Penemuan Effective Microorganisma (EM)
B e r d a s a r k a n f a k t a y a n g b o l e h d i p e r o l e h i dari laman web http://en.wikipedia.org/wiki/ Effective_Microorganisms EM merupakan teknologi yang diasaskan oleh Dr. Teruo Higa, seorang Professor dari Universiti Ryukyus, Okinawa, Jepun. Beliau adalah professor hortikultur yang sebelum ini banyak menggunakan bahan kimia dalam tanaman, tetapi menyedari kemudiannya bahawa kesan kimia boleh membahayakan kehidupan manusia. Kajian demi kajian terus dijalankan mengenai keberkesanan EM dan memasarkan produk ini ke seluruh dunia. EM mula dibawa masuk ke pasaran dalam tahun 1982. Effective Microorganisma (EM)
Effective Microorganisma (EM) adalah gabungan mikroorganisma berfaedah yang biasanya banyak terdapat dalam makanan. EM terdiri daripada 3 unsur utama iaitu bakteria phototropik, bakteria asid laktik dan ragi (yis). Peranan ketiga-tiga unsur utama ini adalah seperti berikut:
Bakteria Phototropik
Bakteria ini berfungsi untuk memproses dan menguraikan gas yang merbahaya seperti ammonia dan hidrogen sulfat dengan menggunakan cahaya matahari dan haba tanah bagi menukarnya kepada
gas-gas yang tidak
b e r b a u . B a h a n
-bahan berguna yang dihasilkan dari proses ini akan
menggalakkan pertumbuhan pokok. Bakteria Asid Laktik
Bakteria ini berperanan untuk menggalakkan penapaian dan pengkomposan bagi menyahkan kesan sampingan bahan organik. Bakteria ini mengeluarkan asid laktik sebagai pendinding atau penghalang mikro merbahaya yang boleh menyebabkan penyakit kepada tumbuhan.
Ragi atau Yis
Ragi atau yis berperanan mengeluarkan hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan pengaktifan sel dan akar.
Faedah Kegunaan EM
Penggunaan EM dalam pertanian memberikan banyak faedah dan menguntungkan. Oleh kerana EM menggunakan mikroorganisma, maka ia menggalakkan penghasilan tanaman yang selamat dimakan.
EM mampu menghasilkan baja organik dari bahan lebihan tanaman, makanan dan rumpai serta mampu mengekalkan kesuburan tanah. Ia memberi kesan yang positif kepada tanah dengan memperbaiki keadaan fizikal dan biologi tanah serta meningkatkan kebolehan bagi pertumbuhan tanaman.
Selain itu, EM dapat mengurangkan penggunaan baja kimia yang mahal bagi menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi. EM juga terbukti dapat menggalakkan penunasan dan tumbesar tanaman serta dapat menambah ketahanan tumbuhan dari serangan penyakit dan serangga.
Kegunaan EM bukan hanya terhad kepada tanaman semata-mata. EM boleh juga digunakan dalam projek-projek pertanian lain seperti ternakan ayam, ternakan ikan dan undang, serta rawatan reban ayam dan kandang ternakan babi.
Perkembangan Teknologi EM di Pertubuhan Peladang
Teknologi ini telah mula diperkenalkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Selatan sejak Jun 2004. PPK ini telah menjalankan penyelidikan ke atas teknologi EM terhadap beberapa projek pertanian di bawah seliaannya dan lain-lain projek seperti berikut:
· Ternakan Ayam Daging - JUN 03 · Ternakan Ikan Laut - FEB 04 · Ternakan Ikan Dalam Kolam
-JUN 04 (secara tertutup)
· Ternakan Ikan Keli Dalam Kolam -JUN 04 (secara tertutup)
· Ternakan Udang Harimau - JUL 04 (secara tertutup) PPK Mersing Selatan PPK Johor Bahru Selatan telah mengorak langkah lebih jauh bersama dengan Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan mengadakan MOU dalam tugas menjalankan penyelidikan dan
pembangunan EM ini secara lebih ilmiah sejak Jun 2004.
Faedah-Faedah Yang Ditemui
Dari segi alam sekitar, didapati bahawa persekitaran berada dalam keadaan baik. Bilangan lalat di kawasan penggunaan EM kurang 7 ekor bagi setiap kaki persegi berbanding keadaan biasa sebanyak 15 ekor.
EM memberi kesan menggalakkan kepada industri ternakan ayam. Hasil penggunaan EM di PPK Johor Baharu Selatan, kadar kematian ayam purata 2.3% sahaja berbanding 5% kebiasaannya. Selain itu, ia dapat mengurangkan kos (FRC 1.9) berbanding sebelumnya (FRC 2.0). Penghasilan daging ayam adalah 100% organik dan bebas Antibiotik.
T
ransformasi pertanian sering dikaitkan dengan penggunaan teknologi yang mampu meningkatkan pengeluaran hasil dan menjana pulangan menguntungkan kepada pengusahanya tetapi disebalik teknologi tersebut terdapat perkara-perkara yang menyokong kejayaannya.Pertubuhan peladang (PP) yang terlibat secara langsung menjadikan sepuluh perkhidmatan yang disediakan kepada ahli peladang sebagai teras bagi membolehkan transformasi pertanian mencapai matlamatnya. Sebenarnya sepuluh perkhidmatan yang diberi kepada ahli peladang memang telah menjadi amalan PP sejak dahulu dan kini ianya diperkemaskan lagi agar lebih relevan dengan transformasi pertanian.
Sepuluh jenis perkhidmatan yang disediakan oleh PP untuk ahli, khusus yang ingin terlibat dalam program pengeluaran makanan kebanyakkan terdapat di pertubuhan peladang negeri dan pertubuhan peladang kawasan. Perkhidmatan tersebut ialah: Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Pengurusan PP hendaklah mengurus dan membangun sumber manusia yang ada di PP. Pembangunan sumber manusia ini hendaklah dirancang dengan teliti dan selari dengan matlamat PP dan aspirasi kerajaan. Antara bidang yang mesti diberi tumpuan adalah perancangan projek, latihan menambah kemahiran dan pengetahuan, motivasi, penyelidikan dan pembangunan perkhidmatan akaun dan rekod ladang.
Bekalan Ladang
Perkhidmatan bekalan ladang untuk peladang perlu disediakan dengan teratur dan lengkap. Mereka juga
perlu diberi penerangan yang jelas mengenai cara penggunaannya. Penyediaan perkhidmatan ini pasti dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan hasil pengeluaran. Antara perkhidmatan bekalan ladang yang perlu disediakan ialah benih/bahan tanaman, baja, kimia pertanian dan alat-alat kelengkapan ladang.
Infrastruktur Ladang
Keperluan infrastruktur ladang perlu juga disediakan oleh PP. Sekiranya tidak berkemampuan, PP hendaklah berurusan dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat supaya menyediakannya. Infrastruktur ladang yang disediakan seperti sistem pengairan, perparitan dan jalan ladang.
Mekanisasi/Automasi Ladang
Perkhidmatan ini penting, terutama bagi menggantikan penggunaan tenaga buruh yang ramai. Di samping itu penggunaannya juga dapat mempercepatkan sesuatu proses pengeluaran seperti penyediaan tanah, penanaman, penuaian dan lain-Iain lagi. Antara perkhidmatan mekanisasi/automasi yang disediakan oleh PP adalah penyediaan tanah, penuaian dan amalan ladang.
Teknologi Lepas Tuai
Perkhidmatan ini perlu diberikan oleh PP supaya peladang tidak mengalami banyak kerugian sebaliknya memberi pulangan yang lebih terhadap usaha-usaha yang dijalankan. Perkhidmatan yang diberikan dapat
meningkatkan keprihatinan peladang terhadap projek-projek yang dijalankan. Antara perkhidmatan teknologi lepas tuai yang dijalankan oleh PP adalah mengumpul, membersih, menyusun, menggred dan memproses serta penyimpanan.
Pemasaran
PP juga perlu mengada dan menjadi agen pemasar produk-produk peladang. Perkhidmatan ini perlu dijalankan dengan sempurna supaya dapat memberi peluang yang baik kepada peladang dan juga PP. Antara perkhidmatan pemasaran yang dilaksanakan oleh PP adalah mengumpul hasil dari ladang ke pusat pengumpulan, pengangkutan, maklumat pasaran, ruang pemasaran dan peruncitan.
Pemprosesan
Perkhidmatan ini perlu diberi perhatian oleh PP kerana dapat menyokong perkhidmatan pemasaran dan juga dapat memberi nilai tambah kepada produk-produk yang dikeluarkan oleh peladang. Di samping itu, perkhidmatan ini dapat mewujudkan perusahaan kecil dan sederhana di peringkat unit peladang dan membuka peluang pekerjaan. Antara aktiviti pemprosesan adalah pembangunan produk, pembuatan produk, pembangunan pasaran dan pengedaran.
Pembiayaan
Pembiayaan amat penting dalam melaksanakan sesuatu projek. Oleh itu, perkhidmatan ini perlu
disediakan oleh PP untuk peladang. Dengan adanya perkhidmatan ini para peladang dapat meneruskan projek-projek yang dijalankan dan menceburi bidang baru dalam pertanian. Sekiranya PP tidak berkeupayaan, pembiayaan projek untuk peladang perlu disalurkan kepada institusi tertentu. Dalam perkara ini PP perlu mencari, merancang dan menyedia maklumat yang diperlukan oleh institusi bagi mempastikan pembiayaan projek untuk peladang diluluskan.
Pengembangan dan Khidmat Nasihat
Perkhidmatan ini perlu disalurkan kepada peladang secara berterusan supaya mereka dapat maklumat terkini dalam bidang pertanian. Dengan adanya khidmat nasihat ini, para peladang dapat merancang pengeluaran makanan secara bersistematik dan menggunakan teknologi terkini. Antara perkhidmatan perkembangan yang perlu diberi tumpuan adalah pemindahan teknologi, sistem pengurusan ladang serta teknik penjimatan kos dan menambah produktiviti.
Pusat Sumber
PP hendaklah menjadi pusat sumber untuk kegunaan ahli peladang dan penduduk setempat. PP hendaklah memberikan tumpuan kepada perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah. Antara perkhidmatan yang diberi oleh pusat sumber PP adalah data kegunaan tanah, maklumat pasaran, maklumat zoning dan sistem pengurusan maklumat. Dengan adanya pusat sumber, PP boleh menjadi perantara dengan pihak
tertentu demi kemajuan dan kepentingan peladang. Di samping sepuluh perkhidmatan yang tersenarai di atas, PP juga yang berperanan sebagai agen perubahan dalam proses transformasi pertanian. Pertubuhan peladang kawasan (PPK) yang terlibat secara langsung perlu memainkan peranan yang penting melalui tindakan dan program berikut:
〈 PPK membangunkan projek contoh berskala besar yang dipanggil flagship projects.
〈 PPK membangunkan peladang contoh, peladang ushawan, innovators dan pelanggan tetap.
〈 PPK melaksanakan program pemindahan teknologi daripada projek-projek yang berjaya kepada ahli-ahli.
〈 PPK mengembleng ahli peladang untuk terlibat dalam projek pengeluaran makanan.
〈 PPK membangun program-program komunikasi (TV, fliers, lawatan dan lain-Iain).
〈 Mengadakan program-program untuk peladang muda.
〈 PPK membangunkan pusat sumber.
Antara pelan tindakan yang boleh dijadikan panduan oleh pengurusan PP dalam melaksanakan program transformasi pertanian di peringkat PPK, ialah:
〈 Membuat semakan perkara-perkara yang terdapat di kawasan PPK.
〈 Memilih proses transformasi yang sesuai dengan keadaan yang terdapat di kawasan operasi PPK.
〈 Mengembleng peladang-peladang untuk melaksanakan projek yang dirancang.
〈 Menentukan faktor-faktor kejayaan yang utama bagi memudahkan proses penilaian dan pengesanan.
〈 Mewujudkan sistem pengesanan dan kawalan yang berkesan.
〈 Membangunkan pelan perniagaan bagi projek yang diputuskan.
Tranformasi pertanian memerlukan komitmen yang jitu daripada PP supaya segala program dan rancangan yang diatur dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Maka, PP perlu memperlengkapkan diri dan bersedia menjadi agen transformasi pertanian yang diutarakan oleh kerajaan supaya dapat mewajahbarukan sektor pertanian dan memberi manfaat kepada negara, PP dan peladang.
L
embaga Pertubuhan Peladang (LPP) yakin menjadi peneraju pembangunan Pertubuhan Peladang (PP) yang unggul dan cemerlang dalam RMK-9. Semua PP akan dibangunkan sebagai pemberi perkhidmatan yang berkesan ke arah mewujudkan ahli peladang komersial.Ini selaras dengan matlamat penubuhan LPP pada 14 Februari 1973 di bawah Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 110) untuk menjadi pendaftar, penyelia dan pemaju PP yang diwujudkan melalui Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) dan Koperasi Asas Tani (KAT) yang diwujudkan melalui Akta Syarikat Koperatif 1948.
Bagi memastikan penubuhannya mengikut matlamat terdapat 3 fungsi yang dimainkan oleh LPP, iaitu:
i. Pendaftar
ii. Agensi Pengurusan iii. Agensi Pembangunan
Dalam menjadikan LPP sentiasa peka terhadap fungsi yang diperuntukan, LPP mempunyai bidang kuasa tertentu di bawah fungsi-fungsi tersebut. Bidang kuasa itu ialah:
Bidang kuasa di bawah fungsi pendaftar: - Mendaftar Pertubuhan Peladang (PP) - Menyelia dan mengawal aktiviti PP dan
Koperasi Asas Tani (KAT)
- Mengaudit Akaun PP dan KAT - Membatal Pendaftaran PP dan KAT - Menyedia Pendidikan dan Latihan Ahli Bidang kuasa di bawah agensi pengurusan:
- Menyediakan anggota di LPP dan PP. - Melatih anggota untuk meningkatkan
tahap profesionalisme.
- Melatih peladang-peladang dalam bidang kemahiran, teknikal dan perundangan.
- Memberi khidmat nasihat.
Bidang kuasa di bawah agensi pembangunan: - Merancang program-program pembangunan
PP bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial PP dan ahlinya.
- Menyediakan bantuan sokongan
• Pembiayaan • Infrastruktur • Kejenteraan, pengangkutan • Lepas tuai • Pemasaran • Pemprosesan • Kursus/latihan • ICT - Memperkukuhkan aktiviti PP
Sebagai sebuah agensi pembangunan Kerajaan, teras pembangunan LPP dalam RMK-9 adalah untuk
menyokong pelaksanaan DPN3, dasar dan halatuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta dasar-dasar semasa kerajaan. Ini akan dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pelaksanaan transformasi pertanian di PP.
Semua PP diberi peranan untuk menggembleng peladang-peladang, menyelaras dan meningkatkan tahap perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan oleh peladang dalam usaha meningkatkan pengeluaran pertanian dan pendapatan peladang. LPP telah menetapkan 11 strategi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Strategi pembangunan LPP dalam RMK-9 adalah seperti berikut:
• Memobilisasi dan memodenkan 200,000 ahli PP menjadi peladang moden.
• Pembangunan projek berpandukan Pelan BOT (Balance of Trade) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani secara Komersial melalui pengwujudan 10,000 peladang usahawan.
• Penglibatan PP sepenuhnya dalam pengurusan rantaian pembekalan dengan penekanan kepada kegiatan nilai ditambah.
• Pelaksanaan Pelan Operasi melalui pergerakan PP tiga peringkat.
• Pelaksanaan piawai dan penekanan kepada kualiti, daya maju dan daya saing bagi mencapai pelan BOT.
• Penggunaan teknologi untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan kos pengeluaran.
• Memaksimumkan penggunaan tanah.
• Meningkatkan tahap profesionalisme tenaga pengurusan.
• Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peladang untuk mengusahakan ladang-ladang secara perniagaan.
• Memperkukuhkan peranan institusi peladang.
• Menggalakkan penyertaan swasta melalui usahasama dengan PP.
Sebanyak 14 subprogram pembangunan terdiri dari 10 projek sambungan dan 4 projek baru akan dilaksanakan dalam RMK-9. Status program yang akan dilaksanakan dalam RMK-9 dan perakuan peruntukan pembangunan LPP dalam tahun 2006 adalah bagi projek sambungan dan projek baru. Dalam projek sambungan penekanan diberi terhadap perkara yang dirancang dan telah dilaksanakan seperti:
• Pengeluaran Bahan Makanan Asas
• Pembangunan Peladang
• Pembangunan Sumber Manusia
• Pembangunan Pertubuhan Peladang Di Sabah
• Kemudahan Pemasaran Pertubuhan Peladang
• Kemudahan Asas Institusi
• Pembangunan Projek Padi 10 Metrik Tan
• Ladang Integrasi
• Pemulihan Ladang
• Perusahaan Kecil dan Sederhana
Manakala untuk projek baru beberapa perkara telah dikenalpasti untuk dilaksanakan iaitu:
• Pembangunan Usahawan Peladang
• Transformasi dan Pemodenan Peladang
• Pembangunan Pertanian Kawasan Sementara itu, LPP telah berjaya melaksanakan program-program pembangunan dalam RMK-8 dengan penekanan diberikan kepada program peningkatan pengeluaran makanan asas.
Pencapaian RMK-8 LPP
Lembaga Pertubuhan Peladang menerima peruntukan daripada Kerajaan sebanyak RM193,656,552 bagi melaksanakan program/projek/ aktiviti pembangunan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8).
Peruntukan digunakan adalah untuk memberi faedah langsung kepada Pertubuhan Peladang dan ahli-ahlinya. Pencapaian perbelanjaan berbanding
peruntukan diterima (RM 192,935,062) adalah sebanyak 99.63%.
LPP berjaya menggembleng dengan cekap dan berkesan sumber-sumber dari kerajaan, pertubuhan-pertubuhan peladang (PP) dan ahli peladang. Program-program yang dilaksanakan berjaya meningkatkan kegiatan ekonomi PP dengan isipadu perkhidmatan perniagaan mencapai RM1.4 bilion pada tahun 2004 dan meningkat kepada RM1.63 bilion dalam tahun 2005.
Dengan peruntukan yang disediakan dalam RMK-9 untuk sektor pertanian, LPP yakin dapat membangunkan PP agar lebih berdaya saing dalam kegiatan ekonomi disamping ahli mendapat manfaat daripada perubahan yang dilaksanakan.
S
ektor pertanian dan industri asas tani perlu mengalami transformasi untuk menjadikan sektor ini lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Usaha-usaha seperti berikut sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Untuk mentransformasikan sektor pertanian sepenuhnya pelbagai proses perlu dilalui dan dilakukan walaupun secara beransur-ansur dan kadangkala mengambil masa. Proses bagi mencapai matlamat dan sasaran yang diterangkan di bawah perlu diberi perhatian dalam menjayakan transformasi pertanian.Transformasi Ladang
Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara estet/ kelompok, Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini, Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan supaya keluaran pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan. Program Plantation Integration Areas (TAC) juga dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan perladangan bagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakan lembu.
Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan Mekanisasi, Otomasi Dan Teknologi
Negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada terlalu bergantung kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini
termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat post harvest. Pengurusan Ladang Yang Moden
Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala pakar-pakar dan pekerja pengembangan yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani. Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha meningkatkan pengembangan dan khidmat nasihat teknikal. Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar.
Dayasaing Lebih Tinggi
Kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian negara akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa bagi membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara. Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia
PROSES TRANSFORMASI DALAM
SEKTOR PERTANIAN
dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang pemprosesan, stesen kuarantin di pintu masuk ke dalam negara.
Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan
Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosesan hiliran juga merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi.
Pengezonan (zoning)
Selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk, pembangunan secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan dilaksanakan. Ini bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok dapat dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative advantage) diperolehi. Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon tanaman, zon-zon-zon-zon pengeluaran ternakan di kawasan integrasi ladang (TAC). Pengwujudan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil mereka kerana keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu, ia juga membolehkan kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.
Insentif Untuk Projek Pengeluaran Makanan Kerajaan juga menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang
mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya. Latihan
Pusat Latihan Pertanian Negara dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras dan menilai program latihan kemahiran selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani yang berpengetahuan dan berkemahiran. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sedang membina Kolej Pertanian di Kedah di samping meningkatkan taraf 40 institusi sedia ada supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada golongan sasar.
Kemudahan Infrastruktur
Sebagai usaha untuk meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian, kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat sokongan di sektor pertanian. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke masa. Selain itu, kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga disediakan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasaran.
Berdasarkan kesemua proses tersebut, transformasi pertanian mampu dicapai sepenuhnya jika proses dilalui dan diterima oleh setiap organisasi yang terlibat. Golongan sasar yang menjadi tumpuan utama perlu diberi pendedahan tentang perlunya transformasi pertanian kerana ia bukan sahaja dapat merubah ekonomi mereka malah persepsi masyarakat terhadap sektor pertanian yang dulunya dianggap mundur turut berubah.
Y. Bhg. Tuan Haji Arpan Shah bin Satu Ketua Pengarang
Y. Bhg. Tuan Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail Edisi Internet
Haninah bte Abd. Rahman Diterbitkan Oleh:
Lembaga Pertubuhan Peladang,
Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50990 Kuala Lumpur. Penyunting
Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani
Grafik/Illustrator Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif
Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari di http://www.lpp.gov.my