• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMO. Daripada : Cik Nur Shamim binti Hamzah Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Kolej Negara, UKM Kampus Bangi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "MEMO. Daripada : Cik Nur Shamim binti Hamzah Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Kolej Negara, UKM Kampus Bangi"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

MEMO Bilangan : 9/2022

Kepada : Semua pelajar Asas 2 hingga Tahap 2 Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM (Kampus Bangi dan Kampus Seremban)

Daripada : Cik Nur Shamim binti Hamzah

Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM Kampus Bangi

Puan Hawa Aqilah binti Hamuzan

Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM Kampus Seremban

Salinan kepada : Prof. Madya Dr. Rorlinda binti Yusof

Pengarah, Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM Encik Mohd Hakimie bin Zainal Abidin

Timbalan Pengarah, Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM Pn Siti Aishah binti Hassan

Ketua Kolej, Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM Tarikh : 23 Mac 2022 (Rabu)

(2)

KEMASUKAN FIZIKAL PELAJAR ASAS 2 HINGGA TAHAP 2 KE KOLEJ GENIUS@Pintar NEGARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BAGI SESI PENGAJIAN 2022/2023.

1.0 Latar Belakang

1.1 Memo ini bertujuan memaklumkan tarikh kemasukan pelajar Asas 2 hingga Tahap 2 secara fizikal pelajar lama Kolej GENIUS@Pintar Negara (KGPN), UKM bagi sesi pengajian 2022/2023.

1.2 Memo ini berpandukan kepada kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 5 Mac 2022.

2.0 Tarikh Kemasukan Pelajar

2.1 SEMUA pelajar Asas 2, Asas 3, Tahap 1 dan Tahap 2 KGPN UKM akan masuk secara fizikal pada 4 April 2022 (Isnin).

2.2 Semasa sesi kemasukan secara fizikal, pelajar hendaklah menyerahkan dokumen berikut:

a) Borang Maklumat Kolej Kediaman (Rujuk LAMPIRAN B).

b) Borang Pengistiharaan Kesihatan (Rujuk LAMPIRAN C).

2.3 Semua pelajar Asas 2 hingga Tahap 2 WAJIB membawa bekas makanan masing-masing sekembalinya ke kolej. Sementara pelajar Asas 3 dan Tahap 1 perlu membawa bersama bantal, kunci mangga (padlock), cermin dan payung untuk kegunaan di asrama Kolej Pendeta Za’aba, UKM.

3.0 Pergerakan dan Pengangkutan Pelajar

3.1 Kesemua pelajar Asas 2, Asas 3, Tahap 1 dan Tahap 2 akan masuk mendaftar secara fizikal dan menjalani ujian saringan kesihatan di Dewan Serbaguna mulai jam 9.00 pagi hingga 1.40 tengah hari mengikut ketetapan masa berikut:

Kelas Masa

3K1, 3K2 & 3K3 9.00 – 9.40 pagi 3K4, 3K5 & 3K6 9.40 – 10.20 pagi 4K1, 4K2, 4K3 & 4K4 10.20 pagi – 11.00 pagi 5K1, 5K2 & 5K3 11.00 pagi – 11.40 pagi

(3)

3.2 Pelajar hendaklah MEMATUHI jadual yang ditetapkan bagi melancarkan pelaksanaan Ujian Kendiri COVID-19 serta mengelakkan kesesakan yang boleh menyebabkan risiko jangkitan.

3.3 HANYA DUA orang dalam kalangan ibu bapa/penjaga/pihak dipertanggungjawabkan dengan IMUNISASI LENGKAP sahaja dibenarkan menurunkan anak/anak jagaan di tempat yang ditetapkan oleh pihak kolej iaitu di drop off point di tepi Dewan Serbaguna (rujuk LAMPIRAN A).

3.4 Pihak pusat menggalakkan pelajar yang tinggal di negeri-negeri Semenanjung Malaysia untuk pulang dengan menaiki kenderaan ibu bapa/penjaga masing- masing. Hal ini penting untuk mengurangkan risiko pelajar terdedah kepada jangkitan virus jika menaiki kenderaan awam.

3.5 Kenderaan yang digunakan untuk menghantar pelajar perlu diselenggara, berada dalam keadaan selamat, disanitasi dan mempunyai pemandu kedua (bas yayasan/persatuan anak negeri).

4.0 Pengurusan Kesihatan Sebelum Kembali ke Kolej

4.1 Setiap pelajar WAJIB melakukan saringan kesihatan (pemeriksaan suhu) di lokaliti masing-masing sebelum menaiki kenderaan.

4.2 Setiap pelajar WAJIB menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri sepanjang perjalanan.

4.3 Pelajar yang sihat dan tidak bergejala sahaja dibenarkan kembali ke kolej dengan syarat mereka dan ahli keluarga yang tinggal serumah tidak berada dalam tempoh menjalani kuarantin/tiada kontak rapat.

4.4 Pelajar WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Kesihatan semasa kembali ke kolej. Borang Pengisytiharan Kesihatan ini akan diserahkan kepada petugas pelaksana Ujian Kendiri COVID-19.

4.4 Pelajar WAJIB membawa sekurang-kurangnya TIGA kit Ujian Saringan Kendiri RTK Saliva COVID-19 semasa kembali ke kolej.

(4)

5.0 Pengurusan Kaedah Pandu Lalu dan Tatacara Pelaksanaan Ujian Kendiri COVID-19 5.1 Ibu bapa/penjaga/pihak yang dipertanggungjawabkan akan menurunkan

anak/anak jagaan di drop off point dan menunggu di kawasan parkir sementara yang telah ditetapkan mengikut kampus seperti di dalam LAMPIRAN A. Petugas Pelaksana akan membantu memberi tunjuk arah kedudukan lokasi parkir sementara.

5.2 Setiap individu dalam kenderaan WAJIB mengimbas kod QR MySejahtera di drop off point sebelum meninggalkan anak/anak jagaan.

5.3 HANYA PELAJAR sahaja dibenarkan turun dari kenderaan untuk ke tempat Ujian Kendiri COVID-19.

5.4 Setiap pelajar WAJIB mengimbas kod QR MySejahtera di drop off point dan melakukan ujian saringan kesihatan (saringan suhu) sebelum bergerak ke tempat Ujian Kendiri COVID-19.

5.5 Ibu bapa/penjaga/pihak yang dipertanggungjawabkan hendaklah menunggu di dalam kenderaan masing-masing di kawasan parkir sementara sehingga anak/anak jagaan mendapat keputusan Ujian Kendiri COVID-19.

5.6 Ibu bapa/penjaga/pihak yang dipertanggungjawabkan DILARANG untuk meletakkan kenderaan di mana-mana kawasan larangan berdekatan asrama, blok pembelajaran dan kompleks sukan. Surat peringatan akan dikeluarkan sekiranya peraturan tersebut gagal dipatuhi oleh ibu bapa.

6.0 Lanjutan Pengendalian Keputusan Ujian Kendiri COVID-19

6.1 Keputusan Ujian Kendiri COVID-19 akan dimaklumkan kepada pelajar untuk tindakan selanjutnya.

6.2 Setelah pelajar mendapat Keputusan Ujian Kendiri COVID-19 yang disahkan negatif, pelajar Asas 3 dan Tahap 1 akan bergerak menuju ke drop off point asrama Kolej Pendeta Za’ba manakala pelajar Asas 2 dan Tahap 2 akan menuju ke drop off point asrama KGPN kampus Bangi untuk menghantar bagasi dan barang keperluan. Bagi pelajar Tahap 1 yang ada menyimpan barangan di stor

(5)

6.3 Ibu bapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN untuk turun dari kenderaan sepanjang berada di drop off point.

6.4 Pelajar akan menyerahkan Borang Maklumat Kolej Kediaman (LAMPIRAN B) dan Borang Pengisytiharan Kesihatan (LAMPIRAN C) serta mendapatkan kunci bilik di Drop off point. Drop off point di Asrama KGPN kampus Bangi adalah di Lobi Utama Dewan Makan (rujuk LAMPIRAN A) Manakala drop off point di Kolej pendeta Za’ba adalah di Kawasan Parking Hadapan Blok B1 dan B2.

6.5 Bagi pelajar yang disahkan positif COVID-19, ibu bapa/penjaga/pihak yang dipertanggungjawabkan PERLU menghantar anak/anak jagaan ke fasiliti kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan selanjutnya.

6.6 Ibu bapa/penjaga bertanggungjawab menguruskan anak/anak jagaan untuk kembali ke asrama setelah tamat tempoh kuarantin. Pelajar yang telah tamat tempoh kuarantin serta disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19 dibenarkan kembali ke asrama dan mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka seperti biasa.

7.0 Peraturan Keselamatan

7.1 Pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk aktiviti keluar (outing) dan pulang bermalam sehingga dimaklumkan oleh KPM.

7.2 Ibu bapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN untuk melawat anak/anak jagaan di kampus sehingga dimaklumkan oleh KPM.

7.3 Surat peringatan akan dikeluarkan dan demerit markah subjek Pembangunan Jati Diri akan dikenakan kepada pelajar yang melanggar peraturan keselamatan 7.1 dan 7.2.

Kerjasama pihak ibu bapa/penjaga/pihak yang dipertanggungjawabkan dan para pelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara dalam mematuhi perkara ini amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

(6)

LAMPIRAN A PERGERAKAN PANDU LALU KGPN KAMPUS BANGI

KEDUDUKAN DROP OFF POINT DI KOLEJ PENDETA ZA’ABA UKM

(7)

BORANG MAKLUMAT KOLEJ KEDIAMAN PUSAT GENIUS@Pintar NEGARA, UKM

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PELAJAR

1. Nama Pelajar [Huruf Besar]: ………...

2. No. Matrik: ………..……..… 3. No. KP: ………...…..……. 4. No. Bilik: ………

5. Alamat Rumah:

………...

………...

6. No. Telefon (HP): ……….

7. Nama *Ibu / Bapa / Penjaga: ………..

8. Waris terdekat untuk dihubungi semasa kecemasan:

Nama waris terdekat: ……….……… Hubungan: ………...

Alamat: ………

………

No. Telefon: ………

9. Penyakit yang dihidapi / Alergi makanan: ……….

[sertakan surat akuan doktor]

10. Nama jenis ubatan yang diambil: ……….

11. Jenis makanan (nyatakan jika vegetarian): ………

Pengakuan Pelajar:

1. Saya mengaku bahawa segala keterangan yang diberikan adalah benar.

2. Saya berjanji akan sentiasa mematuhi segala peraturan Program / Kolej serta akur dengan tindakan yang akan dikenakan atas kesalahan yang dilakukan. Saya sanggup digantung / digugurkan dari Program / Kolej sekiranya didapati melanggar peraturan Program / Kolej.

3. Saya berjanji akan menggunakan segala kemudahan di kolej dengan sebaik-baiknya.

4. Saya berjanji akan menjadi penghuni kolej yang berdisiplin dan berusaha gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum & ko-kurikulum.

……… ……….

[Tandatangan Pelajar] [Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga]

Tarikh: Tarikh:

Sila lekatkan gambar berukuran passport

terkini di sini

(8)

Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi,

Selangor

Nama *Ibu / Bapa / Penjaga [Huruf Besar]:

………...…

1. Saya yang bernama seperti di atas menjamin *anak / jagaan saya tidak akan melakukan sebarang perbuatan yang melanggar peraturan Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM.

Sekiranya *anak / jagaan saya ini melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan, saya rela beliau dihukum sewajarnya termasuk digugurkan daripada program yang diambil.

2. Saya akan memberi kerjasama kepada pihak Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh *anak / jagaan saya.

3. Saya berjanji akan mengganti kerugian harta benda Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM yang dirosakkan / dicuri oleh *anak / jagaan saya.

4. Saya bersetuju untuk membayar buku log kebersihan berharga RM5.00 untuk kegunaan *anak / jagaan saya

5. Seiring dengan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM, saya berjanji akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan, terutamanya bagi perkara berikut:

i) Tiada aktiviti keluar (outing) bagi semua pelajar

ii) Pulang bermalam mengikut tarikh yang telah ditetapkan

iii) Lawatan dari pihak ibu bapa/penjaga mengikut tarikh yang telah ditetapkan

……….

[Tandatangan *Ibu / Bapa / Penjaga]

Nama:

No. KP:

Tarikh:

………

[Tandatangan Saksi]

Penjawat awam Kategori A/Guru Besar/Penggawa/Wakil Rakyat Nama:

No.KP:

Jawatan dan Cop Rasmi:

(9)

PUSAT GENIUS@Pintar NEGARA, UKM

1. Nama: ………

2. Kelas: ……….. 3. No. Bilik: ………..

4. No. Kad Pengenalan: ………. 5. No. Matrik: ………

6. Adakah anda bertolak balik dari luar negara atau negeri PKP?

Ya Tidak

Nama negara / negeri: ………..

Tarikh bertolak balik: ……….

7. Adakah anda mempunyai simptom berikut ketika kembali ke asrama?

Ya Tidak (i) Demam

(ii) Batuk

(iii) Kesukaran bernafas (iv) Sakit tekak

(v) Simptom-simptom lain (nyatakan)

8. Adakah anda ada berhubung secara fizikal dengan individu yang positif COVID-19?

Ya Tidak

Pengakuan Pelajar:

1. Saya mengaku bahawa segala keterangan yang diberikan adalah benar.

2. Sekiranya saya didapati memalsukan sebarang keterangan di atas, saya bersedia untuk dikenakan tindakan disiplin sewajarnya.

……… ……….

[Tandatangan Pelajar] [Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga]

Referensi

Dokumen terkait

(2) Proses pembuatan anyaman rotan untuk hiasan lampu yaitu: pembuatan desain, proses kerangka, pengecatan kerangka, proses lilitan dengan kulit rotan pada

Wawancara merupakan suatu teknik pengumpulan data melalui cara Tanya-jawab kepada narasumber agar pewawancara dapat menemukan informasi yang diperlukan dalam

Akan tetapi dari pengujian yang telah dilakukan, tidak terdapat perbedaaan yang signifikan antara abnormal return perusahaan reporter berukuran besar dan kecil pada saat peng-

Sistem permohonan kolej yang ada di UKM ini adalah terlalu ringkas dan juga para pelajar hanya boleh melakukan urusan seperti permohonan kolej luar dan dalam semester dan

Persilangan dilakukan saling silang antara 3 kultivar melon (melon kuning (MK), melon putih (MP), melon merah (MM)) dan 2 kultivar blewah (blewah bentuk buah bulat (BB) dan

Puji syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas rahmat dan karunia-Nya sehingga saya dapat menyelesaikan penelitian Skripsi ini yang berjudul “Evaluasi Atas Reformasi Sistem

1) Mengujikan soal pilihan ganda berdasarkan hasil uji coba yang telah diperbaiki kesalahan-kesalahan yang terdapat di dalamnya kepada siswa kelas VII C untuk

Kemampuan menulis surat dinas pada bagian salam pembuka surat siswa kelas VIII MTs Nurul Ikhsan Sungai Rawa Kecamatan Sungai Apit Kabupaten Siak dari 36 sampel, yang berkategori