USUL FIQH
Minggu 2
BAHAGIAN KALAMGEYLANG TERBAKAR !!!!
AKU BERJAYA DI DALAM UJIAN AKHIR TAHUN.
YA ALLAH,
AMPUNKANLAH DOSAKU INI
ALANGKAH CANTIK BULAN YANG MENGAMBANG INI !
MOGA-MOGA HUJAN TURUN.
JANGAN DEKATI ZINA
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH BERIKAN KAU TELAGA KAUTHAR WAHAI TUHAN KAMI, KAMI TELAH MENZALIMI DIRI KAMI.
BERTASBIHLAH DENGAN MEMUJI TUHANMU.
MOGA-MOGA AKU DAPAT HIDUP SEMULA WALAU SESAAT, AGAR AKU DAPAT
MEMBENARKANMU YA ALLAH.
ALLAH YANG MAHA ESA.
YA ALLAH…ENGKAU TELAH MEMULIAKAN PENCIPTAANKU, MAKA MULIAKANLAH AKHLAKKU.
KEBAJIKAN ITU ADALAH AKHLAK MULIA
JANGAN MARAH JANGAN MARAH JANGAN MARAH
MULAKANLAH DENGAN DIRI SENDIRI.
DOA ITU INTIPATI SEGALA IBADAH
SESUNGGUHNYA AMALAN ITU DENGAN NIAT.
BAHAGIAN KALAM
Khabar: Sesuatu percakapan yang difahami daripada
seseorang yang boleh kita katakan bahawa dia berkata bohong atau benar.
Contoh: berita, peristiwa, cerita.
BAHAGIAN KALAM
Insya’: Sesuatu percakapan yang difahami dari seseorang
yang tidak boleh kita katakan bahawa dia berkata bohong atau benar.
Contoh: suruhan, larangan, seruan, pujian, kejian, harapan, soalan.
GEYLANG TERBAKAR !!!!
AKU BERJAYA DI DALAM UJIAN AKHIR TAHUN.
YA ALLAH,
AMPUNKANLAH DOSAKU INI
ALANGKAH CANTIK BULAN YANG MENGAMBANG INI !
MOGA-MOGA HUJAN TURUN.
JANGAN DEKATI ZINA
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH BERIKAN KAU TELAGA KAUTHAR
WAHAI TUHAN KAMI, KAMI TELAH ZALIMI DIRI KAMI.
BERTASBIHLAH DENGAN MEMUJI TUHANMU.
MOGA-MOGA AKU DAPAT HIDUP SEMULA WALAU SESAAT, AGAR AKU DAPAT
MEMBENARKANMU YA ALLAH.
ALLAH YANG MAHA
YA ALLAH…ENGKAU TELAH MEMULIAKAN PENCIPTAANKU, MAKA MULIANANLH AKHLAKKU.
KEBAJIKAN ITU ADALAH AKHLAK MULIA
JANGAN MARAH JANGAN MARAH JANGAN MARAH
MULAKANLAH DENGAN DIRI SENDIRI.
DOA ITU INTIPATI SEGALA IBADAH
SESUNGGUHNYA AMALAN ITU DENGAN NIAT.
KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM
• AL-AMRU & AN-NAHYU
• AL-MUJMAL & AL-MUBAYYAN
• AL-AM & AL-KHAS
• AZ-ZAHIR & AL-MUAWWAL
• AF’AAL AR-RASUL
SOLLALAHU ALAIHI WASALLAMAl-Amru – Perintah - Wajib
Fi’il Amr
Fi’il Mudhori’ di depannya Lam
Al-Amru Lafaz yang menunjukkan kewajipan seperti kutiba, furida Jumlah khabariah Masdar yang menggantikan fi’il amr
AL-AMRU (PERINTAH)
• Ertinya: Perintah daripada Allah terhadap mukallaf melalui Al-Quran dan Hadis.
• Bentuk Lafaz sesuatu suruhan:
1) Fi’il Amr ْمُكْيَلَع ِالله َةَمْعِن ا ْوُرُكْذُا
2) Fi’il Mudhori’ di depannya Lam Al-Amru ِهِتَعَس ْنِم ٍةَعَس ْوُذ ْْقِفْنُيِل 3) Lafaz yang menunjukkan kewajipan seperti kutiba, furida
مايصلا مكيلع ْ بِتُك
4) Jumlah khabariah yang difahami sebagai satu perintah.
ْىَب ْرُقْلا يِذ ِءاَتْيإ َو ِناَسْحلإا َو ِلْدَعْلاِب ُْرُمأ ي َالله َّنإ
5) Masdar yang menggantikan fi’il amr. َنْيِكْسِمْلا اًما رْكإ
Fi’il Amr
.1
اودهاجو
الله ليبس ىف مكسفنأو مكلاومأب
.
ةبوتلا
:
41
Dan berjihadlah dengan harta dan diri kamu ke jalan Allah.
.2
لق
اوعيطأ
الله
اوعيطأو
لوسرلاو
نارمع لا
:
32
Katakanlah : Taatilah Allah dan taatilah rasul.
.3
ميهاربإ اي
ضرعأ
باذع مهيتآ مهنإو كبر رمأ ءاج دق هنإ اذه نع
دودرم ريغ
دوه
:
76
Wahai Ibrahim jauhilah dari ini. Sesungguhnya telah datang perintah
Tuhanmu dan sesungguhnya aku bawa untuk mereka azab yang tidak boleh ditolak.
.4
لاك لاق
ابهذاف
نوعمتسم مكعم انإ انتايآب
–
ءارعشلا
:
15
Dia berkata : Tidak. Maka kamu berdua pergilah dengan bukti-bukti kami. Sesungguhnya kami bersama-samamu mendengar.
Selain Asal Amru yang wajib
Asal Amru - Wajib Ugutan Sunat Ibahah DoaKAEDAH-KAEDAH LAFAZ AL-AMRU
• Kaedah yang pertama: Asal Al-Amru menunjukkan wajib.Makna hakiki bagi sesuatu suruhan itu ialah wajib, kecuali jika ada
qorinah atau“tanda” menunjukkan hukum selain daripada wajib.
a) An-Nadbu atau Sunat: di dalam ayat hutang: “Hai orang2 yang beriman, apabila kamu berhutang piutang dan perlu dibayar pada waktu yang ditetapkan maka hendaklah kamu menulis…hingga ke ayat…maka tak ada dosa bagi kamu jika kamu tidak menulisnya” ayat ini juga boleh diketegorikan sebagai Al-Irsyad.
b) Ibahah iaitu yang harus: “dan makanlah rezki yang diberikan oleh Allah.”
c)Doa: “Wahai tuhan kami,
berikanlah
kepada
kami kebaikan di dunia dan di akhirat.”
d)Tahdid-Ugutan: Jika kamu tidak malu maka
buatlah apa yang kamu hendak.
KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AL-AMRU
Asal Al-Amru menunjukkan wajib
Perintah selepas tegahan menunjukkan harus
Qada’ adalah perintah baru
Perintah melakukan bertujuan menegah sebaliknya
KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AL-AMRU
• Kaedah yang Kedua: Perintah selepas tegahan menunjukkan harus.
Diharamkan keatas kamu memburu binatang ketika kamu sedang berihram” kemudian “dan selepas kamu bertahallul maka pergilah
berburu.”
• Kaedah yang Ketiga: Qada’ adalah perintah baru.
Yang bermaksud: kewajipan yang sudah luput disebabkan tidak
dilakukan pada waktu yang ditentukan. Maka perbuatan Qada’ ini bukanlah perintah asal tetapi perintah baru. Contoh: seseorang itu berdosa jika tidak mendirikan solat pada waktunya tanpa
penghalang, dan diwajibkan keatasnya Qada’, jika dia tidak
melakukannya juga maka berdosalah orang itu buat kali yang kedua. • Kaedah yang keempat: Perintah melakukan bertujuan menegah
sebaliknya. Contoh: “Wahai orang2 yang beriman, tetapkanlah iman
kamu kepada Allah..” justeru itu beriman dan menjaga keimanan itu wajib, maka kufur itu haram.
Tegahan yang menggunakan Fi’il
Amr
Fi’il Mudhori’ di depannya Lam
An-Nahyu
Lafaz yang menunjukkan makna tegahan Lafaz orang yang
melakukan perbuatan
tersebut diancam
Nafi halal
AN-NAHYU (LARANGAN)
•
Ertinya: Larangan daripada Allah terhadap mukallaf melalui Al-Quran dan Hadis.• Bentuk Lafaz sesuatu suruhan:
1)Tegahan yang menggunakan Fi’il Amr. “Jauhilah”
2)Fi’il Mudhori’ di depannya Lam An-Nahyu. “Janganlah kamu mendekati Zina”
3)Lafaz yang menunjukkan makna tegahan seperti: “harrama, naha” 4)Lafaz orang yang melakukan perbuatan tersebut diancam.
Selain Asal Nahyu yang haram
Asal An-Nahyu Haram Mendidik Makruh Doa Al-I’itinasKAEDAH-KAEDAH LAFAZ AN-NAHYU
• Kaedah yang pertama: Asal An-Nahyu menunjukkan Haram.
Yang bermaksud, makna hakiki bagi sesuatu larangan itu ialah
Haram, kecuali jika ada qorinah atau“tanda” menunjukkan yang membawa hukum selain daripada wajib… contoh:
a) Al-Karahah atau Makruh. Contoh: Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: Jika satu daripada kamu memasuki masjid, maka janganlah kamu duduk sebelum kamu solat 2 rakaat.
b)Doa: “Wahai tuhan kami,Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya”
c) Al-I’tinas- Menenangkan. Contoh: “Janganlah engkau berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.”
d) Ta’dib-mendidik “Dan janganlah engkau memberi sesuatu dengan tujuan mendapat lebih banyak daripadanya.”
KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AL-NAHYU
Asal An-Nahyu menunjukkan Haram
Tegahan sesuatu bererti suruhan sebaliknya
Asal An-Nahyu menunjukkan kerosakkan secara mutlak
Perintah melakukan bertujuan menegah sebaliknya
KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AN-NAHYU
• Kaedah yang Kedua: Tegahan sesuatu bererti suruhan sebaliknya. “Janganlah engkau menyekutukan Allah” Ayat ini menegah kita
dari menyekutukan Allah, justeru berdasarkan kaedah ini
bermaksud suruhan yang sebaliknya iaitu mentauhidkan Allah dan beriman kepadanya.
• Kaedah yang Ketiga: Asal An-Nahyu menunjukkan kerosakkan
secara mutlak. Yang bermaksud: tegahan yang ditujukan kepada
perkara tertentu. Contoh: Solat seorang wanita ketika haidh, berpuasa di hari-raya, jual beli binatang yang masih dalam
kandungan ibunya. Semua perbuatan tersebut adalah haram dan tidak sah. Dan sesuatu yang dilarang itu bermaksud tidak
diperintahkan, dan sesuatu yang tidak diperintahkan adalah batal dan tidak sah hukumnya. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:“setiap perkara yang tidak ada perintah kami, maka ia tertolak”
LAFAZ
AL-MUBAYYAN
AL-MUJMAL
AL-MUJMAL dan AL-MUBAYYAN
• Erti Mujmal: Lafaz yang tersembunyi maksudnya dan tidak dapat difahami. Ia memerlukan penjelasan atau penafsiran daripadaNya atau penjelasan dari Ulamak Fiqh.
• Erti Mubayyan: Lafaz yang menjelaskan perkara yang tersembunyi maksudnya dan yang tidak difahami.
Contoh : ةلاصلا اوميقأف Maka dirikanlah solat
• Hukum beramal dengan Mujmal di dalam Al-Quran dan Hadis: ditangguhkan sehinggalah ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya yang sebenar. Oleh itu lafaz mujmal memerlukan Al-Mubayyan supaya mukallaf dapat mengetahui maksud sebenar daripada lafaz tersebut dan beramal dengannya.
SEBAB-SEBAB MUJMAL
• Tidak dapat ditarjihkan salah satu daripada makna lafaz al-musytarak disebabkan tiada Qarinah. Contoh: “mawalla” ertinya: hamba yg
dimerdekakan dan yang memerdekakan hamba. Jika seseorang itu
berwasiat supaya hartanya diberikan kepada muwalla. Maka perlulah ada penjelasan dari si pemberi wasiat.
• Lafaz yang asing, yang tidak difahami makna yang dikehendaki. Contoh: “Saat yang tetap berlaku…”
• Pindahan daripada makna bahasa kepada istilah syarak. Contoh: Solat dari segi bahasa ialah: Doa’. Manakala istilah syarak ialah: segala perbuatan dan percakapan yang bermula dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Di
dalam Al-Quran boleh terdapat banyak suruhan mendirikan solat,tetapi
tidak dijelaskan didalamnya cara-cara mendirikan solat: oleh itu Nabi S.A.W menerangkan cara-cara solat: “solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.”
AL-KHAS
• Ertinya: Lafaz yang diperuntukkan bagi menunjukkan satu makna secara berasingan.
Samada satu dalam bentuk nama orang seperti: Khalid. Atau satu dalam bentuk jenis seperti: Rajul, Insan, Kaum Atau banyak dan dapat dikira seperti 80, 100, 40 dll.
• Hukum lafaz Khas:
- Ulamak bersepakat bahawa hukum yang ditunjukan
daripada lafaz khas adalah secara Qat’i dan Yakin. Maksud Qat’i disini ialah ia tidak memungkinkan makna2 yang lain berdasarkan dalil yang ada. Contoh: maka bayaran
AL-’AM
• Ertinya: Khitab yang menunjukkan pengertian yang umum dan menyeluruh tanpa batasan.
• Lafaz-lafaz ‘Am:
1) Lafaz kullu, Jamii’, Kaaffah, ‘Aammah. Kullu imri’in. kullu nafsin. 2) Mufrad yang ada Alif Lam Istighraqiyyah. Az-Zaaniyah.
3) Jama’ yang ada Alif Lam Istighraqiyyah. Al- Mutallaqaatu. 4) Mufrad yang ada Idofah. Kitabuhu.
5) Jama’ yang ada Idofah. Amwaalihim 6) Isim Mausul. Allaziina.
• Hukum lafaz ‘Am:
- Ulamak bersepakat mengatakan tidak boleh beramal atau berpegang dengan lafaz ‘Am sebelum mencari ada atau tiada mukhassisnya. Ulamak berpendapat demikian dengan dalil
. S
ahabat pada mulanya berpendapatFatimah puteri Rasulullah berhak mendapat pusaka
berdasarkan umum firman Allah: “Allah perintahkan kamu mengenai pembahagian pusaka untuk anak-anak kamu…” ayat ini umum meliputi anak nabi dan semua anak-anak umat Islam. Selepas itu Abu Bakar memberitahu
para sahabat bahawa nabi ada bersabda: “kami para nabi tidak boleh dipusakai, apa-apa yang kami tinggalkan akan menjadi sedekah”
DILALAH ‘AM, ADAKAH IA QAT’I ATAU ZANNI?
• Pendapat Jumhur Ulamak:
- Dilalah ‘Am sebelum atau selepas pengkhususan adalah bersifat Zanni.
• Pendapat Ulamak Hanafi:
- Dilalah ‘Am kepada makna-maknanya adalah secara Qat’i selagi ia tidak dikhususkan atau ditakhsiskan. - Apabila ia ditakhsiskan maka dilalahnya terhadap
makna-maknanya yang masih tinggal itu adalah secara Zanni.
• Kesan Perselisihan:
- Takhsis Lafaz ‘Am Al-Quran dengan Lafaz Khas Hadis Ahad. (Bolehkah Hadis Ahad mengkhususkan dalil ‘Am Al-Quran?) * Jumhur Ulamak: boleh. Kerana keduanya zanni.
* Ulamak Hanafi: tidak boleh. Kesabitan Al-Quran lebih kuat.
Contoh: boleh atau tidak memakan makanan yang
disembelih oleh orang islam tetapi tidak menyebut nama Allah? “Dan Janganlah kamu makan dari sembelihan yang tidak disebut nama Allah..” Al-Quran.
“Sembelihan Orang islam adalah halal, samada ia menyebut nama Allah atau tidak…” Hadis Ahad.