• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROSEDUR KEBENARAN PELAJAR KEMBALI KE KAMPUS SECARA FIZIKAL MANUAL PENGURUSAN KRISIS COVID-19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PROSEDUR KEBENARAN PELAJAR KEMBALI KE KAMPUS SECARA FIZIKAL MANUAL PENGURUSAN KRISIS COVID-19"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

2021

PROSEDUR

KEBENARAN PELAJAR KEMBALI KE KAMPUS SECARA FIZIKAL

MANUAL PENGURUSAN KRISIS COVID-19

(2)

Adalah menjadi tanggungjawab pemegang dokumen untuk memastikan bahawa salinan dokumen ini sentiasa dikemas kini yang merangkumi semua pindaan yang dinyatakan di dalamnya.

Tarikh No.

Pindaan

Rujukan/

Muka Surat yang Terlibat

Butir-butir Pindaan

Diluluskan Oleh

1.12.2020 00 0 Prosedur baharu didokumentasi.

Norazam Abd Rashid Pengarah COSHE

22.09.2021 01 Prosedur m/s 1 - 6

Pindaan prosedur lama kepada prosedur baharu

Norazam Abd Rashid

Pengarah COSHE

(3)

DOKUMEN KOD TARIKH SEMAKAN Manual Pengurusan Krisis COVID-19 C19-2-2 22 SEP 2021 2

SKOP HALAMAN DARIPADA

Prosedur Kebenaran Pelajar Kembali Ke Kampus Secara Fizikal

1 6

1. TUJUAN

Prosedur ini dibangunkan untuk urusan permohonan kebenaran pelajar Kembali ke Kampus semasa wabak COVID-19.

2. SKOP

Pemakaian prosedur ini adalah untuk semua pelajar yang hadir ke kampus.

3. RUJUKAN

3.1. Surat Arahan Pengoperasian Institusi Pengajian Tinggi 3.2. SOP Sektor Pengajian Tinggi KPT

3.3. SOP MKN

4. KEPERLUAN UNDANG-UNDANG

4.1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514]

4.2. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

5. DEFINISI 5.1. Pelajar

Pelajar merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam keadaan belajar yang berdaftar dengan dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

5.2. Sistem ETIKA

Sistem ETIKA ialah sistem yang digunapakai oleh UniMAP untuk membuat penilaian risiko awal bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di dalam kampus. Sistem ini terdiri daripada borang HD (Health Declaration), borang Keluar Kampus, borang Kembali Ke Kampus, borang kebenaran makmal dan borang penukaran PPV. Pautan Sistem ETIKA (http://etika.unimap.edu.my.)

(4)

DOKUMEN KOD TARIKH SEMAKAN Manual Pengurusan Krisis COVID-19 C19-2-2 22 SEP 2021 2

SKOP HALAMAN DARIPADA

Prosedur Kebenaran Pelajar Kembali Ke Kampus Secara Fizikal

2 6

5.3. Pengawal Keselamatan

Orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan kampus/ memeriksa orang yang terdiri staf/ pelajar/ pelawat/ kontarktor yang keluar masuk ke premis UniMAP dengan urusan.

5.4. PPP

Pusat Perumahan Pelajar

5.5. PKU

Pusat Kesihatan Universiti

5.6. NADMA

Agensi Pengurusan Bencana Negara

6. TATACARA KEMASUKAN PELAJAR TEMPATAN KE KAMPUS 6.1. Sebelum hadir ke kampus

6.1.1. Pelajar yang dikenalpasti sebagai berkeperluan yang telah lengkap proses vaksinasi dan melepasi tempoh matang (14 hari selepas suntikan dos kedua) serta bukan yang berada di bawah arahan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau yang sejarah kesihatannya bagi tempoh 14 hari sebelum disahkan positif atau PUS dibenarkan hadir ke kampus.

6.1.2. Pelajar perlu mengisi borang kebenaran hadir ke kampus melalui Sistem ETIKA (http://etika.unimap.edu.my) seperti ketetapan MEMO universiti dari masa ke semasa.

(5)

DOKUMEN KOD TARIKH SEMAKAN Manual Pengurusan Krisis COVID-19 C19-2-2 22 SEP 2021 2

SKOP HALAMAN DARIPADA

Prosedur Kebenaran Pelajar Kembali Ke Kampus Secara Fizikal

3 6

6.1.3. Borang permohonan pelajar perlu disemak oleh pihak Fakulti bagi yang berkeperluan hadir dan diluluskan oleh pihak Perumahan Pelajar.

6.1.4. Pelajar perlu membuat pengesahan kehadiran dan hadir pada tarikh yang telah ditetapkan seperti yang telah dinyatakan di dalam surat kebenaran.

6.2. Semasa pergerakan ke kampus

6.2.1. Pelajar perlu membuat permohonan kebenaran merentas negeri di balai polis berhampiran lokaliti masing-masing.

6.2.2. Pelajar dibenarkan hadir ke kampus menggunakan kenderaan sendiri, dihantar oleh ibu bapa / penjaga dengan syarat ibu bapa / penjaga telah lengkap proses vaksinasi dan perkhidmatan penerbangan.

6.2.3. Waris hanya dibenarkan menghantar dan menurunkan pelajar di kawasan drop-off yang ditetapkan oleh pengurusan Kolej Kediaman seterusnya segera beredar dari Kolej Kediaman.

6.3. Setelah tiba di kampus

6.3.1. Pelajar perlu menunjukkan surat kebenaran hadir ke kampus kepada pengawal keselamatan sebelum masuk kampus.

6.3.2. Pelajar dan pengiring perlu mengimbas QR-Code ETIKA di pintu masuk kampus UniMAP

6.3.3. Pelajar perlu menjalani pemeriksaan suhu terlebih dahulu di pintu masuk kampus. Sekiranya suhu melebihi 37.5 ̊C mohon rujuk ke PKU.

(6)

DOKUMEN KOD TARIKH SEMAKAN Manual Pengurusan Krisis COVID-19 C19-2-2 22 SEP 2021 2

SKOP HALAMAN DARIPADA

Prosedur Kebenaran Pelajar Kembali Ke Kampus Secara Fizikal

4 6

6.3.4. Pelajar digalakkan untuk membuat ujian kendiri COVID-19 sebelum masuk ke Kolej Kediaman.

6.3.5. Pelajar perlu membuat pendaftaran di Pusat Perumahan masing-masing dan mengambil kunci serta kad biru dibenarkan untuk mengiring pelajar masuk ke Perumahan Pelajar.

TATACARA KEMASUKAN PELAJAR ANTARABANGSA KE KAMPUS

6.4. Sebelum masuk ke Malaysia

6.4.1. Pelajar antarabangsa dan waris (jika hadir) yang telah lengkap vaksin COVID-19 dan mendapat kelulusan kebenaran masuk ke Malaysia oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia melalui Education Malaysia Global Services (EMGS).

6.4.2. Menjalani ujian pengesanan RT-PCR COVID-19 tujuh puluh dua (72) jam sebelum berlepas ke Malaysia dengan keputusan negatif.

6.4.3. Memuat turun aplikasi MySejahtera di telefon pintar dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan tiga (3) hari sebelum ketibaan.

6.4.4. Membuat bayaran caj penuh kuarantin dan ujian pengesanan COVID-19 secara dalam talian (online) melalui sistem MySafeTravel/ Aplikasi MyQr oleh MyEG di pautan www.myeg.gov.my dan mengemukakan slip pembayaran di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

6.4.5. Pelajar antarabangsa dan waris (jika hadir) perlu mempamerkan surat kebenaran kemasukan semasa mendaftar masuk.

(7)

DOKUMEN KOD TARIKH SEMAKAN Manual Pengurusan Krisis COVID-19 C19-2-2 22 SEP 2021 2

SKOP HALAMAN DARIPADA

Prosedur Kebenaran Pelajar Kembali Ke Kampus Secara Fizikal

5 6

6.5. Setelah tiba di Malaysia

6.5.1. Pelajar antarabangsa dan waris (jika hadir) perlu dikehendaki menjalani kuarantin wajib di Stesen Kuarantin yang telah ditetapkan oleh pihak NADMA, iaitu selama empat belas (14) hari. Tempoh kuarantin 14 hari ini akan dilanjutkan selama 7 hari lagi (menjadikan jumlah kuarantin 21 hari) sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko yang telah dijalankan pada hari ke-14. Kuarantin tambahan ini akan dilaksanakan di stesen kuarantin yang sama.

6.5.2. Semua implikasi kos Ujian Saringan COVID-19 semasa urusan kemasukan ke Malaysia dan sehingga tamat tempoh kuarantin perlu ditanggung oleh pelajar.

6.5.3. Pelajar perlu membuat penilaian kendiri setiap hari melalui Home Assessment Tool dalam aplikasi MySejahtera selama tempoh kuarantin dari tarikh ketibaan.

6.5.4. Pelajar antarabangsa perlu mengisi borang kebenaran hadir ke kampus melalui Sistem ETIKA (http://etika.unimap.edu.my) semasa dalam tempoh berada di pusat kuarantin.

6.5.5. Borang permohonan akan disemak oleh pihak Fakulti dan diluluskan oleh pihak Perumahan Pelajar.

6.5.6. Pelajar antarabangsa perlu hadir ke kampus selepas tamat kuarantin dan mengikut ketetapan tarikh seperti yang telah dinyatakan di dalam surat kebenaran.

(8)

DOKUMEN KOD TARIKH SEMAKAN Manual Pengurusan Krisis COVID-19 C19-2-2 22 SEP 2021 2

SKOP HALAMAN DARIPADA

Prosedur Kebenaran Pelajar Kembali Ke Kampus Secara Fizikal

6 6

6.6. Semasa pergerakan ke kampus

6.6.1. Pelajar antarabangsa yang telah tamat tempoh kuarantin akan bergerak dari Pusat Kuarantin ke kampus menggunakan kenderaan universiti.

6.6.2. Pelajar antarabangsa perlu mengimbas QR-Code ETIKA yang telah disediakan sebelum menaiki kenderaan universiti.

6.7. Setelah tiba di kampus

6.7.1. Pelajar antarabangsa perlu membuat pendaftaran di Pusat Perumahan masing-masing, mengambil kunci dan kad biru sebelum masuk ke Kolej Kediaman.

Referensi

Dokumen terkait

Melalui Rapat Koordinasi dan Pengembangan Program dan Anggaran Institut Seni Indonesia Denpasar dapat menghasilkan Perjanjian Kinerja (PK) di lingkungan Institut

(2) Terdapat perbedaan hasil belajar (kognitif, afektif, dan psikomotorik) antara siswa dengan penerapan model pembelajaran Hibrid tipe TC-RW lebih baik daripada

Adanya dominasi siswa yang berusia 7 sampai 12 tahun di sekolah musik Cimahi Drum Lab dan kemampuan untuk melakukan refleksi secara verbal khususnya dalam proses

Pelajar yang gagal Saringan Risiko COVID-19 atau positif Ujian Nasal COVID- 19 akan menjalani isolasi di dalam kampus dan akan dibawa oleh kenderaan Universiti ke

Pelajar yang gagal Saringan Risiko COVID-19 atau positif Ujian Nasal COVID- 19 akan menjalani isolasi di dalam kampus dan akan dibawa oleh kenderaan Universiti ke

• Pergerakan pelajar ke dalam kampus dibenarkan bagi pelajar yang perlu mengambil peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta yang memerlukan kerja amali / bengkel.. •

Dokumen bertulis yang diisi oleh kontraktor/ vendor dan perlu disemak oleh pemula dan diluluskan oleh pihak COSHE sebelum dibenarkan masuk dan melakukan sebarang

b) Setiap pelajar yang layak boleh mencetak surat kebenaran memasuki Kampus UTeM yang boleh didapati dalam Sistem SMP pelajar bagi keperluan kebenaran pihak