• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMPERKENALKAN BAHAN BAHASA ARAB YANG MENARIK DAN KHIDMAT BIMBINGAN SECARA PERCUMA. Abd Razak bin Abu Chik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MEMPERKENALKAN BAHAN BAHASA ARAB YANG MENARIK DAN KHIDMAT BIMBINGAN SECARA PERCUMA. Abd Razak bin Abu Chik"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

MEMPERKENALKAN BAHAN BAHASA ARAB YANG MENARIK DAN KHIDMAT BIMBINGAN SECARA PERCUMA

Abd Razak bin Abu Chik drarabiah@yahoo.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, 70400 Seremban, N Sembilan.

Abstrak: Kertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan para pendidik berkaitan inovasi dalam membina bahan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Arab yang menarik dan bimbingan secara percuma. Ini kerana pelajar Bahasa Arab di Malaysia menghadapi masalah kekurangan bahan bacaan tambahan. Antaranya ialah tiada program belajar Bahasa Arab dalam akhbar, tiada majalah Bahasa Arab dan tiada buku motivasi bagaimana menguasai Bahasa Arab. Oleh itu ruangan akhbar, majalah dan buku motivasi telah diterbitkan. Kesemua bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan ini berwarna-warni, mudah dan murah. Setakat 20 April 2011, bengkel buku 33 tip kuasai Bahasa Arab telah dihadiri 15,000 peserta, Kenali Bahasa al-Quran Utusan Malaysia (mingguan) mencapai siri ke-418 dan Majalah Mahir (bulanan) mencapai siri ke-60. Khidmat bimbingan secara percuma setakat 25 April 2012 berjaya diadakan di lebih 90 institusi pendidikan seluruh Malaysia. Dapatan kajian berdasarkan pengalaman, pemerhatian serta temubual bersama pelajar menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap tip pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang dikemukakan.

PENDAHULUAN

Bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran, bahasa al-Hadis dan bahasa antara bangsa kini banyak diperkenalkan di pelbagai jenis institusi pendidikan. Antaranya ialah Maahad Tahfiz, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran Agama (SMK KAA), Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Kebangsaan (SK), sekolah-sekolah swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti.

Walaupun demikian, kehadiran mata pelajaran tersebut seolah-olah begitu asing dan tidak mendapat tempat seperti mana yang dikehendaki. Hal yang sepatutnya ialah (a) Pencapaian Bahasa Arab yang cemerlang menjadi kelebihan utama berbanding sekolah-sekolah lain yang tidak menawarkan subjek tersebut, (b) Komunikasi dalam Bahasa Arab

Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12)

• disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani

@ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi • ISBN 978-967-5478-49-9 • http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm.

(2)

2

samada secara lisan atau tulisan adalah sesuatu yang biasa dan lumrah bagi pelajar dan guru dan (c) Bahasa Arab dijadikan kunci utama untuk meneroka pelbagai ilmu pengetahuan termasuklah sains, matematik, sejarah, geografi, komunikasi dan lain-lain.

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan samada oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran, Jamaah Nazir Jaminan Kualiti, penyelidik universiti tempatan dan beberapa orang pengkaji persendirian mendapati bahawa antara punca masalah ialah pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang kurang sesuai dan kurang berkesan. Sehubungan itu, pengkaji telah membuat percubaan dengan membina tiga bahan berwarna-warni berbentuk akhbar (mingguan), majalah (bulanan) dan buku motivasi (tahunan) dan memberikan khidmat bimbingan berbentuk bengkel secara percuma selama empat jam di pelbagai jenis institusi pendidikan. (Abd Razak Abu Chik 2009)

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini secara keseluruhannya bertujuan untuk berkongsi pengalaman peribadi dalam membina bahan B Arab berwarna warni dengan menawarkan perkhidmatan bimbingan secara percuma.

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai tujuan di atas, secara khusus kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:

1. Memperkenalkan bahan B Arab berwarna-warni dalam bentuk akhbar (mingguan). 2. Memperkenalkan bahan B Arab berwarna-warni dalam bentuk majalah (bulanan). 3. Memperkenalkan bahan B Arab berwarna-warni dalam bentuk buku motivasi

(tahunan).

4. Memperkenalkan perkhidmatan bimbingan B Arab secara percuma.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada teknik asas belajar Bahasa Arab kepada para pelajar yang berminat. Kumpulan sasaran utama ialah para pelajar sekolah menengah.

(3)

3

PELAN TINDAKAN

Berdasarkan kepada masalah tiadanya bahan B Arab berbentuk ruangan akbar harian, tiadanya majalah B Arab di Malaysia dan kurangnya buku motivasi B Arab maka pengkaji telah melakukan beberapa tindakan persendirian. Tindakan ini bertujuan untuk cuba mengemukakan beberapa jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah yang dihadapi para pelajar. Berikut pelan tindakan yang telah dilaksanakan dan masih berterusan hingga kini.

Tarikh Tindakan Pencapaian

27 Jan 06 hingga kini

Menulis di ruangan akhbar “Kenali Bahasa

al-Quran” Utusan Malaysia Kolumnis sehingga siri 419

Mei 06 hingga kini

Menulis dan menerbitkan Majalah MAHIR Majalah bulanan siri 60 Jul 06 hingga

Jun 07

Menjadi tetamu rancangan “Haiya Bil Arabiah” IKIM.fm

Sehingga siri 250

Mei 09 hingga April 12

Menulis dan menerbitkan buku “33 tip kuasai B Arab”

Cetakan ke 5

Mulai Mei 09 hingga kini

Mengadakan bengkel “33 tip kuasai B Arab” Lebih 15000 peserta dari lebih 100 buah institusi

pendikan seluruh

Malaysia

KANDUNGAN MODUL BENGKEL 33 TIP KUASAI BAHASA ARAB

Modul bengkel 33 tip kuasai Bahasa Arab ini memfokuskan kepada empat perkara asas yang dimiliki oleh pelajar iaitu:

a. Teknik penggunaan bahasa badan iaitu mata, mulut, muka, tangan dan badan keseluruhan.

b. Teknik penggunaan 1 perkataan pelbagai intonasi. c. Teknik penggunaan zikrullah dalam ayat yang dibina.

d. Teknik penggunaan kata pinjaman Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab.

(4)

4

Aktiviti bengkel 33 tip kuasai Bahasa Arab berpusatkan para pelajar (minima 100 orang) dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Kebiasaannya bengkel diadakan seperti berikut:

Tarikh Dipersetujui bersama antara pihak penganjur (sekolah) dan pihak pengkaji Hari Sabtu/Ahad/ Cuti kelepasan am/hari persekolahan (jika perlu)

Aturcara 0830-1030 Bengkel 1 - Teknik Menggunakan Bahasa badan dan intonasi 1030-1100 Rehat

1100-1300 Bengkel 2 - Teknik Menggunakan Zikrullah dan Kata Pinjaman

Tempat Dewan Sekolah

PERBANDINGAN ANTARA BENGKEL ”33 TIP KUASAI BAHASA ARAB” DENGAN BENGKEL MOTIVASI LAIN

Aspek Bengkel Motivasi Biasa Bengkel 33 tip

Tempat Hotel/dewan - perlu sewa Sekolah-tidak perlu sewa

Yuran Konsultan Ikut kelulusan/populariti

konsultan-perlu dibayar

Percuma

Perjalanan konsultan Perlu dibayar Percuma

Penginapan konsultan Perlu dibayar Percuma

Bahan kursus Catatan hitam putih Buku berwarna-warni

Perjalanan peserta Perlu dibayar Percuma

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Semua pelajar dan guru Bahasa Arab di pelbagai institusi pendidikan.seluruh Malaysia. Bagi pelajar ia memfokuskan kepada pembelajaran manakala bagi guru ia memfokuskan kepada pengajaran.

KAEDAH PENGUTIPAN DATA Data kajian ini dikutip melalui beberapa kaedah seperti berikut:

(5)

5

b. Soal selidik persepsi pelajar terhadap bengkel 33 tip kuasai Bahasa Arab . c. Soal selidik persepsi guru terhadap bengkel 33 tip kuasai Bahasa Arab.

INSTRUMEN PENGUTIPAN DATA Beberapa instrumen pengutipan data digunakan dalam kajian ini iaitu:

a. Soal selidik persepsi pelajar terhadap P&P Bahasa Arab. b. Soal selidik refleksi guru-guru Bahasa Arab.

c. Borang pencerapan bengkel 33 tip kuasai Bahasa Arab.

DAPATAN DAN RUMUSAN

1. Persepsi Guru Terhadap Modul Bengkel 33 Tip Kuasai Bahasa Arab

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap empat tip utama menguasai Bahasa Arab iaitu dengan memfokuskan kepada empat perkara asas yang dimiliki oleh pelajar. Setelah didedahkan dengan teknik ini, mereka bersedia untuk melaksanakannya dalam proses pengajaran.

2. Persepsi Pelajar Terhadap Modul Bengkel 33 Tip Kuasai Bahasa Arab

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang belajar mata pelajaran Bahasa Arab mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap empat tip utama menguasai Bahasa Arab iaitu dengan memfokuskan kepada empat perkara asas yang dimiliki oleh mereka. Setelah didedahkan dengan teknik ini, mereka bersedia untuk melaksanakannya dalam proses pembelajaran.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Secara umum, kajian ini mendapati Bengkel 33 Tip Kuasai Bahasa Arab sepatutnya perlu didedahkan kepada para guru dan pelajar Bahasa Arab samada di Sekolah Rendah mahupun di Sekolah Menengah di seluruh Malaysia.

(6)

6

Abd Razak bin Abu Chik. 2004. Pendekatan Pengajaran Berasaskan Kata Serapan Bahasa

Melayu Untuk Meningkatkan Pemahaman Perbendaharaan Kata Bahasa Arab Tinggi. Tesis Phd. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abd Razak bin Abu Chik. 2007. Pengalaman Peribadi Dalam Membina Bahan Pengajaran

Dan Pembelajaran Melalui Media Massa. Kertas kerja Seminar Serantau Pendidikan

Islam dan Bahasa Arab. Universiti Malaya. 10-12 Ogos..

Abd Razak bin Abu Chik. 2007. al-Khibrah al-Shahsiyyah fi binai al-mawad al-taallumiyyah

wa al-ta’limiyyah bi wasitah wasail i’lam. Kertas kerja Seminar Antarabangsa

Kurikulum Bahasa Arab Untuk Bukan Arab. Universiti Brunei Darussalam. 20 November.

Abd Razak bin Abu Chik. 2009. Respon Pengguna Terhadap Inovasi Bahan Pengajaran Dan

Pembelajaran Bahasa Arab. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Inovasi dan Teknologi

Pengajaran-Pembelajaran. 28-29 April.

Abd Razak bin Abu Chik. 2009. 33 Tip Kuasai Bahasa Arab. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd. IKIM.fm. 2006. Setiap isnin hingga Jumaat.mulai 3 JulaI. Haiya bil Arabiah.

IKIM.fm. 2007. Setiap isnin hingga Jumaat.mulai 1 Januari. Haiya bil Arabiah. Majalah Mahir. 2007. Siri 1-8. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd.

Majalah Mahir. 2008. Siri 9-22. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd. Majalah Mahir. 2009. Siri 23-34. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd. Majalah Mahir. 2010. Siri 35-44. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd. Majalah Mahir. 2011. Siri 45-56. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd. Majalah Mahir. 2012. Siri 57-60. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd. Utusan Malaysia. 2006. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 1-91. Utusan Malaysia. 2007. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 92-169. Utusan Malaysia. 2008. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 170-249. Utusan Malaysia. 2009. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 250-298. Utusan Malaysia. 2010. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 299-350. Utusan Malaysia. 2011. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 351-402. Utusan Malaysia. 2012. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 403-419.

(7)

7

LAMPIRAN

Antara institusi yang telah mengadakan program 33 TIP KUASAI BAHASA ARAB setakat 30 April 2012 ialah:

Sek Men Keb

Agama (SMKA) SMKA Tun Sakaran Sabah SMKA TAHAP, Jerantut, Pahang SMKA Limbang, Sarawak SMKA Irshad, P.Pinang

SMKA Nurul Ittifaq Besut, Trengganu

SMKA Maahad

Muar, Johor

SMKA Igan, Mukah, Sarawak

SMKA Slim River, Perak

SMKA Wataniah,

Besut, Trengganu

SMKA Sharifah

Rodziah, Melaka

SMKA Miri, Sarawak

SMKA Krian, Gunung Semanggol, Perak SMKA Pedas, N Sembilan SMKA Saratok, Sarawak SMKA Matang, Kuching, Sarawak

Sek Men Keb Kelas Aliran Agama (SMK KAA) SMK Presint 8, Putrajaya SMK Palong 11, NS SMK Alauddin, Masjid Tanah, Melaka SMK Saujana Impian, Kajang, Selangor SMK Sg Limau, Yan, Kedah SMK Seri Pagi, Senawang, NS SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam, Melaka SMK Seri Tanjung, Kuala Selangor SMK Muadzam Shah, Pahang SMK Simpang Gelami, Jelebu, NS SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor SMK Sultan Abdul

Aziz Shah, Kajang, Selangor SMK Tampin, NS SMK Simpang Durian, Jelebu, NS SMK Bandar Maharani, Muar, Johor SMK Sg Buaya, Rawang, Selangor SMK Jelai, K Pilah, NS SMK Seri Ampangan, Seremban, NS

SMK Tun Aminah, Batu Pahat, Johor SMK Kuala Kubu Baru, Selangor SMK Dato’ Abd Samad, PD, NS SMK Tun Perak, Melaka

SMK Permas Jaya, Johor Bahru, Johor

Sek Agama Bantuan Kerajaan (SABK) SABK Sultan Ismail,

Dungun, Trengganu SABK Tanjung Karang, Selangor SABK Rawang, Selangor SABK al-Yahyawiyyah, K Kangsar, Perak SABK Johol, NS SABK Sg Merab, Selangor SABK Sultan Salahuddin, S

SABK Darul Falah, Kuala Sg Baru,

SABK Dato’ Klana Ma’mur, Seremban, NS

(8)

8

Bernam Melaka

SABK Sultan Hishamuddin, Klang, Selangor

SABK Haji Dorani, Selangor

SABK Madrasah al-Attas, Johor

SABK Tan Ahmad, Jelebu, NS

Sek Berasrama Penuh (SBP) SBPI Kuantan,

Pahang

SMAP Kajang, Selangor SMS Sultan Iskandar, Mersing, Johor SMS Kuching, Sarawak. SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang

SBPI Kubang Pasu, Kedah

Sek Menengah Agama Negeri (SMAN) Maktab Mahmud,

Alor Star Kedah

SMA Simpang Pelangai, Pahang SMA al-Khairiah, Temerloh, Pahang SMA Raja Dr Nazrin, Kg Gajah, Perak SMA Kerajaan Johor, Kluang, Johor

SMA Batu Talam, Raub Pahang

SWASTA SMA Bugisiah,

Benut, Johor

Hospital KPJ, Johor Bahru, Johor

Maahad Darul Anwar, Kota Bharu, Kelantan Maahad Tahfiz Jugra, Banting, Selangor Maahad Tahfiz Klang, Selangor SM Agama Integrasi Subang Jaya, Selangor

Sek Sri Seremban, NS

Sek Kebangsaan (SK) SK Serting Hilir 2, NS SK Budu, Jerantut, Pahang

KAP Ujong Pasir,

Seremban, NS SK Taman Tasik

Jaya, Seremban, NS

SK Rompin, NS SK Jempol, NS SK Convent, Johor

Bahru, Johor.

Institut Pendidikan Tinggi /DEWASA

IPG Kota Bharu, Kelantan

Masjid Negeri,

Seremban, NS

Akademi Islam, UM, K Lumpur

Kolej Islam Darul Ridwan, K Kangsar, Perak IPG Raja Melewar, Seremban, NS OUM, Seremban, NS

Kolej Darul hikmah, Bangi, Selangor

Referensi

Dokumen terkait

Pada industri yang memiliki skala yang kecil dalam hal finansial maupun sumber daya manusia, sangatlah susah untuk melakukan pembaharuan teknologi yang terdapat

Berdasarkan hasil karakterisasi menunjukkan bahwa nanopartikel klindamisin HCl-kitosan memiliki nilai rata-rata ukuran partikel 209,5nm, nilai indeks polidispersitas 0,271,

Adapun tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui daya adaptasi, keragaman pertumbuhan sifat tinggi, diameter batang dan volume pohon serta taksiran nilai

Penelitian dinamika populasi dan tingkat pemanfaatan udang windu ( Penaeus monodon ) di perairan Tarakan, Kalimantan Timur dilakukan berdasarkan data frekuensi panjang karapas

Bahasa Arab adalah bahasa asing, yang oleh sebagian orang adalah bahasa yang sulit dimengerti atau dipahami. Oleh karena itu dalam hal menulisnya mahasiswa membutuhkan

Dari sinilah peneliti mencoba untuk menggunakan model pembelajaran Student Team Achievement Division yang dapat memberikan pengetahuan yang lebih baik dan dapat

Jodipan sekarang ini sudah menjadi objek wisata yaitu wisata kampung warna-warni yang terbentuk pada tanggal 4 September 2016, upaya perbaikan lingkungan telah dilakukan oleh