• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN AM PENGINAPAN PPUM UNIVERSITI MALAYA. 1. Peraturan ini dinamakan PERATURAN AM PENGINAPAN PPUM.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERATURAN AM PENGINAPAN PPUM UNIVERSITI MALAYA. 1. Peraturan ini dinamakan PERATURAN AM PENGINAPAN PPUM."

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

DS-0614-E06/R00 PERATURAN AM PENGINAPAN

PPUM

UNIVERSITI MALAYA

1. Peraturan ini dinamakan PERATURAN AM PENGINAPAN PPUM. 2. DEFINISI

2.1 Kompleks Penginapan

Bermaksud beberapa jenis tempat penginapan yang terdapat di PPUM iaitu Anjung Penyayang, Anjung Puteri, Asrama Perempuan dan Asrama Lelaki. 2.2 Anjung Penyayang

Bermaksud tempat penginapan untuk Pegawai Perubatan Siswazah dan tetamu PPUM.

2.3 Anjung Puteri

Bermaksud tempat penginapan yang terdapat di PPUM. 2.4 Asrama Perempuan

Bermaksud tempat penginapan yang menempatkan pelajar dan staf perempuan.

2.5 Asrama Lelaki

Bermaksud tempat penginapan yang menempatkan pelajar dan staf lelaki. 2.6 Bilik

Bermaksud ruang yang disediakan untuk yang layak sebagai kediaman. 2.7 Pemeriksaan

Bermaksud satu proses kawalan bagi memastikan semua mematuhi Peraturan Am Penginapan, PPUM.

2.8 Pemeriksaan mengejut

Bermaksud satu pemeriksaan ke bilik-bilik penginapan secara tanpa notis oleh pegawai yang diberikan kuasa.

2.9 Penghuni

Bermaksud pegawai perubatan siswazah, pelajar, staf dan pelawat yang menginap di bilik yang disediakan di Kompleks Penginapan, PPUM.

2.10 Pelajar

Bermaksud pelajar program Diploma atau Diploma Lanjutan atau Ijazah atau Pasca Ijazah yang mengikuti pengajian di PPUM dan UM.

(2)

2.12 Pihak Pentadbiran

Bermaksud pihak pentadbiran PPUM.

3. KELAYAKAN PENGHUNI

3.1 Pelajar:

3.1.1 Lelaki dan Perempuan.

3.1.2 Menjalani pengajian di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Universiti Malaya.

3.2 Staf

3.2.1 Lelaki dan Perempuan. 3.2.2 Bujang.

3.2.3 Bekerja di PPUM. 3.3 Pegawai Perubatan Siswazah

3.3.1 Lelaki dan Perempuan.

3.3.2 Menjalani latihan Housemanship di PPUM.

3.3.3 Sekiranya telah berkahwin, pasangan tidak dibenarkan untuk tinggal bersama.

3.4 Pelajar Luar Negara

3.4.1 Lelaki dan Perempuan.

3.4.2 Menjalani pengajian atau latihan di PPUM.

3.4.3 Sekiranya telah berkahwin, pasangan tidak dibenarkan untuk tinggal bersama.

3.5 Pelawat

3.5.1 Lelaki dan Perempuan.

3.5.2 Mempunyai urusan rasmi di PPUM.

4. PENEMPATAN PENGHUNI

4.1 Penempatan di Kompleks Penginapan adalah satu kemudahan bagi pegawai perubatan siswazah, pelajar, staf dan pelawat yang layak dan BUKANNYA HAK seseorang pegawai perubatan siswazah, pelajar, staf dan pelawat. 4.2 Pelajar Tahun 1 adalah diwajibkan tinggal di Kompleks Penginapan selama

dua (2) semester berturut-turut.

4.3 Pelajar Tahun 2 ke atas boleh memilih untuk tinggal di Kompleks Penginapan jika terdapat kekosongan.

4.4 Pemilihan penempatan di Kompleks Penginapan adalah ditentukan oleh pihak pentadbiran.

(3)

4.5 Setelah diperuntukkan sesebuah bilik, Penghuni tidak boleh berpindah ke bilik lain tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada pihak pentadbiran.

4.6 Atas sebab-sebab keselamatan, pihak pentadbiran adalah berhak untuk mengarahkan Penghuni untuk mengosongkan bilik dan berpindah ke bilik lain samada dengan notis mahupun tidak.

4.7 Jika Penghuni dikehendaki mengosongkan atau mengeluarkan barang-barang persendirian, mereka hendaklah berbuat demikian dalam tempoh masa yang ditetapkan.

4.8 Penghuni yang tidak dipertimbangkan untuk menginap di Kompleks Penginapan adalah seperti berikut:

4.8.1 Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Tatatertib PPUM.

4.8.2 Pelajar/ Staf/ Pelawat yang tidak membuat permohonan.

4.8.3 Pelajar/ Staf yang mempunyai rekod tidak mematuhi Peraturan Am Penginapan PPUM.

4.8.4 Pelajar/ Staf yang tidak membuat proses pendaftaran keluar dengan sempurna.

4.8.5 Pelajar/ Staf yang masih belum bebas dari sebarang bentuk denda. Walau bagaimanapun, pihak pentadbiran boleh mempertimbangkan apa-apa kebenaran daripada pemohon di Peraturan 4.8.1 sehingga 4.8.5 di atas untuk permohonan penginapan di Kompleks Penginapan PPUM secara budibicara.

5. PERATURAN PENDAFTARAN DI KOMPLEKS PENGINAPAN

5.1 Permohonan untuk tinggal di Kompleks Penginapan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan oleh pihak Pentadbiran dan perlu diperbaharui pada setiap semester.

5.2 Pendaftaran bilik hendaklah dibuat dalam masa yang telah ditetapkan.

6. PERATURAN KEDIAMAN

6.1 Penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di Kompleks Penginapan. 6.2 Penghuni adalah dilarang sama sekali membawa pelawat untuk bermalam di

bilik. Jika didapati melanggar peraturan ini, Penghuni tersebut boleh dikeluarkan dengan serta-merta dan tidak lagi dibenarkan tinggal di Kompleks Penginapan pada masa akan datang.

6.3 Kelonggaran waktu keluar masuk diberikan kepada Pegawai Perubatan Siswazah dan Staf yang menginap atas sebab-sebab rasmi sahaja.

(4)

6.4 Penghuni tidak dibenarkan menyimpan bahan-bahan yang menyalahi undang-undang seperti dadah, ganja, minuman keras dan juga senjata merbahaya dan apa-apa jua yang seumpamanya.

6.5 Penghuni tidak dibenarkan menyimpan bahan-bahan yang mudah terbakar.

6.6 Penghuni tidak dibenarkan membuat ampaian sendiri dan menyidai pakaian di kaki lima Kompleks Penginapan mahupun di anjung premis. Semua Penghuni dikehendaki menyidai pakaian di ampaian yang disediakan.

6.7 Penghuni tidak boleh memelihara ataupun membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam Kompleks Penginapan.

6.8 Penghuni tidak boleh menyimpan ataupun membawa masuk sebarang bahan lucah dalam apa jua bentuk sekali pun.

6.9 Segala bentuk judi dan juga permainan yang melibatkan wang dan barang pertaruhan adalah dilarang sama sekali.

6.10 Setiap Penghuni adalah bertanggungjawab terhadap semua kemudahan yang disediakan dan memastikan bahawa kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik semasa menerima dan meninggalkannya.

6.11 Kelengkapan yang disediakan tidak boleh dipindahkan daripada kedudukan asalnya tanpa kebenaran daripada pihak pentadbiran.

6.12 Setiap Penghuni hendaklah memastikan bilik-bilik sentiasa dikunci bagi maksud keselamatan.

6.13 Semua Penghuni adalah dilarang sama sekali membawa masuk sebarang jenis makanan dan minuman tidak halal (menurut ajaran Agama Islam).

6.14 Semua Penghuni bertanggungjawab ke atas bilik mereka secara berkumpulan atau perseorangan (yang mana berkenaan).

6.15 Sebarang aktiviti memasak adalah dilarang sama sekali di Kompleks Penginapan.

6.16 Penghuni dikehendaki menutup paip air dan semua punca elektrik sebelum meninggalkan bilik/ selepas menggunakannya.

(5)

6.18 Semua Penghuni adalah termaktub kepada peraturan tidak membenarkan membawa kenderaan sendiri selama menghuni di Kompleks Penginapan.

7. PERATURAN MENGOSONGKAN BILIK

7.1 Selepas tamat tempoh penyewaan atau penginapan, Penghuni hendaklah mengosongkan bilik dengan segera kecuali jika dilanjutkan tempoh penginapannya dengan kebenaran daripada pihak pentadbiran.

7.2 Penghuni hendaklah memastikan bilik dibersihkan dan dikemaskan terlebih dahulu sebelum mengosongkan bilik.

7.3 Penghuni hendaklah memindahkan semua barang milik sendiri dari bilik dan ruang umum. Semua barangan yang ditinggalkan disifatkan sebagai tidak diperlukan dan pihak pentadbiran berhak membuangnya.

7.4 Sebelum Penghuni mengosongkan dan meninggalkan bilik, Penghuni hendaklah memastikan semua tingkap, pintu dan punca elektrik ditutup dengan sempurna.

7.5 Kunci bilik hendaklah diserahkan sendiri di pejabat pentadbiran Kompleks Penginapan pada waktu pejabat selewat-lewatnya pada hari terakhir notis mengosongkan bilik.

7.6 Penghuni akan dikenakan bayaran caj penggantian kunci-kunci bilik yang hilang.

8. PERATURAN KEBERSIHAN

8.1 Penghuni adalah dikehendaki menjaga Kompleks Penginapan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.

8.2 Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah keluar melalui tingkap bilik ataupun di merata-rata tempat.

8.3 Pastikan sampah diikat kemas sebelum dibuang di tempat yang disediakan.

8.4 Penghuni tidak dibenarkan untuk membuang sampah atau sisa makanan ke dalam sistem perparitan dan juga sistem pembentungan yang boleh menyebabkan ianya tersumbat.

(6)

8.5 Kebersihan bilik pantri (jika disediakan) adalah tanggungjawab Penghuni. Oleh itu, Penghuni hendaklah memastikan kebersihannya sentiasa terjaga pada setiap masa.

8.6 Penghuni hendaklah memastikan tiada peralatan makanan kotor dalam sinki atau di mana jua dalam bilik pantri (jika disediakan) sebelum meninggalkan bilik pantry tersebut.

9. PERATURAN PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK

9.1 Penggunaan peralatan-peralatan elektrik seperti radio, televisyen, alat pemain VCD, seterika, jug elektrik (dibeli melalui Jabatan Pembangunan Perniagaan) dan komputer adalah dibenarkan.

9.2 Penghuni yang berminat untuk memiliki jug elektrik adalah dikehendaki untuk membuat pembelian melalui Jabatan Pembangunan Perniagaan.

9.3 Penggunaan peralatan-peralatan elektrik seperti pemanas air bergelung

(coiled water heater), cerek elektrik, periuk nasi, dapur masak atau apa jua peralatan yang boleh digunakan untuk tujuan memasak adalah tidak dibenarkan sama sekali.

9.4 Walaubagaimanapun, pihak pentadbiran tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan ataupun kehilangan peralatan elektrik kepunyaan Penghuni.

9.5 Penghuni tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan sama ada dengan menggunakan adapter atau pun dengan apa-apa cara sekalipun atau penyambungan kepada pendawaian elektrik sedia ada.

10. SAHSIAH DIRI PELAJAR

10.1 Setiap Penghuni hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan semasa keluar dari bilik penginapan kecuali dalam keadaan tertentu.

10.2 Penghuni adalah dilarang berpakaian yang tidak sopan dan menjolok mata seperti berpakaian ketat, jarang, terlalu pendek, koyak, mempunyai perkataan yang membawa pengertian liar, melanggar tatasusila agama, bangsa dan kebudayaan.

10.3 Pelajar dan Staf hendaklah sentiasa memakai kad pelajar dan staf semasa berada di dalam premis PPUM.

11. PERATURAN WAKTU SENYAP

11.1 Penghuni adalah dilarang sama sekali membuat bising pada waktu senyap sehingga mengganggu ketenteraman Penghuni lain.

11.2 Waktu senyap ialah seperti berikut: 7:30 malam hingga 7:30 pagi

(7)

12. PERATURAN KELUAR MASUK

12.1 Waktu Kebenaran Keluar dan Masuk ke Kompleks Penginapan pada Hari Kuliah adalah pada:

Jam 6:30 pagi hingga jam 11:00 malam setiap hari

Pelajar adalah dibolehkan untuk keluar dan masuk ke Kompleks Penginapan dalam tempoh waktu ini.

12.2 Zon Waktu Larangan

Zon Waktu Larangan adalah pada Jam 11:00 malam hingga jam 6:30 pagi pada setiap hari

Pelajar dan Staf adalah tidak dibenarkan untuk keluar dan masuk ke Kompleks Penginapan dalam tempoh waktu ini kecuali atas sebab-sebab tertentu dan telah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pentadbiran.

12.3 Keluar Bermalam / Balik Kampung

Semua Pelajar adalah dikehendaki untuk mendapat kelulusan daripada pihak pentadbiran sebelum mereka keluar bermalam atau balik kampung.

12.4 Kebenaran Keluar Bagi Kes Kecemasan

Bagi kes-kes kecemasan seperti kematian atau keluarga terdekat sakit, maka kebenaran bolehlah didapati samada daripada pihak Kolej, Warden ataupun Pengawal Keselamatan bertugas.

12.5 Kelonggaran waktu keluar dan masuk diberikan kepada Pegawai Perubatan Siswazah atas sebab-sebab rasmi sahaja.

12.6 Pelajar adalah tidak dibenarkan menginap di rumah kawan atau saudara mara tanpa kebenaran ibu / bapa dan pihak pentadbiran dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

13. PERATURAN PELAWAT

13.1 Pelawat hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dengan Pengawal Keselamatan bertugas di Pos Pengawal sebelum memasuki Kompleks Penginapan apabila hendak berjumpa pelajar.

13.2 Penghuni tidak dibenarkan sama sekali membawa pelawat masuk ataupun bermalam di dalam bilik semasa lawatan dibuat.

13.3 Pelawat lelaki tidak dibenarkan sama sekali untuk berada di mana-mana kawasan asrama perempuan kecuali atas sebab-sebab tertentu dan dengan kebenaran daripada pihak pentadbiran.

(8)

13.4 Pelawat perempuan tidak dibenarkan sama sekali untuk berada di mana-mana kawasan asrama lelaki kecuali atas sebab-sebab tertentu dan dengan kebenaran daripada pihak pentadbiran.

13.5 Waktu melawat ialah dari jam 8:00 pagi hingga jam 8:00 malam sahaja kecuali atas kes-kes kecemasan dengan kebenaran daripada pihak pentadbiran.

14. PERATURAN KEROSAKAN/ KEHILANGAN HARTA BENDA

14.1 Penghuni dikehendaki melaporkan segera kepada pihak Pentadbiran dan seterusnya ke pejabat Keselamatan jika berlaku sebarang kehilangan harta benda. Satu salinan laporan kehilangan harta benda hendaklah diserahkan kepada pihak Pentadbiran.

14.2 Penghuni yang didapati cuai atau dengan sengaja merosakkan, memecahkan atau menghilangkan apa-apa jua harta benda yang diperuntukkan di dalam sesebuah bilik dikehendaki untuk membayar ganti rugi berdasarkan kos yang terlibat.

14.3 Pihak PPUM tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan barang-barang berharga Penghuni.

15. PERATURAN KECEMASAN 15.1 Kebakaran

15.1.1 Sekiranya berlaku sebarang kebakaran, Penghuni hendaklah menghubungi nombor kecemasan PPUM (03-7949 4000) atau bahagian pentadbiran penginapan (03-7949 2047) dengan segera. 15.1.2 Semua Penghuni hendaklah keluar daripada bilik dalam keadaan

tenang menuju ke tempat berkumpul di kawasan parkir, Anjung Puteri. 15.2 Bantuan Kecemasan

Penghuni hendaklah menghubungi bahagian pentadbiran penginapan (03-7949 2047) atau Unit Keselamatan (03-(03-7949 2032) jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan ataupun kecurian, penyamaran, khianat atau lain-lain yang seumpamanya.

16. KADAR BAYARAN BILIK

JENIS PENGHUNI KOS SEBULAN/ORANG

Pelajar Tajaan PPUM RM 20.00

Pelajar Tajaan Luar RM 250.00

Staf Elaun perumahan + ½ elaun sara hidup

Pelajar Luar Negara RM 500.00

Pelawat Mengikut caj yang telah diluluskan oleh PPUM

(9)

17. KADAR GANTIRUGI KEROSAKAN

Penghuni di Kompleks Penginapan hendaklah bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan, kehilangan peralatan, kebersihan peralatan dan kebersihan bilik. Jika berlaku apa-apa kerosakan Penghuni dikehendaki membayar kos gantirugi harta yang dirosakkan.

Berikut adalah kadar gantirugi yang dikenakan:

BIL. PERKARA KOS KEROSAKAN

1. Cermin tingkap RM 15.00 – RM 25.00 2. Langsir RM 100.00 3. Tilam RM 150.00 4. Katil RM 150.00 5. Almari RM 300.00 6. Kerusi RM 30.00 7. Meja Belajar RM 150.00 8. Paip/Shower RM 20.00 9. Kusyen RM 20.00 10. Sarung Kusyen RM 20.00 11. Sinki Seramik RM 130.00

12. Sinki Stainless Steel RM 100.00

13. Tombol Pintu RM 50.00

14. Pintu RM 100.00

(10)

18. KADAR DENDA YANG DIKENAKAN KEPADA PENGHUNI YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN ASRAMA

BIL. PERKARA DENDA

1. Hilang Kunci RM 10.00

2. Tukar bilik tanpa kebenaran RM 30.00

3. Membenarkan orang luar menginap di bilik RM 70.00 4. Menggunakan premis PPUM bagi aktiviti bukan

rasmi tanpa kebenaran

RM 50.00

5. Mengotorkan bilik/ koridor RM 50.00

6. Memasak di bilik (peralatan dirampas) RM 50.00 7. Memiliki peralatan memasak (peralatan dirampas) RM 50.00

(setiap peralatan) 8. Menggunakan atau menyimpan peti sejuk di bilik RM 50.00

(setiap unit) 9. Memaku/ menampal poster di tempat yang tidak

dibenarkan (tiap-tiap satu)

RM 10.00

10. Memiliki alat sambungan elektrik RM 20.00 11. Lampu, kipas atau mana-mana peralatan elektrik

terpasang semasa Penghuni tiada di bilik

RM 20.00 (setiap satu) 12. Meninggalkan kunci di luar pintu RM 10.00 13. Menjemur dan menyidai pakaian di tempat yang

tidak dibenarkan

RM 5.00 (setiap satu) 14. Meletakkan kenderaan di kawasan Kompleks

Penginapan tanpa kebenaran

RM 50.00

15. Membawa/ mengambil/ mengalih alat-alat kemudahan/perabot yang disediakan di tempat awam ke dalam bilik

RM 50.00 (setiap satu)

16. Membuat salinan kunci tanpa kebenaran RM 20.00 (setiap satu) 17. Memakai pakaian yang tidak sopan di luar bilik RM 10.00 18. Menyalahgunakan alat pemadam kebakaran RM 70.00 19. Memecah atau membuang cermin tingkap atau

pintu tanpa dilapor

RM 20.00 (setiap satu) 20. Meletakkan kasut atau selipar di luar bilik

melebihi satu pasang untuk setiap Penghuni

RM 5.00 (setiap satu)

(11)

BIL. PERKARA DENDA 21. Mengotorkan ruang rehat/ bilik bacaan/ bilik TV di

Kompleks Penginapan

RM 50.00 (setiap pelajar) 22. Tidak memakai Kad Pelajar apabila berada di

premis PPUM

RM 5.00

23. Membuang sisa makanan tanpa dimasukkan ke dalam beg plastik terlebih dahulu

RM 10.00

24. Memasang selak pintu atau mangga tanpa kebenaran

RM 10.00 (setiap pelajar)

25. Membela binatang RM 10.00

(setiap binatang) 26. Membawa tetamu ke blok penginapan (berlainan

jantina)

RM 10.00

27. Berkelakuan tidak senonoh diantara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan syak (dikenakan tindakan tatatertib)

RM 100.00 (setiap seorang)

28. Menyimpan/mempamer bahan lucah di dalam bilik atau mengedarnya (bahan dirampas dan dikenakan tindakan tatatertib)

RM 50.00

(setiap penemuan)

29. Membakar/ mengasap colok/ kemenyan/ bau-bauan yang boleh mengganggu ketenteraman Penghuni lain

RM 50.00

30. Merokok di premis PPUM RM 10.00

(setiap penemuan) 31. Membuang sampah tidak di tempat yang

disediakan

RM 30.00

32. Memilik atau menyimpan senjata atau bahan merbahaya (bahan dirampas dan dikenakan tindakan tatatertib)

RM 150.00

33. Tidak memasang sarung bantal dan cadar RM 5.00 (setiap item) 34. Balik ke Kompleks Penginapan melebihi pukul

11:00 malam tanpa kebenaran

RM 10.00 35. Keluar tanpa kebenaran

(Tidak menggunakan Buku Keluar/Masuk)

RM 10.00 36. Hilang Kad Pelajar:

- Kehilangan pertama - Kehilangan kedua - Kehilangan ketiga RM 10.00 RM 20.00 RM 30.00

(12)

PENGARAH

Pusat Perubatan Universiti Malaya Lembah Pantai 59100, Kuala Lumpur PENGAKUAN PENGHUNI

Bahawasanya saya telah membaca dan memahami semua peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Am Penginapan PPUM.

Saya akan patuh kepada semua peraturan yang telah digariskan oleh pihak pentadbiran yang bertanggungjawab ke atas Kompleks Penginapan PPUM.

Saya faham bahawa pihak pentadbiran berhak mengenakan tindakan tatatertib ataupun denda ke atas diri saya sekiranya saya didapati ingkar terhadap mana-mana bahagian peraturan yang dikeluarkan.

Saya juga faham bahawa saya hanya dibenarkan tinggal di Kompleks Penginapan pada tempoh masa yang telah dibenarkan dan dipersetujui.

Nama : ______________________________________

No. Kad Pengenalan/ Passport : ______________________________________

Alamat Tetap : ______________________________________ ______________________________________ ______________________________________ ______________________________________ ______________________________________ Nombor Telefon : ______________________________________ _________________ _________________ (Tarikh) (Tandatangan) Di hadapan Saksi: _________________ (Tandatangan) Nama: Jawatan Cop Rasmi:

(13)

Referensi

Dokumen terkait

2.4 Jika seseorang pegawai/kakitangan masuk pejabat atau keluar dengan tidak mengikut waktu biasa dan mendapat catitan merah, ia haruslah menuliskan sebab-sebanya dengan

(e) Boleh diprogramkan untuk menukar status rekod kehadiran pegawai dan kakitangan yang tidak mematuhi peraturan waktu masuk dan keluar pejabat, seperti yang dinyatakan dalam

Mana-mana kakitangan, pelajar atau mana- mana orang yang menggunakan kenderaan dalam kawasan kampus telah merosakkan atau memusnahkan harta benda Universiti atas