• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tren Kutipan Dan Penerimaan Harta Baitul

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tren Kutipan Dan Penerimaan Harta Baitul"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1 TREN KUTIPAN DAN PENERIMAAN HARTA BAITULMAL: KAJIAN KES DI

SELANGOR

Nor Azureen Ramli, Md. Rozalafri Johori, Nor ‘Adha Abd Hamid, Abdul Hadi Awang, Mohd Daly Daud, Nurkaliza Kalid & Wawarah Saidpudin

zureen@mais.gov.my; rozalafri@kuis.edu.my; noradha@kuis.edu.my; abdulhadi@kuis.edu.my; mohddaly@kuis.edu.my; nurkaliza@kuis.edu.my; wawarah@yahoo.com

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Majlis Agama Islam Selangor

ABSTRAK

Baitulmal merupakan salah satu mekanisma yang ditubuhkan secara rasmi oleh Sayidina Umar Al-Khattab untuk menguruskan harta negara bagi kepentingan ekonomi umat Islam. Namun begitu, di Malaysia fungsi baitulmal ini telah disesuaikan mengikut perlembagaan dan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Oleh itu, kajian ini bercadang untuk mengenal pasti pemahaman masyarakat terhadap fungsi baitulmal dan turut dibincangkan tren penerimaan dan kutipan harta Baitulmal dari tahun 2010-2013 yang memfokuskan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Baitulmal. Kajian ini telah dijalankan di tiga daerah negeri Selangor yang telah dipilih, iaitu Petaling, Hulu Langat dan Gombak serta jumlah keseluruhan responden bagi soal selidik ini seramai 750 orang. Kesimpulan daripada hasil kajian mendapati bahawa responden mempunyai kefahaman yang mendalam berkaitan peranan MAIS sebagai Baitulmal dalam menguruskan harta amanah tersebut dan ia turut disokong dengan tren kutipan dan penerimaan harta Baitulmal MAIS.

Kata Kunci: Baitulmal, MAIS, harta amanah

PENDAHULUAN

Pengurusan kewangan dan ekonomi adalah aspek penting dalam menentukan pembangunan ekonomi dan sosial di sesebuah negara. Dalam tamadun Islam telah dibuktikan bahawa pengurusan ekonomi negara Islam bermula dengan penubuhan Baitulmal sebagai tempat pengurusan kewangan negara. Baitulmal dikenali sebagai Perbendaharaan Negara atau institusi yang mengandungi harta negara yang menjadi hak rakyat (Abdul Monir, 2003). Antara jenis harta yang disimpan adalah seperti zakat, kharaj, usyur, harta khairat dan kebajikan, wakaf dan setara dengannya.

(2)

2 SEJARAH BAITULMAL

Pada awalnya, ketika zaman Rasulullah s.a.w, Baitulmal tidak dilihat sebagai perkara yang penting dan menonjol kerana ketika itu pembangunan ekonomi agak terhad dan sumber pendapatan juga tidak begitu banyak dan untuk menguruskannya agak mudah. Secara ringkasnya Possumah & Ismail (2012) menjelaskan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w tiada tempat yang khusus dan Baginda menjadikan masjid sebagai perbendaharaan negara untuk menyimpan harta negara (Akanbi, 2012) kerana sumber yang terhad dan masalah lebihan harta juga tidak timbul kerana pendapatan yang diperolehi bersamaan dengan jumlah yang dibelanjakan.

Manakala ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz negara Iraq, Iran, Syria dan Mesir telah ditakluki oleh umat Islam (Abdullah Alwi, 2003). Sehubungan dengan itu, pendapatan negara yang diperolehi melalui penaklukan tersebut telah dihantar ke pusat pemerintahan di Madinah dan untuk menguruskan sumber pendapatan tersebut, Khalifah Umar memandang serius terhadap peranan Baitulmal dalam mentadbir sumber kewangan dan menyimpannya di tempat yang selamat. Selain itu, ia juga memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan turut memberi keuntungan kepada negara. Menurut Pheng et al. (2007) Khalifah Umar bin Abdul Aziz menyimpan dana Islam di dalam Baitulmal yang terdiri daripada dua sumber iaitu sumber primer dan sekunder.

Sumber primer, Nor (2013) menjelaskan ianya termasuklah Zakat, Ufti (zakat yang dipungut setiap tahun daripada kafir zimmi yang menetap di bawah naungan Islam), Kharaaj (cukai yang dikenakan ke atas tanah yang dimiliki atau ditakluki dengan cara paksaan, kekerasan atau tanah yang dimiliki dengan cara berdamai) , ‘Usyur Dan Seperlima Daripada Ghanimah (harta ramapasan perang) dan Fai’e (harta milik orang kafir yang dimiliki tanpa melalui peperangan dan tidak menggunakan peralatan perang). Sumber kedua pula adalah berdasarkan kepada hartanah tanpa diketahui pemiliknya, harta orang murtad dan harta pusaka orang yang sudah meninggal dunia tanpa pewaris. Secara keseluruhannya dana zakat semakin bertambah disebabkan hasil perniagaan, dagangan dan pertanian rakyat dan pertambahan rakyat yang memeluk agama Islam.

Sejak itu, Possumah & Ismail (2012) menjelaskan lagi, Baitulmal telah menjadi institusi yang penting dalam negara Islam. Tambahan lagi, Baitulmal turut mengendalikan pelbagai perkara dari harta pengeluaran Zakat (juga cukai), infaq, sedekah untuk membina kemudahan awam seperti jalan raya, jambatan, sewa tentera dan juga sosial atau kepentingan awam yang lain. Selain itu, harta yang diperolehi tersebut digunakan untuk membiayai perbelanjaan negara, pembangunan ekonomi dan sebagainya.

BAITULMAL DI MALAYSIA

(3)

3 Melayu di bawah tanggungjawab sultan negeri manakala urusan negara selebihnya adalah di bawah tanggungjawab kerajaan(Zakariah, 2003). Akibatnya, ia menjadikan skop pentadbiran dan fungsi Baitulmal disempitkan kerana terdapat dua pecahan dalam pentadbiran, iaitu perbendaharaan negara melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan Baitulmal melalui kerajaan negeri (Indera Shahril, 2013).

Menurut Jadual ke Sembilan Perlembagaan, Baitulmal yang juga terletak di bawah struktur kuasa perundangan negeri telah disenaraikan hak kerajaan negeri iaitu termasuk hak penentuan hukum agama yang berkaitan dengan harta seperti zakat, wakaf, Baitulmal dan yang berkaitan dengan hal-ehwal agama. Manakala bagi konteks negeri Selangor, Baitulmal adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor. Ia seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Jadual ke Sembilan Senarai 2 Senarai Negeri:

“Wakaf Islam dan ta’arif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan amanah, khairat dan yayasan amanah yang dijalankan, kesemuanya sekali dalam negeri; adat istiadat melayu, zakat fitrah dan Baitulmal

atau hasil ugama Islam yang seumpama

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Penubuhan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada awalnya dikenali sebagai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor dibawah seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam pada tahun 1952. Fungsi penubuhannya ketika itu adalah bertujuan menasihati DYMM Sultan dalam hal-hal yang bersabit dengan Agama Islam dan Adat Melayu. Kemudian pada tahun 2003, nama dan identiti badan tersebut kemudiannya ditukar kepada satu pertubuhan perbadanan yang bernama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS, 2014).

“Maka hendaklah ada suatu badan bernama ‘Majlis Agama Islam Selangor’ untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam”. (Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor,

2003)

MAIS SEBAGAI BAITULMAL

Pada awal penubuhan Bahagian Harta Baitulmal di MAIS ia dikenali sebagai Bahagian Sumber AM. Namun setelah mesyuarat MAIS Bil 1/2005 yang bersidang pada 14 April 2005 Bahagian Sumber Am telah diberi nafas baru dengan nama Bahagian MAL. Bahagian ini terdiri daripada tiga elemen penting iaitu Unit Wakaf, Unit Wasiat dan Amanah serta Unit Faraid. Penubuhan Bahagian MAL bertujuan untuk menguruskan harta umat Islam yang merangkumi wakaf, wasiat, harta amanah dan harta lebihan harta faraid di Negeri Selangor. Ini menepati Seksyen 5 (4) dan seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 iaitu: Seksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan:

Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah

(4)

4 Manakala Seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan :

"Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr dan amanah."

Tujuan penubuhan baitulmal MAIS ini adalah untuk mempertingkatkan kecekapan pengurusan pendaftaran, pembangunan dan penyebaran maklumat harta wakaf, faraid, wasiat dan amanah bagi mana-mana amanah dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan. Baitulmal MAIS juga bertanggungjawab dalam menguruskan wakaf, wasiat dan amanah, serta harta lebihan faraid. Selain itu baitulmal MAIS juga berperanan menguruskan wang tidak patuh syariah, wang orang berhutang, wasiat, hibah, harta Luqatah, tabung sumbangan anak yatim dan pungutan khairat.

KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP PERANAN MAIS SEBAGAI

BAITULMAL

Demografi responden menunjukkan di rajah 1 mendapati 60% responden terdiri daripada wanita dan 40% adalah lelaki. Rajah 2 pula menunjukkan 76.5 % dari keseluruhan responden terdiri daripada golongan belia (21-40 tahun).

Jadual 1: Nilai Purata Bagi Kefahaman Terhadap Peranan MAIS Sebagai Baitulmal

Bil. Pemboleh Ubah Kefahaman Terhadap Peranan MAIS Sebagai Baitulmal

Purata

1. Saya mengetahui bahawa Baitulmal adalah di bawah pengurusan MAIS. 3.25 2. Saya pernah mendengar dan mengetahui tentang Baitulmal melalui media

serta melalui Internet (portal rasmi MAIS).

3.24

3. Saya mengetahui Baitulmal menawarkan perkhidmatan pengurusan harta luqatah (barang yang ditemukan), harta pusaka dan pengurusan wasiat.

3.16

4. Saya mengetahui Baitulmal menawarkan perkhidmatan pengurusan wang yang tidak patuh syariat dan hibah.

2.96

5. Saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diuruskan oleh Baitulmal. 3.19 6. Saya berpendapat Baitulmal perlu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan

pengurusan harta dengan cekap.

3.12

7. Saya berpendapat Baitulmal perlu membuat perubahan pada skop perkhidmatan yang disediakan.

3.33

PURATA KESELURUHAN 3.18

Rajah 2 :

Taburan Responden Berdasarkan Umur Rajah 1 :

(5)

5 Jadual 1 menunjukkan keseluruhan purata bagi soalan-soalan berkaitan kefahaman masyarakat terhadap peranan MAIS sebagai Baitulmal ialah 3.18. Maka, dapatan ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan responden mempunyai kefahaman yang mendalam berkaitan peranan MAIS sebagai Baitulmal. Purata bagi tujuh soalan berkaitan peranan MAIS sebagai Baitulmal melebihi 3.00. Bagaimanapun soalan 4 berkaitan skop tugas Baitulmal yang menawarkan perkhidmatan pengurusan wang yang tidak patuh syariat dan hibah cuma memperolehi dapatan sebanyak 2.96 yang berada dalam kumpulan sederhana. Keadaan ini menunjukkan bahawa MAIS perlu menumpukan urusan promosi ke arah memaklumkan kepada masyarakat umum di Selangor bahawa Baitulmal di bawah penyeliaan MAIS turut menawarkan perkhidmatan tersebut.

TREN KUTIPAN DAN PENERIMAAN HARTA BAITULMAL MAIS (2010-2013)

HARTA LUQATAH

Baitulmal MAIS berperanan dalam menguruskan harta Luqatah. Harta luqatah adalah barang yang ditemui, di sesuatu tempat yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Misalnya, seorang Muslim menjumpai sesuatu barang atau harta dan dia mengutip barang tersebut kerana risau ia sia-sia dan terbiar. Penemu harta tersebut hendaklah menyerahkan harta yang dijumpai ke Ibu Pejabat MAIS atau Unit Harta Baitulmal Daerah, di Pejabat Agama Islam Daerah yang terdekat.

Rajah 3 menunjukkan jumlah penerimaan harta Luqatah dari tahun 2010-2013 di MAIS. Pada tahun 2010 jumlah penerimaan harta Luqatah mencatatkan RM 395,741.26. Penurunan sebanyak 98% dari tahun 2010 ke 2011. Kemudian pada tahun 2013 harta Luqatah yang diserahkan ke MAIS menunjukkan peningkatan sebanyak 29.9% dari tahun 2012 dengan jumlah RM2,405.00 kepada RM4,460.00. Keseluruhan harta Luqatah yang ditemui dari tahun 2010-2013 berjumlah RM 1,212,529.71. Selepas harta tersebut diserahkan ke MAIS, pihak MAIS akan mengeluarkan notis penemuan Harta Luqatah di premis awam

(6)

6 HARTA PUSAKA

Harta pusaka adalah salah satu unit penting yang diuruskan oleh Baitulmal di bawah MAIS. Menurut hukum faraid, salah satu sumber Baitulmal adalah melalui harta pusaka. Hal ini kerana, Baitulmal merupakan tempat rujukan terakhir sekiranya sesuatu harta pusaka itu tiada pewaris atau mempunyai waris tetapi tidak berhak kepada harta tersebut atas halangan tertentu seperti berlainan agama atau terdapat baki harta setelah diberikan kepada waris-waris yang berhak. Selain itu, faktor yang melibatkan MAIS dalam pembahagian harta pusaka

Jumlah penerimaan Harta Pusaka di rajah 4 pula menunjukkan pada tahun 2012 mencatat jumlah paling tertinggi di antara tahun 2010 hingga 2013 dengan jumlah RM 3,571,745.49. Ia mencatat peningkatan sebanyak 36.6% dari tahun 2011. Harta pusaka yang diterima oleh Baitulmal ini adalah berdasarkan pecahan kutipan keseluruhan yang terdiri daripada tebus pusaka secara tunai, tebus secara ansuran dan penerimaan pelbagai pusaka. Penerimaan harta pusaka ini akan dikhidmatkan untuk diterima oleh masyarakat berdasarkan kepentingan maslahah umum. Keseluruhan jumlah penerimaan harta pusaka dari tahun 2010 hingga 2013 bernilai RM 8,506,655.14.

WANG TIDAK PATUH SYARIAH

Selari dengan etika kerja MAIS iaitu amanah, prihatin dan mesra, MAIS bertanggungjawab mewar-warkan kepada masyarakat setempat kepentingan menguruskan harta mengikut hukum syarak yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, Baitulmal MAIS berperanan dalam menguruskan wang tidak patuh syariah. Wang tidak patuh syariah adalah istilah menggantikan penggunaan nama wang haram atau wang syubhah yang dimiliki oleh orang Islam. Ia termasuklah sebarang bentuk pendapatan atau perolehan hasil daripada perbuatan atau transaksi yang bertentangan dengan hukum syarak. Pengurusan wang tidak patuh syariah ini berfungsi sebagai cara pelupusan yang utama, selamat dan meyakinkan serta mampu menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi umat Islam. Klasifikasi wang tidak patuh syariah yang digariskan MAIS:

a) riba atau faedah dan b) judi atau pertaruhan

c) pengeluaran dan penjualan barang tidak halal d) insurans konvensional

e) jual beli sekuriti yang tidak halal

f) aktiviti lain yang tidak selaras dengan syariah

2010 2011 2012 2013

(7)

7

2010 2011 2012 2013

Jumlah Penerimaan Wang

Tidak Patuh Syariah 178,700.00 394,696.12 639,133.59 994,304.97 0.00

Rajah 5: Jumlah Penerimaan Wang Tidak Patuh Syariah (2010-2013)

Rajah 5 menunjukkan jumlah penerimaan wang tidak patuh syariah pada tahun 2010-2013 semakin meningkat dengan purata 25% dari tahun ke tahun. Penerimaan yang tertinggi adalah pada tahun 2013 dengan berjumlah RM994,304.87. Berdasarkan kepada hasil kajian menunjukkan tahap pemahaman masyarakat terhadap peranan Baitulmal MAIS menguruskan wang tidak patuh syariah berada di tahap yang sederhana namun, peningkatan tren yang konsisten ini menunjukkan terdapatnya kesedaran orang awam terhadap wang tidak patuh syariah ini. Wang tidak patuh syariah yang diterima MAIS ini dimanfaatkan bagi maslahah umum kerana menurut Indera Shahril (2013) sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik maslahah umum seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan. Jumlah keseluruhan bagi penerimaan wang tidak patuh syariah bernilai RM 2,206,834.68.

HARTA WASIAT DAN HIBAH

Selain itu, MAIS turut berperanan menguruskan harta wasiat dengan menempatkan pejabat agama Islam di beberapa daerah untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan MAIS. Menurut mazhab Syafie wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz ataupun tidak. Manakala beberapa fuqaha' lain mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat. Selain itu, MAIS juga menawarkan penyewaan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menyewa tanah, rumah, kedai dan pejabat milik MAIS.

(8)

8 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian mengenal pasti masyarakat memiliki kefahaman terhadap peranan Baitulmal yang dimainkan oleh MAIS. Baitulmal MAIS bertanggungjawab dalam menguruskan harta yang diamanahkan oleh masyarakat untuk digunakan bagi kepentingan maslahah umum. Harta amanah tersebut termasuklah harta Luqatah, harta pusaka, wang tidak patuh syariah, harta wasiat dan hibah. Tren penerimaan dan kutipan harta Baitulmal MAIS juga menunjukkan terdapatnya peningkatan dan juga penurunan dari tahun 2011-2013 menjelaskan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan Baitulmal dalam menguruskan harta amanah tersebut.

Secara tidak langsung, MAIS perlu mempergiatkan lagi kempen dan gerak kerja yang berkesan untuk menambahkan kesedaran masyarakat terutama orang Islam dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi berdasarkan syarak dengan berurusan melalui baitulmal. Hal ini adalah penting kerana Baitulmal merupakan aset negeri yang penting dalam mengurus harta umat Islam serta memastikan amanah harta tersebut diedarkan dengan baik dan seterusnya menjana pembangunan ekonomi negeri Selangor.

RUJUKAN

Ahmad Che Yaacob, Razali Daud, Roslim Mohamad, Basaruddin Shah Basri & Mohd Bahrin Othman. (2007). The Roles Of Baitulmal In Malaysia Towards Implementing Business Fund Scheme. Laporan Akhir Penyelidikan UITM.

Akanbi,M.M. (2012). The case for the integration of islamic banking principles into the Nigerian banking system. African Journal of Social Sciences. 2 (2):41-66

Abdullah Alwi Haji Hassan. (2003). Konsep dan Peranan Baitulmal di Zaman Kegemilangan Islam. dalam Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (ed.), Ke Arah Pembangunan Baitulmal Kebangsaan. Kuala Lumpur: PPZ dan MAIWP, 1-14.

Abdul Monir Yaacob. (2003). Konsep dan Peranan Baitulmal di Zaman Kegemilangan Islam. dalam Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (ed.), Ke Arah Pembangunan Baitulmal Kebangsaan. Kuala Lumpur: PPZ dan MAIWP, 1-14.

Indera Shahril Mohd Shahid. (2013). Penyucian Harta Melalui Pelupusan Wang Tidak Patuh Syariah. dlm. MAIS NEWS. Shah Alam: MAIS.

MAIS. (2014, September 22). Penubuhan MAIS. Retrieved September 22, 2014, from Portal Rasmi Majlis Agama Islam Selangor: http://www.mais.gov.my/sejarah

Nor, R. M. (2013). Pengurusan Baitumal Era Pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Jurnal Al-Tamaddun, 8(2): 81-88.

(9)

9 Possumah, B. T., & Ismail, A. G. (2012). Baitul Mal and Legal Constraint: Public Wealth Management in Malaysian Context. International Journal of Academic Research in Business. 2(11):27-52

Raimi, L. S. (2013). Embedding Islamic Financial System (IFS) in the Curricula of Schools in Nigeria. Journal of Business Administration and Education, 2(2), 65-84.

Ridwan Abd. Rahman. (2011). Konsep Asas Baitulmal Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Retrieved Oktober 2,2014 from Majlis Agama Islam Kelantan:

http://www.e-maik.my/bi/index.php?option=com_docman& task=doc_download&gid= 506&Itemid=1151.

Referensi

Dokumen terkait

Sebelum diuraikan lebih lanjut, berikut ditampilkan hasil perhitungan rerata skor pada setiap faktor (sub variabel) Hasil perhitungan rerata tiap- tiap faktor dari kesiapan

• JUMLAH KASUS COVID-19 DI KABUPATEN BOGOR YANG TERCATAT SAMPAI DENGAN TANGGAL 16 SEPTEMBER 2020 MENCAPAI 6.041 KASUS , DENGAN ANGKA MORTALITY RATENYA 3,47% DAN

Disampaikan oleh (Widjajanti, 2010) bahwa penerimaan diri adalah penilaian yang positif pada diri sendiri dengan menerima kelebihan dan kelemahan yang dimilikinya, tanpa

- nilai barang yang dikonsumsi ruta tersebut harus diperhitungkan juga saat mengisi pendapatan ruta pada Blok V.B Kolom 3 pada rincian yang sesuai dengan usahanya termasuk yang

Berdasarkan beberapa definisi di atas, dapat di simpulkan bahwa kompensasi adalah segala sesuatu yang diberikan oleh perusahaan kepada karyawan, sebagai balas jasa atau imbalan

1063/Pid.B/2012/PN.Bks tanggal 16 April 2013 yang dimintakan banding tersebut tidak mempunyai dasar hukum dan oleh karena itu patut dinyatakan batal, sehingga dengan

Permintaan (demand) yang tinggi dari masyarakat akan produk daging dan telur itik masih dapat diimbangi dengan ketersediaan produksi (supply) yang kontinu dan berkesinambungan

Dalam studi ini, penentuan cakupan area sistem selular dilakukan berdasarkan faktor-faktor penentuan cakupan area yang diperoleh dari berbagai literatur dan wawancara dengan