• Tidak ada hasil yang ditemukan

Muslimin dan Muslimat, Qariah Surau Taman Sri Nibong. 23 Syaaban 1436H, 10 Jun Makluman Program dan Rayuan Sumbangan di bulan Ramadhan 1436H

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Muslimin dan Muslimat, Qariah Surau Taman Sri Nibong. 23 Syaaban 1436H, 10 Jun Makluman Program dan Rayuan Sumbangan di bulan Ramadhan 1436H"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Muslimin dan Muslimat,

Qariah Surau Taman Sri Nibong. 23 Syaaban 1436H, 10 Jun 2015

Assalamualaikum wbt.

Makluman Program dan Rayuan Sumbangan di bulan Ramadhan 1436H

Bersyukur ke hadrat Allah SWT. kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu sekali lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, pihak surau akan menganjurkan beberapa program sebelum dan sepanjang Ramadhan seperti berikut:

1. Tazkirah Persiapan Ramadhan

 Tarikh & Masa: Khamis, 11 Jun 2015. (Semasa kuliah Us. Yusof).

2. Gotong-Royong

 Tarikh & Masa: Ahad, 14 Jun 2015. 9.00 pagi

3. Majlis Berbuka Puasa pada setiap hari. Kurma, kuih – muih dan minuman disediakan.

4. Solat Tarawih sebanyak 8 rakaat pada setiap malam.

 Tazkirah pendek antara 4 rakaat tarawih akan disampaikan pada setiap hari Sabtu malam Ahad.

5. Tadarus Al-Quran bagi muslimin dan muslimat pada setiap malam.

6. Kuliah Subuh bersiri pada setiap pagi Ahad. Pengisian kuliah ini adalah Modul Penghayatan Al-Quran yang akan membincangkan surah Al-Baqarah

7. Moreh mengikut kawasan akan dianjurkan pada setiap hari Sabtu malam Ahad. 8. Turutan Moreh kawasan adalah seperti berikut:

 Leboh / Melati (3 Ramadhan / 20 Jun)

 Tingkat/Melor/Mawar (10 Ramadhan / 27 Jun)  Lintang/PPJ (17 Ramadhan / 4 Julai)

 Persiaran/Lavinia (24 Ramadhan / 11 Julai)

9. Moreh Individu atau berkelompok boleh dibuat pada hari – hari selain hari Moreh Kawasan

(2)

 Bagi sesiapa yang berminat untuk menganjurkan moreh secara individu atau berkelompok, sila hubungi Tn. Hj. Shamsul Kamal Bin Ismail di talian 012-4748289. Jadual Moreh tersebut akan diletakkan di papan kenyataan surau. 10. Waktu mula solat Subuh dan Maghrib sepanjang bulan Ramadhan ini adalah

seperti berikut:

 Subuh: 10 minit selepas masuk waktu  Maghrib: 15 minit selepas masuk waktu

2. Pihak surau mengalu-alukan kehadiran tuan / puan untuk bersama-sama mengimarahkan surau dan beramal ibadah di bulan yang mulia ini.

3. Pihak surau juga ingin memohon sumbangan ikhlas tuan / puan bagi tujuan menjayakan program-program di atas, serta untuk dana pengurusan surau atau

penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan surau dan juga sumbangan kepada fakir-miskin.

4. Bersama surat ini dikepilkan borang sumbangan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada wakil kawasan seperti yang tertera di bawah atau mana – mana AJK Surau:

Kawasan Wakil Kawasan Alamat Tel. Bimbit

Lintang Hj. Ahmad Nasir Bin Ismail 8 LgBK 5 013-4336143

Persiaran Hj. Shamsul Kamal Bin Ismail 25 PBK 4 012-4748289

Leboh / Melati En. Azuan Bin Rusly F-4-4 Melati Apt 019-4783307

PPJ / Lavinia Hj. Md. Ariffin Bin Che Embee G-1 PPJ 2 012-4546779

Tingkat Hj. Ahmad Che Din 90 TBK 2 019-4369116

Mawar / Melor Hj. Abd Halim Bin Musa 5-G-2 Mawar Apt 012-5131203 5. Sumbangan juga boleh dibuat secara atas talian (online) ke Akaun Surau Taman Sri Nibong. Nombor akaun adalah seperti tertera di bawah. Bagi tujuan pengeluaran resit, sila maklumkan sumbangan yang dibuat kepada wakil kawasan secara atas talian di

https://surautamansrinibong.wordpress.com/muat-turun/ atau sms (nama penuh, alamat, jenis sumbangan dan jumlah) atau dengan menggunakan borang sumbangan yang dilampirkan.

Nombor Akaun Surau Taman Sri Nibong: 0702-0002339-71-3 Nama Bank: Bank Muamalat Malaysia Berhad

(3)

6. Semoga sumbangan dan ke-prihatinan tuan / puan ke arah mengimarahkan surau sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1436H ini diberkati Allah SWT.

7. Bersama – sama dengan surat ini juga dikepilkan borang soal – selidik ahli Qariah Surau Taman Sri Nibong bagi mengenalpasti taburan penduduk muslim di taman ini dan sekitarnya.

 Tujuan pengumpulan maklumat ini adalah supaya pihak surau dapat merancang aktiviti, membuat hebahan dan menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti surau serta majlis yang dianjurkan oleh penduduk taman seperti kenduri – kendara dan lain – lain termasuk hebahan maklumat sekiranya berlaku kematian atau musibah di kalangan penduduk taman dan sekitarnya. Ia juga bertujuan untuk

menguruskan hal ehwal berkaitan dengan maslahah dan kepentingan penduduk muslim taman ini.

 Setelah diisi, borang ini boleh dikembalikan kepada wakil kawasan atau mana mana ahli jawatankuasa pengurusan surau. Ianya juga boleh diisi secara atas talian (online) di https://surautamansrinibong.wordpress.com/muat-turun/

Sekian, Terima Kasih. Yang Benar,

Dato' Prof. Ir. Dr. Mahyuddin Bin Ramli Pengerusi,

(4)
(5)

Borang Sumbangan Pada Bulan Ramadhan 1436H

Kepada:

Tarikh:

Bendahari, Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong

Saya

di alamat

ingin menyumbang sebanyak RM

bagi tujuan berikut:

Tujuan Sumbangan

Jumlah

Program-Program di bulan Ramadhan

Dana Pengurusan Surau

Penambahbaikan Infrastuktur & Kemudahan

Surau (spt. Balai Lintang Muslimah, Alat

Pendingin Hawa, siling utk menutup kubah)

Lain – lain (Sila Nyatakan):

(seperti kepada fakir-miskin, zakat pendapatan, dll)

Jumlah Besar

Sumbangan di buat secara:

Tunai

Cheque

Online (No Akaun: 0702-0002339-71-3)

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

Nama:

Nota: Sumbangan menggunakan cheque boleh dibuat di atas nama

“Pengurusan Musolla Taman Sri Nibong”.

(6)
(7)

BORANG SOAL SELIDIK AHLI QARIAH SURAU TAMAN SRI NIBONG

Nama:

Nombor Telefon/HP:

Alamat Email (Jika ada):

Nombor Rumah:

Nama Jalan:

(sila tandakan  dan isikan nombor jalan contohnya Jalan Bukit Kecil _1_ )

 Jalan Bukit Kecil ____

 Persiaran Bukit Kecil ____

 Lebuh Bukit Kecil ____

 Lintang Bukit Kecil ____

 Tingkat Bukit Kecil ____

 Lavinia Apartments

 Mawar Apartments

 Melati Apartments

 PPJ

 Melor

 Kampung Bukit Kecil

 Lain-lain, sila nyatakan

_______________________

Bilangan Ahli Keluarga: ________

 Saya bersetuju untuk menyertai kumpulan whatsapp Qariah Taman Sri

Nibong sekiranya ia diadakan untuk tujuan penyampaian maklumat

berkaitan aktiviti surau serta perkara berkaitan maslahah umum seperti

jemputan kenduri, kematian atau musibah.

(8)

Surau Taman Sri Nibong

Notis Perlindungan Data Peribadi

Pengecualian Pemakaian Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 yang berkuatkuasa pada 15 November 2013 adalah bertujuan untuk mengawal selia pemprosesan Data Peribadi bagi transaksi komersil. Oleh itu APDP adalah tidak terpakai bagi masjid dan surau. Walaubagaimanapun pihak Surau Taman Sri Nibong akan mengambil langkah – langkah agar pengumpumpulan, pemprosesan, penyimpanan, keselamatan, integriti dan akses kepada Data Peribadi dibuat sejajar dengan prinsip prinsip yang terkandung di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Tujuan Pegumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi

Tujuan pihak Surau Taman Sri Nibong mengumpul Data Peribadi ahli qariah / penduduk taman ini adalah untuk:

 Mengenalpasti demografi dan taburan penduduk muslim Taman Sri Nibong.

 Merancang aktiviti serta menguruskan hal ehwal berkaitan dengan maslahah dan kepentingan penduduk muslim Taman Sri Nibong.

 Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan penduduk muslim Taman Sri Nibong.

 Membuat hebahan dan menyampaikan maklumat berkaitan program dan aktiviti yang dianjurkan di Surau Taman Sri Nibong.

 Membuat hebahan dan menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti atau majlis yang dianjurkan oleh penduduk taman seperti majlis bacaan yasin dan tahlil, kenduri – kendara dan lain – lain termasuk hebahan maklumat sekiranya berlaku kematian atau musibah di kalangan penduduk taman dan sekitarnya.

Penzahiran kepada pihak ketiga

Data Peribadi tidak akan dizahirkan kepada pihak ketiga bagi tujuan komersil. Walaubagaimanapun dari masa ke semasa pihak Surau boleh menzahirkan nama dan alamat kepada penduduk Taman Sri Nibong secara terhad untuk tujuan penyampaian kad jemputan ke majlis yang mereka anjurkan. Penzahiran ini hanya akan dibuat setelah kesahihan tujuan penggunaan Data Peribadi tersebut dipastikan.

Penyimpanan, Keselamatan, Integriti dan Akses Data Peribadi

 Dengan izin Allah, pihak Surau Taman Sri Nibong akan mengambil langkah berhemah untuk

melindungi kerahsiaan dan keselamatan semua Data Peribadi termasuk daripada pemusnahan tidak disengajakan, kehilangan, pindaan atau penzahiran tidak disengajakan. Walaubagaimanapun di sebalik langkah – langkah yang diambil, keselematan tidak boleh dijamin secara mutlak terhadap semua ancaman.

 Data peribadi hanya akan disimpan selama diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulan data atau sehingga pemilik data meminta agar Data Peribadi tersebut dipadamkan. Data Peribadi akan dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal selepas maksud dipenuhi.

 Pihak Surau Taman Sri Nibong akan mengambil langkah bagi memastikan Data Peribadi adalah tepat, terkini dan mencukupi maksud dan tujuan pengumpulan Data Peribadi.

 Pihak Surau Taman Sri Nibong mengiktiraf hak pemilik data untuk mengakses serta untuk membuat

pembetulan dan pemadaman Data Peribadi atau penyekatan data apabila pemprosesan data tidak mematuhi undang – undang dan peraturan – peraturan yang terpakai.

Referensi

Dokumen terkait

Rekapitulasi hasil analisis sidik ragam menunjukkan bahwa paling tidak terdapat satu per-lakuan perendaman benih asam jawa dengan larutan KNO3 yang memberi pengaruh

Hal ini sejalan dengan teori keynes yang mengatakan bahwa semakin tinggi tingkat bunga maka investasi yang dilakukan akan mengalami penurunan, begitu juga se-

Pada saat pengambilan sampel, susu kental manis diletakkan di tempat yang terbuka dan terpapar sinar matahari secara langsung sedangkan sarden dan kornet disimpan di dalam

18 Namun berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Kuhuwael F.G, Pieter N, Nasrul dengan judul jurnal yaitu Kista odontogenik di Rumah Sakit Dr.Wahidin

Monolog merupakan pembicaraan yang dilakukan dengan sendiri (adegan dengan pelaku tunggal yang membawakan percakapan seorang diri), dialog merupakan percakapan dalam

Penelitian tugas akhir yang dilakukan oleh Ramadhan (2012) dengan judul penelitian yang dilakukan yaitu “Penerapan Sistem Manajemen Keselamatan dan Kesehatan Kerja (Studi