• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepimpinan Berprestasi Tinggi Dalam Memperkasa Ketrampilan Pengurusan Organisasi. Abstrak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kepimpinan Berprestasi Tinggi Dalam Memperkasa Ketrampilan Pengurusan Organisasi. Abstrak"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

Kepimpinan Berprestasi Tinggi Dalam Memperkasa Ketrampilan Pengurusan Organisasi

Noor Paridah Abdul Hamid & Mohd Izham Mohd Hamzah

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor Abstrak

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menegaskan kepentingan semua pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berprestasi tinggi dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan selaras dengan tuntutan Wawasan 2020. Sehubungan itu, kertas konsep ini bertujuan meninjau tentang kepimpinan berprestasi tinggi dari pelbagai aspek. Pertamanya, definisi kepimpinan berprestasi tinggi diperjelaskan dari pelbagai kajian literatur. Seterusnya, kertas ini memperihalkan ciri-ciri kepimpinan berprestasi tinggi dari pelbagai perspektif penyelidik dan juga sebagaimana yang disarankan oleh KPM. Selain itu, para pemimpin berprestasi tinggi juga perlu melihat kekuatan ahli dan organisasi masing-masing dalam mengenal pasti apakah bidang kebitaraan yang mampu ditonjolkan sebagai penanda aras memperkasa organisasi berprestasi tinggi. Kertas ini juga memperjelaskan tentang pelbagai teori kepimpinan yang perlu difahami dan diadaptasi oleh pemimpin sekolah dalam keterampilan pengurusan dan kepimpinan di sekolah masing-masing. Sehubungan dengan itu, turut ditegaskan bahawa KPM menyediakan pelbagai kursus Jangka Pendek, Jangka Panjang dan Kompetensi Berimpak Tinggi (KOMPAS) bukan sahaja kepada semua pemimpin sekolah tetapi juga kepada bakal pemimpin. Semua kursus tersebut bertujuan untuk melengkapkan pemimpin sekolah dengan pelbagai kompetensi bersesuaian dengan kehendak Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). Perbincangan kertas kerja ini turut meneliti pelbagai cabaran dan isu yang mungkin timbul dalam proses pelaksanaan kepimpinan berprestasi tinggi ini.

Kata Kunci: Kepimpinan , Kepimpinan Berprestasi Tinggi , Ketrampilan Pengurusan

*Correspondence author. Tel: +6014-2604317

(2)

1.0 PENGENALAN

Menyedari betapa pentingnya peranan pendidikan dalam merealisasikan hasrat kerajaan, warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) termasuklah 7,714 Guru Besar dan 2,282 Pengetua dituntut supaya menjadi “pasukan profesional yang responsif terhadap fenomena baharu, cabaran baharu dan harapan baharu yang didepaninya”. (Abdul Ghafar, 2011).

Kapasiti kepimpinan sekolah serta keperluan dalam meniti cabaran masa hadapan banyak diperbincangkan oleh pengkaji-pengkaji pendidikan. Sebagaimana di negara-negara maju, aspek keperkasaan sekolah dan kecemerlangan kepimpinan sekolah menjadi agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia, kini. Sekolah dan kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi mengisi harapan masyarakat dan cabaran masa depan negara. Begitu juga, dalam memperkatakan transformasi pendidikan yang membawa maksud suatu perubahan terancang pendidikan melalui Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012 untuk membangunkan pendidikan secara sistematik dan penyediaan prasarana pendidikan yang berkualiti amat signifikan dengan kualiti kepimpinan sekolah.

Kajian tokoh pendidikan (Harris,B.,2007) mengenai sekolah dan keberkesanan kepimpinan juga menunjukkan bahawa organisasi sekolah yang semakin kompleks memerlukan anjakan amalan dan penyesuaian dari perspektif kepimpinan. Pemimpin sekolah perlu mengubah imej dengan membangunkan kapasiti dan potensi kepimpinan guru yang mampu membuat kolaborasi dalam menyelesaikan permasalahan sekolah. Permasalahan dan kemajuan sekolah bukan lagi terletak pada bahu seseorang pemimpin yang bersifat ’heroisme’ tetapi perlu dihayati dan digalas bersama oleh semua pemimpin dalam institusi tersebut.

Kelayakan kepengetuaan atau pemimpin sekolah adalah menjadi suatu fokus utama dalam era memperkasakan sekolah. Tekanan dan harapan yang semakin meningkat dalam usaha menjadikan sekolah mempunyai akauntabiliti tinggi terhadap pencapaian pelajar kian menjadi keutamaan. Beberapa persoalan yang berkaitan dengan skil kepimpinan pengetua yang signifikan dengan keberkesanan sekolah telah menjadi isu perdebatan di negara maju malahan di negara ini. Dalam konteks memperkasa kepimpinan sekolah, tidak dinafikan bahawa latihan, pengalaman dan kelayakan seseorang pemimpin sekolah sangat penting. Jelas, keupayaan dan peranan pemimpin sekolah amat signifikan dalam merencana ke arah mewujudkan sekolah yang berkesan dan maju. Tetapi, pengetahuan tentang cara yang terbaik

(3)

untuk menyediakan pemimpin sekolah yang benar-benar berkelayakan tidak banyak diketengahkan. Ada beberapa persoalan yang fundamental perlu diketengahkan. Pertama, apakah elemen penting yang perlu ada pada seseorang pemimpin sekolah? Kedua, apakah program dan latihan bercorak pembangunan pemimpin yang dibina benar-benar berjaya melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkesan?

Kepimpinan institusi sekolah juga perlu selari dengan aspirasi negara. Oleh sebab itu menjadi kewajipan pemimpin sekolah merealisasikan gagasan ’Satu Malaysia’ sebagai kesinambungan perjuangan dan hala tuju pendidikan negara. ’Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan’ adalah satu slogan dan komitmen yang turut didokongi bersama oleh para kepimpinan sekolah. Oleh itu mulai tahun 2014, proses pelantikan pengetua dan guru besar akan dimantapkan lagi dengan memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah, ( Tan Sri Muhyiddin Yassin,TPM 2013 )

Malahan sejarah telah membuktikan bahawa para pemimpin guru telah turut mempelopori perjuangan dan memainkan peranan penting dalam membentuk landskaps perpaduan dan kemajuan negara. Dalam konteks gagasan ini, perpaduan dan kemajuan sesuatu sekolah adalah terletak pada bahu kepimpinan sekolah yang berkesan. Manakala satu petunjuk sekolah berkesan adalah dapat mengukur sejauh mana kepimpinan sekolah itu dapat memimpin secara kolektif, menjana pengurusan site based dan membuat keputusan bersama. Apatah lagi pemimpin sekolah perlu mempunyai visi bersama dalam memartabatkan pendidikan kita kepada pendidikan bertaraf dunia. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah sekian lama membina misi untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia. Akta Pendidikan 1996 jelas menyatakan; “DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti dan memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia “(Malaysia,1996:11)

2.0 KEPIMPINAN

Kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian visi dan misi sesebuah organisasi. Menurut (Goetch & Davis 2000, 241) “Kepimpinan ialah kebolehan untuk memberi inspirasi kepada individu atau kumpulan manusia bagi

(4)

mewujudkan komitmen yang menyeluruh, kesanggupan dan kerelaan ke arah mencapai matlamat organisasi”. Kepimpinan adalah proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dan pengikut untuk mencapai objektif organisasi melalui perubahan-perubahan yang mereka lakukan. (Lussier, 2002) Sabda Rasulullah, "Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya”. Ini diperkukuhkan lagi dengan kajian (Rosen Bach & Taylor, 1993) iaitu “Kepimpinan ialah satu proses yang berkaitan dengan mendapatkan individu untuk bekerjasama supaya dapat menjayakan sesuatu yang mungkin tidak berlaku tanpa pengaruhnya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)turut menjelaskan bahawa “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai apa yang dipimpinnya”.

Sesungguhnya konsep kepimpinan membawa pelbagai pengertian kepada individu yang berlainan. Mungkin pengertian itu berbeza antara individu mahupun kumpulan dalam sesuatu organisasi berasaskan pemahaman masing-masing dan kerangka keteorian serta kema pemikiran termasuk peribadi individu. Namun tidak boleh dipertikaikan bahawa setiap pemimpin ingin menjadi pemimpin yang baik.( Rahimah,2001 )

Kepimpinan mengikut Robbins (2003) boleh didefinisikan sebagai ”kemampuan untuk mempengaruhi sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat.” Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu. Pada amnya kepimpinan didefinisikan sebagai satu seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Pengetua sebagai seorang pemimpin peringkat sekolah. Pengertian ini memang memadai sebagai gambaran umum, tetapi pada seseorang yang sedang menyandang atau akan menyandang jawatan ini amat tidak memadai. Pengertian pengetua adalah lebih mendalam dan lebih kompleks daripada pengertian umum ( Wan Zahid , 2004 )Selanjutnya Wan Mohd zahid menghuraikan Pengetua sebagai pemimpin yang dipilih secara sukarela tetapi aautoritinya datang dari pihak atasan bersandarkan pada kuasa sah yang lazimnya dianugerahkan kepada penjawat jawatan rasmi utama dan orang bawahan atau subordinat terpaksa akur kehadirannya.

(5)

3.0 CIRI – CIRI PEMIMPIN BERPRESTASI TINGGI

Pemimpin merupakan individu yang diberi amanah untuk memimpin orang bawahan ke arah mencapai misi dan visi organisasi. Oleh itu, aspek kualiti kepimpinan dan kemahiran mewujudkan hubungan yang baik dengan orang bawahan adalah faktor penentu kejayaan seseorang pemimpin dan organisasinya. Dewasa ini, gaya kepimpinan telah banyak mengalami perubahan. Lumrahnya, setiap dalam diri kita ada sifat kepimpinan, ada yang sedikit dan ada yang banyak. Setiap seorang daripada kita adalah pemimpin. Setiap orang berpotensi menjadi pemimpin kerana seorang pemimpin boleh lahir dalam pelbagai situasi iaitu pemimpin keluarga ataupun pemimpin sesebuah organisasi. Jatuh bangunnya sesebuah organisasi adalah terletak di bahu pemimpinnya.Hebatnya organisasi, hebatlah kepimpinannya. Boleh dikatakan bahawanya pemimpin pada dasarnya, menjadi tunjang sesebuah organisasi. Untuk memastikan kemantapan organisasi, terdapat beberapa perkara yang perlu diambilkira. Salahsatunya adalah ciri pemimpin tersebut memimpin organisasinya.

Datuk Musa Haji Aman telah menyenaraikan beberapa ciri pemimpin berkualiti dan berprestasi tinggi. Antaranya ialah seorang pemimpin haruslah berfikiran terbuka. Seorang pemimpin haruslah terbuka menerima pandangan daripada pelbagai pihak. Sikap keterbukaan ini akan membolehkan sesiapa sahaja memimpin organisasinya dengan baik. Selain itu, seorang pemimpin juga haruslah berpandangan jauh. Sikap ini mampu menjalin hubungan yang mesra dengan semua peringkat. Bertimbangrasa, berperikemanusiaan dan melaksanakan tanggungjawab secara bersama dalam organisasi merupakan amalan-amalan yang boleh meningkatkan kualiti pengurusan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa seorang pemimpin yang berkualiti sewajarnya mempunyai ketokohan dan penampilan personaliti serta memeliharanya setiap masa. Pemimpin yang mempunyai personaliti jitu dapat dilihat daripada segi timbang rasa dan berperikemanusiaan. Imejnya yang baik yang disertai dengan ciri-ciri berketrampilan membuatkannya disegani dan dihormati. Tambahan pula, seorang pemimpin seharusnya melaksanakan tanggungjawab secara bersama dalam organisasi. Ini kerana pemimpin merupakan "the central figure" dalam pengurusan dan pentadbiran. Untuk mendekati orang bawahan, pemimpin boleh mengamalkan berkomunikasi secara terbuka dan dua hala, seorang

(6)

yang peramah, mudah mesra, dan sentiasa menunjukkan wajah yang disenangi oleh pengikutnya. Paling penting sekali, seorang pemimpin akan dihormati dan dipercayai sekiranya beliau menunjukkan yang beliau mengambilberat tentang orang bawahannya. Pemimpin sebegini akan mendapat sepenuh komitmen daripada orang bawahan.

Selain itu, Perdana Menteri Malaysia menggariskan beberapa ciri pemimpin berprestasi tinggi. Antaranya ialah berwawasan dan jelas tentang matlamat yang hendak dicapai oleh organisasinya serta mempunyai kemahiran instructional yang tinggi. Seorang pemimpin haruslah jelas dengan halatuju organisasinya dan merangka pelan untuk mencapai halatuju tersebut.

Seorang pemimpin seharusnya memiliki keupayaan berkomunikasi dengan baik dan berfikiran reflektif, kreatif, konstruktif. Kemahiran berkomunikasi ini penting bagi memastikan setiap mesej yang ingin disampaikan kepada pendengar adalah jelas. Seorang pemimpin berprestasi tinggi juga harus memiliki kemahiran diplomasi dan daya penarik. Kemahiran ini akan membolehkan seseorang pemimpin itu mendapat sokongan kakitangannya. Selain itu, bersifat terpuji adalah akhlak contoh pemimpin unggul.

Mohd Zaim Sharif (2008) menyatakan bahawa seorang pemimpin haruslah berfikiran jauh dan pandai sesuaikan diri mengikut keperluan situasi dan masa. Ini disokong oleh Azizi Yahya (2007) yang menyatakan bahawa seorang pemimpin haruslah mempunyai pelbagai kebolehan. Antaranya ialah, berani melakukan perubahan, membimbing dan berusaha untuk melonjakkan pencapaian sekolah. Ciri-ciri ini akan membolehkan sesebuah organisasi bertambah maju. Seorang pemimpin haruslah bijak menyesuaikan diri dalam semua situasi dan boleh mendorong kakitangannya mencapai tujuan dan matlamat organisasi.

Corak kepimpinan seseorang pemimpin terserlah melalui sifat dan perwatakannya. Semua orang boleh menjadi pemimpin, tetapi hanya sedikit yang menjadi pemimpin teladan yang boleh memimpin dan memacu kecemerlangan organisasinya. Strategi ini terserlah dalam kepimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia. Menurut Profesor Emiritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim, beliau mengakui tidak kenal rapat dengan Perdana Menteri tetapi mendapati Datuk Seri Abdullah mudah mesra dan memberi perhatian

(7)

kepada orang yang diperkenalkan kepada beliau serta bersedia memdengar pelbagai pendapat dan juga pandangan (Chamil Wariya, 2004).

Pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas mereka bukanlah mudah. Mereka juga dikenali dan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Seseorang pemimpin hendaklah berupaya membuat keputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik untuk dirinya sendiri tetapi terbaik kepada semua pihak yang lain.

KPM telah menggariskan beberapa ciri pemimpin berprestasi tinggi yang boleh diaplikasikan oleh semua pemimpin. Pertamanya, seorang pemimpin perlu ada kredibiliti dan akauntabiliti. Kedua-dua sikap akan membuatkan seorang pemimpin itu dipandang tinggi oleh orang bawahannya. Selain itu, seorang pemimpin adalah role model. Oleh yang demikian, pemimpin haruslah menjadi teladan yang baik untuk orang bawahannya. Teladan yang baik ini akan membolehkan seorang pemimpin membimbing orang bawahannya dengan efektif.

Justeru itu, pemimpin berprestasi tinggi perlu berani melakukan perubahan secara proaktif. Perubahan-perubahan ini adalah penting bagi memacu sesebuah organisasi ke arah yang lebih baik. Dalam pada itu, seorang pemimpin haruslah menjadikan integriti sebagai budayanya. Pembelajaran sepanjang hayat juga ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap semua pemimpin,khususnya guru besar dan pengetua sekolah. Pemimpin yang efektif perlu mewujudkan suasana dan budaya pembelajaran yang berterusan di dalam diri sendiri dan juga di kalangan orang bawahan sama ada menerusi pengalaman (on the job experience) ataupun mencari ilmu (knowledge acquisition). Ilmu adalah satu mutiara berharga yang harus dituntut oleh semua orang tanpa mengira waktu mahupun usia. Oleh yang demikian, konsep pembelajran sepanjang hayat haruslah diterapkan ke dalam organisasi.

Setiap orang di dunia ini harus mempunyai ciri seorang pemimpin yang baik. Ini adalah kerana sifat semulajadi manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain. Sifat kepimpinan yang hanya ditujukan terhadap orang yang tertentu sahaja adalah tidak tepat sama sekali. Pemikiran ini haruslah diubah dan setiap manusia perlu memikul tanggungjawab ini. Tiada seorang pun yang bersifat berkecuali. Pemimpin adalah bermaksud mempengaruhi

(8)

manusia bagi mencapai objektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan atau motivasi melalui penyampaian lisan atau penulisan.

Konsep “pemimpin” berasal dari kata asing “leader” dan“kepemimpinan” dari “leadership”. Kartono (2005, p. 51) mengatakan bahwa”pemimpin adalah seorang individu yang memiliki superioritas tertentu, sehingga dia memiliki kewibawaan dan kekuasan untuk menggerakkan orang lain melakukan usaha bersama guna mencapai sasaran tertentu”.

Kouzes (2004, p. 17) menjelaskan bahwa ”pemimpin adalah vionir sebagai orang yang bersedia melangkah ke dalam situasi yang tidak diketahui. Pemimpin yang mempunyai visi yang jelas dapat menjadi penggerak dalam melaksanakan tugas utama dan fungsinya sebagai pemimpin”. Pemimpin adalah seseorang yang mampu mempengaruhi orang lain melakukan sesuatu kerana mereka diperkasakan oleh kuasa ( Abdul Shukor 2004 ). Menurut Rukmana (2007), organisasi sudah pasti pimpinan, tapi belum tentu dapat berperanan sebagai pemimpin. ”Pemimpin (leader) adalah orang yang melakukan atau menjalankan kepemimpinan (leadership). Sedangkan pimpinan adalah mencerminkan kedudukan seseorang atau kelompok orang pada hiraki tertentu dalam suatu birokrasi formal maupun informal”.

Datuk Seri Najib Tun Razak ( 2013 ) Seorang pemimpin perlu berwawasan dan jelas tentang matlamat yang hendak dicapai oleh organisasinya, mempunyai kemahiran instruksional yang tinggi, memiliki keupayaan berkomunikasi dengan baik dan berfikiran reflektif, kreatif, konstruktif,memiliki kemahiran diplomasi dan daya penarik serta bersifat terpuji . Menurut Page & Wong (2000) Seorang pemimpin bersedia mendengar, menerima dan memahami masalah pekerja bawahan serta sentiasa membantu dan menjaga kebajikan pekerja mereka. Seorang pemimpin berkongsi tanggungjawab dan membuat keputusan dalam melaksanakan tugas. Pemimpin komited dalam membangunkan dan mengembangkan potensi dan kemahiran peribadi pekerja bawahan dengan menghargai, mengiktiraf dan menggalakkan mereka dalam membantu membangunkan organisasi.

Manakala Russel & Stone (2002) mengklafikasikan seorang pemimpin bertanggungjawab memberi perkhidmatan, mengambil berat, mendengar dengan baik, membuatkan orang berasa penting, menitikberatkan kerja berpasukan dan menilai rasa

(9)

kecintaan dan persamaan dalam organisasi. Yang Berhormat Datuk Musa Hj. Aman (2003) mentakrifkan seorang pemimpin perlu berfikiran terbuka, berpandangan jauh, bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Melaksanakan tanggungjawab secara bersama dalam organisasi. Merupakan "the central figure" dalam pengurusan dan pentadbiran. Patterson’s ( 2003 ) menjelaskan seorang pemimpin perlu mempunyai rasa kecintaan, merendah diri, sentiasa bermurah hati terhadap pekerja dan sentiasa berusaha mencapai matlamat bersama. Barbuto & Wheeler (2006) Pemimpin mempunyai sikap mengutamakan kesenangan orang lain, mempunyai motivasi dan kesedaran diri serta sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk berkhidmat kepada orang lain.

Azizi Yahya (2007) seorang pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang berpandangan jauh, proaktif, berani melakukan perubahan, membimbing dan berusaha untuk melonjakkan pencapaian sekolah serta mempunyai pelbagai kebolehan. Ciri-ciri yang lazim ada pada pemimpin berkesan mengikut Abdullah & Ainon (2008) semangat bercita-cita,tabah, tekun, tekad, daya usaha, tenaga, dan hasrat ingin berjaya, kejujuran dan mempunyai integriti, bersikap terbuka, boleh dipercayai, jujur dan boleh diharap.Mempunyai dorongan kepimpinan, hasrat yang tinggi mahupun mampu mempengaruhi orang lain, sentiasa percaya pada keupayaan diri, pintar, berupaya menggabung dan mentafsir maklumat, kreatif serta fleksibiliti. Thompson(2010) Ciri seorang pemimpin adalah mengambil berat terhadap pekerja seperti empati, mendengar dan memulihkan mempunyai hubungkait dan boleh mempengaruhi kejayaan. Pemimpin yang hebat sentiasa komited untuk mengembangkan potensi pekerja demi mencapai matlamat organisasi.

Y.A.B Tan Sri Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 17 ( 2010 ) telah menggariskan lima dasar utama dalam konsep kepimpinan berprestasi tinggi yang perlu diamalkan oleh setiap pemimpin pendidikan KPM.

• Seorang pemimpin perlu ada kredibiliti dan akauntabiliti. • Seorang pemimpin adalah role model.

• Seorang pemimpin perlu berani melaksanakan perubahan secara proaktif .

(10)

• Seorang pemimpin perlu sentiasa mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan membudaya-kannya dalam tugasan harian

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.

Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan. Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .

Secara keseluruhannya, menjadi seorang pemimpin berprestasi tinggi haruslah mencakupi pelbagai ciri. Gabungan ciri-ciri inilah yang akan melahirkan seorang pemimpin berkualiti yang mampu memimpin dan melonjakkan organisasi ke satu tahap.

(11)

4.0 TEORI KEPIMPINAN

Memandangkan peri pentingnya kepimpinan, maka muncul beberapa teori mengenainya bermula sekitar awal abad ke-19 lagi dan telah menjalani beberapa proses evolusi sehingga kini. Secara umumnya, pendekatan kepada kajian kepimpinan dibahagikan kepada empat kumpulan besar iaitu teori sifat (traits), teori tingkah laku (behavioural), teori kepimpinan kontingensi dan situasi, dan teori-teori pendekatan kepimpinan baru yang antaranya merangkumi kepimpinan transaksional, pengajaran dan transformasional.

Dalam konteks kepimpinan sekolah pula, ciri-ciri peribadi seseorang pengetua turut menyumbang kepada keberkesanan kepimpinannya. Kajian yang telah dibuat oleh Education World (2005) ke atas 43 orang pengetua sekolah yang berjaya di Amerika Syarikat telah menegnalpasti 10 ciri utama yang dimiliki oleh pengetua-pengetua ini. Lima daripadanya diletakkan di tingkat paling atas dalam senarai iaitu berwawasan, jujur/boleh dipercayai, memiliki kredibiliti yang tinggi, keterlihatan (visibility) dan memiliki unsur kecindan (humour).

Teori Sifat (Traits)

Teori Trait muncul dalam tahun 1920-an dari penelitian serius melalui ujian psikologi yang berusaha mengenal pasti ciri-ciri umum pemimpin yang berkesan. Diantaranya yang dilakukan oleh Davis (1972), dengan menimbulkan empat ciri utama yang dianggap mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kejayaan kepimpinan di dalam organisasi, iaitu kecerdasan , kematangan dan hubungan sosial yang luas , motivasi diri dan dorongan berprestasi tinggi dan sikap hubungan kemanusiaan. Pemimpin memiliki ciri-ciri sifat kepimpinan trait mempunyai keperibadian dan sifat yang berbeza dengan orang kebanyakan. Contohnya seperti kemampuan adaptasi terhadap situasi, kepekaan sosial, mempunyai cita-cita yang tinggi, nilai kerjasama yang tinggi, keinginan untuk mendominasi, percaya pada kemampuan diri sendiri, mampu menangani stres dan nilai ketanggungjawaban yang tinggi.

Salah satu analisis kepimpinan teori sifat (trait theory) dimana penelitian mencuba memusatkan pada sifat kepimpinan pemimpin itu sendiri. Perkembangan teori ini terus mendapat perhatian kerana menawarkan pendekatan pragmatik, sesuatu yang boleh dijadikan contoh secara cepat bagi sesorang yang berada dalam posisi sebagai pemimpin. Teori ini secara dasar mengatakan bahawa pemimpin itu dilahirkan dan bukan diciptakan, dimana

(12)

ketika seseorang itu dilahirkan, ia akan membawa atau tidak membawa sifat-sifat yang ditakdirkan menjadi seorang pemimpin, ia memiliki ciri-ciri khusus yang tidak dimiliki oleh orang lain, yang bukan mempunyai untuk menjadi pemimpin.

Teori Kepimpinan Instruksional

Pendekatan sifat memandang bahawa kepemimpinan instruksional adalah kombinasi dari sifat-sifat (traits) yang nampak. Menurut Yukl, Razik dan Swanson dalam Ann Gracia, penelitian pada teori sifat terfokus pada ciri-ciri keperibadian pemimpin dan mencuba menghubungkannya dengan keahlian yang khusus. Teori ini membezakan pemimpin dari yang bukan pemimpin dengan berfokus pada berbagai sifat dan ciri-ciri peribadi yang dikaitkan dengan keterampilan yang khas. Jadi, berhasil atau tidaknya kepemimpinan seseorang ditentukan oleh ciri-ciri khas (fizikal, mental, keperibadian) yang dimiliki pemimpin tersebut.

Seorang pemimpin akan dikenal melalui sifat-sifat peribadinya yang ditentukan oleh sifat jasmaniah dan rohaniahnya. Tanggapan, bahawa beberapa orang merupakan pemimpin alamiah dan dianugerahi beberapa ciri yang tidak dipunyai orang lain seperti sifat bertenaga yang aktif, intuisi mendalam, pandangan masa depan yang luar biasa (visioner) dan kekuatan pujukan yang kuat

Objektif pendekatan kepimpinan instruksional ini adalah:-1. Memahami peranan pentadbir selaku pemimpin di sekolah 2. Mengenal isu-isu Kepimpinan Instruksional di sekolah 3. Pengetua sebagai Pemimpin Instruksional

4. Pengetua sebagai Pemimpin Transformasional dan Transaksional 5. Kontek budaya sekolah

Peranan kritikal seseorang pengetua ialah sebagai pemimpin instruksional walaupun pengetua sendiri tidak bertanggungjawab atas kepimpinan dalam pengajaran secara langsung (Hoy & Hoy, 2003). Pihak guru yang menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah sebab mereka mempunyai kemahiran dalam kurikulum dan penyampaiannya sebab

(13)

disebaliknya bertanggungjawab atas pembinaan satu persekitaran yang unggul untuk meningkatkan kualiti penyampaian pengetahuan/ilmu itu (Cotton & Savard, 1980; Huff, Lake & Schailman, 1982, Blumberg & Greenfield, 1986; Hoy & Hoy, 2003). Maka kepimpinan instruksional bermakna pengetua membina satu iklim sekolah dimana guru-guru secara spontan mengamalkan kepimpinan instruksional sendiri (Hoy & Hoy, 2003). Untuk mencapai matlamat ini, pihak pengetua mesti boleh berkomunikasi dengan jelas kepada guru-guru tentang visi pengajaran yang gemilang dan perkembangan profesional yang berterusan

Terdapat bukti empirikal bahawa Principal Instructional Management Rating Scale

(PIMRS) yang dibentukkan oleh Hallinger (1992), dan Multifactor Leadership yang

dibentukkan oleh Bass (1985) berjaya menunjukkan peranan pengetua sebagai pemimpin instruksional dan transformasional.

Andaian teori kepimpinan menurut Ciculla; 1995 dan Yulk; 2006 dalam Joriah Md. Saad (2009) menyatakan bahawa kepimpinan mempunyai pengaruh ke atas tingkah laku dan sikap orang bawahan. Antara lain terdapat teori-teori kepimpinan yang mendakwa mempunyai pengaruh ke atas komitmen subordinat. Teori kepimpinan pengajaran atau kepimpinan instruksional mengandaikan bahawa kunci keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah adalah terletak kepada kepimpinan pengajaran pengetuanya yang dikatakan mampu meningkatkan komitmen para guru. (DeBevoise, 1984 dan Murphy, 1985). Kajian-kajian berkaitan pengaruh kepimpinan ke atas komitmen guru oleh Quinn (2002) dan Ebmeier (2003) turut menyokong andaian ini.

Kepimpinan pengajaran adalah merupakan satu bentuk kepimpinan sekolah yang menekankan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Teori ini timbul sekitar tahun 1980-an dan merupakan satu teori khusus untuk diamalkan oleh pemimpin-pemimpin sekolah demi menjadikan sekolah mereka lebih berkesan (Hallinger dan Murphy, 1985). Menurut Weber (1997) dan Krug (1992) terdapat 5 dimensi dalam kepimpinan pengajaran, iaitu:

(a) mentafsir dan menyampaikan matlamat sekolah (b) menguruskan kurikulum pengajaran

(14)

(d) mencerap dan memberi maklum balas kepada guru-guru (e) menilai program-program pengajaran.

Manakala, terdahulu Hallinger dan Murphy (1985) menyenaraikan tiga dimensi utama kepimpinan ini iaitu mentakrifkan matlamat sekolah, mengurus program pengajaran dan memupuk iklim pengajaran dan pembelajaran yang positif. Definisi kepimpinan pengajaran yang digunakan dalam kertas konsep ini ialah gabungan definisi Hallinger dan Murphy (1985) dan Weber (1989,1996) iaitu tindakan-tindakan yang diambil oleh pengetua bagi mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kepimpinan Pengajaran / Instruksional

Andaian teori kepimpinan menurut Ciculla; 1995 dan Yulk; 2006 dalam Joriah Md. Saad (2009) menyatakan bahawa kepimpinan mempunyai pengaruh ke atas tingkah laku dan sikap orang bawahan. Antara lain terdapat teori-teori kepimpinan yang mendakwa mempunyai pengaruh ke atas komitmen subordinat. Teori kepimpinan pengajaran atau kepimpinan instruksional mengandaikan bahawa kunci keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah adalah terletak kepada kepimpinan pengajaran pengetuanya yang dikatakan mampu meningkatkan komitmen para guru. (DeBevoise, 1984 dan Murphy, 1985). Kajian-kajian berkaitan pengaruh kepimpinan ke atas komitmen guru oleh Quinn (2002) dan Ebmeier (2003) turut menyokong andaian ini.

Manakala, terdahulu Hallinger dan Murphy (1985) menyenaraikan tiga dimensi utama kepimpinan ini iaitu mentakrifkan matlamat sekolah, mengurus program pengajaran dan memupuk iklim pengajaran dan pembelajaran yang positif. Definisi kepimpinan pengajaran yang digunakan dalam kertas konsep ini ialah gabungan definisi Hallinger dan Murphy (1985) dan Weber (1989,1996) iaitu tindakan-tindakan yang diambil oleh pengetua bagi mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kepimpinan Transformasional

Teori yang kedua ialah teori kepimpinan transformasional yang menyatakan bahawa seorang pemimpian transformasional mampu mengubah persepsi, motivasi dan komitmen pengikutnya sehingga berupaya bekerja melebihi jangkaan dan seterusnya membawa kecemerlangan kepada organisasi tersebut (Burns, 1978; Bass, 1985 dan Leithwood et

(15)

al,1994). Pernyataan ini turut disokong melalui kajian oleh Ishak (2001), Geijsel et al. (2002) dan Ross & Gray (2004).

Bass (1985) pula menggambarkan kepemimpinan transformasi ini sebagai memiliki prestasi dan keupayaan membangkitkan kesedaran pengikutnya ke arah merealisasikan kepentingan organisasi di samping membantu mereka meneroka dan menjangkau lebih dari kepentingan peribadi.

Kepimpinan transformasional merupakan teori kepimpinan yang mengandaikan bahawa setiap pemimpin boleh mengubah persepsi dan motivasi orang bawahan serta membawa organisasinya kepada kecemerlangan (Bass, 1985). Di mana pada asalnya konsep kepimpinan transformasional ini dikemukan oleh Burns (1978) dan kemudiannya diperhalusi oleh Bass (1985).

Keperluan terhadap kepimpinan jenis ini di sekolah-sekolah timbul sekitar tahun 1980-an apabila berlaku penstrukturan semula dalam sistem pendidikan di Amerika untuk memenuhi tuntutan abad 21 yang lebih mencabar. Menurut Leithwood (1994) penstrukturan semula sekolah memerlukan perubahan first order iaitu perubahan dalam teknologi asas,

second order iaitu perubahan yang menjurus ke arah membina dan memantapkan sesebuah

organisasi melalui pembentukan visi yang dikongsi bersama, pemupukan budaya kerja yang produktif, perkongsian kepimpinan dan lain-lain. Menurut Leithwood (1994) lagi, kepimpinan pengajaran merupakan orde pertama dan kepimpinan transformasional merupakan order kedua.

Bass dan Avolio (1994) pula menyenaraikan empat ciri kepimpinan ini, iaitu: (a) sifat pemimpin yang unggul dan karismatik

(b) keupayaan pemimpin membangkitkan motivasi pengikutnya (c) kebolehan meransang intelektual pengikit

(d) sifat bertimbang rasa secara individu yang ditunjukkan oleh pemimpin.

Leithwood dan Jantzi (2000) mengemukakan enam komponen dalam kepimpinan transformasional yang dimiliki oleh seseorang pemimpin iaitu:

(16)

(b) meransang intelektual

(c) memberi sokongan secara individu

(d) menjadi simbol amalan profesional dan nilai (e) mempamerkan jangkaan prestasi yang tinggi

(f) menggalakkan penyertaan pengikut dalam membuat keputusan

Satu kajian yang dijalankan oleh Bennis dan Nanus (1985), iaitu kajian kualitatif (temuduga tidak berstruktur dan pemerhatian) melibatkan seramai 90 orang, iaitu 30 orang pemimpin sektor kerajaan dan 60 orang swasta selama 5 tahun. Di mana hasil dapatan mendapati majoriti pemimpin berkongsi empat sifat utama iaitu;

(a) mempunyai wawasan;

(b) menjelaskan wawasan kepada pengikut;

(c) bertindak dan membuat keputusan selaras dengan wawasan; dan (d) tahu kelemahan dan kekuatan diri.

Seterusnya, Devana (1986) telah menjalankan satu kajian khusus (temu duga pemimpin dan ahli organisasi) untuk melihat cara pemimpin organisasi mengubah dan menyusun semula organisasi untuk penyesuaian perubahan dan persaingan akibat daripada perkembangan teknologi yang pesat. Dapatan kajian mendapati terdapat tiga proses yang berlaku dalam perubahan dan penyusunan semula organisasi iaitu;

(a) pemimpin memperakukan keperluan untuk melakukan perubahan; (b) membentuk wawasan; dan

(c) melaksanakan perubahan berasaskan wawasan

Berdasarkan pendapat oleh Leithwood (1992), pemimpin transformasi di sekolah memberikan penekanan untuk mencapai tiga matlamat utama iaitu :

(a) membantu guru membentuk, memperkembang & mengekalkan budaya kerja professional dan semangat bekerjasama

(17)

(c) membantu menyelesaikan masalah secara efektif. 5.0 LATIHAN

Pemimpin sekolah berperanan sebagai pemimpin pendidikan dan juga pemimpin perubahan kepada organisasinya. Saban hari tugas dan tanggungjawab mereka semakin kompleks menyebabkan mereka memerlukan latihan yang komprehensif dan holistik bagi meningkatkan kualiti dan kemahiran dalam memimpin sekolah yang sentiasa menghadapi peningkatan dan perubahan dari semasa ke semasa. (Lokman et al, 2009). Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan bahawa latihan kepengetuaan dapat meningkatkan pengetahuan, membina keterampilan dan memupuk nilai-nilai yang unggul bagi pemimpin dan bakal pemimpin sekolah (Nur Anuar et al, 2006; Ruhaya, Rosnazirah & Shariffah, 2006).

Pemimpin berprestasi tinggi perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu dan metodologi terkini supaya pengetahuan dan kemahiran baharu dapat diaplikasikan dalam tugas kepimpinannya. Selain dari itu kesediaan untuk sentiasa belajar ini dapat membuka luas sudut pandangannya terhadap sesuatu masalah atau isu. Secara tidak langsung, pemimpin tersebut juga akan lebih responsif terhadap fenomena dan cabaran baharu yang dihadapinya (Abdul Ghafar, 2011).

Sebagai panduan kepada untuk semua pegawai perkhidmatan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menguatkuasakan Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005 Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Dasar ini menegaskan bahawa program pembangunan sumber manusia sektor awam perlu dirancang dengan teliti dengan berteraskan kompetensi dan pembangunan berterusan. Keperluan ini bagi memastikan setiap anggota perkhidmatan awam dilengkapkan dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian. Ini bagi memastikan kerja yang berkualiti/bermutu tinggi dihasilkan, kompentensi dan produktiviti ditingkatkan, nilai-nilai murni dan sikap positif dibentuk, nilai cipta (value-creation) dan nilai tambah (value-added) diwujudkan serta hala tuju kemajuan kerjaya diterokai.

Instrumen yang digunakan oleh KPM dalam pelaksanaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam ialah Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKSSM) untuk ketua guru iaitu Pengetua atau Guru Besar (Abdul Ghafar, 2011). SKKSM umumnya ialah dokumen panduan yang mesti difahami dan diikuti oleh semua pemimpin

(18)

sekolah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin sekolah. Ia digubal berteraskan kepada Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berlandaskan teori-teori yang berkaitan pendidikan kini.

Latihan Yang Disediakan Oleh KPM

KPM telah menyediakan pelbagai program latihan melalui kursus, taklimat, seminar dan sebagainya dalam usaha meningkatkan tahap kepimpinan Pengetua. Latihan tersebut dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki dan kadang kala oleh Bahagian KPM yang lain. Selain dari itu, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) juga sentiasa mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme Pengetua bersesuaian dengan tuntutan pendidikan Negara.

Kursus Yang Ditawarkan di Institut Aminuddin Baki (IAB)

IAB sebagai organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan institusi pendidikan berkualiti menawarkan tiga jenis kursus seperti berikut:

Kursus Jangka Panjang

a. Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan / National

Professional Qualification for Education Leaders (NPQEL) yang menyediakan

latihan dalam perkhidmatan bagi bidang kepimpinan dan pengurusan sekolah. Kursus ini ditawarkan kepada barisan pelapis pemimpin pendidikan di sekolah. Kursus ini bertujuan untuk memberikan peserta pengalaman terancang bagi memperoleh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang baik. Peserta juga berpeluang untuk membina jaringan profesional dari kalangan bakal pengurus dan pemimpin sekolah seluruh Malaysia. Fokus utama kursus ini ialah bagi memastikan pemimpin pelapis di institusi pendidikan berupaya bergerak dan bekerja ke arah pendidikan yang lebih cemerlang dan unggul.

Bagi memastikan kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya, KPM telah menetapkan beberapa kriteria untuk melayakkan seseorang itu memohon untuk menyertai kursus ini. Salah satunya ialah hanya pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun dalam Skim Perkhidmatan Siswazah sahaja

(19)

yang boleh memohon. Ini bagi memastikan individu berkenaan mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam bidang pendidikan sebelum mengikuti kursus ini. b. Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (KKPP)

Semua Pengetua yang baru dilantik perlu menjalani Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (KKPP) untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk memimpin serta melaksanakan fungsi pengurusan dan kepimpinan dalam organisasi sekolah.

Kursus Jangka Pendek

IAB juga menyediakan pelbagai kursus jangka pendek yang bertujuan untuk memastikan peningkatan profesionalisme dijadikan amalan berterusan di kalangan pemimpin sekolah. Antaranya ialah Pengurusan Strategik, Kemahiran Komunikasi untuk Pengurus Sekolah, Pengurusan Sekolah dan Pengurusan Sekolah Berfokuskan Kualiti.

Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia (KOMPAS)

Terdapat enam domain dalam Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS) iaitu Dasar dan Hala Tuju, Keberkesanan Kendiri, Sumber dan Operasi, Hubungan Sesama Manusia, Mengurus Perubahan dan Inovasi serta Instruksional dan Pencapaian. Setiap orang Pengetua akan menilai diri masing-masing dan mengenal pasti status keperluan latihan masing-masing di antara 26 kompetensi yang ditetapkan.

6.0 CABARAN

Pemimpin abad ke-21 ini akan menghadapi pelbagai cabaran dalam pengurusan sekolah seperti berikut:

Pemimpin Sekolah Berkelayakan dan Lebih Terlatih

KPM perlu memastikan semua pemimpin sekolah memperolehi latihan yang mencukupi bagi memastikan mereka berupaya untuk melaksanakan kepimpinan berprestasi tinggi (Abdul Ghafar, 2011). Ini kerana pemimpin abad ke-21 ini akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menuntut mereka bertindak dengan bijak. Contohnya, untuk memenuhi kehendak dan tuntutan kerajaan, KPM perlu melaksanakan pelbagai dasar baru setiap masa. Kadang kala arahan untuk melaksanakan sesuatu dasar baru datang secara tiba-tiba. Pemimpin sekolah

(20)

perlu bijak dalam mengambil inisiatif yang bertetapan dengan arahan KPM untuk melaksanakan dasar berkenaan di sekolah mereka.

Salah satu daripada inisiatif strategik yang telah digariskan dalam Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 (KPM, 2012) ialah Memartabatkan Profesion Keguruan. KPM sedar akan kepentingan untuk memastikan pembangunan profesionalisme yang berterusan dititikberatkan dalam usaha untuk membentuk pemimpin yang berprestasi tinggi. Oleh itu bagi memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan peka dengan kehendak KPM, mereka perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kompetensi. Kursus KOMPAS yang dikendalikan oleh IAB, contohnya merupakan satu cara untuk mereka memantapkan diri mereka dengan kompetensi yang diperlukan. Kesedaran untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar merupakan sikap yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin. Akauntabiliti Pemimpin Diutamakan

Pemimpin berprestasi tinggi dianggap sebagai penggerak perubahan dalam mencorakkan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh itu, akauntabiliti pemimpin diiktiraf melalui penganugerahan Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Penilaian Berasaskan Pencapaian (Performance Based Assessment) yang dibuat melalui Kontrak Perjanjian (Malaysia, 2010). Kontrak Perjanjian Pengetua dan Guru Besar adalah satu persetujuan yang dibuat antara semua Pengetua atau Guru Besar di semua sekolah rendah dan menengah kerajaan dengan Kerajaan Malaysia. Bai’ah atau Kontrak Pencapaian ini bertujuan supaya setiap orang Pengetua dan Guru Besar menyedari kepentingan peranan dan tanggungjawab mereka dalam memajukan dan meningkatkan prestasi sekolah kerana sekolah merupakan institusi utama dalam pembangunan modal insan.

Pengurusan Sekolah Berkualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menunjukkan komitmen untuk melahirkan sekolah yang berkualiti bagi menghadapi kepesatan kemajuan dunia dalam era globalisasi. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan Pelan Pembangunan Pendidikan ( 2013-2025 ) juga jelas membuktikan kesungguhan KPM untuk merealisasikan sekolah-sekolah yang berkualiti yang bertaraf dunia di negara kita dan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab pengurus

(21)

sekolah untuk memastikan sekolah yang mereka pimpin berada di atas landasan yang betul. Semua pengurus sekolah harus melihat dan merancang jalan untuk memastikan sekolah yang dipimpinnya bergerak ke arah sekolah yang berkualiti. Perancangan dan usaha sekolah harus dimaksimumkan berdasarkan kemampuan dan kuasa sekolah yang ada. Pengurus sekolah harus menggerakkan semua warga dan sumber yang ada ketahap optimum untuk membentuk sebuah sekolah yang berkualiti bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab sebagai pengurus sekolah.

Peranan Pengurus Sekolah

Kejayaan dan jatuh bangun sesebuah sekolah amat bergantung kepada kepimpinan sekolah tersebut. Kecemerlangan sekolah sering dilihat dari segi akademik, kokurikulum, kemenjadian murid dan keceriaan. Namun kecemerlangan akademik adalah lebih penting bagi sesebuah sekolah kerana berjaya memastikan pelajar sekolahnya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam yang akan menjamin masa depan serta memastikan pelajar sekolah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sekolah cemerlang dalam pencapaian akademik, pengetua sekolah harus menguasai dan memastikan perjalanan kurikulum sekolah berjalan dengan baik bagi memastikan pelajar dapat menguasai pembelajaran dan mencapai skor yang tinggi dalam peperiksaan awam. Sebagai seorang pengurus sebuah institusi pendidikan, pengurus sekolah harus sentiasa beriltizam dan berusaha untuk meningkatkan kualiti sekolah di mana kita bertugas. Kepimpinan sekolah seharus mempunyai perancangan strategik dan sistem yang berkesan untuk meningkatkan kualiti sekolah mereka dari semasa ke semasa.

Peranan pengurus pendidikan amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Menurut Likert (1961) falsafah dan dasar-dasar pengurus, kemahiran dan stail kepimpinan serta tingkahlaku pengurus adalah pemboleh ubah terpenting yang akan menentukan pencapaian dan prestasi sesebuah sekolah.

Kesimpulannya, Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan bidang pendidikan ke peringkat lebih global, para pemimpin pendidikan perlu berusaha untuk lebih cemerlang dan meningkatkan diri dalam pelbagai bidang dengan mengikuti pelbagai kursus kemahiran yang dianjurkan demi

(22)

menyahut usaha kerajaan dalam memartabatkan kepimpinan ke arah lebih berprestasi tinggi dan seterusnya dapat memimpin organisasi ke arah lebih berketrampilan dan cemerlang. 7.0 KESIMPULAN

Kepimpinan merupakan petunjuk utama dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi. Banyak kajian telah dibuat berhubung kepimpinan, keberkesanan pemimpin, gaya kepimpinan dan tingkah laku pemimpin. Sesungguhnya, pemimpin yang berkualiti akan merealisasikan kejayaan sesebuah organisasi. Peranan pemimpin sekolah mengamalkan amalan-amalan terbaik dan perlu cekap serta bijak untuk melaksanakan tugas kepimpinan tersebut. Apa tah lagi peranan pendidik untuk melahirkan modal insan yang terus berkhidmat dengan cemerlang dan berminda kelas pertama. Hasrat ini sangat bertepatan dengan gagasan ’Satu Malaysia’. M elalui motto ’Rakyat (pelanggan) Didahulukan dan Prestasi Diutamakan’ kita mengharapkan dapat memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti, lebih akauntabiliti dan menepati pencapaian Petunjuk Prestasi (KPI) melalui Petunjuk Keberhasilan Prestasi (NKRA) oleh organisasi masing-masing.

Para pemimpin sekolah perlu jelas bahawa ukuran keberkesanan sekolah adalah bermula dari situasi di sebuah bilik darjah hingga kepada prestasi organisasi sekolah. Dengan ini diharapkan melalui pelaksanaan ini akan dapat membuka peluang, ruang perkongsian idea, data, pengalaman serta pandangan terhadap permasalahan serta inovasi pendidikan yang terkini. Dalam menghadapi cabaran dan harapan bagi kecemerlangan pendidikan negara, pemantapan terhadap amalan-amalan kepengetuaan adalah menjadi agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Alaf ini dan akan datang akan mengundang perubahan-perubahan yang begitu banyak dan cepat. Kita tidak boleh leka dan bergerak perlahan dalam konteks mempersiapkan diri dan memperkemaskan keberkesanan tindakan. Kita tidak boleh berfikir secara statik kerana cabaran akan datang memerlukan corak pemikiran dan tindakan yang berbeza. Namun, kita amat memerlukan pemimpin yang mempunyai sensitiviti, kebolehan memimpin organisasi, mampu membuat pertimbangan profesional, menganalisis masalah, dan mementingkan nilai moral serta mempamerkan kualiti-kualiti kontemporari yang boleh membawa perubahan kepada organisasi. Pemimpin seumpama ini akan mendapat pengiktirafan daripada masyarakat selain daripada pihak kerajaan.

(23)

RUJUKAN

Abd Ghafar Mahmud. 2011. Haluan Kerja Pendidikan Merealisasikan Agenda

Transformasi Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia

Yukl, G.A (1989). Leadership In Organization ( Second Edition ). Englewood Cliff, New Jersey Prentice-Hall.

Bass, B.M. and Stogdill, R.M. (1990). Bass and Stogdill’s Handbook of Leadership: Theory,

Research, and Managerial Applications, (3rd ed) New York: Free Press

Bass, B.M. & Avolio, B.J. (1990). Transformational leadership: A response to critiques. Abdul Shukor Abdullah (2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan

Pendidikan. Journal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jun 04, (14), 18-33.

Institut Aminudin Bakti (2006) Journal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jilid 16 01/2006 ,. The Relationship Between Principals’ Self-efficiancy and Schools’Factors

and Principals’ Personal Attributes: Genting Highland. Kementerian Pelajaran

Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia 2011. Risalah Maklumat Asas Pendidikan Januari 2011. Kementerian Pelajaran Malaysia

M.M. Chemers & R. Ayman (Eds), (1993) Leadership Theory and Research (p 49-80). San Diego: Academic Press, Inc.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan.(2007).“Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan”. PTS ProfesionalPublishing Sdn. Bhd

Referensi

Dokumen terkait

Analisis aliran perdagangan CPO Indonesia ke empat negara mitra dagang utama berdasarkan Gravity Model menggunakan variabel volume ekspor CPO Indonesia ke masing-masing

Rincian Besaran Alokasi Dana Desa untuk setiap Desa di Kabupaten Hulu Sungai Tengah Tahun Anggaran 2021 sebagaimana tercantum dalam Lampiran yang merupakan

Pengumpulan data dilakukan dengan penyebaran kuesioner yang terdiri dari kuesioner data pribadi responden, kuesioner tentang pengetahuan seputar kesehatan reproduksi

dan pegalaman serta sikap responden. Kemudian kuesioner bagian B tentang Pengetahuan Pertolongan Pertama yang terdiri atas 7 komponen dengan jenis kalimat positif

Penelitian ini dilakukan dengan menggunakan 2 variabel bebas (independent variabel) dan 1 variabel terkait (dependent variabel) dengan judul “Pengaruh Corporate

Muatan lokal merupakan kegiatan kurikuler untuk mengembangkan kompetensi yang disesuaikan dengan ciri khas dan potensi daerah, termasuk keunggulan daerah, yang

a) Kekuatan, kemampuan cetakan untuk mempertahankan bentuknya dan tahan terhadap pengikisan oleh aliran logam cair. Hal ini tergantung pada bentuk pasir, kualitas pengikat

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI