• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemikiran kepimpinan Ikhwan Muslimin dalam perubahan politik dan demokrasi Mesir

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemikiran kepimpinan Ikhwan Muslimin dalam perubahan politik dan demokrasi Mesir"

Copied!
74
0
0

Teks penuh

(1)

POLITIK DAN DEMOKRASI MESIR

AHMAD DZULFAHMI BIN MUFIAMAD

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat pen ganu ger ahan ijazah

Doktor Falsafah

Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia

(2)

DEDIKASI

Istimewa dan yang dihormati buat Ayahanda Muhamad Bin Abu dan Bonda Zarinah Bt Mat Ya serta Ayahanda Mertua Wahab Bin Dollah dan Bonda Mertua Siti Meriam Bt Abd Rahman,

Isteriku yang tercinta dan tersayang Norlizawati Bt Wahab,

Anakku yang disayangi Aisha Humaira serta Ahmad Daniel Hakeem dan Adik-beradik serta Ipar-duai.

(3)

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi syukur Alhamdulillah kepada Allah swt kerana dengan rahmat dan kurnia-Nya, penulisan tesis ini telah dapat disempurnakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah Doktor Falsafah. Setinggi-tinggi jutaan terima kasih dan penghargaan saya tujukan kepada Profesor Dr. Kamaruzaman Yusoff selaku penyelia utama yang selama ini telah banyak memberi bimbingan dan bantuan begitu besar serta nasihat yang begitu berguna sepanjang kajian ini. Tidak lupa juga dirakamkan penghargaan kepada semua pensyarah dan staf di Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia yang banyak membantu dan memudahkan urusan penulis sepanjang kajian ini dilakukan.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Universiti Sains Malaysia serta Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang telah menaja pengajian Ph.D saya di bawah tajaan Skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik dan Skim Latihan Akademik Bumiputera. Penghargaan juga dirakamkan kepada staf The National Archives Kew Garden, London dan staf Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Putra Malaysia yang membantu penulis mendapatkan dokumen dan bahan rujukan yang diperlukan. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan yang banyak membantu dari segi sumbangan idea dan juga bantuan kewangan serta sentiasa mendoakan agar urusan penulis sentiasa dipermudahkan untuk menyiapkan tesis ini.

(4)

ABSTRAK

Pengasasan Ikhwan Muslimin (IM) di Mesir pada 1928 merupakan respon kepada kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada 1924. Kajian ini membincangkan pemikiran kepimpinan IM dalam perubahan politik dan demokrasi Mesir dari tahun 1928 hingga 2010. Objektif kajian ialah mengkaji faktor utama yang mendorong kepada kedinamikan pemikiran politik IM serta menganalisis pemikiran pemimpin dalam mempengaruhi ideologi dan gerakan politik IM. Kajian ini turut meneliti pemikiran dan peranan pemimpin IM dalam membentuk orientasi politik dan demokrasi di Mesir. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen daripada arkib yang melibatkan sumber primer seperti fail, rekod, surat, telegram, dan laporan perisikan yang diperoleh dari The National Archives, London. Selain itu, sumber sekunder seperti buku, artikel, kajian ilmiah, dan kertas kerja digunakan untuk memantapkan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemikiran kepimpinan IM mempengaruhi pembentukan perubahan orientasi politik dan demokrasi di Mesir. Pengaruh dalam pemikiran kepimpinan IM juga mengalami perubahan disebabkan suasana politik yang terjadi pada waktu tersebut. Perubahan ini telah mendorong gerakan IM menyertai beberapa orientasi politik Mesir seperti memberi nasihat politik terhadap pemerintah Mesir, terlibat dalam demonstrasi berkenaan dengan permasalahan Palestin, menentang pendudukan dominasi British, dan menyokong gerakan ‘Pegawai Bebas’ dalam Revolusi Mesir 1952. Kajian ini juga membuktikan terdapat pengaruh pemikiran kepimpinan IM dalam aspek sistem demokrasi yang memperlihatkan penyertaan IM dalam pertubuhan profesional, mengadakan kerjasama politik dengan parti politik, dan menyertai pilihan raya Parlimen Mesir. Penglibatan dalam sistem demokrasi ini telah membawa kejayaan kepada IM apabila mereka dapat menggunakan platform rasmi dalam usaha untuk menerapkan nilai Islam dalam masyarakat Mesir. Bukan itu sahaja, penglibatan IM juga dapat membantu mempraktikkan aspirasi dakwah Islamiah dan menyebarkan ideologi mereka kepada umat Islam dengan lebih meluas.

(5)

ABSTRACT

The founding of the Ikhwan Muslimin (IM) in Egypt in 1928 was a response to the fall of the Ottoman Caliphate in 1924. This study discusses the IM leadership's thinking on Egyptian political and democratic changes from 1928 to 2010. The objective of this study is to examine the key factors that led to dynamism of IM political thought and at the same time to analyze the leaders' thinking in influencing the ideology and political movement of IM. This study also examines the IM leaders’ ideology and their roles in forming political and democratic orientations in Egypt. This study employed qualitative research method, which is library research, by analyzing documents from archives involving primary sources such as files, records, letters, telegrams, and intelligence reports that were obtained from The National Archives, London. In addition, secondary sources such as books, articles, scientific studies, and papers are used to strengthen the study. Finding from this research concludes that IM leadership’s thinking influences the formation of a change of political orientation and democracy in Egypt. Influence in IM leadership’s thinking has also changed due to the political atmosphere that occurred at that time. This change has prompted the IM movement to embark on some of Egypt's political orientation such as providing political advice to the Egyptian government, engaging in demonstrations on Palestinian issues, opposing the occupation of British domination, and supporting the 'Free Officers' movement in the Egyptian Revolution 1952. This study also proves that there is influence of IM leadership’s thinking in the aspect of the democratic system that demonstrates IM's participation in professional organizations, establishing political co-operation with political parties, and participating in the election of Egyptian Parliament. Participation in the democratic system had been the IM’s success when they can utilize government official platform in order to implement Islamic values in Egyptian society. On top of that, IM’s involvement in the system had also helped them to practice the preaching of Islam (Islamic Dakwah) and disseminate their ideology to the wider Muslims.

(6)

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

DEKLARASI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI SINGKATAN x 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Permasalahan Kajian 4 1.3 Objektif Kajian 5 1.4 Skop Kajian 6 1.5 Signifikan Kajian 7 1.6 Metodologi Kajian 8 1.7 Sorotan Literatur 9

1.7.1 Kajian Pemikiran Kepimpinan Ikhwan Muslimin 10 1.7.2 Kajian Penglibatan Ikhwan Muslimin dalam Politik

dan Demokrasi 11

1.8 Pembahagian Bab 17

2 PEMIKIRAN KEPIMPINAN IKHWAN MUSLIMIN 19

2.1 Pengenalan 19

2.2 Latar Belakang Awal Ikhwan Muslimin 20 2.3 Pemikiran Ikhwan Muslimin mengenai Politik 23

(7)

2.4.1 Asas Kenegaraan 31

2.4.2 Kepimpinan 39

2.4.3 Sistem Pemerintahan 45

2.5 Pemikiran Ikhwan Muslimin mengenai Demokrasi 54

2.5.1 Parti Politik 58 2.5.2 Pilihan Raya 64

2.5.3 Pengundian 67 2.6 Pemikiran Ikhwan Muslimin mengenai Sekularisme 69 2.7 Kesimpulan 75 3 PENGLIBATAN IKHWAN MUSLIMIN DALAM POLITIK 78

3.1 Pengenalan 78 3.2 Penyertaan Awal dalam Politik 79 3.3 Penentangan Pendudukan British 81 3.4 Permasalahan Palestin 93 3.5 Radikalisme Politik 109

3.6 Revolusi Mesir 1952 113

3.6.1 Peranan Tentera dalam Politik Mesir 115

3.7 Persaingan Politik dengan Rejim Pemerintah 117

3.8 Sokongan Politik terhadap Presiden Muhammad Naguib 125

3.9 Kesimpulan 133

4 PENGLIBATAN IKHWAN MUSLIMIN DALAM DEMOKRASI 134

4.1 Pengenalan 134

4.2 Interaksi Awal Ikhwan Muslimin dengan pihak Tentera 135

4.3 Penglibatan dalam Pertubuhan Profesional Mesir 147

4.4 Penglibatan dalam Pilihan Raya Parlimen Mesir 154

4.4.1 Pilihan Raya Parlimen 1984 dan 1987 155

4.4.2 Pilihan Raya Parlimen 1990 dan 1995 164

4.4.3 Pilihan Raya Parlimen 2000, 2005 dan 2010 168

4.5 Cadangan Draf Pembentukan Parti Politik 187

4.6 Peranan Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin 193

4.6.1 Pindaan Perlembagaan 195

(8)

4.6.3 Perundangan Agama dan Moral 203

4.6.4 Isu Wanita 207

4.7 Kesimpulan 209

5 PENUTUP 211

(9)

SENARAI SINGKATAN

ADNP - Arab Democratic Nasserist Party ASU - Arab Socialist Union

Ed. - Editor Eds. - Editors

FCO - Foreign and Commonwealth Office FJP - Freedom and Justice Party

FO - Foreign Office Hlm. - Halaman

ILP - Islamic Labor Party IM - Ikhwan Muslimin Jil. - Jilid

LSP - Liberal Socialists Party NDP - National Democratic Party No. - Nombor

NPUP - National Progressive Unionist Party NWP - New Wafd Party

T.P. - Tanpa Penerbit T.T. - Tanpa Tarikh Terj. - Terjemahan

UNFC - United National Front for Change Vol. - Volume

WO - War Office WP - Wafd Party

(10)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Gerakan politik yang berteraskan Islam memainkan peranan penting dalam membangunkan sistem pemerintahan yang membawa kesejahteraan kepada semua masyarakat. Penglibatan politik gerakan Islam adalah sesuai dengan sifat Islam itu sendiri yang menyediakan panduan untuk manusia memimpin dan mentadbir. Para pemerintah atau pemimpin adalah pemegang amanah untuk menguruskan negara berdasarkan prinsip keadilan, musyawarah, kebebasan dan persamaan sesuai dengan prinsip Islam yang terdapat dalam al-Quran dan Sunnah. Dalam konteks Mesir, terdapat lebih kurang 135 buah gerakan agama yang diasaskan sebelum dan selepas Perang Dunia Pertama.1 Kebanyakan gerakan ini cuba melaksanakan Syariah Islamiah di Mesir menerusi penglibatan dalam bidang sosial dan politik. Perjuangan mereka juga bertujuan untuk mendapatkan kemerdekaan serta menentang pendudukan British di Mesir.

Selepas Perang Dunia Pertama, perkembangan Islam di Timur Tengah semakin merosot kerana kemasukan ideologi Barat yang telah memesongkan akidah umat Islam khususnya di Mesir. Kemunculan gerakan Islam dalam konteks politik dan demokrasi di Mesir dikesan selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada Mac 19242 melalui pengasasan Ikhwan Muslimin (IM) oleh Hassan al-Banna3 pada Mac

1 Thameem Ushama, Hasan al-Banna Vision and Mission, Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, 1995, hlm. 17-20.

2 John L. Esposito, Islam and Politics 4th Edition, New York: Syracuse University Press, 1998, hlm. 60.

3

Nama Hassan al-Banna turut dieja dengan nama lain seperti Hasan al-Banna, Hasan AlBanna dan Hasan el-Banna. Walau bagaimanapun, dalam penulisan ini, penulis menggunakan ejaan nama beliau

(11)

1928. Penubuhan IM merupakan satu wadah untuk membangkitkan semula kesedaran Islam rakyat Mesir dan membangunkan kehidupan sosial yang sesuai dengan ajaran Islam. IM cuba menyedarkan masyarakat Islam khususnya akan kepentingan politik sebagai salah satu aspek penting dalam memenuhi tuntutan Islam yang syumul. Bukan itu sahaja, ia juga adalah untuk menyemarakkan daya juang untuk membebaskan diri dari belenggu penjajahan Barat. IM bukan sahaja mempunyai asas perjuangan yang jelas iaitu mendukung Islam secara menyeluruh, bahkan juga mengandungi prinsip organisasi yang kemas dan berkesan.

Pengasasan IM ini merupakan kesinambungan daripada gerakan pembaharuan Islam yang dibawa oleh Jamaluddin al-Afghani dan dikembangkan oleh tokoh pembaharuan seperti Muhammad Abduh dan Rashid Rida.4 Tokoh ini menentang penjajahan dan ideologi Barat dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. Mereka juga mengakui kehebatan Barat dalam ilmu serta teknologi dan umat Islam wajib mempelajarinya walau hakikatnya hanya mengambil kembali apa yang disumbangkan dunia Islam kepada Barat. Kesan daripada pemikiran tokoh pembaharuan ini telah melahirkan gerakan politik yang bangun menentang pemerintah Mesir yang terlalu mengikut telunjuk penjajah British. Walaupun mendapat kemerdekaan dari British5 pada 1922, pergolakan politik Mesir masih berterusan kerana perebutan kuasa yang terjadi antara pihak istana dengan parti pemerintah.

Pergolakan politik di Mesir telah menimbulkan reaksi kepada pengasasan IM Mesir. IM tampil dalam bentuk yang lebih sistematik berbanding dengan gerakan yang hanya terikat dengan wadah tarekat dan kebangsaan. Penglibatan IM dalam politik dan demokrasi di Mesir juga bertujuan untuk memperjuangkan Islam sebagai suatu cara hidup dan mengembalikan sistem pemerintahan Islam yang berasaskan khilafah. Selain itu, IM menentang segala bentuk ideologi Barat seperti sekularisme.

iaitu Hassan al-Banna atau al-Banna, kecuali kutipan dari mana-mana petikan dan tajuk buku dan tulisan tentangnya.

4 Untuk maklumat lanjut mengenai tokoh islah tersebut sila rujuk Muhammad Zaki Badawi, The

Reformers of Egypt, London: Croom Helm, 1978. 5

Dalam penulisan ini, perkataan „British‟ digunakan bagi merujuk kepada negara yang dikenali sebagai England/United Kingdom (United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland) dan Great Britain yang merujuk kepada England, Scotland dan Wales.. Selain kata nama „British‟, perkataan „Inggeris‟ turut dipakaikan bagi merujuk kepada bangsa British. Tujuannya adalah bagi memudahkan penyelidikan dan penulisan.

(12)

Gerakan ini menampilkan pendekatan tarbiah dan dakwah dalam menyebarkan ideologinya ke seluruh Mesir dan semenanjung Arab serta dunia Barat. Penglibatan politik IM juga di dasari oleh pemikiran pemimpin IM dalam menentukan hala tuju politik gerakan ini.

Sehubungan dengan itu, pemikiran dan ideologi IM juga menjadi faktor utama kepada penglibatan gerakan ini dalam politik dan demokrasi di Mesir. Dalam hal ini, tidak bermakna IM ingin menolak secara total pembangunan masyarakat dan ingin membawa umat Islam kembali ke zaman kuno. Sebaliknya, gerakan ini menuntut agar pembangunan yang seimbang dan utuh serta sesuai dengan tuntutan Islam dilaksanakan. Pada peringkat awal pengasasannya, IM tidak menunjukkan minat untuk mencampuri kegiatan politik kepartian, namun pandangan politik IM sentiasa dinantikan oleh pelbagai pihak termasuklah oleh pemerintah Mesir.

Perbezaan pendekatan politik IM dengan pemerintah telah menyebabkan gerakan ini melibatkan diri dalam politik dan sistem demokrasi Mesir. IM berusaha untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul kesan daripada penjajahan Barat di Mesir. Kekuatan IM bukan berdasarkan kepada perjuangan politik seperti mana gerakan Islam lain yang mana kuasa untuk memerintah dan menerajui negara merupakan matlamat perjuangan mereka. IM juga diterajui oleh pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi dan memiliki ilmu pengetahuan dalam bidang konvensional dan tradisi Islam.

Pengaruh IM yang semakin berkembang pesat dalam masyarakat Islam khususnya telah menyebabkan pemerintah Mesir mula mengambil tindakan dalam usaha mengukuhkan keabsahan. Gerakan IM telah dilihat sebagai sebuah gerakan Islam dan dalam masa yang sama terlibat dalam pertubuhan profesional serta menyertai pilihan raya parlimen. Penglibatan IM telah menyebabkan pihak rejim telah mengenakan tindakan dan tekanan politik menyebabkan beberapa pemimpin IM telah dibunuh serta dipenjarakan dan diseksa dengan kejam. Walau bagaimanapun, tekanan yang dikenakan terhadap IM tidak melemahkan perjuangannya untuk membina sebuah pemerintahan yang berteraskan Islam. Komitmen IM terhadap sistem politik dan demokrasi Mesir berterusan walaupun mendakwa sering ditipu serta ditindas oleh rejim yang memerintah.

(13)

1.2 Permasalahan Kajian

IM diasaskan pada awalnya bertujuan untuk menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan terhadap masyarakat Mesir. IM menjalankan program dakwah dan tarbiah yang berlandaskan kepada al-Quran dan Sunnah. Sejak mula pengasasan IM pada 1928, ideologi gerakan ini didasari oleh idea pembaharuan Islam yang telah disemarakkan oleh tokoh islah Mesir iaitu Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Rida. Kemasukan pelbagai ideologi Barat terutamanya ideologi sekularisme yang mula meresapi umat Islam Mesir dan juga telah menyebabkan nilai Islam juga semakin hari semakin terhakis. Hassan al-Banna yang terpengaruh dengan idea Rashid Rida telah mengembangkan idea tersebut dengan penubuhan sebuah gerakan Islam dalam usaha untuk mengaplikasikan dan melaksanakan prinsipnya.

Walau bagaimanapun, perkembangan ideologi radikalisme semakin meningkat apabila Sayyid Qutb menulis beberapa buah buku yang menyokong idea Hassan al-Banna dengan lebih radikal. Namun begitu, ideologi IM mengalami perubahan apabila Mursyidul Am kedua IM iaitu Hassan al-Hudaybi menolak pandangan Sayyid Qutb. Selepas kematian Presiden Gamal Abdel Nasser pada 1970, perubahan pemikiran kepimpinan IM telah berlaku apabila Umar al-Tilmisani menggesa agar IM melibatkan diri dalam sistem demokrasi Mesir dalam usaha untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Persoalan yang menjadi tumpuan kajian ialah apakah faktor utama kepada kedinamikan pemikiran politik IM?

Melalui pemikiran kepimpinan IM juga telah membentuk orientasi politik gerakan ini di Mesir. Penglibatan IM dalam proses politik amat berkait rapat dengan yang diutarakan oleh kepimpinannya dalam usaha menyebarkan ideologi mereka. Segala tindakan politik oleh di ambil oleh IM memainkan peranan penting dalam konteks politik dalam usaha untuk menegakkan negara Islam dan pelaksanaan sistem pemerintahan yang berlandaskan Islam. IM telah melibatkan dalam politik dengan menyertai beberapa aksi politik seperti dalam isu permasalahan Palestin, sokongan politik terhadap Revolusi Mesir 1952 dan isu penyertaan dalam kabinet semasa pemerintahan rejim Gamal Abdel Nasser. Persoalan kajian yang ingin dibincangkan dalam kajian ini adalah bagaimanakah pemikiran pemimpin mempengaruhi ideologi dan gerakan politik IM?

(14)

Penyertaan IM dalam sistem demokrasi juga menjadi perbincangan yang penting kerana IM telah mula menyertai pilihan raya Mesir pada tahun 1942 dan 1945 yang disertai oleh al-Banna. Selepas itu, IM telah menyertai sistem demokrasi sekali lagi apabila Presiden Anwar Sadat telah membuka ruang untuk berpolitik dalam sistem demokrasi pada 1970-an. IM melibatkan diri dalam pilihan raya Pertubuhan Profesional Mesir seperti Pertubuhan Doktor, Jurutera dan Peguam. Penglibatan ini bertujuan untuk meraih sokongan golongan profesional khususnya kelas pertengahan dan bawahan. Bukan itu sahaja, IM juga telah mengambil peluang ini dengan menyertai pilihan raya parlimen pada tahun 1980-an setelah Umar al-Tilmisani menjadi Mursyidul Am yang ketiga menggantikan Hassan al-Hudaybi.

Dengan menyertai pilihan raya ini, IM berjaya memenangi beberapa buah kerusi parlimen setelah mengadakan kerjasama politik dengan parti politik yang lain dan menyertai pilihan raya Parlimen Mesir sebagai calon bebas bermula 1990-an. IM juga telah berjaya memenangi 20 peratus kerusi parlimen pada tahun 2005 sekali gus menjadikan gerakan ini mempunyai wakil terbesar dalam blok pembangkang dan ini merupakan hasil daripada aspek pemikiran dan peranan kepimpinan IM. Persoalan yang cuba dihuraikan dalam kajian ini ialah sejauh mana pemikiran dan peranan pemimpin IM membentuk orientasi politik dan proses demokrasi di Mesir.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pemikiran kepimpinan IM dalam perubahan politik dan demokrasi Mesir bermula dari tahun 1928 hingga 2010. Dalam usaha mencapai matlamat di atas, kajian ini akan memenuhi objektif berikut:

i. Mengkaji faktor utama kepada kedinamikan pemikiran politik IM. ii. Menganalis pemikiran pemimpin dalam mempengaruhi ideologi dan

gerakan politik IM di Mesir.

iii. Menilai pemikiran dan peranan pemimpin IM dalam membentuk orientasi politik dan proses demokrasi di Mesir.

(15)

1.4 Skop Kajian

Kajian ini cuba meneliti perkembangan pemikiran kepimpinan IM dalam perubahan politik dan demokrasi Mesir antara tahun 1928 hingga tahun 2010. Kajian ini dimulakan pada tahun 1928 disebabkan permulaan pengasasan IM sebagai sebuah gerakan Islam yang berteraskan politik selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Impak daripada penyebaran pemikiran oleh tokoh islah Mesir iaitu Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Rida pada awal 1900-an menjadi faktor penting menyemarakkan lagi semangat penubuhan IM dalam usaha untuk menentang pendudukan British dan mengembalikan pemerintahan khilafah.

Dalam perbincangan mengenai pemikiran kepimpinan IM, kajian ditumpukan kepada kedinamikan pemikiran pemimpinnya seperti Hassan Banna, Hassan al-Hudaybi, Sayyid Qutb, Said Hawwa dan Umar al-Tilmisani dalam mempengaruhi ideologi gerakan ini seterusnya membentuk orientasi politik serta penyertaan dalam demokrasi dan pemilihan kawasan kajian hanya memfokuskan kepada penglibatan gerakan ini di Mesir. Dalam perbincangan mengenai penglibatan IM dalam politik, kajian ditumpukan kepada penglibatan gerakan ini dalam politik sehingga selepas kematian Presiden Gamal Abdel Nasser pada tahun 1970.

Dalam aspek sistem demokrasi, fokus kajian hanya kepada penglibatan IM dalam pertubuhan profesional dan pilihan raya Parlimen Mesir yang bermula selepas kematian Presiden Anwar Sadat pada tahun 1981. Kajian ini berakhir sehingga tahun 2010 kerana ia merupakan tahun terakhir IM bertanding dalam pilihan raya Mesir semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak sehingga peletakan jawatannya pada tahun 2011. Peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak ini disebabkan tekanan dan kesan peristiwa kebangkitan Arab yang telah melanda Timur Tengah pada 2010.

Kajian ini hanya menggunakan dokumen rasmi dan fail dalam rekod British yang merupakan salah satu sumber primer yang utama dalam penyelidikan sejarah. Ia termasuklah laporan perisikan, surat, memorandum, kenyataan akhbar dan telegram. Selain itu, sumber sekunder juga digunakan untuk menyokong hasil kajian ini. Kajian ini tidak banyak menggunakan sumber berbahasa Arab kerana keterbatasan pemahaman pengkaji dalam menguasai bahasa Arab.

(16)

1.5 Signifikan Kajian

Kajian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri kerana dapat menonjolkan kedinamikan dan pengaruh pemikiran kepimpinan IM seperti Hassan al-Banna, Hassan al-Hudaybi, Sayyid Qutb, Said Hawwa dan Umar al-Tilmisani. Perubahan pemikiran pemimpin ini telah membawa dan membentuk kepada penyertaan IM dalam politik dan juga demokrasi. Dalam kajian ini, pengkaji telah membincangkan pemikiran pemimpin ini dalam pelbagai aspek politik seperti isu asas kenegaraan, sistem pemerintahan dan fahaman sekularisme. Kajian ini juga membuktikan terdapatnya pengaruh dan berlakunya perubahan dalam aspek pemikiran dan ideologi kepimpinan IM disebabkan faktor dan persekitaran politik di Mesir.

Pelaksanaan kajian ini juga penting bagi membuktikan bahawa penglibatan IM dalam demokrasi sebenarnya juga berdasarkan kepada pemikiran pemimpinnya. Pemikiran mengenai demokrasi adalah membincangkan berkenaan dengan isu parti politik, pilihan raya dan pengundian. Dalam aspek ini juga, penglibatan IM dalam sistem demokrasi dapat dilihat apabila gerakan ini menyertai pilihan raya pertubuhan profesional dan pilihan raya Parlimen Mesir. Kejayaan IM dalam memenangi beberapa buah kerusi dalam pertubuhan profesional dan juga dalam pilihan raya Parlimen telah membuktikan penerimaan masyarakat Mesir terhadap pendekatan dan ideologi yang dibawa oleh IM.

Kajian ini juga penting untuk dilakukan bagi membuktikan peranan IM dalam konteks politik dan sistem demokrasi untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat Mesir khususnya. Peranan IM dapat diteliti apabila gerakan ini memainkan peranan yang penting dalam membawa nilai Islam yang sebenarnya melalui platform rasmi. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh IM terhadap masyarakat Mesir dalam usaha mempraktikkan dakwah Islamiah dengan lebih meluas dan menyebarkan ideologinya.

(17)

1.6 Metodologi Kajian

Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berorientasikan pendekatan kualitatif iaitu kajian melibatkan pengumpulan dan menganalisis data. Kajian ini melibatkan kaedah kajian perpustakaan iaitu dengan menggunakan dua jenis sumber utama dalam penyelidikan sejarah iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Penumpuan kedua-dua sumber ini melibatkan proses heuristik6 dan proses ini menjadi mudah dengan kewujudan arkib dan perpustakaan.7 Antara sumber primer yang digunakan dalam kajian ini ialah dokumen dan fail dalam rekod rasmi British yang terdapat di The National Archives, London. Penyelidikan dan pengumpulan data telah dijalankan di The National Archives, London selama dua minggu pada bulan Februari 2016.

Pengkaji telah meneliti dokumen, fail dan laporan perisikan bagi mendapatkan sumber primer yang tidak terdapat dalam simpanan arkib dan perpustakaan di Malaysia. Antara dokumen rasmi, fail dan laporan perisikan yang telah dirujuk seperti Political Affairs (FCO 39), Egypt (FCO 93) General Correspondence: Arab Societies (FCO 141), Political Situation in Egypt (FO 371) dan Political Intellingence Paper (WO 201). Rujukan terhadap dokumen yang berkaitan telah banyak membantu pengkaji mendapatkan maklumat penting yang berkaitan dengan penglibatan IM dalam politik dan demokrasi di Mesir dalam tempoh kajian dilakukan.

Selain sumber primer, pengkaji juga melakukan kajian ke atas sumber sekunder. Kajian ini amat penting bagi memastikan terdapat kesinambungan antara sumber primer dengan sumber sekunder. Antara sumber sekunder yang dikaji dan digunakan dalam kajian ini adalah seperti tesis, buku, jurnal, prosiding seminar dan kertas kerja yang menyentuh mengenai IM. Terdapat sebahagian besar tesis terutamanya peringkat Kedoktoran dan buku serta jurnal yang menyumbang pengetahuan berkaitan dengan kajian. Pengkaji juga membuat kajian dan meneliti

6 Kegiatan mencari dan mengumpul sumber sejarah yang berselerak yang tersimpan dalam arkib,muzium atau perpustakaan. Terdapat tiga bentuk sumber iaitu sumber berbentuk (kesan arkeologi), sumber tulisan dan sumber lisan.

(18)

laman sesawang rasmi IM kerana laman ini mempunyai maklumat mengenai sejarah, peranan politik, biografi pemimpin IM dan pemikirannya.

Selain itu juga, kajian dan penyelidikan ke atas jurnal dan artikel yang diperoleh secara atas talian turut dilakukan. Analisis terhadap sumber ini dilakukan bagi mengukuhkan sumber primer yang diperoleh terutamanya daripada dokumen dalam rekod British. Untuk memantapkan penulisan tesis ini dengan penggunaan sumber sekunder, pengkaji telah melakukan penyelidikan di beberapa buah perpustakaan universiti di Malaysia seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Setiap data penyelidikan yang diperoleh telah dianalisis menggunakan kaedah sejarah dan sementara pendekatan tema digunakan bagi memudahkan perbincangan. Kaedah ini dilakukan dengan menyedut keluar tema yang berkaitan dengan pemikiran serta penglibatan IM Mesir dalam politik dan demokrasi sepanjang tempoh 1928 hingga 2010. Oleh sebab kajian ini merupakan penyelidikan sejarah, maka dalam setiap tema yang dibincangkan akan disusun mengikut kronologi iaitu berturutan dari satu peristiwa ke satu peristiwa yang lain berdasarkan peristiwa yang terawal didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Tema yang digunakan adalah mengikut objektif kajian yang telah dirangkakan.

1.7 Sorotan Literatur

Setakat ini belum ditemui kajian khusus dan mendalam yang dijalankan mengenai pemikiran kepimpinan IM dalam perubahan politik dan demokrasi di Mesir. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penulisan berbentuk buku, artikel dan tesis yang dapat memberikan gambaran dan maklumat yang berguna bagi memantapkan kajian ini. Hasil daripada pembacaan, agak kurang penulisan yang dilakukan mengenai isu ini dan cuma ada beberapa hasil penulisan yang agak ringkas mengenai pemikiran dan penglibatan IM dalam politik serta demokrasi. Dalam soroton literatur ini, pengkaji akan membahagikan kepada dua tema perbincangan

(19)

kajian iaitu kajian mengenai pemikiran kepimpinan IM serta kajian mengenai penglibatan IM dalam politik dan demokrasi.

1.7.1 Kajian Pemikiran Kepimpinan Ikhwan Muslimin

Penulisan berkenaan pengaruh pemikiran kepimpinan IM dalam aspek politik dan demokrasi telah menjadi topik perbincangan beberapa penulis. Abu Sufian Ab. Ghani dalam disertasinya yang bertajuk Pembinaan Peradaban Ummah: Pemikiran dan Pendekatan Hasan al-Banna8 membincangkan mengenai pemikiran dan pendekatan al-Banna dalam usaha pembinaan peradaban ummah. Namun begitu, kajian ini hanya menjelaskan pendekatan yang digunakan oleh al-Banna dalam merealisasikan pemikirannya dan tiada perbincangan langsung berkaitan dengan pemikiran kepimpinan IM yang lain.

Kajian Nooraini Sulaiman pada peringkat sarjana iaitu Pembinaan peradaban ummah dalam menghadapi cabaran: Perjuangan dan pemikiran Sayyid Qutb.9 Kajian ini membincangkan mengenai pemikiran dan perjuangan Qutb dalam konteks di Mesir. Penekanan yang diberi oleh Qutb dalam aspek politik Islam dalam membina peradaban ummah. Walau bagaimanapun, kajian beliau tidak membincangkan perbandingan antara pemikiran kepimpinan IM yang lain secara terperinci dalam aspek politik dan demokrasi. Begitu juga dengan disertasi Norazamudin Umar yang bertajuk Sa„id Hawwa (1935-1989): Pemikiran dakwah dan kedudukannya dalam gerakan Al-Ikhwan al-Muslimun di Syria.10 Kajian beliau hanya membincangkan mengenai personaliti dan pemikiran dakwah Said Hawwa. Selain itu, kajian ini juga hanya mengupas mengenai peranan dan kedudukan Said Hawwa dalam gerakan IM di Syria sahaja dalam aspek dakwah semata-mata dan tidak memfokuskan kepada pemikiran pemimpin IM yang lain.

8 Abu Sufian Ab. Ghani, Pembinaan peradaban ummah: Pemikiran dan pendekatan Hasan Al-Banna, Disertasi Sarjana, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2000.

9

Nooraini Sulaiman, Pembinaan peradaban ummah dalam menghadapi cabaran: Perjuangan dan pemikiran Sayyid Qutb, Disertasi Sarjana, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2002. 10 Norazamudin bin Umar, Sa'id Hawwa (1935-1989): Pemikiran dakwah dan kedudukannya dalam gerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun di Syria, Disertasi Sarjana, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2005.

(20)

Walau bagaimanapun, kajian beliau ini tidak memperincikan sebab dan faktor kepada perubahan pemikiran pemimpin IM yang lain seperti Hassan al-Hudaibi, Sayyid Qutb, Umar Tilmisani kerana hanya memfokuskan kepada pemikiran dan pendekatan al-Banna sahaja. Penglibatan IM dalam politik dan demokrasi di Mesir khususnya juga tidak dibincangkan secara menyeluruh.

Dalam penulisan Barbara H.E Zollner yang bertajuk The Muslim Brotherhood, Hasan al-Hudaybi and Ideology memberikan analisis yang mendalam mengenai IM semasa kepimpinan al-Hudaybi. Beliau juga berusaha untuk membawa organisasi itu dari sayap radikal yang diilhamkan oleh Qutb ke dalam organisasi Islam itu lebih sederhana sekarang. Selain itu, Zollner juga membincangkan peranan yang dimainkan oleh al-Hudaybi terhadap konflik yang berlaku antara IM dengan gerakan „Pegawai Bebas‟ yang diterajui oleh Nasser. Pada tahun penindasan yang bermula dari tahun 1954 sehingga 1971, idea Islam radikal dan sederhana telah muncul dalam IM. Walau bagaimanapun, pemikiran dan peranan yang dimainkan oleh al-Hudaybi dan pengikutnya dalam memberi tafsiran politik yang sederhana telah diterima pakai oleh IM telah membentuk asas ideologi IM sehingga hari ini.11 Namun demikian, perbincangan hanya terhad sehingga tahun 1973 sahaja.

Penulisan mengenai pemikiran kepimpinan IM juga ada ditulis oleh Aziz Jamaludin Mhd. Tahir yang bertajuk Hakikat pemikiran politik Hasan al-Banna: Meluruskan salah faham terhadap peranan dan aktiviti Hasan al-Banna yang hanya membincangkan pemikiran al-Banna dalam membentuk falsafah politik IM dan gaya kepimpinan al-Banna itu sendiri sahaja. Tiada perbincangan lanjut dan perbandingan antara pemikiran kepimpinan IM yang lain dalam mencorak orientasi politik dan demokrasi gerakan ini di Mesir.

1.7.2 Kajian Penglibatan Ikhwan Muslimin dalam Politik dan Demokrasi

Penulisan berkenaan dengan penglibatan IM dalam politik dan demokrasi juga ada bincangkan oleh beberapa penulis. Ahmed A. M. Atawna dalam tesis

11

Barbara H. E. Zollner, The Muslim Brotherhood: Hasan al-Hudaybi and Ideology, New York: Routledge, 2009.

(21)

kedoktorannya yang bertajuk Democratic Approach of Political Islam: A study on Muslim Brotherhood of Egypt, 1984-2012, ada membincangkan mengenai pendekatan demokrasi IM dalam konteks di Mesir. Kajian ini juga membincangkan tentang ciri-ciri serta sifat gerakan IM terutamanya sayap politiknya iaitu Freedom and Justice Party (FJP) dalam penglibatan mereka dalam demokrasi di Mesir. Bukan itu sahaja, kajian beliau juga menyentuh mengenai keupayaan IM dan FJP untuk memimpin peralihan demokrasi selepas tahun 2011. Namun begitu, kajian beliau ini hanya bermula dari tahun 1984 sehingga 2012.

Selain itu juga, dalam kajian disertasi sarjana Shamsul Azhar Yahaya iaitu Gerakan Ikhwan al-Muslimin dan pembinaan Peradaban Mesir Moden,12 kajian beliau hanya membincangkan mengenai latar belakang perkembangan IM mengenai modus operandi gerakan ini dan membicarakan mengenai personaliti pengasasnya. Kajian ini juga menyentuh mengenai pendekatan yang digunakan oleh IM terutamanya al-banna dalam mengembangkan dakwahnya dalam aspek politik, ekonomi dan pendidikan. Namun begitu, kajian beliau tidak lengkap kerana kurang menggunakan rekod British selain memuatkan perbincangan yang terlalu ringkas.

Penulisan berkenaan dengan penglibatan politik IM dapat diteliti dalam artikel yang ditulis oleh Mohammad Redzuan Othman yang bertajuk “Gerakan Islam dan Proses Politik Di Mesir: Satu Analisa Tentang Kegagalan Ikhwan al-Muslimin Dalam Perebutan Kuasa” yang dimuatkan dalam Jurnal Islamika. Penulisan beliau ini membincangkan penglibatan IM dalam proses politik selepas berlakunya Revolusi Mesir pada tahun 1952 yang dilancarkan oleh gerakan „Pegawai Bebas‟. Selain itu, penulisan ini membincangkan mengenai isu perlantikan al-Hudaybi menggantikan al-Banna telah mencetuskan perasaan tidak puas hati segelintir pemimpin dalam IM.13 Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai penglibatan politik IM hanya terhad sehingga tahun 1954 sahaja.

12

Shamsul Azhar bin Yahya, Gerakan Ikhwan al-Muslimin dan pembinaan peradaban Mesir moden, Disertasi Sarjana, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2007.

13 Mohammad Redzuan Othman, “Gerakan Islam dan Proses Politik di Mesir: Satu Analisa Tentang Kegagalan Ikhwan al-Muslimin Dalam Perebutan Kuasa,” Islamika VI, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Islam, 1990.

(22)

Tulisan lain yang tidak kurang pentingnya dalam membincangkan penglibatan politik IM Mesir disumbangkan oleh Shamsul Azhar Yahya dalam artikelnya “Penglibatan Politik dan Penindasan ke atas Ikhwan al-Muslimin dalam Sejarah Perkembangan Politik Mesir 1928-2005” dalam Jurnal Sejarah yang menyentuh mengenai perkembangan awal penglibatan politik IM di Mesir. Dalam artikel ini, beliau telah menghuraikan penglibatan politik dan penindasan yang diterima oleh IM bermula dalam tiga fasa iaitu yang pertama dari tahun 1928-1970 iaitu ketika pemerintahan Raja Farouk sehingga kematian Presiden Nasser, yang kedua pada tahun 1971-1980 semasa pemerintahan Presiden Sadat dan fasa ketiga ketika era Presiden Mubarak iaitu bermula pada 1981 sehingga 2005 yang memperlihatkan gerakan Islam ini menerima tekanan yang kuat oleh pemerintah kesan daripada sokongan luar biasa rakyat Mesir dan akibatnya ramai ahli dan pengikutnya telah ditangkap dan diseksa oleh pemerintah tanpa belas kasihan. Dalam kajian ini juga membincangkan mengenai penglibatan IM dalam Pilihan Raya Parlimen Mesir sehingga 2005 dan bergabung dengan beberapa buah parti politik di Mesir.14 Namun demikian, kajian ini langsung tidak menyentuh mengenai penglibatan IM dalam demonstrasi, permasalahan Palestin dan penglibatan Pilihan Raya Pertubuhan Profesional.

Richard P. Mitchell yang merupakan sarjana terawal membincangkan mengenai IM dengan bukunya The Society of The Muslim Brothers merupakan sumber sekunder yang baik kerana beliau telah menghabiskan banyak masa di Mesir untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai IM. Walaupun R.P Mitchell juga banyak bergantung kepada Mudhakkirat dan juga tulisan al-Banna yang lain dalam

Majmu’at Rasail, beliau juga berjaya melakukan penyelidikan yang baik berkenaan dengan perkembangan dan pergolakan yang melanda IM. Beliau membahagikan penulisannya kepada tiga fasa utama bermula dari awal penubuhannya, kebangkitan dan perkembangan serta diikuti kejatuhannya. Beliau juga menganalisis struktur organisasi dan ideologi IM yang dibawa oleh al-Banna. Beliau berjaya mendedahkan keadaan sebenar sejarah moden Mesir ketika itu dan memperlihatkan satu gerakan yang bermula dengan kesederhanaan dan memuncak menjadi gerakan yang

14

Shamsul Azhar Yahya, “Penglibatan Politik dan Penindasan ke atas Ikhwan Al-Muslimin dalam Sejarah Perkembangan Politik Mesir, 1928-2005,” Sejarah, No. 16, 2008.

(23)

berpengaruh.15 Namun begitu, penulisan beliau hanya membincangkan penglibatan politik IM sehingga tahun 1954.

Sementara itu, penulisan lain yang boleh diteliti adalah melalui buku The Moslem Brethren, The Greatest of Modern Islamic Movements oleh Ishak Musa Husaini. Penulisan beliau hanya membincangkan mengenai sejarah perkembangan IM dari tahun 1928 sehingga pembubarannya pada tahun 1954. Penulisan ini lebih menjurus kepada pertumbuhan gerakan ini, berkenaan dengan personaliti al-Banna dan pemikirannya. Dalam buku ini membincangkan bahawa IM bukanlah pertubuhan pertama yang ditubuhkan oleh al-Banna dalam usaha memberikan kesedaran mengenai Islam kepada masyarakat. Selain itu, aspek penglibatan dan peranan IM dalam politik juga diterangkan seperti membincangkan penglibatan Mesir dalam kancah Perang Dunia Kedua serta pencapaian gerakan ini. Bukan itu sahaja, penglibatan IM di luar Mesir juga dibincangkan dalam buku ini. Bahagian pertama perbincangan sehingga tahun 1951 dan bahagian kedua buku ini perbincangan mengenai IM hanya sehingga 1955.16

Mohammed Zahid dalam bukunya yang bertajuk The Muslim Brotherhood and Egypt's Succession Crisis: The Politics of Liberalisation and Reform in the Middle East memberi tumpuan kepada masalah hubungan antara IM dan kerajaan Mesir. Peningkatan ketara dalam aktivisme politik di Mesir yang didorong oleh peningkatan tuntutan dalaman untuk pembaharuan dan perubahan dalam rejim. Proses ini telah memberi impak kepada ekonomi serta strategi politik. Penulisan ini turut memaparkan evolusi IM dari gerakan agama kepada penglibatan politik dan demokrasi serta menyentuh mengenai proses perwarisan jawatan Presiden Mubarak kepada anaknya Gamal Mubarak.17 Walau bagaimanapun, penulisan beliau tidak pula menyentuh pendekatan politik pemimpin IM dalam menentukan hala tuju gerakan ini.

15

Ritchard P Mitchell, The Society of The Muslim Brothers, London: Oxford University Press, 1969. 16 Ishak Musa al-Husaini, The Moslem Brethren, The Greatest of Modern Islamic Movements, Beirut: Khayat‟s College Book Cooperative, 1956.

17 Mohammed Zahid, The Muslim Brotherhood and Egypt's Succession Crisis: The Politics of Liberalisation and Reform in the Middle East, New York: I.B. Tauris, 2010.

(24)

Hesham al-Awadi dalam bukunya yang bertajuk In Pursuit of Legitimacy: The Muslim Brothers and Mubarak, 1982-2000, pula menyentuh mengenai penglibatan IM dalam sistem demokrasi semasa pemerintahan Mubarak. Pengaruh IM semakin berkembang dalam demokrasi Mesir khususnya mendominasi Pertubuhan Profesional dan dalam Pilihan Raya Parlimen Mesir. Walaupun IM gagal memenangi majoriti dalam pilihan raya Mesir namun IM berjaya memperoleh sokongan rakyat Mesir. Sokongan yang semakin meningkat terhadap IM telah menyebabkan pihak rejim memberi tekanan politik kepada IM dalam usaha mempertahankan legitimasinya.18 Namun demikian, penulisan beliau hanya membincangkan penglibatan IM dalam sistem demokrasi di Mesir.

Penglibatan IM dalam Pertubuhan Profesional Mesir turut disentuh oleh Ninette S. Fahmy dalam artikelnya yang bertajuk “The Performance of the Muslim Brotherhood in the Egyptian Syndicates: An Alternative Formula for Reform?” yang diterbitkan dalam The Middle East Journal. Penulisan beliau hanya memberi pengetahuan mengenai penglibatan IM dalam pertubuhan profesional bermula pada tahun 1982 lagi. IM juga menggunakan institusi ini untuk membina asas kuasa dan pengaruhnya dalam usaha untuk melibatkan diri dalam politik dan sistem demokrasi Mesir negara dengan lebih serius.19 Namun begitu, perbincangan mengenai penglibatan IM dalam pertubuhan profesional ini agak ringkas kerana beliau tidak membincangkan penglibatan IM dalam pilihan raya Parlimen Mesir.

Tulisan lain yang tidak kurang pentingnya disumbangkan oleh Mariz Tadros yang bertajuk The Muslim Brotherhood in Contemporary Egypt: Democracy Redefined or Confined?. Buku ini mengkaji mengenai visi dan penglibatan IM dari penubuhannya pada tahun 1928 sehingga respons kepada Revolusi Mesir 2011 kerana ia bergerak untuk mentakrifkan semula demokrasi mengikut prinsip Islam. Buku ini juga menganalisis kedudukan IM mengenai isu utama seperti gender, agama minoriti dan kemajmukan politik. Penulisan beliau juga secara kritis menganalisis mengenai dakwaan IM telah meninggalkan ideologi ekstremisme dan penglibatannya sebagai kuasa politik yang sederhana. Ia juga mengambil kira

18 Hesham al-Awadi, In Pursuit of Legitimacy: The Muslim Brothers and Mubarak, 1982-2000, London: Tauris Academic Studies, 2004.

19

Ninette S. Fahmy, “The Performance of the Muslim Brotherhood in the Egyptian Syndicates: An Alternative Formula for Reform?”, Middle East Journal, Vol. 52, No. 4, 1998.

(25)

konteks politik yang lebih luas di rantau ini dan menilai sejauh mana IM mempunyai potensi untuk mengubah politik di Timur Tengah.20 Namun demikian, penulisan beliau hanya menumpukan penglibatan dalam sistem demokrasi dan menyentuh secara ringkas penglibatan IM dalam politik.

Dalam buku yang bertajuk Theology and Creed in Sunni Islam: The Muslim Brotherhood, Ash'arism, and Political Sunnism penulisan Jeffry R. Halverson. Buku ini meneroka hubungan antara pemikiran anti-teologi dan kebangkitan Islamisme pada abad kedua puluh. Penulisan beliau juga memberi tumpuan khusus kepada IM Mesir dan membincangkan mengenai biografi dan kepimpinan al-Tilmisani dalam IM sehingga tahun 1986. Selain itu, implikasi sosio-politik mengenai kepercayaan anti-teologi dengan negara moden juga dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sama ada kebangkitan semula teologi Sunni sebagai wacana yang rasional dalam agama dan boleh meneliti pemikiran Islam semakin meluas dalam dunia Islam kontemporari.21 Walau bagaimanapun, buku ini tidak menyentuh pemikiran pemimpin IM yang lain secara terperinci dan penglibatan politik IM sebelum melibatkan diri dalam sistem demokrasi di Mesir.

Berdasarkan kepada sorotan literatur tersebut, setakat ini belum terdapat kajian khusus yang telah dilakukan berkenaan pemikiran kepimpinan IM dalam perubahan politik dan demokrasi Mesir. Meskipun terdapat beberapa tulisan yang mengkaji topik tersebut, majoriti tulisan tersebut lebih bersifat umum dan tidak memfokuskan secara terperinci. Namun begitu, tulisan tersebut dapat memberikan maklumat asas berkenaan dengan ruang lingkup bidang yang dikaji. Oleh yang demikian, penulisan tesis ini diharap dapat mengisi ruang kosong dalam kajian Sejarah Timur Tengah berkaitan dengan pemikiran serta penglibatan IM dalam politik dan demokrasi.

20 Mariz Tadros, The Muslim Brotherhood in Contemporary Egypt: Democracy Defined Or

Confined?, New York: Routledge, 2012. 21

Jeffry R. Halverson, Theology and Creed in Sunni Islam: The Muslim Brotherhood, Ash'arism, and Political Sunnism, Basingstoke: Palgrave Macmillan, 2010.

(26)

1.8 Pembahagian Bab

Kajian ini mempunyai lima bab termasuk dengan pendahuluan dan penutup. Bab satu iaitu pendahuluan memuatkan maklumat asas berkaitan dengan kajian seperti permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian, signifikan kajian, metodologi kajian dan pembahagian bab yang menjadi tunggak utama kepada kajian ini. Selain itu, pendahuluan juga memasukkan sorotan literatur yang dapat memberi gambaran dan maklumat penting untuk memantapkan lagi kajian tesis ini. Bahagian ini juga mengisi kelompangan yang masih ada dalam penulisan sejarah Timur Tengah khususnya penulisan mengenai pemikiran kepimpinan IM dalam perubahan politik dan demokrasi di Mesir.T

Bab dua membincangkan mengenai pemikiran kepimpinan IM yang terdiri daripada pemimpin utamanya iaitu Hassan al-Banna, Hassan al-Hudaybi, Sayyid Qutb, Said Hawwa dan Umar al-Tilmisani. Perbincangan dalam bab ini akan mengupas pemikiran pemimpin IM dalam aspek politik iaitu perkara yang berkaitan dengan negara Islam dan sekularisme. Dalam topik negara Islam, terdapat beberapa subtopik yang akan dibincangkan iaitu berkenaan dengan asas kenegaraan dan sistem pemerintahan. Perbincangan ini akan diakhiri dengan kupasan pemikiran kepimpinan IM tentang sistem demokrasi yang akan membahaskan perkara mengenai parti politik dan pilihan raya.

Bab tiga pula meneliti mengenai penglibatan IM dalam politik di Mesir. Perbincangan bab ini akan dimulakan dengan membicarakan mengenai penyertaan awal IM dalam politik di Mesir diikuti dengan aktiviti demonstrasi berkaitan dengan permasalahan Palestin dan dominasi British di Mesir. Perbincangan berikutnya akan meneliti penglibatan IM dalam Revolusi Mesir 1952 serta peranan tentera dalam politik Mesir dan persaingan yang berlaku dalam merebut kuasa politik dengan pihak tentera di Mesir. Perbincangan bab ini akan diakhiri dengan kupasan mengenai konflik politik yang berlaku antara IM dengan pihak tentera.

Bab empat pula akan memuatkan perbincangan berkaitan dengan penglibatan IM dalam sistem demokrasi. Bab ini akan dimulakan dengan kupasan mengenai penglibatan awal IM dalam sistem demokrasi semasa zaman pemerintahan Anwar

(27)

Sadat dan Hosni Mubarak. Perbincangan bab ini juga akan menjelaskan penglibatan IM dalam pertubuhan profesional diikuti dengan sumbangan dan peranan IM. Perbincangan ini akan diikuti dengan penglibatan IM dalam pilihan raya Parlimen Mesir yang bermula dari tahun 1984 hingga 2010 diikuti dengan sumbangan dan peranan IM dalam platform rasmi untuk menyebarkan dakwah Islamiah dalam masyarakat Mesir. Bab ini akan diakhiri dengan perbincangan mengenai draf cadangan pembentukan parti politik dan peranan ahli parlimen IM.

Bab lima iaitu penutup merupakan bahagian yang terakhir dalam kajian ini. Bab ini memuatkan rumusan dan kesimpulan berkaitan segala perbincangan yang telah dibahaskan di dalam bab-bab yang lepas. Bahagian penutup ini juga merupakan tesis utama yang menjadi hasil kajian dalam kajian tesis ini.

(28)

RUJUKAN

Abd Jalil Borham. (2013). Konsep Siyasah Syar„iyyah dan Pelaksanaannya dalam konteks Malaysia. Seminar Kebangsaan Pelaksanaan Siyasah Syar„iyyah

Dalam Konteks Masa Kini: Isu dan Cabaran, 21 Februari. Melaka: KUIM. 1-16.

Abdal-Khaliq, Abdul ar-Rahman. (1987). Islam dan Politik, Terj. Yunahar Ilyas, Jakarta: Pustaka al-Hidayah.

Abdalla, Ahmed. (1985). The Student Movement and National Politic in Egypt, 1923 -1973, London: Al-Saqi Books.

Abdelaal, Mohamed. (2016). The Paradox of the Freedom of Religion in Post

Revolutionary Egypt, dalam Pieter Coertzen, M Christian Green, Len Hansen (Eds.), Religious Freedom and Religious Pluralism in Africa: Prospects and Limitations, South Africa: ACLARS.

Abdel-Khalek, Gouda. & Al Sayyid, Mustapha K. (2011). Egypt: Development, Liberalization and the Persistence of Autocracy, dalam Samir A. Makdisi & Ibrahim Elbadawi (Eds.), Democracy in the Arab World: Explaining the Deficit, London: Routledge.

Abdel-Malek, Anouar. (1968). Egypt: Military Society: The Army Regime, The Left, and Social Change under Nasser, New York: Random House.

Abdelnasser,Walid Mahmoud. (1994). The Islamic Movement in Egypt: Perceptions of International Relations, 1967-1981, London: Kegan Paul International. Abdelrahman, Maha. (2015). Egypt's Long Revolution: Protest Movements and

Uprisings, London: Routledge.

Abdul Aziz. (2011). Chiefdom Madinah: Salah Faham Negara Islam, Jakarta: Pustaka Alvabet.

Abdul Ghafar Don. (1999). Perspektif Politik Islam, dalam Zulkiple Abd Ghani & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (Ed.), Kepimpinan Dakwah dan Politik Islam, Bangi: UKM.

(29)

Abdul Ghani Azmi Idris. (1999). Bagaimana Islam Berpolitik dan Memerintah, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Abdul Hadi Awang. (1984). Hizbullah dan Hizbul Syaitan-Parti Allah dan Parti Syaitan, Kuala Terengganu: Penerbitan Gedung Ummah.

Abdul Hadi Awang. (1995). Sistem Pemerintahan Negara Islam, Petaling Jaya: Dewan Muslimat Sdn. Bhd.

Abdul Hadi Awang. (2009). Bagaimana Islam Memerintah Negara, Batu Caves, Selangor: PTS Islamika.

Abdul Hadi Awang. (2009). Islam: Adil untuk semua, Batu Caves: PTS Islamika. Abdul Halim El-Muhammady, Konsep Negara Islam, laman sesawang JAKIM 2001,

http://www.Islam.gov.my/e-rujukan, tarikh diakses 3 Mei 2015.

Abdul Monir Yaacob. (1986). Hak Asasi Manusia Dalam Islam: Sejarah dan Konsep, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Hj Abdullah. (1987). Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran, Kuala Lumpur: Pena Sdn. Bhd.

Abdul Rashid Abdul Rahman. (1994). Perjalanan Pilihan Raya Malaysia, Kuala Lumpur: Berita Publishing.

Abdul Raziq, Ali (1985). Islam dan Khilafah: Kritik terhadap buku Khilafah dan Pemerintahan dalam Islam, Terj. Afif Muhammad, Bandung: Pustaka al Husna.

Abed-Kotob, Sana. (1995). The Accommodationists Speak: Goals and Strategies of the Muslim Brotherhood of Egypt, International Journal of Middle East Studies, 27(3): 321–339.

Abootaleb, Ali R. “Islam, Islamists and Democracy” dalam laman sesawang http://www.biu.ac.il/SOC/besa/meria/journal/1999/issue1/jv3n1a2.html. Tarikh diakses 2 Disember 2015.

Aboul-Enein, Youssef H. (2003). Al-Ikhwan Al-Muslimeen: The Muslim Brotherhood, Military Riview, 83(4), 26-31.

Abu „Ayd Arif Khalil Muhammad. (1985). Wazifah al-Hakim fi al-Daulah al Islamiyyah, Kuwait: Dar al-Arqam.

Abu al-Futuh, Abu al-Maati. (1990). Islam, Politik dan Pemerintahan, Terj. Mohd Akhir Ya„acob, Shah Alam: Penerbitan Hizbi.

Abu Faris, Muhammad Abdul Qadir. (2002). Pemerintahan Negara Islam yang Sebenar, Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.

(30)

Abu Faris, Muhammad Abdul Qadir. (2011). Fiqh Politik Hasan al-Banna, Kuala Lumpur: Mutiara Ilmu Selekta Sdn. Bhd.

Abu Farouq Rasul Dahri. (2007). Ikhwanul Muslimin atau Ikhwanul Muflisin? Tajdid atau Tabdi‟ Mujaddid atau Mubtadi. Johor Baru: Syarikat Ummul Qura Sdn. Bhd.

Abu Sufian Ab. Ghani. (2004). Pembinaan Peradaban Ummah: Pemikiran dan Pendekatan Hasan al-Banna, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Abu Yusuf,Ya‟kub bin Ibrahim. (1985). Kitab al-Kharaj, Beirut: Dar al-Shuruq. Abu Zayd, Naṣr Ḥamid & Nelson, Esther R. (2004). Voice of an Exile: Reflections

on Islam, London: Praeger.

Abu-Amr, Ziad. (1993). A Historical and Political Background, Journal of Palestine Studies, 22(4), 5-9.

Abu-Rabi, Ibrahim M. (1996). Intellectual Origins of Islamic Resurgence in the Modern Arab World, Albany: State University of New York Press.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2001). Demokrasi dan Kepimpinan Islam: Suatu Perbandingan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2002). Beberapa Perbezaan antara Demokrasi dan

Kepimpinan Islam, Ulum Islamiyyah, 1(1), 1-20.

Ahmad Suhelmi. (2001). Pemikiran Politik Barat: Kajian Sejarah Perkembangan Pemikiran Negara, Masyarakat dan Kekuasaan, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Akbarzadeh, Shahram. (Ed.). (2012). Routledge Handbook of Political Islam, New York: Routledge.

Al-Alim, Yusuf Hamid. (t.t.). Al-Maqasid al-Ammah li al-Syari„ah al-Islamiyyah, Khartoum: Dar al-Sudaniyyah li al-Kutub.

Alam, M. Shahid. (2009). Israeli Exceptionalism the Destabilizing Logic of Zionism, New York: Palgrave Macmillan.

Albrecht, Holger. (2013). Raging Against the Machine: Political Opposition under Authoritarianism in Egypt, Syracuse: New York Syracuse University Press. Ali, Mustafa. (1993). The Islamic Movement and the Malaysia Experience, dalam

Azzam Tamimi (Ed.), Power-Sharing Islam, London: Liberty BM Freedom. Ali, Shaukat. (1976). Pan-Movements in the Third World: Pan-Arabism, Pan

(31)

Ali, Souad T. (2009). A Religion, not a State: Ali 'Abd al-Raziq's Islamic Justification of Political Secularism, Salt Lake City: University of Utah Press.

Ali, Tariq. (2004). The Clash of Fundamentalism, Terj. Hodri Ariev, Jakarta: Paramadina.

Alianak, Sonia L. (2007). Middle Eastern Leaders and Islam: A Precarious Equilibrium, New York: Peter Lang Publishing.

Alianak, Sonia L. (2014). The Transition Towards Revolution and Reform: The Arab Spring Realised?, Edinburgh: Edinburgh University Press.

Alias Othman. (1992). Asas-asas Pemikiran Politik Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Allen, Reginald E. (2006). The Republic by Plato, U.S.: Yale University.

Alrawi, Karim. (1986). End of an Era: The Death of Shaikh Umar al-Tilmisani, Afkar Inquiry, 3(7), 16-17.

Alshamsi, Mansoor Jassem. (2011). Islam and Political Reform in Saudi Arabia: The Quest for Political Change, New York: Routledge.

Amir Husin & Mohammad Zailani Yahya. (2006). Negara Islam dan Perlembagaan Malaysia, dalam Ann Wan Seng(Penyusun), Respons Intelektual Muslim dan Isu-isu Semasa, Kuala Lumpur: HARAKAH.

Amr, Ziad Abu. (1994). Islamic Fundamentalism and the West Bank and Gaza: Muslim Brotherhood and Islamic Jihad, Bloomington: Indiana University Press.

Al-Anani, Khalil. (2016). Inside the Muslim Brotherhood: Religion, Identity and Politics, New York: Oxford University Press.

Anas Urbaninggrum. (2004). Islamo-Demokrasi: Pemikiran Nurcholish Madjid, Jakarta: Penerbit Republika.

Al-Anbari, Khalid Ali Muhammad. (2008). Sistem Politik Islam Menurut Pandangan Al-Quran, Al Hadis dan Pendapat Ulama Salaf, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Anis, Ibrahim. (t.t.). Al-Mu‟jam al-Wasit, Kaherah: Dar al-Salam.

Al-Ansari, Abd Hamid Ismail. (1980). Al-Shura wa Atharuha fi al-Dimuqkratiyah Dirasah Muqaranah, Madinah: Dar al-Fikr al-Arabi.

Ansari, Hamied. (1986). Egypt: The Stalled Society, Albany: State University of New York Press.

(32)

Antar, Noha. (2006). The Muslim Brotherhood's Success in the Legislative Elections in Egypt 2005: Reasons and Implications, Euro MesSCo Report, 51: 3-28. Arafat, Alaa al-Din. (2009). The Mubarak Leadership and Future of Democracy in

Egypt, New York: Palgrave Macmillan.

Al-Arian, Abdullah. (2014). Answering the Call: Popular Islamic Activism in Sadat's Egypt, New York: Oxford University Press.

Arjomand, Said Amir & Brown, Nathan J. (Eds.). (2013). The Rule of Law, Islam, and Constitutional Politics in Egypt and Iran, New York: State University of New York Press.

Aroian, Lois A. & Mitchell, Richard P. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Terj. Mohammad Redzuan Othman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asad, Muhammad. (1961). The Principles of State and Government in Islam, Los Angeles: University of California Press.

Asad, Muhammad. (1983). Pemerintahan Islam dan Asas-asasnya, dalam Salim Azzam, Beberapa Pandangan tentang Pemerintahan Islam, Terj. Malikul Awwal, Bandung: Penerbit Mizan.

Asad, Muhammad. (1987). Sebuah Kajian Tentang Sistem Pemerintahan Islam, Terj. Afif Mohammad, Batu Caves: Thinker‟s Library Sdn. Bhd.

Ashour, Omar. (2007). Lions Tamed? An Inquiry into the Causes of De Radicalization of Armed Islamist Movements: The Case of the Egyptian Islamic Group, The Middle East Journal, 61(4), 596-627.

Ashour, Omar. (2009). The De-Radicalization of Jihadists: Transforming Armed Islamist Movements, New York: Routledge.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1981). Islam dan Sekularisme, Terj. Karsidjo Djojosuwarno, Bandung: Penerbit Pustaka.

Audah, Abdul Qadir. (1978). Al-Islam wa Auda„una al-Siyasiyyah, Kaherah: al Mukhtar al-Islami.

Audah, Abdul Qadir. (1985). Al-Islam Baina Jahli Abnaihi wa Ajzi Ulamaihi, Beirut: Muassasah al-Risalah.

Audah, Abdul Qadir. (1985). Islam di antara Kebodohan Umat dan Kelemahan Ulama, Kuwait: IIFSO.

Audah, Abdul Qadir. (1998). Al-Tasyri' al-Jinaie al-Islami Muqaranan bi al-Qanun al-Wad'ie, Beirut: Muassasah al-Risalah.

(33)

El-Awa, Mohamed S. (1983). Sistem Politik dalam Pemerintahan Islam, Terj. Anshari Thayib, Surabaya: PT. Bina Ilmu.

El-Awa, Mohamed S. (1991). Sistem Politik Negara Islam, Terj. Mohd Isa Che Dir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Awadi, Hesham. (2004). In Pursuit of Legitimacy: The Muslim Brothers and Mubarak, 1982-2000, London: Tauris Academic Studies.

Al-Awadi, Hesham. (2005). “Mubarak and the Islamists: Why did the „Honeymoon‟ End,” The Middle East Journal, 59(1), 62-80.

Al-Awadi, Hesham. (2009). A Struggle for Legitimacy: The Muslim Brotherhood and Mubarak, 1982-2000, Contemporary Arab Affairs, 2(2), 214-228.

Al-Awadi, Hesham. (2014). The Muslim Brothers in Pursuit of Legitimacy: Power and political Islam in Egypt under Mubarak, New York: I.B. Tauris.

El-Awaisi, Abd al-Fattah Muhammad. (1998). The Muslim Brothers and the Palestine Question, 1928-1947, London: Tauris Academic Studies.

Ayubi, Nazih N. (1980). The Political Revival of Islam: The Case of Egypt,

International Journal of Middle East Studies, 12(4), 481-499.

Ayubi, Nazih N. (1989). Government and the State in Egypt Today in Egypt Under Mubarak, dalam Charles Tripp & Roger Owen (Eds.), Egypt under Mubarak, London: Routledge.

Ayubi, Nazih N. (1991). The State and Public Policies in Egypt Since Sadat, Reading: Ithaca Press.

Ayubi, Nazih N. (2003). Political Islam: Religion and Politics in the Arab World, London: Routledge.

Aziz Ahmad, (1967). Islamic Modernism in India and Pakistan 1857-1964, London: Oxford University Press.

Aziz Jamaludin Mhd Tahir. (2012). Hakikat Pemikiran Politik Hasan al-Banna: Meluruskan Salah Faham Pemikiran dan Aktiviti Politik Al-Banna, Kuala Lumpur: Infocus Printing Sdn Bhd.

Azyumardi Azra. (1996). Pergolakan Politik Islam dari Fundamentalisme, Modernisme hingga Postmodernisme, Jakarta: Paramadina.

Azzam, Salim. (1983). Beberapa Pandangan tentang Pemerintahan Islam, Terj. Malikul Awwal, Bandung: Penerbit Mizan.

(34)

Baaklini, Abdo., Denoeux, Guilain & Springborg, Robert. (1999). Legislative Politics in the Arab World: The Resurgence of Democratic Institutions, Colorado: Lynne Rienner Publishers.

Bacchus, Safraz. (2014). The Concept of Justice in Islam, Victoria: Friesen Press. Badawi, Muhammad Zaki. (1978). The Reformers of Egypt: A Critique of al-Afghani,

Abduh and Ridha, London: Croom Helm.

Badlihisham Mohd Nasir. (2009). Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa, Shah Alam: Karisma Publications.

Al-Baghdadi, Abdurrahman. (1994). Kebangkitan Islam, Kuala Lumpur: Al Ramadhan.

Al-Bahiy, Muhammad. (1986). Pemikiran Islam Moden, Terj. Su‟adi Saad,

Jakarta: Pustaka Panjimas.

Baker, Raymond William. (1990). Sadat and After: Struggles for Egypt's Political Soul, London: I.B. Tauris.

Bamberg, James. (2000). British Petroleum and Global Oil 1950-1975: The Challenge of Nationalism, Cambridge: Cambridge University Press.

Al-Banna, Hasan. (1961). Mushkilatuna Fi Dau al-Nizam al-Islam, Kaherah: Dar al Anjal al-Misriyyah.

Al-Banna, Hasan. (1981). Memoirs of Hasan al Banna Shaheed, Terj. M.N. Shaikh, Karachi: International Islamic Publishers.

Al-Banna, Hasan. (1982). Allah Menurut Aqidah Islam, Terj. H. M. Asywadie Syukur, Singapura: Pustaka Nasional.

Al-Banna, Hasan. (1983). Ke Mana Manusia Kita Seru dalam Tiga Bingkisan Risalah Da‟wah, Terj. Abu Saif, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Al-Banna, Hasan. (1983). Selected Writings of Hasan-al-Banna Shaheed, Terj. S.A. Qureshi, Karachi: International Islamic Publishers.

Al-Banna, Hasan. (1983). Tiga Bingkisan Risalah Da‟wah. Terj. Abu Saif Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Al-Banna, Hasan. (1984). 20 Prinsip Ikhwanul Muslimin, Terj. Afif Mohammad, Bandung: Pustaka.

Al-Banna, Hasan. (1984). Dahulu dan Sekarang, dalam Pidato dan surat-surat Hasan al-Banna, Terj. Bahrun Abubakar, Bandung: Risalah.

Al-Banna, Hasan. (1984). Risalah Muktamar Kelima: Ikhwan Muslimin, Terj. Alias Othman, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

(35)

Al-Banna, Hasan. (1984). Risalah Muktamar Keenam Ikhwan Muslimin, Terj. Alias Othman. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Al-Banna, Hasan. (1985). Berhala-berhala, Terj. Ramli Awang dalam Kumpulan Tulisan Tiga Tokoh Ikhwanun Muslimin, Kuala Lumpur: Alharamain.

Al-Banna, Hasan. (1987). Allah dalam Aqidah Islamiah, Terj. Fauzi Awang, Kelantan: Pustaka Aman.

Al-Banna, Hasan. (1987). Peraturan dan Arahan, Terj. Abu Bakar Hamzah, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

Al-Banna, Hasan. (1988). Konsep Pembaruan Masyarakat Islam, Terj. Su„adi Sa„ad,

Batu Caves: Thinkers Library Sdn. Bhd.

Al-Banna, Hasan. (1989). Detik-Detik Hidupku, Terj. Wan Jaffree Bin Wan Sulaiman, Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Al-Banna, Hasan. (1989). Tanggungjawab Pemimpin Islam, Terj. Abu Ubaidullah, Kuala Lumpur: Karya Media Publisher.

Al-Banna, Hasan. (1998). Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin, Terj. Anis Matta, Solo: Intermedia.

Al-Banna, Hasan. (1999). Memoar Hasan Al-Banna: Untuk Dakwah dan Para Da‟inya, Terj. Salafudin Abu Sayyid, Solo: Era Intermedia.

Al-Banna, Hasan. (2002). Rukun Bai'at dan Usrah, Terj. Noraine Abu, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Al-Banna, Hasan. (2012). Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna, Terj. Salehan Ayub, Batu Caves: Pustaka Salam.

Baran, Zeyno. (2011). Citizen Islam: The Future of Muslim Integration in the West, New York: Continuum International Publishing.

Bar-On, Mordechai. (Ed.). (2004). A Never-Ending Conflict: A Guide to Israeli Military History, Westport: Praeger.

Bayat, Asef. (2007). Making Islam Democratic: Social Movements and the Post Islamist Turn, Stanford: Stanford University Press.

Beattie, Kirk J. (1994). Egypt During the Nasser Years: Ideology, Politics and Civil Society, Boulder: Westview Press.

Beinin, Joel., & Lockman, Zachary. (1998). Workers on the Nile: Nationalism, Communism, Islam, and the Egyptian Working 1882-1954, Kaherah: The American University of Cairo Press.

(36)

El-Bendary, Mohamed. (2013). The Egyptian Revolution: Between Hope and Despair: Mubarak to Morsi, New York: Algora Publishing.

Bernard-Maugiron, Nathalie. (Ed.). (2008). Judges and Political Reform in Egypt, New York: The American University in Cairo Press.

Biagi, Shirley. (2005). Media/Impact: An Introduction to Mass Media, Australia: Wadsworth/Thomson.

Bidwell, Robin Leonard. (1998). Dictionary of Modern Arab History, New York: Routledge.

Blaydes, Lisa & Rubin, Lawrence. (2008). Ideological Reorientation and Counterterrorism: Confronting Militant Islam in Egypt, Terrorism and Political Violence, 20(4), 461-479.

Blaydes, Lisa. (2011). Elections and Distributive Politics in Mubarak's Egypt, New York: Cambridge University Press.

Blunt, Wilfred Scawen. (1907). Secret History of the English Occupation of Egypt: Being a Personal Narrative of Events, London: T. Fisher Unwin.

Botman, Selma. (1988). The Rise of Egyptian Communism, 1939-1970, New York: Syracuse University Press.

Botman, Selma. (1991). Egypt: From Independence to Revolution 1919-1929, New York: Syracuse University Press.

Bowker, Robert. (2010). Egypt and the Politics of Change in the Arab Middle East, Northampton: Edward Elgar Publishing.

Bradley, John R. (2012). Inside Egypt: The Land of the Pharaohs on the Brink of a Revolution, New York: Palgrave Macmillan.

Brown, Nathan J. & Hamzawy, Amr. (2008). The Draft Party Platform of the Egyptian Muslim Brotherhood: Foray into Political Integration or Retreat into Old Positions?, Carnegie Papers: Middle East Series 89, 1-32.

Brown, Nathan J. & Hamzawy, Amr. (2010). Between Religion and Politics, Washington: Carnegie Endowment for International Peace.

Brown, Nathan J. & Shahin, Emad El-Din. (Eds.). (2010). The Struggle over Democracy in the Middle East: Regional Politics and External Policies, London: Routledge.

Brown, Nathan J. (2011). Egypt: Cacophony and Consensus in the Twenty-first Century, dalam Robert W. Hefner (Ed.), Shariʻa Politics: Islamic Law and

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait

Adanya pengaruh ini menunjukkan semakin positif konsumen mempersepsikan sumber model dalam iklan, maka akan meningkatkan minat beli konsumen produk Dell, hal ini

Hasil algoritma genetika berupa centroid masing-masing variabel yang akan digunakan sebagai initial centroid dari proses klasterisasi K-means. Data centroid merupakan

Pedoman perilaku penyiaran adalah ketentuan-ketentuan bagilembaga penyiaran yang ditetapkan oleh Komisi Penyiaran Indonesiauntuk menyelenggarakan dan mengawasi sistem

Berdasarkan hasil penelitian dapat disimpulkan Kewenangan Komisi Penyiaran Indonesia, dalam menjalankan fungsi pengawasan siaran kampanye pemilihan umum Presiden dan

Untuk menghitung tingkat kepuasan pelanggan digunakan rumus Importance and Performance Analysis (IPA) dengan melakukan perhitungan rata-rata dari rata-rata

Secara keseluruhan, unsur-unsur struktur kebahasaan puisi yang terdapat dalam puisi “TTC”, yakni sajak awal dan akhir, asonansi, personifikasi,

Pada siklus III guru telah menerapkan pembelajaran model Kolaborasi dengan baik dan dilihat dari aktivitas siswa serta hasil belajar siswa pelaksanaan proses

6WUDWHJL GDVDU SHPEHODMDUDQ 3 ,36 SHUOXGLWHNDQNDQSDGDSHQDQDPDQQLODL\DQJ GLQDPLV SURJUHVLI GDQ NUHDWLI 'DODP SHUVSHNWLI LQL DSDELOD GDODP SURVHV