TUGASAN HBHE 2103 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH
SIHAT
Penyakit bawaan vektor ialah penyakit yang boleh membunuh dan
merebak sebagai wabak. Penyebaran penyakit bawaan vektor
berkait rapat dengan kegagalan mengurus selia kebersihan
persekitaran kawasan kediaman.
Antara penyakit bawaan vektor yang kedua ialah demam
malaria. Demam malaria berpunca daripada nyamuk tiruk yang
meninggalkan bakteria dalam darah mangsa yang digigit oleh
nyamuk ini. Bakteria tersebut akan membiak dalam darah hingga
boleh menyebabkan kesan jangkitan bakteria seperti sakit kepala,
demam sejuk yang melampau, dan sesak nafas. Pembiakan
nyamuk ini sering dikaitkan dengan kawasan petempatan yang
kotor dan tidak terurus dengan sempurna, kawasan pembuangan
sampah, dan sisa buangan domestik.
Bagi mencegah wabak penyakit bawaan vektor daripada
merebak, penjagaan kebersihan persekitaran perlulah diutamakan.
Komuniti kawasan perumahan dan kediaman perlulah
bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan dan kediaman seperti
membersihkan longkang yang tersumbat, kawasan belukar yang
mempunyai takungan air. Penghuni kediaman juga perlulah selalu
membersihkan kawasan kediaman dengan memastikan tiada air
yang bertakung di dalam pasu bunga, bekas buangan tin, dan
mana-mana simpanan air yang menjadi kawasan pembiakan
nyamuk.
dan kawasan perparitan yang terbuka perlulah dilakukan. Hal ini
akan dapat menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk dalam
sklaa besar. Selain itu, Kementerian Kesihatan perlulah melakukan
pemantauan dan pemeriksaan kawasan kediaman dengan kerap
untuk
memastikan
penghuni
kediaman
sentiasa
menjaga
kebersihan, melupus sampah, dan kawasan takungan air
diselenggara secara terurus agar pembiakan nyamuk dapat
dicegah.
Kesimpulannya, penyakit bawaan vektor dapat dicegah
jika tahap penjagaan kebersihan persekitaran dapat ditingkatkan
dan semua ahli masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi
untuk menjaga kebersihan kediaman dan persekitaran.
Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini ialah
manifestasi perbuatan manusia itu sendiri sama ada secara
langsung atau tidak secara langsung. Masalah ini boleh
memberikan kesan yang memudaratkan kepada manusia dan alam
sekitar.
udara kerana lokasi negara terletak berhampiran Kalimantan,
Indonesia.
Kilang-kilang perindustrian dan kenderaan-kenderaan
bermotor digunakan oleh manusia turut menyumbang kepada
masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini.
Kilang-kilang perindustrian, terutama industri bahan mentah akan
membebaskan gas-gas kimia beracun ke udara meelalui
serombong asap. Gas-gas kimia beracun tersebut akan bertindak
balas dengan kandungan udara bersih di atmosfera menyebabkan
kaualiti
udar
merosot.
Terdapat
pengilang
yang
tidak
bertanggungjawab melakukan pembebasan gas-gas beracun ke
udara tanpa dirawat terlebih dahulu memburukkan lagi keadaan.
Kenderaan-kenderaan berenjin seperti kereta, bas, lori dan
motorsikal yang digunakan oleh manusia turut membebaskan
gas-gas beracun seperti karbon monoksida yang menyumbang kepada
kemerosotan kualiti udara negara ini.
Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara
menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia. Kualiti udara
yang kotor dalam masalah jerebu boleh mendatangkan penyakit
asma, lelah, dan jangkitan kuman pada paru-paru. Apabila manusia
menhirup udara yang kotor untuk bernafas, kandungan oksigen
yang tercemar akan memberi kesan kepada organ dalaman
manusia seperti paru-paru, trakea dan mukus pada rongga hidung.
Oleh itu, masalah jerebu
dan kemerosotan kualiti udara
mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia.
Sumber:
Di Malaysia, terdapat beberapa penyakit utama yang dikategorikan
dalam kumpulan penyakit bawaan air dan makanan iaitu demam
kepialu, penyakit taun, disenteri (cirit-birit berdarah), hepatitis A dan
keracunan makanan. Penyakit-penyakit ini menjangkiti seseorang
melalui pengambilan makanan atau minuman yang tercemar dengan
kuman penyakit tersebut. Kuman penyakit-penyakit ini datang dari najis
manusia dan najis binatang yang telah dijangkiti serta persekitaran yang
kotor.
Taun (Cholera)
Penyakit taun disebabkan oleh jangkitan bakteria
vibrio
cholera
yang mempunyai gejala awal cirit-birit tanpa sakit,
loya dan muntah. Jika tidak dirawat segera boleh
menyebabkan dehidrasi, asidosis, renjatan, kurang gula
dalam darah dan penyakit buah pinggang akut. Penyakit
taun yang boelh membawa wabak ini biasanya
mempunyai kaitan dengan sanitasi persekitaran, tahap
kebersihan premis makanan, kebersihan diri dan bekalan
air minum yang kurang memuaskan.
Disenteri atau cirit birit berdarah adalah diagnosis klinikal
merujuk kepada cirit birit dengan najis berair (loose or
watery stool) mengandungi darah yang boleh dilihat pada
mata kasar. Ianya boleh disebabkan oleh bakteria atau
protozoa antaranya seperti
Shigella sp
.
(terutamanya
Shigella dysentriae
jenis 1
[Sd1]),
Salmonella sp., Enteroinvasive E.
Coli
dan
Entamoeba histolytica
.
Komplikasi boleh berlaku jika kehilangan banyak air yang
memberi kesan kepada jantung dan buah pinggang.
Antara komplikasi yang perlu diawasi ialah:
1.
Demam yang tinggi (melebihi 39
oC)
2.
Kejang atau paralisis
3.
Haemolytic uraemic syndrome
: Sindrom dengan tiga
kesan utama –
Haemolytic anaemia,
thrombocytopaenia
dan kegagalan buah pinggang
Keracunan Makanan (Food Poisoning)
Penyakit-penyakit bawaan makanan berpunca daripada
pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Ia
termasuk keracunan makanan dan jangkitan bawaan
makanan (foodborne intoxication). Ciri-ciri klinikal
keracunan makanan adalah berbeza bergantung kepada
jenis agen mikrobiologi atau toksin. Antara punca
utamanya ialah:
1.
Jangkitan bakteria, virus dan parasit seperti
Escherrichia
coli,
Norwalk
virus dan
Toxoplasmosis
2.
Toksin yang dibawa oleh pembiakan bakteria dalam
makanan seperti
Clostridium perfringens, Clostridium
botulinum, Staphylococcus aureus
dan
Bacillus cereus
3.
Toksin yang dihasilkan oleh tumbuhan ataupun haiwan
Terdapat persamaan umum antara penyakit-penyakit bawaan air dan
makanan ini. Antara tanda-tanda dan gejala umumnya ialah:
Sakit kepala yang kuat
Sakit perut
Loya dan muntah
Cirit birit
Demam panas dan berterusan selama 3 hingga 4 minggu
Ruam di badan
Tiada selera makan
Kulit kering
Mata layu dan cekung
Letih lesu dan tidak tidak bermaya
Tidak sedarkan diri dan meracau
Mencegah itu lebih baik daripada
merawat. Langkah-langkah pencegahan daripada mendapat penyakit
bawaan air dan makanan termasuk:
Minum air yang telah dimasak
Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air
bersih sebelum dimakan
Basuh semua pinggan mangkuk dengan sabun dan air
bersih
Sediakan makanan di tempat yang tinggi dan bersih
Makan makanan yang baru dimasak
Pilih penjual/gerai makanan yang bersih jika
membeli/makan di luar
Gunakan penyepit/senduk untuk mengambil makanan
Bina dan gunakan tandas yang sempurna dan bersih
Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum
menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke
tandas
Lupuskan sampah dan bersihkan kawasan rumah dengan
sempurna supaya lalat, lipas dan tikus tidak membiak
Sumber : https//imedikkelantan.wordpress.com
Malaria
Pengenalan
Malaria adalah penyakit disebabkan oleh parasit plasmodium. Penyakit merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit (dipanggil sporozoites) berkenaan. Apabila parasit masuk kedalam tubuh manusia ia akan bergerak melalui salur darah dan terus ke hati. Di dalam hati, parasit menjadi matang dan masuk semula ke dalam sistem darah dan membiak. Dalam masa 48 hingga 72 jam selepas jangkitan, sel darah merah pecah, dan mengeluarkan/melepaskan lebih banyak parasit(merozoites) dan lebih banyak sel darah merah dijangkiti.
peredaran darah berlebihan selepas sel darah pecah. Gejala utama biasanya timbul seawal 8 hari atau selewat-lewatnya setahun kemudian.
Gejala malaria berlaku dalam pusingan antara 48 hingga 72 jam, akibat pelepasan merozoites yang berlebihan ke dalam salur darah. Anaemia terjadi akibat dari kemusnahan bilangan sel darah merah yang terlalu banyak dan paras hemoglobin yang berlebihan disalurkan ke dalam sistem darah selepas ianya pecah. Malaria juga boleh dipindahkan secara semulajadi semasa anak dalam kandungan dan melalui pemindahan darah. Parasit malaria boleh dibawa oleh nyamuk dalam suhu lembab, tetapi parasit ini akan hilang bila musim sejuk. Penyakit ini menjadi masalah yang besar/utama kepada kebanyakan negara tropika.
Setiap tahun Bahagian CDC menganggarkan 300 hingga 500 juta kes malaria dengan kematian melebihi satu juta. Sesetengah negara di dunia, nyamuk pembawa malaria menjadi kebal kepada racun serangga, manakala antibiotik tidak memberi kesan kepada parasit. Oleh itu jangkitan penyakit ini sukar dikawal. Salah satu daripada 4 jenis parasit malaria iaitu Malaria Falciparum mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada sel darah merah. berbanding dengan parasit lain. Ia akan membiak dalam tempoh beberapa jam selepas gejala awal dikesan.
Tanda dan Gejala
Mengiggil, demam dan berpeluh
Sakit kepala
Sakit otot
Loya dan muntah
Anemia
Jaundis (kekuningan)
Sawan
Koma
Bengkak hati dan limpa dapat dikesan semasa pemeriksaan fizikal. Contoh darah pesakit malaria akan diambil untuk diagnosa dan keputusan boleh diketahui dalam tempoh 6 hingga 12 jam.
Komplikasi
Kegagalan fungsi hati dan buah pinggang
Kemusnahan sel darah merah (hemolytic anemia)
Jangkitan kuman di lapisan otak (Meningitis)
Limpa pecah(rupture of spleen) yang mengakibatkan perdarahan yang teruk
Ramalan Pemulihan/Prognosis
Pesakit malaria pulih sepenuhnya selepas mendapat rawatan tetapi, kes jangkitan Falciparum kurang memuaskan , kerana ketahanan ( resistant) parasit terhadap ubat anti-malaria adalah tinggi
Rawatan
Dalam kebanyakan kes, malaria boleh dirawat dan pulih. Ubat antimalaria boleh diperolehi dengan mudah di hospital dan klinik. Ubat yang biasa diguna chloroquine, quinine dan primaquine. Regim ubat bergantung kepada usia dan tempat di mana mendapat jangkitan. ( parasit malaria dari kawasan tertentu kebal kepada ubat malaria yang biasa) dan alahan kepada ubat.
malaria mungkin perlu rawatan di unit rawatan rapi, terutama jika ada komplikasi yang melibatkan otak dan buah pinggang.
Pesakit yang mendapat jangkitan, terutamanya malaria Falciparum perlu rawatan kecemasan dan masuk hospital. Chloroquine ialah ubat yang biasa digunakan. untuk kes kebal chloroquine, Quindinen atau quinine atau gabungan pyrimethamine dan sulfadoxine diberi
Pencegahan
Tiada vaksin khas mencegah malaria. Ubat antimalaria diberi sebagai rawatan pencegahan kepada mereka yang keluar daerah di mana penyakit ini senang merebak . Rawatan kepada pencegahan juga diberi pada wanita mengandung di kawasan wabak untuk mengelakkan jangkitan kejanin. Ubat ini juga diberi kepada pelawat mengunjungi kawasan yang berisiko 2 minggu sebelum pergi dan 4 minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut. Jenis ubat yang diberi bergantung kepada tempat yang akan dilawati.
Langkah pencegahan lebih bertumpu kepada cara memusnahkan nyamuk dengan mencampurkan racun serangga di tempat pembiakanya seperti paya di mana airnya bertakung.Individu yang diberi ubat antimalaria masih boleh dijangkiti malaria. Memakai baju dan seluar panjang, pasangkan net ditingkap dan guna krim pencegah untuk mengelakkan gigitan nyamuk.Ubat chloroquine adalah ubat pilihan untuk mencegah malaria.
Ubat Mefloquine berkesan untuk parasit jenis Falciparum malaria, walau bagaimanapun ubat ini memberi kesan sampingan kepada mental seperti keliru. Pelawat boleh menghubungi CDC ( Communicable Disease Centre) untuk mendapat maklumat berkenaan malaria, ubat pencegah, kawasan wabak dan masa yang sesuai untuk mengembara.
Cirit-Birit
Cirit- birit ialah buang air besar luar biasa kerap atau pembuangan najis cair berlebihan.
Jenis-Jenis
Cirit- birit akut
Jenis yang paling biasa
Tidak melarat jangka masa pendek, berakhir dalam beberapa hari sahaja
Selalunya disebabkan jangkitan kuman pada makanan dan minuman (bakteria, virus, kulat)
Makanan yang kerap dikaitkan ialah daging ayam, makanan laut, susu dan hasil tenusu
Punca lain termasuk alahan makanan terutamanya selepas makan buah-buahan atau kekacang secara berlebihan dan alahan antibiotik
Cirit-birit Kronik
Berulang
Jangka masa lebih lama,melebihi 4 minggu
Najis berair, bercampur darah atau berminyak
Mempunyai penyebab yang lebih membahayakan
Mungkin disebabkan kanser usus, penyakit radang usus, penyakit berjangkit yang kronik seperti HIV, penggunaan julap dan antasid yang berpanjangan, gangguan saraf akibat penyakit diabetes (diabetic neuropathy), sembelit dengan lelehan cirit terutama pesakit warga emas yang terlantar di katil.
Gejala
Najis cair dalam pelbagai bentuk
Mungkin disertai darah dan atau lendir
Senak perut
Inkontinen (hilang kawalan buang air besar)
Sakit kepala
Muntah
Demam
Buang air besar berselang-seli antara cirit-birit dan sembelit
Hilang berat badan dan selera makan
Sakit sendi, sakit belakang, masalah mata atau ulser mulut
Komplikasi
Dehidrasi - kehilangan air dengan banyak
Ini boleh membahayakan kesihatan dan anda perlu menerima rawatan segera.
Rawatan
Cirit- birit akut
Biasanya melalui pengubahan diet dan rawatan tanpa ubat
Rehatkan usus
Ambil cecair dalam kuantiti sedikit tetapi kerap seperti air masak, dan air teh limau cair.
Ambil makanan kurang berlemak seperti bubur nasi, sup, kentang rebus, sayur lenyek, roti bakar, biskut tawar, buah dalam tin, jem, madu, jeli, susu kering skim atau susu pekat manis yang telah dicairkan dengan air. Elakkan minum arak, kopi, teh pekat, makanan bergoreng, makanan
pedas berempah, sayur-sayuran mentah berkulit keras dan merokok. Kurangkan aktiviti biasa sehingga cirit-birit berhenti
Pada hari ketiga, mula mengambil sedikit bahan tenusu seperti mencampurkan susu di dalam teh atau kopi. Juga sedikit daging tanpa lemak dan ikan sama ada di kukus atau di bakar.
Jumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 8 jam dengan pengeluaran najis yang berlebihan ((≥ 6 kali / 24jam) atau najis bercampur darah.
Cirit-birit Kronik
Jumpa doktor anda untuk mencari punca dan merawatnya
Pencegahan
Ambil makanan yang baru dimasak
Amalkan kebersihan diri terutama selepas menggunakan tandas
Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air
Elakkan penggunaan julap berpanjangan
Elakkan penggunaan antibiotik, julap dan antasid kecuali perlu.
Keracunan Makanan
Apa itu keracunan makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2007 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).
Apa yang menyebabkan keracunan makanan?
Punca keracunan makanan:
Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
Agen penyebab keracunan tersebut
Amaun (dos) bakteria, virus atau toksin
Umur seseorang
Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit itu mungkin akan mengalami :
Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala
Keletihan
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah :
Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :
Sentiasa menjaga kebersihan
o Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
o Basuh tangan selepas keluar dari tandas
o Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
o Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak
dan haiwan-haiwan yang lain
Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
o Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang
telah dimasak
o Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang
berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
o Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
Sentiasa masak dengan sempurna
o Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan
makanan laut
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
o Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
o Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi
didalam peti sejuk / peti sejuk beku
o Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
o Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
o Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika
dimakan mentah (ulam, salad)
o Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
o Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan
makanan?
Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
Ikut nasihat doktor
Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut