• Tidak ada hasil yang ditemukan

2. Mengapakah masyarakat lembah Indus membina bandar terancang seperti berikut?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "2. Mengapakah masyarakat lembah Indus membina bandar terancang seperti berikut?"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1 1. Dialog berikut berkaitan dengan konsep tamadun.

Sejarawan Barat : Tapak ini maju dengan pembangunan lahiriah. Bolehlah diisytiharkan sebagai kawasan bertamadun.

Sejarawan Islam: Kita juga perlu mengkaji pembangunan rohaniah masyarakatnya. Apakah ciri pembangunan rohaniah?

A Ketinggian tatasusila B Keupayaan pemikiran C Kehebatan kemahiran D Kepelbagaian kepercayaan

2. Mengapakah masyarakat lembah Indus membina bandar terancang seperti berikut ? ➢ Mohenjo–Daro

➢ Harappa

A Lokasi strategik B Penduduk ramai

C Bidang geometri yang maju D Sumber alam yang banyak

3. Sebelum menjadi konsul, ahli Dewan Senat perlu menjadi pemerintah tentera. Mengapakah syarat tersebut ditetapkan dalam tamadun Rom?

I Menghapuskan golongan penentang II Memudahkan penyebaran agama III Memastikan ketua negara kuat IV Memilih pemimpin berwibawa

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

4. Rajah di bawah menunjukkan ikatan kolar kuda di Tamadun China.

Apakah tujuan mereka mencipta kolar kuda ?

A Menarik kenderaan B Membawa penumpang C Menambah kelajuan D Membuat pengairan

5. Bagaimanakah kerajaan maritim berjaya memajukan ekonomi mereka?

A Kekayaan hasil hutan B Kemahiran membina kapal C Kebolehan membina terusan D Penduduk yang ramai

6. Kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan tuhan adalah untuk

A menyembah raja B sebagai adat istiadat raja C rakyat takut untuk derhaka D upacara keagamaan

(2)

2 7. Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ?

A Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai B Mengamalkan penyembahan berhala C Hidup berpecah belah D Tidak jujur dalam perniagaan

8. Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Apakah ciri keperibadian yang boleh dicontohi daripada peristiwa tersebut?

A Kegigihan B Bersemangat

C Bersifat pemaaf D Kebijaksanaan

9. Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi dalam Piagam Madinah?

A Memimpin angkatan tentera B Menjadi pentadbir wilayah C Diberi pengecualian cukai D Diiktiraf sebagai rakyat

10. Antara berikut adalah kepentingan pembukaan semula kota Makkah

I Kota Makkah menjadi pusat pentadbiran Islam II Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah III Penyebaran Islam seluruh Tanah Arab

IV Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

11. Kerajaan Rom Timur atau Byzantine dan kerajaan Parsi adalah kuasa yang mengancam keselamatan kerajaan Islam Madinah.

Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut ?

A Mengambil tindakan ketenteraan B Menamatkan hubungan diplomatik C Menghantar bayaran ufti setiap tahun D Menandatangani perjanjian persahabatan

12. Dasar sosial Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam.

Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut ?

A Warisan bangsa B Jurai keturunan

C Kecemerlangan individu D Pengumpulan kekayaan

Umur Peristiwa

(3)

3 13. Jadual berikut menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Negeri

Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah ?

A Mengharapkan anugerah B Menguasai kerajaan

C Menarik perhatian rakyat D Menyekat pengaruh agama lain

14. Sultan Iskandar Musa Mahkota Alam telah menubuhkan institusi baitulmal di Acheh. Apakah fungsi institusi tersebut?

A Menjaga perbendaharaan negara B Menguruskan adat istiadat istana C Menyeragamkan sistem pentadbiran D Mengawal pelaksanaan undang-undang

15. Golongan raja di Asia Tenggara menggunakan gelaran berikut setelah kedatangan Islam.

Zillullah fil-alam Zillullah fil-ardh

Mengapakah gelaran tersebut digunakan?

A Melambangkan kemakmuran kerajaan B Mengekalkan warisan tradisi C Mengesahkan kewibawaan D Memelihara hak penduduk

16. Bagaimanakah Laksamana membantu meneruskan perkembangan Islam di Melaka pada abad

ke-I6?

A Mengetuai protokol di istana B Mengawal keamanan dalam negeri

C Menjaga urusan kelautan D Menjaga keselamatan kawasan perairan

17. Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance. Apakah peranan golongan tersebut?

A Menyebarkan agama B Menjelajah ke kawasan luar C Menganggotai pasukan tentera D Menaungi golongan pelukis

18. Pergerakan Luddite adalah gerakan sosial oleh pekerja industri tekstil di Britain pada abad ke-19. Mengapakah gerakan tersebut muncul?

A Menentang penggunaan mesin B Menentang penggunaan buruh wanita C Membantah pengurangan masa bekerja D Membantah penubuhan persatuan pekerja

19. Pada tahun 1913, British telah meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu. Apakah tujuan akta tersebut diluluskan?

A Meningkatkan taraf hidup masyarakat B Mengatasi masalah pencemaran

C Menghapuskan cukai tanaman D Melindungi kepentingan ekonomi penjajah Negeri Cara pengislaman pemerintah

Pattani Raja Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said Pasai Raja Malik al-Salih diislamkan oleh Syeikh Ismail

(4)

4 20. Kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah mewujudkan

I pengasingan sosial dan budaya II perbezaan pendidikan dan pekerjaan III pertambahan keperluan bahan mentah IV peningkatan taraf hidup penduduk

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

21. Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

A Kemasukan kaum imigran tidak terkawal B Kemunculan ramai golongan intelek C Kewujudan golongan bangsawan D Kepelbagaian sukatan mata pelajaran

22. Sepanyol telah memperkenalkan Sistem Polo di Filipina. Apakah kesan pengenalan sistem tersebut?

A Pertambahan tenaga kerja asing B Penindasan penduduk peribumi

C Pengangguran semakin meningkat D Pengeluaran hasil pertanian berkurangan

23. Pada awal abad ke-20, gerakan nasionalisme di Indonesia mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

I Pengaruh komunis II Bantuan ketenteraan III Pengaruh hasil karya IV Kedudukan geografi

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

24. Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat?

A Kekurangan sumber modal B Penolakan ideologi Kaum Muda C Penguatkuasaan undang-undang D Ketiadaan pemimpin berkebolehan

25. Senaraikan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

I Lambang-lambang II Kekuatan ketenteraan

III Kebebasan asasi IV Keunggulan undang-undang

A I dan II B I dan IV

C II dan III D III dan IV

26. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa. Apakah buktinya?

A Pemerintahan raja berkuasa mutlak B Perlembagaan bertulis yang lengkap C Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum D Persamaan dengan hukum Kanun Melaka

(5)

5 27. Gambar berikut merujuk kepada penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

Mengapakah berlaku tindakan sedemikian?

A Menolak sistem demokrasi B Memusnahkan status quo

C Pembentukan pelbagai budaya D Penghapusan ekonomi tradisional

28. Gambar 1 menunjukkan demonstrasi rakyat Sarawak kerana menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946.

KAMI TIDAK MAHU DIJAJAH

Mengapakah terdapat sepanduk yang tertulis ``WE DO NOT WANT TO BE COLONISED’’ (KAMI TIDAK MAHU DIJAJAH) ?

A Taraf kerajaan sendiri terjejas B Sempadan negeri akan diubah

C Majlis Tertinggi Negeri dibubar D Mahkamah Anak Negeri dimansuhkan

29. Apakah kebaikan Sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu?

A Mendapat peluang mentadbir kerajaan B Mengekalkan pentadbiran tradisional C Mendapat pengiktirafan kuasa besar D Menjimatkan kewangan kerajaan

30. Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956 sebagai persediaan kemerdekaan. Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

A Menganjurkan rundingan antara kaum B Melantik pegawai pentadbiran baru C Mencadangkan tarikh pilihan raya D Merangka perlembagaan

31. Mengapakah British menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia? I Dapat menghalang kemasukan imigran

II Mampu membendung pengaruh komunis III Berupaya memperkukuh sistem pertahanan IV Boleh mengekalkan sistem pemerintahan beraja

(6)

6 32. Brunei telah menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia. Apakah kesan sekiranya Brunei menyertai Malaysia?

A Kerajaan Kalimantan Utara menjadi semakin kuat B Hubungan dengan Filipina dapat diperkukuh C Pengaruh golongan sosialis meningkat D Sumber ekonomi bertambah banyak

33. Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem tersebut?

I Bertindak atas nasihat Perdana Menteri II Boleh menggunakan kuasa budi bicara III Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara IV Berhak membatalkan sesuatu undang-undang

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

34. Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia?

A Tidak membenarkan wakil parti politik memantau pilihan raya B Tidak memihak kepada mana-mana parti politik

C Membenarkan calon mengemukakan sebarang isu

D Menyalurkan bantuan kewangan kepada parti yang bertanding

35. Apakah maksud dua ekor harimau dalam Jata Negara?

A Keberanian B Perpaduan rakyat

C Kemegahan penduduk D Kesangupan berkorban

36. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah agensi yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaya Pertama.

Apakah matlamat agensi tersebut?

A Menstabilkan harga pasaran

B Menggalakkan pelaburan modal asing C Merangsang penglibatan sektor swasta

(7)

7 37. Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar berikut?

I Mengimbangi kekuatan tentera negara jiran II Merapatkan jurang ekonomi antara kaum III Menambahkan bilangan tenaga kerja

IV Meningkatkan pasaran keluaran barangan tempatan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

38. Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914. Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut ?

A Perancis bersekutu dengan Rusia B Wilayah Jerman diceroboh C Bakal raja Austria dibunuh D Pearl Harbour diserang

39. Melalui Komanwel, Malaysia dengan lantang menentang Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Mengapakah Malaysia menentang ideologi tersebut?

A Ideologi komunis berkembang B Perdagangan antarabangsa terjejas C Keselamatan negara jiran terancam D Penindasan terhadap rakyat berleluasa

40. Apakah kunci utama yang menentukan kejayaan dasar k-ekonomi?

A Inovasi B Integreti

C Ketekunan D Sokongan pihak swasta

KERTAS SOALAN TAMAT Tahun 1984

Perkara Dasar Kependudukan

Matlamat Meningkatkan jumlah penduduk Malaysia menjadi 70 juta dalam tempoh 115 hingga 120 tahun

(8)

8 PERATURAN PERMARKAHAN KERTAS 1 SEJARAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020 NO JAWAPAN MS NO JAWAPAN MS 1 (TING 4 A 5 21 (TING 5) B 16 2 C 24 22 B 15 3 D 44 23 D 49 4 A 52 24 C 50 5 B 78 25 B 75 6 C 85 26 B 80 7 C 102 27 B 99 8 D 106 28 A 110 9 D 127 29 A 119 10 D 135-136 30 D 125 11 A 145 31 C 116 12 C 161 32 C 145-146 13 C 176 33 A 140 14 A 191 34 B 167 15 C 197 35 A 177 16 C 209 36 D 198 17 D 218 37 D 230-231 18 A 236 38 C 230-231 19 D 260 39 D 239 20 A 26475 40 A 262 Disediakan oleh

Pn Soraya Begum bt Abdul Rahman. Ketua Bidang Kemanusiaan

Referensi

Dokumen terkait