• Tidak ada hasil yang ditemukan

FALSAFAH DAN PANDANGAN TOKOH masyarakat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FALSAFAH DAN PANDANGAN TOKOH masyarakat "

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

FALSAFAH DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT DAN ISLAM PENGASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada: 1. Imam Al-Ghazali

2. Ibnu Khaldun

3. Johann Heinrich Pestalozzi 4. Friedrich Froebel

5. Maria Montessori

IMAM Al-GHAZALI

Beliau dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung iaitu Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Pada tahun 484 hijrah, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Antara pandangan beliau ialah seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Kanak-kanak perlu dididik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Kanak-kanak juga perlu dididik supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. Ibu bapa perlu bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak dan jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka. Ibu bapa juga harus memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Menyuruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat membantu

perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka disamping sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. Bermain juga dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar. Beliau turut memberi nasihat kepada para guru supaya mengajar

(2)

menempelak mereka dan guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah banyak menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik. Beliau banyak memperkatakan

mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan. Pendapat beliau pada peringkat permulaan ialah jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara, berperingkat-peringkat, mengadakan latih tubi, menggunakan benda-benda maujud dan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar. Kanak-kanak tidak boleh dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka hingga menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan mencerca pengajaran yang diberi.

(3)

JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)

Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu beliau mengintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.

Idea-idea beliau mengenai pendidikan adalah anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Beliau juga percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh. Pestalozzi berpendapat guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping). Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)

Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”

(4)

mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar. Bilik juga perlu dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik tidak boleh sempit kerana akan menyukarkan perjalanan aktiviti. Kelas

prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. Suasana di taman kanak-kanak-kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman ini, kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan kepada latihan kanak-kanak. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Oleh itu, kanak-kanak perlu diberi kebebasan. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui perbuatan. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain.

MARIA MONTESSORI (1870 – 1952)

Montessori merupakan tokoh pendidikan di Rome. Beliau berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak-kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak

seseorang itu mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan bertujuan untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

(5)

daripada saat kelahiran lagi. Selain itu, Montessori berpendapat persekitaran yang tersedia turut menjadi asas pembentukan kurikulum kanak-kanak. Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. Seterusnya, konsep yang dikemukakan oleh beliau ialah didikan diri. Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun

pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti. Bahan pembelajaran juga penting bagi pembentukan kanak-kanak. Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Menurut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. Di samping itu, tempoh sensitif juga perlu dititik beratkan dalam mendidik kanak. Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak-kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

(6)

terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. Seterusnya maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak. Kanak-kanak juga memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz Kanak- kanak-kanak. Di samping itu, guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah menghormati kanak-kanak dan hak mereka, konsep kebebasan, menguasai kemahiran dari mudah ke sukar, kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh, kanak-kanak

(7)

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TOKOH BARAT DAN TOKOH ISLAM

Tokoh Barat Aspek Tokoh Islam

Pendidikan itu hanya sebagai satu proses melatih akal, jasmani dan moral yang membentuk dan pengertian yang lebih syumul dimana ia mengambil kira aspek kerohanian.

 Hanya tertumpu pada

kurikulum, peranan guru,

 Tiada kategori ilmu Kategori ilmu  Ilmu wahyu  Ilmu akhirat  Boleh dibahagikan kepada

dua jenis -Tradisional -Moden

Jenis Falsafah

 Boleh dilihat dari dua sudut

Referensi

Dokumen terkait