• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malays

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malays"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA: SATU PENILAIAN SEMULA DARI SUDUT SEJARAH

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memperlihatkan perkembangan politik yang

diwarnai oleh politik komunal. Ia merupakan sebahagian daripada warisan penjajah yang telah meninggalkan impak yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat kita. Dasar kolonialisasi oleh kuasa-kuasa Barat bukan sekadar membawa kepada kewujudan masyarakat pluralisme malah mencorak dan mempengaruhi perkembangan sejarah kita. Ia dilihat sebagai satu bentuk hubungan yang bersifat dominasi dan eksploitatif kerana kolonialisme bukan sekadar melibatkan penguasaan ekonomi dan politik malah ia turut cenderung menguasai minda penduduk.

Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 melalui amalan kompromi dan permuafakatan pelbagai kaum. Proses permuafakatan itu bermula sebelum kemerdekaan lagi. Ia begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua, di mana semangat nasionalisma dan dasar dekolonialisasi oleh kuasa Barat mendorong kepada kerjasama parti-parti politik berbilang kaum. Perkembangan itu dilihat sebagai satu titik tolak kepada politik permuafakatan di negara kita dan berjaya merencanakan satu perkembangan politik yang begitu menarik.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira pebagai aspek. Perkara yang paling mustahak di sini ialah toleransi dan tolak ansur di antara penduduk berbilang kaum telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Di mana pada dasarnya, kontrak sosial terdiri daripada dua elemen iaitu pertama, penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat ‘jus soli’ bagi negara yang baru merdeka. Kedua,

(2)

Isu kontrak sosial merupakan satu persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli-ahli politik mahupun golongan akademik. Persoalan yang sering timbul ialah sejauh manakah ia masih relevan dan kepentingan perjanjian itu dalam usaha pembentukan sebuah negara bangsa di

Malaysia. Idea kontrak sosial bermula di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 dan di pelopori oleh tokoh-tokoh seperti Jaque Rousseau, John Locke and Thomas Hobbes. Pada dasarnya, ia merujuk kepada persetujuan bersama di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan dengan hak dan tanggungjawab mereka. Di mana manusia dikatakan mempunyai nafsu yang tinggi terhadap kekuasaan, kekayaan, kehormatan dan pengetahuan dan ia disifatkan sebagai tidak terbatas. Lantaran itu, perlu wujudnya satu mekanisme bagi mengawal keinginan manusia tersebut dalam usha mewujudkan keselamatan serta kestabilan dalam negara ( B. Harian, 5 Nov. 2008).

Menurut John Locke (1632-1704) dalam tulisannya An Eassy Concerning the True Original, Extent and End of Civil Government dalam Sosial Contract ( Oxford University Press, 1960) , beliau menjelaskan bahawa wujudnya tiga pihak dalam proses kontrak sosial iaitu orang yang mencipta kepercayaan (the trustor), orang yang diberi kepercayaan ( the trustee) dan mereka yang memperoleh manfaat daripada pemberian kepercayaan itu ( the beneficiary). Hubungan tersebut bakal mewujudkan satu situasi saling mempercayai antara satu sama lain dan ia amat penting dalam mengekalkan keselamatan sesebuah negara. Ini kerana sekiranya hubungan kepercayaan tersebut terhakis maka pemerintah akan kehilangan kuasa untuk melaksanakan dasar yang ingin dilakukannya.

Istilah kontrak sosial mula mewarnai politik negara pada tahun 1986 dan ia digunakan buat kali pertama oleh ahli parlimen UMNO, Abdullah Ahmad yang menegaskan bahawa

(3)

semakin ‘rigid’ dibawah dominasi UMNO yang sering menjadikan isu tersebut sebagai modal untuk kepentingan politik masing-masing. Ia jelas apabila isu kontrak sosial mahupun ketuanan Melayu sering menjadi tumpuan dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO di mana para perwakilan mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan memanipulasikan isu kontrak

sosial mahupun hak-hak orang Melayu. Dalam Perhimpunan UMNO tahun 2006, perwakilan Melaka Hasnoor Sidang Hussein dengan lantang menegaskan bahawa UMNO sanggup berkorban dan bermandi darah untuk pertahankan bangsa dan agama mereka. Manakala perwakilan dari Terengganu pula member amaran bahawa hak orang Malayu tidak harus dipertikaikan dan jika ia berlaku orang Melayu bakal mengamuk dan peristiwa 13 Mei 1969 bakal berulang ( Malaysiakini, 22.November 2006).

Perkembangan dalam kontrak sosial itu selaras dengan tanggapan Rousseau (1712-1778) yang berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah sama tetapi faktor moral mencipta ketidaksamaan maka timbullah hak-hak istimewa yang dimiliki oleh golongan tertentu dan ia bakal dipergunakan untuk menindas yang lain ( B. Harian, 5 Nov. 2008 ). Oleh yang demikian, konsep ketuanan Melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu dan dikaitkan dengan hak raja-raja Melayu sebagai pemerintah negara sering menimbulkan perasaan kurang senang kaum lain ( B. Harian, 9 Mei. 2008). Di mana ia seolah-olah meletakkan kaum lain di satu kelas yang lebih rendah daripada orang Melayu. Ia jelas bercanggah dengan perlembagaan negara yang menekankan persamaan hak bagi semua warganegara tanpa diskriminasi terhadap mana-mana bangsa mahupun agama. Malahan konsep ketuanan Melayu dilihat sebagai satu elemen yang berunsur negatif yang melemahkan orang Melayu dan ia bersifat perkauman. Di mana menurut Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ia mencerminkan orang Melayu hanya mahu menjadi ‘tuan’ tanpa mahu berusaha dan bertanggungjawab kepada diri

sendiri ( Utusan Malaysia, 4 November. 2008 ). Ini jelas memberi satu gambaran negatif kepada orang Melayu yang dianggap hanya mahu hak-hak tertentu dan penghormatan serta pengiktirafan tetapi tidak mahu berusaha. Pada masa yang sama mereka tidak mampu membuktikan kemampuan diri serta mengelak daripada persaingan secara global dan terus bergantung kepada kerajaan.

(4)

Isu kontrak sosial menjadi semakin panas selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 berikutan perubahan landskap politik negara. Ia menyaksikan kehadiran lebih ramai ahli parlimen bukan Melayu yang dipelopori oleh PKR dan DAP. Pada masa yang sama wujud kecenderungan komponen parti dalam Barisan Nasional yang mula menyuarakan ketidakpuasan

mereka dalam formula Barisan Nasional yang dilihat terlalu dikongkong oleh UMNO yang bersikap terlalu angkuh dan menafikan peranan komponen yang lain. Lantaran itu timbulnya keresahan di kalangan ahli-ahli UMNO tentang hak serta kedudukan orang Melayu terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai parti pembangkang khususnya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pelbagai polemik serta kontroversi yang tercetus dalam membicarakan kontrak sosial jelas menggambarkan ketidakmatangan politik negara yang masih diselubungi oleh politik perkauman yang begitu sempit. Keadaan diperburukkan lagi apabila berlaku perbalahan secara terbuka di kalangan pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional yang terkena tempias pilihan raya 2008. Di samping itu, ia turut menyaksikan tindakan segelintir pemimpin yang senjaga mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman yang tindakan tersebut dilihat mencurah minyak ke atas api yang marak. Dalam usaha untuk mengawal situasi yang semakin genting, kerajaan telah bertindak dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) bagi menahan aktivis-aktivis mahupun wartawan yang terlibat dalam forum mahupun penghasilan artikel yang dikatakan menyentuh sentimen perkauman. Di samping itu, penyeliaan yang lebih ketat ke atas bloggers turut diambil. Tindakan tersebut jelas mengundang bantahan ramai dan dilihat sebagai satu langkah menutup kelemahan kerajaan dan merencatkan kesuburan demokrasi negara. Ia jelas tidak menggambarkan hasrat kerajaan ke arah pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu dan adil.

Tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan mempertikaikan kontrak sossial

(5)

mendapat jaminan Perlembagaan Persekutuan. Lantaran itu, beliau menyarankan supaya semua kaum menghormati kebudayaan serta tatasusila antara satu sama lain.

Kontrak sosial merupakan satu persetujuan bersama di kalangan pemimpin-pemimpin

Referensi

Dokumen terkait

(15) Tarif pelayanan penunjang medik patologi klinik, patologi anatomi dan radiologi sebagaimana dimaksud dalam pasal 13 huruf o, pelayanan rawat inap menyesuaikan kelas perawatan

Dalam Buku ini orang asing akan mengetahui beberapa makanan tradisional dari Jawa Barat, bahan dan untuk orang orang yang ingin belajar dalam masakan , ada beberapa

Kalibrasi alat ukur volume dilakukan untuk menyesuaikan keluaran atau indikasi dari suatu perangkat pengukuran volume agar sesuai dengan besaran dari standar

Manfaat pertama dari pasir kuarsa adalah sebagai salah satu bahan utama dalam pembuatan kaca.. Kaca yang bisa kita gunakan saat ini merupakan salah satu pengembangan

Penelitian ini akan menguraikan hasil penelitian terkait efektifitas Diabetes Manajemen Self Education (DSME) terhadap pengendalian kadar glukosa darah pada pasien

Semua informasi yang berhubungan dengan produk ini dan / atau saran untuk penanganan dan penggunaan yang tercantum disini adalah benar dan dapat dipercaya. .Akan tetapi Akzo

Terorisme yang ada di dunia terutama di Indonesia sangatlah bertentangan dengan nilai-nilai yang harus diamalkan dalam sila pertama pancasila ini ,walaupun para teroris

Selain keluhan pada mata kiri pasien, pasien juga mengeluhkan nyeri kepala tepatnya pada bagian belakang kepala, yang 1 bulan terakhir ini lebih sering dirasakan oleh