• Tidak ada hasil yang ditemukan

Apa itu PSH mengikut pandangan saya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Apa itu PSH mengikut pandangan saya"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

1 Bab 1

Aspirasi

Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat memperkasakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di kalangan rakyat Malaysia dengan menjadikan pendidikan dan belajar semula sebagai budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia. Ini boleh dicapai melalui sistem PSH yang mempunyai kualiti yang tinggi dan diuruskan dengan baik di dalam komuniti pembelajaran di setiap organisasi. (Kementerian Pendidikan, 2015)

1. PENDAHULUAN.

Aset utama sesorang individu adalah ilmu pengetahuan yang diperolehi sepanjang hidupnya.

Aset ini berupaya memperluaskan peluang untuk maju dan cemerlang dalam bidang yang

diceburi selain meningkatkan keupayaan individu bersaing khususnya dalam cabaran semasa

ekonomi negara dan dunia yang sering berubah. Mendapatkan ilmu secara berterusan

membolehkan seseorang individu itu bersedia untuk menangani perubahan-perubahan sama ada

dari segi perkembangan teknologi, kemahiran, prosedur kerja, polisi, dan sebagainya serta

sentiasa bersedia untuk bersaing dengan individu-individu lain yang sentiasa berusaha

meningkatkan pengetahuan mereka dari semasa ke semasa.

Kegagalan individu untuk mengarap ilmu baharu akan menyebabkan individu tersebut

sentiasa ketinggalan kerana kepesatan perkembangan ilmu telah berkembang menjadi sekali

ganda dalam tempoh sepuluh tahun dan dijangkakan tempoh ini akan menjadi pendek dalam

masa mendatang. Pendapat ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh American Society of

Training and Documentation (ASTD) dimana mereka mendapati kepesatan perkembangan ilmu

pengetahuan pada masa kini telah menjadikan jangka hayat bagi sesuatu ilmu pengetahuan

semakin pendek (Gonzalez (dalam Siemens, 2005)).

Dari itu individu terutamanya yang sedang bekerja perlu sedar bahawa dengan

pengalaman kerja sahaja mereka tidak akan pergi kemana sebaliknya kepentingan meningkatkan

ilmu pengetahuan secara berterusan perlu dititik beratkan. Dengan adanya ilmu, ini secara tidak

langsung dapat memastikan individu tersebut sentiasa kekal relevan dengan keadaan semasa dan

dapat memenuhi kehendak dan keperluan pasaran kerja serta mampu berdaya saing dengan

(2)

2

Menurut Ngo (2014), berdasarkan kepada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada

tahun 2009, hanya 23 peratus sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai

pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

dan Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28 peratus dan mencecah 35 peratus di Singapura dan

Finland. Ini bermakna terdapat 73 peratus tenaga kerja Malaysia masih terangkum dalam

kumpulan tidak mahir dan separa mahir dengan kelayakan akademik tertinggi pada peringkat

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

Berbanding tahun 2009, peratusan tenaga kerja dengan pendidikan tertiary didapati telah

menunjukkan peningkatan kepada 26.2 peratus pada tahun 2014. Ini merupakan petunjuk positif

atas usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan pelbagai pihak dengan sokongan dan

penyelarasan oleh pelbagai agensi kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

serta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang telah mengambil inisiatif menyediakan peluang

dan memperluaskan akses bagi kemasukan pada peringkat pendidikan tinggi melalui

Pengiktirafan Pengalaman dan Pembelajaran Terdahulu (RPEL) dan Pengakreditan Pembelajaran

Berdasarkan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Menyedari akan hakikat kepentingan pendidikan secara berterusan ini, Kerajaan Malaysia

telah mengambil pelbagai inisiatif khususnya dengan memartabatkan PSH sebagai salah satu

teras utama dalam Pelan Strategik Pembangunan Tinggi Negara (PSPTN) yang telah dimulakan

sejak tahun 2007. Sebagai kesinambungan, hala tuju dan perancangan PSH telah dikaji semula

dan ditambah baik ke arah pelaksanaan yang lebih berkesan, dinamik dan berdaya tahan.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk membudayakan PSH di kalangan masyarakat,

Universiti Malaya (UM) telah mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Pendidikan Berterusan

Universiti Malaya/ University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed) pada

tahun 1998 bertujuan membuka peluang kepada masyarakat umum khususnya warga bekerja

meliputi pelbagai peringkat usia khususnya di sektor swasta tetapi lama kelamaan didapati

gunatenaga dalam sektor awam pun turut berminat dalam program-program yang dianjurkan oleh

UMCCed. Mereka bertujuan meningkat serta menaiktaraf keupayaan dan kemahiran mereka

(3)

3

Walau pun begitu, masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan seperti mana yang telah

direncanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 khususnya bagi melahirkan modal insan

berkemahiran tinggi dengan sasaran 35%. Menurut ETP akan wujud sebanyak 3.3 juta kerja

baharu pada tahun 2020 yang mana 1.3 juta daripadanya adalah untuk golongan pekerja yang

mempunyai kemahiran pada tahap separa dan tinggi. Dari itu PSH adalah salah satu element

penting dalam usaha membawa Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada

tahun 2020.

1.1.LATAR BELAKANG KAJIAN

Penawaran program-program PSH melalui UMCCed sejak tahun 1998 sememangnya

bertujuan memenuhi hasrat UM untuk menyalurkan kepakaran serta memenuhi komitmennya

memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi membudayakan PSH di segenap

lapisan masyarakat.

Menurut Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-2015), Malaysia

memerlukan 680,000 orang pekerja mahir pada peringkat diploma menjelang tahun 2020

meliputi 580,000 orang dengan kelayakan diploma TVET dan 100,000 orang daripada

diploma akademik. Tambahan daripada itu, unjuran peningkatan enrolmen yang lebih besar

bagi pengajian pada peringkat sijil dan diploma berbanding dengan ijazah pertama adalah

untuk memperoleh nisbah antara kedua-duanya pada kadar 2:1 iaitu bagi tujuan menyokong

matlamat kerajaan menambah bilangan pekerja separa mahir atau separa profesional atas

pertimbangan kebolehpasaran serta keperluan negara dan menggalakkan pembudayaan PSH.

Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) akademik UM yang berautonomi,

UMCCed telah diberi mandat untuk menawarkan program di peringkat diploma, diploma

eksekutif dan sijil selain kursus-kursus pendek mengikut keperluan pasaran kerja. Sambutan

baik masyarakat khususnya warga bekerja terhadap program diploma eksekutif telah

menyaksikan perkembangan program ini dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan,

perakaunan, pendidikan awal kanak-kanak dan pengajian Islam.

Berdasarkan Kajian Pencapaian Graduan (2012-2015) Diploma Eksekutif UMCCed

(Rajah 1) yang dijalankan pada 2016, sememangnya program yang ditawarkan ini telah

(4)

4

PSH meliputi tawaran pekerjaan yang lebih baik, kenaikan pangkat dan gaji selain

melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Rajah 1: Tahap Persetujuan Kesan Menamatkan Pengajian Program Diploma Eksekutif (%)

Sumber: Kajian Pencapaian Graduan Diploma Eksekutif UMCCed 2016.

Jadual 1: Ambilan pelajar bagi Program Diploma Eksekutif dari tahun 2013 hingga tahun 2017

(5)

5

Program Diploma Eksekutif yang ditawarkan pada awalnya tanpa akreditasi telah

melalui fasa transformasi apabila MQA mengemukakan garis panduan akreditasi program

Diploma Eksekutif pada tahun 2010. Bermula tahun 2012, UMCCed telah

memberhentikan penawaran program-program tanpa akreditasi, dan secara berperingkat

penawaran program yang berakreditasi telah bermula pada pertengahan tahun 2013.

Berikut adalah rekod ambilan pelajar bagi Program Diploma Eksekutif dari tahun 2013

hingga tahun 2017.

1.2.PENYATAAN MASALAH

Kini PSH sudah menjadi satu keperluan dalam penghasilan tenaga kerja negara yang mampu

bersaing dalam era ekonomi global disamping melahirkan warganegara yang berpengetahuan

dan berinovasi. Dari itu setiap anggota masyarakat seharusnya menjadikan PSH itu sebagai

budaya hidup, kalau mereka mahu kekal kompetitif dalam persekitaran hidup yang baharu.

Kesedaran berhubung PSH telah wujud apabila kerajaan menggariskan untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Pada masa ini, peluang melanjutkan pengajian

terbuka luas dalam pelbagai institusi pendidikan. Di bawah pengelolaan KPT, pelajar dewasa

boleh melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta, kolej universiti, universiti

terbuka, politeknik, kolej komuniti atau kolej swasta. Di samping itu, pelbagai agensi

kerajaan dan kementerian turut menawarkan pendidikan dan latihan kepada orang awam.

Kementerian berkenaan ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian

Pelancongan dan Kementerian Kesihatan.

Organisasi-organisasi tersebut berlumba-lumba untuk menawarkan program-program

yang mampu memenuhi peranan dan tujuan kewujudannya. Bagi institusi pengajian tinggi

pula mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan pelajar-pelajar dewasa ini kerana mereka

ini adalah sumber kewangan utama mereka. Ada yang mengamalkan pengambilan secara

terbuka, mengiktiraf pengalaman-pengalaman terdahulu dan ada juga yang mengenakan

(6)

6

UMCCed yang telah memulakan operasinya mulai 1998 telah mengendalikan

program-program PSH yang dapat memenuhi keperluan pasaran serta majikan. Namun

begitu, UMCCed turut menghadapi pelbagai cabaran dalam mendapatkan penyertaan yang

lebih tinggi apabila ia terpaksa berhadapan dengan syarat-syarat utama selain melalui proses

kelulusan pembangunan program yang panjang akibat ianya berfungsi sebagai sebuah PTj

akademik di Universiti Malaya yang juga merupakan sebuah Universiti Penyelidikan. Kesan

daripada ini, pihak UMCCed terpaksa beroperasi dengan mendepani pelbagai cabaran dan

kekangan dalam pasaran yang terhad.

1.2.1. Persaingan Program Eksekutif

Kerancakan kempen oleh pihak kerajaan dalam mempromosi PSH khususnya sejak

pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Tinggi Negara (PSPTN) pada tahun 2007

sebagai Teras keenam telah menarik perhatian banyak IPT awam dan swasta untuk

menawarkan pelbagai program PSH sama ada berbentuk formal, bukan-formal dan

informal. Program-program berbentuk formal khususnya program akademik meliputi

peringkat sijil sehingga sarjana yang ditawarkan terdiri daripada program yang

diakreditasi dan tanpa akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengikut Kerangka

Kelayakan Malaysia (MQF). Kebanyakan program tanpa akreditasi ini diberi frasa tambahan iaitu “eksekutif” atau pun “profesional” bergantung kepada peringkat pensijilan bagi membezakan di antara program PSH ini dengan program arus perdana.

Tidak ketinggalan adalah program diploma eksekutif yang mula ditawarkan oleh

UMCCed sejak tahun 1998 yang telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan

khususnya daripada warga bekerja sektor swasta.

Penerimaan positif terhadap program “eksekutif” atau “profesional” ini serta

ketiadaan standard atau garis panduan khusus bagi program eksekutif telah menyebabkan

sebahagian IPT menawarkan program peringkat sarjana muda dan sarjana dengan nama “eksekutif” tanpa piawaian khusus. Terdapat program yang ditawarkan mengikut keperluan untuk menarik lebih ramai penyertaan termasuklah tempoh masa yang singkat,

yuran yang lebih murah, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel serta kaedah

penilaian yang tidak membebankan. Menurut Barnett (2010), selain kredibiliti institusi

yang menawarkan program dan program yang ditawarkan, faktor-faktor khususnya

(7)

7

penting bagi golongan bekerja dalam membuat pilihan untuk mengikuti sesuatu program

pengajian.

Oleh kerana terdapat terlalu banyak IPT yang menawarkan program “eksekutif” ini dengan pelbagai format dan kaedah yang berbeza, pihak MQA telah mengemukakan

garis panduan berhubung penawaran program Diploma Eksekutif pada tahun 2010. Ini

bagi menetapkan standard dan kualiti program diploma eksekutif supaya bersesuaian

dengan kualiti program peringkat diploma pada tahap 4 MQF. Sejajar dengan garis

panduan yang dikeluarkan ini, UMCCed telah memulakan langkah mendapatkan

akreditasi bagi semua program diploma eksekutif secara berperingkat dan menghentikan

penawaran program tanpa akreditasi bermula pada tahun 2012.

Walau bagaimanapun, oleh kerana pihak MQA tidak mewajibkan supaya semua

IPT mendapatkan akreditasi bagi program diploma eksekutif yang ditawarkan maka

terdapat IPT yang masih lagi pada masa ini menawarkan program tanpa akreditasi dengan

format lama. Ini adalah disebabkan masih terdapat permintaan bagi program seumpama

ini, khususnya dari majikan swasta.

1.2.2. Akreditasi dan Pengiktirafan

Peralihan penganjuran program diploma eksekutif daripada bentuk lama kepada yang

diakreditasi turut membawa cabaran-cabaran baharu yang terpaksa diharungikhususnya

oleh UMCCed. Antaranya adalah seperti berikut:

(a) Tempoh Pengajian Minimum

Tempoh pengajian yang perlu dipastikan oleh institusi penawar adalah sekarang lebih

lama berbanding dengan program bukan akreditasi. Amnya program UMCCed yang

ditawarkan pada masa ini telah bertambah 12 bulan lagi menjadikannya kurang menarik

kepada golongan bekerja. Tempoh program baharu selama lebih sedikit dari dua tahun

dilihat terlalu lama oleh golongan bekerja. Perkara ini dapat dilihat dari Rajah 2 dan

Rajah 3 di bawah. Dapat dilihat bahawa pada tahun 2011 penerimaan golongan bekerja

(8)

8

yang sama tetapi dengan format baharu, didapati kesemua program mengalami penurunan

dari sudut penglibatan golongan bekerja.

Rajah 2: Perbandingan Respon Ambilan Diploma Eksekutif (2011, 2014)

Rajah 3: Kadar Penurunan Respon (2011, 2014)

Sumber: Analisis Perbandingan Respon Diploma Eksekutif UMCCed 2011, 2014

(b) Pembangunan dan Penawaran Program

Sesetengah program yang ditawarkan telah menjalani proses pembangunan kurikulum

(9)

9

daripada pakar-pakar bidang yang berkaitan. Cadangan jawatankuasa pembangunan ini

dikaji seterusnya oleh sekurang-kurangnya dua jawatankuasa lain yang lebih tinggi di

peringkat UMCCed dan seterusnya melalui unit-unit lain serta beberapa jawatan kuasa di

peringkat Universiti. Kelulusan Senat Universiti dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU)

perlu diperolehi sebelum keputusan ini dimajukan ke MQA. Kelulusan KPT perlu

dipastikan sebelum program tersebut dapat diiklankan dan ditawarkan.

Selain itu, pasukan pembangunan kurikulum program perlu juga meneliti

piawaian kandungan program yang telah dibangunkan di peringkat MQA. Walau pun ini

adalah perkara yang wajar, tetapi sesetengahnya mengekang fleksibiliti dalam

pembangunan kurikulum yang lebih tersendiri di pihak pelaksana program. Umpamanya

adalah keperluan mematuhi syarat kursus institusi, di mana sesetengah keperluan

berkaitan tidak dapat dimanfaatkan oleh golongan pelajar bagi program yang

dibangunkan.

(c) Swa-Akreditasi, Penyenaraian MQR dan Pengiktirafan JPA

Pemberian status swa-akreditasi khususnya kepada UA sebenarnya amat baik kerana

Universiti berkenaan dapat melaksanakan proses akreditasi mengikut acuan MQA tetapi

memenuhi cita rasa keperluan universiti. Namun begitu pasukan pembangunan program

perlu mematuhi keperluan syarat universiti bahawa penganjuran program adalah pada

tahap kualiti yang tinggi sesuai dengan imej sesebuah universiti yang perlu sentiasa

dijaga. Namun begitu, proses swa-akreditasi untuk akreditasi sementara tidak dapat

memastikan penyenaraian program yang dibangunkan tersebut dalam senarai MQR

sepertimana kelebihan yang terdapat di pihak institusi swasta. Institusi swasta

menyerahkan dokumentasi terus kepada MQA dan terus mendapat penyenaraian

sementara dalam MQR. Di pihak UMCCed, ramai pelajar yang berminat mempunyai

kesangsian terhadap program baharu yang dibangunkan kerana mereka mendapati

program tersebut tidak tersenarai dalam MQR. Ini menimbulkan keraguan dan kekangan

yang tidak munasabah bagi penganjur program PSH di UA. Ini turut dialami dalam proses

akreditasi penuh kerana ia mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk disenaraikan

dalam MQR selepas kelulusan Senat dan LPU. Ini turut menjadi masalah kepada pelajar

dalam kohort pertama program yang sentiasa menginginkan program mereka tersenarai

(10)

10

Proses ini seterusnya diikuti dengan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan

oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang pada masa ini turut dikendalikan oleh Unit

Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam, di Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi yang pada asalnya melihat program diploma

eksekutif sebagai tidak mematuhi syarat keperluan jam kredit untuk program diploma.

Setelah berusaha, kejayaan telah diperolehi oleh UMCCed apabila program diploma

eksekutif yang berakreditasi sebenarnya sudah mematuhi keperluan tersebut, dan mula

tersenarai dan diiktiraf khususnya untuk penjawat awam.

(d) Yuran yang lebih tinggi

Penganjuran program yang diakreditasi sememangnya melibatkan kos yang lebih tinggi

hasil daripada keperluan untuk jam pertembungan serta bilangan jam kredit yang lebih

banyak daripada program bukan akreditasi sebelum ini. Perkara ini menyebabkan

kenaikan yuran yang lebih tinggi diantara 50 peratus hingga 70 peratus sehingga

menyebabkan penurunan dalam bilangan pelajar yang mendaftar untuk mengikuti

program berakreditasi.

(e) Kehendak Pasaran

Maklumbalas daripada kebanyakan majikan swasta menunjukkan bahawa mereka tidak

menetapkan keperluan kakitangan mereka untuk mengikuti hanya program diploma yang

berakreditasi. Antara sebab-sebab mereka adalah tempoh pengajian yang lebih lama yang

diikuti dengan yuran lebih tinggi yang perlu ditanggung oleh majikan untuk membiaya

pengajian mereka. Tambahan pula, majikan swasta melihat kurikulum yang disediakan

dan diluluskan oleh MQA tidak dapat diubahsuai mengikut keperluan majikan.

Sebaliknya proses untuk mewujudkan program diploma eksekutif baharu sesuai untuk

industri tertentu akan menelan masa kira-kira setahun untuk dibangunkan sebelum dapat

ditawarkan. Ini merupakan satu kekangan yang tidak dapat diatasi kerana program

akademik anjuran UA tidak dapat lari daripada diakreditasi. Ini merupakan satu titik tolak

kepada kelebihan institusi swasta yang dapat menyediakan program tanpa akreditasi yang

(11)

11

(f) Pengiktirafan Keperluan Pengajian Diploma oleh Majikan

Tidak banyak majikan yang sanggup membiarkan kakitangan mereka belajar sambil

bekerja untuk satu tempoh yang lama. Ini kerana kakitangan tersebut terpaksa mematuhi

syarat-syarat kehadiran dan komitmen kepada pengajian tersebut walhal mereka

diperlukan memberi komitmen dalam pekerjaan mereka. Majikan lebih rela melihat

kakitangan mereka menghadiri kursus pendek dan menjurus kepada keperluan organisasi

masing-masing. Terdapat juga para majikan yang khuatir bahawa kakitangan mereka

akan berpindah atau menerima tawaran kerja di tempat lain selepas menerima diploma.

(g) Laluan ke Pendidikan Tinggi tanpa Keperluan Sijil SPM

Saluran-saluran kemasukan alternatif yang menyokong PSH seperti penggunaan APEL

dan juga saluran terus ke ijazah pertama sememangnya memberi kesan kepada

penganjuran program diploma eksekutif. Melalui saluran terus ke ijazah pertama, para

pekerja di pasaran tidak lagi melihat keperluan untuk diploma. Ini termasuk adanya

saluran ke ijazah pertama dari Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) melalui ambilan

terbuka/Open Entry dengan menduduki RPL. Ini tidak menyokong penawaran program

diploma eksekutif

1.3.Penawaran Program Tanpa Akreditasi

Ketiadaan penguatkuasaan yang mewajibkan semua IPT untuk mendapatkan akreditasi MQA

telah menyebabkan wujudnya dua bentuk diploma eksekutif yang ditawarkan di pasaran iaitu

yang berakreditasi dan tanpa akreditasi. Program yang berakreditasi menghadapi kesukaran

untuk menyaingi program tanpa akreditasi khususnya daripada segi pengambilan pelajar

kerana terikat dengan syarat kemasukan yang ketat mengikut garis panduan yang ditetapkan

khususnya keperluan pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan dengan program yang

ingin diikuti.

Kesan daripada akreditasi ini khususnya kepada UMCCed dapat dilihat dalam Rajah 2

dan Rajah 3 iaitu berdasarkan kepada trend ambilan pelajar selepas akreditasi yang semakin

menurun di mana terdapat program yang mengalami penurunan serius sehingga hampir 80

(12)

12

Syarat kemasukan yang ketat ini menyebabkan program yang berakreditasi ini kurang

berdaya saing berbanding program tanpa akreditasi yang tidak tertakluk kepada syarat

kemasukan ditetapkan MQA serta ditawarkan dengan jangkamasa pengajian lebih pendek.

Permintaan bagi program tanpa akreditasi ini tetap mendapat sambutan disebabkan terdapat

para majikan sektor swasta yang masih tidak mengguna pakai standard pensijilan MQA bagi

tujuan perjawatan seperti mana amalan oleh sektor awam.

Selain itu, graduan program “eksekutif” ini juga turut berpeluang untuk melanjutkan pengajian kerana terdapat banyak universiti luar negara yang bekerjasama dengan IPTS

tempatan menawarkan peluang lanjutan pengajian serta pemberian pengecualian kredit.

1.3.1. Kepelbagaian Kaedah Pembelajaran

Program Diploma Eksekutif di UMCCed sehingga kini masih dilaksanakan melalui

kaedah konvensional iaitu memerlukan masa pertembungan di antara pelajar dengan

pensyarah mengikut jam kuliah yang ditetapkan. Kelas yang dijalankan pada setiap

hujung minggu memerlukan komitmen daripada para pelajar untuk berkorban cuti hujung

minggu mereka kecuali pada cuti semester yang diperuntukkan.

Perkembangan pesat teknologi internet telah membuka laluan bagi memudahkan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada golongan bekerja yang perlu

mengurus masa secara lebih terancang. Melalui teknologi internet, pelbagai kaedah

pengajaran dan pembelajaran alternatif meliputi Pengajian Jarak Jauh dan Terbuka (Open

and Distance Learning, ODL), e-pembelajaran dan pembelajaran bercampur telah dapat

ditawarkan oleh penyedia program PSH melalui pembangunan sistem pembelajaran dan

pengurusan pelajar dengan kos yang berpatutan. Menurut Noesgaard (2015), daripada 66

kajian berkaitan e-pembelajaran yang pernah dijalankan, hanya 10 peratus sahaja yang

mengatakan kaedah pembelajaran secara e-pembelajaran sebagai tidak efektif manakala

67 peratus mengatakan ianya efektif dan selebihnya separa efektif.

Melalui kaedah pembelajaran ini juga, golongan bekerja kini mempunyai pilihan

untuk tidak lagi terikat dengan komitmen untuk menghadiri kuliah pada setiap hujung

(13)

13

menghendaki kehadiran bersemuka yang minimum pada setiap semester dan ada di

antaranya tidak mewajibkan langsung kehadiran para pelajar dalam sesi kuliah.

Berdasarkan keadaan ini, program diploma eksekutif khususnya yang ditawarkan

oleh UMCCed yang ditawarkan melalui kaedah konvensional mengalami kesukaran

untuk menarik penyertaan golongan bekerja dan mengurangkan daya saing program ini

berbanding program yang ditawarkan IPT lain dalam pasaran. Kaedah pembelajaran

konvensional ini juga secara tidak langsung menjadikan saiz pasaran hanya terhad kepada

masyarakat yang bekerja atau tinggal berhampiran dengan lokasi pusat pembelajaran

sahaja serta tidak berpeluang untuk menawarkan program kepada pasaran pelajar luar

negara yang lebih besar.

1.3.2. Kesan Syarat Kemasukan

(a) Kemasukan Fleksibel

Pelancaran PSPTN pada 2007 telah menyaksikan kebanyakan UA mula

berlumba-lumba menawarkan program-program PSH pada pelbagai peringkat bagi tujuan

penjanaan pendapatan dalaman. Ini adalah kerana PSPTN mensasarkan

pengurangan peruntukan dana kepada UA secara berperingkat di mana UA perlu

menjana pendapatan dalaman bagi tujuan pembiayaan belanja mengurus dan

pembangunan. Sasaran yang diletakkan bagi penjanaan pendapatan dalaman ini

adalah sebanyak 15 peratus pada tahun 2007 sehinggalah mencapai 40 peratus

menjelang tahun 2020. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan pihak UA

mengambil beberapa langkah untuk menjana pendapatan sendiri khususnya bagi

meningkatkan enrolmen pelajar PSH termasuklah menurunkan syarat kelayakan

masuk bagi program akademik yang ditawarkan.

UMCCed yang menawarkan program pada peringkat diploma eksekutif

yang mensasarkan kumpulan peserta dengan kelayakan minimum SPM turut

mengalami kesan kemerosotan kerana terpaksa bersaing dengan program di

peringkat sarjana muda dan sarjana yang ditawarkan oleh sebahagian IPT

termasuk UA yang kini membuka laluan kemasukan kepada warga bekerja

(14)

14

kelayakan SPM kini mempunyai pilihan untuk terus mengikuti pengajian di

peringkat sarjana muda tanpa perlu memiliki kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia (STPM) atau diploma seperti mana yang ditetapkan bagi kemasukan

program sarjana muda arus perdana.

Menurut Mulvenon & Robinson (2014), kebanyakan institusi telah

mengambil langkah menurunkan standard kemasukan bagi tujuan meningkatkan

enrolmen pelajar. Langkah ini pastinya memberi kesan positif dan negatif kepada

universiti. Kesan positif adalah pertambahan enrolmen pelajar dan meningkatkan

pendapatan tetapi kesan negatifnya adalah jauh lebih signifikan iaitu penurunan

bilangan pelajar yang dapat menamatkan pengajian mengikut tempoh yang

ditetapkan (Graduation On Time, GOT) selain menjejaskan kedudukan (ranking)

dan reputasi universiti.

(b) Kemasukan Terbuka (Open Entry)

Tambahan daripada itu, pengenalan kemasukan terbuka (open entry) oleh

Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 kepada sebahagian universiti

swasta seperti Open University Malaysia (OUM), Wawasan Open University

(WOU) dan Asia E-University (AeU) telah membuka ruang kepada ramai

golongan dewasa yang mempunyai pengalaman bekerja untuk mengikuti

pengajian terus sehingga ke peringkat sarjana.

(c) Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)

Selain itu, pengenalan kemasukan melalui APEL oleh pihak KPT bermula tahun

2011 turut memberi impak dua hala secara tidak langsung terhadap penyertaan

program diploma eksekutif. Menurut Garis Panduan Amalan Baik: APEL yang

dikeluarkan oleh pihak KPT, APEL didefinisikan sebagai satu proses sistematik

yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian terhadap pembelajaran

berasaskan pengalaman terdahulu seperti ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap,

untuk menentukan tahap seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran

(15)

15

Pengenalan APEL pada satu sudut sememangnya memberi kesan positif

untuk menggalakkan penyertaan golongan bekerja dalam program PSH

termasuklah diploma eksekutif. Melalui APEL pemohon yang mempunyai

kelayakan SPM tetapi tidak memenuhi bilangan kredit yang diperlukan boleh

memohon mengikuti program diploma eksekutif selepas memenuhi syarat

penilaian yang ditetapkan oleh pihak MQA. Walau bagaimanapun, penyertaan

melalui APEL bagi program diploma eksekutif ini masih lagi pada tahap yang

rendah iaitu kurang 10 peratus daripada keseluruhan permohonan yang diterima

oleh UMCCed.

APEL, pada satu sudut yang lain pula pada masa yang sama memberi

impak negatif kepada pengambilan program diploma eksekutif kerana golongan

bekerja kini mempunyai pilihan yang pelbagai sama ada untuk memohon ke

peringkat diploma eksekutif mahu pun peringkat yang lebih tinggi dengan

kelayakan akademik yang minimum dan pengalaman bekerja.

1.3.3. Persepsi Terhadap Program Eksekutif

Penawaran program diploma eksekutif oleh UMCCed sejak 1998 tercetus daripada

permintaan tinggi khususnya daripada golongan bekerja sektor swasta bagi tujuan

pembangunan kerjaya. Sebagai komponen sebuah UA, UMCCed tidak tertakluk kepada

peruntukan dan keperluan akreditasi yang pada masa tersebut dikawal selia oleh Lembaga

Akreditasi Negara (LAN). Program yang ditawarkan ini merupakan program yang

bersifat spesifik bagi tujuan perkembangan kerjaya dan bersifat terminal di mana tiada

laluan yang disediakan untuk tujuan lanjutan pengajian.

Penubuhan MQA pada tahun 2007 bagi menggantikan fungsi LAN

memperlihatkan perluasan kawal selia akreditasi ini kepada semua IPT termasuk UA.

Sehubungan itu timbul isu keperluan akreditasi bagi program yang ditawarkan oleh

UMCCed serta semua IPT yang menawarkan diploma eksekutif ini dengan piawaian yang

berbeza dan pelbagai. Hanya pada tahun 2010 MQA menyediakan garis panduan untuk

akreditasi diploma eksekutif ini dan diletakkan setaraf dengan program peringkat diploma

(16)

16

Disebabkan penawaran program diploma eksekutif ini telah melalui tempoh yang

lama tanpa akreditasi maka telah wujud persepsi di kalangan masyarakat serta para

majikan bahawa program dengan nama "eksekutif" ini adalah program yang tidak

berakreditasi. Selain itu, terdapat juga kekeliruan untuk menjelaskan perbezaan di antara

diploma dan diploma eksekutif yang telah menimbulkan persepsi bahawa program

diploma eksekutif ini adalah kurang berkualiti berbanding diploma. Berdasarkan ini,

UMCCed menghadapi cabaran sengit untuk mengubah persepsi terhadap program

diploma eksekutif yang ditawarkan walau pun kebanyakan program telah pun

memperoleh akreditasi penuh MQA. Menurut Mcneal (2007, dalam Durmaz, 2011),

persepsi mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku pengguna. Persepsi pengguna

ini adalah amat penting dalam mempengaruhi tingkah laku mereka dalam membuat

pembelian dan adalah amat penting bagi para pemasar memahami persepsi pelanggan

mereka dengan baik (Durmaz, 2011).

Keraguan serta kurang maklumat berhubung status akreditasi program-program

diploma eksekutif ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kurangnya

sambutan terhadap program ini.

1.3.4. Peluang Melanjutkan Pengajian bagi Graduan Diploma Eksekutif

Walaupun bukan semua graduan Diploma Eksekutif berhasrat untuk melanjutkan

pengajian ke peringkat seterusnya, namun terdapat sebahagian daripada mereka

khususnya yang telah lama meninggalkan alam persekolahan menjadikan program

diploma sebagai platform persediaan sebelum ke peringkat ijazah pertama. Walau

bagaimanapun, wujud kekangan untuk memenuhi kehendak mereka, iaitu:

(a) Mereka adalah golongan dewasa bekerja yang mempunyai komitmen terhadap

keluarga dan diri sendiri dengan tanggungan kewangan sehingga mereka amat

bergantung kepada keperluan untuk bekerja. Tanpa pekerjaan tersebut, struktur

sosial diri dan keluarga adalah terganggu. Ini bermaksud mereka tidak dapat

melepaskan pekerjaan mereka semata-mata untuk mengikuti pengajian sepenuh

(17)

17

(b) Dalam zaman ini, kebanyakan pelajar ingin melanjutkan pengajian selepas

peringkat diploma eksekutif terus ke peringkat sarjana kerana wujudnya

peluang-peluang tersebut dalam pasaran.

(c) Berdasarkan Standard Diploma Eksekutif oleh MQA (2013), walaupun diploma

eksekutif boleh digunakan sebagai kelayakan masuk ke peringkat ijazah pertama,

namun para pelajar tidak mendapat kelebihan untuk pindahan kredit sepert mana

program diploma.

1.3.5. Kekangan Individu

Selain persepsi pengguna yang masih kabur, keadaan ekonomi semasa dengan kos sara

hidup yang tinggi secara amnya turut menyumbang terhadap kurangnya penyertaan dalam

program PSH seperti mana dinyatakan oleh Barnett (2010) iaitu faktor kewangan adalah

antara sebab utama mengapa golongan bekerja tidak menyambung pengajian mereka.

Berhubung penyediaan dana untuk menyambung pengajian, pelajar diploma

eksekutif yang berakreditasi kini berupaya mendapat pinjaman daripada Perbadanan

Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Walau pun begitu, terdapat syarat kelayakan

yang mengekang sebahagian warga kerja untuk mendapat kemudahan ini khususnya

kelayakan umur di bawah 45 tahun selain kadar pembiayaan yang tidak mencukupi.

Kekangan pembiayaan PTPTN ini memberi kesan langsung kepada penyertaan penjawat

awam yang tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada menunggu peluang dan

giliran mendapatkan pembiayaan majikan. Berbanding penjawat awam, pekerja sektor

swasta mempunyai sumber pembiayaan yang lain melalui pengeluaran simpanan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pembiayaan oleh Pembangunan

Sumber Manusia Berhad (PSMB) bagi majikan yang membayar levi. Sungguh pun

begitu, tidak semua dapat menggunakan kaedah pembiayaan ini sepenuhnya kerana

sebahagian simpanan Akaun 2 KWSP turut banyak digunakan untuk tujuan lain

khususnya pembelian rumah manakala pembiayaan PSMB adalah tertakluk kepada

pertimbangan majikan.

(18)

18

pekerjaan (29%) dan keluarga (25%). Kaji selidik ini juga mendapati mereka yang tidak

mempunyai sebarang kelayakan akademik kurang berkeyakinan untuk menyambung

pelajaran selain sukar mendapatkan program yang bersesuaian dengan mereka. Selain itu,

kaji selidik ini juga mendapati motivasi untuk belajar turut dipengaruhi oleh faktor umur

di mana golongan muda berumur 16 hingga 39 tahun menyambung pengajian bagi tujuan

meningkatkan prospek pekerjaan (kenaikan pangkat dan gaji) manakala golongan pekerja

yang lebih berumur bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan kepuasan kerja.

Menurut Tozser (2012), mereka yang tidak mengikuti program PSH adalah

disebabkan halangan-halangan yang terdiri daripada: a) halangan situasi; b) halangan

institusi; c) halangan personaliti; dan d) halangan maklumat. Halangan situasi timbul

daripada keadaan kehidupan seseorang seperti kekurangan masa kerana kerja dan/atau

tanggungjawab keluarga. Halangan institusi adalah amalan dan prosedur yang

menghalang penyertaan seperti yuran atau penawaran kursus yang terhad. Halangan

personaliti pula merujuk kepada sikap dan kecenderungan terhadap pembelajaran

manakala halangan maklumat merujuk kepada kekurangan maklumat mengenai program

pendidikan dan latihan yang ditawarkan serta faedah program-program tersebut.

1.3.6. Perkembangan Teknologi Pemasaran

Perkembangan teknologi pada masa kini telah mengubah gaya hidup serta tingkah laku

pengguna khususnya cara mereka bertindak balas terhadap maklumat yang disampaikan.

Menurut kajian Yahoo Mindshare mengenai trend penggunaan telefon mudah alih di

Malaysia mendapati 68 peratus pengguna Malaysia masing-masing menggunakan peranti

mudah alih untuk saling berhubungan dan memenuhi tabiat waktu pagi; aktiviti masa

lapang (66 peratus), memperoleh berita (63 peratus) dan mendapatkan maklumat di mana

sahaja (57 peratus) (Bernama, 2014).

Kesan teknologi khususnya dalam penggunaan telefon mudah alih dapat dilihat

dalam konteks pemasaran program UMCCed di mana respon terhadap pengiklanan

melalui akhbar-akhbar utama semakin menurun saban tahun. Berdasarkan analisis respon

iklan yang diterima melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), tahun 2015 menyaksikan

(19)

19

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama jumlah purata pelawat laman web rasmi

UMCCed meningkat sebanyak 150 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 2013.

Berdasarkan Kaji Selidik Respon Ambilan Diploma Eksekutif UMCCed yang

diadakan pada ambilan program tahun 2012 (Rajah 4), maklum balas responden

menunjukkan sumber utama bagaimana mereka mengetahui berkenaan penawaran

program adalah daripada iklan akhbar iaitu merangkumi 51 peratus. Walau

bagaimanapun, iklan akhbar sebagai sumber maklumat telah menurun kepada 25 peratus

sahaja pada tahun 2015 iaitu penyusutan sebanyak 50 peratus dan pada tahun 2017

menurun kepada 12 peratus sahaja. Menerusi kaji selidik ini juga didapati sumber

maklumat berasaskan internet meliputi iklan, enjin carian dan media sosial telah

meningkat daripada 18 peratus pada tahun 2012 kepada 36 peratus pada tahun 2015 iaitu

lonjakan sebanyak 94 peratus dan pada tahun 2017 melonjak kepada 55 peratus.

Menurut kaji selidik Google Consumer Barometer 2015, 96 peratus penduduk

Malaysia kini memiliki telefon mudah alih di mana 71 peratus daripadanya adalah telefon

pintar. Tahap penggunaan internet pula mencapai tahap 68 peratus populasi meliputi 20.6

juta pengguna aktif. Daripada jumlah keseluruhan pengguna aktif ini, 18 juta adalah

terdiri daripada pengguna internet mudah alih. Dapatan kaji selidik ini juga menunjukkan

pengguna media sosial aktif di Malaysia kini telah mencapai 18 juta orang di mana 89

(20)

20

Rajah 4: Perbandingan Medium Pemasaran

Sumber: Kaji Selidik Respon Ambilan (2012-2017) Diploma Eksekutif UMCCed

Perubahan tingkah laku pengguna daripada media tradisional kepada media

berasaskan teknologi internet khususnya laman sosial dan pelbagai aplikasi pengguna

telefon pintar telah menyebabkan para pengeluar produk atau perkhidmatan

(21)

21

merupakan tambahan kepada kaedah pengiklanan tradisional sedia ada meliputi media

cetak dan elektronik yang telah diamalkan sejak sekian lama. Kepelbagaian kaedah

pemasaran ini terpaksa dilaksanakan bagi tujuan memaksimumkan impak pemasaran

kerana para pengguna kini mempunyai akses kepada pelbagai sumber untuk mendapatkan

maklumat.

Tambahan pula, syarikat-syarikat serta individu yang terlibat dalam pembangunan

perisian pula semakin berlumba-lumba untuk membangunkan pelbagai aplikasi

berasaskan telefon pintar selain platform media sosial yang pelbagaian menjadikan

pemasaran pada masa kini semakin kompleks dan memerlukan kos yang tinggi.

Dalam keadaan pasaran yang sengit, para pengeluar produk atau perkhidmatan

terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi memenuhi setiap segmen media supaya

sesuatu kempen pemasaran dapat dilaksanakan dengan liputan yang maksima.

Melihat kekangan ini, UMCCed telah mengambil langkah baharu untuk

menawarkan program Diploma yang ditujukan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran

Malaysia. Pada tahun 2013, UMCCed memulakan ambilan pertamanya.

Program-program yang ditawarkan adalah Diploma Pengurusan, Diploma Pengurusan Sumber

Manusia dan Diploma Pengurusan Perniagaan. Ketitga-tiga program ini telah mendapat

akreditasi penuh dari Senat Universiti Malaya pada tahun 2015 dan pada tahun yang sama

Diploma Perakaunan telah ditawarkan buat pertama kalinya. Berikut adalah maklumat

berhubung jumlah kemasukan pelajar bagi tahun 2013 hingga tahun 2017.

Jadual 2: Jumlah kemasukan pelajar bagi Program Diploma pada tahun 2013 hingga tahun 2017.

No. Program 2013 2014 2015 2016 2017

1. Diploma Pengurusan 73 110 46 24 50

2. Diploma Pengurusan Sumber Manusia 80 108 84 39 109

3. Diploma Pengurusan Perniagaan 71 110 64 30 120

4. Diploma Perakaunan -na- -na- 107 -na- 141

(22)

22 1.4.PERSOALAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji amalan, proses dan pengalaman institusi dan

individu yang mempengaruhi pelajar-pelajar diploma berhubung keupayaan mereka untuk

terus membudayakan PSH.

Kajian ini bertujuan untuk menangani soalan-soalan berikut: -

1. Bagaimana dan sejauh mana konteks dasar kebangsaan dan institusi di Malaysia

membentuk dan mempengaruhi perkembangan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat

pelajar dalam pendidikan tinggi.

2. Adakah terdapat hubungan antara kemajuan pelajar dalam pendidikan tinggi dan

peningkatan, penurunan kestabilan dalam skor pelajar dalam pembolehubah PSH seperti

strategi pemprosesan, strategi peraturan, agensi peribadi, kemahiran maklumat dan

kemahiran keusahawanan? Jika ya, sejauh mana? Atau jika tidak, mengapa?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam corak perkembangan kemahiran PSH

di kalangan pelajar diploma di UMCCed dari segi pembolehubah peribadi seperti status

sosioekonomi, umur, disiplin akademik, atau peramal yang berkaitan?

1.5.KEPERLUAN KAJIAN

Memahami corak pembangunan ciri-ciri PSH pelajar Diploma di UMCCed menjadi tema

yang sangat penting kerana pelbagai sebab. Pertama, peningkatan pengiktirafan global

kepada nilai PSH dalam beberapa dekad kebelakangan ini seperti yang dilaporkan oleh Bank

Dunia (2003). Bank Dunia melaporkan bahwa minat untuk membudayakan PSH berbanding

pendidikan konvensional mahupun latihan telah berkembang dengan meluas dan menjadi

keperluan untuk pelajar. Malaysia seperti negara-negara lain perlu menyahut keperluan

global ini untuk membentuk pelajar sebagai pelajar PSH.

Kedua, universiti dan sistem pendidikan tertiari yang berkaitan, merupakan agen

untuk membudayakan PSH telah berulang kali diakui sebagai agen kritikal untuk

membangunkan peserta/pelajar PSH (Casper, 2002; Chapman & Aspin, 1997; Duke, 2002).

Keupayaan pendidikan tinggi untuk membentuk dan membangunkan pelajar sebagai pelajar

(23)

23

Aspin, 1997). Keprihatinan terhadap perubahan fenomena ini seolah-olah menjadi lebih besar

di negara-negara membangun seperti Malaysia. KPT telah dan sedang berusaha untuk

memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu Malaysia juga perlu untuk

menangani masalah sosio-ekonomi akibat dari ekonomi yang tidak menentu, akses yang tidak

mencukupi, kompromi antara kualiti dan kuantiti, kualiti pendidikan yang kurang baik dan

dominasi sistem pendidikan berasaskan peperiksaan. Seperti yang dinyatakan oleh Bank

Dunia (2003), negara-negara membangun seperti Malaysia mungkin berisiko dipinggirkan

dalam ekonomi global yang semakin kompetitif, jika sistem pendidikan dan latihan mereka

tidak melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam ekonomi pengetahuan

(K Ekonomi).

Akhirnya, kajian ini juga penting kerana ia dapat memyumbang kepada

memahami sejauh mana pelajar-pelajar perlu dibantu untuk berkembang sebagai pelajar.

Teori dalam Pendidikan Sepanjang Hayat seperti Chapman dan Aspin (1997) dan Field

(2006) mencadangkan bahawa pendidikan bukan hanya pencapaian akademik semata-mata,

tetapi yang lebih penting adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran pembelajaran

yang akan berlaku untuk kehidupan di luar persekolahan. Melalui kajian ini penyelidik dapat

mengenalpasti tentang sifat-sifat PSH serta halangan yang harus ditempuhi serta bagaimana

ianya dapat diatasi.

Kesimpulannya, dengan membuktikan sejauh mana ciri-ciri individu dan institusi

mempengaruhi sifat pelajar pembelajaran sepanjang hayat, kajian ini dapat memberi

sumbangan ilmiah untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi peranan universiti

(24)

24

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). MQA sepintas lalu. Diakses pada 10 Februari 2018 dari http://www.mqa.gov.my/PortalMQAv3/default/en/profil_MQA.cfm

Aspin, D. & Chapman, J. (2001), “Lifelong learning: concepts, theories and values”, kertas dibentangkan dalam The Standing Conference on the University Teaching and Research in the Education of Adults (SCUTREA) 31st Annual Conference, 3-5 Julai, University of East London.

Barnett, Deborah R. (2010), "Adult Education: Motivation and Recruitment of Working Adults in the Pursuit of Higher Education". Master of Science Theses diserahkan kepada Southern Illinois University Carbondale, Paper 349. http://opensiuc.lib.siu.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1356&context=theses

Bernama (2014), “Malaysians Avid Readers of Breaking News – Yahoo”,

http://www.bernama.com/bernama/v7/ge/newsgeneral.php?id=1092363

Casper, P. (2002). Training, networks and the changing organisation of the professional learning. Buckingham: Open University.

Chapman, J., & Aspin, D. (1997). The School, the Community and Lifelong Learning. London: Cassell.

Duke, C. (2002). Universities and knowledge society. London: The Society for Research into Higher Education.

Garis panduan amalan baik : Pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (accreditation of Prior experiential learning -MQA)

Google Consumer Barometer 2015, https://www.consumerbarometer.com

http://www.jpkk.edu.my/v2/index.php?option=com_content&view=featured&layout=ja_mono:bl ank&Itemid=217 [Diakses pada 10 Februari 2018]

https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_universiti_di_Malaysia [Diakses pada 10 Februari 2018].

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006), Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara: Peletakan Asas Melangkaui 2020, Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. http://www.perpustakaan.jpm.my:8080/webopac20/Record/0000018413

(25)

25

(2011 – 2015): Mencetus Transformasi Pengajian Tinggi, Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2008) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui 2020. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2011) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Fasa 2 (2001-2015). Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi. (2011) Blueprint on Enculturation of Lifelong Learning for Malaysia 2011-2020. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Knapper, C.K. & Cropley, A.J. (2000), Lifelong Learning in Higher Education, London: Kogan Page.

Laal, M. & Salamati, P. (2012), “Lifelong learning; why do we need it?”, Procedia - Social and Behavioral Sciences, Vol. 31: 399–403, World Conference on Learning, Teaching & Administration - 2011.

Lee, M. N. N. 2004. Restructuring higher education in Malaysia. Monograph Series No: 4/2002. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.

Maniam, K. & Kuppusamy, S. “Lifelong Learning of Working Adults and Organisational Support”, Kertas kerja dibentangkan dalam Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2016 (PSH2016), Universiti Malaya, 27-28 September 2016.

MQA (2013), Standard Diploma Eksekutif (revised version), Petaling Jaya, Agensi Kelayakan Malaysia.

Mulvenon, S.W.& Robinson, D.H. (2014), “The Paradox of Increasing both Enrollment and Graduation Rates: Acknowledging Elephants in the Ivory Tower”, International Journal of Higher Education, Vol. 3(1): 66-70, DOI: 10.5430/ijhe.v3n1p66.

National Adult Learner Survey 2010 (October 2012), Bis Research Paper No 63, Department for Business, Innovation and Skills, United Kingdom, www.bis.gov.uk

Ngo Jian Yee, Muhamad Roslan Omar, Mohd Mahzan Awang, Faridah Mydin Kutty & Abdul Razaq Ahmad (2014), “Tren Guna Tenaga Buruh Mengikut Sektor Pekerjaan dan Tahap Pendidikan dari Tahun 2001 hingga 2012”, Kertas kerja dibentang dalam International Social Development Conference (ISDC2014), 12-13 Ogos, Langkawi, Malaysia.

Noesgaard S. S. and Ørngreen R. (2015), “The Effectiveness of E-Learning: An Explorative and Integrative Review of the Definitions, Methodologies and Factors that Promote e-Learning Effectiveness”, The Electronic Journal of eLearning, Vol. 13(4): 278-290, www.ejel.org

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). PTPTN Info Koperat. Diakses pada 10 Februari 2018 dari https://www.ptptn.gov.my/web/guest/korporat

(26)

26

higher education in Malaysia. Dalam Morshidi Sirat. Contemporary issues in the global higher education marketplace: Prospects and challenges. Monograph Series No: 15/2010. Universiti Sains Malaysia: Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara.

Siemens, G. (2005), “Connectivism: A Learning Theory for the Digital Age”, International Journal of Instructional Technology and Distance Learning, Vol. 2(1): 3-10.

Tozser, Zoltan (2012), “Adult Learners’ Motivations and Barriers to Participation in Higher Education”, kertas dibentangkan dalam persidangan The European Conference on Educational Research 2012 (ECER 2012): The Need for Educational Research to

Champion Freedom, Education and Development for All, European Educational Research Association (EERA).

Unit Perancang Ekonomi (2015), Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) 2016-2020, Kuala Lumpur, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, http://rmk11.epu.gov.my/index.php/bm/

World Bank. (2003). Lifelong Learning in the Global Knowledge Economy: Challenges for Developing Countries. Washington: World Bank.

Yakup Durmaz & Ibrahim Diyarbakirlioĝlu, “A Theoretical Approach to the Role of Perceptıon on the Consumer Buying Decision Process”, Business Management Dynamics, Vol.1(3): 17-21.

Referensi

Dokumen terkait

Tanggal Pelayanan Pendaftar Produk Tanggal Berakhir.. NIE 1 Kamis, 18 Mei

Tujuan penelitian ini adalah untuk mempelajari perubahan sifat fisik dan kimia rimpang dan pati garut pada berbagai umur panen yang berbeda sehingga dapat menghasilkan

Berdasarkan latar belakang di atas maka penulis menganggap bahwa kepemimpinan transformasional dan budaya organisasi merupakan topik yang sangat menarik untuk diangkat sebagai

Zaten diğer mason grubu olan Özgür Masonlar Büyük Locası üyelerini de mason olarak kabul etmezler ve bu grupta olan masonları (masonik açıdan) ―düzensiz‖ diye

Dengan begitu diharapkan beban kota Solo sebagai kota induk dapat berkurang baik dari aspek kepadatan lalulintas dan juga ketersediaan lahan.Tujuan dari penelitian

yaitu asam amino esensial (tidak dapat disintesis), semi-esensial dan non- esensial (dapat disintesis oleh tubuh). Agar sintesis protein di dalam tubuh

Pilihan strategi pada masing- masing jenis pembangkit tersebut adalah melalui pertimbangan pendapatan rumah tangga dalam mengakses listrik, biaya atau harga yang dibutuhkan untuk

Hasil penelitian untuk hipotesis 1 menyatakan bahwa penelitian ini mendukung adanya suatu pengaruh yang positif dan signifikan antara ke- mampuan menggunakan komputer (CSE) dengan