• Tidak ada hasil yang ditemukan

RAYA PENUH GAYA MyDebit Je dengan Kad ATM anda dan Menang! Contest 8 April - 30 Jun 2021

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "RAYA PENUH GAYA MyDebit Je dengan Kad ATM anda dan Menang! Contest 8 April - 30 Jun 2021"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

Terma dan Syarat

1. Peraduan “RAYA Penuh GAYA! MyDebit Je Dengan Kad ATM Anda & Menang!"[rujuk “Peraduan”] yang dianjurkan oleh Kumpulan The Store (No. Syarikat: 199201021166 (252670-P)) bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) (Company No: 2000801035403 (836743-D)) [rujuk “Pihak Penganjur”].

2. Peraduan ini bermula dari 8 April 2021 sehingga 30 Jun 2021 – 84 Hari [“Tempoh Peraduan”]. 3. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta adalah dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju kepada semua Terma dan Syarat dalam Peraduan ini, Perlindungan Data Peribadi dan Notis Privasi yang dinyatakan di bawah, dan sebarang pindaan, penambahan, penggantian, pemansuhan dan modifikasi kepada [Terma dan Syarat ini] sebagaimana yang dibuat oleh Pihak Penganjur dari semasa ke semasa dan Peserta adalah tertakluk kepada segala Terma dan Syarat tersebut dan mematuhi segala keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.

A. KELAYAKAN

1. Peraduan ini dibuka kepada semua pemegang kad Mesin Pergeluaran Wang Automatik ["ATM"] MyDebit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang terlibat dengan servis MyDebit di Malaysia (“Peserta”).

2. Peserta mestilah penduduk tetap di Malaysia atau warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dan mempunyai kad pengenalan diri yang sah semasa Tempoh Peraduan.

3. Peserta juga perlu mempunyai akaun dengan mana-mana institusi kewangan MyDebit yang disebutkan di atas di mana status kad ATM MyDebit adalah sah, aktif, dan tidak dorman semasa Tempoh Peraduan sehingga penebusan hadiah.

4. Peserta harus mematuhi segala peraturan yang ditetapkan supaya boleh menjadi seorang “Peserta yang Layak”.

5. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

• Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu, anak syarikat atau yang berkaitan dengannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak-anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami/isteri].

• Wakil, pekerja dan/atau pembekal khidmat pengiklanan atau ejen promosi bagi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri.]

(2)

2 B. KRITERIA KELAYAN

1. Peserta mestilah membuat pembayaran menggunakan kad ATM MyDebit secara tanpa sentuh dengan pembelian minimum sebanyak RM50 di mana-mana cawangan The Store, Pacific, Milimewa dan Super Jimat (kecuali kaunter sewaan) sepanjang Tempoh Peraduan.

2. Peserta perlulah melakukan pembelian minimum sebanyak RM50 dalam satu resit melalui transaksi menggunakan kad ATM Mydebit secara tanpa sentuh untuk layak mendapatkan 1 penyertaan.

3. Hanya pembelian minimum bernilai RM50 dan ke atas di mana-mana cawangan The Store, Pacific, Milimewa dan Super Jimat (kecuali kaunter sewaan) dengan menggunakan kad ATM MyDebit sebagai mod pembayaran yang dibuat dalam Tempoh Paraduan (dengan resit transaksi yang dicetak dengan jelas bersama-sama resit transaksi bank yang dicetak diterminal) berkelayakan diambil kira sebagai penyertaan yang sah ["Bukti Pembelian"]. Peserta yang terpilih sebagai pemenang ["Pemenang"] adalah diwajibkan untuk mengemukakan Bukti Pembelian (asal) sebelum penebusan hadiah boleh disempurnakan. Kegagalan membuat sedemikian akan mengakibatkan pembatalan kemenangan hadiah yang dimenangi oleh Pemenang tersebut. 4. Peserta dikehendaki melengkapkan maklumat butiran dengan lengkap pada borang penyertaan

dan jawab soalan yang mudah dengan betul. Borang penyertaan berkenaan dicetak di bahagian bawah resit pembayaran yang bernilai RM50 dan ke atas.

5. Tiada had kepada bilangan penyertaan, akan tetapi penyertaan yang dihantar selepas tamat Tempoh Peraduan dianggap tidak sah dan akan dibatalkan.

6. Bukti Pembelian hanya boleh digunakan sekali sahaja. Penyertaan Peserta akan dibatalkan jika Bukti Pembelian yang sama digunakan lebih dari SATU (1) kali.

7. Borang penyertaan harus dimasukkan ke dalam kotak penyertaan yang disediakan oleh Pihak Penganjur sebelum atau pada 30 Jun 2021. Mana-mana borang penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

C. PEMILIHAN PEMENANG

1. Pemenang akan dipilih menerusi cabutan rawak yang diambil daripada jumlah keseluruhan borang penyertaan. Pemenang akan dihubungi oleh pihak Penganjur menerusi telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan mudah yang ditentukan oleh Pihak Penganjur (“Pemenang Yang Disenarai Pendek”).

(3)

3

2. Pemenang Yang Disenarai Pendek akan dihubungi selepas tamat Tempoh Peraduan, sekiranya pihak Penganjur gagal menghubungi Pemenang Yang Tersenarai Pendek selepas tiga (3) kali percubaan (disebabkan tiada maklum balas, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan atau masalah rangkaian), pihak Penganjur berhak untuk memilih Pemenang Yang Tersenarai Pendek yang seterusnya dengan melalui proses yang sama. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kegagalan untuk menghubungi Pemenang Yang Tersenarai Pendek walau apa jua sebab. 3. Peserta boleh menghantar borang penyertaan seberapa banyak yang mereka mahu untuk

mengambil bahagian dalam Peraduan ini. Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja tanpa mempertimbangkan kuantiti borang yang dihantar kepada pihak Penganjur.

4. Pihak Penganjur akan memaklumkan kepada Pemenang sekurang-kurangnya tiga (3) bulan selepas tamat Tempoh Peraduan dan Pihak Penganjur akan membuat pengumuman dan menyiarkan nama-nama Pemenang di platform laman sosial pihak Penganjur (laman web rasmi, laman Facebook & akaun rasmi WeChat).

5. Semua keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur termasuk tetapi tidak terhad senarai pendek, pemilihan Pemenang dan berkaitan pelucutan hadiah berhubungan dengan Peraduan ini adalah muktamad dan konklusif. Sebarang rayuan, surat-menyurat, atau pertanyaan tidak akan dilayan oleh pihak Penganjur.

D. HADIAH PERADUAN

1. Hadiah-hadiah untuk Peraduan ini terdiri daripada:-

a. Hadiah Utama: Proton X50 1.5 T Standard untuk Satu (1) pemenang (tidak termasuk cukai jalan, kos pendaftaran dan insuran/takaful);

b. Hadiah Pertama: Proton Saga 1.3L Standard AT untuk Satu (1) pemenang (tidak termasuk cukai jalan, kos pendaftaran dan insuran/takaful);

c. Hadiah Kedua: Baucar Beli-Belah bernilai RM6 ribu selama 1 tahun untuk Dua (2) Pemenang d. Hadiah Ketiga: Baucar Beli-Belah bernilai RM3 ribu selama 1 tahun untuk Dua (2) Pemenang e. Hadiah Sagu Hati: Baucar Hadiah bernilai RM200 (setiap pemenang) untuk Dua Puluh (20)

Pemenang.

2. Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat pembekal (jika berkaitan). Tertakluk kepada peruntukan undang-undang, pihak Penganjur, ejen-ejen pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas segala liabiliti yang berlaku seperti masalah penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir hadiah atau perkara yang berlaku di luar jangkaan dan kawalan pihak Penganjur dan juga sebarang perbuatan atau penafian oleh mana-mana pembekal pihak ketiga.

(4)

4

3. Pihak Penganjur berhak untuk menukar ganti hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilainya dengan memberi notis terlebih dahulu. Pemenang juga tidak dibenarkan untuk menukar apa-apa hadiah dalam bentuk wang tunai.

4. Semua Pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah yang akan diumumkan dari semasa ke semasa. Segala kos perbelanjaan termasuk kos pengangkutan dan penginapan untuk mengambil hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang. Lokasi dan tarikh upacara akan diumumkan oleh Pihak Penganjur dari semasa ke semasa.

5. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk menanggung semua kos perbelanjaan/yuran tidak terhad kepada insuran/takaful, cukai jalan dan mana-mana cukai lain yang berkenaannya. 6. Pihak Penganjur berhak untuk menangguhkan tarikh dan tempat penyampaian hadiah yang telah

ditetapkan kepada suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan oleh pihak Penganjur seandainya berlaku sebarang kejadian di luar jangkaan.

7. Hadiah hendaklah dituntut sendiri oleh Pemenang. Tiada agen atau wakil untuk Pemenang dibenarkan untuk mewakili Pemenang untuk menuntut hadiah. Sekiranya Pemenang gagal menghadirkan diri ke majlis penyampaian hadiah, kelayakan Pemenang akan terbatal secara serta merta dengan notis.

8. Pemenang juga bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan semasa dalam perjalanan ke lokasi majlis penyampaian hadiah.

9. Visual bagi hadiah yang dipaparkan menerusi iklan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah semata-mata untuk ilustrasi sahaja dan tidak menggambarkan kepada warna sebenar hadiah.

10. Hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan hadiah dan akan dimaklumkan oleh Pihak Penganjur dari semasa ke semasa.

11. Melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam Terma dan Syarat ini, segala perkara berkaitan penukaran atau penggantian, atau modifikasi bagi hadiah adalah tidak dibenarkan.

12. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik.

13. Peserta dikehendaki mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa atau sebelum penebusan hadiah untuk tujuan pengesahan penyertaan Peserta/Pemenang. Bukti Pembelian yang tidak boleh dibaca/telah pudar/rosak adalah tidak sah, tidak layak dan akan dibatalkan untuk Peraduan ini.

(5)

5

E. HADIAH PENEBUSAN UNTUK GANJARAN SEGERA –BAUCAR HADIAH RM10 ATAU RM5 1. Hadiah Penebusan Segera Untuk Ganjaran Semak dan Menang – Baucar Hadiah RM10 atau RM5

["Baucar Hadiah"] dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50 dalam satu resit boleh ditebus bermula pada 8 April hingga 30 Jun 2021 adalah tertakluk kepada siapa cepat dia dapat dan bergantung kepada ketersediaan Baucar Hadiah.

2. Baucar Hadiah mestilah di buat di kaunter khidmat pelanggan di mana-mana cawangan The Store, Pacific, Milimewa, dan kaunter Super Jimat seluruh Malaysia.

3. Baucar Hadiah tidak boleh ditukar kepada bentuk wang tunai dan perlu digunakan di cawangan yang mengeluarkan Baucar Hadiah tersebut.

4. Baucar Hadiah ini sah sehingga 7 Julai 2021.

5. Baucar Hadiah dianggap tidak sah jika tiada cop rasmi cawangan yang berkenaan dan hanya boleh digunakan di cawangan yang mengeluarkan Baucar Hadiah tersebut.

6. Jika nilai pembelian adalah kurang daripada nilai Baucar Hadiah, tiada sebarang baki akan diberikan. Sebaliknya, jika nilai pembelian melebihi daripada nilai Baucar Hadiah, maka Pemenang Baucar Hadiah harus menanggung baki perbezaan tersebut.

7. Hanya Baucar Hadiah yang tulen diterima pakai. Segala Baucar Hadiah yang telah dipindah milik, rosak dan di buat salinan tidak akan diterima.

8. Pihak Kumpulan The Store tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian atau kerosakan Baucar Hadiah dan tiada pampasan akan diberikan.

9. Kumpulan The Store berhak untuk meminda, menambah atau memadam Terma dan Syarat dari semasa ke semasa dengan pemberian notis.

F. LAIN-LAIN TERMA

1. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Pemenang akan menanggung liabiliti dan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan, kerugian atau tuntutan akibat daripada penyertaan dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah tersebut.

2. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, pihak Penganjur tidak akan menanggung sebarang liabiliti, kejadian yang tidak dingini, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang dialami dalam sebarang situasi yang melibatkan pihak ketiga atau Peserta, semasa atau selepas Peraduan ini.

(6)

6

3. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, pihak Penganjur tidak akan membuat sebarang jaminan atau representasi, sama ada yang nyata, tersirat atau berkanun, berhubung dengan Peraduan mahupun hadiah termasuk dan tidak terhad kepada kualiti dan kebolehgunaan hadiah. 4. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, menukar, membatal atau menambah mana-mana

Terma dan Syarat dan/atau menukar ganti hadiah (Klausa D di atas) yang ditawarkan dalam Peraduan ini dengan hadiah lain yang sama nilainya dan/atau menukar, membatal, menamat atau menangguh Peraduan pada bila-bila masa dengan notis terlebih dahulu. Tiada pampasan akan dibuat sama ada dalam bentuk wang tunai atau apa-apa sahaja bentuk pampasan diberikan atas kehilangan, kerosakan atau luar jangkaan yang dicetuskan oleh Peserta. Peserta dinasihatkan untuk sentiasa menyemak Terma dan Syarat Peraduan yang dikemas kini dari semasa ke semasa di laman web Pihak Penganjur atau bank-bank yang mengambil bahagian.

5. Semua keputusan yang dibuat berkaitan dengan Peraduan adalah muktamad, konklusif dan terikat.

6. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur menggunakan dan menyiarkan nama-nama dan gambar-gambar Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, publisiti dan/atau untuk apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu, bayaran royalti atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang/Peserta adalah tidak mempunyai hak untuk menuntut sebarang pemilikan atau apa-apa bentuk pampasan terhadap material tersebut.

7. Sekiranya terdapat percanggahan antara veri Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Cina, maka versi Bahasa Melayu akan diguna pakai.

8. Terma dan Syarat ini dipantau dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia dan dalam bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

9. Jika atas apa-apa sebab Peraduan ini tidak mampu berlangsung seperti yang dirancang atas sebab (dan tidak terhad) seperti penyebaran virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, apa-apa perintah kerajaan tidak terhad kepada perintah kawalan pergerakan atau apa-apa sebab di luar kawalan Pihak Penganjur, pihak penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan, menunda, mengubah suai, atau menggantung Peraduan ini.

10. Pihak penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan jika didapati atau disyaki menipu/menggodam/menyalahgunakan proses penyertaan Peraduan ini, operasi Peraduan atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat-syarat Peraduan ini.

(7)

7

11. Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, arahan atau kaedah Peraduan seperti yang dijelaskan di www.tstore.com.my/mydebit.html atau sebaliknya, juga akan mengikat semua penyertaan Peserta dalam Peraduan ini.

12. Jika berlaku apa-apa percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan apa-apa terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi untuk Peraduan ini, terma yang terkandung di

www.tstore.com.my/mydebit.html akan diguna pakai.

13. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini dan semua keputusan pihak Penganjur.

14. Penganjur ingin memberi peringatan kepada Peserta untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya semasa menerima sebarang panggilan telefon atau mesej yang meminta maklumat peribadi anda semasa dan/atau selepas Peraduan. Penganjur juga ingin menasihatkan para peserta untuk menghubungi Penganjur untuk pengesahan mengenai Peraduan ini.

G. NOTIS PRIVASI

1. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses nama mereka, nombor kad pengenalan (KP) yang telah ditutupkan dan butir-butir peribadi lain ["Data Peribadi"] untuk tujuan menjalankan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengumuman dan penerbitan Data Peribadi dan/atau foto Pelanggan di laman web Penganjur untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

2. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta bersetuju dan membenarkan bank-bank yang menawarkan servis MyDebit yang berkenaan untuk mendedahkan kepada Pihak Penganjur, dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses Data Peribadi bagi tujuan untuk menjalankan Peraduan, termasuk tetapi tidak terhad untuk mengumumkan dan menyiarkan Data Peribadi dan/atau gambar Peserta di laman web Pihak Penganjur untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

3. Pihak Penganjur boleh menggunakan dan berkongsi Data Peribadi dengan menggunakan perkhidmatan pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad pada institusi kewangan MyDebit untuk memproses Data Peribadi Peserta. Semua pihak ketiga dan seumpamanya itu bertanggungjawab dari segi kontraktual untuk tidak menggunakan Data Peribadi Peserta melalui cara selain daripada yang dinyatakan di dalam ini.

(8)

8

4. Peserta juga memberi kebenaran dan persetujuan kepada bank masing-masing untuk mendedahkan Data Peribadi mereka untuk tujuan menjalankan Peraduan ini (jika perlu).

5. Peserta juga bersetuju bahawa maklumat yang diberikan akan didedahkan kepada rakan dagangan/pihak ketiga dan rakan niaga yang berkaitan dengan Pihak Penganjur untuk tujuan pemasaran dan aktiviti promosi produk dan perkhidmatan. Semua maklumat yang diberikan dan semua Data Peribadi dalam Peraduan yang telah didedahkan oleh Peserta dan telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Peserta adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sila layari laman web di www.tstore.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi.

6. Dalam bidang kuasa undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuklah:-

a. Hak untuk menarik balik kebenaran menggunakan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan berhubung dengan Pihak Penganjur di laman web Pihak Penganjur beralamat www.tstore.com.my untuk pemindahan Data Peribadi yang dinyatakan;

b. Hak untuk mendapatkan salinan Data Peribadi yang dipegang oleh Pihak Penganjur; dan c. Hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat.

7. Peserta harus mengunjungi laman web Pihak Penganjur di www.tstore.com.my berkaitan dengan maklumat perlindungan Data Peribadi atau hak undang-undang.

8. Pihak Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi adalah selamat, dan tindakan yang sama juga harus dilakukan oleh pihak ketiga. Walaubagaimanapun, Pihak Penganjur akan mendedahkan Data Peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

9. Semua Data Peribadi yang berkenaan dengan Peraduan ini haruslah di bawah kawalan undang-undang dan ditadbir mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan juga undang-undang-undang-undang Malaysia lain yang berkaitan.

Referensi

Dokumen terkait

Memandang pada pendapat Uno tentang demonstrasi sebagai metode yang digunakan dalam pembelajaran keterampilan, serta pendapat Thorndike dan Skinner tentang stimulus

Dengan menggunakan rumus teknik “Korelasi Produk Moment", korelasi antara setiap pertanyaan dengan skor total dihitung, untuk mengetahui pertanyaan-pertanyaan

Dengan data sebesar itu, waktu yang diperlukan oleh Scibun untuk menggambar peta sangat lama, bisa lebih dari 10 detik.Oleh karena itu, perlu dilakukan

Pada aspek efektif terdiri dari tiga kriteria yaitu pada kriteria yang ke-12 adalah media film dokumenter berkualitas sehingga dapat digunakan dalam jangka waktu

menunjukkan bahwa tanggapan konsumen terhadap bauran pemasaran yang dilihat dari variabel produk mendapat skor rata-rata 4,27 dengan kategori sangat baik, ini dikarenakan dari

Batas Daerah : Sebelah Utara berbatasan dengan Kota Lhokseumawe & Selat Malakat. Sebelah Selatan berbatasan dengan Kabupaten Bener Meriah Sebelah Barat berbatasan

Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah keseluruhan nombor bersiri yang diperuntukkan berdasarkan Penyertaan Layak yang diterima untuk sepanjang Tempoh Peraduan,

Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu diterima akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh,