• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGALAMAN KERJAYA SEBAGAI JURURAWAT LELAKI. Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGALAMAN KERJAYA SEBAGAI JURURAWAT LELAKI. Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Journal of Business and Social Development e- ISSN: 2600-9668 Volume 7 Number 1, March 2019 ©Penerbit UMT

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :1-8

PENGALAMAN KERJAYA SEBAGAI JURURAWAT LELAKI

KHUZAIMAH MUSTAPA1* DAN SITI SALINA ABDULLAH2 1Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi

Universiti Malaysia Terengganu

*Pengarang Koresponden: khuzaimahmustapa@gmail.com

Abstrak: Kerjaya sebagai jururawat kebiasaannya dimonopoli oleh golongan wanita. Walau bagaimanapun, kini wujud penglibatan golongan lelaki dalam kerjaya sebagai jururawat dan statistik jururawat lelaki di Malaysia menunjukkan peningkatan. Meskipun kewujudan peningkatan jururawat lelaki di Malaysia namun mereka masih dikategorikan sebagai pekerja minoriti. Sebagai golongan minoriti dalam kerjaya ini, jururawat lelaki dijangka mempunyai pengalaman silang budaya dalam meneruskan kerjaya berkenaan. Justeru itu, kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka pengalaman tujuh jururawat lelaki yang bertugas di hospital dan klinik kesihatan kerajaan di Negeri Terengganu. Kutipan data kajian ini melibatkan temu bual semi struktur. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian NVivo 8. Dapatan menunjukkan terdapat dua tema utama yang diperolehi iaitu penerimaan dan sokongan. Tema penerimaan dibahagikan kepada penerimaan masyarakat, rakan sekerja dan diri manakala tema sokongan dikategorikan kepada sokongan keluarga dan rakan. Dapatan kajian diharap dapat memberikan maklumat dalam memahami pengalaman lelaki yang bekerja dalam bidang kejururawatan yang merupakan kerjaya minoriti bagi gender mereka.

Kata kunci: Kerjaya, Jururawat Lelaki, Pengalaman Jururawat.

Pengenalan

Jawatan jururawat di Malaysia pada tahun 2011 adalah seramai 78,944 orang dan jumlah ini meningkat kepada 123,454 orang pada tahun 2015. Daripada jumlah berkenaan, seramai 1826 orang merupakan jururawat lelaki (KKM, 2015) berbanding dengan hanya 461 orang jururawat lelaki pada tahun 2011 (KKM, 2011). Berdasarkan statistik berkenaan, bilangan jururawat lelaki didapati meningkat. Walaupun penglibatan lelaki dalam kerjaya yang didominasi oleh wanita bukanlah perkara yang baru namun di Malaysia, penglibatan lelaki sebagai jururawat lelaki masih lagi tidak meluas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengalaman jururawat lelaki serta memahami isu-isu yang dihadapi oleh mereka dalam menjalankan kerjaya mereka.

Kajian Literatur

Kerjaya sebagai jururawat sinonim dengan golongan wanita. Buktinya, daripada 123,454 orang jururawat yang ada di Malaysia pada tahun 2015, lebih daripada 98 peratus adalah jururawat wanita. Oleh itu, penglibatan lelaki dalam kerjaya ini dianggap sebagai golongan minoriti. Sebagai golongan minoriti, jururawat lelaki

dijangka mengalami pengalaman yang tersendiri dan unik dalam aspek silang budaya dalam pekerjaan tersebut. Beberapa kajian lepas telah dibuat bagi memahami penglibatan lelaki dalam kerjaya wanita. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Lerardi, Fitzgerald dan Holland, (2010) mendapati pelajar lelaki yang mengikuti kursus kejururawatan di peringkat ijazah adalah individu yang penyayang. Di samping persepsi mereka bahawa penglibatan dalam kerjaya ini membolehkan mereka terlibat dalam aspek penjagaan kesihatan, mereka juga percaya bahawa mereka boleh menjadi penyayang apabila terlibat dalam kerjaya sebagai jururawat yang merupakan kerjaya profesional. Kajian tersebut berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh Ellis et.al (2006) yang mendapati bahawa pelajar kejururawatan di Amerika Syarikat tidak mempunyai pengalaman yang menyeronokkan dalam bidang tersebut. Mereka sedar bahawa ini bukan dunia pekerjaan sebenar yang dimahukan apabila terlibat dalam kerjaya jururawat. Justeru itu, mereka mendapati kandungan pembelajaran adalah sukar menyebabkan mereka tidak berminat untuk menyertai bidang kejururawatan.

(2)

PENGALAMAN KERJAYA SEBAGAI JURURAWAT LELAKI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :1-8 Penglibatan lelaki dalam dunia kejururawatan memberikan impak positif kepada peningkatan kerjaya dan kredibiliti tersendiri kepada golongan lelaki. Impak yang positif ini di pengaruhi oleh sokongan keluarga dan rakan-rakan meskipun mereka terlibat dalam kerjaya yang minoriti bagi diri mereka. Penglibatan lelaki dalam bidang kejururawatan adalah disebabkan oleh keluarga sentiasa memberi sokongan moral (McLaughlin, Mountray dan Moore, 2010) dan sokongan rakan dan saudara-mara (Cook Kriegm, 2011). Selain itu, kekuatan fizikal lelaki menjadi kelebihan bagi jururawat lelaki dalam penjagaan kesihatan seperti penjagaan psikiatri dan ortopedik bagi memastikan keselamatan pesakit dan pekerja terjamin (Cook Kriegm, 2011).

Kelebihan golongan lelaki yang berada dalam dunia pekerjaan wanita juga terserlah apabila golongan lelaki ini mampu menggunakan kekekuatan diri dari aspek fizikal untuk membantu menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh lelaki yang bertugas sebagai jururawat mempunyai kekuatan seperti keupayaan operasi, ketabahan dan kekuatan fizikal. Disebabkan kelebihan tersebut, juruawat lelaki kebanyakkannya ditempatkan di bidang teknologi seperti rawatan rapi kecemasan (Kleinman, 2004) dan bahagian latihan klinikal kerana dengan adanya jururawat lelaki di bahagian berkenaan, tugas akan menjadi lebih baik (Li et al., 2009)

Di samping aspek positif yang dialami oleh jururawat lelaki, wujud juga pengalaman yang tidak menyeronokkan bagi mereka. Lelaki yang memasuki bidang kejururawatan sering mengalami prejudis daripada orang awam atau masyarakat dan rakan sekerja mereka sendiri (Achora 2016). Selain prejudis, jururawat lelaki juga tidak diberi peluang untuk memberikan rawatan serta penjagaan yang berkualiti kepada pesakit. Jururawat lelaki kehilangan peluang untuk menjalankan tugas kejururawatan, tetapi jururawat lelaki di minta untuk menjalankan tugas bukan kejururawatan seperti menolak pesakit ke jabatan X-ray, mencuci troli dan membersihkan tingkap (Ndou dan Molok, 2018). Walaupun ada jururawat lelaki yang diberikan pengkhususan tugas apabila bertugas seperti ditempatkan di bahagian klinikal namun masih wujud emosi yang negatif terhadap suasana di tempat kerja seperti pengalaman klinikal, pengajar klinikal dan rakan-rakan mereka (Areli, 2013). Justeru itu, kajian tersebut mencadangkan bahawa, pelajar yang terlibat dalam kerjaya jururawat perlu menggunakan strategi bagi menguatkan diri dan meningkatkan motivasi bagi mengurangkan perasaan yang negatif apabila berhadapan dengan pesakit.

Berdasarkan pelbagai pengalaman yang diperolehi dari kajian lepas berhubung kerjaya sebagai jururawat lelaki, maka kajian kualitatif ini dijalankan bagi meneroka pengalaman jururawat lelaki yang bertugas di Malaysia,

khususnya di negeri Terengganu. Kajian ini dijangka dapat memahami aspek silang budaya yang wujud dalam kalangan golongan lelaki yang bertugas sebagai jururawat kerana statistik jururawat lelaki masih lagi rendah berbanding dengan jururawat lelaki yang bertugas di luar negara.

Metodologi Kajian

Kajian kualitatif ini melibatkan kaedah temu bual semi struktur dalam proses pengumpulan data dalam kalangan tujuh jururawat lelaki yang bertugas di hospital dan klinik kesihatan kerajaan. Peserta kajian dipilih berdasarkan tiga ciri khusus iaitu lelaki yang bekerja sebagai jururawat, jururawat lelaki yang sedang bekerja di hospital atau klinik awam dan mempunyai bekerja sebagai jururawat sekurang-kurangnya tiga tahun. Pemilihan tempoh bekerja peserta kajian sekurang-kurangnya tiga tahun berdasarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (2019), yang menjelaskan bahawa, pengesahan dalam perkhidmatan dilaksanakan berdasarkan Peraturan 29 yang mana setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan sekurang-kurangnya minima satu tahun dan maksima tiga tahun. Justeru tempoh 3 tahun dipilih sebagai salah satu kriteria pemilihan peserta kajian dengan andaian bahawa mereka telahpun melalui tempoh kerja yang matang untuk disahkan dalam perjawatan. Temu bual dijalankan setelah mendapat kelulusan daripada National Medical Research Register (NMRR), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan kelulusan kertas cadangan di peringkat Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Setelah mendapat kelulusan tersebut, pengkaji terus menghubungi ketua di organisasi tempat responden bekerja. Selepas temu bual pertama dijalankan, pengkaji menyiapkan transkripsi temu bual dan menyerahkan salinan transkripsi kepada peserta kajian untuk tujuan semakan dan pengesahan terhadap maklumat semasa temu bual pertama. Setelah selesai temu bual dengan peserta kajian pertama, barulah pengkaji meneruskan dengan temu bual dengan peserta kajian yang kedua dan seterusnya.

Data daripada hasil temu bual semi struktur disusun semula dan dinilai untuk mengetahui persamaan dan perbezaan antara data-data yang telah dikumpul. Data-data tersebut telah dikoordinasikan dengan menggunakan perisian komputer QSR Nvivo bagi tujuan mengurus data dengan lebih baik. QSR Nvivo membolehkan pengkaji menyusun data yang terkumpul mengikut objektif kajian atau kesesuaian kategori data tersebut.

Dapatan dan Perbincangan Kajian Demografi peserta kajian

Jadual 1 menunjukkan maklumat demografi peserta kajian yang terlibat. Hasil kajian mendapati peserta kajian

(3)

Khuzaimah Mustapa dan Siti Salina Abdullah

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :1-8 berumur 25 tahun hingga 36 tahun. Hasil kajian ini juga mendapati tiga daripada tujuh orang peserta kajian mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan kerjaya sebagai jururawat seperti ibu, kakak dan adik. Dari aspek pendidikan awal sebelum memasuki kursus kejururawatan, tujuh peserta kajian memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang belajar di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan seorang belajar di peringkat sijil di Institutusi Pengajian Tempatan. Seramai enam orang peserta kajian di peringkat SPM mengambil jurusan sains dan seorang jurusan sastera. Semua peserta kajian telah menjalani latihan separa

perubatan selama tiga tahun di Kolej Kejururawatan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Setelah tamat tempoh latihan separa perubatan selama tiga tahun, peserta kajian dianugerahkan Diploma Kejururawatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah di tempatkan di mana-mana hospital atau klinik kesihatan di Malaysia. Bagi status perkahwinan pula seramai empat orang peserta kajian sudah berkahwin dan tiga orang masih bujang. Tempoh penglibatan peserta kajian dalam kerjaya jururawat adalah antara tiga hingga 10 tahun (hingga tahun 2015).

Jadual 1: Maklumat Demografi Peserta Kajian Bil. Peserta

kajian (PK)

Umur Status perkahwinan Tempoh penglibatan

(Tahun)

Ahli keluarga yang bekerja sebagai jururawat

1 PK1 33 Berkahwin

Anak : 2 orang

8 Tiada

2 PK2 32 Berkahwin

Anak : 3 orang

8 Ada: Ibu & Adik perempuan

3 PK3 25 Bujang 4 Tiada

4 PK4 26 Berkahwin

Anak : 1 orang

5 Tiada

5 PK5 36 Bujang 10 Ada: Adik

6 PK6 30 Berkahwin

Anak : 2 orang

6 Ada: Kakak

7 PK7 26 Bujang 3 Tiada

Rajah 1 menunjukkan tema pengalaman peserta kajian yang bertugas sebagai jururawat. Hasil kajian mendapati bahawa pengalaman peserta kajian dalam kerjaya jururawat terbahagi kepada dua tema utama iaitu penerimaan dan sokongan. Bagi tema penerimaan terdapat tiga subtema iaitu penerimaan

masyarakat, diri dan rakan sekerja. Manakala tema sokongan pula terbahagi kepada dua subtema iaitu sokongan keluarga dan rakan.

(4)

Khuzaimah Mustapa dan Siti Salina Abdullah

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :1-8

Rajah 1: Pengalaman Lelaki Sebagai Jururawat Lelaki

Tema: Penerimaan

Tema penerimaan terhadap jururawat lelaki terdiri daripada tiga subtema iaitu penerimaan masyarakat, diri dan rakan sekerja. Berikut merupakan kenyataan yang telah dikemukakan oleh peserta kajian:

Penerimaan Masyarakat

Penerimaan masyarakat terhadap jururawat lelaki masih kurang. Berikut merupakan kenyataan yang telah dikemukakan oleh peserta kajian PK5 dan PK6 mengenai penerimaan masyarakat terhadap kerjaya mereka:

“Yang itu susah sedikit...sebab dekat Malaysia ini, masih baharu lagi tentang jawatan ini…macam saya training dulu pun ada masyarakat yang tanya sebab apa minta kerja nurse lelaki...sehingga sekarang…ada lagi yang bertanya...jadi, saya jawab...niat saya untuk membantu...lagipun pesakit lelaki ramai” (PK5/007)

“Rasanya…setakat ini, dalam ahli keluarga saya terima jer. Kadang pandangan daripada masyarakat, orang kampung lah… kalau orang nampak kita ni nurse ni. Kita kena ketawakan...”(PK6)/009)

Penerimaan Diri

Bagi peserta kajian, penerimaan diri semasa menjalankan tugas sebagai jururawat amat penting supaya mereka

boleh menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Peserta kajian menyatakan bahawa meskipun janggal pada permulaannya kerana kerjaya ini didominasi oleh golongan wanita namun lama kelamaaan mereka dapat menerimanya dengan baik. Berikut merupakan kenyataan yang telah dikemukan oleh peserta kajian melalui temu bual:

“Sebab pada mula-mula kawan saya memperkenalkan sebagai jururawat pun saya terkejut...tapi apabila dah lama…saya rasa ok jelah…apabila situasi itu berlaku kepada saya...jadi saya faham...sebab semua kerja saya boleh buat...jadi tiada masalah bagi saya”(PK6/004)

“Saya rasa satu cabaran juga la...saya rasa susah. Saya tak boleh nak imagine macam mana...sebab nurse lelaki kan...sebab masa tu nurse kurang lagi kan...tak boleh nak imagine nurse lelaki kerja kan...rasa macam takut pun ada nak masuk.” (PK5/007)

Penerimaan Rakan Sekerja

Subtema yang ketiga adalah penerimaan rakan sekerja. Peserta kajian menyatakan bahawa sesetengah daripada rakan sekerja tidak mengenali mereka yang bertugas sebagai jururawat lelaki. Berikut merupakan kenyataan yang telah dikemukakan oleh peserta kajian melalui temu bual:

“Sebab mungkin tidak tahu…macam saya kata tadi...staf sendiri pun tidak tahu...kebanyakkan orang yang keluar ke Pantai Timur mereka lebih Pengalaman sebagai jururawat lelaki

Penerimaan Sokongan Rakan sekerja Masyarakat Rakan Keluarga Diri

(5)

PENGALAMAN KERJAYA SEBAGAI JURURAWAT LELAKI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :1-8 tahu...terbaru...saya pergi ke klinik dada atau klinik penyakit berjangkit...dekat farmasi...depan jalan...orang lama kenal lah…saya pergi dekat sana...mereka expect saya student” (PK4/019) “Staf sendiri pun tak kenal lagi...tahap sister, KUP(apa maksud KUP)?...orang yang lama...diorang lebih advance lah daripada kita kan…”(PK6/008)

Tema: Sokongan

Bagi tema Sokongan, dua subtema yang wujud adalah sokongan keluarga dan sokongan rakan sekerja.

Sokongan Keluarga

Bagi peserta kajian, mereka lebih bersemangat apabila keluarga memberi sokongan dalam kerjayanya. Berikut merupakan kenyataan yang telah dikemukakan oleh peserta kajian:

“Galakan dari segi sokongan, emosi la kan...kalau stress ke apakan...jadi ahli keluarga la bagi galakan dan sokongan”(PK7/006) Rasa macam tak bersedia pun ada, rasa takut pun ada..sebab tak tahu lagi dunia dalam bidang nie… Keluarga pun bagi semangat..pergi laa..alhamdulillah laa.. (PK2, 012)

Sokongan Rakan Sekerja

Bagi peserta kajian, mereka menyatakan bahawa dengan adanya sokongan rakan-rakan, mereka gembira dan boleh bertahan sehingga sekarang untuk menjadi seorang jururawat. Berikut merupakan kenyataan yang telah dikemukakan oleh peserta kajian melalui temu bual:

“Cuma fikir dari awal masa mula-mula masuk kan...pergi kolej kan...saya kira orang susah la...tak ada la mak ayah pergi hantar ke..saya naik bas dengan kawan, juga sampai JB nasib ada kawan-kawan...dia yang support la.” (PK1/002)

“Boleh lah release sedikit..kalau dekat sana..kalau dekat Johor, jauh daripada family...Jadi kami ada male nurse-male nurse ni...keadaan kalau siapa free tak bekerja… kita berkumpul di satu tempat.. minum air ramai- ramai.. macam tu lah..cara nak release

tension.tak cerita pun masalah tu...kadang kita buat Whatsapp group.. (PK6/005)

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap lelaki yang memilih kerjaya sebagai jururawat lelaki masih rendah. Faktor bilangan jururawat lelaki di negeri Terengganu dan kefahaman tradisi mengenai kerjaya jururawat dalam kalangan golongan wanita menjadikan masyarakat kurang memperolehi maklumat mengenai kerjaya sebagai jururawat lelaki. Walau bagaimanapun, penerimaan positif diri, sokongan keluarga dan sokongan rakan memberikan pengalaman positif dan motivasi secara tidak langsung kepada jururawat lelaki untuk meneruskan kerjaya mereka dalam persekitaran kerja yang didominasi oleh golongan wanita.

Perbincangan Kajian

Lelaki yang bertugas sebagai jururawat masih dianggap asing kerana kerjaya ini sinonim dengan golongan wanita. Apabila lelaki menceburi diri dalam kerjaya ini, pelbagai andaian terutama persepsi negatif yang ditimbul kepada mereka. Kenyataan ini selaras dengan kajian lepas (O'Lynn, 2004; Roth 2008) yang menyatakan bahawa, apabila lelaki terlibat dalam bidang kejururawatan, mereka akan menerima pandangan yang negatif daripada orang ramai. Pengalaman negatif yang diterima oleh jururawat lelaki menyebabkan efikasi kendirinya rendah untuk menjalankan sesuatu tugasannya. Disebabkan situasi tersebut, ada peserta kajian yang mempunyai pengalaman yang negatif semasa bertugas sebagai jururawat. Walau bagaimanapun, tidak semuanya bersifat negatif kerana wujud juga pengalaman positif yang dialami oleh jururawat lelaki. Selaras dengan teori yang dikemukakan oleh Lent et al., (1996) yang mengatakan bahawa pengalaman positif atau negatif mempengaruhi seseorang dalam menjalankan tugas dan akan memberi kesan kepada efikasi kendirinya. Walau apa jua pengalaman kerja yang diperolehi sama ada positif atau negatif yang dialami oleh peserta kajian ianya merupakan satu asas kepada mereka dalam memberikan perkhidmatan yang profesional dan cekap kepada pesakit yang memerlukan. Umumnya, pengalaman positif dapat memberikan impak yang baik kepada jururawat lelaki dalam menjalankan tugas dan begitulah sebaliknya. Jika dilihat dari perspektif Maslow (1954) mengenai keperluan setiap individu, aspek pengalaman positif dan negatif mendasari keperluan asas kepada jururawat lelaki dalam menjalankan tugas mereka. Justeru itu, emosi yang terhasil dari pengalaman positif dan negatif jururawat lelaki ini perlu diberi perhatian dan rawatan sewajarnya agar ianya tidak mendatangkan kesan

(6)

Khuzaimah Mustapa dan Siti Salina Abdullah

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :1-8 kepada perkhidmatan mereka sebagai jururawat profesional.

Persepsi negatif terhadap jururawat lelaki turut dikaji di China. Liang et al. (2004) menyatakan bahawa bidang kejururawatan masih tidak meluas di China hingga menyebabkan jururawat lelaki akan menyembunyikan identiti mereka sebagai jururawat apabila bercakap dengan orang ramai. Liang et al. (2004) juga menyatakan bilangan jururawat lelaki di hospital yang amat kecil menyebabkan masyarakat merasakan bahawa ia adalah satu perkara yang pelik bagi seorang lelaki untuk menjadi seorang jururawat. Selain itu, mereka juga akan ditertawakan oleh masyarakat apabila bekerja dalam bidang kejururawatan dan seterusnya menimbulkan perasaan malu untuk mengakui sebagai jururawat. Dapatan kajian berkenaan adalah selaras dengan kajian oleh Zamanzadeh V et al. (2013) yang mengatakan bahawa lelaki mempunyai maklum balas negatif daripada masyarakat apabila terlibat dengan kerjaya sebagai jururawat.

Kajian lepas menunjukkan persepsi dan penerimaan rakan sekerja terhadap jururawat lelaki bertugas. Penglibatan lelaki sebagai pekerja minoriti dalam kerjaya jururawat adakalanya tidak disedari dan tidak dikenali sebagai jururawat oleh rakan sekerja lain. Situasi berkenaan wujud disebabkan kebanyakan jururawat lelaki ditempatkan di wad lelaki. Justeru itu, kurang interaksi di antara jururawat lelaki dengan rakan sekerja yang lain dari wad yang berbeza. Situasi ini wujud kerana hanya sebahagian kecil lelaki yang menjadi jururawat dan sebagai pekerja yang minoriti, wujud perasaan pengasingan dan kejanggalan mereka semasa bertugas (Stott, 2007 dan Hart, 2005) Keadaan ini menyebabkan jururawat lelaki mempunyai perasaan rendah diri untuk menyatakan identiti diri sebagai jururawat lelaki. Situasi ini digambarkan oleh Maslow (1970) sebagai keperluan penghargaan diri di mana setiap individu memerlukan penghargaan kendiri dan penghormatan dari orang lain bagi memenuhi hirarki keperluan diri.

Maslow (1954) juga menjelaskan mengenai keperluan sokongan dari individu lain bagi setiap individu mencapai kesempurnaan kendiri. Sokongan keluarga yang tidak berbelah bagi kepada peserta kajian meskipun mereka terlibat dalam kerjaya minoriti bagi golongan lelaki adalah sesuatu yang amat bermakna. Sokongan moral dilihat amat penting bagi peserta kajian yang bertugas sebagai jururawat lelaki. Tambahan pula, persepsi dan penerimaan masyarakat yang masih rendah terhadap kerjaya sebagai jururawat lelaki ini sedikit sebanyak mengurangkan sokongan masyarakat terhadap kerjaya peserta kajian. Khadijah (2011) menyatakan bahawa sokongan keluarga yang diterima sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang dialami. Sokongan keluarga dapat memberi sumbangan kepada seseorang khususnya apabila seseorang mempunyai masalah di tempat kerja dengan

memberi galakan dan semangat untuk mengatasi masalah yang wujud. Dengan adanya sokongan keluarga, seseorang akan merasakan dirinya disayangi, diambil berat dan dihargai. Selaras dengan teori Maslow (1954) yang mengatakan bahawa manusia mempunyai rasa harga diri dan merasa dirinya penting walaupun kedudukannya rendah setelah mendapat penghargaan antara satu sama lain.

Selain sokongan keluarga, sokongan rakan memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada prestasi kerja. Bagi jururawat lelaki, sokongan rakan sekerja sangat diperlukan ketika bekerja kerana dapat membantu meningkatkan prestasi dan mencapai matlamat yang diinginkan. Sebagai contoh, PK4 dan PK7 menyatakan bahawa rakan-rakan sangat mempengaruhi dalam memberi sokongan sewaktu kerja dan mereka sama-sama belajar sesuatu benda yang baharu. Oleh itu, dengan adanya sokongan daripada rakan sekerja, mereka akan lebih bersemangat untuk menjalankan tugas. Dapatan ini selaras dengan kajian lepas oleh Khadijah, (2011) yang menyatakan bahawa sokongan rakan sekerja secara efektif akan memberi pulangan yang baik. Hal ini kerana, pengetahuan dan kebolehan yang diperolehi dari rakan sekerja dapat membantu pekerja meningkatkan prestasi kerja. Walau bagaimanapun, sekiranya peserta kajian tidak menerima sokongan daripada rakan sekerja, mereka akan tidak akan berkembang ke arah yang lebih positif. Selaras dengan teori Maslow (1954) yang mengatakan bahawa pergaulan yang teruk dapat menyumbang kepada sikap cenderung ke arah rasa tidak hormat dan tidak percaya yang seterusnya akan menghalang seseorang bergerak ke arah kesempurnaan kendiri.

Rumusan

Secara keseluruhannya, penglibatan lelaki dalam kerjaya sebagai jururawat mempunyai pengalaman positif dan negatif. Pengalaman positif bermaksud peserta kajian mendapat sokongan daripada keluarga, rakan dan rakan sekerja itu sendiri. Manakala pengalaman negatif wujud apabila masih wujud persepsi yang menganggap kerjaya sebagai jururawat lelaki adalah tidak sesuai dengan gender peserta kajian kerana seorang jururawat ‘lazimnya’ adalah seorang perempuan dan kerjaya jururawat didominasi oleh golongan wanita. Namun begitu, aspek dominasi gender terhadap sesuati kerjaya pada masa kini mulai berubah. Bilangan golongan wanita yang menceburi pekerjaan yang didominasi oleh golongan lelaki mulai meningkat. Okeh itu, kaunselor kerjaya mempunyai peranan yang besar dalam menyebar luas maklumat mengenai kerjaya-kerjaya baharu yang wujud terutama yang melibatkan aspek perubahan dominasi gender dalam kerjaya berkenaan. Kaunselor organisasi pula berperanan membantu memberikan perkhidmatan pencegahan dan rawatan kepada pekerja-pekerja minoriti agar mereka dalam terus

(7)

PENGALAMAN KERJAYA SEBAGAI JURURAWAT LELAKI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :1-8 bertugas dalam persekitaran kerja yang bukan majoriti bagi gender mereka terutamanya. Jika perlu, perkhidmatan kaunseling kelompok boleh diwujudkan kepada pekerja minoriti bagi memberi kefahaman bahawa mereka tidak

sendirian dalam menghadapi isu silang budaya di tempat kerja.

Rujukan

Allen, J. (1993) Male elementary teachers: experience and perspectives. Dalam William, C.L. (ed.) Doing Women Work: Men in Nontradisional Occupation. Thousand Oaks, CA:Sage.

Arieli, D. (2013). Emotional work and diversity in clinical placements of nursing students. Journal of Nursing Scholarship, 45(2), 192–201.

Cook-Krieg, B. (2011). Are you man enough to be a nurse? The road less traveled. http://search.proquest.com/docview/920123197? accountid=35812. (920123197)

Ellis, D.M., Meeker, B.J., & Hyde, B.L. (2006). Exploring Men's Perceived Educational Experiences in a Baccalaureate Program. Journal of Nursing Education,45(12),523-527. Retrieved from Academic Search Premier.

Hart, K. A. (2005). Study: Who are the men in nursing. National Student Nurses Association Imprint, 32-34.

Hemsley-Brown, J., Fosket, N., (1999). Career desirability. Journal of Advanced Nursing 29, 1342–1350

Kementerian Kesihatan Malaysia (2011). Kerjaya Jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di akses melalui

file:///C:/Users/Envy/Downloads/Kerjaya_Jurura wat.pdf pada 14 Oktober 2016.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2015). Statistik Jururawat Lelaki di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Khadijah Ali Othman. (2011). Faktor-faktor Penyumbang Kepada Pengayaan Kerja Keluarga Dalam Kalangan Pekerja Sektor Awam. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Kleinman, CS (2004) Understanding and capitalizing on men’s advantages in nursing. J Nurs Adm 34: 78–82.

Lent, R. W., Brown, S. D., & Hackett, G. (1996).

Career development from a social cognitive perspective. In D. Brown, L. Brooks, & Associates (Eds.), Career choice and development (3rd ed., pp. 373—421). San Francisco: Jossey-Bass.

Lerardi, J. A., Fitzgerald, D. A., & Holland, D. H. (2010). Exploring male students’ educational experiences in an associate degree nursing program. Journal of Nursing Education, 49(4), 215–218

Li,H., Zhang, M.,Hu, A. (2009). A survey on attitudes towards nursing in male undergraduate nursing students of different years. Modern Clinical Nursing 8, 64–67.

Liang, Y., Xiao, D., Cai, Y., Yang, Q. (2004). Survey of demands of male nurses in hospital. Nanfang Journal

of Nursing.;11:12–13

Maslow, A. (1954). Motivation and Personality. New York : Harper & Row Publishers.

Maslow, A.H. (1970). Motivation and Personality (2nd Ed.) New York: Harper and Row.

McLaughlin, K., Moutray, M. & Moore, C. (2010). Career motivation in nursing students and the perceived influence of significant others. Journal of Advanced Nursing, 66(2), 404-412.

Morgan, D. H. J. (1992) Discovering Men. Routledge: London Ndou, N. P., & Moloko-Phiri, S. S. (2018). Four-year diploma

male students' experiences in a profession traditionally perceived as a female domain at a selected public college of nursing in Limpopo, South Africa. Curationis, 41(1), 1-6.

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidatan Awam (2019). Pengesahan dalam perkhidmatan. Di akses dari

http://www.spa.gov.my/pengesahan-dalam-perkhidmatan pada 24 april 2019.

O'Lynn, C. (2004). Gender barriers for male students in nursing education programs: prevalence and perceived importance. Journal of Nursing Education 43, 229– 235.

Roth, J. & Coleman, C. (2008). Perceived and real barriers for men entering nursing: implications for

(8)

PENGALAMAN KERJAYA SEBAGAI JURURAWAT LELAKI

Journal of Business and Social Development Volume 7 (1) 2019 :1-8 gender diversity. Journal of Cultural Diversity 15, 148–152.

Stott, A., (2007). Exploring factors affecting attrition of male students from an undergraduate nursing course: A qualitative study. Nurse Education Today 27 (4), 325–332.

Zamanzadeh V, Valizadeh L, Keogh B, Monadi M, Negarandeh R & Azadi A. (2013). Choosing and remaining in nursing: Iranian male nurses' perspectives. Contemp Nurse. 45(2):220–227.

Referensi

Dokumen terkait