• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN GERAKAN POLITIK KIRI DARI 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERKEMBANGAN GERAKAN POLITIK KIRI DARI 1"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Page 1 of 13

Secara umumnya, radikal memberi maksud yang berlainan mengikut masa, waktu dan

tempat. Menurut Kamus Dewan, radikal bermaksud secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit)

dan secara menjejaskan aspek-aspek sifat. Kedua, pengertiannya memperjuangkan

(menyokong atau cenderung kepada) perubahan-perubahan dasar pada bidang atau keadaan

politik.1 Penambahan ‘lisme’kepada perkataan radikal menjadi radikalisme secara umumnya

didefinisikan sebagai fahaman(kepercayaan) yang radikal dalam politik dan juga fahaman

yang menginginkan perubahan mendadak dalam arena politik dan sosial serta juga menentang

keburukan bagi mendapatkan kebaikan-kebaikan asas agar dasar diubah untuk memperolehi

keadilan.2 Namun, konsep radikalisme Melayu yang ditekankan dalam penulisan saya ini

merujuk kepada suatu individu badan dan organisasi adalah suatu perjuangan yang bersifat

penentangan terhadap golongan penjajah dan golongan elit Melayu.3 Mereka juga dikatakan

memperjuangkan erti kata sebenar merdeka demi mendapatkan kebenaran. Misalnya seperti

golongan radikal atau golongan kiri di Perak memperjuangkan tanah air walaupun sanggup

mengorbankan banyak masa dan tenaga demi tanah bangsa mereka sendiri.

Di Tanah Melayu, sebelum darurat tahun 1946 hingga 1948, telah berlaku banyak

penentangan yang ekstrem daripada golongan radikal/ kiri ini terhadap pihak penjajah. Antara

konsep yang berlainan antaranya pemimpin-pemimpin yang terkenal memimpin golongan ini

1

Kamus Dewan Edisi Ke-3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1994, hlm. 1084.

2

Kamus Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993, hlm. 1010.

3

(2)

Page 2 of 13

seperti Ishak Haji Mohamad (Ketua Umum PKMM), Mahmud Baginda (Ketua PKMM

Pahang), Ahmad Boestamam (Ketua API), Jaafar Hussein dan sebagainya. Mulanya

penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada pertengahan 1938 yang dikatakan para

sarjana terpengaruh dengan pergerakan Turki Muda, namun ada yang mengatakan KMM

mencontohi persatuan seberang seperti Jong Java dan Jong Sumatera di Indonesia.

Penulisan ini dihasilkan adalah untuk memperlihatkan proses pergerakan golongan radikal

dan juga sumbangannya selepas darurat dari tahun 1948 hingga 1960. Dalam tempoh 12

tahun tersebut banyak perkara dan peristiwa yang penting telah berlaku dan dihadapi oleh

golongan ini, walaupun ada golongan menghentikan usaha golongan ini daripada

pensejarahan kemerdekaan Tanah Melayu.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami pelbagai cabaran dan dugaan dalam

mencapai kemerdekaanya. Maka, sebelum Malaysia merdeka telah lahir pelbagai aliran

politik yang menjadi pendorong kepada misi besar tersebut antaranya golongan radikal atau

kiri yang tidak banyak disebut banyak sumbangannya dalam pensejarahan Malaysia sekarang.

Maka sejauhmanakah usaha golongan radikal atau kiri pada tempoh 1948 hingga 1960 dalam

membantu proses kemerdekaan di Tanah Melayu?

2.0 LASYKAR RAKYAT DIWUJUDKAN

Seperti mana yang kita tahu, Undang-undang Darurat dikuatkuasa di Tanah Melayu pada 21

Jun 1948 oleh British yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu, ramai

pemimpin-pemimpin gerakan kiri ditangkap dan segala pergerakan golongan ini mula terhenti.

Seumpamanya penangkapan Kamarulzaman Teh merupakan aktivis gerakan Temerloh kerana

memiliki senjata api (sepucuk pistol), ini menyebabkan ada khabar angin yang mengatakan

ahli-ahli Pembela Tanah Air (PETA) akan menyerang balai polis untuk membebaskan

Kamarulzaman. 4 Sememangnya ini bukti cinta penyokong terhadap pemimpin mereka

walaupun dikatakan pemeberontak yang terpaksa menyerang sebuah institusi kerajaan yang

memerintah pada masa itu. Maka, disini kita tidak hairanlah kenapa pihak penjajah British

melakukan penguatkuasaan terhadap pergerakan berhaluan kiri ini, pada masa yang sama

membendung kegiatan ideologi komunis yang sedang rancak untuk mempengaruhi rakyat

4

(3)

Page 3 of 13

khususnya kaum Cina, ha lini bermungkinan golongan-golongan ini jika mereka bersatu dan

bekerjasama maka berlakulah suatu perubahan yang ekstrem yang boleh mengubah proses

pentadbiran Tanah Melayu pada masa itu.

Selepas pemimpin berhaluan kiri banyak ditangkap, maka orang kanan mereka telah

bersepakat melantik pemimpin mereka sendiri seperti Musa Ahmad dan Wahi Anuar wakil

daerah Temerloh. Mungkin disini timbul persoalan kenapa mereka memilih pemimpin tanpa

mendengar arahan daripada pihak atasan misalnya perlantikan Musa Ahmad dan Wahi

Anuar? Hal ini kerana mereka telah terlalu lama menunggu arahan atau tindakan yang

seterusnya halnya seperti menunggu arahan daripada Dr Burhanuddin selaku Penasihat Parti

Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) . Perlantikan ini juga diatas budi bicara masing-masing

dan berdasarkan kriteria mereka yang mempunyai banyak pengalaman bersama Parti

Komunis Malaya (PKM), tambahan pula mereka diantara tokoh yang berjaya melepaskan diri

daripada pihak penjajah.

Bermulanya perlantikan Musa Ahmad dan Wahi Anuar, secara tidak langsung telah

melancarkan kempen penerangan atau propaganda di kampung-kampung di sekitar

Temerloh, juga bersama pemimpin-pemimpin lain seperti Yusof Salleh (bekas Ketua Pembela

Tanah Air), Ibrahim Chik (bekas Ketua Penerangan Pembela Tanah Air), dan Ahmad Salleh

(bekas ketua Barisan Tani Malaya) untuk mengerakkan penduduk desa supaya mengangkat

senjata daripada pendamaian. Sememangnya, pada mulanya sokongan gerakan mereka hanya

melibatkan ahli atau penyokong gerakan kiri, tetapi orang-orang lain yang bukan ahli boleh

juga terlibat sama. Persoalan akan timbul di manakah pergi pemimpin lain yang masih bebas

daripada tangkapan pihak penjajah seperti kumpulan pimpinan Abu Samah? Kenapa gerakan

kiri ini tidak melakukan bentuk pendamaian sahaja kerana kebanyakan “orang kuat” mereka

telah dipenjarakan ? Jawapannya yang pertama, hanya diketahui oleh Abu Samah dengan

pucuk pimpinan baru tersebut iaitu Musa Ahmad. Menurut Abu Samah, beliau ingin

membawa 70 pemuda pemudi untuk berjuang, malangnya Musa Ahmad tidak membenarkan

kerana masalah kekurangan senjata, wang dan makanan. Yang kedua, mereka terpaksa

menggunakan kekerasan dengan mengangkat senjata kerana melalui petanda British

mengharamkan pertubuhan atau parti politik yang menentang mereka melalui penangkapan

secara besar-besaran.5 Namun, kita berpandangan dalam perjuangan kemerdekaan, Abu

Samah mementingkan kekuatan semangat anak muda yang sentiasa menyokong mereka

5

(4)

Page 4 of 13

(pejuang anti-penjajah) maka tidak hairanlah beliau agak kecewa apabila Musa Ahmad ketika

itu cuba menolak kemasukan pemuda hanya kerana sumber makanan dan persenjataan yang

terhad untuk berjuang.

3.0 PERTUBUHAN REJIMEN KE-1O

Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan Melayu Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang

juga merupakan gerakan radikal Melayu yang dikatakan sebuah badan gerakan yang berjaya

selepas darurat. Sebenarnya, ini sememangnya rancangan pasukan gerila Melayu yang

dibincangkan dalam Sekolah Parti Kem Semalaya pada pertengahan Jun 1948.6 Menurut

Abdullah C. D, di Temerloh akan dipimpin ole Kamarulzaman Teh manakala di Benta oleh

Rashid Maidin, oleh kerana kedua-dua ditangkap makaAbdullah C. D sendiri terpaksa

memimpin Rejimen Ke-10 di Temerloh.

Abdullah C. D juga dibantu oleh rakan seperjuangannya yang lain seperti Musa Ahmad,

Wahi dan Rashid Maidin bagi menubuhkan pasukan bersenjata Melayu pertama. Bagaimana,

nama Rejimen Ke-10 wujud? Menurut Bung Musa Ahmad disuatu majlis dialog dengan

rakyat Pahang dan antara lainnya pada 6 Julai1985:

”…tanggungjawab penubuhan pasukan gerila Melayu itu terserah kepada saya dan diantara tugas utamanya ialah menamakan pasukan itu dengan na ma yang paling sesuai dan munasbah. “Penubuhan itu bertepatan dengan menyebut hari raya aidiladha yang dikenali juga dengan hari raya korban,“7

6

Keterangan lanjut lihat dalam Bab 35 dalam Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10.

7

(5)

Page 5 of 13

Beliau seorang yang mempunyai pendidikan agama yang kuat kerana pelajar Sekolah Agama

al-Mashyur, Pulau Pinang telah menggunakan nombor 10 sempena 10 haribulan Zulhijjah

iaitu hari raya korban, maka tertubuhlah Rejimen Ke-10!.

Maka, tidak hairanlah jika mereka ini dilabelkan sebagai pengganas dan sayap kiri komunis,

amat tidak adilkah pihak Inggeris kerana mengecop mereka sebagai pemusnah doktrin

kemerdekaan kerana mereka inginkan kebebasan daripada pihak kolonial. Sesetengah rakyat

Melayu adakala bangga dengan Rejimen Ke-10 ini kerana semangat tiada kompromi terhadap

pihak penjajah dan hanya memberi ruang kepada golongan Melayu untuk menuntut

kebebasan diri dan negara. Maka, kehadiran golonga ini juga member peluang kepada Parti

Komunis Malaya (PKM) dalam menambat hati mereka lalu mengariskan strategi dalam

Kerdan Document yang dirampas pada bulan Disember 1949 di Pahang8 yang menyatakan:

Peringkat Pertama- Persiapan gerila bermula daripada pangkalan untuk

melemahkan kekuatan pihak kerajaan dan membina kekuatan awam serta tentera

parti.

Peringkat Kedua- Tempat memperbesar dan memperkuat Min Yuen (organisasi massa/ gerakan rakyat)- memperhebat serangan ke atas kerajaan dan sistem

komunikasi serta menawan pangkalan-pangkalan keselamatan di kampung-kampung

dan pekan-pekan kecil.

Peringkat Ketiga- Min Yuen ambil alih secara berperingkat-peringkat pentadbiran kawasan yang ditinggalkan oleh pasukan keselamatan dan seterusnya membina dan

mengistiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan bebas (liberated area). Kemudian membina pangkalan-pangkalan tetap di kawasan tersebut dan menukarkan

gerila-gerila kepada anggota tentera biasa (regular army).9

Walaupun sesetengah karya menyatakan Rejimen Ke-10 ini sanggup membunuh, merompak,

menculik dan menyerang hendap demi mencapai matlamat penubuhan Republik

Pembebasan Rakyat (People’s Liberation Republic), namun dalam 10 Fasal Perhatian

8

Ishak Saat. Radikalisme Melayu di Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2007, hlm. 172.

9

(6)

Page 6 of 13

terdapat fasal-fasal yang menidakkan situsai yang menggelarkan diri mereka “binatang buas”

antara fasal berikut:

(7) Jangan memukul atau memaki orang;

(8) Jangan merosaki tanaman;

(9) Jangan berlaku tidak senonoh terhadap wanita;

(10) Jangan menganaiyai wanita perang.10

Selain itu, situasi dimana para askar Melayu yang menjadi tahanan pada bulan November

1949 di Temerloh, Pahang juga menunjukkan terdapat ihsan kemelayuan terhadap bangsa

sendiri seperti dinyatakan oleh Abdullah C. D:

“Para askar tawanan itu menyatakan yang mereka tidak memahami keadaan sebenarnya. Kepada tawanan-tawanan itu saya berikan 20.00 ringgit setiap seorang untuk mereka pulang ke rumah. Para itu menceritakan la yonan baik dari Tentera Pembebasan itu kepada orang ramai sehingga menimbulkan pengaruh yang besar”.11

Kita lihat disini terpulang kepada sesiapa untuk memberi pandangan kerana bagi penulis

situasi ini dan fasal Rejimen Ke-10 membuktikan bahawa terdapat etika-etika yang diamalkan

oleh setiap ahli Rejimen Ke-10 sendiri sekali gus menidakkan setiap tuduhan liar yang

dilemparkan kepada pihak Rejimen Ke-10 yang mengatakan mereka sanggup membunuh

sesiapa sahaja yang merosakkan rancangan mereka.Maka, tidak hairan jika banyak golongan

Melayu lebih-lebih lagi golongan muda yang menyokong Rejimen Ke-10 ini. Malah kejayaan

tadi menyebabkan mereka merancang untuk menguasai dan mengistiharkan kawasan Gua

Musang, Kelantan sebagai kawasan bebas daripada jajahan British. Malangnya, tidak sempat

Gua Musang dijadikan kawasan bebas, pihak British telah bertindak dengan pantas denga

menyerang kedudukan mereka. Serangan ini menyebabkan pakatan Rejimen Ke-10 menjadi

kucar-kacir. Akibatnya lebih kurang 70 peratus daripada mereka terpaksa menyerah diri,

sebahagian mereka menjadi mangsa perjuangan dan terbunuh. Namun, kebanyakan yang

10

Abdullah Che Dat. Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Selangor: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), 2007, hlm 75-76.

11

(7)

Page 7 of 13

gugur di medan peperangan adalah daripada Platun yang dipimpin oleh Wahi Anuar dan

Musa Ahmad manakala hanya Platun Abdullah C. D sahaja yang berjaya melarikan diri, ini

dibuktikan kata-kata Kapten Abas:

“Hanya platun Abdullah C. D dapat melepaskan diri. Mereka meneruskan perjalanan ke Utara sehingga ke sempadan Thailand. Kedashyatan yang menimpa mereka tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rejimen Ke-10 bagaikan berkecai!”12

Persoalanya, kenapa berlaku kesukaran yang perit dalam peristiwa berikut? Bagaimana,

strategi Rejimen Ke-10 boleh punah sebegitu sahaja? Kenapa hanya platun Abdullah C. D

boleh terselamat? Adakah ini menyebabkan soal-soal keyakinan pemimpin khususnya Musa

Ahmad dan Wahi Anuar? Perkara sebegini perlu dikaji semula oleh para sarjana sejarah yang

berminat dalam kajian politik radikal Melayu kerana perpecahan Rejimen Ke-10 memebri

tanda tanya pembaca, Terdapat masalah yang berlaku sebelum penyerangan ke Gua Musang

tersebut antaranya:

(a) Kesilapan strategi dan pelan tindakan yang tidak mantap

(b) Ketidaksefahaman antara pucuk pimpinan.

(c) Pengalaman yang tidak cukup matang.13

Kesilapan dalam mengatur strategi dengan baik menyebabkan Rejimen Ke-10 tumpas ke

tangan pihak Inggeris, ini kerana pengalaman yang kurang daripada para rekrut sendiri yang

hanya berusia 4 bulan sahaja seramai kira-kira 400 orang untuk memadamkan Kempen

Kepung Basmi Pertama di Temerloh daripada pihak lawan terdiri daripada 6000 orang. Selain

itu, menurut Abdullah C. D berlaku ketidakasefahaman antara pemimpin Rejimen Ke-10

khususnya kurang keyakinan Musa Ahmad dan Wahi Anuar dalam melakukan sarangan

balas. Namun, sesuatu yang menarik apabila kaitan strategi yang digunakan oleh Rejimen

Ke-10 yang mengambil bulat-bulat straregi peperangan daripada strategi revolusi Tiongkak

12

Jaafar Hussein. Kebenaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm 167.

13

(8)

Page 8 of 13

dibawah pimpinan Mao Zedong. Ini kerana iklim dan bentuk muka bumi Malaysia dengan

Tiongkak amat berbeza yang boleh mempengaruhi kemenangan mereka.

Akhirnya, berlaku Rejimen Ke-10 mula hilang apabila pihak British menggunakan teknik

lain seperti Perang Saraf, serang hendap, Taktik “Pengampunan Semula”, dan Kempen

“Kemabali Ke Pangkuan Masyarakat”. Maka ada yang menyerah diri manakal ada yang lari

ke sempadan Thailand, sementara PKM Masih lagi ingin mencapai matlamat dengan

penubuhan negara Republik Komunis Malaya.

4.0 KEBENARAN PERJUANGAN PENULISAN

Jika kita melihat pemikiran-pemikiran pejuang golongan kiri/ radikal ini kita akan melihat

kepada pemikiran Abdullah C.D merupakan salah satu pemimpin Rejimen Ke-10 yang amat

dihendaki oleh pihak British dan juga terkenal dengan kekuatan fahaman komunismenya

(pengaruh Mao Zedong). Perjuangannya juga boleh dikatakan perjuanagan sepanjangh zaman

kerana beliau dikatakan bukan sahaja mahir dalam persenjataan tetapi juga mahir dalam

penulisan, dengan ini beliau dilabelkan sebagai penulisyang profilik dan telah menghasilkan

tiga bahagian memoir yang dikenali ramai, antaranya Memoir Abdullah C. D (Bahagian Pertama): Zaman Pergerakan Sehingga 1948, hasil pada tahun 2005; Memoir Abdullah C. D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, hasil pada tahun 2008; Memoir Abdullah C. D (Bahagian Ketiga):Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat, hasil pada tahun 2009. Semangat nasionalisme daripada perjuangan Dato’ Maharajalela telah

menaikkan kemarahan dan kebencian beliau terhadap pihak penjajah atau piahk kolonila yang

asyik mengambil kesempatan terhadap kebaikan masyarakat Melayu Perak pada masa itu.

Selain itu, pengalaman ketika beliau menyertai Tentera Malaya Anti-Japanese (MPAJA) dan

juga Kesatuan Melayu Malaya (KMM) telah mengajar beliau banyak perkara khususnya

dalam mengatut strategi peperangan dan strukutr organisasi. Kehebatan dalam pencaturan

peperangan dibuktikan apabila cadangan di dalam Sidang darurat Markas Besar untuk

menghadapi Kempen Kepung Basmi, namun malangnya Wahi dan Musa menolak cadangan

tersebut bahkan membuat komplot lain.14 Jika cadangan Abdullah C.D tidak dibantah nescaya

tidak berlaku kesulitan yang perit akan dihadapi oleh tentera mereka. Dalam karyanya juga

14

(9)

Page 9 of 13

beliau banyak menyatakan tentang perselisihan dengan Musa Ahmad dalam pelan tindakan

peperangan seperti berikut:

“Saya tidak nampak di mana logiknya rancangan Musa dan Wahi itu”.15

“Walaupun saya tetap mempertahankan fikiran saya, tetapi dapat melaksanakan kerana Wahid an Musa bermatian-matian pendapat mereka.”16

“…ini satu komplotan Musa dan Wahi sahaja…, …Mereka sangat tidak berpuashati dengan pengaturan yang dibuat oleh Musa dan Wahi.”17

Ini bermaksud beliau terlalu menceritakan kedudukan dan permasalahan yang berlaku dalam

kompeninya sendiri walaupun sefahaman ideologi dan juga berlaku perebutan pangkat dalam

kalangan pemimpin sendiri khususnya perbalahan Abdullah C. D dengan Musa Ahmad.

Selain itu, dalam karyanya juga tiada yang menceritakn tentang kezaliman Parti Komunis

Malaya terhadap penduduk Tanah Melayu. Ketiga-tiga bahagian karyanya tidak juga

menyebut tentang penderitaan rakyat ataupun mangsa kesengsaraan akibat peperangan.

5.0 KESIMPULAN

Di sini dapat disimpulkan bahawa selepas pihak British mengwartakan Undang-Undang

Darurat pada tahun 1948 telah mengakibatkan kebanyakan para pemimpin telah ditangkap

dan dipenjara seperti Rashid Maidin, Kamaruzaman Teh dan beberapapa pemimpin lain,

secara tidak langsung kesan perundangan ini difikirkan mampu melumpuhkan pergerakan

golongan radikal/ kiri dengan mengharamkan segala kegiatan berpersatuan dalam kalangan

mereka. Namun, sekatan ini tidak mampu untuk mencanagkan semangat nasionalisme

mereka, buktinya! Mereka telah menubuhkan Lasykar Rakyat atau tentera rakyat yang

dipimpion oleh Wahi Anuar dan Musa Ahmad walaupun tidak sampai beberapa mingggu

15

Lihat muka surat 135 dalam Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Selangor: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), 2007.

16

Lihat 135 dalam Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Selangor: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), 2007.

17

(10)

Page 10 of 13

bertahan telah ditangguh pergerakannya kerana kurangnya proaktif daripada kedua-dua

pemimpin tadi. Maka, munculnya Abdullah C. D yang membawa semangat nasionalisme,

menginginkan merdeka dan berjiwa Dato’ Maharajalela ini telah menubuhkan Rejimen Ke-10

atau Tentera Pembebasan Nasional, terdiri daripada serpihan-serpihan ahli-ahli Angkatan

Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BATAS) dan

banyak lagi yang bermatlamat untuk menghapuskan pihak kolonial dengan menggunakan

cara kekerasan iaitu angkat senjata walaupun akhirnya tumpas ke tangan pihak Inggeris,

naumun pergerakan ini telah member suatu impak yang besar kepada kemerdekaan di Tanah

Melayu.

(11)

Page 11 of 13

6.0 BIBLOGRAFI

Abdullah Che Dat. 2007. Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja Dan Pemimpin Rejimen Ke-10. Selangor: Strategic Information And Research Development.

Cheah Boon Kheng. 1982. Tokoh-Tokoh Tempatan (Kumpuln Esei Sejarah Malaysia Oleh Pelajar Universiti Sains Malaysia) & Dokumen Dalam Sejarah Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia.

Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Islam Melayu Komunis. 2005. Wawancara Dengan: Abdullah C. D., Rashid Maidin, dan Abu Samah. Selangor: Strategic Information Research Development.

Ishak Saat. 2007. Radikalisme Melayu Di Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Ishak Haji Muhammad. 1975. Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura. Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agency.

Ibrahim Chik. 2010. Memoir Ibrahim Chik: dari API Ke Rejimen Ke-10. Petaling Jaya, Selangor: Strategic Information Research Development.

(12)

Page 12 of 13

Kamaruddin Jaafar. 2000. Dr Burhanuddin al-Helmy: Pemikiran dan Perjuangan. Seri

Kembangan: IKDAS.

Md Salleh Md Gaus. 1984. Politik Melayu Pulau Pinang 1945-1957. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Lamry. 2006. Gerakan Dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan. Selangor: Strategic Information Research Development.

Mohd Reduan Haji Asri. 1993. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohmed Salleh Lamry. 2006. Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Peperangan Kemerdekaan. Petaling Jaya, Selangor: Strategic Information Research Development.

Noresah Baharom et.al. 1994. Kamus Dewan Edisi Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Osman Mamat. 1981. Darurat di Terengganu 1948-1960: Berapa Aspek Sosial dan Ekonomi.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(13)

Page 13 of 13

Rashid Maidin. 2005. Memoir Rashid Maidin: Daripada Perjuangan Bersenjata Kepada Perdamaian. Kuala Lumpur, Selangor: Strategic Information Research Development.

Referensi

Dokumen terkait

Menyatakan bahwa skripsi yang berjudul “ Pengaruh Biaya Penitipan (Ujrah) Terhadap Kepuasan Nasabah Gadai Emas (Studi Kasus Pada Pegadaian Syariah Way Halim Bandar Lampung) ”

Pejabat Pengadaan Barang / Jasa Bidang Sumber Daya Air Dinas Pekerjaan Umum Kabupaten

Suherti,dkk.2015.Sifat Fisik Danmekanik Papan Partikel Dari Kulit Durian ( Durio Sp). Dengan Konsentrasi Urea Formaldehid Yang Berbeda

Sehubungan dengan itu kepada pemenang dimohon agar segera menghubungi Pengguna Anggaran Dinas Koperasi UMKM Perindustrian dan Perdagangan Kabupaten Buol Tahun

a) Manfaat Asuransi Jiwa : jika sewaktu-waktu dalam perjalanan hidup kita mengalami musibah fatal yang semua orang tidak inginkan, misalnya saja kecelakaan

Terminologi men who have sex with men atau MSM dimaksudkan untuk menjelaskan semua laki-laki yang berhubungan seks dengan laki-laki, tanpa memandang

Luas lahan kering yang dapat dimanfaatkan untuk pengembangan tanaman pangan, khususnya padi gogo ada sekitar 5,1 juta ha (Tim Badan Litbang, 1998). Budidaya padi gogo umumnya

[r]