• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kitab Tib Melayu Lama

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kitab Tib Melayu Lama"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

1 PENGENALAN

Kitab Tib adalah sebuah buku tentang ilmu perubatan Melayu yang berbicara mengenai tradisi pengubatan. Dari halaman pertama hingga ke akhirnya, terlalu banyak rahsia dunia pengubatan Melayu dan terlalu tinggi ilmu generasi terdahulu. Sebelum kewujudan perubatan moden, rawatan penyakit, pembuatan ubat, penyediaan bahan semuanya bergantung sepenuhnya kepada alam. Meskipun sebahagiannya dicatat di dalam naskah khusus, ada juga yang dihafal dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Ada juga sebahagiannya dicatat di dalam hikayat Melayu lama.

Dalam buku Sejarah Melayu misalnya, ada catatan mengenai Tun Hamzah yang parah ditikam hamba raja, tetapi berjaya diubat oleh tabib. Pada catatan yang sama ditulis jika seinci lagi dalamnya luka itu, Tun Hamzah mungkin tidak dapat diselamatkan.

Cerita penglipur lara juga ada banyak merakamkan tentang amalan pengubatan. Misalnya Syair Madhi, watak wira yang berjaya mengubati seorang puteri raja. Begitu juga dalam Hikayat Cekel Waneng Pati, apabila seorang daripada anak Panji, Misa Tenderaman perlu mendapatkan Air Gandapurawangi bagi menyembuhkan penyakit Panji.

Tiada sumber tepat tentang asal mula tradisi pengubatan ini. Namun, diketahui serba sedikit ilmu pengubatan Melayu dicatat dalam sejumlah hikayat Melayu lama dan naskhah lain yang bercerita tentang tradisi pengubatan. Justeru mengambil kira kebanyakan manuskrip ditulis sekitar 1820-an hingga ke abad 20, jelas menunjukkan tradisi pengubatan sudah lama bermula. Apatah lagi dari segi penggunaan kata-kata ia menggunakan bahasa dan istilah Melayu lama.

LATAR BELAKANG KITAB TIB

Kitab Tib - Ilmu Perubatan Melayu adalah himpunan tradisi pengubatan Melayu daripada pelbagai manuskrip dan terhasil daripada projek penulisan Mualim Tamu di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Ilmu yang ada dalam buku ini adalah himpunan ilmu pengubatan Melayu daripada lebih 40 naskhah kitab jenis ini, baik yang diberi judul kitab tib atau bukan yang ada dalam simpanan PNM. Untuk rekod, kitab tib digunakan sebagai kata nama khas untuk ilmu pengubatan Melayu bersempena manuskrip perubatan Arab yang menggunakan nama al-Qanun al-Tibb karya Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina.

(2)

2

Selain itu, karya ini juga mengambil kira sekitar 40 teks lain dalam koleksi yang sama dan di Leiden, London, Aceh, Jakarta, Sri Lanka dan Brunei Darussalam. Suntingan edisi dibuat secara ilmiah, menurut disiplin ilmu filologi dengan diberi catatan, glosari dan indeks yang membantu pemahaman bacaan.

Karya ini dikemukakan sebagai karya ilmu dalam rangkuman epistemologi Melayu: iaitu ilmu perubatan, selain ilmu bintang, ilmu ramalan dan penujuman, ilmu tanaman, ilmu bahasa dan sastera, ilmu pertukangan serta ilmu berahi.

Justeru ia digolongkan sebagai naskhah pengubatan, kandungan buku ini tebal dengan sifat pengubatannya. Bagaimanapun ia tidak terhad kepada aspek memulihkan pesakit, tetapi juga merangkumi sudut menjaga kesihatan diri, zahir dan batin, penyakit lelaki dan wanita, selain turut bercerita mengenai penyakit biasa seperti lelah, buang air berdarah, buasir, sakit mata, penyakit kulit. Turut dimuatkan adalah amalan perubatan bagi menangani penyakit berkaitan hantu, dirasuk syaitan, diganggu jin berserta dengan bacaan jampi manteranya.

Jika dirasuk hantu, ambil daun kersik tujuh helai, bawang, cekur, jeringau, bonglai, jintan hitam, giling lumat pilis pada dahi dan sapu pada tubuh. Boleh juga ambil cendana, kapur barus dan akar ketumbar, akar gandarusa, asahkan bersama dan celakkan pada mata. Jika diusik pelesit atau hantu hutan, ambil daun sengguri, daun kuda berlembu, setawar bendang, rumput gurang, bonglai, lengkuas getang, lengkuas besar, belerang busuk dan gelang sumbu giling lumat hancurkan dengan air dan bedakkan seluruh badan. Diusik hantu juga boleh ditangani dengan jampi dan menteranya. Antara yang diselitkan dalam buku ini adalah doa menghalau sekalian jin:

Permulaan kata aku menyatakan hakikat jin seribu empat puluh dua lagi aku tahu akan asal dirimu

asal dirimu dari huruf alif

mu keluar di cahaya yang kelam aku keluar dari cahaya yang cerah

Bagi mereka yang berhadapan dengan resdung beberapa petua yang dituliskan dalam buku ini mungkin boleh membantu. Antara lain, mengubati resdung memerlukan anda mengambil kunyit, bonglai, akar terung perat, akar mengkudu, kulit bonglai kayu, akar bunga pekan dan akar bunga melur asah dengan limau nipis dan minum airnya. Satu lagi cara, ambil daun tanjung muda segenggam kerat ekor kepalanya, bawang merah seulas, halia bara tujuh keping,halia putih tujuh keping, lada sulah tujuh biji, garam jantan tiga buku

(3)

3

digiling lumat dihancurkan dengan air dan minum. Jika hendak, perah ke dalam hidung atau

dalam telinga.

buku ini bukan sekadar untuk menambah pengetahuan, tetapi sebahagian ilmu yang terkandung dalam buku ini sebenarnya masih lagi diamalkan oleh sebahagian daripada kita.

Penulis/Sumber Rujukan

Bidang ilmu yang terpenting dalam kebanyakan masyarakat terutama masyarakat Melayu adalah bidang perubatan. Sejak zaman purbakala lagi, aktiviti, penggunaan, pembelajaran dan pengalaman perubatan telah wujud dan berkembang secara pesat dalam kehidupan masyarakat. Aktiviti ini adalah melibatkan proses pengubatan dan rawatan penyakit, pembuatan ubat, penyediaan bahan, pemerolehan ilmu dari pelbagai sumber serta penanaman tumbuh-tumbuhan untuk kegunaan perubatan.

Sejarah tradisi pengubatan ini bermula tidak dapat dikenalpasti kerana dalam masyarakat Melayu tidak terdapat maklumat yang tepat dalam sumber lisan mahupun sumber sejarah. Tradisi pengubatan ini diperolehi daripada beberapa teks bertulis seperti genre sejarah, sejarah dan rujukan-rujukan lain serta cerita-cerita tentang pengubatan.

Antara kisah tentang proses pengubatan adalah terdapat di dalam Sejarah Melayu. Terdapat beberapa kisah tentang proses pengubatan di dalam Sejarah Melayu. Contohnya, kisah tentang Tun Hamzah iaitu cucu Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang dibunuh bersama ahli-ahli keluarganya atas perintah Sultan Mahmud Syah. Pada masa itu, Tun Hamzah masih kanak-kanak, beliau telah mengalami luka parah akibat tikaman daripada hamba raja. Seorang tabib telah mengubatinya dan menurut tabib tersebut Tun Hamzah mungkin tidak dapat diselamatkan sekiranya kedalaman luka itu bertambah seinci lagi.

Kisah-kisah tentang penyakit dan pengubatannya terdapat juga di dalam cerita-cerita penglipur lara. Di dalam cerita-cerita penglipur lara ini terdapat kisah wira dan watak-watak

(4)

4

sampingan yang jatuh sakit kemudian diubati oleh dukun, pawang, bomoh ataupun watak lain yang terdapat di dalam cerita tersebut sehingga sembuh.

Manakala di dalam Syair Madhi hasil karya Abdul Rahman Kaeh (1997), mengisahkan tentang seorang wira yang berjaya mengubati seorang puteri raja yang telah pengsan begitu lama selepas dipatuk ular. Madhi telah mengubati puteri dengan bantuan daripada ular misteri dan setelah puteri sembuh lalu dikahwinkannya dengan puteri tersebut.

Manakala dalam cerita-cerita panji, sama ada Melayu ataupun Jawa kebiasaannya mempunyai kisah panji atau tentang kekasihnya yang sakit dan hanya dapat diubati dengan menggunakan kuasa atau benda yang ajaib yang terpaksa dicari dan diperolehi watak utama itu sendiri. Contoh yang mengandungi kisah ini adalah di dalam Hikayat Cekel Waneng Pati yang mengisahkan tentang seorang daripada anak Panji iaitu Misa Tanderman.

Misa Tanderman terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran semasa ingin mendapatkan ubat bagi mengubati penyakit Panji. Beliau telah taman Puteri Sekerba di kayangan untuk mendapatkan ubat yang berupa air gandapurawangi (Harun Mat Piah, 1980). Air gadapurawangi dikatakan merupakan air susu puteri tersebut. Misa Tanderman akhirnya berkahwin dengan puteri dan mendapat anak bernama Misa Indera Dewa Kesuma.

Tradisi pengubatan telah lama wujud dan diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu daripada hasil penulisan berbentuk manuskrip terutamanya naskhah yang tergolong sebagai „kitab tib‟. Hal ini adalah kerana kandungan, usia dan ciri-ciri tertentu yang terdapat pada manuskrip tersebut. Kebanyakan manuskrip berupa salinan berusia sekitar 1820-an hingga ke awal abad dua puluh. Di Kampung Pujut, daerah Patani, Thailand terdapat sebuah naskhah yang paling tua (MSS 1292) yang dikatakan tersalin pada tahun 1820 manakala naskhah yang termuda (MSS 1792) iaitu Hikayat Nurul-Lisan Menjawab Masalah bertarikh 1924.

(5)

5

Naskhah-naskhah ini membuktikan bahawa tradisi pengubatan telah lama wujud sebelum dirakamkan melalui penggunaan kata-kata, istilah dan proses pembuatan ubat. Selain itu, terdapat juga tentang cara atau kaedah penyediaan, alat timbangan dan ukuran serta perujukan waktu dan sebagainya.

Ciri-ciri Kitab Tib

Penggunaan gaya bahasa di dalam kitab tib adalah hampir sama iaitu persamaan genre antara satu dengan yang lain. Gaya bahasa yang digunakan pada waktu tersebut adalah tergolong dalam kategori pertengahan. Hal ini demikian kerana manuskrip ini tidak tidak begitu purba atau arkaik. Manuskrip ini juga tidak begitu terpengaruh dengan gaya bahasa Arab berbanding dengan karya dalam genre „sastera kitab‟.

Kitab-kitab tib ini tidak begitu tua kerana kemungkinan manuskrip ini disalin dan diperturunkan dari pengamal iaitu bomoh atau dukun selepas beberapa tahun kemudian. Namun begitu, ciri-ciri lama atau purba masih dikekalkan, contohnya penggunaan istilah-istilah yang merujuk kepada bahan, cara sukatan, perujukan waktu dan lain-lain. Contoh ayat yang mengandungi istilah-istilah lama adalah seperti berikut:

„Bab ini fasal pada menyatakan peri mengetahui akan penyakit kepialu; atasnya tiga perkara demamnya. Pertama, af‟alnya sakit perutnya atau senak seperti kena cika lakunya dengan tiada sesuatu sebab itu tetapi bukannya cika

(MSS 2515: hal. 50)

Selain itu, terdapat juga penggunaan kata-kata dialek daerah-daerah tertentu. Contohnya, terdapat dialek dari daripada daerah pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebutan dialek yang ketara penggunaannya adalah bunyi am, an dan ang pada suku kata akhir disebut „yang‟ antaranya bayam disebut bayang, ikan: ikang dan hitam: hitang. Seterusnya bunyi-bunyi yang sering tidak dibunyikan adalah bunyi-bunyi sengau

(6)

6

seperti ng, m dan n dalam kedudukan tengah. Contohnya, menghilangkan = mehilang, sembunyi = sebunyi, sentuh = setuh dan lain-lain.

Seterusnya terdapat juga penggunaan istilah-istilah tradisional di dalam kitab tib. Manuskrip ini mengandungi istilah-istilah dari wacana purba, lama atau tradisional terutamanya dalam bidang pengubatan. Contohnya perkataan „bawang kedua‟ bermaksud bawang putih dan bawang merah; „jintan kedua‟ bermaksud jintan putih dan jintan hitam serta „maka cemar pada perutnya‟ bermaksud sapu, gosok rata pada seluruh anggota perut.

Di samping itu, terdapat beberapa naskhah kitab tib yang mengandungi rajah dan lakaran yang mudah dan terdapat juga yang diterangkan dengan warna. Rajah-rajah ini digunakan untuk melukis tangkal dan azimat, ayat-ayat al-Quran, perkataan dalam bahasa Arab, abjad dan angka Arab atau perkataan lain yang tidak dapat dikenalpasti. Misalnya terdapat lakaran yang terperinci tentang penyakit puru di dalam naskhah MSS 1078. Selain keterangan tentang ubat dan rawatan terdapat juga tentang lakaran yang menggambarkan jenis dan peringkat penyakit bersama kata dan istilah yang digunakan.

Antara ciri kitab tib yang lain adalah petikan ayat-ayat al-Quran, doa, jampi dan mantera. Petikan ini tidak dipetik semuanya atau seperti yang asal di dalam doa atau disebut juga sebagai jampi atau mantera. Hal ini demikian kerana berkemungkinan di dalam doa tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran yang diambil secara rambang dan tidak tersusun. Doa ini juga berkemungkinan bercampur dengan kata atau ungkapan yang lain iaitu bahasa Arab atau Melayu, Parsi, Jawa, Sanskrit, Tamil, Urdu dan Siam.

Menurut tabib, bomoh atau dukun, hal ini terjadi demikian kerana gubahan kata-kata tentang wacana berkenaan, doa, jampi atau mantera adalah untuk membawa maksud mengubat, menyembuh dan mengelakkan daripada penyakit atau unsur-unsur yang berkaitan dengannya. Hal ini bermaksud doa tersebut bukanlah sepenuhnya dipetik daripada ayat-ayat al-Quran serta tidak diperbetulkan dan dirujuk dalam sumber asal seperti al-Quran atau hadis, Arab, Parsi, Tamil, Sanskrit, Siam dan lain-lain.

(7)

7

Kitab tib ini juga mengandungi sistem sukatan dan timbangan. Terdapat pelbagai penggunaan sistem sukatan pada jumlah yang banyak dan untuk menimbang berat bahan-bahan. Di dalam kitab tib ini digunakan juga sistem tahil dan emas iaitu setahil dan setahil sepuluh emas, sistem timbang dan sukatan untuk ramuan ubat yang ringan, sedikit dan kecil. Selain itu, terdapat juga penggunaan biji atau helai, sejemput, segenggam, secupak, segantang dan sehiris. Sukatan dari segi harga pula adalah sekupang, seringgit, setali, sedinar dan lain-lain.

Namun begitu, terdapat juga sukatan tentang waktu bagi memproses ubat seperti proses merebus, merendam dan sebagainya. Sukatan waktu ini dibuat kerana untuk mengukur jangka masa sebagai contoh dijemur tujuh hari.

Ramuan yang direbus dengan air, biasanya direbus hingga airnya tinggal sepertiga. Rebus dengan air tiga gantang hingga tinggal satu gantang; dengan air tiga cawan hingga tinggal satu cawan. Ubat dimakan setiap pagi selama tiga pagi; tujuh hari; selama sebulan setiap hari, bulan kedua berselang tiga hari, bulan ketiga sekali seminggu dan sebagainya.

Jenis –Jenis Penyakit di Dalam Kitab Tib

Terdapat banyak penyakit yang dikenalpasti dan dinyatakan oleh golongan tabib dalam masyarakat Melayu tradisional dalam manuskrip Kitab Tib. Penyakit ini terbahagi kepada empat jenis. Pertama, penyakit luaran kulit seperti telinga, mata, patah kaki tangan dan lain-lain. Kedua penyakit dalaman demam seperti pening, sakit kepala, sakit perut, senak perut, resdung dan sebagainya. Yang ketiga merupakan penyakit batin seperti lemah syahwat lelaki dan masalah seksual wanita dan lelaki. Manakala yang terakhir merupakan penyakit mental seperti gila, sawan, dirasuk hantu, syaitan terkena buatan orang.

Seperti yang dinyatakan dalam firasat MSS 2515, penjenisan penyakit dapat dilihat daripada ubat dan cara rawatannya. Secara analisis, semua penyakit ini dapat disenaraikan

(8)

8

seperti di bawah iaitu penyakit termakan bisa (racun, upas), mabuk ( apiun atau candu, tuak, kecubung), digigit oleh binatang-binatang yang bisa ( ular, kala lipan, katak puru, labah-labah), kena sengatan (ikan keli, ikan sembilang), gigitan serangga ( lebah, tebuan, aning), digigit serangga pemakan darah (nyamuk, pijat-pijat, kutu, tuma, cengkenit, tungau, pacat, lintah), dimasuki serangga (kelemayar, lintah), patah bahagian anggota, luka, demam, demam kepialu, kepialu panas, kepialu sejuk, kepialu kedalaman, kepialu bintit, demam kepialu yang beraf‟al batuk, batuk, lelah dan esak, serawan, sakit perut, mising, cirit, cahar, memulas, rengat, bengkak, cika, sakit taun, senak perut atau hulu hatu, medu, sembelit, buasir, karang, kencing darah, kencing tak puas, restung, sedung, pitam, sakit kepala, sakit mata, sakit telinga, sakit gigi, isyarat kukuh gigi dan sakit, mulut berbau busuk, tubuh berbau busuk, bengkak mulut, jerawat, sakit berhubungan balgham, sakit kulit ( kayap, badam, kulit ayam, puru, kudis), bisul, pirai, burut dan sakit puan.

Di dalam perenggan lain, penyakit-penyakit ini diperjelaskan secara lebih terperinci. Antaranya ialah penyakit angin. Pada mss 2515: hal. 28 (74), penyakit angin ini digambarkan dengan jelas melalui petikan berikut, “ Jikalau orang sakit itu kepada bulan sembilan dan bulan sepuluh kepada bulan sebelas dan kepada bulan dua belas, empat bulan itu asalnya penyakit itu dengan angin, perangainya tiada boleh tidak itu menggigil segala tubuhnya dan sakit kepalanya dan seluruh tubuhnya, barang hendak dimakannya tiada sedap dan tiada boleh ke sungai besar..”. Dalam mukasurat lain terdapat huraian lain tentang sakit angin itu seperti huraian berikut, “ Jikalau sakit itu sebab angin, af’alnya demamnya itu ketar tubuhnya dan pening-pening kepala dan segala tubuhnya menggigit-gigit rasanya dan berdiri-dirian romanya dan sakit rusuknya dan tiada boleh makan nasi dan kuat minum air dan matanya hitam dan warna kulit perutnya hitam dan perasaanya mulut kelat dan renggang dagunya dan batuk, tiada mahu keluar balghamnya, demikianlah af’alnya.

Terdapat juga penyakit angin bercampur darah seperti yang dihuraikan dalam Kitab Tib iaitu “ Bab ini bermula penyakit itu sebab angin bercampur darah itu, af’alnya sangat

(9)

9

dahaga air dan kulitnya keras dan biji matanya merah atau kuning dan tiada boleh ia tidur dan muntahnya pun kuning dan ia ke sungai besar dan ke sungai seni itupun kuning dan bibir mulutnya terbuka dan bunga hidungnya pun kembang dan iar matanya pun kuning memberi luah..”

Di dalam kitab Tib juga terdapat dinyatakan penyakit taun dan wabak melalui doa ta‟un dan wabak dalam mss 1653: hal. 29 (97). Di dalam hikayat Nurul Lisan menjawab Masalah mss 1792: hal. 41-79 (276) ada menyatakan beberapa jenis penyakit iaitu seperti penyakit banyak darah. Antara keterangannya adalah “Apabila banyak darah nescaya berpusing kepala dan sakit kepala pada hadapan muka dan berat mata dan sakit mata dan berdarah hidung dan timbul jerawat yang merah pada muka dan sakit dan kuku bergoncang gigi dan bisul dan penyakit pecah belah dan demam dan lainnya”.

Penyakit lain yang turut dikenalpasti adalah penyakit demam kepialu. Penyakit ini seperti yang diceritakan dalam kitab Tib terdiri daripada empat anasir. Fasal pada menyatakan asal penyakit kepialu itu iaitu daripada empat anasir juga. pertama tanah, kedua air, ketiga api, keempat angin. Bab ini bab yang pertama tatkala mengenal dia dan menilik dia; jikalau kepialu itu daripada tanah asalnya, iaitu warna tubuhnya merah dan sangat berat tubuhnya dan mulutnya pun berat tiada mahu dan suci rupa kulitnya, itulah kepialu tanah namanya. Bab yang kedua mengenal dia dan menilik dia. Jikalau kepialu itu daripada angin asalnya, iaitu sangat sejuk di luar kulitnya serta panas dingin tubuhnya rasanya dan mulutnya merepek, pemandangannya tiada lain daripada syaitan dirinya dan tiada boleh tidur dan menggigit-git dan mengatut-ngatut seluruh tubuhnya, sebarang benda yang dimakannya tiada sedap dan tiada boleh ke sungai besar; inilah kepialu angin namanya.

Bab yang ketiga mengenal dia dan menilik dia, jikalau kepialu itu daripada api asalnya, iaitu terlalu sangat panasnya. Adalah kepialu api itu demamnya tiga hari tiga malam atau lima hari lima malam tiada kebah; maka urat matanya merah di dalam; inilah alamat kepialu

(10)

10

api namanya iaitu terlalu sangat panasnya, sama di dalam dengan di luar/(49) itu dan lagi tangannya sangat sejuk dan warna mukanya kuning dan matanya merah dan kecapan mulutnya pahit, itulah kepialu api namanya. Bab yang keempat mengenal dia dan menilik dia jikalau kepialu itu daripada air asalnya, iaitu rasanya selera orang itu sesekali sejuk dan sekali panas dan kecapan mulutnya dan gerhaknya banyak; inilah kepialu air namanya (MSS 2515: hal. 48-95).

Selain itu terdapat juga penyakit yang disebabkan pengambilan sesuatu bahan secara berlebihan seperti yang dinyatakan dalam perenggan berikut, “Jika terlalu banyak sawda nescaya membawa kepada banyak penyakit seperti kurap kepala, kurap badan dan berpusing kepala dan sakitnya dan berdengung telinga dan terisih nafas dan bersangatan muntah dan gementar hati dan was-was dan batuk kering dan penyakit celepung dan demam selang tiga hari iaitu demam rabi’ dan balar dan sopak dan pecah belah dan lainnya. Selain itu terdapat juga dinyatakan penyakit buasir melalui keterangan berikut, “Pengenalan buasir itu itu tiga sebab pertama berasa pedih seperti terkena api pada urat dan daging yang lebih atas keliling dubur, kedua merayap-rayap gatal sebab bisanya dan ketiga keluar darah tentang sedikit”.

Seterusnya penyakit lain yang dikenalpasti ialah penyakit karang . “Penyakit karang itu tiga perkara pertama jika keluar darah pada mulut zakar maka alamat daripada cedera hati dan hempedu jika keluar nanah alamat daripada cedera geli-geli. Ketiga jika keluar air jernih atau nanah bercampur darah atau nanah yang hampir hampir kuning maka alamat kotor di dalam zakar yang tiada habis keluar air mani dan mazi dan wadi dan air perempuan di dalam zakar maka penyakit ini daripada tundun hingga batang zakar jua dan pedih ketika kencing akan sebagai pedih”.

Terdapat juga sakit puan yang dinyatakan dalam kitab Tib ini iaitu sakit senggugut (MSS 1292: hal. 48-49). Adapun senggugut itu atas tiga perkara. Pertama senggugut bangkai namanya dan kedua senggugut lintah namanya dan ketiga senggugut bunga.

(11)

11

Adapun senggugut bangkai itu bau darahnya busuk da senggugut lintah itu baunya hanyir dan senggugut bunga itu baunya harum.

Jenis-jenis Bahan yang Digunakan untuk Mengubati Penyakit Dalam Kitab Tib

Pelbagai jenis bahan digunakan dalam kitab Tib sebagai penawar bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh masyarakat Melayu pada Zaman dahulu. Bahan- bahan ini termasuklah pertama bahan objek seperti kapur tohor, terasi, belerang bang. Kedua bahan daripada haiwan (fauna) seperti lintah, ular kura-kura dan pelbagai lagi. Ketiga bahan daripada tumbuh-tumbuhan (flora) seperti bunga, buah, pokok renek, rumput dan herba.

Antara jenis-jenis herba yang berasal daripada objek iaitu pertama air bermalam. Air ini kebiasaannya disimpan semalaman sebelum digunakan untuk tujuan perubatan. Ia digunakan untuk mengasah bahan-bahan untuk pengubatan penyakit. Selain itu adalah air didih iaitu air nasi yang sedang panas menggelegak dan digunakan untuk bedak bagi penyakit demam kepialu. Seterusnya, air madu turut digunakan. Madu berasal daripada manisan lebah dan digunakan untuk membuat makjun hangat dan pelbagai lagi. Apam yang merupakan kuih yang diperbuat daripada tepung beras bercampur ragi dan dikukus turut digunakan untuk ubat demam panas dan dimakan dengan kuah ayam dan ubat yang dimaksudkan ntuk penyakit berkenaan. Apiun atau candu mentah digunakan untuk ubat demam kepialu bersama cirit dan kebiasaannya apiun dicampur dengan ramuan lain.

Arak api pula digunakan untuk menghancurkan bahan-bahan misalnya abu dari pohon hidup yang dibakar antaranya untuk ubat medu. Seterusnya hartal atau bedak basah yang berwarna kuning dan berbau harum dicampur dengan lain-lain bahan misalnya sebagai penawar bisa. Belerang bang atau belerang busuk yang merupakan racun tikus digunakan antara lain untuk tawar bisa. Bertih padi yang digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya digunakan untuk ubat sawan. Bertih terbahagi kepada dua iaitu bertih putih dan bertih hitam. Selain itu cangkuk yang merupakan ubat daripada bunga yang dikeringkan dan dihancurkan dengan air hangat beserta bahan lain berfungsi untuk meredakan demam kepialu. Cuka yang merupakan cairan masam rasanya biasanya diperbuat daripada nira kabung, nira kelapa, nira nipah, dan menjadi ramuan untuk menggugurkan anak daripada dalam kandungan Nauzubillah. Seterusnya embalau, bahan seperti damar yang dihasilkan oleh kelulut digunakan untuk penyakit gigi. Garam hormuz merupakan garam yang diimport dari Hormuz Paris dan digunakan untuk membuang balgham. Gula batu aatau gula mesir digunakan untuk membuat makjun. Hinggu yang merupakan sejenis getah yang dibekukan daripada pokok ferula yang busuk baunya dijadikan ramuan untuk penyakit batuk. Jadam

(12)

12

hitam atau jadam pupur merupakan ubat yang diperbuat daripada kayu gaharu atau daun lidah buaya yang digunakan untuk penyakit medu. Kacu atau air pinang atau air gambir yang pekat digunakan antara lain untuk mengubati penyakit karang. Kapur seperti kapur barus atau kapur tohor digunakan untuk misalnya penyakit restung. Kemenyan yang berasal dari getah kayu styrax benzoin yang harum baunya apabila dibakar digunakan untuk mengubati penyakit restung juga.

Selain itu, kasturi yang merupakan bau-bauan yang didapati daripada sejenis musang digunakan untuk penyakit mata. Kelambak yang merupakan bau-bauan daripada kelambak digunakan untuk menghilangkan penyakit busuk mulut. Minyak lenga atau minyak bijan digunakan untuk ubat penyakit mengeluarkan balgham. Minyak sapi yang merupakan sejenis minyak yang diperbuat daripada susu lembu digunakan untuk ubat sakit kepala. Minyk tanak yang diperbuat daripada minyak kelapa yang ditanak sendiri digunakan untuk ubat mising. Mustikam atau getah kayu bertungka yang berwarna kuning digunakan dalam perubatan untuk sakit telinga. Nasi, kerak nasi atau nasi rendam digunakan untuk membuang balgahm. Sarang angkut-angkut yang merupakan sejenis lebah atau tebuan kecil yang membuat sarangnya daripada tanah digunakan untuk ubat penyakit karang.

Sempelah yang merupakan hampas atau tahi minyak digunakan ntuk ubat kahar zakar. Suasa yang merupakan sejenis pancalogam iaitu campuran emas atau tembaga digunakan untuk membuat celak mata. Tawas pula yang berasal daripada garam galian yang berwarna putih dan berasa kelat digunakan untuk ubat sakit mata dan mengelakkan ketumbuhan pada mata. Tempurung atau bara tempurung digunakan untuk ubat sakit gigi. Tepung beras digunakan antara lain untuk ubat busuk faraj. Tepung gandum digunakan sebagai ubat penyakit demam panas. Terasi atau belacan , bahan makanan diperbuat daripada udang sebagai perasa makanan dan digunakan untuk penyakit mata. Terusi yang merupakan sejenis benda yang berasal daripada tembaga dan berwarna kebiru-biruan digunakan untuk mengubat puru dan buasir.

KAEDAH PERUBATAN PENYAKIT DALAM KITAB TIB Demam Kepialu

Asal penyakit kepialu ialah daripada empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin. Terdapat tujuh jenis penyakit kepialu iaitu kepialu hati, jantung, limpa, paru-paru, hempedu, otak dan satu lagi yang tidak dinyatakan.

(13)

13

Salah satu langkah yang berkesan untuk mengatasinya ialah dengan cara ambilkan pasir, rendamkannya sehingga hangat. Kemudian, ambilkan cuka dan tuangkan kepada pasir yang hangat tadi. Bungkus pasir dengan perca kain kemudian tuamkan pada seluruh tubuh.

Kaedah yang kedua ialah ambil 3 helai pucuk bayam langit, 3 hiris halia, 3 biji lada, dan sehelai sirih kuning. Gilingkan bahan-bahan ini sehingga lumat kemudian perahkan ke dalam kedua-dua belah hidung.

Ketiga, ambil 3 kuntum bunga labu, 3 kuntum bunga lengkuas, 3 biji lada sulah, dan 3 kuntum cabai. Gilingkan bahan ini sehingga lumat lalu perahkan airnya pada kedua-dua belah mata dan hidung. Ubat ini juga boleh dimakan.

Ambil gading gajah mina atau tulangnya, gading gajah benar, suda lalang laut, teras yang berendam pada sungai besar, lunas jung lama, gaharu, cendana, sepang, kayu laka, gigi tembiluk, embalau lemak daging jengal, kulit buah kacang dan akarnya, akar birah hitam, isi keruing, bonglai, kunyit, temu kuning, temu erang, temu putih, temu kunci, kanti mesui, pucuk dan kulit manis Jawa, cangkuk dan sudu ayah, sembung palasari, cengkih, kepelaga, cabai, cekur, halia kering, buah pala, bunga pala, pedawas seputar, kulit lawang, hujung atap, kemukus, lada sulah, bawang merah, pegawi rumah tangga. Gilingkan sehingga lumat, campurkan dengan air hangat dan sapukan pada seluruh tubuh.

Seterusnya, ambil daun tekarang, daun bayam langit, remunggai, bonglai, lada sulah, bawang putih, biji sawi, halia, serai. Lumatkannya dengan air hangat lalu disapukan pada seluruh tubuh.

Ambil biji sawi, teki, jeringau, bonglai, temu putih, daun rembega, daun kampas bendang. Semua bahan ini hendaklah sama banyak kuantitinya. Giling sehingga lumat, masakkan, kemudian boleh disapu pada seluruh tubuh.

Ambil halia, cabai, ketumbar, mata mambu merah, akar sepang, buah Melaka, kayu manis, cekur, dan akar rumput manis. Gilingkan sehingga lumat dan sapukan. Ubat ini juga boleh dimakan.

Batuk Darah

Ambil sarang angkut-angkut, rendamkan ke dalam air cuka sehari semalam. pada pagi keesokan harinya, tapis cuka itu dan bubuhkan sakar dan minumlah ia.

(14)

14 Kering tekak

Ambil halba, rebuskannya. Bila mendidih buangkan airnya. Rebus pula sehingga tiga kali buang airnya. Kemudian jemur halba yang telah dididihkan itu. Tunggu sehingga kering dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan garam sama banyak dengan halba itu tadi. Apabila hendak dimakan, campurkan dengan minyak sapi yang telah dibasuh sebanyak lima kali.

Ubat Esak/Lelah

Ambil air belimbing buluh, masakkan dan minum pada selama 3 pagi.

Hilang Selera Makan

Ambil buah bedara, cincang sehingga lumat dan campurkan dengan sakar. Berikan orang sakit memakannya.

Kaedah kedua untuk mengubati hilang selera makan ialah dengan mengambil buah pala, daun capa, dan lima helai daun sekati. Lumatkannya dan ambil airnya. Hendaklah minum pada setiap pagi.

Ketiga, ambil buah kerkup, kedondong, halia putih, halia merah, garam, asam, lempoyang, dan isi delima. Giling sehingga lumat kemudian titikkan airnya pada hujung lidah orang yang sakit itu.

Seterusnya, ambil kulit bidara, kayu manis cina kemudian diasah lalu diberi minum. Hampasnya pula dilumurkan pada lehernya.

Ambil air madu, telur ayam hitam yang diambil telur putihnya sahaja, campurkan ke dalam air nyiur hijau. Kemudian diharukan dengan nasi. Bakar sehingga masak dan barulah boleh dimakan.

Kaedah terakhir ialah dengan mengambil halia bara dan daun delima dalam kuantiti yang sama banyak. Gilingkan sehingga lumat, perah dan ambil patinya kemudian minum.

Kepialu Bersama Sembelit

Ambil jemuju kersani, jemuju benar, jintan hitam, buah pala, buah lawang, pucuk dan cucur atap. Giling sehingga lumat dan ambil patinya. Sesudah itu masukkan pati santan

(15)

15

kelapa hijau sebanyak tiga cawan. Kemudian campurkan rempah-rempah itu dan diberi minum.

Ambil sarang tanah angkut-angkut, seulas bawang putih, kemudian asahkan dengan cuka masam. Sapukan pada ari-ari, tetapi jangan sampai terkena pusat.

Ambil tujuh ekor lalat, tujuh buku garam dan lumatkan. Sapukan pada ari-arinya. Ambil daun peria katak, biji lenga, lumatkannya dengan air cuka masam dan sapukan pada salbi dan ari-ari.

Boleh juga mengambil kulit remunggai dam apiun, tiga buku garam dan tiga ulas bawang. Gilingkan semua bahan ini sehingga lumat dan barutkan pada ibu kaki. Kaedah seterusnya pula ialah dengan mengambil tiga ekor lalat, sekepal nasi, dan gilingkan sehingga lumat. Kemudian, tampalkan pada ari-ari.

Seterusnya, ambil bonglai, temu kunci, halia, daun dangla, daun limau nipis, daun limau purut dan serai. Semua bahan-bahan ini hendaklah sama banyak. Gilingkan sehingga lumat kemudian letakkan pada seluruh tubuh.

Demam Terkena

Ambilkan segenggam akar nyarang, daun kuntum, daun pekan, cekur, bonglai, jeringau, jintan hitam dan bawang merah. Semua bahan ini hendaklah disemburkan pada sendi. Seterusnya, ambil pula daun susu harimau, daun jeringau, daun cekur, daun bonglai, kulit da daun cabai dan disemburkan pada setiap bahagian sendi.

Ambilkan akal terung asam, terung pipit, terung perat, akar ara, akar ribu-ribu, akar sulur, akar pagar anak, akar tampam, akar tapak leman, cekur, bonglai, jeringau, jintan hitam, jintan putih, bawang merah dan bawang putih. Semburkan pada sendi selama tiga hari.

Seterusnya, ambilkan temu serba temu, daun balik angin, cekur, jeringau, jaha, jaha putih, halia bara, biji sawi, dan adas pedas. Bedakkan semua bahan-bahan ini ke seluruh tubuh.

Kaedah seterusnya ialah dengan mengambil akar perut ayam, akar malai gajah, akar bambang keling, akar peria pantai, akar cangkuk manis gajah, dicincang sehingga lumat. Kemudian rendamkannya. Jeramkan bahan itu kemudian mandilah menggunakannya.

(16)

16

Seandainya orang yang terkena sakit terkena ini tidak sedarkan diri atau tidak pulih, ambilkan umbi bakung, umbi setor bendang, daun setawar Cina, kemudian ditumbuk. Kemudian mandilah menggunakan air itu.

Untuk demam kepialu yang melarat sehingga dua, tiga bulan, maka ambilkan daun pekan, daun lakum, umbi gandasuli, umbi rengkinang kemudian ditumbuk dan direbus. Mandi atau tuamkan badan menggunakan air itu pada seluruh sendi tubuh. Bubuh juga temulawak dan temu iring, tiga hiris bonglai kemudian campurkan pada air tersebut.

Demam

Minum cuka dengan air madu setiap hari. Kalau dia muntah, berilah makan tepung jerubah yang direndam dengan sakar. Setelah sembuh, berilah ia makan apam gandum dengan kuah ayam dara.

Seterusnya ialah demam yang teketar-ketar seluruh anggota badannya dan jadi sejuk dalam badannya. Ubatnya ialah dengan meminum air cuka dengan madu setiap pagi sebelum makan nasi supaya ia muntah. Kemudian, makan apam gandum dengan kuah ayam dan kambing yang dimasakkan dengan bawang putih, lada sulah, kunyit dan halia.

Kaedah mengubati demam yang seterusnya ialah dengan cara menyembelih seekor ayam kemudian ambilkan darahnya. Ambilkan daun tarum dan hujung melukut mata kunyit kemudian campurkan dengan darah ayam tadi. Bedakkan pada seluruh tubuh.

Selain itu, sembelihkan ayam hitam teruna, ambil darah ayam hitam teruna, campurkan dengan daun tarum yang sudah dipipiskan sehingga lumat. Tampalkan pada lambung kanan dan kelangkang kanan. Kemudian, cabut bulu ayam hitam itu, bersihkan. Kemudian campurkan dengan secawan cabai, secawan jintan hitam, secawan lada sulah, secawan derma seteru, sebutir buah pala, pucuk, manjakani, tiga hiris cekur, bawang putih, bawang merah, secawan halia, kulit tengar, cengkih, secawan kepulaga, halia bara, tiga hiris lengkuas, tiga pucuk serai, secawan garam jantan. Bahan-bahan ini kemudiannya digiling lumat-lumat dan dibubuh pada belanga ayam hitam itu. Jangan dicampurkan dengan air. Ambil air cuka masam dan bubuh pada belanga seterusnya rebus ayam itu sehingga masak. Amalkan memakan ayam itu pagi dan petang selama tiga hari.

(17)

17

Ambilkan maja, akar ekor tupai, akar beka, akar temu kunci, akar terung pipit, akar terung asam, akar kinjap burung, dan akar jurai. Kesemua bahan ini seberat 20 biji saga. Masukkan tiga mangkuk air dan jerangkan sehingga air itu tinggal semangkuk.

Ambil putarwali, akar kaduk, dan akar maja. Semua bahan ini ditimbang berat enam puluh asa saga kendiri. Masakkan seperti langkah yang telah disebutkan tadi.

Ambil teki, rumput ekor tupai, rumput manis, teras cendana, dan halia. Maka kesemua bahan itu ditimbang beratnya dua belas biji saga kendiri kemudian ditumbuk lumat-lumat. Bungkus dengan perca kain putih. Kemudian ambilkan enam cawan air, jerang di atas api dan masakkan sehingga air itu tinggal tiga cawan. Kemudian sejukkan.

Ambil halia dan akar ekor tupai, kulit beka, jintan hitam, dan akar bayam. Kesemua bahan itu hendaklah ditimbang dengan saga kenderi seberat tiga puluh biji. Kemudian masukkan pula tebu setimbang. Ambil tiga mangkuk air dan jerangkan sehingga air itu tinggal semangkuk.

Ambilkan akar dewaraja, akar lenggundi, jelawai, jekelang, dan rajirah. Kesemua bahan itu hendaklah sama banyak. Rebus dengan tiga heling air sehingga tinggal seling airnya. Ubat ini bolehlah diminum.

Kepialu Angin

Ambil akar ekor tupai, akar maja, akar kaduk, kulit beraksa, hujung tebu, cabai, lada sulah, buah pala, jintan hitam, cengkih, biji sawi, kulit sentul, bonglai, jintan putih, daun putarwali. Tutukkan semuanya. Kemudian masukkan segantang air. Masakkan sehingga air tinggal dua cupak. Ubat ini hendaklah diminum.

Ambil daun leban dengan kulitnya, jintan hitam, bawang merah, lada sulah, cekur, bonglai dan sirih pinang. Semburkan kesemua badan ini pada seluruh badan pesakit.

Ambil daun bakung, semburkan dengan sirih pinang. Seterusnya, ambil daun melada, daun gandarusa, daun malapari, daun munggur, bawang merah, bawang merah dan jintan hitam, bonglai. Selepas itu, semua rempah ini disemburkan dengan sirih pinang pada bahagian tubuh iaitu dada, belakang, rusuk kiri dan rusuk kanan.

Ambil akar melada, akar maadat, akar remunggai dan mamah dengan sirih pinang kemudian semburkan pada seluruh tubuh. Kemudian, apabila panas tubuh, mandikan dengan ubat yang dijaramkan itu. Selain itu, ambil daun pengangga, daun sebehelang,

(18)

18

sumbu dara, ibu kunyit, putik nyiur hijau. Tumbukkan semua bahan itu. Jemurkan pada tempat panas kemudian masukkan ke dalam air mandiannya dan mandi selama tiga hari.

Ambil cendana, beras, ibu kunyit, umbi serai, halia, kedua-dua jahar, bawang putih dan bawang merah, biji sawi, dan ksemua temu. Gilingkan bahan ini sehingga lumat kemudian bedakkan pada seluruh tubuh.

Ambil segala jenis temu, setengahnya dibembam dan setengah lagi mentah, bunga serba bunga, akar arsi dan saksak, kulit kepalasari, beras mayang, mayang nyiur, daun kelempayan, daun lenggundi, cendana, kayu kesturi, khalambak, gaharu, cendana janggi, dan kayu laka. Kikir dengan kulit pari dan masukkan lagi cekur jeringau dan kunti mesui, jintan hitam dan jintan putih, jemuju kersani. Gilingkan sehingga lumat maka bedakkan pada seluruh tubuhnya.

Penyakit Panau (MSS 1292: hal.97-98)

Bagi mengubati penyakit panau, ambil tuba tikus dan cendana lalu diasahkan dengan air limau nipis dan dibubuhkan pada tempat terkena panau itu. Sebagai pantangnya, kita tidak dibenarkan mandi selama tiga hari, insyaallah, sihat dengan izin Allah. Sebagai ubatnya lagi, kita juga boleh mengambil damar putih maka tutuk, campur dengan minyak nyiur (kelapa), gosokkan pada panau. Insyaallah, sembuh. Selain itu, boleh juga digunakan lengkuas dan apiun serta bara tempurung, maka asah pada batu lalu dibubuhkan pada panau itu dan pantangnya adalah jangan makan lengkuas selagi belum sembuh penyakitnya itu. Ubat yang seterusnya adalah ambil daun seridu, apiun dan tuba tikus maka pipiskan dan bubuh pada panau itu. Kaedah lain lagi adalah dengan mengambil daun inai dan tuba tikus sedikit serta beras lalu dipipiskan lumat-lumat lalu ditampal pada panau. Yang terakhir ialah ambil ikan kemi lalu bakar dan ambil abunya dan tuba tikus serta apiun, lalu dibubuhkan minyak lenga dan gosokkan pada panau, insyaallah, hilang panaunya.

Ubat Kurap

Kurap adalah sejenis penyakit yang melata pada tubuh seperti kudil. Sebagai ubatnya, ambil buah gelenggang dan apiun, air limau kapas dan bijinya sebanyak tujuh biji lalu digilingkan dan airnya didihkan. Airnya setengah untuk diminum dan setengah untuk disapu pada kurap dengan cara mengikis kurap sehingga berdarah, lalu disapukan pada kurap itu. Kaedah lain adalah dengan mengambil gelanggang gajah lalu digiling daunnya

(19)

19

bersama dengan bawang putih dan kemenyan dengan jumlah yang sama banyak lalu disapukan pada kurap. Untuk mandian orang yang ada penyakit kurap pula, kena mandi dengan air beluru dan diramas sehingga berbuih dan mandi. Setelah mandi, sapukann dengan ubat hyang digiling itu. Sekiranya kurap terkena satu badan, sembelih seekor lembu lalu diambil kulitnya dan selimutlah dengan kulit lembu itu ketika tidur. Setelah bangun dari tidur, mandi dengan air beluru itu sehingga bersih dan kemudian bedakkan dengan ubat dahulu juga, insyaallah sembuh. Selain itu, sebagai ubat kurap yang diambil daripada naskah Tuan Haji Abdul Samad, pertama ambil buah gelenggang sulung dan butir melada pahit sulung dan airnya cuka, maka gilinglah sehingga lumat, kemudian campur dengan cuka. Kikis kurap dahulu, kemudian bedakkan dengan ubat ini tiga kali sehari. Selain itu, menurut Tuan Haji Samad juga, boleh ambil getag akoi (akui) dan daun jelatang yang bercabang tiga daunnya dan buahnya putih serta batang tuba seluang lalu dibakar dan diambil abunya lalu dicampurkan ketiga-tiga bahan itu lalu disapukan pada kurap. Pantangnya jangan mandi selama tiga hari. Insyaallalh, sembuh.

Sakit Puan : Senggugut (MSS 1292: hal. 48-49)

Senggugut ada tiga jenis antaranya senggugut bangkai, senggugut lintah dan senggugut bunga. Bagi senggugut bangkai, darahnya berbau busuk dan senggugut lintah bau darahnya hanyir manakala senggugut bunga, baunya harum. Bagi sengugut bangkai, ubatnya adalah dengan mengambil daun pandan yangb beluim berbunga, panjangnya setelunjuk dan bunga cempaka yang belum kembang serta daun selasih segenggam, buah mengkudu yang mengkal tiga biji. Kemudian, ambil umbi pandan, kupas kulinya lalu dicuci bersih. Setelah selesai, ambil umbi roman padi, bakar dan ambil abunya lalu dicampjur dengan air dan heningkan air itu dan simpan dalam mangkuk. Kemudian, ambil umbi pandan, mengkudu, selasih cdan bunga cempaka itu lalu dihiris lumat-lumat dan masukkan ke dalam air itu dan embunkan setiap pagi dan minum. Insyaallah, sembuh.

Bagi senggugut lintah, ubatnya adalah dengan mengambil daun benalu segenggam, lada sulah tujuh biji, bawang putih tunggal sebuku. Giling sehingga lumat dan tambah sedikit cuka lalu diminum selama tiga pagi. Insyaallah, sihat afiat.

Sebagai ubat senggugut juga, ambil bawang merah sebuku, bawang putih sebiji, jerangau seruas telunjuk, pipis lumat-lumat dan dicampur cuka. Tampal pada ari-ari semasa hendak tidur selama tiga malam. Insyaallah sihat afiat. Selain itu, boleh juga ketika senggugut datang, makan ibu kunyit dan halia padi dengan garam Siam.

(20)

20 Memelihara Rambut

Bagi menjaga rambut rambut supaya lebat dan panjang, ambil daun labu dan ramas pada tempurung, kemudian campur dengan air nyiur hijau lalu diembunkan. Awal paginya, jaramkan atau basahkan air ke kepala selama tiga hari, mujarab. Bagi masalah rambut tidak tumbuh, ambil akar bayam tanah dan akar teberau dan dibakar lalu diambil abunya dan hempedu ayam hitam. Maka asah pada batu dengan minyak sapi dan minyak jarak. Kemudian, bubuh semua rempah itu ke dalam minyak jarak dan lumurkan pada kepala. Insyaallah, berkesan. Bagi mengelakkan masalah rambut gugur pula, ambil kelang sumbu dara, daun kembas dan kerak nasi yang kita makan, daun sepat pangkal, kemudian tumbuk semua dan rebus dengan santan nyiur hijau yang semantan. Kemudian, embunkan dan setiap pagi, jaramkan pada kepala. Insyaallah, hilang masalah rambut gugur.

Senak Hulu Hati (MSS 2515:hal.128-133)

Sebagai ubat senak hulu hati yang pertama, ambil buah, kulit kayu manis dan air madu lalu gilingkan sehingga lumat, kemudian diminum. Ubat yang kedua, ambil tujuh biji lada sulah, jintan hitam, halba, kulit kayu manis dan lengkuas lalu digiling sehingga lumat bersama air dan sapukan pada tempat yang sakit. Ubat yang ketiga, ambil cendana dan asahkan, kemudian hangatkan pada api dan letakkan pada hulu hati. Insyaallah, mustajab.sebagai ubat yang keempat, ambil daun hati-hati, maka pusarkan dengan kapur tohor dan bubuhkanpada hulu hati, insyaallah berkesan. Sebagai ubat minum. Kelimanya, ambil kulit rembega dan akarnya beserta akar makdah dan akar melada sedikit dan setapang lalu direbuskan sehingga susut tiga airnya dan minum setiap pagi dan petang, insyaallah berkesan.

Sebagai penawar senak hulu hati, iaitu rasa menyucuk-nyucuk di hulu hati yang keenam, bolehlah ambil buah gorak tiga puluh butir dan dibakar lalu diambil isinya, ambil bawang putih, halia bara, bawang merah, jintan hitam, cabai, kemukus, beras pulut hitam sejemput lalu direndamkan semuanya lalu digiling sehingga lumat bersama air madu lalu ditelan. Ubat yang ketujuhnya, ambil akar lada hitam ,akar tampam dan akar pinang kerti lalu diasahkan semuanya lalu diberi minum. Kelapannya, ambil buah cemelaaga dan kulit kayu manis maka pipis lumat-lumat dan air madu lalu dim,akan selama tiga pagi, insyaallah mustajab.

(21)

21

Penyakit karang berunca dari dua sebab, yang pertamanya disebabkan oleh air susu ibu dan yangh kedua adalah sebab air mani yang ditahan ketika ia hendak keluar, maka terjadilah batu karang. Sebagai ubatnya, ambil kuning telur ayam, sunti halia sesukat kulit telur itu, lada sulah sesukat kulit telur juga dan pati daun oraang-aring sesukat lalu diperbuatkan bubur sehinnga pekat dan diberi makan kepada pesakit. Insyaallah, berkesan. Selain itu, ubat karang adalah dengan mengambil batang keladi hitam dan jangan dikerat dan masak dalam periuk, kemudian bubuh air nyiur segantang lalu direbus sehingga tinggal secupak lalu diminum. Seterusnya, penawar batu karang yang lain, ambil daun kecubung hitam lalu ditumbuk dengan bonglai dan kapur tohor lalu ditampalkan pada ari-arinya. Insyaallah, berkesan. Seterusnya, boleh juga cuba ambil pucuk pandan maka cabut dan ambil yang putihnya, makan dengan sirih pinang. Dengan izin Allah, sembuhlah. Boleh juga ambil daun kesum segenggam, daun hati-hati segenggam lalu digilingkan dengan hujung melukut mata kunyit dan jintan hitam sepengapit, bonglai tiga hiris lalu diperahkan, ambil airnya. Minum selama tiga pagi, isnyaallah, sihat afiat. Seterunsya, boleh juga ambil buah belimbing besi dan bunganya, kulitnya dan akarnya lalu dimakan dengan sirih pinang. Selain itu, boleh juga diambil buah mengkudu yang masak lalu dittutuk, perah dan ambil airnya lalu dibubuh santan. Jangan dicampur dengan air lalu diminum tiga pagi. Semoga dengan izin allah, sembuhlah. Seterusnya boleh juga ambil gaharu lalu dikikis segenggam erat, cendana juga dikikis segenggam, begitu juga dengan sirih dan akar limau purut yang menikam ke bumi. Semasa mengambilnya, jangan dilintas bayang-bayang, panjangnya adalah sejengkal telunjuk. Kemudian masukkan semuanya ke dalam periuk dan masak. Setelah masak, bacalah Qulhuallah huahad sebanyak tiga kali dan minum sehingga sembuh.

Ubat Mulut Berbau

Sebagai uba tmulut berbau, ambil bunga lawang lalu digiling sehingga lumat dan hancurkan dengan air madu lalu diminum. Nescaya harumlah bau mulutnya itu. Selain itu, boleh juga ambil bawang putih, bunga lawang dan giling sehingga lumat, kemudian bubuh asam sedikit dan lumurkan pada seluruh tubuh dan ketiak, insyaallah menjadi.

Penyakit Pada Muka

Penyakit pada muka boleh diubati dengan mengambil bawang merah yang dibembam pada abu hangat, daun inai direndam dalam air lalu digiling sehingga lumat dan air madu. Sapukan pada muka setiap malam, pagi-pagi basuh dengan air hangat yang

(22)

22

dimasak dengan garam Siam dan sekam gandum, insyaallah hilang penyakitnya. Selain itu, boleh juga ambil daun inai yang kering, bawang merah lalu direndam dan dipipiskan, kemudian tampalkan pada muka sehingga dua hari lalu buangkan dan basuh dengan air hangat. Sebagai ubat lagi, ambil akar kendeka jantan dan air limau nipis lalu asahkan, kemudian sapukan pada muka. Semoga cantik sentiasa. Selain itu, boleh juga gunakan kulit balung ayam, air limau nipis dan bubuhkan pada muka, insyaallah sihat afiat. Sebagai ubat jarawat pula, ambil kulit tanjung dan kulit ketaru, kulit asam jawa dan kulit tengar lalu ditumbukkan semuanya dan ambil airnya, sapukan pada muka. Insyaallah, muka tidak berjerawat.

Turun Darah

Sebagai ubat turun darah, ambil daun salang segenggam, ujung lemuku mata kunyit dan giling sehingga lumat, beri minum patinya, hampasnay bedakkan pada perutnya. Dengan izin allah sembuhlah. Selain itu, boleh juga ambil daun kerakap burung merah, ujung lemuku mata kunyit, ambil patinya dan beri minum. Bagi perempuan yang cemar kain berlaratan darahnya, ambil daun semambu, daun pedada, lalu pipiskan ambil patinya, bubuh halia tujuh hiris, lada sejemput, pinang muda, bawang putih tiga ulas, bawang merah tiga ulas dan giling sehingga lumat dan beri minum. Insyaallah, berkurang darahnya. Kita juga boleh menggunakan jernang, kacu, pucuk dan manjakani lalu diasahkan dan diberi minum. Bagi yang turun darah lagi, ambil daun sentul, ujung lemukut nmata kunyit, beri minum tiga kali sehari. Sebagai ubat tali darahnya berlaratan, ambil akar melur dan asahkan dengan air nyiur muda dan beri mi num. semoga sembuh dengan izin allah.

Ubat Haid

Ubat bagi yang sakit ketika haid, ambil sirih setengah berkas, gambir dan tumbukkan, dan sunti halia tujuh hiris, buah terung perat sebiji dan kayu manis, giling semuanya lalu perahkan dengan kain dan bubuhkan air secaawan besar, lalu diminum. Kemudian, ambil ibu kunyit dan sirih tujuh helai lalu ditumbuk dan dicampurkan dengan air sedikit. Setelah ditumbuk, minum airnya setiap petang. Insyaallah sihat afiat.

Penyakit Sembelit

Seseorang dikatakan terkena sembelit apabila warna matanya merah dan telinganya tuli. Bagi merawat penyakit sembelit ini, ambil akar temu kunci sejengkal telunjuk dan

(23)

23

dibacakan ayat al-Quran ini “walkalami wama yasturuna” lalu diberi makan. Selain itu, ambil beluru gajah, daun kecubung, hempedu landak lalu digilingkan sehingga lumat dan barutkan pada perut yang sakit itu, semoga dengan izin Allah, sihat afiat. Sebagai ubat penyakit sembelit yang bengkak pada hatinya atau pada sebarang tempat, maka ambilkan daun pudding yang merah, hempedu landak, hujung melukut mata kunyit dan air bermalam lalu dipipis lumat dan tampalkan pada perut yang sakit. Seterunsya, bagi mengubati penyakit sembelit ini boleh juga ambil air madu secupak, air kunyit secupak lalu dicampurkan kedua-duanya dan masakkan dalam periuk selama kira-kira susut tinggal secupak air itu dan diberi minum pada orang sakit selama tiga pagi, isnyaallah sihat afiat. Penawar sembelit bagin yang sakit pada hatinya, kita boleh mengambil daun hati-hati segenggam dan tumbukkan lalu diambil airnya dan campurkan dengan pati santan nyiur hijau kira-kira seruas jari telunjuk, kemudian diminum. Insyaallah sihat dengan izinNya. Selain itu, bagi yang terkena sembelit boleh juga diambil akar sembung segantang Pahang dan tanakkan, airnya segantang juga dan masakkan sehingga tinggal kira-kira secupak airnhya sahaja dan angkat, kemudian dibahagi tiga lalu diminum tiga padi, semoga sihat dengan izinnya.

Ubat sembelit yang seterusnya, ambil majakani, buah pala, bunga lawang, cengkih dan hujung atap lalu digilingkan sehingga lumat semuanya dan bahagikan kepada dua. Semasa hendak minum airnya itu, bubuh telur ayam sebiji dan minum selama tiga pagi. Insyaallah, sembuh penyakitnya. Sebagai ubat sembelit lagi, ambil biji saga kenderi lalu dipipiskan dengan air madu dan perahkan ke dalam hidung pesakit selama tiga pagi berturut-turut. Insyaallah, afiat. Penawar sembelit seterusnya adalah dengan mengambil sunti halia sebayak dua tahill beratnya, cabai seberat satu tahil, isi lekir hutan sebanyak empat tahil, buah cemelaga sebanyak dua tahil, jintan sebanyak setengah tahil, lalu tumbukkan kesemuanya, diserkai dan diperbuatkan makjun, dan airnya adalah madu, minyak nya adalah minyak lenga dan telan sehari. Semoga sembuh dengan izinnya.

Penyakit Wasir (buasir)

Bagi mengubati penyakit wasir ini, ambil gaharu dan majakani lalu diasahkan dan diberi minum, insyaallah sihat afiat. Penawar yang lain adalah dengan mengambil daun tangan-tangan yang merah tiga helai, bawang merah, bawang putih, jintan kedua lalu dipipiskan sehingga lumat dan diberi minum selama tiga pagi. Orang yang sakit wasir perlu pantang dalam pemakanannya seperti tidak boleh makan segala jenis daging. Ubat yang seterusnya adalah dengan mengambil belerang dan kedekai lalu dibakar kedua-duanya dan diambil abu lalu disapukan pada duburnya, insyaallah afiat.

(24)

24

Sebagai ubat tuam penyakit buasir pula, ambil putik nyiur lalu diparaskan kepalanya dan ambil getah sena lalu disapukan pada nyiur itu dan ganggangkan pada bara tempurung dan bubuh kemenyan lalu tuamkan pada dubur yang buasir itu. Selain itu, boleh juga ambil getah piagu dan sapukan tawas lalu dituamkan pada dubur. Seterusnya, boleh juga ambil getah jenuas darah dan terusi serta tawas dan tuamkan pada dubur pesakit. Kita juga boleh mengubati pesakit buasir dengan mengambil kulit pianglawu, kulit manjakani dan putat lalu semuanhya diasahkan dan diberi minum, insyaallah sihat hendaknya. Selian itu, ambil kulit putat yang tua dan rebuskan sehingga masak dan basuhkan pada dubur orang yang buasir. Insyaallah sembuh. Sebagai ubat buasir juga, hendaklah orang yang sakit buasir itu selalu duduk di atas kulit kijang atau kulit harimau, nescaya segera sembuh.

Sakit Perut

Dalam Kitab Tib ini menyatakan bahawa sakit perut itu adalah berbagai jenis. Yang pertamanya sakit jantung, iaitu rasa sakit ketika ditekan. Oleh itu, sebagai ubatnya, ambillah sakar sedikit dan bunga lawang lalu pipiskan keduanya, kemudian bubuh susu kambing dan bolehlah diminum setiap pagi dan petang. Yang kedunya adalah sakit perut kerana angina, kelakuan orang yang sakit perut kerana angina adalah tidak dapat duduk dan bernafas seperti orang lelah. Sebagai ubatnya, ambil bawang merah yang muda, iaitu yang hijau warnanya lalu dimakan pagi-pagi sebelum makan nasi sesudah memberus gigi. Sebagai ubat sakit perut boleh juga ambil bawang putih dan bakarkan serta campur dengan air didih dan diminum, insyaallah sihat dengan izinnya.

Yang ketiga adalah sakit cahar. Bagi mengubatinya, ambil daun rambai segenggam dan pipiskan, airnya adalah cuka dan selama tiga pagi. Yang keempat adalah sakit perut berak berdarah. Bagi mengubatinya, ambil kapur gilingan dan asahkan lalu diberi minum dan setengah disapukan pada perut orang yang sakit itu, insyaallah sihat.

Yang kelima adalah sakit perut kencing berdarah. Ia boleh diubati dengan menayur daging dengan daun serunai laut. Yang keenam adalah sakit perut kencing berdarah atau bernanah yang boleh diubati dengan mengambil sarang angkut-angkut, bawang putih dan asahkan, airnya adalah cuka dan sapukan pada ari-ari pesakit. Sebagai ubat sakit perut kencing bernanah, boleh juga ambil sarang angkut-angkut dan minyak bijan lalu dimasukkan ke dalam belanga, hangatkan dan pudi dengan jernang lalu dibubuhkan pada minuman itu lalu rendamkan telur ayam tanpa garam dan bolehlah dimakan dengan nasi. Selain itu, bagi mengubati sakit perut kencing darah atau nanah, ambillah jintan putih secawan dan jintan hitam secawan lalu dimasak jangan hangus, maka padi, bubuh sakar setengah cawan,

(25)

25

minyak sapi secawan dan campurkan semuanya lalu dimakan. Sebagai ubat kencing berdarah bolehlah diambil nini santan dan ikan keli lalu diambil patinya dan apiun sedikit lalu diminum. Seterusnya, bagi sakit perut kencing berdarah lagi, ambil jahar kelam tiga buah, kedekai dan rendamkannya sehingga lembut. Setelah lembut, pipiskan dengan air bermalam dan minum selama tiga pagi.

Yang ketujuh adalah sakit perut rengat. Bagi mengubatinya, ambil cendana janggi dan jernang, apiun ( candu), buah maja, buah birah, kulit delima, kulit mengkal, daun delima dan jumping lalu dicampurkan kesemuanya dengan manjakani dan diasahkan dengan air hangat dan daun delima dengan sgala kulit-kulit itu lalu digilingkan semuanya dan diberi makan.

Yang kelapan adalah sakit perut yang tajam atau sneak atau kencing berdarah. Sebagai penawar bagi mengubati penyakit ini bolehlah ambil akar keremak, orang-aring, bawang, akar tampam lalu pipiskan dan tampalkan pada tempat yang sakit itu. Yang kesembilan adalah sakit perut yang berjalan-jalan dan berbalik-balik isi perutnya serta hendak berak muntah rasanya. Oleh itu, ambil akar maja dan rebus lalu diberi minum.

Yang kesepuluh adalah sakit kembung perut atau senak, lalu diambil pisang kelat yang muda dan abu dapur serta arang sedikit dan cucur atap, lalu dipipiskan semuanya dan lumurkan pada perut yang sakit, insyaallah kembali pulih. Selain itu, bagi mengubati sakit perut boleh juga ambil pinang kosai lau korekkan dan buang isinya, kemudian ambil mani kemenyan dan apiun seberat dua kenderi lalu dibubuhkan kepada muka pinang itu dan bakar sehingga hangus, kemudian ambil nasi tiga kepal dan bakar sehingga hangus, lalu ambil air didih dan bubuhkan pada mangkuk kemudian giling pinang dengan nasi itu, bubuh ke dalam air didih itu dan diberi minum.

Yang kesepuluh adalah sakit perut cirit yang boleh diubati dengan mengambil pucuk kulim, kunyit, jaha sepang dan tumbuk ambil airnya lalu diminum, insyaallah sihat afiat. Selain itu, bagi mengubati cirit-birit boleh juga ambil kulit putat, akar jernang, akar sekati lima, akar timbun tahi, akar minyak-minyak gajah, kulit tengar, sepang, manjakani, bawang putih sedikit, kacu putih, jaha lawi, jaha kelam dan cengkih lalu direbus dan diberi minum. Kemudian boleh juga gunakan kulit tanjung, kulit gelang, sabak, cangkuk dan sudu ayah lalu direncek halus-halus dan dimakan dengan sirih pinang selama tiga hari, afiat.

Yang kesebelas adalah sakit perut menyucuk-nyucuk dan menikam-nikam. Sebagai ubatnya, ambil cendana janggi, jernang, jemuju kersani lalu diasahkan kesemuanya dengan air didih dan diberi minum selama tiga hari, afiat. Sebagai ubat sakit perut yang sehari-hari,

(26)

26

ambil biji sawi, kunyit, sunti halia, daun mesui dan biji kedondong lalu dibakar dahulu dan pipiskan sehingga lumat dan beri minum dengan air madu selama tiga pagi.

Penyakit Medu (MSS 2515: hal. 131-137)

Ubat penyakit medu adalah dengan mengambil manjakani, pucuk, jintan hitam, jiantan putih, kayu manis Cina, cabai dan jemuju kersani, semuanya itu sebarat seemas lau direndamkan dan dipipis lumat lalu bubuh air, apabila terasa sakit, makan selam tiga hari. Sebagai ubat medu lagi, ambil limau nipis dan air madu secawan dan air limau sedikit lalu diminum setiap pagi selama empat puluh hari. Selain itu, boleh juga ambil rumput tahi babi, halia segenggam, lada sulah, halia sunti padi, beras putih segenggam dan buatkan bubur dan makanlah selama tiga pagi, insyaallah sihat walafiat. Sebagai ubat medu lagi, ambil daun gelanggang dengan kapur tohor dan pais, lalu bubuhkan pada pusatnya, insyaallah sihat. Seterusnya, boleh juga gunakan putik mengkudu sebesar hulu parang dan bakar, sesudah itu embunkan dan makan setiap pagi dengan daun balik adap, dihiris seperti nasi ulam. Sebagai ubat medu atau senak hulu hati, ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah Inna a’taina sebanyak tiga kali lalu kerat dua limau nipis itu lalau dibubuhkan kapur tohor pada keratin limau itu dan sapukan pada hulu hati yang sakit itu, insyaallah afiat.

Tib dalam bahasa Arab bermakna ilmu mengenai ubat-ubatan atau jampi menjampi. Kitab Tib ialah kitab mengenai ubat-ubatan atau jampi menjampi. (Kamus Dewan, 2000: 1441). Kitab Tib merupakan sebuah kitab atau manuskrip tentang ilmu perubatan Melayu secara tradisional. Ia merupakan amalan atau petua-petua yang dimiliki oleh seseorang itu sama ada sebagai bomoh atau sebagainya. Kita tib menampilkan pelbagai rumusan ubat dan pelbagai jenis penyakit sama ada penyakit yang bersifat zahir atau pun yang bersifat batin. Bahan-bahan yang sering digunakan dalam perubatan tradisional ialah air, tumbuh-tumbuhan dan seringkali bahagian-bahagian tertentu yang bersesuaian digunakan untuk merawat sesuatu penyakit seperti penggunaan jampi, doa, tangkal atau azimat dan sebagainya dalam sesuatu perubatan yang dilakukan.

(27)

27 ampiran

(28)

28 Bibiliografi

Harun Mat Piah ( 2006 ). Kitab Tib Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia.

Sumber Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitab_Tib. Diperolehi pada 8.12.2011

ilmungelmuangeltinemu.blogspot.com/.../kitab-tib. Diperolehi pada 8.12.2011 www.bharian.com.my/...KitabTib-IlmuPerubatan. Diperolehi pada 8.12.2011

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu beberapa pertanyaan tambahan dapat digunakan untuk menganalisa suatu sistem untuk pemakai yang berpengalaman, dalam bentuk yang sederhana, cepat dan

The tasks of the political party as the assisting team for the observer team from Rahmat Hidayat were divided based on the electoral districtof each political party supporting

Time courses of the area variation in the outer shape of the placozoan at various concentrations of nutrients.. Experi- mental conditions are the same as

Kemenkeu mengatakan bahwa desain dari PEN tahun ini mengalami modifikasi, yakni anggaran untuk program kesehatan melonjak tinggi mencapai Rp 176,3 triliun,

growth up to 15 days. Keywords: Chicken, inhibitory bacterial growth activity, Ocimum basilicum, phytochemical screening, tofu.. HALAMAN PENGESAHAN ... Latar Belakang ...

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan proses dan teknik pada lukisan potret diri Affandi. Metode penelitian yang digunakan dalam penyusunan skripsi ini adalah

- meminta siswa untuk membandingkan perbedaan surat dan kartu ucapan tentang ungkapan memuji dan konteks yang digunakan pada teks tersebut.3. - Meminta siswa menganalisis

Secara singkat, pengkaji menemukan permasalahan kajian dari penyelidikan ini iaitu: (1) Menemukan sosiobudaya komuniti etnik Jawa pedesaan di Pulau Jawa ; (2) Menemukan