• Tidak ada hasil yang ditemukan

topik 3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "topik 3"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

X

PENGENALAN

 

Seni bacaan al-Quran walaupun berbeza dari sudut istilahnya mengikut sebutan yang dipopularkan oleh sesebuah negara atau masyarakat, namun tujuan dan objektifnya tetap sama, iaitu meningkatkan mutu pembacaan al-Quran menurut kehendak yang dituntut oleh syaraÊ. Tarannum adalah istilah yang popular dan

dikenali oleh kebanyakan masyarakat di alam Melayu, Tajwid dan Maqamat

pula adalah istilah yang popular di kalangan masyarakat Arab.

Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan perbincangan dan perkembangan berkisar skop sejarah, falsafah, peranan dan pembahagian tarannum al-Quran. Perbahasan ini juga menceritakan berkaitan kaedah bacaan yang diamalkan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w melalui peninggalan Baginda iaitu al-Sunnah al-Nabawiyyah.

     

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan sejarah seni tarannum al-Quran bermula zaman

Rasulullah s.a.w hingga kini;

2. Menjelaskan falsafah tarannum dan peranannya; dan

3. Menerangkan tentang pembahagian tarannum al-Quran dari sudut

konsep lahjah.

T

T

o

o

p

p

i

i

k

k

3

3

X

Perkembangan

Seni Tarannum

al-Quran

(2)

               

SEJARAH TARANNUM AL-QURAN

 

Sebagaimana kita sedia maklum, Tarannum al-Quran merupakan satu kaedah

yang menggunakan kelunakan suara dalam membacakan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim. Suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu.

Mengikut sejarah, Tarannum atau muzik adalah merupakan sebahagian daripada budaya sesebuah masyarakat setempat. Ia juga diilhamkan melalui beberapa unsur seperti yang digambarkan dalam Rajah 3.1 berikut.

 

 

 

Rajah 3.1: Asal usul tarannum al-quran atau muzik

AKTIVITI 3.1

Merujuk kitab-kitab Hadis yang muktabar, kemukakan seberapa banyak hadis-hadis yang merujuk kepada kaedah bacaan Rasulullah s.a.w.

(3)

Hasil daripada bunyi-bunyian tersebut, maka diambil istifadah atau manfaat oleh ahli-ahli muzik dan penyair dengan mengubah dan dilunakkan mengikut selera masing-masing. Dengan itu lahirlah kepelbagaian bentuk irama tarannum dan muzik mengikut budaya sesebuah masyarakat.

Ibnu al-Arabi seorang penyair terkenal dan pakar dalam bidang sejarah berpendapat bahawa bertarannum itu adalah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Arab silam. Sejarah menunjukkan seawal zaman Jahiliyyah lagi, masyarakat Arab ketika itu terkenal dengan kepakaran dalam bidang syair sehingga diwujudkan sebuah tempat yang dikenali sebagai Souq al-`Ukkaz. Ia bertujuan untuk dijadikan medan mendeklamasikan syair-syair dan digantung syair-syair yang indah-indah menunjukkan kebanggaan pemiliknya.

Setelah kedatangan Islam dan penurunan al-Quran, umat Islam ketika itu disarankan supaya menukar budaya tersebut kepada membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian mereka dengan bacaan yang lebih baik dan lunak. Ia bertujuan untuk menarik masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu untuk mengisi keperluan rohani dan mempedengarkan di telinga-telinga mereka tentang isi kandungan al-Quran al-Mukjiz.

Dalam kebanyakan Hadis-hadis Sahih, di antaranya adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-JamiÊal-Sahih yang menunjukkan isyarat keharusan membaca al-Quran secara bertarannum atau berlagu. Ini dibuktikan oleh hadis berikut:

                     

Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a. daripada Rasulullah s.a.w

bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-Quran.

Jumhur ulama berpendapat bahawa hadis di atas merupakan isyarat membolehkan membaca al-Quran dengan bertarannum selama mana tidak terkeluar dari hukum-hukum tajwid. Jika sekiranya terkeluar dari had dan hak

ْﻦَﻋ

ﻲﹺﺑﹶﺃ

ﹶﺓَﺮْﻳَﺮُﻫ

ﱢﻲﹺﺒﱠﻨﻟﺍ ْﻦَﻋ

ِﻪْﻴﹶﻠَﻋ ُﻪﱠﻠﻟﺍ ﻰﱠﻠَﺻ

َﻢﱠﻠَﺳَﻭ

ﹶﻝﺎﹶﻗ

:

ﱢﻲﹺﺒﱠﻨﻠِﻟ ﹶﻥِﺫﹶﺃ ﺎَﻣ ٍﺀْﻲَﺸِﻟ ُﻪﱠﻠﻟﺍ ﹶﻥِﺫﹶﺃ ﺎَﻣ

ﹾﻥﹶﺃ

ِﻥﺁْﺮﹸﻘﹾﻟﺎﹺﺑ ﻰﱠﻨَﻐَﺘَﻳ

(4)

ayat suci al-Quran seperti menambahkan dan mengurangkan huruf, maka hukumnya adalah haram. Perkara ini dipersetujui oleh Imam al-Mawardi yang

menaqalkan kalam daripada pendapat Imam al-Shafi`i dengan menyatakan

bahawa haram hukumnya melagukan bacaan ayat suci al-Quran dengan terkeluar lafaz huruf dari makhrajnya.

Menurut catatan Shaykh Muhammad Solih Fatani dalam kitabnya Siraj al-QariÊ,

pemodenan alunan tarannum khususnya muzik Arabi adalah disebabkan pengaruh Yunani. Kemudian dipopularkan oleh pakar muzik tempatan iaitu Ishak bin Ibrahim al-Mawsuli al-Nadim.

Justeru, berdasarkan beberapa Hadis Sahih, sejarah tarannum al-Quran ini sebenarnya telah bermula seawal turunnya al-Quran pada peristiwa wahyu pertama di Gua HiraÊ kira-kira seawal tahun 610 Masihi. Di bawah, merupakan perbahasan lanjut mengenai sejarah tarannum al-Quran yang bermula sejak zaman Baginda s.a.w:

 

3.1.1 Tarannum pada Zaman Rasulullah s.a.w

Kitab al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan dua aset yang tidak boleh dipisahkan. Ini kerana pengkhususan penurunan al-Quran itu kepada Baginda s.a.w selaku pemikul amanah Allah s.w.t, penyampai risalahNya, penerang segala isi kandungan al-Quran dan penyebar syiarNya. Oleh sebab itu, menjadi hobi dan mainan bicara Baginda s.a.w dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Perkara ini disebut oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya seperti berikut:                  

Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Maghaffal r.a berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota Makkah, sedang menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu baginda melakukan tarji' (bacaan lambat dengan memahami isi kandungannya).  

ْﻦَﻋ

ِﺪْﺒَﻋ

 

ِﻪﱠﻠﻟﺍ

 

ﹴﻞﱠﻔَﻐُﻣ ﹺﻦْﺑ

ﹶﻝﺎﹶﻗ

 

ِﻪﱠﻠﻟﺍ ﹶﻝﻮُﺳَﺭ ُﺖْﻳﹶﺃَﺭ

 

ُﻪﱠﻠﻟﺍ ﻰﱠﻠَﺻ

 

ِﻪْﻴﹶﻠَﻋ

 

َﻢﱠﻠَﺳَﻭ

 

َﻡْﻮَﻳ

 

ﹺﺢْﺘﹶﻓ

 

ﹶﺔﱠﻜَﻣ

 

ﻰﹶﻠَﻋ َﻮُﻫَﻭ

 

ٍﺔﹶﻗﺎَﻧ

 

ِﺓَﺭﻮُﺴﹺﺑ ﹸﺃَﺮﹾﻘَﻳ

 

ﹺﺢْﺘﹶﻔﹾﻟﺍ

 

َﻮُﻫَﻭ

 

ُﻊﱢﺟَﺮُﻳ

(5)

Bersandarkan hadis tersebut, Imam Nawawi berpendapat bahawa Nabi Muhammad s.a.w membaca al-Quran lalu mengulangi bacaannya. Adapun,

Jumhur Ulama berpendapat bahawa kalimah 

ُﻊﱢﺟَﺮُﻳ

  membawa maksud galakan

membaca al-Quran dengan suara yang sedap dan secara tartil.

Dalam satu riwayat yang lain pula, Baginda s.a.w pernah suatu ketika membaca

Surah al-Tur dalam solat maghrib. Perkara ini didengari oleh Muhammad ibn Jubayr ibn Mat`am, maka beliau menyifatkan bahawa tiada seorangpun yang lebih lunak suara bacaannya selain Rasulullah s.a.w.

Keunikan kegemaran Rasulullah s.a.w terhadap bacaan al-Quran dikongsikan bersama para sahabatnya di mana sebagaimana termaktub dalam banyak Hadis Nabawi, Baginda s.a.w sangat suka mendengar bacaan al-Quran di kalangan para sahabatnya bahkan memujinya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, Rasulullah s.a.w pernah mendengar dan memuji Abdullah ibn Mas`ud yang membaca al-Quran ketika solat.

        

ِﻪﱠﻠﻟﺍ ﹸﻝﻮُﺳَﺭ ﹶﻝﺎﹶﻗ

َﻢﱠﻠَﺳَﻭ ِﻪْﻴﹶﻠَﻋ ُﻪﱠﻠﻟﺍ ﻰﱠﻠَﺻ

:

ْﻦَﻣ

ﹾﻥﹶﺃ ﱠﺐَﺣﹶﺃ

ﹶﻥﺁْﺮﹸﻘﹾﻟﺍ ﹶﺃَﺮﹾﻘَﻳ

ﺎﻀﹶﻏ

ﹶﻝﹺﺰْﻧﹸﺃ ﺎَﻤﹶﻛ

ُﻩﹾﺃَﺮﹾﻘَﻴﹾﻠﹶﻓ

ﻰﹶﻠَﻋ

ِﺓَﺀﺍَﺮِﻗ

ٍﺪْﺒَﻋ ﱢﻡﹸﺃ ﹺﻦْﺑﺍ

 

   

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang ingin

membaca al-Quran lunak dan tepat sebagaimana ia diturunkan maka hendaklah ia membaca seperti bacaan ibn ummi Abd (iaitu gelaran kepada Abdullah ibn Masud).

Dalam hadis yang lain pula, Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah ibn Mas'ud r.a pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah suatu ketika

meminta dibacakan al-Quran kepada Baginda s.a.w. Sabdanya: ‰Bacalah

al-Qur'an untukku". Lantas Ibn Mas`ud bersuara: ‰Wahai Rasulullah s.a.w, apakah aku yang harus membacanya, sedangkan al-Qur'an itu diturunkan kepadamu?"

Baginda menjawab: ‰Aku lebih suka mendengarkannya daripada orang lain".

Maka dibacakan Surah al-Nisa' kepada Baginda s.a.w. Tatkala sampai pada ayat

ke-41 (seperti berikut), maka Ibn Mas`ud melihat air mata Baginda s.a.w

(6)

Maksudnya: Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti), apabila kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) daripada tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).

Terdapat juga hadis yang menunjukkan rasa takjub Rasulullah s.a.w dan memuji kelunakan suara sahabatnya seperti bacaan Abu Musa al-Ash`ari sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abdullah bin

Qays atau al-Ash`ari dianugerahkan mizmar (suara yang sedap) dari jenis mizmar keluarga Nabi Daud a.s.

Saydatina AÊishah r.a pernah meriwayatkan bahawa pada suatu ketika beliau bersama Rasulullah s.a.w mencuri dengar bacaan al-Quran yang dibacakan oleh salah seorang sahabat Baginda s.a.w iaitu Salim, hamba kepada Abu Huzayfah r.a. Setelah selesai bacaan tersebut, Baginda s.a.w kelihatan gembira dan bersyukur sambil berdoa dengan pujian kehadrat Ilahi kerana menjadikan di kalangan umatnya yang baik dalam bacaan al-Quran.

ِﻪﱠﻠﻟﺍ ﹸﻝﻮُﺳَﺭ ﹶﻝﺎﹶﻗ

َﻢﱠﻠَﺳَﻭ ِﻪْﻴﹶﻠَﻋ ُﻪﱠﻠﻟﺍ ﻰﱠﻠَﺻ

:

ﱠﻥﹺﺇ

ﹴﺲْﻴﹶﻗ َﻦْﺑ ِﻪﱠﻠﻟﺍ َﺪْﺒَﻋ

ْﻭﹶﺃ

ﺍًﺭﺎَﻣْﺰِﻣ َﻲِﻄْﻋﹸﺃ ﱠﻱﹺﺮَﻌْﺷﹶﺄﹾﻟﺍ

ْﻦِﻣ

ﹺﲑِﻣﺍَﺰَﻣ

ﹺﻝﺁ

َﺩُﻭﺍَﺩ

 

y#ø‹s3sù

#sŒÎ)

$uΖ÷∞Å_

⎯ÏΒ

Èe≅ä.

¥π¨Βé&

7‰‹Îγt±Î0

$uΖ÷∞Å_uρ

y7Î/

4’n?tã

Ï™Iωàσ¯≈yδ

#Y‰‹Íκy−

∩⊆⊇∪

 

(7)

Dengan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w berhubung dengan bacaan al-Quran yang terbaik, maka lahirlah para QurraÊ di kalangan para sahabat r.a yang mempunyai kepakaran dalam pembacaan al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya; dari Abdullah ibn `Amr r.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

 

 

Maksudnya: Ambillah bacaan al-Quran itu daripada empat orang iaitu

Abdullah ibn Mas`ud, Salim ibn Ma`qil (Maula Abu Huzayfah), Mu`az ibn Jabal dan Ubay ibn Ka`ab r.a.

Arahan daripada Rasulullah s.a.w ini adalah amat jelas agar para sahabat r.a mempelajari al-Quran daripada empat orang tersebut yang mempunyai bacaan yang bagus dan tepat. Mereka telah bertalaqqi al-Quran secara mushafahah

dengan Rasulullah s.a.w. Menurut Ibn MasÊud r.a, beliau berkata bahawa: ÂDemi Allah sesungguhnya aku telah mengambil al-Quran dari mulut Rasulullah s.a.w lebih dari 70 surah. Demi Allah sahabat Rasulullah s.a.w amat mengetahui bahawa aku paling mengetahui di kalangan mereka berhubung kitab Allah tetapi aku bukan terbaik di antara merekaÊ. Beliau juga berkata kami mempelajari al-Quran daripada Nabi s.a.w sepuluh ayat dan kami tidak akan mempelajari sepuluh ayat yang lain sehinggalah kami mempelajari apa yang diturunkan Allah s.w.t dalam sepuluh ayat tersebut secara amalan.

 

Seterusnya beliau berkata: ÂDemi yang tiada tuhan selainNya, jika aku

mengetahui terdapat seorang yang lebih mengetahui daripadaku tentang kitab Allah s.w.t yang dapat sampai kepadanya maka nescaya aku akan pergi kepadanyaÊ.

Di sini jelas bahawa para sahabat r.a mempelajari al-Quran sepuluh ayat dan menguasainya dari sudut ilmu, amalan, bacaan, hukum-hakam dan kefahaman. Kemudian mereka menyampaikan dan mewariskan apa yang mereka pelajari kepada generasi-generasi terkemudian.

ْﻦِﻣ ٍﺔَﻌَﺑْﺭﹶﺃ ْﻦِﻣ ﹶﻥﺁْﺮﹸﻘﹾﻟﺍ ﺍﻭﹸﺬُﺧ

ﹺﻦْﺑ ِﻪﱠﻠﻟﺍ ِﺪْﺒَﻋ

ٍﺩﻮُﻌْﺴَﻣ

ﹴﻢِﻟﺎَﺳَﻭ

ﹴﻞَﺒَﺟ ﹺﻦْﺑ ِﺫﺎَﻌُﻣَﻭ

ﹺﻦْﺑ ﱢﻲَﺑﹸﺃَﻭ

ﹴﺐْﻌﹶﻛ

.

 

(8)

3.1.2 Tarannum pada Zaman Tabi`in r.a dan

Pascanya

Zaman para Tabi`in r.a merupakan zaman bermulanya perkembangan yang begitu rancak dari sudut kepelbagaian bentuk bidang keilmuan, budaya dan ketamadunan. Turut sama berkembang juga iaitu pengaruh-pengaruh luaran di mana ia berperanan sebagai faktor-faktor samping yang sedikit sebanyak memberi impak kepada keutuhan sesuatu bidang sama ada kesannya dari sudut positif mahupun sebaliknya. Keunikan dan ketulenan sesuatu bidang ilmu tersebut memerlukan kepada pengawalan dan perkembangan secara positif. Pengawalan dan perkembangan tarannum al-Quran pada zaman ini dipelopori oleh beberapa Tabi‛in yang masyhur. Di antaranya dinyatakan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Pelopor/Tabi‛in Tarannum al-Quran

Bil. Para Tabi`In Tempat 1. Sa`id bin al-Musayb Di Kota Madinah 2. Abdullah bin al-SaÊib Di Kota Makkah 3. Amar bin Abdullah Di Kota Basrah 4. Abu Abdul Rahman al-Sulami dan Alqamah bin Qays Di Kota Kuffah 5. Al-Mughirah bin Abi Shihab al-Makhzumi Di Kota Sham

Kemudian, ia diwarisi dan dikembangkan secara meluas oleh generasi seterusnya seperti pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Imam Muhammad Idris al-Shafi`i serta imam-imam QurraÊ dan Qiraat sehingga sampai zaman sekarang.

 

3.1.3 Tarannum di Nusantara

Nusantara atau dikenali sebagai Kepulauan Melayu telah menerima kedatangan Islam seawal kurun pertama Hijrah bersamaan kurun ketujuh Masihi. Walaupun banyak perselisihan pendapat mengenai fakta sebenar kedatangan Islam di alam Melayu ini diperbahaskan oleh ahli sejarawan, namun apa yang lebih penting untuk kita bincangkan adalah sejauh mana peranan Islam itu dalam membentuk kebudayaan dan ketamadunan masyarakat di Nusantara.

Oleh kerana Islam menjadikan al-Quran sebagai sumber dan panduan utama dalam pelbagai aspek kehidupan, maka adalah diyakini bahawa masyarakat Muslim ketika itu amat mementingkan ketuanan al-Quran dan kesuciannya

(9)

dijaga. Perkara ini membabitkan penjagaan secara total iaitu sama ada dari sudut mengenal, mengeja, membaca, memahami dan mengajarkannya.

Melalui skop penjagaan al-Quran ini kita percaya bahawa konsep ini adalah merupakan penyumbang kepada pengajian tarannum al-Quran yang berkembang selari dengan perkembangan ilmu Islami. Bermula dari kurun ke-20 Masihi sehingga kini, perkembangan agama Islam telah dapat berdiri dengan sendirinya tanpa perlu berpaut teguh kepada mubaligh atau pendakwah Islam dari negara India, China dan Arab. Perkembangan positif ini juga memberi impak kepada keperihatinan masyarakat Melayu dalam menghayati al-Quran melalui aspek tarannum. Perkara ini jelas dilihat dengan penguasaan masyarakat Nusantara dalam pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang merupakan agenda tahunan dunia Islam dalam mempromosikan ketulenan dan kesucian al-Quran al-Karim.

Di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah al-Quran yang bermula pada tahun 1960 adalah merupakan salah satu kaedah menarik minat umat Islam dalam memperdengarkan bacaan al-Quran dengan baik. Pertandingan ini turut memperkenalkan kurikulum bacaan al-Quran yang sebenarnya iaitu terdiri daripada bidang tahsin al-Quran, tajwid, tarannum dan fasohah.

   

 

         

FALSAFAH TARANNUM DAN PERANANNYA

3.2.1 Falsafah dan Peranan Tarannum dalam Bacaan

al-Quran

Menurut kajian Ahmad Sunawari Long dalam bukunya Sejarah Falsafah, definisi

falsafah adalah merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein dan

sophos yang bermaksud „menyintai dan hikmah‰. Menurut Plato, falsafah adalah kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. Manakala al-Kindi, seorang ahli falsafah Islam mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk mencapainya.

AKTIVITI 3.2

Lagukan kesemua susunan tarannum yang popular di Malaysia secara bergilir-gilir mengikut kumpulan.

(10)

Jelasnya, falsafah merupakan batu asas dalam menggerakkan hala tuju sesuatu bidang. Dalam bidang tarannum al-Quran, falsafahnya adalah berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran iaitu suatu usaha ke arah memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syaraÊ bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada menghayati keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Oleh itu, bertarannum tanpa memahami falsafahnya merupakan amalan yang sia-sia dan suatu penyelewengan terhadap nilai ilmu itu sendiri.

Dalam mencapai matlamat dan falsafah tarannum, peranannya juga merupakan aset yang perlu diketahui oleh setiap Qari dan Qariah, di antaranya dapat kita lihat dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Peranan Tarannum

Bil. Peranan Tarannum

1. Untuk mencapai tahap ketartilan bacaan al-Quran yang sebenar

2. Untuk menghormati kedudukan al-Quran sebagai sumber panduan utama 3. Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan

4. Untuk mendapat rahmat daripada Allah s.w.t 5. Untuk mewarnai seni bacaan al-Quran

   

3.2.2 Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia

Qari dan Qariah dari Malaysia masa kini telah menyusun lagu bacaan al-Quran dan mempopularkannya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3 berikut.

Jadual 3.3: Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia Bil. Jenis Lagu/Tarannum Catatan

1. Bayyati - Soba - Hijaz - Nahawand dan Rast 2. Bayyati - Hijaz - Nahawand - Rast dan Sikah

50% Qari dan Qariah mengamalkan kedua-dua bahagian ini.

3. Bayyati - Nahawand - Rast - Sikah dan Jiharkah

30% Qari dan Qariah mengamalkan bahagian ini.

4. Bayyati - Soba - Nahawand - Rast dan Sikah 15% Qari dan Qariah mengamalkan bahagian ini.

5. Bayyati - ÂIraqi - Hijaz - Sikah dan Rast 5% Qari dan Qariah

(11)

3.2.3 Ciri-ciri Persembahan Tarannum yang Baik

Di Malaysia, sistem persembahan tarannum yang diperkenalkannya adalah terdiri daripada komponan-kompenan yang dapat kita lihat dalam Rajah 3.2 yang seterusnya.

 

 

Rajah 3.2: Kompenan-kompenan sistem persembahan tarannum di Malaysia

Namun, sistem persembahan tersebut tidak lengkap tanpa mengandungi beberapa ciri seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.3 berikut.

(12)

 

 

Rajah 3.3: Ciri-ciri persembahan tarannum yang baik

                     

SEMAK KENDIRI 3.1

(13)

PEMBAHAGIAN SENI TARANNUM

AL-QURAN

 

Ilmu tarannum adalah merupakan suatu seni bunyi yang bertujuan untuk melunakkan suara ketika membaca ayat suci al-Quran. Getaran bunyi yang keluar melalui peti suara manusia perlu dikawal dengan baik untuk mencapai tahap kelunakan dan keindahan sesuatu bacaan. Oleh sebab itu, keperluan mengetahui falsafah, peranan dan konsep tarannum merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh para Qari dan Qariah.

Di antara skop asas ilmu tarannum ini ialah pembahagian seni tarannum al-Quran. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu tarannum Arab Hijazi dan tarannum Arab Misri.

 

3.3.1 Tarannum:

Lahjah Arab Hijazi

Tarannum lahjah Arab Hijazi adalah merupakan satu kaedah alunan irama

bacaan al-Quran yang popular sebelum tahun 1940-an. Ia bermaksud irama dan alunannya yang dipengaruhi oleh suasana padang pasir, berbukit bukau dengan suhu kepanasan yang agak tinggi. Irama dan rentaknya juga agak lebih lincah di samping nada suaranya yang meninggikan kehangatan.

Para Qari Hijazi biasanya mengalunkan bacaan al-Quran berdasarkan asas-asas tarannumnya yang tersendiri. Ia boleh dirumuskan dengan ungkapan:

Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi:    

ﹴﺞَﺳَﺩ ﹴﺮُﻤُﺤﹺﺑ

   

Definisi ungkapan bagi asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi adalah seperti Jadual 3.4 berikut.

(14)

Jadual 3.4: Definisi Ungkapan bagi Asas-asas Tarannum Lahjah Arab Hijazi

 

Bil. Ungkapan Definisi

1. Huruf

Singkatan nama lagu Banjakah

 

ﻪﻛﺎﺠﻨﺑ

2. Huruf

Singkatan nama lagu Husayni

ﲏﻴﺴﺣ

3. Huruf 

Singkatan nama lagu Mayyah

ﻩﺎّﻴﻣ

4. Huruf 

Singkatan nama lagu Rakbi

ﱯﻛﺭ

5. Huruf

Singkatan nama lagu Dukah

ﻪﻛﺩ

6. Huruf

Singkatan nama lagu Sikah

ﻪﻜﻴﺳ

7. Huruf

Singkatan nama lagu Jaharkah

ﻪﻛﺮﻬﺟ

 

Selain daripada lagu-lagu yang tersebut di atas, terdapat beberapa lagi lagu tambahan seperti Ruma, `Ushshaq, Rast, Unsad, Sun`ani, Yaman, Hijaz, Hirab

dan lain-lain lagi. Namun dewasa ini kemasyhuran lagu-lagu tersebut sudah tidak dipopularkan lagi oleh kebanyakan para Qari dan Qariah. Tetapi terdapat negeri-negeri yang tertentu sahaja yang masih mempopularkannya sebagai irama bacaan al-Quran dan senikata berzanji.

 

3.3.2 Tarannum:

Lahjah Arab Misri

Selepas tahun 1940-an, Tarannum lahjah Arab Misri mengambil alih takhta

populariti dalam kaedah alunan irama bacaan al-Quran daripada lahjah Arab

Hijazi. Tarannum lahjah Arab Misri bermaksud irama dan alunannya yang dipengaruhi oleh suasana lembah Sungai Nil yang subur menghijau dengan suhu iklimnya yang sederhana dan nyaman. Irama dan rentaknya juga agak lebih lembut di samping nada suaranya yang sederhana.

Al-Shaykh Taha al-Fashni dari Mesir berpendapat bahawa kebiasaannya para Qari warga Mesir mengalunkan bacaan al-Quran yang tidak lari daripada asas-asas tarannum yang empat iaitu Bayati, Hijazi, `Iraqi dan Rast. Adapun lagu selain daripada 4 kaedah asas ini adalah merupakan lagu tafarra` iaitu cawangan

lagu-lagu lain seperti Husayni, Kurdi, Soba, `Ajam, Nahawand, Nawa Asar

(`Ushshaq), Sikah dan Jaharkah.

 

Demikianlah 12 lagu yang biasa diamalkan oleh para Qari dari Mesir sebagai alunan lagu bacaan al-Quran. Manakala selebihnya, kebiasaannya diamalkan dalam melagukan Qasidah dan lagu-lagu muzik sahaja.

(15)

1. Huraikan secara ringkas sejarah perkembangan tarannum.

2. Terangkan falsafah dan peranan tarannum dalam bacaan al-Quran. 3. Jelaskan perbezaan di antara Tarannum Lahjah Arab Hijazi dan Misri.

3.3.3 Perbandingan Tarannum

Lahjah Arab Hijazi

dan

Misri

Jadual 3.5 menunjukkan beberapa perbezaan di antara Tarannum Lahjah Arab

Hijazi dan Misri.

Jadual 3.5: Perbezaan di antara Tarannum Lahjah Arab Hijazi dan Misri

Bil. Lahjah Arab Hijazi Lahjah Arab Misri 1. Popular sebelum tahun 1940-an Popular selepas tahun 1940-an 2. Dipengaruhi suasana padang pasir dan

suhu yang panas

Dipengaruhi suasana Lembah Sungai Nil dan suhu yang sederhana

3. Irama dan rentaknya lebih lincah dengan nada suara yang tinggi

Irama dan rentaknya lebih lembut dengan nada suara yang sederhana 4. Amalan lagunya terdiri daripada tujuh

lagu iaitu Banjakah, Husayni, Mayyah, Rakbi, Dukah, Sikah dan Jaharkah

Amalan lagunya terdiri daripada empat asas tarannum iaitu Bayati, Hijazi, `Iraqi dan Rast

                       

• Tarannum adalah istilah yang popular dan dikenali oleh kebanyakan masyarakat di alam Melayu. Tajwid dan Maqamat pula adalah istilah yang popular di kalangan masyarakat Arab.

• Ilmu ini diilhamkan melalui beberapa unsur seperti bunyi kicauan burung, geseran kayu, tiupan angin dan bunyi air mengalir.

• Ibnu al-Arabi seorang penyair terkenal dan pakar dalam bidang sejarah

berpendapat bahawa bertarannum itu adalah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Arab silam.

(16)

• Kedatangan Islam telah mengubah budaya tersebut kepada membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian masyarakat Arab silam dengan bacaan yang lebih baik dan lunak.

• Rasulullah s.a.w telah memberi tunjuk ajar berhubung dengan bacaan

al-Quran yang terbaik, sehingga lahirlah para QurraÊ daripada kalangan para sahabat r.a. yang mempunyai kepakaran dalam pembacaan al-Quran.

• Zaman para Tabi`in r.a adalah merupakan zaman bermulanya

perkembangan yang begitu rancak dari sudut kepelbagaian bentuk bidang keilmuan, budaya dan ketamadunan.

• Di Nusantara khususnya di Malaysia, pertandingan musabaqah tilawah

al-Quran yang bermula pada tahun 1960 adalah merupakan salah satu kaedah menarik minat umat Islam dalam memperdengarkan bacaan al-Quran dengan baik.

• Falsafah tarannum berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran

iaitu suatu usaha ke arah memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syarak bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada menghayati keagungan Allah sebagai Maha Pencipta.

• Skop asas ilmu tarannum terbahagi kepada dua bahagian iaitu tarannum

Arab Hijazi dan tarannum Arab Misri.

      Arab Misri Falsafah Tarannum Nusantara Pembahagian Tarannum Peranan Tarannum Perkembangan Tarannum Seni Bunyi Sejarah Tarannum Susunan Popular Tarannum Arab Hijazi Tabi`in

Zaman Rasulullah s.a.w

           

KATA KUNCI

(17)

 

 

Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.

Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.

MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.

Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah: Dar al-IÊtisam.

Muhd.Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan.

Referensi

Dokumen terkait

Di negeri Terengganu pula, Mohd Yakub @ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Saidi bin Mohd (2008) melalui Keupayaan Bacaan al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

Pembelajaran dengan menggunakan media audio adalah a) Guru menggunakan media speaker aktif khususnya untuk materi bacaan al- quran dalam hal ini penggunaan media

Di negeri Terengganu contohnya, satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Yakub @Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Saidi bin Mohd 20089 melalui Keupayaan Bacaan al-Quran dalam Kalangan

Di negeri Terengganu contohnya, satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Yakub @Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Saidi bin Mohd 2008 melalui Keupayaan Bacaan al-Quran di Kalangan Pelajar