• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN KESA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGARUH MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN KESA"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PENGARUH MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN

KESANNYA TERHADAP TINGKAH LAKU

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

CONFERENCE PAPER · JUNE 2014 DOI: 10.13140/2.1.2909.3761

READS 1,504

5 AUTHORS, INCLUDING:

Azizi Yahaya

Universiti Brunei Darussalam

114PUBLICATIONS 120CITATIONS

SEE PROFILE

(2)

PENGARUH MEDIA BERUNSUR AGRESIF DAN KESANNYA TERHADAP TINGKAH LAKU PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Azizi Yahaya1 .Gooh Mo Lee2, Halimah Ma’alip3, Ronnel Dunggi 2

1

Sultan Hassanah Bolkiah Instituit of Education, University Brunei Darul Salam

2

Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia Johor

3

Languange Academic, Universiti Teknologi Malaysia Johor

ABSTRAK:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh media berunsur agresif dan kesannya terhadap tingkah laku pelajar. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar bermasalah disiplin daripada tiga buah sekolah menengah di Daerah Kulai, Johor.Seramai 127 orang pelajar yang terdiri daripada 92 orang pelajar lelaki dan 35 orang pelajar perempuan telah dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soalan soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A digunakan untuk melihat latar belakang responden.Manakala untuk bahagian B pula untuk menjawab keempat-empat persoalan kajian yang dikemukakan. Item-item soal selidik diukur dengan menggunakan skala lima tahap. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science, Versi 17.0 (SPSS) untuk menilai peratusan kekerapan, purata, ujian t dan ujian korelasi. Kajian rintis telah dilakukan oleh pengkaji untuk mengukur kebolehpercayaan soalan dalam soal selidik.Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh program-program media berunsur agresif terhadap pelajar adalah pada tahap sederhana.Dapatan untuk kesan-kesan terhadap tingkah-laku agresif pelajar juga adalah pada tahap sederhana.Kajian ini mempunyai implikasi penting tentang peranan media supaya menilai kembali program-program yang disiarkan agar dapat meminimakan unsur-unsur agresif yang boleh menyebabkan pelajar-pelajar bertingkah laku agresif.

(Katakunci:media berunsur agresif, ciri-ciri program media dan tingkah laku agresif)

ABSTRACT:The purpose of this research was to study the influence of media violence and

its effects on student’s behavior. Respondents were among discipline problem students from three secondary schools in Kulai, Johor. Participants for this study were 127 respondents comprising of 92 boys and 35 girls. Element A for respondent background and element B for statement based on the aspects of studies. The questionnaire items were measured by five

level Likert’s Scale. The collected data were analyzed by using Statistical Package for Social

Science, Version 17.0 (SPSS) to measure the frequency, mean, t-test and correlation test. Pioneer research was done to measure the questionnaires credibility. This research found that the influence of media violence on students behavior were at moderate level. Result of media violence effects on aggressive behavior of students also at moderate level. The study has important implication in the role of media and the need to reevaluate the telecast of violent programs in order to minimize violence elements that can cause students to be aggressive. (Keywords: aggressive media, the characteristics of media programs and aggressive behavior)

Pengenalan

(3)

menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Menurut Orestes (2002), unsur agresif dalam media merupakan masalah utama yangmengancam keharmonian kehidupan berkeluarga. Menurutnya lagi, media banyakmenyebarkan fahaman seks yang keliru, pornografi, pornoaksi, kekerasan, keganasan melampau dan kehidupan yang liar (menyimpang dari budaya dan agama). Beliau juga mendapati, kesan daripada pengaruh media yang tidak bertanggungjawab menyebabkan moral remaja di Asia semakin merosot iaitu 20% remaja terlibat dengan perzinaan, 24% terlibat dengan pornografi dan pornoaksi, 21% seks sebelum nikah dan 35% kes juvana. Semua perkara ini akan menyebabkan remaja semakin bermasalah dan melibatkan masalah perlanggaran disiplin di sekolah yang amat ketara.

Menurut Amir Hassan Dawi (2002), filem, surat khabar, majalah, novel, buku, internet, media interaktif dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning telah menimbulkan masalah dalam perubahan tingkah laku fizikal, verbal, nonverbal, antisosial dan jenayah dalam kalangan pelajar. Beliau melaporkan bahawa babak ganas dan aksi seks yang ditonton dalam media akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Beliau juga menyatakan perkara ini tidak dapat dinafikan kerana rata-rata mereka berusia di antara 12 hingga 20 tahun iaitu satu tahap umur yang dianggap masih mentah. Pada tahap ini pelajar-pelajar mudah dirangsang kerana mereka berada dalam proses perubahan ke alam baligh. Oleh itu mereka akan menggunakan maklumat ini yang diadaptasi melalui media untuk diamalkan dalam tingkah laku seharian mereka.

Kesannya terhadap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar di Malaysia masih kurang dijalankan.Walau bagaimanapun, kajian yang telah dijalankan oleh Samsudin (2001), mendapati masalah tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar agresif kesan menonton media berunsur agresif memang telah lama wujud di Malaysia. Kajian beliau mendapati remaja merupakan golongan yang paling banyak menggunakan media iaitu 21.3 hingga 22 jam seminggu dan terlalu meminati filem-filem yang bercorak ganas, berahi, mendebarkan, cemas, peperangan, pembunuhan, mistik dan sukan lasak. Kesan dari pendedahan yang terlalu lama melalui media akan menyebabkan pelajar menjadi golongan yang paling aktif untuk meniru dan melakukan adegan ganas yang dilihat dari media (Samsudin, 2001).

Para penyelidik telah mengemukakan beberapa definisi mengenai tingkah laku agresif.Secara umumnya, tingkah laku agresif boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mencederakan orang lain, individu itu sendiri atau pun objek di sekelilingnya. Tingkah laku agresif ini mesti disertai dengan niat untuk mencederakan orang lain dan sebarang tindakan yang agresif tetapi tidak disertai dengan niat untuk mencederakan orang lain atau objek di sekelilingnya dianggap bukan tingkah laku agresif (Baron dan Bryne, 1991).

(4)

Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti;

i. Mengenalpasti ciri-ciri program media yang boleh mempengaruhi tingkah laku agresif pelajar.

ii. Mengenalpasti punca-punca pelajar menonton media berunsur agresif.

iii. Mengenalpasti kesan-kesan media berunsur agresif terhadap tingkah laku pelajar. iv. Mengenalpasti sikap ibubapa terhadap pelajar yang menonton media berunsur agresif. v. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri program

media, punca-punca menonton media berunsur agresif, kesan-kesan menonton media berunsur dengan jantina.

vi. Mengenalpasti sama ada terdapat perhubungan antara ciri-ciri program media, kesan-kesan menonton media berunsur agresif dan sikap ibubapa terhadap pencapaian akademik.

Hipotesis Kajian

i. Hipotesis Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri program media dengan jantina.

ii. Hipotesis Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara punca-punca menonton media berunsur agresif dengan jantina.

iii. Hipotesis Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan-kesan media berunsur agresif dengan jantina.

iv. Hipotesis Ho4 : Tidak terdapat perhubungan antara ciri-ciri program media terhadap pencapaian akademik.

v. Hipotesis Ho5 : Tidak terdapat perhubungan antara kesan-kesan media berunsur agresif terhadap pencapaian akademik.

vi. Hipotesis Ho6 : Tidak terdapat perhubungan antara sikap ibubapa terhadap pencapaian akademik.

Metodologi

Reka Bentuk Kajian

(5)

Tempat Kajian

Sasaran kajian ini ialah pelajar-pelajar tingkatan dua yang bermasalah di Daerah Kulai.Jumlah sekolah yang terpilih adalah tiga buah sekolah menengah.Pemilihan sekolah ini wajar kerana sekolah-sekolah tersebut adalah sekolah biasa.

Subjek Kajian

Populasi

Populasi kajian ini adalah dikalangan pelajar-pelajar tingkatan dua yang bermasalah dipilih dari tiga buah sekolah menengah di daerah Kulai.

Sampel Kajian

Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin (1993), sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Penggunaan saiz sampel menurut Majid (1998) perlu digalakkan melebihi 30 unit kerana taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit dan pertambahan dalam saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 2 yang bermasalah.

Menurut Azizi (2007), saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian nanti. Responden kajian ini juga terbahagi kepada dua jantina utama iaitu lelaki dan perempuan.Jumlah keseluruhan pelajar dalam tingkatan dua yang bermasalah dari tiga buah sekolah menengah di daerah Kulai adalah seramai 127 orang.Daripada jumlah ini 92 orang merupakan pelajar lelaki dan bakinya 35 orang merupakan pelajar perempuan.

Kaedah Persampelan

Penentuan saiz sampel dalam kajian ini adalah berasaskan kaedah yang digunakan oleh Krejcie dan morgan (1970). Menurut Krejcie dan Morgan (1970), tatacara untuk menentukan saiz sampel adalah berdasarkan formula berikut:

S = X² NP(1-P) ÷ d² (N-P) + X² P(1-P) di mana

S = saiz sampel

X² = Jadual Nilai Khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada paras keyakinan yang diperlukan 0.05 (3.841)

N = saiz populasi

P = nisbah populasi (dianggarkan sebagai 0.50 untuk memberi saiz sampel Yang maksimum)

D = Darjah ketepatan yang dinyatakan sebagai nisbah 0.50 = 3.841 x 150 x 0.5 (1-0.50)

0.05² x ( 150-1) + 3.841 x 0.5 (1-0.5)

= 144

1.33

(6)

Bagi memudahkan pengiraan Krejcie dan Morgan (1970) telah menyediakan Jadual penentuan saiz sampel seperti jadual 3.2.

Jadual 3.2: Jadual Penentuan Saiz Sampel

N S N S N S

10 10 220 140 1200 291

15 14 230 144 1300 297

20 19 240 148 1400 303

80 66 420 201 3500 346

100 80 500 217 6000 360

150 108 750 254 15 000 375

200 132 1000 278 75 000 382

Petunjuk: N=Bil.Populasi dan S =Bil. Sampel

Oleh itu, bagi populasi seramai 150 orang, Jumlah sampel yang ditentukan mengikut jadual Krejcie, R. V. & Morgan, D.W. (1970) berdasarkan angka yang terhampir ialah seramai 108 orang pelajar.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal selidik. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden (Tuckman, 1978). Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan soal selidik yang berdasarkan skala kadar dengan menggunakan skala lima mata. Penggunaan skala lima mata adalah kerana sebab-sebab berikut :

i. Soal selidik lebih mudah ditadbir setelah dibina dengan baik. ii. Lebih mudah untuk mendapatkan data yang banyak.

iii. Maklumat yang diperoleh daripada responden mudah dianalisis. iv. Soal selidik lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos.

v. Responden lebih mudah dan berani untuk memberi tindak balas terhadap aspek yang dikaji.

Borang soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A menggunakan skala nominal di mana soalan perlu ditanda (/) oleh responden berkaitan latar belakang mereka .Bahagian B pula, soalan berkaitan tahap faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya responden. Skala yang digunakan untuk mengukur pemarkahan bahagian B bagi kajian ini ialah menggunakan kaedah skala 5 mata iaitu 1,2,3,4 dan 5.

Bahagian A

Bahagian A, mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi iaitu umur, bangsa, jantina, kedudukan sekolah, media yang terdapat di rumah serta kemudahan media.

Responden hanya perlu menjawab dengan menandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan

mengikut kesesuaian maklumat yang ada.

Bahagian B

(7)

Penyelidik menggunakan skala pemeringkatan Likert 1 hingga 5 yang terdapat disetiap pernyataan.Responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu pernyataan berdasarkan satu skala.Tujuannya untuk mengukur maklumbalas responden.

1 Sangat Tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS)

3 Tidak Pasti (TP) 4 Setuju (S)

5 Sangat Setuju (SS)

Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum set soal selidik digunakan dalam kajian sebenar. Kajian rintis dapat membantu penyelidik memperoleh petunjuk awal tentang mana-mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat atau tidak berjaya.Menurut Polit el al.

(2001), kajian rintis adalah merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama.Ianya juga boleh membantu penyelidik mengenal pasti sebarang kekurangan dalam instrumen kajian dan seterusnya memperbaiki kelemahan tersebut.Kekuatan kolerasi bagi setiap pemboleh ubah boleh dikelaskan berdasarkan kepada julat 0.0 hingga 1.0 Azizi et al. (2007).Penyelidik telah mendapatkan kesahan terhadap soal selidik yang dibina dari dua orang pensyarah iaitu Dr. Rohana binti Hamzah dan Dr. Azlina binti Kosnin.

Satu kajian rintis juga telah dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Seramai dua belas pelajar tingkatan dua yang bermasalah dari SMK Taman Universiti 2, Skudai telah di pilih sebagai sampel kajian rintis. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 17.0, didapati nilai alpha Cronbach yang diperolehi mencapai 0.76.Oleh itu, kesahan dan tahap kebolehpercayaan bagi item-item soal selidik adalah kuat.

(8)

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi mempengaruhi tingkah laku agresif pelajar adalah pada tahap sederhana dan sisihan piawai yang berada di bawah angka satu menunjukkan pilihan jawaban responden tertumpu pada jawaban yang sama.

Jadual 2 :Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi Item Punca-Punca Pelajar Menonton Media Yang Berunsur Agresif

Saya suka menonton rancangan drama yang ada aksi perlawanan.

Saya suka menonton kisah benar yang memaparkan pembunuhan,peperangan, konflik

13.4 13.4 14.2 25.2 33.9 3.53 1.42

Saya menonton filem percintaan yang ada aksi perebutan, persaingan, pergaduhan antara dua pihak9filem bollywood)

15.0 12.6 15.0 28.3 29.1 3.44 1.41

Saya menonton cerita seram 3.1 3.1 7.9 43.3 42.5 4.19 0.94

ITEM

Lebih bersemangat untuk melakukan latihan agar boleh menjadi seperti watak utama dalam filem

(9)

Jumlah Keseluruhan Min :3.47 SD: 0.80

Secara keseluruhan min yang bagi persoalan kajian ini ialah 3.47 dan sisihan piawai ialah 0.80. Ini menunjukkan punca-punca pelajar menonton media yang berunsur agresif adalah pada tahap sederhana dan sisihan piawai yang berada di bawah angka satu menunjukkan pilihan jawaban responden tertumpu pada jawaban yang sama.

Jadual 3 :Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi Item Kesan-Kesan Media Berunsur Agresif

Saya akan bergaduh/ berkelahi untuk menyelesaikan masalah

Boleh memberi semangat kepada saya untuk menjadi ketua dalam kumpulan

24.4 20.5 8.7 26.8 19.7 2.97 1.50

Terpengaruh menonton/permainan game yang agresif (counter-strike,call of duty,general)

18.1 8.7 12.6 25.2 35.4 3.51 1.50

Aksi agresif boleh digunakan apabila diri terancam (ugutan, buli, pertengkaran)

(10)

Saya menggunakan kata-kata piawai ialah 1.01. Ini menunjukkan kesan-kesan menonton media berunsur agresif adalah pada tahap sederhana dan sisihan piawai yang berada pada angka satu menunjukkan pilihan jawaban responden tertumpu pada jawaban yang sama.

Jadual 4 :Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi Item Sikap Ibubapa Apabila Pelajar Menonton Media Berunsur

Agresif

Ibubapa juga ikut sekali menonton apabila saya menonton media yang beraksi agresif

35.4 12.6 9.4 21.3 21.3 2.80 1.61

(11)

Secara keseluruhannya min yang bagi persoalan kajian ini ialah 2.91 dan sisihan piawai ialah 0.92. Ini menunjukkan sikap ibubapa apabila anak-anak menonton media berunsur agresif adalah pada tahap sederhana dan sisihan piawai yang berada di bawah angka satu menunjukkan pilihan jawaban responden tertumpu pada jawaban yang sama.

Jadual 5: Analisis Ujian-t Untuk Menunjukkan Perbezaan Yang Signifikan Antara Ciri-Ciri Program Media AgresifDengan Jantina

Jantina N Min Beza perempuan (M= 2.70, SD= 0.80). Berdasarkan ujian-t didapati bahawa nilai signifikan ialah 0.001(p=0.001 < P=0.05).Ini menunjukkanhipotesis nol berjaya ditolak, dengan kata lain terdapat perbezaan yang signifikandalam ciri-ciri program media berunsur agresif yang ditonton antara pelajar lelakidengan pelajar perempuan.

Jadual 6: Analisis Ujian-t Untuk Menunjukkan Perbezaan Yang Signifikan AntaraPunca-Punca Menonton Media Agresifdengan jantina Berdasarkan ujian-t didapati bahawa nilai signifikan ialah 0.11(p=0.11 > P=0.05),Ini menunjukkanhipotesis nol gagal ditolak, dengan kata lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadappunca-punca menonton media agresifantara pelajar lelakidengan pelajar perempuan.

(12)

Berdasarkan jadual 7 didapati min lelaki lebih tinggi iaitu (M= 3.21, SD= 0.74) dan (t= 9.83, DF= 125, two tailed p= 0.001) daripada perempuan (M= 1.73, SD= 0.83). Berdasarkan ujian-t didapati bahawa nilai signifikan ialah 0.76 (p=0.76 > P=0.05).Ini menunjukkanhipotesis nol gagal ditolak, dengan kata lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadapkesan-kesan menonton media berunsur agresif antara pelajar lelakidengan pelajar perempuan.

Jadual 8: Analisis Ujian Signifikan Korelasi Menunjukkan Perhubungan Yang Signifikan Antara Ciri-Ciri Program MediaAgresif Terhadap Pencapaian Akademik

ciri-ciri program media

Pencapaian

Pencapaian Korelasi Pearson -0.056 1

Signifikan (2-tailed) 0.534

Berdasarkan jadual 8 dapatan kajian mendapati nilai r ialah -0.056.Ini menunjukkan

perhubungan antara “pencapaian akademik dengan “ciri-ciri program media berunsur agresif

yang ditonton” adalah negatif atau berkadar songsang dan kekuatan hubungan adalah sangat

lemah. Sementara nilai P= 0.534 > 0.05. Hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara pencapaian dengan ciri-ciri program media berunsur agresif.

Jadual 9 :Analisis Ujian Signifikan Korelasi Menunjukkan Perhubungan Yang Signifikan Antara Kesan-Kesan MediaAgresif Terhadap Pencapaian Akademik

Kesan-kesan media

Pencapaian

Pencapaian Korelasi Pearson -0.201 1

Signifikan (2-tailed) 0.025

Berdasarkan jadual 9 dapatan kajian mendapati nilai r ialah -0.201.Ini menunjukkan

(13)

Jadual 10 :Analisis Ujian Signifikan Korelasi Menunjukkan Perhubungan Yang Signifikan Antara Sikap Ibubapa Terhadap Pencapaian Akademik

Sikap ibubapa Pencapaian

Pencapaian Korelasi Pearson -0.044 1

Signifikan (2-tailed) 0.625

N 125 125

Sikap ibubapa Korelasi Pearson 1 -0.044

Signifikan (2-tailed) 0.625

N 127 125

Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan jadual 10 dapatan kajian mendapati nilai r ialah -0.044.Ini menunjukkan perhubungan antara “pencapaian akademik dengan “Sikap ibubapa” adalah negatif atau berkadar songsang dan kekuatan hubungan adalah sangat lemah. Sementara nilai P= 0.625 > 0.05. Hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara pencapaian dengan sikap ibubapa.

Perbincangan

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa item yang mempunyai nilai min paling tinggi

ialah “Seisi keluarga menonton bersama filem baru walaupun mempunyai unsur agresif”

mencatatkan min tertinggi iaitu 3.21 dan sisihan piawai 1.56. Hal ini menunjukkan bahawa ibubapa tidak begitu peduli tentang program media yang ditonton bersama. Ini menunjukkan bahwa ibubapa tidak mengawal sangat dalam kekeluargaan. Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga dilihat sebagai salahsatu faktor berlakunya tingkah laku devian.Latar belakang tingkah laku anti sosial adalahkesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsistensemasa kanak-kanak (Azizi et al., 2006). Kebanyakan tingkah laku antisosial remajajuga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga(Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992).

Dapatan kajian ini adalah bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Sosial Bandura yang menyatakan usia dan jantina model memainkan peranan dalam peniruan tingkah laku. Pelajar-pelajar perempuan didapati lebih meminati program berbentuk informasi kerana ia bersesuaian dengan watak jantinanya yang mempunyai tingkah laku kurang agresif dan takut untuk menonton kisah-kisah agresif secara langsung. Pelajar-pelajar lelaki pula lebih meminati program-program media yang dapat menggambarkan kewujudan secara asli kerana bersesuaian dengan watak jantinanya yang lebih agresif dan berani untuk melihat adegan-adegan ganas yang ditayangkan secara langsung melalui media.

(14)

BIBLIOGRAFI

Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan.Tanjung Malim:Quantum Books.

Azizi Yahaya, Shahrin , Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim & Yusof Boon (2006).Psikologi

Sosial: Alam Remaja. Selangor: PTS PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.

Baron, R. A., & Bryne, D. (2000).Social psychology: Understanding human

interaction. Boston: Allyn & Bacon.

Baron, R. A., Bryne, D., & Suls, J. (1991). Aggression and heat: Mediating effects of prior provocation and exposure to an aggressive model. Journal of Personality and

Social Psychology, 31, 825 – 832.

Barrie Gunter & Jill.McAleer (1990).Children And Television The One Eyed Monster. New York:Routledge, Chapman and Hall,Inc.

Brandon S. Centerwall, MD, MPH (1992). Television and Violence The Scale of the Problem and Where to Go From Here.Journal of the American Medical Association.June 10, 1992 Vol 267.No. 22.

Crick, N. R., & Dodge, K. A. (1995). A Review and reformation of social

Information on processing mechanism in children’s social

adjustment.PsychologyBulletin, 115, 74 – 101.

Deaux, K., & Wrightman, R. (1984).Killing for culture: an Illustrated history of

Death film from mondo to snuff. London: Creation Books.

Dill, K. E., & Dill, J. C. (1998). Video game Violence: A review of the empirical literature. Aggression and Violent Behavior.A Review Journal, 3, 407 – 428. Dominick, J. R. (1984). Videogames, television violence, and aggression in teenagers.

Journal of Communication, 34(2), 136-147.

Huston, A. C., Donnerstein, E. J., Fairchild, H. L, Feshback, N. D., Katz, P. A., Murray, J. P., Rubinstein, E. A., Wilcox, B. L., & Zuckerman, D. (1992).Big

world,small screen: The role of television in American society. Lincoln: University of

Nebraska Press.

Jacobvitz, D.B., dan Bush, N.F. (1996). Reconstructions of Family Relationships :

Parent-Child Alliences, Personal Distress, and Self Esteem.Developmental

Psychology, 32(4), 732-743.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research.Educational

and Psychological Measurements, 30, 607-610.

Mallick, S. K., & McCandeless, B. R. (1996).A study of catharsis of aggression.

Journal of Personality and Social Psychology, 4, 591 – 596.

Miller, N. E. (1941). The frustation-aggression hypothesis.Psychology Review, 48, 337– 342.

Mohd Majid Konting (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: DBP. Olweus, D. (1991). Bully/victim problem among school children: basic facts and

Effect of the school, based Intervention Programme. Dalam Pepler, D., & Rubin, K.(Eds.). The Development and treatment of childhood aggression. Hillsdale,New Jersey: Erlbaum.

(15)

Polit, D. F. Beck, C. T., & Hungler, B. P. (2001). Essentials of nursing research: methods,

appraised & utilization (5th ed.). Philadelphia: Lippincott William

& Walkins.

Portney L. G., & Walkins, M. R. (1993).Foundation of clinical research:Boston: Allyn & Bacon.Wiles, E., & Strasburger, V.C. (1998).

Samsudin A. Rahim & Latifah Pawanteh (2001, August).Media penentration and

cultural consequences on adolescents in Malaysia. World communicationconference

on images and identities in a global society. La Universidad deCantabria, Spain. Tuckman, B. W. (1978). Conducting educational research (3rd ed.). New York:

Harcourt Brace Jovanovich.

Walkin, J. L. (1993).From intention to action.A theory of planned behavior. Dalam Mohd Majid Konting. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:

DBP.

Webster, M. (1985).Webster’s ninth new collegiate dictionary. Meriam: Webster Inc.

William, A. B. (1978). Television violence and the adolescent boy. England: Saxon House.

Wolf, R. M. (1988). Questionnaires. Dalam Keeves, J. P. (Eds.). Educational

research, methodology and measurement: An international handbook.

Oxford:Pergamon Press.

Zillman, D. (1981). Hostility and aggression. Hillsdale, New Jersey: Erlbaum Zillman, D. & Weaver, J. B. (1981). Psychoticism in the effect of prolonged

exposure to gratuitous media violence on the acceptance of violence as a

Referensi

Dokumen terkait

Sebagian dari siswa merasa takut untuk berpartisifasi dalam belajar, karena ada beberapa pembahasan atau tema pembelajaran yang menjadi suatu permasalahan yang pada siswa

Dalam proses belajar mengajar tersirat adanya satu kesatuan kegiatan yang tak terpisahkan antara siswa yang belajar dan guru yang mengajar, karena mengajar merupakan segala upaya

Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan, disarankan bahwa: Pem- belajaran POE hendaknya diterapkan dalam pembelajaran kimia, terutama pada materi larutan

Hasil yang dicapai dari penelitian ini adalah sebuah aplikasi serunai sebagai media pengenalan alat musik tradisional Sumbawa dengan menggunakan sistem berbasis

Proses learning model CNN dilakukan untuk mencari model CNN yang terbaik dan/atau sesuai dengan target yang diberikan. 1) Akurasi : Akurasi pada tahap ini adalah

Pelaksanaan rekapitulasi penghitungan suara Pemilihan Gubernur dan Wakil Gubernur disaksikan oleh Saksi Pasangan Calon, serta diawasi oleh BAWASLU KOTA TANJUNGPINANG

Kemampuan guru dalam pelaksanaan pembelajaran Ilmu Pengetahuan Alam materi tumbuhan hijau semester ganjil dengan media audio visual berupa laptop di Sekolah Dasar Negeri 07

Dapatan kajian penentuan matlamat ibu bapa dibuat berdasarkan tema yang telah dikenalpasti. Dapatan kajian bagi aspek penentuan matlamat pendidikan dalam kalangan ibu bapa