1
PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK) BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
1. TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah mengenai bilangan Pekerja Kebersihan, terma dan syarat serta skop dan spesifikasi perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK) bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2. LATAR BELAKANG
2.1. Selaras dengan Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) #40: Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid untuk mengoptimakan kos pengurusan SKM, SKM digugurkan daripada senarai premis bagi tender perkhidmatan KBK yang dilaksanakan oleh Bahagian Perolehan (BPL) mulai tahun 2019 memandangkan skop dan spesifikasi perkhidmatan KBK bagi sekolah tersebut adalah terhad berdasarkan kepada bilangan murid serta nilai aset Kerajaan yang lebih rendah berbanding lain-lain sekolah.
2.2. Susulan itu, perolehan perkhidmatan KBK bagi SKM dilaksanakan di peringkat JPN, PPD dan sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengikut semua peraturan dan tatacara perolehan atau kewangan semasa.
3. TAFSIRAN
Bagi tujuan garis panduan ini –
(a) “Sekolah Kurang Murid” atau “SKM” ertinya sekolah yang mempunyai bilangan murid 150 orang atau kurang;
2
(b) “Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan termasuklah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk mana-mana pegawai atas jawatan yang diberi kuasa sebagai Pentadbir Kontrak;
(c) “Kontraktor” ertinya sebuah syarikat atau perniagaan yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197] dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, serta dilantik oleh Kerajaan bagi memberikan perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan bagi Premis di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan;
(d) “Perjanjian” ertinya Perjanjian Kebersihan Bangunan dan Kawasan antara Kerajaan dengan Kontraktor;
(e) “Perkhidmatan” ertinya perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan yang disediakan oleh Kontraktor termasuk mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan Jadual 2;
(f) “Premis” ertinya kawasan dan/atau bangunan Perkhidmatan dilaksanakan seperti yang ditentukan oleh Kerajaan;
(g) “Anggaran Nilai Perjanjian”ertinya anggaran jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor bagi pembekalan Perkhidmatan;
(h) “Bayaran Perkhidmatan” ertinya jumlah yang perlu dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor;
(i) “Tempoh Perjanjian” ertinya tempoh Kontraktor untuk memberikan Perkhidmatan kepada Kerajaan daripada tarikh mula (Tarikh Berkuat Kuasa) hingga tarikh akhir (Tarikh Tamat);
3
(j) “Bon Pelaksanaan” ertinya jaminan tidak boleh batal yang telah atau akan dikeluarkan oleh institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] atau undang-undang Malaysia lain yang terpakai atau mana-mana institusi yang dibenarkan oleh Kerajaan;
(k) “Pekerja Kebersihan” ertinya mana-mana orang yang digaji oleh Kontraktor untuk melaksanakan perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan seperti di Jadual 1;
(l) “Penyelia” ertinya orang yang telah dilantik oleh Kontraktor yang bukan daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang akan bertindak sebagai pegawai perhubungan (liason officer) antara Kerajaan dengan pihak Kontraktor dan melaksanakan tanngungjawab dalam Jadual 1; dan
(m) “Ketua Jabatan” ertinya Pengarah JPN, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar.
4. KRITERIA ASAS PEMILIHAN KONTRAKTOR
Kriteria asas pemilihan Kontraktor adalah seperti berikut –
(a) Kontraktor berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang Perkhidmatan Mencuci Bangunan dan Membersih Kawasan di bawah Bidang, Sub-Bidang dan Pecahan Sub-Bidang 221001 (Pembersihan Bangunan dan Pejabat) dan 221002 (Membersih Kawasan) yang masih sah dan berkuat kuasa; dan
4 5. BILANGAN PEKERJA KEBERSIHAN
Bilangan Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah –
(a) Bagi SKM tanpa asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah dua (2) orang; dan
(b) Bagi SKM yang mempunyai asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah
tiga (3) orang.
6. PELANTIKAN PEKERJA KEBERSIHAN OLEH KONTRAKTOR
6.1. Pelantikan
(a) Kontraktor dikehendaki menggaji dan menentukan Pekerja Kebersihan yang bertugas sepertimana yang ditetapkan.
(b) Kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Pekerja Kebersihan dari aspek pembayaran gaji dan upah, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pakaian seragam dan aksesori, mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan bagi melaksanakan pembersihan bangunan dan kawasan, latihan dan kursus berkaitan pembersihan bangunan dan kawasan, disiplin, kebajikan, perbelanjaan perubatan dan rawatan.
(c) Sekiranya seseorang Pekerja Kebersihan itu bercuti sakit, cuti rehat, cuti kecemasan, tidak hadir bekerja, tidak melapor diri untuk bertugas atau dalam apa jua keadaan tidak menghadirkan diri untuk bertugas, maka Kontraktor hendaklah menyediakan pengganti Pekerja Kebersihan tersebut daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang telah disahkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan Perkhidmatan.
5
(d) Sekiranya pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Perjanjian atau semasa Pekerja Kebersihan menjalankan Perkhidmatan, Kerajaan mendapati Pekerja Kebersihan yang dibekalkan tidak memenuhi kriteria pelantikan atau tidak sesuai untuk melaksanakan Perkhidmatan, Kontraktor hendaklah menyediakan pengganti Pekerja Kebersihan daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang telah disahkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan Perkhidmatan tanpa apa-apa kos tambahan kepada Kerajaan.
(e) Sekiranya Kontraktor gagal menyediakan pengganti Pekerja Kebersihan, Kerajaan berhak membuat tolakan ke atas Bayaran Perkhidmatan mengikut pengiraan tolakan menurut Jadual 4.
(f) Kerajaan boleh meminta Kontraktor menambah bilangan Pekerja Kebersihan pada masa tertentu sekiranya difikirkan perlu oleh Kerajaan. Dalam keadaan tersebut, pihak Kerajaan dan Kontraktor akan merundingkan, antara lain, Bayaran Perkhidmatan yang akan dibayar kepada Kontraktor dan skop kerja dan sebarang perkiraan yang dipersetujui hendaklah diperuntukkan melalui perjanjian tambahan yang akan dibuat kemudian oleh pihak Kerajaan dan Kontraktor.
6.2. Kriteria Pelantikan
Dalam melantik Pekerja Kebersihan bagi melaksanakan Perkhidmatan, Kontraktor hendaklah –
(a) mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam undang-undang, peraturan dan pekeliling yang berkuat kuasa di Malaysia;
(b) mengadakan perbincangan dengan Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis dan mempersetujui secara bertulis bagi tujuan seperti berikut –
6
(i) menentukan kawasan Premis yang perlu dibersihkan; (ii) mengatur pelaksanaan skop Perkhidmatan;
(iii) taklimat mengenai peraturan-peraturan Premis;
(iv) senarai Pekerja Kebersihan yang akan dibekalkan; dan (v) lain-lain perkara yang berkaitan.
(c) melantik Pekerja Kebersihan daripada kalangan warganegara Malaysia sahaja yang telah mendapat pengesahan kad pengenalan biometrik di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara. Warga asing tidak boleh dilantik sebagai Pekerja Kebersihan dan tidak dibenarkan berada dalam kawasan Premis sepanjang Tempoh Perjanjian kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Kerajaan;
(d) tidak menggaji atau mengambil bekerja mana-mana orang di bawah
umur lapan belas (18) tahun atau melebihi umur enam puluh tiga (63) tahun sebagai Pekerja Kebersihan. Walau bagaimanapun, bagi mana-mana orang yang berumur 56 tahun sehingga 63 tahun boleh dilantik sebagai Pekerja Kebersihan hendaklah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan mengenai tahap kesihatan diperolehi setiap tahun dan dikemukakan untuk kelulusan Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis;
(e) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik fasih bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia;
(f) memastikan Pekerja Kebersihan tidak buta warna dan tidak cacat pendengaran;
(g) menentukan hanya Pekerja Kebersihan yang berpengalaman, terlatih, cekap dan berwibawa ditugaskan;
7
(h) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik adalah berdisiplin, cergas, sihat tubuh badan, berpengetahuan dan terlatih dalam aspek pembersihan bangunan dan kawasan;
(i) memastikan Pekerja Kebersihan yang diambil bekerja sentiasa menjaga kebersihan diri dan bebas daripada apa-apa wabak atau penyakit berbahaya atau berjangkit;
(j) memastikan setiap Pekerja Kebersihan telah atau dikehendaki dari semasa ke semasa menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi dan disahkan sihat tubuh badan, penglihatan yang baik dan mempunyai rekod perubatan yang disahkan oleh Pengawai Perubatan Kerajaan;
(k) memastikan Pekerja Kebersihan yang diambil bekerja tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah berbahaya dan aktiviti-aktiviti tidak sah atau tidak bermoral;
(l) memastikan bahawa pengambilan Pekerja Kebersihan bertugas yang mempunyai pertalian saudara adalah tidak melebihi daripada dua (2) orang;
(m) mengemukakan Maklumat Peribadi Pekerja Kebersihan kepada Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari Tarikh Berkuat Kuasa Perjanjian atau tarikh Pekerja Kebersihan berkenaan dilantik oleh Kontraktor, mengikut mana yang terkemudian seperti berikut –
(i) nama, salinan kad pengenalan dan pengesahan kad pengenalan biometrik oleh Jabatan Pendaftaran Negara, gambar terkini Pekerja Kebersihan, alamat dan nombor telefon Pekerja Kebersihan;
(ii) latar belakang dan kelayakan Pekerja Kebersihan; (iii) jadual bertugas Pekerja Kebersihan;
8
(v) nama dan nombor telefon Penyelia.
(n) memastikan Pekerja Kebersihan yang dilantik berkelakuan baik, bertatatertib, mematuhi peraturan-peraturan dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan buruk, salah laku atau menyalahi undang-undang sepanjang Tempoh Perjanjian;
(o) memastikan Pekerja Kebersihan wanita sahaja dibenarkan bekerja di
blok asrama perempuan bagi Premis yang mempunyai asrama termasuk tandas perempuan di Premis; dan
(p) menghalusi pemilihan dan pengambilan kerja Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja yang diletakkan dan ditugaskan;
7. OBLIGASI KONTRAKTOR
7.1. Perkhidmatan
(a) Kontraktor hendaklah memastikan dan menetapkan bahawa pada setiap masa, Perkhidmatan dilaksanakan menurut skop dan spesifikasi Perkhidmatan seperti yang ditentukan dalam Jadual 1;
(b) Kontraktor hendaklah melantik seorang Penyelia yang bukan daripada kalangan Pekerja Kebersihan yang akan bertindak sebagai pegawai perhubungan (liason officer) antara Kerajaan dengan pihak Kontraktor. Kontraktor hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis sekiranya terdapat pertukaran atau pelantikan Penyelia yang baharu;
(c) Kontraktor hendaklah menyediakan sesalinan kod etika, fungsi dan tanggungjawab Pekerja Kebersihan yang telah ditandatangani oleh Pekerja Kebersihan itu untuk diserahkan kepada Pekerja Kebersihan tersebut;
9
(d) Kontraktor hendaklah membenarkan mana-mana wakil Kerajaan yang diberi kuasa untuk memeriksa dan membuat lawatan di Premis pada bila-bila masa;
(e) Kontraktor bertanggungjawab menjaga nama baik, imej dan reputasi Premis dan Kerajaan sepanjang masa;
(f) Kontraktor hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Pekerja Kebersihan yang didapati lalai, cuai dan melakukan kesalahan jenayah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa;
(g) Kontraktor hendaklah memastikan Pekerja Kebersihan bersikap sopan-santun, bertatatertib dan mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan;
(h) Kontraktor hendaklah membekalkan dan menyenggara segala mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan oleh Pekerja Kebersihan dalam memberikan Perkhidmatan;
(i) Kontraktor hendaklah mematuhi peruntukan undang-undang berkenaan pembuangan sampah sarap serta membuang semua sampah sarap dan bahan-bahan buangan di tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan;
(j) Kontraktor hendaklah menanggung kos/saman/denda yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan atas kesalahan berhubung pembuangan sampah sarap dan bahan-bahan buangan yang dikendalikan oleh Kontraktor;
(k) Kontraktor hendaklah menanggung kos/saman/denda yang dikenakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atas kesalahan terdapat tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam kawasan Perkhidmatan;
10
(l) Kontraktor hendaklah memastikan bahawa hanya Pekerja Kebersihan yang berpengalaman dan terlatih mengendalikan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan;
(m) Kontraktor hendaklah sentiasa mengutamakan aspek keselamatan
dan mengambil langkah-langkah keselamatan dalam memberikan Perkhidmatan;
(n) Kontraktor hendaklah membaiki kerosakan harta Kerajaan yang disebabkan oleh kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor atau Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja Kontraktor atas perbelanjaan dan kos sendiri. Kerosakan harta Kerajaan yang tidak boleh dibaiki hendaklah diganti dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi yang dipersetujui oleh Kerajaan;
(o) Apa-apa pembaikan, penggantian dan/atau pembayaran yang hendaklah dibuat oleh Kontraktor kepada Kerajaan hendaklah disempurnakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tuntutan atau suatu tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan. Sekiranya Kontraktor gagal membuat pembaikan, penggantian dan/atau pembayaran berkenaan, Kerajaan berhak mendapatkan amaun yang dituntut itu dengan membuat pemotongan daripada apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada Kontraktor atau di bawah Bon Pelaksanaan;
(p) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa pembayaran caj, cukai, levi, bayaran, permit, kebenaran atau lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana agensi Kerajaan berkenaan dengan Perkhidmatan dan Pekerja Kebersihan;
(q) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa pembayaran dan ganti rugi bagi apa-apa kerugian termasuk reputasi
11
dan nama baik yang dialami oleh Kerajaan yang disebabkan oleh mogok dan ketidakhadiran Pekerja Kebersihan dan termasuk kerugian akibat kegagalan pematuhan peruntukan undang-undang berkenaan dengan penggajian Pekerja Kebersihan dan pembuangan sampah sarap;
(r) Kontraktor digalakkan untuk melantik Pekerja Kebersihan yang pernah berkhidmat dengan Kontraktor terdahulu;
(s) Kontraktor digalakkan menghantar Pekerja Kebersihan untuk mengikuti kursus berkaitan perkhidmatan pembersihan bangunan dan kawasan yang dikendalikan oleh pihak Kerajaan dan pihak swasta atas perbelanjaan dan kos Kontraktor sendiri;
(t) Kontraktor hendaklah memastikan Pekerja Kebersihan –
(i) bertanggungjawab menjaga kebersihan Premis;
(ii) memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Jadual 3 dan sentiasa menjaga keterampilan diri bagi menjaga nama baik Kerajaan;
(iii) tidak berambut panjang bagi lelaki dan berambut kemas bagi perempuan;
(iv) tidak menggunakan telefon bimbit, merokok, tidur, mabuk dan membaca majalah/suratkhabar semasa bertugas;
(v) mencatatkan kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan semasa waktu bertugas sebelum menjalankan tugas dan apabila hendak meninggalkan tugas. Kegagalan Pekerja Kebersihan berbuat demikian adalah dianggap tidak hadir
12
bertugas dan tanpa menjejaskan hak Kerajaan, Kerajaan boleh mengenakan tolakan terhadap Kontraktor;
(vi) mencatatkan pelaksanaan kerja pembersihan dalam Jadual Pembersihan. Kegagalan Pekerja Kebersihan berbuat demikian adalah dianggap tidak melaksanakan kerja pembersihan dan tanpa menjejaskan hak Kerajaan, Kerajaan boleh mengenakan tolakan terhadap Kontraktor;
(vii) sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan bersesuaian semasa melaksanakan Perkhidmatan;
(viii) memastikan tiada mana-mana orang yang dibenarkan berada di Premis berada di kawasan berumput, padang dan kawasan Premis yang terlibat ketika kerja pemotongan rumput dan kerja penebasan/pemotongan/pemangkasan pagar tanaman (hedges), semak/belukar dan pokok kecil/renek dilaksanakan di kawasan tersebut;
(ix) meletakkan atau mempamerkan tanda amaran keselamatan ketika kerja pembersihan sedang dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kepada mana-mana orang yang dibenarkan berada di Premis akibat kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor atau Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja Kontraktor;
(x) mengendalikan/menggunakan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan yang disediakan oleh Kontraktor mengikut tatacara penggunaan/pemakaian yang betul bagi mengelakkan sebarang kemalangan kepada mana-mana orang yang dibenarkan berada di Premis atau kerosakan harta Kerajaan di Premis;
13
(xi) menyimpan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan di ruang penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;
(xii) membuang semua sampah sarap dan bahan-bahan buangan di tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
(xiii) memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di Premis; dan
(xiv) bersikap profesional, berdisiplin, sopan-santun, bertatatertib serta mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan semasa melaksanakan Perkhidmatan.
7.2. Mesin, Kelengkapan, Peralatan dan Bahan-bahan
(a) Kontraktor hendaklah menyediakan segala mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan oleh Pekerja Kebersihan sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual 2 bagi tujuan memberikan Perkhidmatan; dan
(b) Kontraktor hendaklah memastikan bahawa sepanjang Tempoh Perjanjian, segala mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan sentiasa mencukupi, berada dalam keadaan baik, bersih, kemas, tersusun, disenggara dengan teratur serta boleh berfungsi dengan sempurna pada setiap masa.
7.3. Laporan Harian
(a) Kontraktor hendaklah menyenggara Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan dan Jadual Pembersihan serta memastikannya dilengkapkan pada setiap hari oleh Pekerja Kebersihan yang bertugas.
14
(b) Pekerja Kebersihan yang bertugas hendaklah mencatatkan kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan bagi mengesahkan kehadiran semasa waktu bertugas sebelum menjalankan tugas dan apabila hendak meninggalkan tugas..
(c) Kontraktor hendaklah menghantar laporan kehadiran Pekerja Kebersihan dan keadaan kebersihan setiap hari dan mengemukakannya kepada wakil Kerajaan untuk semakan.
(d) Laporan bagi setiap hari hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada pukul 9.00 pagi hari yang berikutnya.
7.4. Perlindungan Insurans
(a) Kontraktor hendaklah mengambil perlindungan insurans bagi setiap Pekerja Kebersihan dan mana-mana pekerjanya yang ditugaskan melaksanakan Perkhidmatan terhadap apa-apa kecederaan yang dialami oleh mereka semasa menjalankan tugas tersebut dan melainkan kecederaan tersebut disebabkan oleh kecuaian Kerajaan.
(b) Kontraktor hendaklah menanggung kerugian Kerajaan terhadap semua tindakan atau tuntutan yang berkenaan dengan kecederaan tersebut.
8. HARGA TAWARAN
8.1. Harga Tawaran penyebut harga/petender hendaklah mengambil kira semua kos berkaitan termasuk segala kos yang terlibat semasa atau selepas tawaran, kos pentadbiran serta semua kos berkaitan dengan Perkhidmatan seperti pengangkutan, perkhidmatan, mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan, cukai semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan dan semua kos luar jangka yang berkaitan.
15
8.2. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga/petender adalah tetap, harga bersih dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan tidak boleh dipinda selepas penawaran sebut harga/tender ditutup serta akan berkuat kuasa sepanjang tempoh sah laku sebut harga/tender. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga/petender yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa Perjanjian berkuat kuasa dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan KECUALI atas persetujuan bersama oleh kedua-dua pihak Kerajaan dan Kontraktor.
8.3. Harga yang ditawarkan haruslah mengikut mekanisme penggenapan harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam dua (2) titik perpuluhan sahaja, sebagai contoh RM2.10.
8.4. Tawaran harga hendaklah telah mengambil kiraan fi perkhidmatan sistem ePerolehan. Pengiraan fi perkhidmatan adalah berdasarkan kepada perkara berikut –
(a) One-time payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus (0.8%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.
(b) Multiple payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan empat peratus (0.4%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.
8.5. Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah. Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh penyebut harga/petender
16
bukanlah nilai Perjanjian muktamad yang akan ditetapkan oleh Kerajaan sekiranya berjaya di dalam penawaran sebut harga/tender.
9. ANGGARAN NILAI PERJANJIAN
9.1. Pengiraan Anggaran Nilai Perjanjian adalah seperti berikut –
Anggaran Nilai Perjanjian
= Harga Sebut Harga/Tender yang telah dipersetujui
= Kadar Harga Seorang Pekerja Kebersihan Sebulan x Bilangan Pekerja Kebersihan x Bilangan Bulan
9.2. Anggaran Nilai Perjanjian adalah termasuk kos bayaran fi perkhidmatan sistem ePerolehan.
9.3. Anggaran Nilai Perjanjian adalah tetap dan apa-apa permohonan bagi pelarasan semula Anggaran Nilai Perjanjian berikutan kenaikan harga disebabkan oleh polisi atau keputusan Kerajaan hendaklah dikemukakan oleh Kontraktor kepada Kerajaan secara bertulis. Kerajaan mempunyai kuasa mutlak sama ada hendak mempertimbangkan permohonan itu atau sebaliknya.
9.4. Sekiranya Kerajaan bersetuju dengan permohonan Kontraktor, pelarasan semula kepada Anggaran Nilai Perjanjian hanya akan berkuat kuasa melalui pindaan kepada Perjanjian.
10. SURAT SETUJU TERIMA
10.1. Kerajaan berhak menyetujuterima tawaran sebut harga/tender sama ada kesemuanya ataupun sebahagiannya daripadanya. Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga/tender.
17
10.2. Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada penyebut harga/petender mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya.
10.3. Penyebut harga/petender yang berjaya dikehendaki menandatangani satu Perjanjian dengan Kerajaan dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian tersebut.
10.4. Surat Setuju Terima hendaklah ditandatangani dan diserahkan kepada Kerajaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Surat Setuju Terima dikeluarkan. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Surat Setuju Terima tersebut dikeluarkan. Kegagalan menyerahkan kembali Surat Setuju Terima dan Bon Pelaksanaan dalam tempoh tersebut atau tempoh yang dinyatakan oleh pihak Kerajaan akan menyebabkan tawaran tender tersebut TERBATAL DENGAN SENDIRINYA.
11. BON PELAKSANAAN
11.1. Tanggungjawab Menyerahkan Bon Pelaksanaan
Kontraktor hendaklah memastikan Bon Pelaksanaan dalam bentuk sebagaimana yang dilampirkan dalam Jadual 5 telah diserahkan kepada Kerajaan dalam tiga puluh (30) hari dari tarikh Surat Setuju Terima atau dalam apa-apa tempoh yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan bagi menjamin pelaksanaan obligasi-obligasi Kontraktor di bawah Perjanjian tersebut dalam bentuk –
(a) Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank/syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang beroperasi di Malaysia;
18
(b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang beroperasi di Malaysia;
(c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat insurans yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang beroperasi di Malaysia;
(d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang beroperasi di Malaysia; atau
(e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank) yang beroperasi di Malaysia.
11.2. Syarat-syarat Bon Pelaksanaan
(a) Kontraktor hendaklah menyerahkan Bon Pelaksanaan pada kadar seperti berikut –
(i) 2.5% bagi kontrak perkhidmatan dengan Anggaran Nilai Perjanjian kurang daripada RM500,000; atau
(ii) 5.0% bagi kontrak perkhidmatan dengan Anggaran Nilai Perjanjian lebih daripada RM500,000.
(b) Nilai Bon Pelaksanaan hendaklah pada setiap masa tidak kurang daripada nilai yang diperuntukkan.
(c) Bon Pelaksanaan hendaklah sah laku dari tarikh ia dikeluarkan sehingga tempoh dua belas (12) bulan selepas tamatnya Tempoh Perjanjian.
19
(d) Kerajaan berhak untuk membuat tuntutan terhadap keseluruhan atau sebahagian daripada Bon Pelaksanaan jika Kontraktor gagal melaksanakan obligasi atau jika memungkiri apa-apa terma dan syarat tanpa menjejaskan hak Kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang yang lain.
11.3. Bon Pelaksanaan Tambahan
Sekiranya tuntutan dibuat oleh Kerajaan di bawah Bon Pelaksanaan ini yang menyebabkan jumlah Bon Pelaksanaan tersebut berkurangan daripada jumlah yang diperuntukkan, Kontraktor hendaklah menyerahkan suatu bon pelaksanaan tambahan kepada Kerajaan di mana Kerajaan hendaklah memegang suatu bon atau bon-bon pelaksanaan yang mempunyai agregat tidak kurang daripada jumlah yang diperuntukkan pada setiap masa.
11.4. Bon Pelaksanaan Lanjutan
Sekiranya tempoh sah laku Bon Pelaksanaan akan luput, Kontraktor hendaklah menyerahkan bon pelaksanaan yang baharu sebelum atau pada tarikh luput tempoh sah laku Bon Pelaksanaan tersebut dengan nilai yang sama dengan jumlah bon pelaksanaan yang akan luput.
11.5. Bon Pelaksanaan hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan Perjanjian dan akan dikembalikan kepada Kontraktor selepas tempoh sah laku dan tertakluk kepada apa-apa pindaan atau potongan yang boleh dibuat oleh Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian berhubung dengan apa-apa pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat yang dilakukan oleh Kontraktor.
20 12. PEMBAYARAN
12.1. Pembayaran Anggaran Nilai Perjanjian dibuat dalam Ringgit Malaysia kepada Kontraktor dalam akaun bank Kontraktor dan pembayaran Anggaran Nilai Perjanjian akan diproses oleh Kerajaan selepas Kerajaan menerima daripada Kontraktor invois dan/atau dokumen lain, yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, daripada Kontraktor yang lengkap diisi dengan butir-butir Perkhidmatan yang disahkan dan diperakukan oleh Kerajaan tidak lewat daripada tujuh (7) hari bulan berikutnya selepas Perkhidmatan dilaksanakan atau dalam apa-apa tempoh masa yang munasabah yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan pembayaran kepada Kontraktor sekiranya jika invois dan/atau dokumen lain, yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, tidak dihantar ataupun tidak lengkap dalam tempoh tersebut.
12.2. Pembayaran akan dibuat bagi setiap pesanan oleh Kerajaan yang disempurnakan pembekalannya dan berdasarkan penerimaan sebenar oleh pihak Kerajaan.
12.3. Bayaran fi perkhidmatan akan dikenakan kepada Kontraktor secara pemotongan atau tolakan (set-off) sekiranya pembayaran diproses menggunakan sistem ePerolehan. Pengiraan fi perkhidmatan adalah berdasarkan kepada perkara berikut –
(a) One-off payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus (0.8%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.
21
(b) Multiple payment
Kadar fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan empat peratus (0.4%) dikenakan bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih.
12.4. Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan, sama ada sebagai tolakan atau pampasan daripada mana-mana perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor di bawah Perjanjian. Jika wang yang kena dibayar kepada Kontraktor itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, maka Kerajaan boleh menuntut baki tuntutan itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditentukan dalam notis tuntutan. Kerajaan juga berhak menuntut jumlah baki tersebut daripada Kontraktor melalui mana-mana perjanjian yang ditandatangani oleh Kontraktor dengan agensi Kerajaan yang lain, sekiranya Kontraktor gagal membuat bayaran setelah dituntut.
13. TOLAKAN (SET-OFF)
13.1. Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang kena dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan sebagai tolakan daripada apa-apa wang yang perlu dibayar dan terhutang oleh Kontraktor mengikut kiraan dalam
Jadual 4 sekiranya –
(a) Kontraktor gagal menyediakan atau menempatkan Pekerja Kebersihan di Premis pada satu-satu masa mengikut bilangan yang ditetapkan;
(b) Pekerja Kebersihan gagal melaksanakan Perkhidmatan menurut skop dan spesifikasi Perkhidmatan seperti yang ditentukan;
22
(c) mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan bagi tujuan Perkhidmatan di Premis tidak disediakan, tidak mencukupi atau tidak berfungsi dan tidak disenggara dengan baik oleh Kontraktor;
(d) Pekerja Kebersihan tidak memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh Kerajaan semasa bertugas; atau
(e) pelanggaran mana-mana terma dan syarat Perjanjian; dan
(f) berlakunya kerosakan harta Kerajaan di Premis yang disebabkan oleh kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor atau Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja Kontraktor.
13.2. Jika jumlah tolakan tersebut tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan berhak memotong Bayaran Perkhidmatan yang kena dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan bagi bulan seterusnya.
14. PENGESAHAN PERKHIDMATAN
Pihak Kontraktor dan Kerajaan hendaklah melaksanakan pengesahan Perkhidmatan dengan melengkapkan borang-borang pengesahan Perkhidmatan seperti di Jadual 6 iaitu –
(a) Borang BPL KBK A (SKM) – Borang Pengesahan Pelaksanaan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan;
(b) Borang BPL KBK 1A (i) (SKM), Borang BPL KBK 1A (ii) (SKM), dan Borang BPL KBK 1B (i) dan Borang BPL KBK 1B (ii) – Borang Rumusan Pengesahan Pelaksanaan Skop dan Spesifikasi Perkhidmatan dan Pengurusan Pekerja Kebersihan;
(c) Borang BPL KBK 2 (SKM) – Borang Pengesahan Bilangan Pekerja dan Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan;
23
(d) Borang BPL KBK 3 (SKM) – Borang Pengesahan Kehadiran Pekerja Berdasarkan Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan; dan
(e) Borang BPL KBK 4 (SKM) – Borang Pengesahan Pembekalan Mesin, Kelengkapan, Peralatan dan Bahan-bahan.
15. HAK KERAJAAN APABILA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN TIDAK MENGIKUT TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERJANJIAN
Jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika berlaku pelanggaran mana-mana terma dan syarat Perjanjian, maka Kerajaan boleh mengambil tindakan mengikut mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara yang berikut –
(a) menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya dan menghendaki Kontraktor menggantikan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan. Jika perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya tidak digantikan dalam masa yang ditentukan, maka Kerajaan boleh mendapatkan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya menerusi punca-punca lain dan Perjanjian dikehendaki membayar amaun penggantian dan kos-kos lain yang berkaitan kepada Kerajaan;
(b) mengenakan tolakan iaitu denda dengan jumlah satu peratus (1%) sehari daripada Anggaran Nilai Perjanjian bulanan bagi Premis terlibat tanpa mengira bilangan pelanggaran mana-mana terma dan syarat Perjanjian, skop dan spesifikasi Perkhidmatan yang dilakukan pada hari tersebut. Kiraan tolakan adalah seperti di Jadual 4;
(c) mengenakan tolakan iaitu pemotongan sekiranya mana-mana Pekerja Kebersihan tidak hadir bertugas mengikut terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian dengan jumlah yang sama banyak dengan gaji pokok sehari Pekerja Kebersihan yang tidak hadir tersebut tanpa mengenakan denda
24
dengan syarat Perkhidmatan yang diberikan memuaskan Kerajaan. Bagi maksud ini, pengiraan hendaklah dibuat secara berasingan bagi setiap Pekerja Kebersihan yang tidak bertugas. Kiraan tolakan adalah seperti di
Jadual 4;
(d) menamatkan Perjanjian dan melantik pihak lain untuk melaksanakan Perkhidmatan; dan/atau
(e) mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan.
16. LARANGAN MEMBUAT PERUBAHAN PEGANGAN EKUITI SYARIKAT ATAU PERNIAGAAN
Kontraktor dilarang membuat perubahan pegangan ekuiti syarikat atau perniagaan (apa-apa penjualan atau pemindahan ekuiti) sepanjang Tempoh Perjanjian berkuat kuasa tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan terlebih dahulu.
17. PENAMATAN PERJANJIAN
17.1. Penamatan oleh Kerajaan
(a) Sekiranya Kontraktor tanpa apa-apa sebab yang munasabah –
(i) menangguhkan atau enggan melaksanakan Perkhidmatan tersebut;
(ii) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut secara tekun dan berterusan seperti yang diperuntukkan di dalam Perjanjian;
(iii) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut atau gagal menjalankan obligasi seperti yang diperuntukkan di dalam Perjanjian;
25
(iv) melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau terma Perjanjian; atau
(v) mengemukakan dokumen atau maklumat palsu, tidak sah atau tidak tulen kepada Kerajaan;
Kerajaan berhak memberikan notis tujuan penamatan kepada Kontraktor dengan menyatakan butiran mengenai kegagalan atau kemungkiran itu dan menghendaki Kontraktor untuk meremedikan kegagalan atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu. Sekiranya Kontraktor gagal untuk meremedikan kegagalan atau kemungkiran itu dalam tempoh yang dinyatakan atau mana-mana tempoh lain yang ditetapkan oleh Kerajaan, Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa selepas itu dengan memberikan notis penamatan.
(b) Kerajaan juga berhak dengan serta-merta menamatkan Perjanjian sekiranya –
(i) Kontraktor pada bila-bila masa menjadi bankrap atau satu perintah penerimaan atau pentadbiran dibuat terhadapnya; atau
(ii) seorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang pemiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberikan hak kepada mahkamah atau seseorang pemiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang memberikan hak kepada mahkamah membuat suatu perintah penggulungan;
Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa selepas itu dengan memberikan notis penamatan.
26 17.2. Kesan Penamatan oleh Kerajaan
Sekiranya Perjanjian ditamatkan menurut peruntukan di perkara 17.1(a) atau
perkara 17.1(b) –
(a) Apa-apa obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada Kontraktor di bawah Perjanjian hendaklah ditamatkan dengan serta-merta;
(b) Kontraktor hendaklah –
(i) menamatkan pelaksanaan segala Perkhidmatan; dan
(ii) dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor sendiri, memindah dan mengeluarkan semua peralatan dan kelengkapan milik Kontraktor yang tidak diperlukan oleh pentadbir Premis dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh notis dikemukakan dan meremedi semua kerosakan yang disebabkan oleh pemindahan tersebut; (c) Kerajaan berhak –
(i) menuntut kepada Kontraktor apa-apa ganti rugi bagi kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan sebagai akibat kepada penamatan Perjanjian dan merampas Bon Pelaksanaan; dan
(ii) melantik pihak ketiga untuk meneruskan pelaksanaan Perjanjian dan Kontraktor hendaklah membuat bayaran kepada Kerajaan untuk apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan bagi menyempurnakan pelaksanaan Perjanjian tersebut selaku bayaran yang perlu dibuat kepada Kontraktor apabila Kontraktor menyempurnakan pelaksanaan Perkhidmatan tersebut jika Perjanjian tidak ditamatkan menurut perkara 17.1.(a)
27
Walau apa pun, penamatan itu tidak boleh menyentuh atau menjejaskan hak mana-mana Pihak yang telah terakru sebelum tarikh penamatan Perjanjian dan obligasi di bawah Perjanjian hendaklah berterusan walaupun selepas penamatan Perjanjian berkenaan dengan apa-apa perbuatan, perkara, atau benda yang berlaku sebelum penamatan Perjanjian. Sekiranya Perjanjian ditamatkan, Kerajaan berhak mengemukakan maklumat Kontraktor kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk tindakan tatatertib.
17.3. Penamatan oleh Kontraktor
Kontraktor berhak menamatkan Perjanjian sekiranya Kerajaan tanpa sebab yang munasabah gagal untuk melaksanakan atau memenuhi mana-mana obligasinya yang secara langsung menjejaskan obligasi Kontraktor di bawah Perjanjian. Kontraktor hendaklah memberikan notis tujuan penamatan secara bertulis kepada Kerajaan menyatakan butiran mengenai kegagalan atau kemungkiran itu dan meminta Kerajaan untuk meremedikan kegagalan atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan sebagaimana yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak. Jika Kerajaan gagal untuk meremedikan kegagalan atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan, maka Kontraktor berhak untuk menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa dengan memberi notis penamatan.
17.4. Kesan Penamatan oleh Kontraktor
Sekiranya Penamatan Perjanjian berlaku menurut perkara 17.3, Kontraktor hendaklah menerima aku janji daripada Kerajaan yang menyatakan bahawa Kerajaan telah menyelesaikan secara lengkap semua tuntutan yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor berkaitan peruntukan Perjanjian –
(a) Kerajaan hendaklah membuat bayaran kepada Kontraktor untuk apa-apa bayaran yang terhutang dan kena dibayar kepada Kontraktor pada
28
tarikh penamatan Perjanjian dan yang belum dibayar dengan syarat bahawa Kerajaan hendaklah berhak untuk menolak apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada Kerajaan daripada Kontraktor di bawah Perjanjian dan/atau menolak daripada Bon Pelaksanaan; dan (b) Kontraktor hendaklah –
(i) menamatkan pelaksanaan segala Perkhidmatan; dan
(ii) dengan kos dan perbelanjaan Kontraktor sendiri, memindah dan mengeluarkan semua peralatan dan kelengkapan Kontraktor, subkontraktor, atau ejen-ejennya dan meremedikan semua kerosakan yang disebabkan oleh pemindahan tersebut.
17.5. Perkhidmatan dalam Perjanjian hendaklah tamat dengan serta merta jika Kontraktor meninggal dunia dan Kontraktor adalah pemilik tunggal dan perniagaan ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197] atau Ordinan Perlesenan Perniagaan 1948 atau Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Perdagangan Sarawak [Bab 33]. Pembayaran Perkhidmatan, jika ada, akan dibayar kepada waris Kontraktor yang sah.
18. PENAMATAN KERANA RASUAH, AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK SAH ATAU MENYALAHI UNDANG-UNDANG
18.1. Tanpa prejudis kepada apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika Kontraktor, pengkhidmat atau pekerjanya disabitkan oleh mahkamah atas kesalahan rasuah atau aktiviti-aktiviti yang tidak sah atau menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan Perjanjian ini atau perjanjian-perjanjian lain yang dimeterai oleh Kontraktor tersebut dengan Kerajaan, maka Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis dengan serta-merta kepada Kontraktor bagi tujuan penamatan Perjanjian.
29
18.2. Dengan penamatan di bawah perkara 18.1 tersebut, Kerajaan berhak menuntut kepada Kontraktor atas segala kerugian, kos-kos, ganti rugi dan perbelanjaan, termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan yang ditanggung oleh Kerajaan berikutan daripada penamatan Perjanjian.
18.3. Bagi mengelakkan keraguan, pihak Kerajaan dan Kontraktor dengan ini bersetuju bahawa Kontraktor tidak berhak ke atas apa-apa bentuk kerugian termasuklah kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa-apa pun berikutan daripada penamatan Perjanjian.
19. PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)
19.1. Kontraktor yang mempunyai Perjanjian dengan Kerajaan yang nilainya mencapai atau melebihi nilai ambang dikehendaki melaksanakan program SL1M, tertakluk kepada arahan semasa Kerajaan.
19.2. Penentuan bilangan minimum peserta SL1M adalah melalui formula berikut –
1% x Nilai Perjanjian RM24,000
di mana RM24,000 adalah elaun SL1M selama 12 bulan bagi seorang peserta dengan elaun sebanyak RM2,000 sebulan.
19.3. Bagi Kontraktor yang mempunyai Perjanjian dengan Kerajaan bernilai kurang daripada nilai ambang adalah digalakkan untuk melaksanakan program SL1M seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.
30 20. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
20.1. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan Pekeliling ini dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya oleh JPN/ PPD/ sekolah masing-masing.
20.2. Ketua Jabatan hendaklah memastikan perolehan perkhidmatan KBK bagi SKM dilaksanakan di peringkat JPN, PPD dan sekolah bertaraf PTJ mengikut semua peraturan dan tatacara perolehan atau kewangan semasa, termasuk memastikan perolehan dibuat berdasarkan peruntukan yang diluluskan bagi Jabatannya.
21. TARIKH BERKUAT KUASA
Garis panduan ini hendaklah dilaksanakan berkuat kuasa bagi kontrak perkhidmatan KBK di SKM mulai 1 Januari 2019.
22. PEMAKAIAN
22.1. Garis panduan ini terpakai kepada semua JPN, PPD dan SKM di bawah KPM.
22.2. Bagi perkara-perkara dan isu-isu lain selain daripada tatacara yang dinyatakan dalam garis panduan ini hendaklah mendapat kelulusan daripada Setiausaha Bahagian Perolehan terlebih dahulu.
Bahagian Perolehan
Kementerian Pendidikan Malaysia 28 November 2018
31
JADUAL 1
SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN
1. BILANGAN PEKERJA KEBERSIHAN
Bilangan Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah –
(a) bagi SKM tanpa asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah dua (2) orang; dan
(b) bagi SKM yang mempunyai asrama, bilangan Pekerja Kebersihan adalah
tiga (3) orang.
2. WAKTU PERKHIDMATAN DAN WAKTU BERTUGAS PEKERJA KEBERSIHAN
2.1. Waktu perkhidmatan bagi SKM tanpa asrama dan SKM yang mempunyai asrama adalah enam (6) hari seminggu, tidak termasuk cuti umum dan hari kelepasan am.
2.2. Waktu bertugas Pekerja Kebersihan yang ditetapkan adalah seperti berikut –
(a) Bagi SKM di mana Sabtu dan Ahad merupakan hari rehat mingguan
(i) Isnin hingga Jumaat: 7.00 pagi hingga 4.00 petang [termasuk satu (1) jam waktu rehat pada hari Isnin hingga Khamis, satu (1) jam lima belas (15) minit waktu rehat pada hari Jumaat]
32
(b) Bagi SKM di mana Jumaat dan Sabtu merupakan hari rehat mingguan
(i) Ahad hingga Khamis: 7.00 pagi hingga 4.00 petang [termasuk waktu rehat selama satu (1) jam]
(ii) Sabtu: 7.00 pagi hingga 1.00 petang [tiada waktu rehat]
(c) Masa rehat yang diperuntukkan pada setiap hari adalah secara bergilir dalam kalangan Pekerja Kebersihan KECUALI pada hari Jumaat bagi Pekerja Kebersihan lelaki muslim.
2.3. Sebarang perubahan waktu bertugas adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis. Perubahan waktu bertugas tidak boleh mengubah, memendekkan atau memanjangkan tempoh waktu bertugas.
3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
3.1. Tanggungjawab Pekerja Kebersihan
Pekerja Kebersihan hendaklah melaksanakan arahan dan tugas yang ditetapkan seperti berikut –
(a) wajib memakai pakaian seragam yang lengkap berserta kad pengenalan kerja dan berketerampilan kemas setiap hari semasa menjalankan tugas;
(b) mencatatkan kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan sebelum menjalankan tugas dan apabila hendak meninggalkan tugas;
33
(c) melaksanakan skop kerja seperti di Jadual 1A dan Jadual 1B dan mencatatkan pelaksanaan kerja pembersihan dalam Jadual Pembersihan;
(d) sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan bersesuaian semasa melaksanakan Perkhidmatan;
(e) mengendalikan/menggunakan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan yang disediakan oleh Kontraktor mengikut tatacara penggunaan/pemakaian yang betul bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kerosakan harta Kerajaan di Premis;
(f) menyimpan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan di ruang penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;
(g) memastikan ruang penyimpanan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan adalah dalam keadaan bersih, kemas dan teratur pada setiap masa;
(h) memastikan tiada mana-mana orang yang dibenarkan berada di Premis berada di kawasan berumput, padang dan kawasan Premis yang terlibat ketika kerja pemotongan rumput dan kerja penebasan/pemotongan/pemangkasan pagar tanaman (hedges), semak/belukar dan pokok kecil/renek dilaksanakan di kawasan tersebut;
(i) meletakkan atau mempamerkan tanda amaran keselamatan ketika kerja pembersihan sedang dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kepada mana-mana orang yang dibenarkan berada di Premis akibat kecuaian, kelalaian atau salah laku Kontraktor atau Pekerja Kebersihan atau mana-mana pekerja Kontraktor;
34
(j) membuang semua sampah sarap dan bahan-bahan buangan di tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
(k) memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di Premis;
(l) menyediakan dan mengemukakan Jadual Pembersihan harian kepada wakil Kerajaan;
(m) tidak menggunakan telefon bimbit, merokok, tidur, mabuk, membaca majalah/suratkhabar, berbual-bual atau lain-lain perbuatan yang melanggar etika Pekerja Kebersihan yang boleh menjejaskan imej Kerajaan; dan
(n) bersikap profesional, berdisiplin, sopan-santun, bertatatertib serta mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan semasa melaksanakan Perkhidmatan.
3.2. Tanggungjawab Penyelia
Penyelia dilantik bukan dalam kalangan Pekerja Kebersihan dan hendaklah bertanggungjawab seperti berikut –
(a) boleh dihubungi oleh wakil Kerajaan sepanjang masa termasuk pada hari cuti umum;
(b) melakukan pemantauan setiap hari ke atas Pekerja Kebersihan yang bertugas di Premis;
(c) memastikan setiap Pekerja Kebersihan datang bekerja pada masa yang ditetapkan;
35
(d) memastikan Pekerja Kebersihan sentiasa mencukupi mengikut bilangan yang telah ditetapkan di Premis dan menempatkan Pekerja Kebersihan gantian sekiranya berlaku kekurangan Pekerja Kebersihan;
(e) memastikan setiap Pekerja Kebersihan mencatatkan kehadiran dalam Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan bagi memastikan kehadiran semasa masuk dan selepas kerja;
(f) mencatat senarai nama Pekerja Kebersihan yang bertugas pada setiap hari dan menyerahkan laporan kehadiran Pekerja Kebersihan kepada wakil Kerajaan;
(g) memastikan setiap Pekerja Kebersihan memakai pakaian seragam yang lengkap berserta kad pengenalan kerja dan berketerampilan kemas setiap hari;
(h) memupuk disiplin dalam kalangan Pekerja Kebersihan agar sentiasa bersedia menerima arahan dan maklumat-maklumat terkini;
(i) memastikan Pekerja Kebersihan yang bertugas tidak merokok, tidur, cuai atau leka semasa bertugas;
(j) memastikan mesin, kelengkapan, peralatan dan bahan-bahan disimpan di ruang penyimpanan yang sesuai dengan teratur dan selamat;
(k) memastikan Pekerja Kebersihan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan mengambil langkah-langkah keselamatan dalam memberikan Perkhidmatan;
(l) melaporkan kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan kepada Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar/pentadbir Premis dua (2) minggu sekali;
36
(m) menyediakan laporan bulanan yang perlu dikemukakan kepada pihak Kerajaan tidak lewat daripada tujuh (7) haribulan bagi setiap bulan;
(n) hadir bersama dengan pihak pengurusan Kontraktor ke mesyuarat yang diadakan oleh Kerajaan; dan
(o) menyediakan nombor telefon kecemasan seperti nombor telefon Balai Polis, Hospital, Bomba dan agensi-agensi yang berkaitan di Premis dan diletakkan di ruang penyimpanan bagi persediaan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk juga nombor-nombor penting bagi Kontraktor dan Kerajaan.
37
JADUAL 1A
SKOP KERJA PEMBERSIHAN MENGIKUT LOKASI/RUANG/KAWASAN DAN KEKERAPAN
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
(a) Tandas, Bilik Air, Bilik Mandi, Tempat
Wuduk, Tempat Membasuh Baju dan Bilik Persalinan
Semua Tandas, Bilik Air, Bilik Mandi, Tempat Wuduk, Tempat Membasuh Baju dan Bilik Persalinan
(i) Mencuci dan memberus lantai dengan bahan pencuci lantai yang bersesuaian dengan permukaaan lantai serta mengeringkan lantai
(ii) Membersih dan mengelap dinding dan kubikel/pembahagi ruang menggunakan bahan pencuci disinfektan (pembasmi kuman) yang bersesuaian
(iii) Membasuh, membersih dan mengelap semua peralatan/kelengkapan/aksesori perpaipan/sanitari menggunakan bahan
Dua (2) kali sehari
Bersih, kering dan tidak berbau
38
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
pencuci disinfektan (pembasmi kuman) yang bersesuaian
(iv) Menyedia/meletakkan/mempamerkan tanda amaran keselamatan semasa pembersihan dijalankan
(v) Menyembur atau meletakkan bahan pewangi selepas setiap kali dicuci
(vi) Membekal/menyediakan dan memasang
karung plastik pada tong/bakul sampah Sepanjang masa
Tong/bakul sampah sentiasa terpasang dengan
karung plastik (vii) Menyapu/membersih/memungut dan
memasukkan sampah sarap dalam karung plastik serta membuangkannya di tempat pelupusan sampah
Dua (2) kali sehari
Tiada sampah sarap di atas
lantai serta sampah sarap
39
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
plastik dibuang ke tempat pelupusan
sampah (viii) Menyediakan hand soap dispenser
berserta sabun tangan cecair antiseptik (pembasmi kuman) di Tandas Guru/Pegawai/Pelawat dan Tandas Murid
Sepanjang masa
Sabun cecair antiseptik sentiasa
tersedia (ix) Menyediakan tissue dispenser berserta
tisu tandas gulung di Tandas Guru/Pegawai/Pelawat
Sepanjang masa
Tisu tandas/tisu gulung sentiasa
tersedia (b) Bangunan dan
bilik-bilik dalam bangunan Premis
Kaki
lima/koridor/susur gajah
(i) Menyapu/membersih/mencuci/mengelap
(mopping) lantai menggunakan bahan
pencuci lantai yang bersesuaian dengan permukaan lantai
Dua (2) kali sehari Sentiasa bersih dan kemas
40
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI Tangga Pejabat Bilik Pengetua/Guru Besar Bilik Penolong Kanan
Bilik Ketua Bidang Bilik Guru Bilik Mesyuarat Bilik Kaunseling Makmal Bengkel Bilik Kebal (ii) Membersih/mengelap
peralatan/kelengkapan KECUALI alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di makmal
Dua (2) kali sehari
(iii) Membersihkan permaidani menggunakan
mesin pembersih hampagas Dua (2) kali seminggu
(iv) Membekal/menyediakan dan memasang karung plastik pada tong/bakul sampah di sekitar bangunan Premis
Sepanjang masa
Tong/bakul sampah sentiasa terpasang dengan
41
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI Dewan/dewan terbuka/dewan mini Kawasan pentas/astaka Surau Stor/stor sukan Gelanggang permainan Gimnasium Wakaf Kolam dan kawasan sekitar kolam (v) Menyapu/membersih/memungut dan memasukkan sampah sarap dalam karung plastik serta membuangkannya di tempat pelupusan sampah
Dua (2) kali sehari
Tiada sampah sarap di atas lantai serta sampah sarap dalam karung plastik dibuang ke tempat pelupusan sampah (c) Kawasan persekitaran Premis – Keseluruhan kawasan persekitaran Premis Keseluruhan kawasan persekitaran Premis
(i) Menyapu/membersih/memungut dan memasukkan sampah sarap dalam karung plastik serta membuangkannya di tempat pelupusan sampah
42
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
(ii) Membekal/menyediakan dan memasang karung plastik pada tong/bakul sampah di sekitar bangunan Premis
Sepanjang masa
Tong/bakul sampah sentiasa terpasang dengan
karung plastik (iii) Memungut/mengumpul dan membuang
sampah dari tong/bakul sampah yang terdapat di bangunan dan sekitar kawasan Premis 2 kali sehari Sampah tidak melimpah keluar daripada tong/bakul sampah (iv) Mencuci tong/bakul sampah bahan
pencuci disinfektan (pembasmi kuman) yang bersesuaian
Mengikut keperluan
(v) Memastikan tiada tempat pembiakan
nyamuk Sepanjang masa
Tiada tempat pembiakan
43
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI (d) Kawasan persekitaran Premis – Kawasan berumput Padang Tepi/celah bangunan Premis, kantin/dewan makan, Pusat Kegiatan Guru (PKG), dan Kuarters Institusi Perguruan (KIP)/rumah guru Kawasan taman/lanskap Cerun/tebing yang berbukit dan beralun Simpang/bahu jalan
Memotong, menyapu, mengumpul dan membuang rumput ke tempat pelupusan sampah
Dua (2) minggu sekali. Setiap pusingan
pemotongan hendaklah dihabiskan pada masa tidak lebih dari lima belas (15)
hari. Rumput-rumput yang dipotong hendaklah tidak lebih dari 3.0 cm tinggi dari permukaan tanah pada setiap kali pemotongan
44
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
Tepi
longkang/parit Kawasan luar
pagar dalam jarak 2 kaki dari pagar Premis
(e) Kawasan persekitaran Premis –
Kawasan sekitar bangunan, sepanjang pagar, kolam ‘titipan air’ serta tebing longkang/parit dan sepanjang saluran longkang/parit Keseluruhan kawasan sekitar bangunan, sepanjang pagar, kolam ‘titipan air’ serta tebing longkang/parit dan sepanjang saluran longkang/parit
(i) Menebas/memotong/memangkas hedges semak/belukar, tumbuhan menjalar dan pokok-pokok kecil/renek dengan ukuran lilit tidak melebihi 12” serta mengumpul membuang sampah hasil tebasan di tempat pelupusan sampah
Dua (2) minggu sekali/ mengikut keperluan
Tumbuhan sekitar kawasan tersebut terjaga dan tidak
menjadi sarang haiwan berbahaya/berbisa (ii) Mencuci/membersih longkang/parit di
sekitar kawasan bangunan dengan mengeluarkan dan membuang sampah, mendapan, lumut dan rumput rumpai
Dua (2) minggu sekali
Longkang/parit bersih, aliran air lancar dan tidak menjadi tempat
45
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
(iii) Membuang rumput rumpai/tumbuhan menjalar dan dahan kering/rapuh di tempat pelupusan sampah
Mengikut keperluan pembiakan nyamuk (f) Kawasan persekitaran Premis – Pokok tanaman/bunga/hiasan dan lanskap Semua pokok tanaman/bunga/hiasan dan lanskap
(i) Menyiram pokok dalam pasu Setiap hari
Pokok tumbuh subur, sihat, cantik, tidak berbahaya dan tidak berisiko menjejaskan struktur bangunan (ii) Menyiram pokok atas tanah Mengikut keperluan
(iii) Membaja pokok dalam pasu dan atas
tanah Dua (2) minggu sekali
(iv) Memangkas dan membersih pokok dalam pasu dan atas tanah
Dua (2) minggu sekali/ mengikut keperluan (v) Membersih dan mengembur tanah di
pangkal pokok Dua (2) bulan sekali
(vi) Menanam pokok baharu dan mengganti
pokok yang mati Mengikut keperluan
(g) Kawasan persekitaran Premis –
Gutter (saluran air)
Semua saluran air di bumbung, dinding dan keliling bangunan yang berfungsi untuk
Membersihkan saluran air daripada
sampah/daun kering Mengikut keperluan
Gutter bersih,
aliran air lancar, tiada air bertakung
46
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
mengalirkan air hujan daripada bumbung terus ke dalam
longkang di bawahnya
tempat pembiakan nyamuk
(h) Rumah pam Rumah pam
Menjalankan kerja-kerja backwash dengan proses seperti berikut –
(i) Laraskan ke kedudukan manual (ii) Tutup injap 1
(iii) Buka injap 2.
(iv) Backwash dan bilas (rinse) penapis. a. Laraskan ganggang MPV pada posisi
backwash
b. Pasang suis Pam Penggalak
c. Setelah selesai backwash, luruskan ganggang MPV pada posisi rinse
d. By pass untuk backwash dan rinse
penapis seterusnya.
e. Tutup suis pam penggalak.
47
LOKASI/RUANG/KAWASAN SKOP KERJA KEKERAPAN PIAWAIAN
KUALITI
(v) Kembalikan MPV ke kedudukan filter. (vi) Buka Injap 1
(vii) Tutup Injap 2
(viii) Kembalikan Suis ke kedudukan Auto.
48
JADUAL 1B
SKOP KERJA PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN KHAS SEMASA CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI AKHIR TAHUN
Perkhidmatan yang perlu dilaksanakan pada cuti pertengahan penggal persekolahan dan cuti akhir tahun adalah seperti berikut –
(a) Membersih/mengelap semua cermin tingkap, kipas angin, lampu, bingkai gambar, dan lain-lain peralatan peralatan/kelengkapan dalam bangunan Premis KECUALI alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di makmal dengan menggunakan bahan-bahan pencuci yang bersesuaian;
(b) Menyedut dan membersih semua habuk, kotoran, sarang labah-labah, sarang lebah, tahi burung, tahi cicak, sawang dan seumpamanya di semua bangunan Premis; dan
(c) Mengelap lantai (mopping) semua bilik termasuk bilik darjah, kaki lima bangunan Premis dan tangga dengan menggunakan bahan pencuci lantai yang bersesuaian.
49
JADUAL 2
MESIN, KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN
BIL.
MESIN, KELENGKAPAN, PERALATAN DAN
BAHAN-BAHAN
SPESIFIKASI DAN KUANTITI
1. Pakaian Seragam Lengkap
(a) Dua (2) pasang T-shirt berkolar dan seluar panjang setahun
(b) Satu (1) pasang kasut bertutup setahun (c) Garis Panduan Pemakaian Seragam Pekerja Kebersihan adalah seperti di
Jadual 3
2. Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan
Buku Rekod Kehadiran Pekerja Kebersihan bagi merekodkan kehadiran Pekerja Kebersihan setiap hari Perkhidmatan
3. Jadual Pembersihan
Jadual Pembersihan bagi mencatatkan mencatatkan pelaksanaan kerja pembersihan
Mesin, Kelengkapan dan Peralatan
4. Mesin rumput
(a) Tahan lasak (heavy duty)
(b) Jenis sandang atau apa-apa jenis yang bersesuaian dengan keluasan Premis
5. Mesin pembersih hampagas
(vacuum cleaner)
(a) Satu (1) buah
(b) Tahan lasak (heavy duty)
(c) Kuasa sedutan (suction power)
50
BIL.
MESIN, KELENGKAPAN, PERALATAN DAN
BAHAN-BAHAN
SPESIFIKASI DAN KUANTITI
6. Set penyapu dan penyodok sampah
(a) Penggunaan penyapu yang bersesuaian dengan jenis permukaan lantai
(b) Penyodok sampah jenis plastik
(c) Bilangan set penyapu dan penyodok sampah bersamaan dengan bilangan Pekerja Kebersihan
7. Set mop dan baldi
(a) Baldi atau bekas (water bucket) beroda (b) Bilangan set mop dan baldi bersamaan
dengan bilangan Pekerja Kebersihan
8. Gunting/pemangkas pokok
(a) Tahan lasak (heavy duty)
(b) Tahan karat
(c) Bilangan gunting/pemangkas pokok bersamaan dengan bilangan Pekerja Kebersihan yang ditugaskan bagi kerja-kerja lanskap
9. Sabit
(a) Tahan lasak (heavy duty)
(b) Tahan karat
(c) Bilangan sabit bersamaan dengan bilangan Pekerja Kebersihan yang ditugaskan bagi kerja-kerja lanskap
10. Cangkul
(a) Tahan lasak (heavy duty)
(b) Tahan karat
(c) Bilangan cangkul bersamaan dengan bilangan Pekerja Kebersihan yang ditugaskan bagi kerja-kerja lanskap 11. Pencakar rumput (a) Tahan lasak (heavy duty)
51
BIL.
MESIN, KELENGKAPAN, PERALATAN DAN
BAHAN-BAHAN
SPESIFIKASI DAN KUANTITI
(b) Jenis besi atau plastik
(c) Bilangan pencakar rumput bersamaan dengan bilangan Pekerja Kebersihan yang ditugaskan bagi kerja-kerja lanskap
12. Kereta sorong
(a) Tahan lasak (heavy duty)
(b) Saiz sederhana atau bersesuaian (c) Bilangan kereta sorong bersamaan
dengan bilangan Pekerja Kebersihan yang ditugaskan bagi kerja-kerja lanskap
13. Penyodok longkang
(a) Jenis besi (b) Tahan karat
(c) Bilangan penyodok longkang bersamaan dengan bilangan Pekerja Kebersihan yang ditugaskan bagi kerja-kerja lanskap
14. Hos getah (d) Dua (2) gulung
(e) Panjang minimum 20 meter setiap satu
15. Hand soap dispenser
(a) Saiz minimum 500 mL
(b) Bilangan hand soap dispenser
bersamaan dengan bilangan Tandas Guru/Pegawai/Pelawat dan Tandas Murid di mana satu (1) hand soap
dispenser bagi setiap tandas
52
BIL.
MESIN, KELENGKAPAN, PERALATAN DAN
BAHAN-BAHAN
SPESIFIKASI DAN KUANTITI
(b) Bilangan tissue dispenser bersamaan
dengan bilangan Tandas
Guru/Pegawai/Pelawat di mana satu (1)
tissue dispenser bagi setiap Tandas
Guru/Pegawai/Pelawat
17. Tanda amaran keselamatan
Mengikut kesesuaian bagi semua jenis skop kerja yang ditetapkan seperti tanda amaran lantai licin dan sebagainya
Bahan-bahan
18. Bahan pencuci lantai (a) Jenis cecair (b) Berbau harum
(c) Disinfektan (pembasmi kuman)
(d) Bahan yang selamat, bersesuaian dengan jenis permukaan yang dibersihkan/dicuci dan mesra alam (e) Bahan pencuci serbaguna
(multi-purpose cleaner) yang bersesuaian
dengan permukaan yang
dibersihkan/dicuci adalah dibenarkan (f) Bahan pencuci bersifat terbiodegrasi
(biodegradable) yang mempunyai
pengiktirafan MyHijau Mark atau label hijau seperti SIRIM Ekolabel adalah digalakkan
(g) Pewangi tandas berasaskan bahan semulajadi seperti limau purut, serai 19. Bahan pencuci mangkuk
tandas
20. Bahan pencuci sinki 21. Bahan pencuci cermin
53
BIL.
MESIN, KELENGKAPAN, PERALATAN DAN
BAHAN-BAHAN
SPESIFIKASI DAN KUANTITI
wangi, bunga melur dan daun pandan adalah digalakkan
23. Sabun tangan cecair
(a) Jenis cecair
(b) Antiseptik (pembasmi kuman)
(c) Disediakan di Tandas
Guru/Pegawai/Pelawat dan Tandas Murid
24. Tisu tandas gulung
(a) Dwilapis (two ply/double ply)
(b) Disediakan di Tandas
Guru/Pegawai/Pelawat
25. Plastik sampah
(a) Tebal
(b) Saiz yang bersesuaian dengan tong/bakul sampah
26. Baja
(a) Mengikut kesesuaian pokok tanaman/bunga/hiasan
(b) Penggunaan baja organik adalah digalakkan
27. Ubat pembasmi jentik-jentik
Ubat/bahan pembasmi jentik-jentik yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
54
JADUAL 3
GARIS PANDUAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM PEKERJA KEBERSIHAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN DI
SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kontraktor dikehendaki mematuhi garis panduan pemakaian pakaian seragam yang ditetapkan seperti berikut –
BIL. PERKARA SPESIFIKASI
1. Jenis
Pakaian seragam adalah terdiri daripada – (a) T-shirt berkolar
(b) Seluar berwarna gelap dan longgar (leggings tidak dibenarkan)
(c) Kasut bertutup dan bersesuaian dengan kerja/ tugas yang sedang dijalankan
2. Maklumat di uniform
Maklumat berikut perlu dicetak pada T-shirt – (a) Syarikat Kontraktor KPM
(b) Nama Kontraktor (c) No. Tel. Kontraktor
3. Contoh Kontraktor Pembersihan
KPM ABC Enterprise Tel: 03-8888 8888