• Tidak ada hasil yang ditemukan

Orang Cina Generasi Baru dengan Hua ciao

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Orang Cina Generasi Baru dengan Hua ciao"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Orang Cina Generasi Baru dengan Hua ciao (华 侨) Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum

Ding Choo Ming

Tanggapan umum orang Melayu terhadap orang Cina sebagai yang tekun dan mempunyai semangat ingin berjaya yang kuat telah juga dicatat dalam novel Interlok (Abdullah Hussain, 1971) dan Biru Warna (Awang Had Salleh, 1966), antara yang lain-lain. Etika kerja orang Cina itu telah membuat mereka dapat mengatasi masalah hidup dan juga membuat ramai daripada mereka mahu menetap di Tanah Melayu. Keturunan mereka, termasuk Yew Seng dalam Interlok dan Swee Lan dalam Biru Warna yang lahir di Tanah Melayu dan membesar bersama-sama dengan orang Melayu yang sebaya itu didapati berbeza daripada ayah dan juga datuk mereka yang menghadapi kemarahan dan permusuhan daripada orang Melayu dalam tahun 1920-an, 1930-an dan 1940-an setelah orang Melayu mendapati pendatang Cina itu telah mengambil peluang daripada mereka. Sebaliknya, ramai daripada generasi muda orang Cina yang lahir di sini sudah mempunyai pandangan dan sikap yang berbeza terhadap orang dan kebudayaan Cina di satu pihak dan terhadap orang dan kebudayaan Melayu di satu pihak yang lain.

Perbezaan yang lain antara generasi tua dan muda di kalangan orang Cina yang ditunjukkan dalam Interlok (Abdullah Hussain 2003: 226) adalah, pertama, Yew Seng berani memberitahu ayahnya bahawa orang Melayu bukanlah hua na, tetapi manusia juga seperti diri mereka. Kedua, Yew Seng juga berbeza dengan abangnya, Yew Hock, yang taat kepada ayahnya (ibid 2003: 353). Ketiga, Yew Seng juga marah terhadap sikap dingin ayah dan abangnya terhadap hal ehwal politik setempat. Keempat, Yew Seng mendapati adalah salah untuk menipu pelanggan Melayu dengan menipu mata dacing. Tetapi, disebabkan rasa hormatnya kepada orang tuanya, Yew Seng membisu di depan ayahnya, tetapi telah membuat keputusan dalam hatinya untuk meninggalkan rumahnya satu hari untuk mengelakkan konfrontasi secara langsung dengannya. Episod yang disebut itu sama dengan cerita dalam cerpen Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing (1946) oleh Harun Aminurrashid. 1

(2)

Perbezaan antara orang Cina generasi baru dengan hua ciao ( 侨华 ), hua ciao (华 侨) juga sudah diberi dalam Interlok.

Antaranya ialah Yew Seng, yang lahir di Tanah Melayu, tidaklah seperti ayahnya yang pada umumnya masih mempunyai ikatan

yang erat dengan hua ciao yang lain dan dengan China, tanah asal mereka, China, dan bukannya kepada Malaya, tempat mereka menumpang dan mengadu nasib. Ini disebabkan Yew Seng, seperti ramai orang Cina yang lain yang lahir di Tanah Melayu (British Malaya, Malaya dan kemudiannya Malaysia) sudah berakar umbi di Tanah Melayu dan kini Malaysia, yang jauh dari China, maka mereka hanya menunjukkan perasaan hormat daripada segi adat resam Cina kepada sejarah masa lampaunya. Dalam Interlok, Yew Seng telah digambarkan sebagai yang mendapati ikatannya kepada nilai kebudayaan tradisional Cina sudahlah longgar. Ini boleh dilihat daripada banyak segi. Antaranya ialah karya sastera klasik China sudah tidak kuat dan banyak tarikan kepadanya, kerana China bukan tanah airnya sama sekali. Ini juga bermakna jiwa dan bathinnya sudah lebih dekat kepada cara hidup dan kebudayaan orang Melayu daripada cara hidup dan kebudayaan orang Cina. Dia ternyata sudah bukan lagi hua c'iao seperti ayanya, Cing Huat, dan datuknya, Kim Lock, yang boleh dianggap sebagai hua c'iao totok dalam erti kata yang sebenarnya. Sebaliknya, Yew Seng adalah ‘warganegara’ Malaya daripada keturunan orang Cina dan bukannya ‘warganegara’ China. Oleh sebab mempunyai akarnya di sini, dia mendapati perlu untuk membina hubungannya dengan kawan-kawannya daripada orang Melayu.

Dalam kontek inilah wajar dinyatakan bahawa ramai orang Cina yang lahir di Malaya (kemudiannya Malaysia) sudah tidak ada masalah untuk menerima dan menyesuaikan diri

Huan na, nyah!" pekik Cing Huat dari dekat peti besinya…. "Mereka bukan

(3)

dengan cara hidup orang Melayu. Ada banyak karya sastera Melayu menunjukkan apa yang dimaksudkan itu. Antaranya ialah kisah dalam cerpen Anak Sulung Terbang Jauh (1973) daripada Fahmi Kassim, Gantung (1973) gubahan M. Farda dan Orang Baru (1973) karya Ghazali M.A, selain watak Swee Lan dalam novel Biru Warna (Awang Had Salleh 1974: 191) yang telah memberitahu Ramli, kawannya, bahawa orang Cina tidak hanya makan nasi yang dimasak orang Melayu, malah dia sendiri dan juga orang lain di keluarganya juga sangat suka makan Janggus ulam pucuk dan sambal belacan di rumah.2

Selain itu, dalam Biru Warna (1974: 218) juga, Awang Had Salleh telah menyatakan banyak benda yang dimakan orang Melayu sebenarnya adalah dibuat dan dimasak orang Cina pada mula-mulanya. Oleh sebab orang Melayu tidak dapat menerima makanan orang Cina secara langsong pada masa lalu, maka makanan itu telah diterima secara tidak langsung melalui orang India yang beragama Islam, atau Mamak Maidin. Dengan semakin lama semakin banyaknya restoren halal dan Kopitiam, lebih-lebih lagi semakin lama semakin ramainya tukang masak orang Cina Muslim, maka sudah semakin lama semakin ramailah orang Melayu sendiri belajar untuk memasak makanan orang Cina, membuat pau, menyediakan mi dan juga lauk pauk yang lain, selain lebih banyak benda, daging dan makanan orang Cina sudah berubah menjadi makanan yang halal. Kesemua ini telah menolong sedikit sebanyak dalam memupuk keharmonian antara kaum. 3

2 Saya tau sikap orang Melayu. Lain halnya dengan kami. Saya makan nasi

masakkan orang Melayu. Kami di rumah makan ulam p ucuk janggus dengan sambal belacan. Ya. Saya bukan olok-olok.

3 "Ini, barang yang kita makan ni asalnya makan ni asalnya makanan

(4)

Sehubungan itu, watak Swee Lan dalam Biru Warna

sudah juga digambarkan seorang gadis yang jujur. Seperti watak Yew Seng dalam Interlok, dia berpegang teguh kepada prinsip kejujuran sebagai dasar dan pegangan hidup yang terbaik. Oleh sebab-sebab itu, dia hanya mengangguk kepala tetapi hatinya tidak ikut arahan ayahnya yang memintanya untuk merendahkan harga telur ayam yang dijual orang Melayu dari 6 sen kepada 4 sen sebiji, dan menipu mata dacing bila menjual barang-barang kepada orang Melayu. 4

Berbalik lagi kepada perbezaan antara Yew Seng dan ayahnya, Cing Huat, ternyata bahawa anaknya adalah lebih humanistik dan sensitif kepada perasaan orang Melayu, tidak kira sama ada mereka itu sebagai jiran, rakan kongsi atau kawan biasa. Ini adalah juga factor yang penting yang telah banyak memberi sumbangan kepada pemeliharaan hubungan yang baik antara kaum. Memanglah perkara yang biasa akan berubah sehinggakan timbul salah faham akibat daripada hasutan orang yang lain. Tetapi, adalah luar biasa bagi orang Cina yang tinggal di kampung Melayu tidak boleh berbaik-baik dengan kawan atau jirannya orang Melayu yang sedia ada. Oleh sebab itu, sangatlah terkejut kita setelah membaca dua buah cerpen tentang kelemahan nilai moral orang Cina yang berkenaan.

Dalam cerpen lsteri Leong Beranak (1966) oleh A. Wahab Ali, kita diberitahu bahawa Leong yang tinggal dengan berkebun menaman sayur di kampong Melayu yang kebetulan hanya ada dua buah keluarga orang Cina: Leong dan So Kha. Ketika isterinya hendak bersalin, Leong berdepan dengan masalah besar yang boleh menentukan hidup matinya bayi dan ibu. Isteri Leong yang rapat dengan So Kha yang telah menghasutnya supaya jangan rapat dengan jirannya orang Melayu. Tetapi, untuk menyelamatkan isteri dan bayi, Leong

4 Awang Had Salleh 1974: 38 Hwa, apa mau kecik, tanya Ah Kau …Ini

(5)

telah meminta jirannya orang Melayu, Ahmad dan isterinya Esah, untuk membantu isterinya melahirkan bayi pada masa yang paling kritikal antara hidup dan mati.

Beberapa tahun kemudian, muncul sebuah lagi cerpen yang lebih kurang sama isinya, Bidan Tarik (1969) oleh Othman Rasul. Dia menceritakan Swee Kee yang cemburu dengan Mak Itam, bidan kampung, manakala isterinya Mei Lin telah mengenali dan berkawan dengannya. Disebabkan jauhnya hospital, tambahan pula talian telefon sudah terputus ketika Mei Lin hendak bersalin, maka Mak Itam telah diminta untuk membantu Mei Lin untuk melahirkan anaknya pada masa yang amat kritikal itu.

Seterusnya dalam cerpen Api di Balik Bukit (1973), Darussalam telah menulis tentang pentingnya nilai kemanusiaan. Encik Wong yang tinggal di kampung Melayu itu membela babi. Lazim, ketua kampung, hendak membakar rumah Wong untuk menunjukkan kemarahannya. Tetapi, dia terpaksa membatalkan niatnya pada saat-saat yang terakhir akhir kerana pertimbangannya bahawa perbuatannya itu akan membahayakan isteri Wong pada saat hendak melahirkan anak. Lazim juga tidak mahu dipersalahkan kerana meletakkan keselamatan keluarga Wong dalam bahaya.

(6)

persefahaman mestilah lebih lantang kedengaran daripada suara perselisihan untuk membina masa depan negara.

Sehububgan itu, maka sangatlah memberangsangkan bila kita dapati ada ramai hua ciau yang pernah bersikap nepolistik pada masa dahulu itu telah berubah sikap mereka pada akhirnya kerana sebab yang tertentu. Antara contohnya ialah watak Cing Huat dalam Interlok. Dia yang pernah memandang rendah terhadap orang Melayu dengan memanggil mereka hua na telah menyedari kearifan di sebalik kata-kata anaknya, Yew Seng, bahawa orang Melayu bukanlah hua na. Mereka bukanlah orang liar di hutan, tetapi adalah yang sebaliknya: berhak kepada semua hak-hak di negaranya, sedangkan dia yang datang ke sini untuk mencari wang dengan niat untuk pulang ke China selepas menjadi kaya. Setelah memikirkan logiknya kata-kata anaknya itu, barulah orang tua itu sedar bahawa sikapnya menjauhkan diri orang Melayu hanya akan merosakkan dirinya. Oleh sebab-sebab itu, dia perlu mengubah sikapnya agar dapat menjadi lebih baik kepada orang Melayu. Dia tidak boleh terlalu mementingkan diri sendiri dan mengabaikan perasaan orang Melayu. 5

Seperti masa dahulu, penulis Melayu dalam tahun 1970-an juga menceritak1970-an apa y1970-ang boleh or1970-ang Melayu pelajari daripada orang China, termasuk untuk menjadi tekun dan berdikari. Sehubungan itu, Mokjamos dalam cerpennya Gerai Kecil (1975) menceritakan seorang laki-laki Cina yang sudah tua tetapi merasa tidak senang hati jika tidak membuat kerja. Dia yang sudah biasa menjual barang-barang sejak masa mudanya ingin menghabiskan usia senjanya menjual makanan ringan di tepi jalan. Dia merasa lebih gembira dengan berbuat demikian daripada bergantung hidupnya pada anak-anaknya.

5 Abdullah Hussian 2003: 368) Dia terlalu memandang rendah kepada

(7)

Mesej di sebalik cerpen itu ialah penulis mahu orang Melayu menjadi rajin seperti orang Cina untuk berjaya dalam perniagaan dan lain-lain.

Rujukan

A Wahab Ali. Isteri Leong Beranak. Dewan Bahasa, Ogo 1966. Awang Had Salleh. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha

Penerbitan Menara, 1966.

Darussalam. Api di Balik Bukit. Utusan Zaman, 5.8.1973 Fahmi Kassim. Anak Sulung Terbang Jauh. Mingguan Malaysia -

22.4.1973.

Ghazali M.A. Orang Baru. Berita Minggu, 18.3.1973.

Harun Aminurrashid. Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing (1946)

M. Farda. Gantung. Mingguan Malaysia, 2.12.1973. Mokjamos. Gerai Kecil. Utusan Zaman, 23.11.1975.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan analisis statistik menunjukkan pengaruh pemberian dosis pupuk bio-slurry terhadap pertumbuhan dan produksi tanaman kembang telang ( Clitoria ternatea )

Syalom, puji syukur penulis panjatkan kehadirat Tuhan Yesus Kristus yang telah melimpahkan berkat dan kasih-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penelitian ini

Analisis incremental cost akan dapat dilaksanakan bila perusahaan menggunakan metode variabel costing dalam penentuan harga pokok produksinya, karena setiap perusahaan yang

bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud dalam huruf a dan huruf b, serta melaksanakan ketentuan Pasal 3 Peraturan Menteri Tenaga Kerja Dan Transmigrasi

Wafia Silvi Dhesinta, dalam jurnalnya berjudul “Calon Tunggal Dalam Pemilihan Umum Kepala Daerah Dan Konsep Demokrasi” pembahasan dalam jurnal ini, penulisnya

Karena konstituen penghasil asap dibuang selama proses pembuatan kokas, kokas menjadi bahan bakar yang baik untuk kompor dan tungku yang tidak cocok untuk

III.. Karena gatal' pasien menga$u sering menggaru$ berca$ tersebut yang lama $elamaan berubah men%adi bersisi$ dan ber+arna putih. , minggu yang lalu' pasien berobat