• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sultan pertimbang ambil tindakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Sultan pertimbang ambil tindakan"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

PP 19570/07/2020 (035196) PERCUMA

Karnival kerjaya di lima daerah Vaksin bergerak

diteruskan di 15 lokasi

Lebih 250,000 keluarga dapat bakul makanan

2 8 6 3

MB: Pemergian bapa kehilangan besar, didik erti tabah

EDISI 23 - 29 SEPTEMBER 2021 www.selangorkini.my

Pada Jun, Selangor umum sediakan 60,000 kit

kuarantin percuma kepada kontak rapat dan keluarga pesakit Covid-19 sebelum kerajaan pusat perkenalkan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) baru-baru ini

MUKA 2

Inisiatif negeri jadi Inisiatif negeri jadi contoh Putrajaya

contoh Putrajaya

Sultan pertimbang ambil tindakan

Baginda akan teliti senarai nama guru Kafa, petugas masjid dan jurunikah yang enggan terima suntikan vaksin sebelum buat keputusan kelak

MUKA 3

Hutan simpan gantian

sarat khazanah Perahu untuk cari rezeki, perang dan diplomasi

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan bakul makanan dan bantuan awal wang tunai RM500 kepada penghuni rumah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Hulu Kelang, Gombak pada 18 September 2021. Foto RADIN WAZIR

ADA pelbagai spesies pokok di Hutan Simpan Ampang Pechah, Sungai Panjang dan Bukit Broga

1,000 jemaah dibenar solat Jumaat di masjid negeri

PROGRAM imarah termasuk kuliah subuh, tadabur al-Quran dan bacaan Yasin juga dibenarkan dengan syarat ketat

>

MUKA 12 & 13

>

MUKA 17

KAKAP jeram, perahu songkok dan kolek Melaka antara perahu tradisi yang pernah popular di perairan negeri ini

>

MUKA 7

(2)

UTAMA

selangorkini 23 - 29 September 2021

2

Oleh NORZILAWATI SIDEK

SHAH ALAM - Inisiatif Kerajaan Selangor dalam menyediakan kit ujian penilaian kesihatan kepada pesakit Covid-19 di- contohi kerajaan persekutuan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu membuktikan usaha Kerajaan Negeri sebelum ini berkesan untuk menangani Covid-19.

“Kerajaan Selangor menyambut baik

pengumuman ini. Julai lalu sebagaimana dalam Pakej Kita Selangor 2.0, Kerajaan Negeri menyediakan kit penilaian ke- sihatan khusus kepada kontak rapat dan keluarga yang positif.

“Kit ini mengandungi oximeter dan pelitup muka. Baru-baru ini, Kerajaan Negeri turut mengumumkan pemberian

‘self test kit’ percuma kepada 60,000 in- dividu yang memerlukan di Selangor,”

katanya.

Pada 19 September, Ismail Sabri men- gumumkan pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) yang dijangka memberi

manfaat kepada kira-kira 3.6 juta kelu- arga B40 sebagai persediaan ke arah era endemik Covid-19.

Katanya, bantuan PPC dengan perun- tukan lebih RM471.6 juta mengandungi antara lain empat pek pelitup muka guna semula dan empat kit ujian kendiri Co- vid-19 untuk setiap keluarga.

Sejak awal September, Kerajaan Se- langor mengagih 60,000 kit ujian kendiri Covid-19 percuma kepada keluarga pe- sakit virus itu melalui pusat khidmat ma- syarakat dan pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

Terbukti berkesan tangani Covid-19

Pusat contohi negeri sedia kit kuarantin

SHAH ALAM - Peralihan negara ke fasa endemik yang dijangka pada akhir bulan depan menuntut kerjasama semua pihak untuk kekal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari berkata norma baharu seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal perlu diteruskan bagi mengelak peningkatan kes Covid-19.

“Persediaan memasuki fasa endemik perlu melibatkan kerjasama seluruh

masyarakat, kalau kita memasuki fasa endemik dengan semua tidak bersedia, maknanya akan jadi pandemik semula.

“Kita tengok Sarawak yang mencapai imuniti kelompok tetapi kembali melon- jak kepada 4,000 hingga 5,000 kes,” ka- tanya pada 19 September.

Amirudin juga mengingatkan kerajaan persekutuan betapa penduduk perlu di- beri penjelasan terperinci berhubung SOP fasa endemik supaya tidak timbul kekeliruan.

“Melihat maklum balas orang ramai apabila dibenarkan pelancongan domes- tik di kawasan negeri masing-masing, pe- tunjuk itu membuktikan kita tidak berse- dia terutama sikap,” katanya.

Pada 1 September, menteri kesihatan me- maklumkan Malaysia bakal memasuki fasa endemik Covid-19 bermula hujung Oktober.

Khairy Jamaluddin berkata peralihan fasa tersebut dijangka berlaku selepas 80 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin.

Kerjasama penentu fasa endemik

GOMBAK - Seorang wanita yang pulih daripada rawatan pembedahan jantung baru-baru ini teruja menerima vaksin Kerajaan Negeri.

Low Yuh Hwa, 48, bersama rakannya ke program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak berharap suntikan itu membu- ka rezekinya untuk kembali bekerja.

“Hampir setahun tidak mengambil upah mengemas rumah orang kerana doktor nasihat untuk berehat dahulu.

Kebanyakan majikan juga takut untuk menerima individu tidak divaksin.

“Saya lega apabila rawatan jantung sudah pulih dan semoga apabila selesai suntikan saya dapat kembali bekerja se-

perti biasa,” katanya ketika ditemui di De- wan Rakyat Terbuka Padang Awam, Batu Caves pada 16 September.

Warga emas kurang upaya, M Rama- chandran, 81, berkata janji temu sebe- lum ini terpaksa dibatalnya ekoran lokasi di Klang jauh dari rumahnya di Sri Da- mansara.

Wanita sakit jantung teruja disuntik

BESTARI JAYA - Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) mencadangkan Kerajaan Negeri supaya menjadikan kampus Bestari Jaya sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) untuk penuntut yang belum meneri- ma suntikan.

Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata cadangan tersebut memudahkan pe- lajar yang bakal kembali ke institusi pengajian tinggi (IPT) mulai pertengahan Oktober.

“Permohonan dibuat kepada Kerajaan Negeri kerana Selvax (Vaksin Selangor) mempunyai peruntukan bagi tujuan ini. Saya percaya proses lebih mudah kerana terdapat lebih kurang 6,000 pelajar di kampus ini.

“Sekiranya pelajar digerakkan ke PPV luar mungkin agak rumit. Jadi, kita mencadang- kan buat di sini,” katanya pada 18 September.

Pada 14 September, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memak- lumkan lebih 1.2 juta pelajar IPT di seluruh negara dibenarkan kembali ke kampus se- cara berperingkat mulai 15 Oktober.

Cadang Unisel jadi lokasi pelalian

SHAH ALAM - Penduduk boleh membuat permohonan kali kedua untuk rebat RM20 bagi perjalanan ke pusat pemberian vaksin (PPV) menggunakan perkhidmatan e-pang- gilan Grab tidak lama lagi.

Ketua tanggungjawab sosial korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Ahmad Azri Zainal Nor berkata inisiatif itu ditawarkan berikutan remaja usia 12 hingga 17 tahun bakal menerima suntikan.

“Ibu bapa yang telah mendapat kemuda- han tersebut sebelum ini boleh sekali lagi memohon memandangkan program sunti- kan vaksin untuk remaja bakal bermula.

“Jadi, mereka boleh bawa anak masing- masing ke PPV dengan menaiki Grab melalui rebat ditawarkan Kerajaan Negeri,” katanya pada 15 September.

Rebat RM20 ke PPV akan dibuka

SHAH ALAM - Pemberian vaksin untuk rema- ja (PICK-Remaja) tanpa janji temu bermula pada 23 September membabitkan 156 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan program suntikan itu meli- batkan semua kategori remaja.

“Remaja yang tidak bersekolah dibenarkan hadir terus di PPV berdekatan tempat tinggal sementara yang menuntut di institusi pengajian tinggi bawah 18 tahun boleh ke PPV yang masih beroperasi,” kata KKM pada 21 September.

Kementerian itu turut memaklumkan hanya seorang sahaja sama ada ibu atau bapa atau penjaga dibenarkan menemani remaja untuk vaksinasi bagi mengelak kesesakan di PPV.

KKM menyasarkan 60 peratus remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos menjelang November dan 80 peratus leng- kap dua dos pada Januari tahun depan.

Sedia 156 pusat suntik remaja

SHAH ALAM - Fasa kedua Vak- sin Selangor (Selvax) bergerak tanpa janji temu diterus- kan membabitkan 15 lokasi sepanjang lapan hari sejak 19 September.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata pengan- juran itu bermula di Shah Alam dan Subang Jaya dijadual berakhir di Pan- damaran, Klang pada 26 September.

Beliau berkata program dengan slot terhad bertujuan memastikan semua penduduk termasuk warga asing di ne- geri ini menerima suntikan vaksin.

Mengikut infografik di Facebook Dr Siti Mariah, program itu terbuka ke-

pada warganegara dan bukan warganegara, berusia 18 tahun

dan ke atas yang belum mene- rima vaksin dos pertama.

Permohonan pradaftar boleh dibuat menerusi ap- likasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dengan memasukkan kod baucar tertera di poster.

Berikut lokasi Selvax bergerak:

Tarikh Lokasi

21 September l Kampung Padang Jawa, Klang

l Dewan Wawasan Kampung Medan,

Sijangkang

22 September l Kompleks Pasar Besar Meru, Klang

l Balai Raya PKK Kampung Sri Jugra, Morib 23 September l Dataran Ilmu, Bandar

Baru Selayang

l Apartment Suteramas, Sungai Chua

24 September l SJKC Dengkil Dewan Kampung Chuang Rasa, Kuala Kubu Bharu 25 September l Dewan Komuniti

Damansara Damai

l Kampung Chempaka, Bandar Utama

26 September l Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang

15 lokasi vaksin bergerak tanpa janji temu

(3)

selangorkini 23 - 29 September 2021

UTAMA

3

Petugas kesihatan memberi suntikan pelalian kepada guru Kafa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 September. Foto HAFIZ OTHMAN

PETALING JAYA - Lebih 250,000 keluarga di Selangor yang terjejas akibat pandemik Covid-19 menerima inisiatif bakul makan- an setakat ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu antara usaha bagi mengurangkan beban rakyat yang bukan sahaja berdepan krisis kesihatan tetapi ekonomi serta kehidupan.

“Rakyat merintih memerlukan soko- ngan. Sebab itu, saban hari Kerajaan Se- langor melaksanakan pelbagai inisiatif dan pakej rangsangan yang membantu masyarakat untuk bertahan.

“Justeru, antara inisiatif kita adalah sa-

lurkan makanan asas kepada lebih 250,000 keluarga di Selangor,” katanya pada 17 September.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis pelepasan konvoi program Jelajah Peduli Nadi Rakyat di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di sini.

Amirudin berkata menerusi program itu, Selangor juga menyumbangkan 3,000 pek makanan asas kepada golongan terje- jas untuk negeri lain.

“Waktu sukar ini kita terus bekerja posi- tif untuk pastikan mampu sampai kepada rakyat dan kepedulian ini bukan hanya di Selangor tetapi digerak ke negeri lain.

“Dalam saat-saat sukar ini, kita harus bersama dan peduli untuk masa depan lebih baik,” katanya.

Pada 9 Jun, Amirudin mengumumkan setiap Dewan Undangan Negeri menerima bantuan tambahan RM50,000 menerusi program Bakul Makanan bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Ahli parlimen Pakatan Harapan turut menerima peruntukan tambahan berjum- lah RM30,000 dalam menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat.

Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat.

250,000 keluarga terima bantuan

SHAH ALAM - Majlis Perpaduan dan In- tegrasi Selangor (MPIS) antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk mewujudkan per- paduan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perpaduan dibentuk bukan atas nama toleransi semata-mata tetapi meliputi aspek kesefahaman.

“Andalusia membuktikan bahawa ke- sefahaman antara masyarakat berbilang agama ketika itu, pertembungan Eropah dan Asia mampu dirangkum dan stabil dengan kefahaman dan keprihatinan satu sama lain.

“Ini akan menjadi salah satu inti pen- ting kepada usaha membentuk perpa- duan dan semoga sesi ini menerbit dan menumpukan sesuatu bermakna dan menjadi model kepada Selangor,” kata- nya dalam merasmikan Sidang Perpaduan MPIS secara maya pada 20 September.

MPIS inisiatif erat perpaduan

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri berusaha menangani masalah miskin bandar bagi memastikan tiada golongan tercicir dalam kerancakan ekonomi dan pembangunan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari berkata Selangor tidak terkecuali berdepan isu kerancakan ekonomi di bandar yang mewujudkan jurang kaya dan miskin.

“Dahulu, kemiskinan sering dikaitkan dengan luar bandar. Namun, mutakhir ini atau 10 tahun kebelakangan, isu kemis- kinan bandar wujud dalam negara,” katanya pada 19 September.

Amirudin juga menjelaskan bantuan menerusi Inisiatif Peduli Rakyat, daripada la- pan sebelum diselaras kepada 34 program, bertujuan memenuhi keperluan segenap lapisan rakyat.

Usaha tangani miskin bandar

SHAH ALAM - Seramai 663 usahawan Yaya- san Hijrah Selangor (Hijrah) yang berdepan masalah membayar balik pembiayaan sudah membuat penjadualan semula pinjaman ber- jumlah RM6.7 juta sejak awal Ogos lalu.

Pengarah eksekutifnya berkata inisiatif yang diperkenal selepas berakhirnya mora- torium pada penghujung Julai lalu bertu- juan meringankan beban usahawan yang terkesan dengan Covid-19.

“Kita tidak mahu membebankan usa- hawan dan kerana itu penting untuk kita memanjangkan had tempoh pembiayaan semula pinjaman supaya jumlah bayaran dapat dikurangan selain mengelak pemin- jam terbeban.

“Tempoh bayaran balik pinjaman itu di- panjangkan sehingga lima tahun berban- ding enam bulan hingga tiga tahun sebelum ini,” katanya Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor pada 21 September.

Hijrah jadual semula bayaran pinjaman

Oleh SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sul- tan Selangor mempertimbang mengam- bil tindakan terhadap guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), pegawai masjid dan jurunikah yang enggan disuntik vaksin.

Menzahir rasa dukacita berikutan perkembangan itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah Baginda akan meneliti senarai nama mereka sebelum satu ketetapan dibuat kelak.

"Titah Baginda, apa yang berlaku ini amat mengecewakan kerana kedegilan

individu-individu tertentu ini akan hanya menyusahkan urusan sekalian rakyat je- lata terutamanya murid-murid yang akan meneruskan pembelajaran Kafa," menu- rut Facebook Selangor Royal Office pada 22 September.

Baginda juga menzahir rasa kecewa hanya 203 daripada 873 guru Kafa, pega- wai masjid dan jurunikah hadir sesi pro- gram suntikan vaksin anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 22 September.

"Lebih mendukacitakan Baginda, dari- pada 203 orang yang hadir, 96 daripada mereka menolak untuk divaksin," menu-

rut kenyataan berkenaan.

Sultan Sharafuddin bertitah pelbagai inisiatif dibuat dengan kerjasama Jais dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor selain gesaan Baginda sendiri demi memastikan kesejahteraan umat Islam di negeri ini.

Titah Baginda, ia termasuk memper- luas dan mempermudah pemberian sun- tikan kepada petugas masjid dan pejabat agama bagi membolehkan umat Islam kembali menunaikan ibadah dan melaku- kan aktiviti keagamaan.

Sultan Selangor bertitah kumpulan ini yang enggan disuntik berkemungkinan tidak dibenar meneruskan tugas.

Sultan dukacita guru Kafa, petugas masjid dan jurunikah degil

Pertimbang tindakan

jika enggan vaksin

(4)

UTAMA

selangorkini 23 - 29 September 2021

4

23 - 29 september 2021

16 - 22 Safar 1443

W AKTU SOLA T

Oleh IRWAN SHAFRIZAN ISMAIL

SHAH ALAM - Penubuhan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) yang terdiri daripada pakar ke- sihatan langkah tepat dalam menangani pandemik.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari menjelaskan langkah itu dibuat berikutan negara mahupun negeri tiada berpengalaman menguruskan penularan virus seumpama Covid-19.

“Kita ambil pendirian untuk mende- ngar daripada pakar. Kita harus mende- ngar dengan banyak, berfikir tapi dalam masa yang sama kena cepat membuat keputusan.

“Kita wujudkan STFC yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (bekas menteri kesihatan),” katanya menerusi dokumentari khas ‘Selangor Gempur Covid-19’ di Facebook pada 16 September.

STFC ditubuhkan pada 10 Mac untuk memantau dan mencegah penularan wa- bak. Ia dianggotai empat pakar kesihatan, wakil Jabatan Kesihatan Negeri dan Unit Bencana Negeri.

Pasukan itu turut membangunkan ap- likasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) selain Program Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS) bagi mengekang penularan virus.

Amirudin menambah STFC menjalan- kan kaedah mengenal pasti, pengujian,

pengesanan, kuarantin dan sokongan (FTTIS) menerusi saringan bersasar.

“Peringkat awal orang ramai rasa ma- cam tidak begitu penting (saringan) tapi bila tengok kes makin tinggi, kita jelaskan perlahan-lahan, akhirnya mereka datang berbondong-bondong.

“Dengan kehadiran lebih 1,000, ada mencecah 2,000 ke 5,000 di Subang Jaya sebenarnya kita dapati kes-kes tanpa ge- jala begitu banyak. Itu antara penyebab kes sporadik,” katanya.

Beliau berkata pandemik juga mem- beri peluang untuk menilai semula ke- hidupan dan tindakan sebelum ini sama ada dalam pentadbiran, pengurusan, sistem kesihatan, sosial dan sokongan atau urus niaga.

Kenal pasti kaedah sesuai

Pandangan pakar

untuk tangani wabak

PETALING JAYA - Seorang lelaki datang seawal jam 8 pagi bagi membawa anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) ke program Vaksin Selangor (Selvax) berge- rak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kam- pung Tunku pada 18 September.

Taufiq Abu Talib, 45, berkata anaknya Akmal Haziq, 18, teruja menerima vak- sin selepas sekian lama menunggu janji temu menerusi MySejahtera.

“Saya dan isteri lengkap divaksin teta- pi anak belum dapat tarikh. Program hari ini (18 September) pun kumpulan Whats- App jiran tetangga maklumkan. Tanpa fikir panjang, saya bawa anak ke sini.

“Bimbang juga jika menunggu terlalu lama memandangkan anak saya golo- ngan berisiko,” katanya yang kemudian- nya memuji proses suntikan mudah dan pantas.

Sementara itu, Sivaganti Batumale, 35, berkata janji temu yang diterimanya menerusi MySejahtera sebelum ini ter- paksa dibatal kerana beliau demam.

“Saya tahu mengenai program ini melalui Facebook dan terus daftar di aplikasi SELangkah. Saya harap Kera- jaan Selangor meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang,”

katanya.

Bapa terharu anak OKU dapat vaksin

AMPANG - Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa memo- hon tambahan 250 dos bagi menjayakan program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak berikutan sambutan luar jangka.

Suzana Shaharudin berkata kuota tam- bahan itu tidak cukup untuk menampung bilangan yang mendaftar menerusi ap- likasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SE- Langkah) termasuk tanpa janji temu.

Beliau turut mencadangkan program yang melibatkan penduduk sekitar DUN Lembah Jaya diadakan sekali lagi supaya lebih ramai menerima manfaat.

“Alhamdulillah, Selgate Healthcare me- mahami keadaan ini dan menyediakan dos tambahan. Cuma melihat sambutan diteri- ma, kemungkinan besar program ini perlu diadakan sekali lagi.

“Sebanyak 60 peratus peserta adalah warga asing, selebihnya rakyat tempatan.

Ini bermakna masih ada belum menerima suntikan pelalian,” katanya pada 16 Sep- tember.

Program Selvax bergerak dijalankan se- jak 12 September bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir daripada meneri- ma suntikan vaksin.

Sambutan hangat, mohon tambahan

PUTRAJAYA - Hanya lima pusat pembe- rian vaksin (PPV) di Lembah Klang dibenar melaksanakan program vaksinasi Covid-19 secara jumpa terus sejak 16 hingga 30 Sep- tember ini.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) memaklumkan pendekatan berke- naan diambil berikutan jumlah kehadiran yang rendah bagi mendapatkan suntikan vaksin secara jumpa terus di PPV sekitar Lembah Klang.

Lima PPV berkenaan adalah:

l Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi

l Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya l Axiata Arena, Bukit Jalil

l Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute, Gombak

l Pusat Konvensyen Ideal (IDCC),Shah Alam

“Pelajar institut pengajian tinggi di seki- tar Lembah Klang juga boleh mendapatkan suntikan vaksin di kelima-lima PPV,” menurut kenyataan itu.

Lima PPV jumpa terus di Lembah Klang

23 Khamis 5:45 5:55 7:01 1:09 4:15 7:11 8:20 24 Jumaat 5:45 5:55 7:01 1:08 4:15 7:10 8:19 25 Sabtu 5:45 5:55 7:00 1:08 4:15 7:10 8:19 26 Ahad 5:45 5:55 7:00 1:08 4:15 7:10 8:18 27 Isnin 5:44 5:54 7:00 1:07 4:16 7:09 8:18 28 Selasa 5:44 5:54 7:00 1:07 4:16 7:09 8:17 29 Rabu 5:44 5:54 6:59 1:07 4:16 7:08 8:17

5:46 5:56 7:02 1:09 4:15 7:11 8:20 5:46 5:56 7:02 1:09 4:15 7:11 8:20 5:45 5:55 7:01 1:08 4:15 7:10 8:19 5:45 5:55 7:01 1:08 4:16 7:10 8:19 5:45 5:55 7:01 1:08 4:16 7:10 8:18 5:45 5:55 7:01 1:07 4:16 7:09 8:18 5:44 5:54 7:00 1:07 4:16 7:09 8:18

5:47 5:57 7:03 1:11 4:17 7:13 8:22 5:47 5:57 7:02 1:10 4:17 7:12 8:21 5:47 5:57 7:02 1:10 4:17 7:12 8:21 5:47 5:57 7:02 1:10 4:17 7:12 8:20 5:46 5:56 7:02 1:09 4:18 7:11 8:20 5:46 5:56 7:01 1:09 4:18 7:11 8:19 5:46 5:56 7:01 1:09 4:18 7:10 8:19

SHAH ALAM - Kes harian Covid-19 di Selangor mencatat trend penurunan dari bawah paras 3,000 kepada sekitar 1,000 kes sehari bagi tempoh dua minggu sejak 7 September.

Sebanyak 2,000 hingga 3,000 kes se- hari direkod iaitu 2,989 pada 8 Septem- ber, 9 September (2,700), 14 Septem- ber (2,632), 15 September (2,710), 16 September (2,718) dan 17 September (2,646), September (2,407), 11 Septem- ber (2,416), 12 September (2,347) dan 19 September (2,028).

Kes bawah paras 2,000 pula direkod tiga kali pada 13 September (1,947), 18 Septem-

ber (1,995), dan 20 September (1,365).

Hanya sekali jumlah kes melebihi pa- ras 3,000 dalam tempoh tersebut iaitu pada 10 September yang menyaksikan sebanyak 3,595 kes direkod, sedikit me- lonjak dari 2,700 kes sehari sebelumnya.

Daripada keseluruhan 659,676 kes se- jak pandemik melanda negara, sebanyak 34,495 kes direkod di negeri ini setakat 20 September.

Meskipun 31,771 kes masih aktif, sera- mai 3.89 juta atau 78.4 peratus penduduk dewasa negeri ini lengkap divaksin hasil kerjasama program Vaksin Selangor (Sel- vax) dan Program Imunisasi Covid-19 Ke-

bangsaan (PICK).

Selangor juga dijangka mencapai imuniti kelompok 80 peratus hujung bulan ini berikutan 4.14 juta rakyat telah menerima sekurang-kurangnya satu dos setakat 20 September.

Penurunan kes dan peningkatan bi- langan penerima vaksin membolehkan Selangor memasuki fasa dua Pelan Pemu- lihan Negara (PPN) pada 10 September.

Sekalipun ada kelonggaran terma- suk pembukaan pelbagai sektor, pen- duduk disaran kekal waspada termasuk mematuhi tatacara operasi piawai bagi mengelakkan lonjakan semula kes.

Kes negeri turun dalam dua minggu

(5)

selangorkini 23 - 29 September 2021

UTAMA

5

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

HULU KELANG - Kerajaan Negeri mem- beri bantuan awal RM500 kepada 27 ke- luarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights di sini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari berkata mangsa turut menerima bantuan makanan sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

“Bantuan awal diharap boleh diguna- kan oleh keluarga terjejas untuk urusan pe- mindahan atau menampung kos mengelu- arkan barang buat sementara waktu.

“Kita juga akan dapatkan maklumat dari semasa ke semasa sama ada kawasan ini selamat atau tidak,” katanya selepas me- ninjau lokasi kejadian pada 18 September.

Beliau berkata Majlis Perbandaran Am- pang Jaya (MPAJ) mengambil tindakan awal meletak kanvas di lokasi terjejas bagi mengelakkannya terdedah kepada air atau unsur lain yang mungkin boleh me- ngakibatkan runtuhan baharu.

“Selain itu, Jabatan Pengairan dan Sali- ran juga memastikan aliran sungai di lo- kasi kejadian tidak tersekat,” katanya yang meluangkan masa lebih sejam di lokasi kejadian.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Nor Azmie Diron dan Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib.

Pada 17 September, tanah runtuh men- jejaskan bahagian belakang rumah teres dua tingkat di Jalan Kemensah Heights.

Timbalan pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata aliran air bawah tanah me- nyebabkan struktur tanah menggelongsor pada jam 9.30 malam hari kejadian.

Semua mangsa berpindah ke dua pusat penempatan sementara di AU2 dan AU5 Lembah Keramat, Kuala Lumpur sebagai langkah keselamatan.

Kos pindah turut ditanggung

Mangsa bencana terima RM500

HULU KELANG - Pemilik sebuah banglo yang terlibat dalam kejadian tanah run- tuh di Kemensah Heights di sini terkejut apabila dimaklumkan kejadian tersebut.

Dr Wan Kamariah Abu Bakar berkata beliau bera- da di Cyberjaya ketika ke- jadian sebelum dimaklum- kan pembantu rumahnya.

“Pembantu rumah tidak de-

ngar sebarang bunyi tetapi terkejut kerana

tiba-tiba bekalan elektrik terputus.

“Syukur tiada sebarang kejadi- an buruk menimpa dan reda kerana ia merupakan ben-

cana alam. Namun berasa agak sedih kerana rumah ini rekaan arwah suami,”

katanya.

Juruteknik TNB Elyas Abdul Rahman, 33, pula berkata kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku sejak 10 tahun tinggal di situ.

Pengusaha madu kelulut sambilan juga pasrah apabila

rumah sarang kelulut yang dibina tiga tahun lepas perlu diroboh bagi mem- beri laluan kepada jengkaut membuat kerja melancarkan aliran sungai.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau lo- kasi kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights pada 19 September.

Penghuni terkejut ada tanah runtuh

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) akan memuktamadkan pelan kerja berkaitan penstabilan cerun dan me- naik taraf Sungai Kemensah dengan kos di- anggarkan RM10 juta.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata projek itu akan dilaksanakan bagi mengatasi ma- salah sungai berkenaan yang tertimbus, dan aliran air sungai yang terhalang, dari segi jangka panjang susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights pada 17 September.

Beliau berkata pemeriksaan agensi di bawah kementeriannya mendapati perge- rakan tanah daripada runtuhan itu menye- babkan masalah di sungai itu.

Bagi penyelesaian jangka pendek pula, Tuan Ibrahim berkata JPS telah membaik pulih aliran dan tebing sungai sepenjang 250 meter bagi mengurangkan risiko pergerakan tanah ke atas lot-lot unit kedia- man di kawasan bersebelahan.

Beliau berkata kementeriannya akan me- nyegerakan proses penyaluran peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membolehkan JPS menjalankan kerja-kerja penstabilan cerun sungai termasuk pemasangan “sheet pile”

dan kerja-kerja tanah berkaitan. - BERNAMA

Kos stabil cerun, sungai RM10 juta

SHAH ALAM - Jabatan Pengairan dan Sali- ran (JPS) Selangor selesai melakukan kerja penggalian Sungai Kemensah di kawasan tanah runtuh dekat Jalan Kemensah Heights pada 19 September.

Pengarah Datuk Ir Gapar Asan berkata pihaknya menggali sungai yang tertutup menggunakan jengkaut untuk kelancaran aliran air yang mengambil masa sehari.

“Aliran Sungai Kemensah itu tertutup akibat kesan runtuhan tanah dari lot bang- lo terlibat. Jika tidak lakukan pembersihan sungai dengan segera, akan berlaku hakisan pada tiang-tiang rumah,” katanya.

Beliau berkata kerja memasang cerucuk besi di kawasan tanah runtuh hanya dilaku- kan selepas menerima laporan daripada Ja- batan Mineral dan Geologi Sains.

Kerja penggalian sungai selesai

HULU KELANG - Penggerak Belia Selangor (PeBS) sedia menggerakkan sukarelawan untuk membantu mangsa tanah runtuh di Kemensah Heights yang diarah berpindah.

Presidennya Muhammad Akmal Abdul Halim berkata pihaknya akan menyediakan beberapa pasukan sukarelawan bagi memu- dahkan urusan pemindahan mangsa.

“Peringkat awal ini, kita tidak tahu rumah mana yang perlu berpindah dan menunggu pihak bencana negeri periksa.

“Setakat ini, tiada perancangan tetapi jika perlu kita bersedia dan akan selaraskan ban- tuan dengan menghantar pasukan,” katanya.

Sukarelawan PeBS permudah urusan

PANTAU... EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tengah) dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Muhammad Zikril Abdullah (kiri) memeriksa harga ayam di Pasar Awam Seksyen 6, Shah Alam pada 21 September. Foto REMY ARIFIN

(6)

UTAMA

selangorkini 23 - 29 September 2021

6

BESTARI JAYA - Karnival Kerjaya Sela- ngor berskala kecil dijadual bermula hu- jung bulan ini membabitkan lima daerah, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata pro- gram secara hibrid di Petaling, Sabak Ber- nam, Hulu Selangor, Gombak dan Sepang bakal disertai 50 syarikat yang menawar- kan pekerjaan dalam pelbagai sektor.

“Sebenarnya kita ada perancangan untuk turun (ke daerah) tetapi tersekat kerana Perintah Kawalan Pergerakan. In-

sya-Allah bulan ini kita segerakan dalam skala kecil mengikut syarat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

“Apapun, dalam tahun ini kita akan selesaikan sekurang-kurangnya lima siri jelajah,” katanya pada 18 September.

Beliau berkata Kerajaan Negeri tekad memastikan kadar pengangguran di Selangor turun bawah empat peratus berbanding 4.5 peratus ekoran faktor pandemik.

“Kita tidak akan berdiam diri dan terus

berusaha membantu bagi mencapai sa- saran tersebut,” katanya.

Pada 23 Ogos lalu, Duli Yang Maha Mu- lia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Shara- fuddin Idris Shah Alhaj bertitah supaya Kerajaan Negeri memandang serius isu kehilangan pekerjaan.

Penganjuran Karnival Kerjaya Selangor dua tahun lalu menerima penyertaan 200 syarikat yang menawarkan 11,000 pelu- ang pekerjaan termasuk 20 kepada orang kelainan upaya.

50 syarikat sertai Selangor Kerjaya

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak pernah memberi kelu- lusan pelupusan pemilikan tanah rizab Batu Caves.

Setiausaha politik Dato’ Menteri Be- sar Juwairiya Zulkifli menegaska seba- hagian tapak Batu Caves dibatalkan pewartaannya sebanyak tiga kali ketika

pentadbiran Barisan Nasional.

Menurutnya, tapak seluas 329.75 ekar diwarta sebagai tanah rizab untuk rekrea- si awam pada 17 Jun 1930.

“Sebahagian tapak Batu Caves terse- but dibatalkan pewartaannya sebanyak tiga kali iaitu seluas 28.719 ekar pada 26 Ogos 1954, 17.45 ekar dan 77.475 ekar

pada 30 April 1959 serta 29.78 ekar pada 3 Januari 2008. Oleh demikian baki lot rizab Batu Caves adalah seluas 242.326 ekar.

“Ini jelas bahawa pertimbangan dan keputusan yang dilakukan adalah ketika pentadbiran Barisan Nasional,” katanya pada 15 September.

Tidak lupus milikan tanah rizab

SHAH ALAM - Kerajaan persekutuan di- minta menghormati pendirian Kerajaan Negeri agar projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor dilaksana di jajaran selatan bagi mengelak pencemaran sumber air.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata pameran awam penilaian kesan alam seki- tar (EIA) bagi projek itu untuk laluan Gom- bak-Serendah-Pelabuhan Klang bermula 20 September sehingga 19 Oktober depan membayangkan Putrajaya tidak berganjak dengan cadangannya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya bersetu- ju jajaran Selatan melalui Hulu Langat, Sepang dan Pelabuhan Barat kerana kesan minimum kepada alam sekitar berbanding di bahagian utara yang melalui kawasan tadahan serta sum- ber air membabitkan Sungai Selangor.

“Sekiranya berlaku pencemaran, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Ran- tau Panjang bakal dihenti tugas dan tidak boleh membekalkan air kepada 70 peratus pemegang akaun di Lembah Klang.

“Kesan sosial juga bakal dirasai kampung tradisi dan Orang Asli yang terpaksa dipindah ke kawasan lain,” katanya pada 21 September.

Loy Sian menegaskan kedegilan pusat menyebabkan negeri mungkin tidak mem- bantu proses pengambilalihan tanah.

ECRL: Hormati keputusan negeri

Tumpu lima daerah

(7)

selangorkini 23 - 29 September 2021

UTAMA

7

PERCUMA... EXCO Kerajaan Negeri Rodziah Ismail membantu penunggang motosikal mengisi petrol ketika program Isi Minyak Motosikal Secara Percuma sempena Hari Malaysia di Petron Lebuhraya Persekutuan, Shah Alam pada 16 Septem- ber. Foto HAFIZ OTHMAN

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selan- gor (Jais) mempersembah semua nama guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), pegawai masjid dan jurunikah yang enggan disuntik vaksin kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Pengarahnya Dato’ Shahzihan Ahmad berkata nama itu dipersembah kepada Sul- tan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 24 September untuk Baginda teliti dan mem- bincangkan tindakan seterusnya.

“Tuanku menitahkan supaya semua fakta program vaksin dilapor khususnya siapa ti- dak hadir dan enggan disuntik. Tuanku per- nah menitahkan kebimbangan kerana pela- jar masuk ke sekolah tidak lama lagi.

“Penekanan Tuanku untuk memperting- kat kelompok imuniti supaya umat Islam mudah beribadah, anak-anak boleh belajar dan aktiviti agama disegerakan,” katanya ke- tika meninjau program suntikan khas untuk barisan hadapan Jais pada 22 September.

Shahzihan menjelaskan seramai 872 guru Kafa, pegawai masjid dan jurunikah diarah hadir menerima suntikan tetapi hanya 146 hadir setakat jam 11 tetapi 80 peratus dari- padanya menolak menerima vaksin.

Pada 2 September, Sultan Sharafuddin bertitah kakitangan agama yang enggan di- vaksin mungkin tidak dibenar bertugas.

Jais persembah

nama kepada sultan

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

SHAH ALAM - Selangor membenarkan 250 hingga 500 orang menunaikan solat Jumaat mulai 24 September kecuali 1,000 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Sementara untuk solat fardu, Kerajaan Negeri mengizinkan antara 100 hingga 500 orang bergantung pada ka- tegori masjid dan surau, maklum EXCO Hal-Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Facebook.

Program imarah seperti kuliah subuh, tazkirah, tadabur al-Quran dan bacaan Yassin juga dibenarkan dengan syarat ketat, antaranya penceramah mesti su- dah lengkap dos vaksin.

Kelonggaran itu yang berkuat kuasa pada 22 September untuk jemaah dan petugas masjid yang lengkap dua dos.

Kaedah penggiliran jemaah dibuat jika bilangan yang layak melebihi ketetapan kuota.

Ketetapan baharu yang diumum Mohd Zawawi antaranya:

l 1,000 jemaah dibenar ke masjid ne- geri untuk solat Jumaat, manakala

500 untuk solat fardu

l masing-masing 500 je- maah dibenar ke Masjid Teng- ku Ampuan Jemaah, Bukit

Jelutong dan Masjid Raja Fi Sabilillah, Cyberjaya untuk solat Jumaat manakala 300 untuk solat fardu

l antara 250 hingga 500 jemaah dibenar ke masjid pel- bagai kategori untuk solat Ju- maat, manakala 200 hingga 300 lagi untuk solat fardu

l 100 jemaah dibenar menunai solat fardu di surau kariah dan musolla Pentadbir masjid, surau dan musolla diingatkan supaya memastikan jemaah mematuhi tatacara operasi piawai ter- masuk memakai pelitup muka, mem- bawa sejadah, berwuduk di rumah dan selalu menggunakan cecair pembasmi kuman.

Pada 3 September, Kerajaan Sela- ngor melonggarkan syarat solat Jumaat hanya untuk 100 orang di masjid dan 50 orang bagi solat berjemaah lima waktu termasuk di surau.

Pada 10 September lalu, Selangor beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan beberapa kelong- garan, termasuk rentas daerah kepada mereka yang lengkap dua dos vaksin.

500 jemaah dibenar solat Jumaat

1,000 orang dibenar ke Masjid Negeri

(8)

UTAMA

selangorkini 23 - 29 September 2021

8

SIDANG PENGARANG

Penasihat

Lembaga Penasihat Editorial Pengarang kumpulan:

Fathi Aris Omar

fathi@mediaselangor.com

KETUA JABATAN Edisi Mandarin:

Seh Pei Sun

peisun@mediaselangor.com Selangor Journal:

Ida Nadirah Ibrahim ida@mediaselangor.com Tamil Indru:

Pakiyanathan Anamaly

pakiyanathan@mediaselangor.com SelangorTV:

Marniza Othman

marniza@mediaselangor.com Ameen Azizul

ameen@mediaselangor.com Pemasaran dan Pengiklanan:

Suziana Zulkifli

suziana@mediaselangor.com Pengedaran:

Adzhar Maludin

adzharmaludin@mediaselangor.com

Ketua pengarang:

Fazallah Pit

fazallah@mediaselangor.com Penolong pengarang akhbar:

Naeem Raffi

Faridzwan Abdul Ghafar Penolong pengarang portal:

Afeeqa Afeera Abdul Rasol Ketua wartawan:

Afix Redzuan Jurufoto kanan:

Hafiz Othman Artis grafik kanan:

Azwa Malek

Editorial: info@mediaselangor.com Iklan: sales@mediaselangor.com

Pemasaran: marketing@mediaselangor.com

Media Selangor Sdn Bhd, Aras 11 Menara Bank Rakyat, No 1 Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,

40000 Shah Alam, Selangor Tel: 03-5523 4856 Fax: 03-5523 6856

Unisel bakal jadi pusat teknologi dron

BESTARI JAYA - Universiti Selangor (Unisel) kampus Bestari Jaya berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat teknologi dron berikutan memiliki ruang lapang.

Presiden dan naib canselornya berka- ta persetujuan dicapai bersama syarikat pembekal dron kedua terbesar dunia, Aeorodyne dan anak syarikat Kerajaan Negeri, Selati bagi menjadikan universiti itu sebagai pusat berkenaan.

“Kawasan di sini tiada bukit, luas dan

paling penting bukan laluan kapal ter- bang. Oleh itu, ia berpotensi untuk dima- jukan teknologi dron.

“Insya-Allah kalau berjaya, Unisel ter- dapat dalam peta dunia sebagai sebuah pusat berkaitan dan terkenal suatu hari nanti,” kata Prof Dato’ Dr Mohammad Red- zuan Othman pada 18 September.

Selain itu, beliau berkata pengorekan tasik terbiar seluas 26.3 hektar dalam kampus akan menghidupkan semula

kesuraman kawasan berkenaan tidak lama lagi.

“Kita telah menandatangani perjan- jian dengan (Kumpulan) Semesta untuk membolehkan tasik di depan kampus ini dikorek.

“Insya-Allah, sebaik tatacara operasi piawai fasa pelan pemulihan negara dilonggarkan, projek itu akan berjalan dan menjadi satu kawasan rekreasi pen- ting,” katanya.

Shari Mokhsin sumber inspirasi keluarga

SHAH ALAM - Penduduk Selangor disa- ran tidak melepaskan peluang mendapat- kan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 yang bakal dilancar pada Oktober.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berka- ta baucar pelancongan percuma sebanyak 10,000 bernilai RM100 itu hanya boleh di- dapati di platform e-dagang Shopee.

“Baucar ini akan dilancar pada Oktober dan boleh digunakan serta-merta selain keistimewaan diberi untuk rakyat Sela- ngor sahaja.

“Tujuan kita berikan kepada rakyat negeri ini kerana buat masa ini kebena- ran rentas negeri tidak dibenarkan selain merancakkan industri pelancongan dalam

Selangor,” katanya pada 20 September.

Pengagihan 10,000 Baucar Pelanco- ngan Negeri Selangor 2.0 bertujuan merancakkan sektor berkaitan yang membolehkan penduduk menginap di hotel, taman tema dan inap desa berlesen susulan negeri beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara.

Sedia 10,000 baucar bercuti

MB: Bapa ajar tabah hadapi cabaran

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAK

PONTIAN - Dato’ Seri Amirudin Shari me- nyifatkan pemergian bapa Shari Mokhsin akibat sakit jantung pada petang 21 Sep- tember suatu kehilangan besar untuk diri dan keluarganya.

Dato’ Menteri Besar menyifatkan Alla- hyarham yang pernah bekerja sebagai pe- kerja am, memandu teksi dan pengusaha

kebun kecil-kecilan menjadi sumber inspi- rasi untuk menjadi seorang yang tabah dan mampu berdepan cabaran.

“Kami kehilangan idola terutama saya sendiri untuk dijadikan contoh bagaimana melalui liku-liku kehidupan,” katanya di ta- nah perkuburan Islam Kampung Parit Asam Kumbang, Benut di sini pada 22 September.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumi- kan jam 10.40 pagi hari berkenaan.

Amirudin menjelaskan pemeriksaan pe-

rubatan mengesahkan bapanya yang ada sejarah penyakit jantung meninggal dunia kira-kira jam 5.30 petang.

“Saya diberitahu ibu (Urian Parmin), bapa alami masalah pernafasan selepas mengambil wuduk untuk solat Asar. Seki- tar setengah jam lepas itu, beliau mening- gal dunia.

“Agak mengejutkan sebab semalam (bapa) sihat dan saya sempat berkomunikasi dengannya jam 1.30 tengah hari,” katanya.

Amirudin menyiram air di pusara bapanya di tanah perkuburan Islam Kampung Parit Asam Kumbang, Pontian pada 22 September. Foto RADIN WAZIR

(9)

9 | selangorkini 23 - 29 September 2021

GROUP OF COMPANIES

TAKZIAH

Kepada seluruh keluarga

ALLAHYARHAM SHARI BIN MOKHSIN

Ayahanda kepada YAB Dato' Seri Amirudin Shari Dato' Menteri Besar Selangor

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman

DARIPADA

AL-FATIHAH

(10)

selangorkini 23 - 29 September 2021 I 10

(11)

11 I selangorkini 23 - 29 September 2021

(12)

ALBUM

selangorkini 23 - 29 September 2021

12 13

selangorkini 23 - 29 September 2021

ALBUM

Rimbunan rimba

S

elangor menambah tiga lagi kawasan hutan simpan kekal, keseluruhannya seluas 581.48 hektar, bagi menjaga khazanah alam termasuk sebagai menyimpan air dan mengawal kelembapan.

Hutan simpan Sungai Panjang di Sabak Bernam, Ampang

Pechah (Hulu Selangor) dan Bukit Broga (Hulu Langat) menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna.

Selain tiga kawasan yang dirizabkan itu, Kerajaan Negeri juga mengekalkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) seluas lebih 900 hektar walau 30 hingga 40 peratus kepelbagaiannya merosot akibat kebakaran hutan paya gambut itu.

Sempena sambutan Hari Sungai Sedunia pada 26 September, wartawan NADIAH ZAMLUS dan AMIN RIDZUAN ISHAK bersama jurufoto FIKRI YUSOF, HAFIZ OTHMAN dan HARUN TAJUDIN meninjau tiga hutan simpan berkenaan pada

14 dan 15 September.

Penolong Pegawai Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Mohd Hadzmer Sanuddin memegang akar pokok pepanjat yang mengelilingi pokok tempinis di hutan simpan Ampang Pechah.

Nama sainsnya Streblus elongatus, tempinis sejenis pohon sederhana yang boleh tumbuh setinggi 30 meter Pengawas Hutan Pejabat Renjer Kuala Kubu Bharu Mohd Azwan Husin memeriksa aliran air di kawasan hutan berbukit di Ampang Pechah, Hulu Selangor. Aliran ini boleh ditemui secara bermusim terutama ketika hujan

Ukur lilit payung cendawan liar ‘Turkey tail mushroom’ boleh membesar antara tiga hingga lapan sentimeter.

Mempunyai banyak khasiat perubatan walau ada kesan sampingannya, ia mudah ditemui pada pokok mati dalam hutan simpan di Hulu Selangor

Hutan simpan Ampang Pechah sebahagian rangkaian serambi pergerakan hidupan liar kerana ia bersambung dengan hutan tebal Banjaran Titiwangsa yang digelar tulang belakang hutan tengah (CFS)

Pelukis Pelan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Muhammad Syafiq Hafizi Zakaria menunjukkan kawasan hutan simpan Ampang Pechah. Kawasan seluas 208.98 hektar itu terbahagi kepada zon timur dan barat

Pengawas Hutan Pejabat Subrenjer Sabak Bernam

Marinah Jasman

menunjukkan tanah gambut hutan simpan Sungai

Panjang yang lebih berasid daripada HSKLU. Statistik Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada 2020

menunjukkan hanya ada 317,000

hektar hutan tanah gambut

pada 2018 berbanding 1,030,000

hektar pada 1990

Pengawas Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Muhammad Mustaza Hakimi Norzilan menanda sempadan kawasan yang dicadang sebagai hutan simpan baharu, sekitar 600 meter dari kaki Bukit Broga

Pokok medang kemangi, Cinnamomum porrectum, boleh ditemui di Bukit Broga.

Ia turut dipanggil medang Sarsi kerana mengeluarkan bau seakan-akan minuman ringan Sarsi

Pokok melembu boleh dikenali

berdasarkan kulitnya yang menggerutu manakala isi kayunya sama seperti tekstur daging lembu. Nama botaninya Pterocymbium javanicum, spesies ini mudah ditemui di hutan Asia Tenggara Senduduk,

atau nama sainsnya Melastoma malabathricum,

sejenis herba yang mempunyai khasiat. Dalam perubatan tradisi, daun, pucuk

dan akarnya dikatakan boleh merawat cirit-birit, melegakan

sakit gigi serta meredakan perut kembung. Ia mudah tumbuh di banyak tempat

termasuk kawasan Bukit Broga

Penolong Pegawai Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Mohd Hadzmer (kanan) dan pelukis pelan jabatan berkenaan Muhammad Syafiq Hafizi (kiri) menunjukkan peta sempadan hutan simpan Sungai Panjang yang baharu diwartakan kepada Pengawas Hutan Pejabat Subrenjer Sabak Bernam Anuar Wahid

Sungai Tengi menjadi pemisah hutan simpan Sungai Panjang (kanan) yang baharu diwartakan dengan Hutan Simpan Sungai Dusun. Hutan Simpan Sungai Karang terletak berhampiran kawasan ini

(13)

NASIONAL 14

selangorkini 23 - 29 September 2021

KUALA LUMPUR - Pengoperasian tadika mulai 19 September adalah termasuk semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta, tadika di sekolah antarabangsa dan tadika di sekolah ekspatriat yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidi- kan Malaysia (KPM).

Seperti mana diumum Perdana Menteri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Rabu lepas, KPM menjelaskan bahawa kelonggaran berkenaan merangkumi negeri dalam fasa satu dan dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta untuk murid berumur empat hingga enam tahun membabitkan ibu bapa atau penjaganya yang bekerja.

“Pengoperasian ini tertakluk kepada

kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan,” menurut KPM dalam kenyataan.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklum- kan bahawa tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda dibenarkan beroperasi di negeri fasa satu dan dua PPN. – BERNAMA

Tadika swasta berdaftar boleh operasi

ALOR SETAR - Pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 untuk golongan rentan dan berisiko dijangkiti Co- vid-19 dijangka bermula pada Oktober ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata golongan itu termasuk warga emas dengan komorbiditi seperti mempunyai masalah kesihatan kronik, petu- gas barisan hadapan, individu kurang daya tahan imun serta mereka yang tinggal dan bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

“Kita akan buka kepada golongan ini dahulu kerana berdasarkan data kematian,

data kategori 5 yang masuk ke ICU (unit rawatan rapi), kebanyakan daripada me- reka terdiri daripada golongan tersebut, warga emas yang ada masalah jantung, kencing manis, hipertensi dan sebagainya.

“Pemberian dos ketiga atau (dos) peng- galak itu juga tidak bermaksud pemberian dua dos vaksin sebelum ini tidak berkesan, sebaliknya ia adalah bagi meningkatkan sistem imun,” katanya pada 19 September.

Beliau berkata banyak negara sudah memulakan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 termasuk di Amerika

Syarikat, United Kingdom dan Singapura bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem imun individu terhadap wabak itu.

Bagaimanapun, Khairy berkata Kemen- terian Kesihatan (KKM) belum membuat keputusan sama ada dos penggalak itu akan diberikan kepada semua individu di negara ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengarahkan semua syarikat pengeluar vaksin untuk menghantar maklumat lan- jut kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). – BERNAMA

Sasar golongan berisiko tinggi

Dos ketiga vaksin bermula Oktober

SHAH ALAM - Mulai 23 September, kedai runcit, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka boleh dibuka antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Dalam kenyataannya, Perdana Menteri Da- tuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mengumum- kan perkara berikut:

l boleh rentas negeri jika 90 peratus pen- duduk divaksin

l spa, pusat urut kesihatan boleh dibuka mu- lai 1 Oktober

l zoo, kawasan memancing, selam skuba dan taman rimba boleh beroperasi mulai 1 Oktober

l 100 peratus pekerja premis perniagaan lengkap dua dos dibenar hadir

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Ismail Sabri juga mengumumkan Johor beralih ke fasa dua, Pahang (fasa tiga) dan Negeri Sembilan (fasa empat) berkuat kuasa 24 September.

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara dengan mengambil kira kemasukan ke hospi- tal bagi bergejala, katil unit rawatan rapi serta peratusan lengkap divaksinasi,” katanya.

Boleh buka restoran

hingga 12 malam

(14)

15

selangorkini 23 - 29 September 2021

NASIONAL

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terus menyuburkan budaya membantu dan berkongsi rezeki dengan masyarakat memerlukan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sela- ngor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ama- lan itu telah lama diterap dalam kalangan pemimpin dan ahli bagi membantu rakyat kesempitan hidup tanpa mengira masa.

“Ia bukan perkara baharu dan harus di- tingkatkan, kadang-kala kita jadi kerajaan, kita akan rasa selesa dengan dana kerajaan.

“Tetapi kalau kita dapat keluarkan dana melalui duit poket sendiri, itu nikmat dan kepuasannya luar biasa yang harus dikongsi,”

kata Dato’ Menteri Besar pada 17 September.

Suburkan budaya bantu masyarakat

Oleh AMIN RIDZUAN ISHAK

PETALING JAYA - Kerajaan pusat digesa mempercepat suntikan RM45 bilion bagi mengurangkan beban sara hidup golo- ngan berpendapatan rendah dan seder- hana sepanjang pandemik Covid-19.

Ketua Pembangkang Datuk Seri An- war Ibrahim berkata pihaknya sudah mencadangkan pemberian bantuan itu dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai pada 13 September.

“Wang ini mesti disekali dengan membatalkan faedah moratorium pinja- man bagi mengelakkan wang bantuan diberikan dibayar faedah pula kepada bank,” katanya ketika berucap pada majlis pelepasan konvoi program Jelajah Peduli Nadi Rakyat di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di sini pada 17 Sep- tember.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar Dato’

Seri Amirudin Shari.

Presiden KEADILAN menasihatkan wakil rakyat dan ahli parti itu supaya terus mencurah bakti kepada masyara-

kat terutama dalam berdepan penularan Covid-19.

“Perkara ini sudah saya tegaskan berkali-kali kepada semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri, selain sumbangan diterima kerajaan, setiap daripada mereka mesti dan wajib ke- luarkan dana peribadi untuk bantu rakyat yang susah.

“Bukan saja berupaya guna duit kera- jaan atau minta derma (untuk bantu rak- yat), tetapi mereka harus tunjuk tauladan baik dengan guna duit poket mereka sendiri,” katanya.

Wakil rakyat digesa tabur bakti

Suntik RM45 bilion ringan beban rakyat

SHAH ALAM - Kerajaan pusat harus mene- tapkan kriteria untuk melantik individu memegang jawatan bertaraf menteri bagi mengelakkannya menjadi sogokan, kata ahli parlimen Langkawi.

Mengakui pernah melakukan perkara sama dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata amalan itu mendorong sogokan kerana individu terbabit lebih menumpu- kan kemudahan dan bukan tugas diberi kepadanya.

“Sepatutnya kita tetapkan kriteria ter- tentu sebelum melantik seseorang untuk dapat taraf menteri, jika tidak akan jadi sogokan kepada penyokong kerajaan.

“Ini harus ditamatkan dalam reformasi dilaksanakan,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat pada 20 September.

Teliti lantikan berstatus menteri

Amirudin menyerahkan 3,000 bakul makanan kepada Anwar untuk diagihkan kepada golongan memerlukan di seluruh ne- gara melalui Jelajah Peduli Nadi Rakyat di ibu pejabat KEADILAN, Petaling Jaya pada 17 September. Foto AHMAD ZAKKI JILAN

SHAH ALAM - Kerajaan persekutuan tidak akan mengemukakan rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik yang perlu dilaksanakan menjelang 31 Disember tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan keputusan itu dibuat jemaah menteri menerusi mesyuarat pada 10 September.

“Kerajaan persekutuan akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dan merintis usaha terbaik bagi memas- tikan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik di negara ini berupaya dilaksanakan lebih awal daripada jadual asal.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga komited melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember tahun ini se- laras keputusan itu,” katanya di Dewan Rakyat pada 21 September.

Pada 3 September, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan SPR dan kera- jaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember tahun ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melak- sanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Kerajaan tidak rayu keputusan Undi 18

SHAH ALAM - Konsensus parti pemerintah dan pembangkang dianggap saat penting untuk mengetepikan perbezaan politik dan menumpukan sepenuhnya usaha memera- ngani wabak Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata permua- fakatan dikemukakan Pakatan Harapan (PAKATAN) turut diperakui perdana menteri meliputi reformasi institusi Parlimen yang bermanfaat bagi rakyat.

“Konsensus antara parti pemerintah dan pembangkang yang dimeterai bukanlah untuk meninggalkan prinsip PAKATAN dan tanggungjawab semak dan imbang sebagai parti pembangkang.

“Sebaliknya, ia merupakan saat penting untuk kita mengetepikan perbezaan poli- tik dan memberikan sepenuh fokus untuk memerangi wabak Covid-19,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada 21 September.

Pada 13 September, Putrajaya dan PAKA- TAN melakar sejarah apabila pertama kali memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang membentuk kerjasama ‘dwi-par- tisan’ dengan semangat Keluarga Malaysia.

Ketepi isu politik,

perangi Covid-19

(15)

SASTERA 16

selangorkini 23 - 29 September 2021

Oleh LUCY M

Ilustrasi MATAROJIT

Tiada yang salah hidup tanpa ayah, tapi lahir tanpanya, buat kebanyakan orang; itu dosa dan bencana. Katrina mahu tahu di manakah ayah jahanamnya – masih dalam negarakah, sudah matikah, apakah bentuk misainya; soalan-soalan sebegitu tumbuh tanpa bendungan seperti mana bulu ari-ari dan teteknya tumbuh.

Tanpa ayah sebagai sauh dan rumah api bagi mengharungi gelora hidup, seorang anak perempuan mudah menyimpulkan semua lelaki tak bertanggungjawab, dayus dan penipu seperti ayah mereka. Katrina tak terkecuali. Seperti nama yang disanggulkan kepadanya, ada taufan muncul setiap kali dia didekati lelaki. Encik H, Margio, Andy Shauf,

namakan siapa saja lelaki itu, Katrina ialah kota dinding batu dipagari rimba, penuh duri dan buah beracun, juga mergastua dan roh-roh lapar. Tidak ada mana-mana lelaki dikatakan mampu berlama- lama di sisinya tanpa mempersoal kewarasan mereka.

Tapi jika semua lelaki sama, mengapakah segelintir wanita hidup bahagia di samping lelaki sementara yang lain menderita? Soalan itu tak mudah Katrina tumpaskan.

“Tapi bukankah ibumu pelacur, Kat?” kata Maisara, ketika mereka pulang sekolah.

“Walaupun ibumu dihidangkan teh dan madu malah digendong ke katil, tak sama dengan pelacur-pelacur jalanan yang boleh disetubuhi di tangga bangunan terbiar tanpa diberi air minum terlebih dahulu, nasib para pelacur tak kira apa pun

tingkatnya, selalu mirip. Sering mengandung tanpa suami.”

“Adakah kau mengatakan kebencianku terhadap lelaki tak munasabah, Maisara Abdul Said?”

“Kalau tentang ayahmu, ya aku faham. Tapi kalau buat setiap lelaki di dunia ini, itu keterlaluan, Katrina Abdullah. Kau seolah-olah mengatakan bapaku dan adik-beradik lelakiku yang lain telah melukaimu juga.”

“Siapa tahu kelak mereka juga lakukan hal yang sama?”

Maisara mendengus, matanya dibesarkan dan mereka berpisah, walaupun rumah mereka sejalan. Cerita itu (Katrina anak pelacur) belum ada sebarang pengakuan tentangnya tapi lama dulu, ibu Katrina datang ke kampung kecil di pinggir pantai, jauh dari peradaban kota metro, dan membeli sebuah rumah, Saat itu, perut ibu Katrina sudah terlalu gembung seperti bila-bila masa saja jika ia mengangkang, kantung ketubannya akan pecah mendadak.

Ibu Katrina memiliki duit yang cukup malah anehnya berlebihan. Dan rupa serta tubuhnya (yang rupawan, langsing dan menonjol dengan aset yang bukan taraf kampungan) memang mencurigakan para isteri dan janda. Ini pastinya perempuan simpanan terbuang, bisik sesama mereka. Bertitik tolak dari insekuriti dan logik separuh masak itu, keluarga kecil Katrina dijauhi jiran-jiran wanita tapi kaum lelaki di kampung itu (suami-suami tak kurang juga anak-anak bujang lelaki para perempuan cemburu itu) pula yang mempertahan pendudukan Katrina dan ibunya.

“Di manakah ayah, ibu?” tanya Katrina entah buat kali yang keberapa setelah dia sampai di rumah.

Ibunya waktu itu sedang menggoreng ikan merah pemberian Tok Imam semalam. Tok Imam, setahu Katrina sudah beristeri tiga tapi renungan lelaki tua itu selalu saja dipenuhi lendir apabila menatap wajah apatah lagi susuk tubuh ibunya. Dia ada menyampaikan cerita aneh itu kepada Maisara tapi temannya itu cuma mengangguk- angguk.

“Ambil cermin dan lihatlah. Lelaki itu ada di sana,” Itu jawapan licik yang ibunya berikan dan berulang kali telah dia dengari bahawa ayah Katrina tidak lain berada dalam dirinya sendiri.

Tapi akalnya tidak semiskin dan seterdesak itu untuk mudah menerima apa pun jawapan yang diberikan. Semasa ibunya mengaut nasi ke pinggannya, di sebalik wap yang menjelma, Katrina nyatakan hasrat terdalamnya “Kalau ibu mati nanti, aku mahu pergi mencari ayah!”

“Katrina mahu jadi pramugari?”

"Tidak, Ibu. Katrina mahu mencari Ayah!”

“Ya jadi pengembara juga mengujakan.”

"Bukan, Ibu! Mencari Ayah!”

"Katrina mahu bermula dari mana? Bali? Kaherah? Paris? Kisah

cinta agung banyak terjadi di Paris.”

"Ibu…,”

Gadis itu tak tahu mengapa begitu sukar bagi ibunya bercerita tentang ayahnya. Bukanlah langsung tak ada maklumat gerangan siapakah ayahnya, tapi dia mahu bersemuka dengan lelaki itu. Katrina mahu tahu apakah di mata lelaki itu ada lendir seperti mata Tok Imam. Dan setiap kali dia bangkitkan perihal ayahnya, ibunya akan bersenandung Chiquitita. Adakah serpihan petunjuk terdapat dalam lagu tahun 1979 itu?

Tapi apa? Bukankah ia cuma mengandungi pujukan melepaskan lara asmara agar kembali berani bercinta? Apakah sebenarnya ibunya membenci ayahnya? Adakah ayahnya memang lelaki durjana?

Malam itu, Katrina bermimpi menaiki tubuh seorang lelaki dan bermain kuda tunggangan.

Keseronokan dirasai Katrina bukan alang-kepalang.

Dia ketawa seperti tak pernah ketawa dan bernyanyi seperti tak pernah bernyanyi. Wajah lelaki itu tidak kelihatan tapi bau badannya, suaranya yang dalam dan lebat rambutnya, begitu familiar dan mengasyikkan

“Rambut lelaki itu hitam berkilat, Ibu.

Mungkinkah itu ayah?”

“Mungkin juga itu setan!”

“Mungkin Katrina memang anak setan!”

Katrina capai begnya, hentak kakinya dibisingkan dan dia keluar rumah tanpa menyalam tangan ibunya. Sedikit pun tumpuannya tidak muncul di sekolah kerana perutnya lapar dan hatinya masih pedih tersiat mengingati komentar terhadap mimpi indahnya. Pada waktu rehat, Maisara membawanya makan di kantin bagi menghapus salah faham yang berlaku sebelumnya. Memang Katrina lapar tapi mi goreng yang dijamahnya terasa tawar dan kelat.

“Mungkin aku memang keterlaluan selama ini, Mai. Mungkin kebencianku itu sebenarnya rasa rinduku.”

“Tapi Kat, pernahkah kau bayangkan jika ayahmu itu tak seperti apa yang kau gambarkan?”

“Apa maksudmu?”

“Bagaimana jika ayahmulah yang sebenarnya mahukan kau hidup jauh daripadanya?”

“Aku pernah memikirkan tentang kemungkinan itu, Mai! Tapi kerana ibuku mengelak daripada menjawab soalan-soalanku, hatiku terus membenci dan berharap.”

Katrina tidak terus balik ke rumah apabila tamat waktu sekolah. Dia berjalan menyusuri pantai. Beberapa nelayan dilihatnya membaiki tubuh perahu dan jaring pukat. Gadis itu memanjat satu batu besar setelah menghabiskan secawan air kelapa, dan di puncak, dia menanggalkan tudungnya agar bayu laut menyingkir lekit keringat dari wajah dan rambutnya. Buang sekali perasaan ini, pinta gadis menyedihkan itu tapi angin hanya bertiup kerana ia mahu bertiup, bukan kerana seorang gadis meratapi ketiadaan ayahnya.

Nekad - Katrina mahu terus merajuk tapi sampai bila? Sepuluh malam? Dua belas tengah malam? Tiga pagi? Katrina berbaring, dahinya berkerut, dia ingin menjerit, tapi segan dan malu.

Suara Maisara terngiang kembali “Syurga ada di bawah telapak kaki ibu, Kat! Tapi kehidupan ada di bahu ayah.”

Dada Katrina kembang kempis dan kepalanya makin serabut. Air matanya yang cuba ditahan, mengalir jua. Katrina pejam mata dan bayangkan dirinya berlari di padang tulip. Jauh di hadapan, membelakangkan kincir angin dan matahari, ada ayah dan ibunya sedang menunggu.

Kronos II (i)

kilat tua dari garis krayon lukisan lama kita meranduk ke lembah malam; dingin memicing.

isyarat pertemuan sebentar lagi. sekarang tidurlah seperlahan mimpi kerana hari esok telah pun tercegat sebelum kita; nanti pagi dengan izin dan restu sebatang lebuh ingatan, kita pungut semula daun selasih dan putik jagung sepanjang ladang kita pertama kali menjadi kekasih.

seolah masa hadapan mengerdil ke darjah dua — ketika hidup begitu mudah dimalukan.

(ii)

juga masa-silam yang gergasi dan setia mengembang. dulu (barangkali juga masih) kita memburu tuhan yang termangu dalam sukma. kau pula ingin mengurangi keangkuhan duka dengan separuh mempercayai. dengan menjadi tua. tak terkira degup bual dan curiga tentang Dia; agar kita dewasa di luar perhatian kalendar.

(iii)

kini kau enggan membuka ghazal lama tanda rindu yang ketara. atau kau cuma mahu kembalikan derita kau dengungkan di jendela, sewaktu membelakangiku. atau biarkan sunyi yang seru melurus tanpa jawapan; bisu belaka tanda-soalnya.

(akankah erat bertahan rasa percaya kita yang murba di tautan jari kelingking ini) Qurratul ‘Ain

(16)

17

erahu menjadi pengangkutan utama di pesisir pantai dan sungai di Selangor pada masa lalu hingga ke saat ini.

Tidak terhad untuk menangkap ikan, mengembara dan berdagang, perahu juga diguna ketika peperangan dan diplomasi.

Sempena Hari Sungai Sedunia pada 26 September, NAZLI IBRAHIM menyenarai beberapa reka bentuk perahu tradisi yang kerap digunakan di negeri ini.

Penyelidik etnomatematik dalam teknologi perkapalan Dr Mohd Rohaizat Abdul Wahab (foto kecil kiri) dari Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia berkongsi sebahagian fakta menarik.

Pembuat replika perahu tradisi Mohd Suhizam M. Sakri yang berkecimpung sejak usia 12 tahun turut berkongsi maklumat.

Lepap

l ada dua jenis iaitu lepap betina dan lepap jantan. Buritan perahu lepap jantan lebih panjang

l pernah dijumpai di Sungai Buloh, Kuala Selangor. Panjangnya lima meter dan lebarnya dua meter.

Menggunakan dayung gaya Cina dan layar bergantung kepada jarak pelayaran

l bahagian perut lebih rata atau leper supaya mudah ditolak atas permukaan berlumpur atau beting pasir

l lepap betina boleh ditemui antaranya di Kampung Kuantan tetapi menggunakan kuasa enjin Kakap jeram

l per nah dijumpai di Kuala Selangor, perahu ini digunakan di pantai

l Namanya dipercayai berdasarkan nama pelabuhan lama di Kuala Selangor

l digunakan untuk perdagangan, pengangkutan dan peperangan

l diperbuat daripada kayu meranti

l menggunakan layar dan dayung serta sebahagian menggunakan katir (kayu buluh di sisi perahu)

l perahu berukuran empat meter panjang yang mampu membawa tiga hingga empat orang digunakan untuk mudik di aliran sungai

RENCANA

selangorkini 23 - 29 September 2021

Enam rekaan Enam rekaan

l Bagi saiz besar berukuran lapan meter panjang yang boleh membawa 10 hingga 20 orang digunakan di pesisir pantai

Perahu songkok

l pada masa dahulu digunakan u n t u k m e n g a m b i l b a r a n g dagangan dari kapal besar yang berlabuh jauh dari pelabuhan

l masih digunakan di Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Langat

l digunakan untuk menangkap udang dan menjaring ikan di pesisir pantai dan muara

l panjang lima meter dan dua meter lebar. Boleh memuatkan tiga penumpang dewasa

Kolek Melaka

l tapak pembuatannya ditemui di Morib, Kuala Langat pada 1951

l dipercayai digunakan masyarakat dari Sungai Buloh, Kuala Selangor

hingga ke Batu Pahat, Johor

l banyak digunakan penduduk Pantai Barat. Bentuknya seakan- akan sampan Riau. Memiliki lunas lurus manakala bentuk haluan dan buritan sama

l kolek bersaiz kecil sepanjang 3.5 meter

l saiz besar antara 6.5 meter hingga tujuh meter digunakan tiga anak perahu.

l digunakan di sungai dan pesisir pantai dalam kegiatan harian

l mempunyai hiasan pada haluan dan buritan perahu

Perahu nelayan Selangor

l ada enam kegunaan iaitu pukat tunda, pukat jerut, pukat pesisir pantai, pukat udang, merawai dan pukat hanyut atau pukat hijau

l Jabatan Laut Malaysia menetapkan perahu nelayan Selangor berwarna merah

l diperbuat daripada gentian kaca,

P

rekaan ini mula digunakan sejak 1980-an

l beroperasi di kawasan dibenarkan bergantung kepada jenis lesen

l panjang antara 11 hingga 14 meter.

Bahagian buritan dibina leper supaya mudah menyusur di laluan cetek dan berlumpur

l menggunakan kuasa enjin dan dikawal alat kemudi kaki

Anak bedar

l turut dikenali perahu tambang

l dicatat dalam teks klasik Melayu antaranya Salasilah Melayu dan Bugis, Hikayat Siak, Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Acheh

l berbentuk unik, haluannya bermuncung seperti paruh itik

l dijumpai di Kuala Langat.

Digunakan untuk membawa penumpang, barang dagangan dan menangkap ikan laut dalam

l dianggar berukuran 25 meter panjang dan empat meter lebar

Foto HAFIZ OTHMAN

perahu tradisi

perahu tradisi

Referensi

Dokumen terkait

Dokumen Memorandum Program Sanitasi (MPS) merupakan wadah seluruh program dan kegiatan pembangunan sektor sanitasi Kabupaten Hulu Sungai Utara yang dilaksanakan oleh

penelitianpun akan semakin kredibel apabila di dukung oleh foto atau karya tulis akademik yang telah ada. Selain itu, generasi yang akan datang dapat melestarikan peristiwa budaya

Di sisi lain, menurut Turban dalam (Darma, Jarot, & Ananda, 2009) multimedia adalah kombinasi dari paling sedikit dua media input atau output dari data, dimana media

lebih dari pihak yang terkait dan dilakukan secara maksimal maka akan memberikan dampak yang positif yaitu termotivasinya mahasiswa dalam menghafal Al-Qur’an

Spesies atau jenis adalah suatu takson yang di pakai dalam taksonomi untuk menunjuk pada suatu atau beberapa klompok individu (populasi) yang serupa dan dapat saling membuahi satu

Abses peritonsil merupakan infeksi akut atau abses yang berlokasi di spatium peritonsiler, yaitu daerah yang terdapat di antara tonsil dengan m.. kontriktor superior, biasanya

Bersdasarkan Kesimpulan di atas, maka saran pada artikel ini adalah bahwa masih banyak factor lain yang mempengaruhi pendidikan islam selain dari paradigma, berpikir, dan

Dari hasil uji parsial yang dilakukan terhadap variabel belanja langsung terhadap variabel pertumbuhan ekonomi pada pemerintah daerah Kabupaten dan Kota di