah cikgu. Kami di asrama memang telah disediakan jadual kelas. Selalu buat group study. Macam tu lah hari-hari.
Pengkaji : Mintak-mintaklah anak cikgu dapat juga masuk ke sekolah berasrama penuh ni.
Responden : Insya-Allah cikgu. Tapi ada juga yang terima hukuman di sana. Mana kurang ambil berat pelajaran tu, selalu juga kena ambil tindakan
disiplin.
Pengkaji : Biasalah kalau jauh dari mata emak ayah. Lebih-lebih lagi kalau terikut sangat dengan kawan-kawan. Ni nak pergi mana ni?
Responden : Nak pergi taman sebelah. Jumpa kawan. Lama dah tak jumpa. Pengkaji : Ya lah. Nanti balik kirim salam dengan ayah.
Responden : Insya-Allah. Assalamualaikum cikgu. Pengkaji : Waalaikumussalam.
Kata pidgin : buat group study