• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN EASY BOARD MEMBANTU MENINGKAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGGUNAAN EASY BOARD MEMBANTU MENINGKAT"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN „EASY BOARD‟ MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT

DAN KEMAHIRAN MENGHASILKAN KRAF TRADISIONAL

ANYAMAN KERTAS BAGI MURID TAHUN TIGA DI

SEKOLAH KEBANGSAAN KEBOR AYER,

KUALA TERENGGANU

Oleh:

Fatin „Izzati binti Hussin Pakri, Rosnah binti Mustaffa Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran Dunia Seni Visual semasa praktikum, pengkaji mendapati bahawa murid mengalami kesukaran dan kekeliruan semasa menyelit dan menarik kertas warna pada bahagian bawah bingkai anyaman apabila melibatkan proses selang dua dan tiga pada bingkai anyaman bagi menghasilkan kelarai. Kajian tindakan ini menggunakan alat sebagai satu material pemudahcara yang dikenali sebagai alat „Easy Board‟. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menganyam murid dalam menghasilkan kraf tradisional anyaman yang melibatkan tiga orang peserta kajian daripada murid Tahun 3 Firdaus Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, Kuala Terengganu. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang dipilih berdasarkan keputusan ujian pra dan ciri-ciri unik murid. Pengumpulan data dilaksanakan menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual, ujian pra dan ujian pos serta analisis dokumen untuk menilai kemampuan murid dalam meningkatkan minat dan kemahiran mereka dalam penghasilan anyaman kertas. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Kajian dijalankan berkehendakkan pengkaji membaiki mutu amalan pengajaran bagi membantu tiga orang peserta kajian yang telah dikenalpasti. Pengkaji membina satu alat sebagai intervensi baru yang dinamakan „Easy Board‟. Dapatan kajian menunjukkan intervensi yang digunakan berjaya membantu semua peserta kajian menguasai kemahiran membuat a nyaman dengan baik dan menunjukkan peningkatan dalam meminati kraf tradisional anyaman kertas. Kajian tindakan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada guru-guru dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Dunia Seni Visual.

Kata kunci: Easy Board, kemahiran, meningkatkan, kraf, anyaman

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(2)

Dunia Seni Visual kepada murid-murid Tahun 3 Naim dan Tahun 3 Firdaus semasa menjalani Praktikum Fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, Kuala Terengganu, Terengganu. Sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini berfokuskan kepada bidang Mengenal Kraf Tradisional. Murid-murid Tahun 3 Naim dan Tahun 3 Firdaus masing-masing terdiri daripada 19 orang murid dan 16 orang murid. Tahun 3 Naim dikategorikan sebagai murid-murid cemerlang dari segi akademiknya manakala Tahun 3 Firdaus pula boleh dikategorikan dalam kalangan murid tahap lemah. Hal ini demikian kerana hanya terdapat hanya dua kelas Tahun 3 di sekolah tersebut. Pengkaji memfokuskan kajian pada murid-murid Tahun 3 Firdaus memandangkan mereka terdiri daripada murid tahap lemah dan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mereka tidak mampu mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan.

Terdapat beberapa orang murid yang kurang minat dengan aktiviti yang dijalankan manakala ada juga yang tidak mampu membuat anyaman dengan memasukkan kertas warna pada bingkai anyaman. Akibat kesukaran yang dihadapi, murid yang kurang mencapai standard sering berkata “kita dok panda cikgu” meskipun penerangan yang jelas telah diberikan. Kebanyakan mereka tetap mencuba membuat anyaman dengan memasukkan kertas warna pada bingkai anyaman berdasarkan contoh kelarai yang diberikan tetapi hasilnya gagal ditambah pula dengan aktiviti anyaman yang dianggap sebagai aktiviti yang membosankan dan menjemukan. Hasilnya, anyaman yang dibuat hanya sekadar separa siap dan ada juga yang meminta masa tambahan kerana tidak mampu menyiapkan anyaman tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Foto 1 : Murid berasa bosan dan tidak mahu mencuba membuat anyaman semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran

Foto 2 : Pengkaji perlu sentiasa membimbing dan memberi penerangan satu persatu secara

berulang-ulang semasa murid membuat hasil karya anyaman

Foto 3 : Murid kelihatan keliru dan mengambil tempoh masa yang lama menghasilkan anyaman

Masalah yang dialami oleh murid-murid tersebut ialah masih belum mampu membuat anyaman dengan memasukkan kertas warna pada bingkai anyaman. Hal ini demikian kerana berlaku kesukaran untuk menyelit kertas warna pada bahagian bawah bingkai anyaman tambahan pula anyaman yang dihasilkan memerlukan mereka merujuk kepada kelarai yang diberikan. Jika sebelum ini mereka hanya menghasilkan anyaman mudah dengan berpandukan anyaman biasa atau dikenali sebagai anyaman ghadas (anyaman tanpa kelarai) namun kini mereka perlu beralih untuk menguasai kemahiran membuat anyaman kelarai siku keluang yang kelihatan sedikit sukar berbanding anyaman biasa jika tidak dikuasai dengan baik. Selain itu, mereka melihat anyaman sebagai jalinan yang membosankan pada garis-garis lurus sahaja. Dengan adanya masalah tersebut, mereka tidak dapat menghasilkan anyaman dan mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.

(3)

Foto 4 dan Foto 5 :

Murid berasa kecewa apabila tidak berjaya menghasilkan karya dengan baik

Foto 6 : Sikap murid yang suka bermain-main semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran

Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila murid-murid cuba membuat anyaman dengan memasukkan kertas warna pada bingkai anyaman namun tidak berjaya. Anyaman yang dihasilkan daripada kertas ini kelihatan bengkok dan tidak kemas. Apabila tiba masa untuk membuat anyaman dengan memasukkan kertas warna pada bingkai anyaman itu, ada juga yang mengoyakkan bingkai kertas kerana sukar memasukkan kertas warna pada garis-garis lurus yang telah dipotong menyebabkan ianya kelihatan tidak kemas dan sempurna.

Rajah 1 : Hasil karya anyaman murid yang tidak kemas dan kelarai tidak tepat

Jika dikaji semula, murid-murid telah didedahkan dengan mata pelajaran Dunia Seni Visual sejak Tahun 1 lagi malahan aktiviti seni itu sendiri telah diajar semenjak murid-murid menjejakkan kaki di tadika mahupun prasekolah lagi. Masalah ini seharusnya tidak berlaku seandainya mereka menguasai kemahiran membuat anyaman mudah dengan memasukkan kertas warna pada bingkai anyaman. Hal ini demikian kerana sekiranya murid-murid ini telah melalui persekolahan Tahun 1 dan Tahun 2, mereka seharusnya telah menguasai kemahiran membuat anyaman dengan mudah kerana kemahiran ini akan digunakan pada tahap yang lebih tinggi bagi menghasilkan anyaman berdasarkan kelarai yang lebih sukar.

(4)

Bagi mengatasi masalah di atas, pengkaji telah menjalankan suatu kajian tindakan bagi membantu murid menguasai kemahiran menganyam dalam menghasilkan kraf tradisional anyaman.

SOROTAN LITERATUR

Merujuk Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahap 1, dokumen ini disediakan bagi memberi peluang kepada murid memupuk daya imaginasi melalui seni visual berasaskan budaya setempat dan persekitaran. Dokumen ini digubal untuk mewujudkan pembelajaran yang dapat mencetuskan kreativiti dan keseronokan melalui aktiviti dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional bersesuaian dengan kecenderungan mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menjurus kepada fokus pengkaji dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional, Peter Dormer (1997) menyatakan kraf tangan dikaitkan dengan aktiviti kreativiti berkemahiran yang berkait dengan proses membuat dekorasi atau membuat sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Kraf tangan merujuk kepada penciptaan sesuatu objek yang asli melalui kebolehan artis melakukan perubahan terhadap bahan dan sejarah kewujudan kraf tangan dikenal pasti kerana keperluannya dalam kehidupan. Pengertian ini ada kaitannya dengan pendapat Edward Lucie-Smith (1981) yang menyatakan bahawa semua proses pembuatan menggunakan tangan sama ada untuk tujuan ritual atau tujuan hiasan semata-mata adalah objek kraf tangan. Menurut Rose Slivka (1968) pula, kraf didefinisikan sebagai suatu tindakan pengubahsuaian bahan menurut kehendak pandai tukang yang dapat mengekalkan realiti kehendak manusia. Alam sebenar kewujudan objek menjadi sebagai seni dan mempunyai fungsinya. Melalui sejarahnya yang panjang, kraf telah menjadi objek yang mempunyai nilai dan kerangka terhadap tujuan manusia membuat dan menggunakannya.

Dalam penyelidikan tindakan ini, anyaman menjadi fokus utama dan ianya dilihat sebagai seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Pernyataan ini disokong oleh Marzita Puteh, Sadiah Baharom dan Jamilah Omar (2007) yang menjelaskan bahawa anyaman adalah kesenian yang bersifat lahiriah, mempunyai makna yang dalam dan kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan pancaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara seimbang sebagai simbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat berhubung dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan, corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Seni kraftangan dilihat sebagai satu hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

(5)

daripada proses menganyam. Anyaman yang tidak mempunyai kelarai dipanggil anyaman „ghadas‟ atau anyaman biasa. Anyaman kelarai biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. Dua jenis warna kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan „corak‟.

Justeru, dalam penyelidikan tindakan ini pengkaji menekankan penguasaan kemahiran dalam membuat anyaman yang melalui beberapa langkah dalam penghasilannya. Penghasilan anyaman kelarai ini adalah berpandukan contoh kelarai sedia ada namun dibantu dengan penciptaan alat yang memudahkan penghasilan kelarai dalam anyaman tersebut. Pernyataan ini disokong oleh Marzita Puteh, Sadiah Baharom dan Jamilah Omar (2007) yang mana masyarakat Melayu dahulu tidak didedahkan kepada sebarang teknologi moden dalam menghasilkan produk mereka. Pengetahuan mereka adalah berasaskan apa yang diturunkan oleh nenek moyang mereka selain dari penerokaan melalui „trial and error‟ dan pengalaman konkrit yang dilalui. Latihan tidak formal ini telah memungkinkan mereka merekacipta dan membentuk produk yang bukan hanya sesuai untuk kegunaan harian mereka malah merupakan penciptaan yang kreatif dan penuh daya estetika. Di sebalik kreativiti dan nilai estetika yang terpancar pada sesuatu produk hasil anyaman, tidak dinafikan bahawa ia terhasil dari pemikiran penggubahnya dan proses-proses tertentu yang perlu dilalui untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Produk anyaman yang terhasil sudah cukup membuktikan bahawa masyarakat melayu mempunyai daya pemikiran yang bukan hanya mampu mengenalpasti bahan dan proses malah menjalankan perkiraan mental (mental arithmetic) secara tepat dan terperinci dan menaakul secara saintifik di dalam penghasilan produk.

Oleh itu seiring dengan kemajuan pesat dan teknologi terkini yang semakin canggih, pengkaji melihat generasi baru khasnya murid-murid pada zaman global ini seharusnya menyedari kepentingan seni warisan yang unik ini kerana ianya wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan bersama. Memetik kata-kata AD Pirous (2001) yang ditulis oleh Ahamad Tarmizi Azizan dan Zoolcaphly Sahib (2009) iaitu:

“...seni tradisional dianggap seni lapuk dan hanya layak dimasukkan ke dalam muzium. Generasi baru lebih rakus mempelajari bentuk-bentuk seni baru yang dianggap lebih mantap dan bersandar atas nama „kebebasan‟. Jati diri warisan bangsa kian terhakis.”

(AD Pirous, 2009)

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Dalam merealisasikan penyelidikan tindakan tentang pengajaran dan pembelajaran kraf tradisional ini, pengkaji menjalankan penyelidikan tindakan berkaitan anyaman yang menjadi satu inisiatif memartabatkan kembali kraf tradisional di Malaysia. Pernyataan ini disokong oleh Ahamad Tarmizi Azizan dan Zoolcaphly Sahib (2009) yang mengaitkan guru dan pembaharuan yang mana guru akan bertindak sebagai agen perubahan dan pembaharuan yang membantu pelajar sedar tentang sesuatu. Malahan ianya menerusi pendekatan kontekstual yang menjadi fokus kurikulumnya yang mengkaji sesuatu berdasarkan situasi semasa dan masa depan secara menyeluruh.

TUJUAN KAJIAN

(6)

Objektif

i) Pemahaman murid dapat ditingkatkan berdasarkan pelbagai jenis kelarai melalui penggunaan „Easy Board‟.

ii) Minat murid dapat ditingkatkan dalam menghasilkan kraf tradisional anyaman dengan menggunakan „Easy Board‟.

iii) Kemahiran murid dalam menghasilkan anyaman kertas yang kemas dan sempurna dapat ditingkatkan dengan menggunakan „Easy Board‟.

Persoalan Kajian

i) Adakah penggunaan „Easy Board‟ dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap cara membuat anyaman yang betul berdasarkan pelbagai jenis kelarai?

ii) Bagaimanakah penggunaan „Easy Board‟ dapat meningkatkan minat murid dalam menghasilkan kraf tradisional anyaman kertas?

iii) Bagaimanakah penggunaan „Easy Board‟ dapat membantu meningkatkan kemahiran murid membuat anyaman kertas yang kemas dan sempurna?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan tiga orang murid Tahun 3 Firdaus Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Seramai tiga orang peserta kajian yang dipilih merupakan murid-murid yang belum dapat menghasilkan anyaman dengan betul dan kurang memberikan tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan keputusan ujian pra dan ciri-ciri unik murid. Pengumpulan data dilaksanakan menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual, ujian pra dan ujian pos serta analisis dokumen untuk menilai kemampuan murid dalam meningkatkan minat dan kemahiran mereka dalam penghasilan anyaman kertas. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.

Empat jenis instrumen yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data-data dalam kajian ini. Instrumen yang diguna pakai adalah ujian (ujian pra dan ujian pos), pemerhatian, temu bual dan juga analisis dokumen. Dalam kajian, pengkaji membahagikan kepada dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Dalam kajian ini, pengkaji mengguna pakai ujian pra dan pos dengan menggunakan satu set soalan ujian mudah untuk melihat sejauh mana peningkatan penguasaan peserta kajian dalam kemahiran murid membuat anyaman kertas. Ujian pra dijalankan terlebih dahulu untuk mengetahui tahap penguasaan murid tentang tajuk yang dipelajari. Ujian ini dilaksanakan selama 15 minit dengan melibatkan 3 orang peserta kajian dari Tahun 3 Firdaus. Satu set ujian bertulis diberikan kepada peserta kajian yang terbahagi kepada dua bahagian. Pada bahagian satu, peserta kajian dikehendaki meneliti dan melorekkan petak berdasarkan gambar kelarai asas atau ghadas mengikut turutan. Manakala pada bahagian dua, peserta kajian dikehendaki meneliti dan melorekkan petak berdasarkan gambar kelarai siku keluang mengikut turutan. Setelah murid diberi pendedahan intervensi, ujian pos pula dijalankan ke atas murid-murid. Pengkaji sekali lagi memberikan satu set ujian bertulis kepada peserta kajian selepas sesi intervensi dijalankan tetapi kali ini set ujian bertulis tersebut telah diubah dari segi warna gambar kelarai yang ditunjukkan dalam soalan. Kaedah ujian bagi kedua-dua ujian pra dan pos ini, pengkaji menggunakan yang sama bagi menambahkan kebolehpercayaan data terhadap kajian ini.

(7)

Pemerhatian ini direkodkan pada peringkat sebelum dan selepas sesi intervensi dijalankan. Pengkaji melihat bagaimana aktiviti membuat anyaman menggunakan „Easy Board‟ mampu meningkatkan minat murid-murid terhadap kraf tradisional tersebut.

Pengkaji telah menjalankan temu bual separa berstruktur untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data kajian. Temu bual separa berstruktur ini dijalankan terhadap ketiga-tiga peserta kajian. Pengkaji telah menjalankan temu bual melalui enam soalan kajian. Temu bual ini dijalankan selepas sesi intervensi bagi menyokong hasil dapatan melalui borang soal selidik yang diisi oleh peserta kajian. Prosedur temu bual dilaksanakan secara tidak formal.

Pengkaji disarankan untuk melakukan analisis menerusi dokumen-dokumen bertulis seperti jurnal, fail peribadi murid, hasil karya murid dan borang soal selidik. Dalam konteks penyelidikan tindakan ini, menerusi teknik ini pengkaji akan mendapatkan hasil karya peserta kajian melalui proses pengajaran dan pembelajaran ketika sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Manakala hasil dapatan borang soal selidik pula diperoleh setelah peserta kajian mengisi borang soal selidik sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Pengkaji turut membuat analisis dokumen melalui fail peribadi murid di mana terdapat rekod laporan prestasi ujian bulanan murid dan rekod peribadi murid yang diperoleh daripada guru kelas mereka.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Pengkaji membina bahan bantu belajar untuk membantu meningkatkan kemahiran menganyam murid dalam menghasilkan kraf tradisional anyaman dengan melakukan tindakan intervensi menghasilkan alatan yang dikenali sebagai „Easy Board‟. Pada „Easy Board‟ ini diklipkan bingkai anyaman untuk dimasukkan jalur-jalur kertas berwarna menjadi satu kelarai. Murid juga dibekalkan dengan panduan contoh kelarai yang perlu dihasilkan.

Rajah 2(i) : Elemen inovasi alat intervensi „Easy Board‟

Rajah 2(ii) : Elemen inovasi alat intervensi „Easy Board‟

Rajah 3 : Bahan bantu belajar Kit „Easy Board‟ yang terdiri daipada Templat Anyaman dan

(8)

Berikut merupakan keterangan penuh tentang penggunaan alat „Easy Board‟ :

Langkah 1 : Menggunting jalur kertas berwarna dan bingkai anyaman kertas. Peserta kajian perlu menggunting templat siap garisan jalur-jalur kertas berwarna dan templat bingkai anyaman kertas bersaiz 1cm lebar.

Foto 7 : Menggunting jalur kertas berwarna dan bingkai

anyaman kertas

Langkah 2 : Kepilkan bingkai anyaman pada „Easy Board‟. Apabila semua jalur kertas berwarna dan bingkai anyaman siap digunting, kepilkan bingkai anyaman tersebut di atas permukaan alat „Easy Board‟. Ianya perlu dipasang dengan kemas agar kedudukan bingkai anyaman betul, tepat dan kemas bagi memudahkan proses anyaman. Jika perlu, terbalikkan alat dan samakan kedudukan ruang kosong dengan bingkai anyaman kemudiannya terbalikkan semula alat dan kepilkan bingkai

anyaman. anyaman pada „Easy Board‟Foto 8 : Memasang bingkai

Langkah 3 : Menganyam kertas. Proses memasukkan kertas berwarna pada bingkai anyaman dimulakan dari bahagian kanan atau kiri alat (mengikut keselesaan) dan berpandukan kepada contoh kelarai siku keluang yang disediakan. Masukkan satu persatu kertas warna yang siap dipotong bersaiz 1 cm lebar pada bingkai anyaman. Anyaman mudah dilakukan kerana terdapat ruang kosong pada bahagian tengah „Easy Board‟ yang membolehkan peserta kajian memasukkan tangan bagi menyelit dan menarik kertas warna pada bahagian bawah bingkai anyaman.

Foto 9 : Menganyam kertas berpandukan contoh kelarai

Langkah 4 : Melekatkan anyaman. Setiap baris anyaman yang siap perlu dikemaskan dengan meletakkan gam pada hujung bingkai anyaman. Pastikan semua baris anyaman diletakkan setelah siap menganyam kelarai siku keluang tersebut.

Foto 10 : Melekatkan anyaman pada hujung bingkai anyaman

Langkah 5 : Membuat kemasan. Setelah siap menganyam, buat kemasan dengan menggunting lebihan jalur anyaman yang terdapat pada bingkai anyaman kertas tadi. Pastikan bingkai anyaman telah dialihkan dari alat „Easy Board‟. Anyaman kelarai siku keluang siap untuk dipamerkan.

Foto 11 : Membuat kemasan pada anyaman kelarai siku

(9)

Penggunaan alat „Easy Board‟ ini dijalankan selama dua minggu iaitu minggu ketiga dan keempat. „Easy Board‟ ini memerlukan murid menghasilkan anyaman kertas dengan terbahagi kepada dua sesi. Bahagian pertama, pengajaran dan pembelajaran memfokuskan cara menggunting templat anyaman kertas. Bahagian kedua, murid perlu menghasilkan anyaman kertas berdasarkan contoh kelarai yang diberikan menggunakan alat „Easy Board‟. Jadi, pengajaran dan pembelajaran aktiviti anyaman kelarai siku keluang ini dilakukan selama dua minggu berturut-turut. Dalam penggunaan alat „Easy Board‟, setiap peserta kajian dibekalkan dengan satu alat serta contoh kelarai sebagai panduan untuk menggunakan „Easy Board‟ dengan bimbingan pengkaji. Pada masa ini peserta kajian diminta untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh pengkaji untuk menghasilkan anyaman kertas melalui tunjuk cara.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan seramai tiga orang peserta kajian. Dalam artikel ini, pengkaji telah memilih seorang peserta kajian, iaitu Adila (bukan nama sebenar) bagi memaparkan hasil dapatan kajian yang diperoleh melalui ujian, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Adila merupakan satu-satunya wakil murid perempuan Tahun 3 Firdaus di Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk kraf tradisional anyaman, pengkaji mendapati bahawa Adila keliru untuk menyelit dan menarik jalur anyaman pada bahagian bawah bingkai anyaman kertas. Hal ini terjadi kerana Adila kurang pasti sama ada kaedah dan teknik memasukkan jalur anyaman tersebut betul atau pun tidak berdasarkan contoh kelarai siku keluang yang diberi. Hal ini menyebabkan Adila sering bertanya dan kerap memanggil pengkaji untuk meminta kepastian tentang anyamannya kerana kurang yakin untuk menghasilkan karya anyaman. Seterusnya Adila juga mudah berasa kecewa apabila tidak berjaya menghasilkan anyaman dengan baik setelah mencuba beberapa kali.

Ujian

Adila telah menjalani ujian pra dan pos yang dijalankan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Hasil dapatan markah pencapaian Adila dalam ujian pra dan pos ini direkod dan dianalisis melalui jadual dan graf.Berikut merupakan data yang diperoleh hasil daripada ujian pra dan ujian pos Adila:

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra dan Pos Kemahiran Murid Memahami Jenis-jenis Kelarai Dalam Anyaman (Adila)

Peserta Kajian (PK) Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

PK3: Adila 50.5 100

Jadual 1 menunjukkan tahap penguasaan Adila dalam kemahiran memahami jenis-jenis kelarai dalam anyaman semasa ujian pra dan pos. Data menunjukkan terdapat peningkatan pada tahap pencapaian Adila dalam memahami jenis-jenis kelarai dalam anyaman. Jadual tersebut menunjukkan Adila memperoleh markah 100% dalam ujian pos berbanding hanya 50.5% dalam ujian pra yang sebelumnya. Adila merupakan satu-satunya peserta kajian yang mencapai tahap penguasaan optimum (100%) dalam kemahiran yang diuji. Prestasi ini merupakan satu keputusan yang amat memberangsangkan dan membuktikan peningkatan dalam pemahaman Adila terhadap jenis-jenis kelarai dalam anyaman. Pengkaji mendapati Adila melakukan kesilapan dengan hanya mewarna pada satu baris akhir kelarai anyaman siku keluang pada soalan ujian Bahagian 2 dalam set ujian pra. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan ujian pos di mana Adila dengan mudah mewarna atau melorek petak anyaman kelarai dengan betul pada kedua-dua bahagian soalan ujian pos. Setelah melalui ujian pra dan pos, Adila juga sudah mampu memahami sekaligus mengingati jenis-jenis kelarai yang cuba diperkenalkan kembali oleh pengkaji.

Pemerhatian

(10)

melalukan aktiviti seni yang dijalankan. Menjawab persoalan tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid yang tidak dapat menghasilkan anyaman kertas dengan baik, selepas alat intervensi „Easy Board‟ diperkenalkan dan diterapkan dalam membantu murid membuat anyaman pengkaji mendapati Adila dapat membuat anyaman dalam tempoh 40 minit di mana awal 5 minit dari tempoh masa 45 minit yang diberikan. Pengkaji menganggap alat intervensi ini memudahkan murid membuat anyaman setelah melihat pada peningkatan minat dan tingkah laku Adila dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Skor Minat Adila Sebelum dan Selepas Penggunaan ‘Easy Board’

Bil. Kriteria Skor

Sebelum Selepas 1. Menunjukkan minat terhadap penggunaan alat dan bahan 1 3

2. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan 2 3

3. Keseronokan yang ditunjukkan semasa menggunakan alat dan bahan 1 3

4. Menunjukkan sikap ingin mencuba membuat tugasan 2 3

5. Beri tumpuan terhadap tugasan 2 3

* mengikut skor 3 (sangat minat), 2 (minat) dan 1 (kurang minat).

Skor minat Adila sebelum dan selepas penggunaan alat „Easy Board‟ telah dipaparkan dalam jadual di atas. Jadual 2 menunjukkan perubahan respon Adila sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti membuat anyaman kertas. Kriteria 1 dan 3 mencatatkan skor 1, manakala kriteria 2, 4 dan 5 masing-masing mencatat skor 2 sebelum penggunaan „Easy Board‟ diketengahkan. Selepas intervensi dijalankan, skor berubah kepada skor 3 keseluruhan kriteria yang menunjukkan peningkatan minat dan keseronokan Adila dalam penggunaan „Easy Board‟ semasa menghasilkan karya anyaman kertas. Pemerhatian terhadap perubahan minat Adila sebelum dan selepas intervensi dijalankan turut disokong dengan pemerhatian tingkah laku Adila sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Keputusan Pemerhatian Tingkah Laku Adila Sebelum dan Selepas Penggunaan ‘Easy

Board’

Bil. Item Tingkah Laku Catatan

Sebelum Selepas Ya Tidak Ya Tidak

1. Mendengar dan mematuhi arahan guru / /

2. Membuat tugasan yang diberikan / /

3. Memberikan tumpuan terhadap tugasan yang dilaksanakan / / 4. Membuat tugasan dalam tempoh yang ditetapkan / /

5. Menggunakan alat dan bahan dengan baik / /

* SB – sebelum, SL – selepas

Temu bual

Temu bual yang dijalankan bersama-sama Adila mengambil masa 5 hingga 7 minit. Berdasarkan dua lagi sesi temu bual yang dijalankan oleh pengkaji dengan peserta kajian 1 dan 2, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan „Easy Board‟ amat membantu murid menghasilkan anyaman kertas sekaligus meningkatkan minat dan kemahiran mereka dalam membuat kraf tradisional anyaman kelarai. Begitu juga dengan Adila, jika sebelum ini peserta kajian ini mengalami masalah untuk memahami dan menghasilkan anyaman dengan baik namun kini Adila telah mampu mengatasi masalah tersebut.

(11)

pengkaji meminta penerangan dan kepastian tentang penggunaan alat „Easy Board‟ dalam penghasilan kraf tradisional anyaman daripada Adila. Adila menjawab, “Ehh... Senang..., Mula-mula... err...buh dalang bende petok.., Lepas tu kite sumbak... Pusing..., Emm...tengok dok betul.., Tutup.., Sumbak.., Kertah., Tengok hok nih. Contoh., Gang.” (PK3:024-045). Justeru sesi temu bual yang dijalankan telah membuktikan penggunaan alat intervensi „Easy Board‟ mampu meningkatkan minat dan kemahiran murid menghasilkan anyaman kertas dalam kalangan murid Tahun 3 Firdaus.

Analisis dokumen

Adila telah menghasilkan satu karya anyaman kelarai siku keluang sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Manakala Adila juga telah mengisi satu borang soal selidik yang diberikan oleh pengkaji sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Justeru, kedua-dua hasil dokumen ini diambil oleh pengkaji untuk melakukan analisis dokumen bagi menyokong kajian ini.

Rajah 4 : Hasil Karya Adila Sebelum Dan Selepas Intervensi Digunakan

Berdasarkan hasil karya yang terdapat dalam rajah di atas, dapatlah dirumuskan bahawa Adila telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam menghasilkan anyaman kertas kelarai siku keluang selepas intervensi dijalankan. Pengkaji juga menggunakan dapatan soal selidik untuk menyokong data-data yang diperoleh dalam kajian ini. Peserta kajian ini telah mengisi borang soal selidik yang mempunyai item-item merangkumi minat, kemahiran dan pemahaman murid dalam menghasilkan anyaman kertas sebelum dan selepas menggunakan alat „Easy Board‟.

Perbandingan Tahap Pencapaian

Pengkaji membuat perbandingan tahap pencapaian murid dalam kajian ini melalui tiga kategori iaitu jadual keseluruhan, graf perbandingan dan hasil pencapaian melalui perbandingan hasil karya sebelum dan selepas intervensi. Namun dalam artikel ini hanya dimuatkan graf perbandingan pencapaian. Berdasarkan jadual keseluruhan, berikut merupakan graf perbandingan yang menunjukkan penguasaan kemahiran peserta kajian dalam memahami jenis-jenis kelarai dalam anyaman.

Rajah 5: Perbandingan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Murid Dalam Memahami Jenis-jenis Kelarai Anyaman Dalam Ujian Pra dan Pos

0 50 100 150

Aqil Samad Adila

Ujian Pra (%)

(12)

Intihannya, pengkaji telah dapat membuktikan bahawa alat intervensi „Easy Board‟ yang diperkenalkan telah berjaya membantu murid dalam membuat anyaman kertas kelarai siku keluang dengan tepat, cepat dan mudah. Hal ini bermakna, alat intervensi yang diperkenalkan oleh pengkaji telah dapat meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam menyertai dan melakukan aktiviti-aktiviti seni yang diperkenalkan oleh pengkaji.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengkaji telah berjaya membuktikan keberkesanan alat „Easy Board‟ dalam membantu meningkatkan minat dan kemahiran murid dalam menghasilkan anyaman kertas dalam kalangan murid Tahun 3 Firdaus. Seterusnya, pengkaji berharap alat intervensi ini dapat membantu guru mata pelajaran Dunia Seni Visual sama-sama menggunakan alat intervensi ini semasa pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti ini. Pengkaji juga amat berharap pendidik yang terdapat di seluruh Malaysia dapat mencipta satu kaedah atau alat yang dapat membantu meningkatkan penguasaan murid jika terdapat murid yang bermasalah dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.

Melalui kajian yang dijalankan ini, beberapa kesan dan implikasi telah dapat dikenal pasti. Berdasarkan kajian yang dijalankan, masalah penguasaan kemahiran menganyam dan mengira selang satu, dua dan tiga adalah masalah yang biasa dihadapi oleh murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. Kebanyakan murid lemah dan tercorot biasanya tidak dapat menguasai kemahiran ini walaupun pada dasarnya kemahiran ini amat mudah. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji telah memperkenalkan „Easy Board‟ kepada murid-murid untuk membantu mereka menghasilkan anyaman yang tepat dengan memberi kemudahan mereka memasukkan satu persatu jalur anyaman dengan mudah dan mengurangkan kesukaran menyelit dan menarik jalur anyaman di bawah bingkai anyaman di samping mengikut kelarai siku keluang sama ada selang satu, dua mahupun tiga. Dengan ini, murid-murid mempelajari menggunakan satu alat yang baru yang berbeza berbanding media yang telah digunaan sebelum ini. Melalui alat intervensi ini, pengkaji mendapati penggunaan alat ini lebih mudah dan dapat dikuasai dengan baik oleh murid.

RUJUKAN

Edward Lucie-Smith (1981). The Story of Craft: The Craftsman's Role in Society. Cornell University Press.

KPM (2012). Buku Panduan Guru Dunia Seni Visual Tahun 3 KSSR. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Peter Dormer (1997). The Culture of Craft. Manchester University Press.

Rose Slivka (1968). The Crafts of the Modern World: The Persistent Object.New York: Horizon Press. Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind

Horizons Sdn Bhd.

Ahamad Tarmizi Azizan, Zoolcaphly Sahib (2009). Komputer dan Seni Di Era Globalisasi: Peranan dan Cabaran. Review of Educational Research.

Marzita Puteh, Sadiah Baharom, Jamilah Omar (2007). Pemikiran Saintifik dan Matematik dalam Kraf Anyaman Buluh Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 5. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Referensi

Dokumen terkait