• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menjual Budaya Lokal Melalui Karya Seni

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Menjual Budaya Lokal Melalui Karya Seni"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Menjual Budaya Lokal Melalui Karya Seni di Pameran Art Edu Care #5; local Movement

Ahamad Zuraimi Bin Abd. Rahim Dr Rosli Zakaria

Universiti Teknologi MARA (UiTM) , Alor Gajah Melaka, Malaysia.

Abstrak

Kertas ini membincangkan aspek-aspek budaya lokal yang dijadikan sandaran dalam penghasilan karya seni visual. Pembicaraannya meliputi tiga aspek utama yang sering wujud didalam sesebuah karya seni, Ovrick menyatakan sesebuah karya seni haruslah mempunyai tiga unsur utama iaitu Subject, Form and Content. Justeru itu kajian telah dibuat dengan menumpukan hasil karya seni yang dipamerkan. Membicarakan tentang mana-mana sisi kebudayaan lokal. Kajian ini telah mengunapakai teori aprisasi dan kritikan seni yang diperkenalkan oeh Feldman juga teori oleh Panofsky. Terdapat 5 karya oleh seniman tempatan yang dijemput untuk berpameran di Taman Budaya Jawa Tengah Jalan Ir. Sutami Surakata. Kertas kerja ini telah menumpukan kajian kepada persoalan tema dan proses pencarian idea bagi setiap karya. Berdasarkan pengamatan yang telah dibuat daripada 5 karya yang dipamerkan terdapat empat tema telah ditemui iaitu tema kekeluargaan, tema peribadi individu, tema alam persekitaran, dan tema sains. Manakala kajian berkaitan proses pencarian idea mampu memberi gambaran sebenar bagaimana setiap satu karya itu terhasil. Kesimpulan dapat dibuat iaitu kelima-lima karya yang dipamerkan bergerak atas tema lokaliti yang nyata walaupun tema tersebut juga sering digunakan oleh artis-artis dalam konteks antarabangsa. Namun lokaliti yang pasti adalah idea-idea yang diperolehi dimana setiap artis itu berada.

2.0 Pengenalan

Merujuk persoalan kesenian secara umum, Jahani Ali,1992 menyatakan, “setiap penghasilan seni seharusnya sebagai satu perhubungan dalam lingkungan budaya masyarakatnya.” Manakala Muliyadi Mahmud ,2001 pula menyatakan “perhubungan seni dengan masyarakat sukar diketepikan, baik dalam kesenian tradisional mahupun seni kontemporari.”

(2)

dan mempunyai daya pemikiran untuk memahami makna yang tersirat itu. Oleh hal yang sedemikian memperhalusi serta menghayati sesebuah karya harus sering diamalkan dalam lingkungan masyarakat agar khazanah pemikiran seniman tidak dibazirkan begitu sahaja. Oleh hal yang sedemikian kertas kerja ini bergerak atas dasar ingin menyuburkan budaya menghayati sesebuah karya seni agar pemikiran pengkaryanya dapat menyerap masuk kedada-dada khalayak yang menatapnya. Dalam konteks pameran Art Edu Care#5 Local Movement, seramai 5 orang artis dari UiTM Melaka telah menghasilkan karya masing-masing. Setiap artis telah menggunkan kepakaran serta kelebihan masing-masing dalam mengolah bentukan formal maupun menyerapkan pemikiran didalamnya. Dengan kesedaran terhadap masyarakat dan budayanya setiap artis tersebut telah membawa nilai-nilai setempat samaada tradisi maupun kontemporari lalu dicernakan dalam setiap satu karya- karya mereka. Nilai-nilai setempat ini telah diangkat menjadi sebuah karya yang akhirnya dipamerkan bagi tontonan khalayak di Surakata. Kejelasan elemen maupun unsur tempatan yang dibawa oleh setiap karya seni seolah-olah satu proses asimilasi ilmu kepada masyarakat Surakata.

Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauhmana unsur-unsur lokal yang dibawa dalam karya-karya yang dipamerkan. Kaedah primary data telah digunakan dengan membuat pengamatan dan dokumen karya. Juga melaksanakan temubual bersama artis. Dua aspek utama telah dianalisa iaitu, tema dan proses mencari idea.

3.0 Mengenal Artis

…...tak kenal maka tak cinta….ungkapan popular ini seringkali dinyatakan dalam situasi sesorang yang belum mengenali sesorang maka tidak wujud rasa suka maupun meminat individu tersebut. Dalam kertaskerja ini ungkapan tersebut amat bersesuaian untuk mengenalkan terlebih dahulu siapa dan apa latarbelakang setiap artis yang mengambil bahagian, agar penilaian terhadap karya mereka diberikan haknya masing. Seramai 5 orang artis akademik telah menghasilkan karya seni masing-masing didalam pameran ini. Artis akademik yang dimaksudkan adalah perkerjaan mereka sebagai seorang pensyarah di universiti dan dalam waktu yang sama mereka ini adalah practicing artis menghasilkan karya seni rupa.

(3)

kebolehan mereka dalam disiplin masing-masing. Ahmad Zuraimi yang mempunyai pendidkan di peringkat MA dalam bidang painting dan teknologi sering kali tampil dengan karya-karya yang mengujakan. Bermula diakhir 1990 Ahmad Zuraimi merupakan antara artis pelapis yang cemerlang, kesungguhan berkarya dapat dilihat lewat karya-karya beliau yang terdahulu hingga kini. Satu ketika beliau begitu asyik dengan bahantara kepingan aluminum lalu di toreh, dikikis, digosok, diketuk, dilubangkan di rebet dan pelbagai lagi eksplorasi dilakukan bagi menampakkan kelainan. Bukan sekadar bentukan formal menjadi kekuatan beliau namun mainan simeotik, perlambangan juga imej tangible dan intangible menjadikan karya-karya beliau dikagumi. Diana Ibrahim mendapat MA dalam bidang art& design (Glass), aktif berkarya semenjak 1994, selain berkemahiran dalam bidang glass beliau juga banyak menghasilkan karya seni cetak kontemporari. Beliau merupakan salah seorang pemenang Bakat Muda Sezaman bagi tahun 2010. Terlibat secara aktif dalam pameran di peringkat kebangsaan maupun antarabangsa. Seringkali menampilkan karya yang lari daripada kebiasan juga suka berkolaborasi di dalam penghasilan karya-karya beliau. Mohd Saharuddin Supar bekas seorang pelajar aliran sains seterusnya mendapat MA dalam art and design (glass). Ketika di peringkat diploma beliau memilih bidang seni arca. Maka karya-karya yang terhasil dari buah tangan beliau seringkali berada didalam kelasnya tersendiri. Memenangi banyak anugerah semenjak 1995, serta aktif berpameraan, Mohd Saharuddin gemar mengolah bahan besi dalam setiap karyanya. Kepingan besi menjadi penuh estetika ditangan beliau. Dengan siri lubang-melubang yang dimulai sejak 2008 memberi sisi baru melihat karya Mohd Shahrudin Supar dari sebelumnya. Artis keempat yang berkarya didalam pameran ini adalah Rosli Zakaria. Mempunyai pendidikan diperingkat kedoktoran dalam bidang seni arca awam, beliau menjadi antara artis yang paling senior di kalangan 5 artis yang dinyatakan tadi. Memulakan kerjaya sebagai seorang guru seni sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang seni arca seterusnya berkecimpung dalam dunia seni mulai awal 1990an sehingga kini. Beliau banyak terlibat dalam pameran di peringkat kebangsaan maupun di peringkat antarabangsa. Bergiat aktif dalam bidang seni arca awam dan pernah menghadiri symposium arca awam di peringkat antarabangsa. Beliau juga seringkali dijemput untuk memberikan buah fikiran yang berkaitan keseniaan di seluruh Malaysia. Konsisten berkarya menjadikan Rosli Zakaria antara generasi ketiga pengarca yang meneruskan perkembangan seni arca di Malaysia. Beliau turut menerima pelbagai anugerah di dalam pelbagai pertandingan selain mendapat commission berkaitan pembinaan arca awam di Malaysia. Dan artis ke 5 yang tampil dalam pameran ini adalah artis muda yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok finalis pertandingan Bakat Muda Sezaman 2013. Beliau adalah Shahriah Mohd Roshdi. Terkenal dengan ketekunannya semenjak diperingkat diploma, tidak hairanlah beliau berjaya dengan cemerlang dalam MA in painting n technology pada tahun 2012. Kini turut berganding bahu menjadi pensyarah di tempat beliau pernah menuntut satu ketika dulu, Shahriah telah menjadi seorang lagi contoh artis wanita yang berjaya didalam bidang akademik dan studio praktik. Masih segar dengan siri ala kajian makmal, beliau turut menghasilkan karya untuk tatapan khalayak di Surakata.

(4)

4.0 MENGANALIS KARYA.

Jadual 2: Senarai karya-karya yang dipamerkan

NO TAJUK BAHAN SAIZ

1. Lendu Kertas, benang,sticker,

kepingan akrilik, klip, cabel tide.

2. Rumah Jiwa kami Kertas,Kotak,Pen, Maker

pen, Magic Pen, canvas

5. Shahriah Mohd Rashdi. Mixed media Saiz

pelbagai

Kajian ini telah membuat satu tinjauan menyeluruh tentang karya seni yang dihasilkan. Dalam roses melakukan penilaian serta kritikan, pengkaji telah menggunakan teori kritikan seni oleh Feldman ,1994 . Kesemua data yang diperolehi telah dikumpulan dan di analisa. Analisa yang dilakukan melibatkan pengetahuan dan pemahaman menyeluruh tentang proses penghasilan sesebuah karya. Menerut Feldman melihat sesebuah karya seni haruslah dari dua aspek iaitu aspek bentuk dan makna. 4 cara yang popular yang diperkenalkan oleh Feldman, pertama tahap diskriptif, Kedua adalah peringkat analisa Tahap seterusnya pengkaji membuat interpetasi berlandaskan tahap pertama dan kedua juga memakai guna pengalaman lalu, pengetahuan akademik yang terdapat didalam diri pengkaji. Tahap ini memberi peluang pengkaji membuat tafsiran makna tersirat yang ingin disampaikan oleh sesorang artis lewat karya-karya mereka. Walaupun kadang kala tafsiran yang dinyatakan oleh pengkaji tidak sama dengan apa yang ingin disampaikan oleh pengkaryanya namun ianya tidak mendatangkan masalah. Pengkaji punya hak untuk membuat tafsiran tersendiri, namun begitu harus berlandaskan fakta-fakta yang telah diperolehi dari tahap pertama dan tahap kedua. Dan peringkat terakhir mengikut teori Feldman adalah membuat penghakiman samada sesebuah karya itu berjaya atau pun tidak. Di peringkat ini kesemua faktor diambil kira,penyelidik boleh menghakimi karya tersebut dalam konteks bentuk atau makna, dan juga kedua2nya sekali. Dalam konteks kertas kajian ini analisa yang dibuat adalah berbentuk apresiasi akademik dan bukannya bersifat journalis.

(5)

adalah tema yang digarap dalam setiap karya. Keduanya penyelidik tertarik untuk menonjolkan proses pencerahan idea sehingga terhasilnya karya-karya tersebut. Kedua-dua aspek ini membawa sisi yang menarik untuk dibicarakan bagai mencapai tujuan kajian . Kertas kerja ini tidak akan menyentuh secara langsung aspek-aspek formal seperti mana yang disarankan oleh Feldman dalam peringkat pertama dan kedua.

5.0 TEMA LOKAL DALAM KARYA-KAYA ARTIS UiTM.

Melalui kajian ringkas yang telah dibuat, lima karya yang dipamerkan dapat dibahagikan kepada 3 tema utama iaitu tema kekeluargaan, persekitaran, dan sosial kritik. Karya Rumah Jiwa Kami oleh Ahmad Zuraimi membicarakan persoalan perkongsian hidup yang harus dilalui dalam kehidupan berkeluarga. Apa yang ingin dikongsikan oleh pengkaryanya?, pengalaman?, keilmuan?, kasih sayang? Atau perkongsian yang tidak berbentuk seperti perasaan gembira, emosi kesedihan ataupun ingin berkongsi peristiwa-peristiwa tertentu. Pendekkata pelbagai perkara yang boleh dikongsikan. Persoalan seterusnya Ahmad Zuraimi ingin berkongsi dengan siapa? , ahli keluarganya?, sahabat , rakan sejawat atau siapa. Melalui pernyataan karya jelaslah bahawa pengkarya ingin berkongsi apa jua perkara dan peristiwa dan konteks kehidupan berkeluarga. Menyampai cerita yang diperolehi berkaitan keagamaan, budaya, pendidikan dan seumpamanya lalu dikongsi bersama keluarga, isteri dan anak-anak. “jadi Rumah Jiwa Kami ini saya simbolkan sebagai tempat dimana semua rasa yang terkumpul melalui pancaindera ingin dikongsikan bersama dari zahir dan batin”

Karya catan tiga dimensi ini disusun seperti satu dinding ‘ziz- zaz’ mempunyai imej dihadapan dan dibelakang. Khalayak boleh memilih untuk melihat dari hadapan atau pun dari belakang. Dengan saiz setiap keping berukuran A4 karya ini mengingatkan khalayak kepada kad-kad ucapan yang sering didapati dipasaran. Melihat dibahagian hadapan setiap keping yang bersambung antara satu sama lain mempunyai imej-imej tertentu. Kepingan pertama mengandungi imej rumah, awan dan teks ‘rumah’ ,perkataan “Ini rumah saya, saya suka rumah saya” Kepingan ini telah dilukis oleh anak beliau yang berusia 7 tahun.

(6)

Mohd Saharuddin Supar pula membawa tema ‘deja vu’. Satu istilah yang asalnya dari bahasa peranchis Karya ulau (dalam loghat Melaka, maksudnya ular) merupakan ulangan teknik karya-karya terdahulu tetapi untuk pameran di solo ini ianya kelihatan menarik apabila ulau menjadi tajuknya. Kenapa ular? Adakah kerana susunan lubang yang ditebuk kali ini bersifat berlingkar lalu teringat akan hal ular. Sememang untuk memberi kewajaran terhadap sebuah karya yang bersandarkan isme abstrak ekspressionis merupakan tanggungjawab yang berat begitulah dalam karya ulau ini. Melalui temubual melalui sms Mohd Saharuddin telah memberi penjelasan sedikit berkaitan karya beliau.

“Setelah tiga puluh tahun bernafas di muka bumi, kini menjadi pemastautin Melaka. Bergaul dengan penduduk desa di Melaka, seringkali ular menjadi watak utama sembang di warong. Ular itu, ular ini, ada di sana, ada di sini, panjang sebegitu, panjang sebegini. Besar macam tiang itu, besar macam tiang ini. Masuk rumah sana, masuk rumah sini. Adak kat lubang situ, ada kat lubang sini. Semuanya begitu kerap. Tiada topic lain yang sekerapnya. Begitu sensasi seolah tiada lain sesensasinya. Kisah memuncak bila aku sendiri ber’temu’ seekor ular semasa memikat ayam hutan” Semuanya bagai ‘deja vu’. Kukenang , kerenung kehidupan ini, ia berputaran, berkitaran berlingkaran”

(Mohd Shahruddin Supar, 3 mac 2014, 9.51 am. SMS)

Karya Diana Ibrahim Entering The Great Maklaysian Landscape # Alor Gajah membawa tema alam sekitar yang kian mengalami kemusnahan akibat kerakusan manusia yang mengutamakan keuntungan. Pembangunan yang tidak seimbang menyebabkan alam mengalami kemusnahan. Masa kini pembangunan bukan hanya berlaku di kawasan bandar semata-mata tetapi turut berlaku di kawasan-kawasan kampong. Dalam konteks karya Entering The Great Maklaysian Landscape # Alor Gajah, Diana menjadikan Alor Gajah sebagai latar karyanya. Manakala imej yang disuakan adalah haiwan kerbau. Kerbau yang suka berkubang besar kemungkinan suatu hari nanti tidak dapat melakukan kebiasaan tersebut apabila alam semulajadi dipenuhi pembangunan yang tidak terancang. Suatu yang menarik diperolehi dari karya ini adalah perihal bahan-bahan yang digunakan dalam menampilkan bentukan karya printing kontemporari. Kotak gula-gula ubat (found objet) telah digunakan bagi memerangkap imej kerbau dan lanskap, ianya seolah-olah menyimpan lanskap tersebut kedalam kotak atau boleh jug dibaca sebagai lanskap yang sakit perlu dirawat. Kotak bekas gula-gula ubat itu dibaratkan kotak ubat yang sering dibawa untuk merawat kecederaan. Sedikit sebanyak karya ini mengingatkan penyelidik kepada karya beliau yang telah memenangi bakat muda Sezaman 2010, First Aid Kit. Hanya isunya yang berbeza, jika dalam tahun 2010 Diana megenengahkan isu penyakit sosial tapi karya terbaru ini membicarakan penyakit persekitaran. Penggunaan kanta pembesar merupakan satu simbol untuk membuat penelitian atau melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Diana mengajak manusia memikirkan secara halus permasalahan yang dibawa demi kebaikan bersama.

(7)

Rosli Zakaria juga membawa tema persekitaran di dalam karya arca dindingnya Namun isunya berbeza iaitu beliau melihat perlunya mengekalkan sesuatu yang bernilai dalam masyarakat Kampung Lendu. Karya Lendu merupakan manifestasi pengkarya terhadap persekitaraan kampong yang harus di jaga dan dipelihara agar tidak dimusnahkan dengan perkara-perkara negatif. Keunikan serta keaslian kampong Lendu harus dirakam dalam bentuk penulisan buku. Dengan cara ini keaslian, sejarah, budaya kampong Lendu akan kekal dalam bentuk rakaman melalui buku. Walaupun satu hari nanti fizikal kampong Lendu akan berubah dengan yang baru dan moden namun rakam imej serta penulisan didalam buku akan menjadi khazanah kekal untuk tatapan genarasi akan datang.

Karya yang dipersembahkan menggunakan bahan kertas A4 yang telah digunakan kemudiannya dijilid. Disetiap kertas berjilid yang berlainan tebal diukir teks L E N D U. Manakala tertera imej-imej yang berkaitan dengan kampong lendu sendiri seperti rumah kampong , masjid, papan tanda dan muka hadapan Universiti Teknologi MARA. Perbuatan menjilid secara rambang mampu diterjemahkan sebagai sesuatu warisan harus di pelihara. Manakala Kotak Dailog yang diletakkan dibahagian atas mengandungi frasa kata yang menjadi identiti Rosli didalam karya-karyanya sebelum ini.

Karya terakhir yang dibicarakan adalah karya oleh Shahriah bt Mohd Roshidi. Artist muda, baru dan prolifik. Antara pemikiran dan ciri-ciri seorang artis kontemporari adalah mengubah persepsi atau pandangan terhadap sesuatu yang biasa kepada luarbiasa. Dalam konteks diri Shahriah telah wujud ciri-ciri tersebut. Ini kerana, karyanya fungal Growth- The Journey semacam keluar dari kebiasaan. Beliau melihat persoalan context lebih mustahak dari content. Menjadikan kulat yang sering mendatangkan masalah dalam konteks pemakanan, kini Shahriah mengubah konteksnya dalam kerangka sebuah kajian untuk penghasilan karya seni visual. Pertumbuhan kulat secara semulajadi akibat tindak balas cuaca, udara, dan air telah beliau amati seperti seorang ahli sains, merekod dan merakam, mencatat dan melakar. Dalam karya yang dipamerkan ini, Shahriah telah menggunakan speciment yang telah dibekukan (diawetkan) lalu ianya menjadi sebuah karya. Suatu objek makanan telah tidak boleh dimakan kerana angkara kulat lalu menjadi begitu kontemporari untuk menjadi sebuah karya seni instalasi. Ketika di temubual bagaimana idea ini berlaku beliau menyatakan ia bertitik tolak dari proses pembelajaran yang memerlukan mencari sesuatu untuk dijadikan kajian. Maka ketika beliau pulang dikampungnya Perak beberapa kajian telah dibuat antaranya di sawah padi ,hasilnya beiau menjumpai kulat atau lumut-lumut yang terdapat di batasan padi. Berpunca kajian ringkas di sawah padi menyebabkan Shahriah teruja meneruskan kerja-kerja pengamatan makro untuk melihat dan menilai kulat-kulat yang pelbagai sifatnya dan mempunyai nilai estetik dalam konteks keseniaan

Kesimpulan

(8)

bersama dengan perantaranya 6 keping kertas berlipat zig zag. Nilai kasih saying telah mengikat keluarga ini

Tema pengalaman peribadi, jelas berlaku dalam karya ulau oleh Mohd Shahruddin Supar sehinggakan beliau merasakan pernah mengalami sesuatu peristiwa diatas kejadian yang telah berlaku. Dan ini dinamakan déjà vu .

Diana dan Rosli telah membawa tema environment didalam karya mereka. Persoalan pembangunan yang akan merosakkan alam semula jadi menjadi intipati karya Diana. Manakala rosli memberi tumpuan kepada isu mengekalkan, merakam objek-objek warisan untuk dibukukan. Shahriah ibarat saintis gila yang meneroka dunia sains kajihayat untuk menemukan keindahan dan nilai-nila estitik yang tinggi menurut persepsi seorang artis.

RUJUKAN

Ahmadrashidi Hasan, 2012. Contemporary Islamic Painting in Malaysia 1980-2000, Shah Alam, UiTM Press.

Jahani Ali, 1991. Seni Dan Sistem Sosial. Shah Alam, KSSR.

Metalmania, 2013. Kuala Lumpur, Segaris Art Center.

Muliyadi Mahamoo, 2001. Seni Lukis Moden Malaysia-Era Perintis Hingga Era Pluralis. Kuala Lumpur : Utusan publication & Distributors Sdn Bhd.

Ocvirk Otto G., Stinson R.E., Wigg P.R., Bone R.O.,Cayton D L. 1994. Art Fundamentals Theory & Practice. Edisi Ketujuh. UK: Wcc Brown & benchmark Publishers.

Prosiding Sidang Seni SINI08, 2008, Kuala Lump

(9)

LAMPIRAN 1

(10)

Artist Diana Ibrahim

Title Entering The Great Maklaysian Landscape # Alor Gajah Material Aluminium box, Magnifine Glass

Saize variable dimension Year 2014.

(11)

Mohd Saharudin Supar

(12)

Rosli Zakaria, LENDU, 143cm 44 cm x 12 cm.

Kertas ‘recycle’, Akrilik, Benang, Sticker, Klip, cabel tied. 2014

(13)

Shahriah Roshidi, Title of artwork : Fungal Growth - The Journey Dimension (cm) : Variables

Referensi

Dokumen terkait