• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN AKHIR KURSUS (HHHC 9201) KEMAHIRAN KOMUNIKASI OLEH: NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH (A )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN AKHIR KURSUS (HHHC 9201) KEMAHIRAN KOMUNIKASI OLEH: NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH (A )"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN AKHIR KURSUS (HHHC 9201)

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

OLEH:

NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH

(A 144479)

(2)

LAPORAN KEMAHIRAN INSANIAH:

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PROGRAM

:MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS). KELAB SRIKANDI

NO KELULUSAN JPPEL DN 00285/2014

MISS adalah satu program anjuran Kelab Srikandi dengan kerjasama:

,Breast Welfare Association Malaysia Majlis Eksekutif Pelajar Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)

Kelab Kesenian Islam Kelab Musikal Kelab Kebudayaan

PERANAN:

Diberi tugas sebagai EXCO Tugas-Tugas Khas (TTK) bagi Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS) anjuran Kelab Srikandi UKM.

(3)

PENGENALAN

Saya Nur Fatihah Ainun Bt Hamzah (A144479). Pada semester 2 Tahun 1 ini saya telah menyertai program bawah anjuran Kelab Srikandi iaitu MISS atau nama sebenarnya MALAM INSPIRASI SENI SISWI.

Saya menyertai MISS adalah untuk menyelesaikan pembelajaran saya dalam (HHHC 9201) KEMAHIRAN KOMUNIKASI.

Jawatan saya adalah sebagai EXCO TUGAS-TUGAS KHAS II dalam program MISS tersebut.Tugas EXCO TTK adalah bertanggungjawab untuk membuat persiapan bagi Malam Inspirasi Seni Siswi dan pertandingan-pertandingan lain yang dianjurkan oleh Kelab Srikandi. Antaranya ialah menempah bilik-bilik pertandingan dan membuat hiasan bagi mencantikkan tempat-tempat pertandingan dan Malam Inspirasi Seni Sisiwi. EXCO TTK juga membantu exco-exco lain dalam pelbagai tugas bagi membolehkan perjalanan program berjalan dengan lancar seperti contoh pemasaran, teknikal, program dan pertandingan

Program MISS adalah satu program major di bawah kelolaan Kelab Srikandi Kolej Tun Syed Nasir, UKM Jalan Temerloh, Kampus Kuala Lumpur. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswi UKM KL berhibur dan menonjolkan bakat seni yang ada dalam kalangan mereka.

Melalui program MISS juga dapat membantu memantapkan kemahiran komunikasi dan kemahiran kepimpinan mahasiswi UKM Kampus KL dalam mengendalikan program.

Program MISS juga dapat dapat memberi pendedahan kepada mahasiswi yang semuanya merupakan organisasi tertinggi tentang kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selain menerapkan nilai, sikap, estetika dan profesionalisma semasa menguruskan program MISS.

Selain itu, program MISS dapat menghubungkan pelbagai kaum dan mengenali kebudayaan masing-masing serta merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswi Kolej Tun Syed Nasir. Ia juga dilihat dapat menanam semangat perpaduan, saling bekerjasama,bertoleransi, berdisiplin dan semangat kekitaan antara mahasiswi KTSN.

(4)

OBJEKTIF:

Memantapkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan mahasiswi UKM dalam mengendalikan sesuatu program

Menghubungkan pelbagai kaum dan mengenali kebudayaan masing-masing serta merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswi Kolej Tun Syed Nasir.

Menanam semangat perpaduan, saling bekerjasama,bertoleransi, berdisiplin dan semangat kekitaan antara mahasiswi KTSN.

Mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan mahasiswi KTSN, UKM Kampus KL.

Untuk memenuhi lapan (8) aspek hasil pembelajran yang telah digariskan untuk semua mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Memberi Kesedaran tentang penyakit barah payudara dan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengadakan pameran dan ceramah mengenainya.

Mengumpulkan sumbangan untuk Breast Cancer Welfare Association (BCWA) yang terlibat sebagai satu bentuk bantuan dan sokongan terhadap mereka.

(5)

PERANCANGAN PROGRAM MISS

Program Malam Inspirasi Seni Siswi atau dikenali sebagai MISS merupakan sebuah program major yang dianjurkan oleh Kelab Srikandi Kolej Tun Syed Nasir UKM Kampus Kuala Lumpur. Di bawah program ini terdapat 3 subprogram iaitu 1) Pertandingan Nasyid & Pertandingan Tilawah Al-Quran 2) Pertandingan Nyayian dan 3) Pertandingan Memasak.

Kesemua aktiviti ini disertai oleh mahasiswi sahaja. Tujuan program ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswi menonjolkan bakat yang ada dalam diri mereka.

Tarikh dan Masa

Program ini dicadangkan pada tarikh : 19 April 2014 (bagi Pertandingan Nasyid &

Pertandingan Tilawah Al-Quran), 26 April 2014 (bagi Pertandingan Nyayian), 11 Mei 2014 (bagi Pertandingan Memasak) dan 16 Mei 2014 bagi Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS).

Tempat

Tempat yang dijalankan: Surau G, Kolej Tun Syed Nasir, Bilik Meting Blok 6, Kolej Tun Syed Nasir, Sekitar Kolej Tun Syed Nasir dan Dewan Kuliah 4, UKM Kampus Kuala Lumpur.

Sebelum hari subprogram dan MISS dijalankan

Sebelum hari sebenar program MISS berlaku dan sepanjang subprogram berlangsung sebanyak 9 kali mesyuarat telah diadakan bertempat di Bilik Oren dan Surau G KTSN. Mesyuarat ini diadakan bagi menyelesai beberapa masalah dan memantapkan lagi program MISS tersebut dan memantau subprogram-subprogram yang dijalankan.

Selain daripada mesyuarat utama dalam kalangan majlis tertinngi ini diadakan, beberapa mesyuarat kecil juga diadakan mengikut seketeriat masing-masing bagi mencari jalan penyelesaian . Contohnya sebagai EXCO TTK II, saya telah mengadakan perjumpaan bersama rakan EXCO I iaitu Tuan Aaina Mardhiah Bt Tuan Azmi dan Ahli Jawatankuasa TTK i) Nur Fashiha Bt Azman ii) Norfatin Zalikha Bt Rustam bagi mennyelesaikan tugasan dan berbincang untuk penambahbaikan gerak kerja kami.

(6)

Semasa hari sebenar subprogram dan MISS dijalankan 1) Sabtu (19 April 2014)

 Tempat: Surau G, KTSN.

 Waktu: 8.15 malam hingga 11.15 malam

 Pertandingan: Pertandingan Nasyid dan Tilawan Al Quran

 Peserta: 3 kumpulan untuk pertandingan Nasyid dan 5 untuk pertandingan tilawah

2) Sabtu (26 Mei 2014)

 Tempat: Bilik Meting Blok 6, KTSN

 Waktu: 8.00 malam hingga 10.30 malam

 Pertandingan: Pertandingan Nyayian

 Peserta: Solo ( 4) Duet (3) 3) Ahad (11 Mei 2014)

Tempat: Depan Kshop, KTSN Waktu: 8.00 pagi hinnga 11 pagi Pertandingan: Pertandinga Memasak Peserta: 4 Kumpulan

4) Jumaat ( 16 Mei 2014)

Tempat: Dewan Kuliah 4, UKM Kampus KL Waktu: 8.20 malam hingga 11.30 malam Program: Malam Inspirasi Seni Siswi

Perasmi: PN. Nina Atiqah Bt Mat Supri ( FELO Pemantau Kelab Srikandi)

Aktiviti: Majlis Perasmian & Penutup, Penyampaian hadiah dan sijil bagi pemenang setiap subprogram & saguhati dan sijil bagi peserta.

(7)

PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MELALUI MISS

MISS menekankan tentang komunikasi yang bukan sahaja melibatkan antara organisasi malah menitikberatkan komunikasi dengan staf pentadbiran Kolej Tun Syed Nasir dan juga pentadbiran UKM Kampus Kuala Lumpur

Program MISS ini juga dapat memberi pendedahan kepada saya tentang kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat serta menerapkan nilai, sikap, estetika dan profesionalisma semasa menguruskan program MISS , selain menekankan kemahiran komunikasi.

Komunikasi yang baik dicapai terutama sekali apabila, pengarah program memberi tugas kepada saya dan ahli kumpulan saya untuk diselesaikan. Komunikasi yang baik antara saya, EXCO I dan pengarah dapat membantu kami menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik. Apabila terdapat sedikit kekeliruan dalam tugasan saya, saya bertanya dan berbincang dengan pengarah program agar kekeliruan tersebut dapat di atasi. Saya, EXCO 1 dan AJK kami iaitu sekteriat TTK perlu mimikirkan apakah dan bagaimana kami perlu lakukan bagi menyelesaikan tugas yang diberikan. Dan pada masa yang sama juga, saya pelu mengerah buah fikiran saya untuk mencari idea-idea yang bernas bagi menyelesaikan tugasan tersebut.Sebagai contoh, kami perlu mencari idea untuk membuat hiasan pentas ‘backdrop’

bagi setiap subprogram dan program MISS.

Seterusnya , kemahiran komunikasi dapat dicapai melalui pendekatan yang kami ambil iaitu dengan cara membuat pembincangan bersama ahli kumpulan yang bagi mencari serta membincangkan yang mana satu idea yang patut dipilih sebelum membentangkannya ke minit mesyuarat utama. Idea-idea tersebut datangya daripada hasil sumbangsaran bersama ahli kumpulan saya. Komunikasi yang baik antara kami sebagai EXCO dan AJK membolehkan kami membuat pengagihan gerak kerja dalam kalangan kami. Hal ini membolehkan kerja yang ditugaskan dapat disiapkan dengan cepat sebelum program bermula.

Di samping itu, melalui program MISS juga memberi peluang kepada saya untuk berkomunikasi dengan EXCO lain bahagian pentadbiran Kolej Tun Syed Nasir dan bahagian pentadbiran UKM Kampus Kuala Lumpur. Sebagai contoh, EXCO Teknikal meminta bantuan kami untuk menempah Bilik Oren untuk perjumpaan bersama organisasi disebabkan jadual yang padat, EXCO Teknikal tidak dapat berbuat demikian. Melalui situasi ini, saya

(8)

dapat mengetahui cara untuk menempah bilik tersebut dan seterusnya membantu saya untuk berkomunikasi dengan staf pentadbiran. Jika sebelum ini saya agak takut untuk berurusan, tapi sepanjang melibatkan diri dalam program ini, perasaan takut dan gementar untuk berkomunikasi dengan bahagian pentadbiran dapat diatasi. Hal ini sedikit sebanyak memantapkan kemahiran komunikasi saya kea rah yang lebih baik. Sepanjang program ini berlangsung, interaksi antara EXCO lain juga penting dalam menjayakan MISS ini.

Komunikasi yang baik antara EXCO dan organisasi dalam menyampai maklumat memudahakn kami untuk mengetahui gerak kerja terbaru dan tarikh perjumpaan bersama organisasi teringgi.

Selain itu juga, komunikasi yang baik antara kami yang merupaka secretariat TTK membolehkan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan baik. Walaupun semua secretariat TTK berbeza jurusan dan tahun pengajian, namun komunikasi yang baik dan sikap kerjasama yang ada antara kami membolehkan pelaksanaan setiap tugasan dengan baik. Kami juga berbincang bersam-sama dan sekiranya terdapat kekeliruan kami akan mengatasinya bersama. Sebagai EXCO, adalah penting bagi saya untuk menyampaikan maklumat yang diberikan oleh pengarah program kepada ahli-ahli jawatankuasa yang lain agar segala kekeliruan dan ketidakjelasan dalam skop kerja dapat diatasi. Kami bukan sahaja beerkomunikasi melalui perjumpaan yang formal, tetapi kami turut menggunakan teknologi yang ada untuk berkomunikasi sebagai contoh melalui pesanan ringkas, facebook, whatsapp dan group FB MISS yang ditubuhkan oleh organisasi kami. Medium yang digunakan ini sedikit sebanyak membantu kami untk mengemaskini gerak kerja kami walaupun tidak berjumpa secara formal disebabkan oleh kekangan masa yang dihadapi oleh kami.

Selain itu, kemahiran komunikasi ini juga dapat dicapai melalui perbincangan dalam mesyuarat utama bersama ketua pengarah MISS dengan sekteriat-sekteriat MISS yang lain.

Pada masa tersebut semua idea yang telah saya bincangkan bersama ahli kumpulan kecil, dibawa dan dibentangkan kepada ketua pengarah dan organisasi yang lain Dan pada masa ini juga semua idea-idea itu diberi kata dua sama ada dipersetujui atau tidak dipersetujui untuk dijalakukan pada hari sebenar MISS dijalankan.Jika idea tadi dipersetujui, maka pendekatan seterusya akan dilakukan.

(9)

REFLEKSI

Saya berharap program MISS ini dapat dijalankan lagi diberi penambahbaikan pada masa akan datnag Saya juga berharap program MISS ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada saya tetapi kepada semua pelajar Kolej Tun Syed Nasir

Walaubagaimanapun program MISS ini telah membantu memantapkan kemahiran komunikasi saya serta memberi peluang kepada saya untuk berorganisasi . Hal ini dapat dicapai apabila saya perlu berinteraksi dengan staf pentadbiran KTSN dan UKM. Hal ini membantu saya lebih berani berkomunikasi dengan pihak atasan. Selain itu juga, ia memberi peluang kepada saya untuk bekerja bersama dan berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berlainan jurusan dan tahun pengajian.

Selain itu saya juga perlu berbincang dengan sekretariat yang lain untukpenambahbaikan geark kerja saya, hal ini secara tidak lansung membantu dalam meningkatkan kemahiran komunikasi sya apabila berorganisasi. Situasi ini juga membantu saya lebih berani tampil kehadapan serta memantapkan lagi kemahiran komunikasi saya, seterusnya memberi persediaan saya apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Akhir sekali, saya sangat berpuas hati menyertai program MISS , kerana banyak kemahiran yang saya belajar . Malah banyak manfaat yang telah saya perolehi melalui program ini dan ia membantu saya untuk lebih maju kehadapan.

(10)

PEMBUKTIAN

LAPORAN SEKRETARIAT

PROGRAM MALAM INSPIRASI SENI SISWI KOLEJ TUN SYED NASIR

EXCO I : TUAN AAINA MARDHIAH BT TUAN AZMI ( A 144460) EXCO II : NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH (A144479)

AJK : i) NUR FASHIHA BT AZMAN (A140944)

ii) NORFATIN ZALIKHA BT RUSTAM (A140844) GERAK KERJA

BIL TARIKH GERAK KERJA TINDAKAN

1. 26 FEBRUARI 2014 ( 8.00 malam -9.00 malam)

Perjumpaan pertama kali antara exco, berbincang gerak kerja untuk program dan mencari AJK.

Mencari AJK. 2 orang senior Tahun 2 FSK.

2. 16 MAC 2014 (8.30 malam- 9.30 malam)

Perjumpaan antara Exco TTK dan AJK TTK.

Mengagihkan gerak kerja yang perlu dibuat antara exco dan ajk.

3 25 MAC 2014 (9.00- 10.45 malam)

Perjumpaan antara EXCO dan MT

Ditugaskan menyiapkan replik cek.

(11)

4. 14 APRIL 2014 (9.00 malam -11.00 malam)

Perjumpaan EXCO dan MT Persediaan untuk MISS

5 17 APRIL 2014 (9.15 malam- 10.50 malam)

Menyiapkan hiasan pentas untuk Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid di Surau G.

Exco dan ajk menggunting, menampal huruf-huruf untuk hiasan pentas sebelum pertandingan bermula.

6 25 APRIL 2014 (9.00 malam-10.50 malam)

Menyiapkan hiasan pentas untuk Pertandingan Nyanyian di Bilik MTG Blok 6.

Exco dan ajk menggunting, menampal huruf-huruf untuk hiasan pentas sebelum pertandingan bermula.

7 8 MEI 2014

(9.00 malam-11.00 malam)

Menyiapkan replika cek untuk Breast Cancer Welfare Association

Melihat contoh-contoh replika cek untuk mencari idea.

8 10 MEI 2014 (5.30 ptg- 6.30 ptg)

Berbincang persediaan untuk Malam Insporasi Seni Siswi (MISS). Pengagihan tugas- tugas antara AJK dan EXCO.

EXCO mengunting huruf dan membeli barang berkaitan. AJK mereka design cek dan membeli barang berkaitan.

9 15 MEI 2014(9.00 malam hingga 11.00 malam)

- Exco menyiapkan hiasan pentas untuk Malam Inspirasi Seni Siswi

- Ajk menyiapkan replika cek

-Exco dan ajk menggunting, menampal huruf-huruf untuk hiasan pentas sebelum majlis bermula.

(12)

KELEMAHAN

1. Hiasan pentas tidak begitu kreatif disebabkan kekurangan idea dari exco dan ajk.

2. Kekangan masa untuk menyiapkan hiasan pentas dengan lebih menarik.

3. Tugasan tidak dapat dilakukan sepenuhnya dan dibantu oleh exco dan ajk lain kerana hal yang tidak dapat dielakkan.

KEKUATAN

1. Komunikasi yang baik antara exco dan ajk dalam menjalankan tugas.

2. Kerjasama yang baik daripada exco dan ajk semasa menyiapkan tugasan.

3. Tugasan dapat disiapkan sebelum program bermula.

CADANGAN

1. Memulakan kerja dengan lebih awal agar dapat hasil yang lebih baik.

2. Tugas yang diberikan hendaklah dilakukan dengan baik.

3. Mengguna pakai media massa sebagai panduan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Disediakan oleh,

TUAN AAINA MARDHIAH BT TUAN AZMI EXCO TTK 1

NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH EXCO TTK II

sumbangan kepada Breast Cancer Welfare Association.

- Ajk mencetak replika cek untuk ditampal di “board”

sebagai replika cek sumbangan.

(13)

SENARAI NAMA KEHADIRAN MESYUARAT

TARIKH NAMA FAKUL

TI/TAH UN

NO MATRIK

JAWATAN

26 FEBRUA RI 2014

TUAN AAINA MARDHIAH BT TUAN AZMI

NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH

FSK/1 FSK/1

A144460 A144479

EXCO TTK 1

EXCO TTK 2

16 MAC 2014

TUAN AAINA MARDHIAH BT TUAN AZMI

NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH

NUR FASHIHA BT AZMAN NORFATIN ZALIKHA BT RUSTAM

FSK/1 FSK/1 FSK/2 FSK/2

A144460 A144479 A140944 A140844

EXCO TTK 1

EXCO TTK 2

AJK AJK 25 MAC

2014

TUAN AAINA MARDHIAH BT TUAN AZMI

NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH

FSK/1 FSK/1

A144460 A144479

EXCO TTK 1

EXCO TTK 2

14 APRIL 2014

TUAN AAINA MARDHIAH BT TUAN AZMI

NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH

FSK/1 FSK/1

A144460 A144479

EXCO TTK 1

EXCO TTK 2

17 APRIL 2014

TUAN AAINA MARDHIAH BT TUAN AZMI

NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH

NUR FASHIHA BT AZMAN NORFATIN ZALIKHA BT RUSTAM

FSK/1 FSK/1 FSK/2 FSK/2

A144460 A144479 A140944 A140844

EXCO TTK 1

EXCO TTK 2

AJK AJK

25 APRIL 2014

TUAN AAINA MARDHIAH BT TUAN AZMI

NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH

NUR FASHIHA BT AZMAN NORFATIN ZALIKHA BT RUSTAM

FSK/1 FSK/1 FSK/2 FSK/2

A144460 A144479 A140944 A140844

EXCO TTK 1

EXCO TTK 2

AJK AJK

8 MEI 2014

TUAN AAINA MARDHIAH BT TUAN AZMI

NUR FATIHAH AINUN BT

FSK/1 FSK/1

A144460 A144479

EXCO TTK 1

(14)

HAMZAH EXCO TTK 2

10 MEI 2014

TUAN AAINA MARDHIAH BT TUAN AZMI

NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH

NUR FASHIHA BT AZMAN NORFATIN ZALIKHA BT RUSTAM

FSK/1 FSK/1 FSK/2 FSK/2

A144460 A144479 A140944 A140844

EXCO TTK 1

EXCO TTK 2

AJK AJK 15 MEI

2014

TUAN AAINA MARDHIAH BT TUAN AZMI

NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH

NUR FASHIHA BT AZMAN NORFATIN ZALIKHA BT RUSTAM

FSK/1 FSK/1 FSK/2 FSK/2

A144460 A144479 A140944 A140844

EXCO TTK 1

EXCO TTK 2

AJK AJK

(15)

KESIMPULAN MINIT MESYUARAT

TARIKH TUJUAN MASA TEMPAT PERKARA YANG DI

BINCANGKAN (POINT FORM)

26 FEBRUARI 2014

Perjumpaan pertama kali antara Exco I dan Exco II

8.30 malam Tepi DSG  Bincang gerak kerja

 Mencari AJK 16 MAC 2014 Perjumpaan antara

Exco TTK dan AJK TTK.

8.30 malam Bilik  Agihkan tugas

 Bincang idea untuk program 25 MAC 2014 Perjumpaan EXCO

dan MT lain

9.00 malam- 10.45 malam

Surau G  Ditugaskan siapkan replica cek.

14 APRIL 2014 Perjumpaan EXCO dan MT

9.00-11.00 malam

Surau G  Persediaan MISS 17 APRIL 2014 Perjumpaan AJK dan

EXCO

9.30 -

11.00malam

Bilik  Sipakan huruf dan hiasan untuk backdrop

pertandingan 25 APRIL 2014 Perjumpaan EXCO,

AJK dan MT lain.

5.30

petang-6.30 petang

Bilik Meting Blok 6

 Persiapan untuk pertandingan 8 MEI 2014 Perjumpaan EXCO

dan MT lain

9.00 malam- 11.00 malam

Surau G  Siapkan replica cek.

10 MEI 2014 Perjumpaan AJK dan EXCO

8.30 malam- 10.30 malam

Bilik  Bincang

persediaan untuk MISS

 AJK buat replika cek

 EXCO siapkan huruf dan beli barang berkaitan

15 MEI 2014 Persediaan untuk malam MISS

9.00 malam- 11.00 malam

SURAU G  AJK siapkan replica cek untuk Breast Cancer Welfare Associatiom

 Tengok huruf untuk backdrop

(16)

SURAT KELULUSAN

(17)

GAMBAR

(18)
(19)
(20)

Referensi

Dokumen terkait

keputusan konsumen, selain itu variabel mediasi dari Sallam yaitu kepercayaan akan digunakan sebagai variabel independen pada penelitian kali ini, karena dirasa WOM

Identitas berbasis klaim adalah cara mengautentikasi pengguna akhir, aplikasi, atau perangkat ke sistem lain dengan cara yang abstrak dari informasi spesifik entitas

UKURAN DIMENSION 21 x 21 x 21 cm VARIAN VARIANT Natural (Brown inner) Black Antique (Beige inner) HARGA PRICE Rp400.000 Kyla.. Notice this

Pada periode setelah MJO aktif, terlihat pola yang serupa dengan gambar 3, kali ini dalam komponen meridional, di mana pada sisi utara lokasi radar hujan cenderung

Manusia adalah termasuk makhluq yang berkembang, dalam perkembangan bentuknya mungkin banyak kesamaan dengan makhluq lain, seperti dimulai kecil,lalu tumbuh jadi

Menurut Ilyas (2004, dalam Muslimah, 2015) mengatakan waktu produktif perawat adalah kurang lebih 80% jika lebih maka beban kerja perawat dikatakan tinggi atau tidak

Dengan melihat hasil capaian ini, maka hipotesis penelitian tindakan kelas yang menyatakan : “Jika guru menggunakan Token ekonomi maka dapat meningkatkan keberanian

panjang cangkang dan berat total di perairan Desa Rap Rap, di kolam BBAT Tatelu yang hanya memiliki keseragaman ukuran pada interval 7-9,99 cm yang dapat dilihat pada Gambar 2,