Tahap Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Kepelbagaian Pelajar : Satu Kajian Tinjauan
Muhriz Bin Abdul Hadi Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, UKM
___________________________________________________________________________ Abstrak
Guru , samada yang baru atau berpengalaman tentunya berhadapan dengan pelajar yang pelbagai setiap kali memulakan proses pembelajaran dan pengajarannya . Dengan sedikit pengalaman , guru kebiasaannya dapat menguruskan perjalanan kelas dengan begitu baik namun bergelut dengan kepelbagaian pelajar yang mencabar kesabaran dan persediaan guru . Kesukaran menguruskan kepelbagaian pelajar dalam kelas akan dirasai oleh guru terutama ketika berhadapan dengan pencapaian akademik pelajar yang rendah dan masalah disiplin yang tinggi .Guru perlu membina perwatakan yang sesuai sebelum masuk ke kelas untuk memastikan segala isi pelajaran beliau dapat diterima dan dihadam dengan baik oleh pelajarnya , di samping berusaha sebaik mungkin untuk menarik minat pelajar dan mengekalkan tahap motivasi mereka . Tujuan kajian ini ialah adalah untuk membincangkan aspek – aspek kepelbagaian tahap pelajar , di samping meninjau tahap kesediaan guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran ( PDP ) . Kajian ini diharapkan dapat menghasilkan satu garis panduan bagi membantu guru – guru menyediakan diri secara mental dan fizikal dalam berhadapan dengan kepelbagaian pelajar . Kesimpulannya , kecemerlangan pelajar amat berkait rapat dengan tahap kesediaan guru dan keupayaan mereka berhadapan serta menangani kepelbagaian pelajar dengan sebaiknya .
Kata kunci : Kesediaan guru ,tahap motivasi , kepelbagaian pelajar
___________________________________________________________________________ 1.Pengenalan
Guru , samada yang baru atau berpengalaman tentunya berhadapan dengan pelajar yang pelbagai setiap kali memulakan proses pembelajaran dan pengajarannya . Kepuasan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru sangat bergantung kepada persediaan mereka sebelum memulakan pengajaran . Dengan sedikit pengalaman , guru kebiasaannya dapat menguruskan perjalanan kelas dengan begitu baik namun bergelut dengan kepelbagaian pelajar yang mencabar kesabaran dan persediaan guru . Kesukaran menguruskan
kepelbagaian pelajar dalam kelas akan dirasai oleh guru terutama ketika berhadapan dengan pencapaian akademik pelajar yang rendah dan masalah disiplin yang tinggi .Guru perlu membina perwatakan yang sesuai sebelum masuk ke kelas untuk memastikan segala isi pelajaran beliau dapat diterima dan dihadam dengan baik oleh pelajarnya , di samping berusaha sebaik mungkin untuk menarik minat pelajar dan mengekalkan tahap motivasi mereka .
Walaupun kebanyakan masalah pembelajaran dapat diatasi dengan kemajuan teknologi , namun satu fungsi penting guru tidak akan berubah iaitu mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif . Dalam menekankan kepentingan guru untuk membentuk perwatakan positif sebagai model ikutan pelajar , kesediaan guru dalam menghadapi pelajar yang pelbagai akan menjadi penentu kejayaan untuk mencapai matlamat ini . Konsep kesediaan guru menerangkan perwatakan positif guru dan hubungannya dengan persepsi pelajar .
2.Latar Belakang
Tahap Kesediaan Guru
Konsep Tahap Kesediaan Guru merupakan satu konsep bagi menerangkan perwatakan guru yang positif yang boleh diamalkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran . Ia diperkenalkan pertama kalinya oleh Mehrabian ( 1971 ) bagi menjelaskan tingkah laku lisan atau bukan lisan yang berlaku semasa komunikasi . Tahap Kesediaan Guru boleh disimpulkan sebagai tingkahlaku lisan atau bukan lisan yang berlaku semasa perbualan antara guru dan murid yang boleh merapatkan hubungan fizikal dan psikologi antara mereka.
Mehrabian ( 1971 ) menyatakan antara contoh tingkahlaku lisan ialah memanggil nama individu berkenaan dan menyelitkan unsor humor ketika perbualan sedang berlangsung . Ramai penyelidik mengakui bahawa Kesediaan Guru merupakan satu keperluan mendesak yang memberi kesan secara langsung kepada pencapaian akademik pelajar . Jesteru tidak menghairankan apabila Communication Education Journal menerbitkan edisi khas berkaitan kajian Tahap Kesediaan Guru pada 1990 .
operandi yang beliau gunakan dalam kajiannya ialah dengan menerangkan terlebih dahulu konsep Tahap Kesediaan kepada sekumpulan pelajar sebelum mengukur tahap persepsi pelajar terhadap tahap persediaan guru mereka . BII yang diutarakan oleh Endersen mendapat reaksi positif dari penyelidik – penyelidik terkemudian seperti Richmond , Gorham dan McCrosky . Sebagai contoh , Gorham ( 1988 ) telah membangunkan Likert – Type Non Verbal Immediacy Behavior Scale ( NVIS ) yang boleh mengesan tahap psikologi dan fizikal guru samada melalui perspektif pelajar atau guru itu sendiri . Gorham ( 1988 ) menyatakan adalah sangat perlu mengambil kira kedua – dua pandangan pelajar serta guru bagi menyokong data yang diperolehi .
Namun begitu , kebanyakan penyelidik lebih mempercayai penilaian dari aspek pelajar yang dikatakan lebih tepat berbanding penilaian guru itu sendiri ( Gorham & Zakahi : 1990 ). Pelajar lebih memberi tumpuan kepada tingkahlaku dan pergerakan guru mereka samada secara lisan atau sebaliknya . T. Subahan ( 1990 ) juga bersetuju dengan cadangan agar penyelidik menggunakan persepsi pelajar dalam membuat penilaian tingkahlaku kesediaan guru . Menurut beliau ( 1990 ) , kaedah berkenaan lebih dipercayai memandangkan persepsi pelajar terhadap tingkahlaku guru mereka akan menentukan tingkahlaku mereka ( pelajar ) sendiri seperti motivasi , emosi , persepsi, nilai , kepercayaan dan norma . Keadaan ini tidak sukar untuk difahami memandangkan guru tentunya tidak dapat menilai tingkahlaku bukan lisan mereka sendiri . Zuria dan Salleh ( 1998 ) pula mencadangkan agar kemahiran kaunseling dan tingkahlaku kesediaan guru digabungjalinkan bagi mendapatkan kesan optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sangat sesuai diaplikasikan dalam kelas yang majoriti pelajarnya bermasalah dari aspek disiplin ( Zuria dan Salleh : 2002 ) .
Kepelbagaian Tahap Pelajar
Menurut teori Einstein , sesuatu situasi yang fleksibel adalah pemangkin kepada kepelbagaian . Memandangkan dunia sentiasa bersifat dinamik , feksibiliti menjadi syarat utama kepada inovasi dan perkembangan teknologi . Dari sudut organisasi ( sekolah ) , kepelbagaian merujuk kepada kejayaan dalam pembaharuan ke arah mencapai kecemerlangan ( Gordon : 1997 ). Ini bermakna bahawa sifat pelajar yang pelbagai perlu diterima dan diraikan sebagai satu bentuk penggerak kepada kecemerlangan .
Dalam membantu pelajar berjaya dalam kehidupan akademik mereka , guru perlu membantu pelajar mengoptimumkan potensi kepelbagaian mereka ( pelajar ) melalui pemikiran yang bersesuaian . Asraf ( 2004 ) mengaitkan bahawa kaedah Penggredan yang standard perlu diselaraskan dengan Kepelbagaian Tahap Pelajar . Hal ini bermakna , sistem penggredan yang digunakan perlu mengambil kira tahap pelajar yang terlibat . Asraf ( 2004 ) seterusnya memberi penekanan bahawa guru – guru perlu mempunyai pengetahuan dan melakukan refleksi yang berterusan ke atas pelajar yang dinilai bagi menjamin penganugerahan gred yang tepat dan adil .
Menurut Khairul Yusri ( 2007 ) pula kepelbagaian tahap pelajar merujuk kepada perbezaan individu yang bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya, sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin terdapat antara individu dalam sesuatu kumpulan. Bolehlah disimpulkan bahawa kepelbagaian tahap pelajar ialah perbezaan antara individu yang boleh dimanfaatkan dan digerakkan ke arah mencapai kecemerlangan akademik pelajar .
Wan Zahid ( 2008 ) menyentuh tentang perbezaan yang ada pada diri seseorang pelajar itu wajar dianggap satu keistimewaan yang boleh dimanfaatkan secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Guru perlu merancang sesi P & P secara teliti dan sistematik memandangkan stail belajar individu merupakan satu aspek yang begitu penting dalam pendidikan masa kini dan akan datang.
John Mayer , Caruso dan Salovey ( 2000 ) mengaitkan kepelbagaian tahap pelajar dengan konsep kecerdasan emosi di mana reaksi seseorang terhadap kejadian atau peristiwa akan mempengaruhi potensi pencapaiannya . Kecerdasan emosi pelajar yang pelbagai perlu difahami dan dikenalpasti oleh guru – guru supaya kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dapat diketengahkan .
3.Perbincangan
pelaksana kurikulum di sekolah perlu memberikan perhatian terhadap isu ini bagi memastikan mereka bersedia dalam berhadapan dengan Generasi Y yang sangat berbeza dengan generasi sebelumnya .
Pelbagai tahap Kecerdasan di kalangan pelajar bermakna guru perlu kreatif dalam teknik penyampaian isi pengajarannya memandangkan setiap pelajar mempunyai tahap pemahaman dan kefahaman yang berbeza – beza . Nurulwahida ( 2005) mengkaji berkaitan 57 orang pelajar Tingkatan 4 dari 2 buah MRSM yang terdiri dari pelbagai tahap kecerdasan untuk meningkatkan keupayaan pelajar berkenaan menyelesaikan aktiviti pengayaan yang mencabar minda . Kajian mendapati bahawa profil kecerdasan pelbagai pelajar boleh ditingkatkan menerusi aktiviti pengayaan dengan menggunakan bahan bermodul . Dapat dirumuskan bahawa aktiviti pengayaan bermodul sangat berkesan untuk meningkatkan kepelbagaian kecerdasan pelajar dari aspek kecerdasan verbal linguistik , ruang visual dan kinestatik tetapi tidak kepada logik matematik . Keputusan kajian ini disokong oleh Campbell ( 1997 ) yang ingin melihat reaksi pelajar terhadap aktiviti pengayaan berbentuk pergerakan dari stesen ke stesen . Beliau membuktikan bahawa minat pelajar untuk mengikuti aktiviti akan lebih tinggi apabila diminta menyelesaikan tugasan di satu stesen sebelum dibenarkan ke stesen berikutnya .
Motivasi pelajar menjadi satu situasi yang mencabar bagi guru – guru . Adibah dan Fatimah Harlina ( 2004 ) telah mengkaji hubungan antara tingkah laku kesediaan pensyarah dengan tahap motivasi pelajar yang melibatkan 81 pelajar Fakulti Pendidikan , UTM .
Dengan menggunapakai pendekatan kuantitatif dan instrumen kajian berbentuk soal selidik , kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan bukan lisan pensyarah dan tahap motivasi pelajar walaupun kekuatan hubungan berkenaan adalah lemah . Dapat disimpulkan bahawa kajian ini menunjukkan kesediaan pensyarah dari aspek bukan lisan memain peranan yang sangat penting dalam menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran berbanding kesediaan pensyarah dari aspek lisan . Kebanyakan pelajar mempunyai takrifan yang berbeza – beza mengenai motivasi . Thorkildsen , Nolen dan Fournier ( 1994 ) telah menyentuh perkara ini ketika mengadakan temubual bersama sekumpulan pelajar di kolej di Amerika Syarikat untuk melihat kepelbagaian perspektif pelajar terhadap tahap motivasi mereka . Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan dan hasil temubual mendapati terdapat 3 perspektif mengenai motivasi dapat dirumuskan iaitu strategi pembelajaran guru akan memotivasikan mereka untuk memahami isi pelajaran ,
pembelajaran adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang anak dan individu dan motivasi luaran seperti dorongan ibu bapa dan rakan sebaya adalah penggerak utama mereka untuk belajar . Keadaan ini tentunya menyukarkan guru untuk memilih pendekatan motivasi yang bersesuaian dengan kepelbagaian tahap pelajarnya . Kepelbagaian tahap motivasi pelajar memerlukan guru membuat persediaan yang bersesuaian agar penglibatkan pelajar dalam kelas dapat dioptimumkan .
Satu lagi aspek yang perlu diberi penekanan oleh guru – guru ialah latar belakang sosio ekonomi keluarga yang pelbagai yang boleh menjejaskan peluang mereka dalam mencapai kecemerlangan akademik . Zahyah Hanafi (2006 ) telah menjalankan kajian berkaitan hubungan faktor latarbelakang ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar bagi peperiksaan SPM pada tahun 2001 . Sebanyak 14 buah sekolah menengah di Kubang Pasu , Kedah dengan 430 reponden yang terdiri daripada pelajar Ting. 5 telah dipilih .
Teknik soal selidik telah dipilih dan keputusan kajian mendapati bahawa tahap pendidikan ibu bapa , kemampuan ibu bapa mendapatkan bahan pelajaran terbaik untuk anak – anak dan pencapaian akademik ibu bapa ( diploma , ijazah , sarjana , dll ) mempunyai kaitan yang tinggi dengan tahap pencapaian akademik pelajar . Kajian lepas yang menyokong kajian oleh Zahyah ( 2006 ) ialah kajian yang dijalankan oleh Lockheed,Fuller dan Nyorongo (1989 ). Mereka menjalankan kajian cross – sectional di Thailand dan Malawi dengan membandingkan pencapaian pelajar yang berada di Gred 8 .
Kajian merumuskan bahawa pelajar yang mendapat keputusan lebih baik adalah pelajar yang bapanya mempunyai kerjaya professional , ibunya berpendidikan dan tinggal di kawasan kejiranan yang berada . Kajian ini membuktikan bahawa guru perlu merangka persediaan pelajar yang boleh membantu pelajar terutamanya pelajar luar bandar yang rata – rata ibu bapa mereka berpendidikan rendah dan kurang berkemampuan .
Di sebalik penekanan terhadap pelajar , pihak guru perlu bertanya kepada diri sendiri : Apakah mereka bersedia menghadapi situasi Kepelbagaian pelajar dan setakat mana tahap persediaan mereka ? Di Malaysia konsep kesediaan guru kurang diraikan dan kurang mendapat sambutan , tidak seperti di Negara – Negara lain . Satu kajian telah dijalankan oleh Azlina Mohd Kosnin ( 2012 ) untuk melihat kesediaan guru – guru Lukisan Kejuruteraan PKPG UTM Kemahiran Hidup mengajar subjek berkenaan dalam Bahasa Inggeris . 112 responden yang terdiri dari guru yang menyambung pelajaran di UTM telah dipilih dan
guru – guru menyatakan tidak berminat dan tidak bersetuju mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan dalam bahasa Inggeris atas beberapa faktor . Antaranya ialah pengajaran dalam Bahasa Inggeris akan menjadikan PDP mereka kurang menarik dan tidak seronok , di samping faktor penguasaan bahasa Inggeris yang sederhana di kalangan guru – guru sendiri .Selain itu , kajian oleh Kelchtermans ( 2005 ) mendapati komitmen dan kesediaan guru terhadap tugas mereka adalah berbeza – beza . Kajian beliau merumuskan bahawa sesetengah guru melihat komitmen dan kesediaan adalah sangat penting dalam kehidupan mereka dan mendapat keutamaan yang tinggi manakala sesetengah yang lain hanya melihat guru sebagai satu pekerjaan semata – mata .
Hal ini menunjukkan tahap komitmen dan kesediaan para guru sendiri boleh diragui dan dibimbangi . Kurangnya keinginan melakukan persediaan di pihak guru sendiri sebelum memulakan PDP dalam kelas merupakan permasalahan yang perlu didepani dan diselesaikan terlebih dahulu .
Berdasarkan persoalan – persoalan yang dibincangkan di atas , adakah guru – guru dapat menghadiahkan kecemerlangan untuk semua anak didik di bawah bimbingannya dengan bersandarkan tahap kesediaan mereka yang sedia ada ?
Kesimpulan
Cabaran guru dalam mencapai kecemerlangan di kalangan pelajarnya memang wujud dan merupakan satu realiti yang perlu didepani disebabkan oleh kepelbagaian pelajar .Guru boleh menguruskan kepelbagaian pelajar dengan berkesan dan sistematik sekiranya mempunyai panduan kesediaan guru yang sesuai untuk memandu mereka ( guru ) menggembleng tenaga dalam menghadiahkan kecemerlangan kepada pelajar mereka .
Adibah A.L. & Fatimah Harlina M.T. Hubungan tingkahlaku kesediaan pensyarah dengan tahap motivasi pelajar . Universiti Teknologi Malaysia . Tidak diterbitkan .
Andersen ,J.F.1979.Teacher immediacy as a predictor of teaching effectiveness. Communication Yearbook 3 ( pp.543-559) , D. Nimmo ( Ed.).New Brunswick, NJ:Transaction Books .
Azlina , M.K.& Zarinah M. S. 2012.Tahap kesediaan guru – guru PKPG Kemahiran Hidup UTM mengajar Lukisan Kejuruteraan di dalam Bahasa Inggeris .Journal of Technical , Vocational & Engineering Education Volume 6 : 89-101.
Campbell , L.(1997 ). Variations on theme : How teachers interpret MI theory. Educational Leadership.55 (1) , 30-45
Christophel , D.M.1990. The relationship among teacher immediacy behaviors , student motivation and learning , Communication Education 39: 323-339.
Gorham , J.& Zakahi , W.R.1990. A comparison of teacher and students perceptions of immediacy and learning : monitoring process and product . Communication Education 39:355-368
Gorham, J.1988. The relationship between verbal teacher immediacy behaviors and student learning . Communication Education 37:40-53
Gordon,D.G.1997. An investigation and analysis of environmental stress factors experience by K-12 music teacher. Dissertation Abstracts International.
Kelchtermans , G.2005.Teacher’s emotions and educational reforms:self – understanding, vulnerable commitment and micropolitical literacy. Teaching and Teacher education 21:995-1006.
Lockheed,M.,Fuller, B.,& Nyirongo , R.1989.Family effects on student’s achievement in Thailand and Malawi . Sociology of Education 62 : 239-256.
Mayer , J.D., Caruso , D.R. & Salovey , P. 2000.The handbook of emotional intelligence . San Francisco : Jossey - Bass .
Nurulwahida Hj [email protected]. Hubungan pola kepelbagaian kecerdasan Gardner dengan aktiviti schoolwide enrichment model ( SEM ) di kalangan pelajar Maktab Rendah Sains MARA. Proceeding of International Conference On Social Science Research( ICSSR), 4-5 June 2013 .Anjuran Worldconferences.Net .Penang , Malaysia .
Richmond,V.P.,Gorham & McCrosky,J.C.1987.The relationship between selected immediacy behaviors and cognitive learning. In Communication Yearbook 10 (pp574-590 ).M.Mclaughlin(Ed.).Beverly Hill, CA: Sage .
Schunk,D.H.2000. Learning Theories : An educational perspective (3rd.ed).Columbus, OH: Merrill/Prentice .
Subahan , T.M.Meerah. 1990. Pembinaan Alat kajian untuk Mengukur Tingkah Laku Pengajaran di sekolah dan di Universiti . Jurnal Pendidikan , 15:43-64.
Thorkildsen, T.A. Nolen, S, B. Fornier , J. 1994. What is fair ? Children Critiques of practices that influences motivation . Journal of Educational Psychology 86:475-486.
Wan Zahid , N. 2008.Development of education in Malaysia : A strategy based analysis of education development in Malaysia. Dibentangkan di Persidangan African leaders in education and training for sustained growth .Singapore.
Zahyah , H.2008.The relationship between aspects of socio-economic factors and academic achievement . Jurnal Pendidikan 33:95-105.
Zamri M. & Mohamed A.E. 2006. Strategi pembelajaran bahasa Melayu pelbagai etnik bukan Melayu . Jurnal Pendidikan 2006:115-132.
Zuria M. & Salleh A. 2002. Model Interaksi Teraputik sebagai teknik menangani kelas bermasalah : Satu kajian kes . Virtec Journal 2 (1):23-38.
____________________. 2007.The relationship of teacher’s immediacy to student motivation and student learning : A literature analysis. Jurnal Pendidikan 32: 91-101.