• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengenalpastian Elemen al Tasyabbuh peny

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengenalpastian Elemen al Tasyabbuh peny"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

Pengenalpastian Elemen

al-Tasyabbuh

(penyerupaan) dalam Budaya

Perkahwinan Masyarakat Islam Kontemporari Dalam Rangka

Mempertahankan Sunnah Nabawiyyah

1

Paizah Hj Ismail1, Mohd Anuar Ramli1 & Ahmad Badri Abdullah2

1Pensyarah (PhD), Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, E-mail: mohdanuar@um.edu.my

2Pembantu Penyelidik, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Abstract

This research focuses on the rulings relate to the practice of imitations (al-tasyabbuh) of the non-Muslim among Muslims by referring to the Prophet Muhammad's traditions that strictly forbade all this kind of practices. This article will also be focusing on the concepts and criterias of imitations (al-tasyabbuh) in the practices of wedding ceremony of Muslim Malay society nowadays in order to safeguard the value of sunnah in these practices, therefore they are consistently in accordance with Islamic objectives and teachings. Result of the research shows the existence of some al-tasyabbuh elements in the wedding's practices of the Malay Muslim society which are clearly forbidden according to Islam and are in contrast with the Prophet's Traditions (Sunnah al-Nabawiyyah).

Keywords: Prophet's Traditions, Muslim, Islamic rulings, imitation, Malay-Muslim, wedding ceremony

Abstrak

Kajian ini memfokuskan hukum penyerupaan dengan orang bukan Islam berpandukan hadis Nabi SAW yang melarang unsur al-tasyabbuh ini dengan tegas. Kajian ini juga akan membincangkan konsep dan kriteria al-tasyabbuh serta amalan dalam perkahwinan masyarakat Melayu Muslim kini, dalam rangka untuk memelihara nilai Sunnah dalam amalan perkahwinan agar ia sentiasa selari dengan kehendak-kehendak Syarak. Hasil kajian mendapati wujudnya elemen al-tasyabbuh yang dilarang dengan orang bukan Islam dalam budaya perkahwinan masyarakat Melayu kontemporari dan ia jelas bersalahan dengan Sunnah Nabawiyah.

Kata kunci: Sunnah Nabi, Orang Islam, Hukum Islam, penyerupaan (al-tasyabbuh), majlis perkahwinan

Pengenalan

Perkahwinan merupakan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Ia sebagai medium untuk pemakluman suatu hubungan yang sah di antara pasangan suami dan isteri. Dewasa ini, majlis perkahwinan diraikan dengan penuh warna-warni,

1

Artikel ini dihasilkan di bawah Projek Penyelidikan RG 408-12HNE yang bertajuk ‘Tasyabbuh (Penyerupaan)

Dalam Musim Perayaan Masyarakat Majmuk Malaysia : Kajian Terhadap Amalan Masyarakat Majmuk Di

(2)

2 namun turut dicemari dengan unsur-unsur amalan yang menyalahi Sunnah itu sendiri. Dahulu timbulnya isu penyerupaan dengan budaya perkahwinan agama lain, khususnya penganut agama Hindu seperti amalan tepung tawar dan bersanding. Warisan budaya pra Islam ini diwarisi dan dimodifikasi oleh cerdik pandai tempatan serta disesuaikan dengan ajaran Islam dan budaya Melayu. Ia masih diamalkan hingga kini dalam setengah kalangan orang Islam di Malaysia.

Kini muncul pula isu penyerupaan dengan amalan penganut agama Kristian atau budaya Barat. Proses peminjaman budaya ini dengan mudah dipindahkan ke masyarakat luar Barat ekoran dampak globalisasi terhadap budaya tempatan, akhirnya berlaku hegemoni budaya. Budaya dan cara hidup Barat dipandang sebagai moden dan kontemporari. Akibatnya ramai orang Islam yang terpesona dengan amalan kaum bukan Islam. Fenomena ini boleh dilihat dalam majlis perkahwinan orang Islam masa kini, misalnya bentuk pemakaian, tarian dan nyanyian yang melalaikan serta pergaulan bebas. Semua amalan ini jelas bersalahan dengan Sunnah dan falsafah perkahwinan dalam Islam.

Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang tasyabbuh

ataupun penyerupaan orang Islam dengan bukan Islam khususnya dalam aspek perkahwinan di samping menggariskan beberapa kriteria larangan

tasyabbuh yang wajar dipatuhi bagi mengelak tergelincirnya akidah umat Islam.

Amalan Perkahwinan dalam Masyarakat Islam Kontemporari di Malaysia

Perkahwinan merupakan wasilah survival umat manusia. Setiap masyarakat mempunyai upacara dan adat yang khusus berkaitan dengan perkahwinan sama ada masyarakat yang maju mahupun primitif. Adat khusus ini diadakan bagi mengabsahkan hubungan pasangan pengantin dan bermulanya pembinaan sebuah institusi keluarga dalam masyarakat.

Dalam perkahwinan masyarakat Melayu-Islam di Malaysia, terdapat tiga peringkat upacara diamalkan, iaitu upacara akad nikah, kenduri di rumah pengantin perempuan dan majlis kenduri di rumah pengantin lelaki atau dikenali sebagai menyambut menantu. Apa yang dilaksanakan ini selari dengan suruhan Nabi SAW yang menyarankan agar dijamu hadirin walau seekor kambing. Namun begitu, dari segi pengisian majlis ini berbeza-beza. Kadangkala menepati tuntutan Syarak dan kadangkala bercanggah dengannya.2

2 Mat Saad Abd Rahman, Undang-undang Keluarga Islam, Aturan Perkahwinan: Suatu Pendekatan

(3)

3 Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, pasangan pengantin digelar sebagai raja sehari dan dilaksanakan upacara tertentu untuk mereka. Mereka memakai inai dan dihias dengan indah. Tujuannya adalah untuk dipertontonkan kepada para hadirin dalam upacara bersanding. Ia merupakan kemuncak majlis perkahwinan serta turut diadakan di hadapan sanak saudara dan sahabat handai. Mereka berada di atas pelamin khas yang berhias, ditaburi beras kunyit dan direnjis air mawar. Di pelamin, diletakkan pulut kuning dan bunga telur berbentuk gunung. Kenduri kendara diadakan dengan meriah.3

Pada masa kini, majlis perkahwinan turut dicemari dengan penyusupan budaya asing. Ia dapat dilihat khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di bandar. Budaya asing ini pada dasarnya bertentangan dengan syariat Islam yang murni dan bersalahan dengan budaya Melayu yang menitik beratkan kesopanan dan kesusilaan. Antara amalan kontemporari dalam masyarakat Melayu yang dikenal pasti dapat diteliti dalam beberapa aspek, antaranya adalah:

i. Aspek Fotografi

Fotografi antara aktiviti yang penting dalam majlis perkahwinan. Keghairahan bergambar kadang kala menyebabkan pengabaian kewajipan menutup aurat. Selain itu, aksi-aksi mesra pasangan turut diambil gambar, kononnya sebagai kenangan. Gambar-gambar tersebut dimuat naik (upload) dalam akaun laman sosial seperti twitter, facebook, instagram dan sebagainya. Kemudiannya dikongsi bersama dengan mereka yang bukan mahram dan menjadi tatapan awam.

Kini wujud juga sesi fotografi pra-perkahwinan. Fenomena ini sedang menular dengan serius. Sebelumnya, khidmat juru foto hanya diperlukan apabila majlis perkahwinan berlangsung. Namun, sebelum majlis perkahwinan, telah ada amalan mengambil gambar bersama pasangan yang jelas belum mempunyai hubungan yang sah. Bakal pengantin bergambar bersama dengan saling bersentuhan antara satu sama lain tanpa ada tujuan yang penting.

ii. Aspek Pakaian dan Pemakaian

Setiap pengantin ingin tampil anggun dalam majlis perkahwinan terutamanya ketika bersanding. Lantaran itu, wang banyak diperuntukkan untuk menghasilkan busana yang menarik. Dalam berpakaian, pengantin kini gemar memilih gaun ala-barat dan ada juga yang memakai busana pengantin yang mendedahkan aurat.

(4)

4 Tren baharu masa kini, pengantin perempuan akan menutup aurat ketika majlis akad nikah di masjid, namun apabila majlis kenduri, pengantin perempuan akan kembali mendedahkan aurat kepada para hadirin.

iii. Aspek Hiasan Dan Perhiasan

Perasaan ingin cantik merupakan naluri setiap manusia, apatah lagi ketika hari perkahwinan. Sejajar dengan itu, berlakunya hiasan (make-up) atau

tabarruj yang berlebihan. Wajah pengantin disolek dengan begitu tebal dan kadangkala mengubah wajah asal pengantin perempuan. Begitu juga dengan aksesori yang dipakai pengantin, kadangkala terlalu berlebihan.

Selain itu juga dalam penyediaan tempat majlis perkahwinan, wujudnya fenomena hiasan dalaman dengan tema-tema tertentu yang menelan kos yang tinggi, misalnya tema dalam taman, songket, barat, timur dan seumpamanya. Hiasan mewah ini hanyalah nilai tambah kepada majlis perkahwinan, bukan matlamat utama. Amalan ini jelas suatu pembaziran dan patut dielakkan bagi mendapatkan keberkatan majlis perkahwinan.

iv. Aspek Hiburan

Hiburan dapat mendamaikan jiwa manusia, namun jika melalaikan ia boleh menyebabkan dosa. Dalam majlis perkahwinan, sering dipasang lagu-lagu yang melalaikan. Wujud juga persembahan solo, kugiran, joget lambak, karaoke dan sebagainya. Namun kini telah ada pasangan pengantin yang mendendangkan nyanyian lagu-lagu tertentu bagi meluahkan rasa cinta terhadap pasangan masing-masing. Amalan-amalan ini jelas bertentangan dengan syariat Islam dan dilarang. Sedangkan ada alternatif hiburan yang selaras dengan Syarak yang boleh dipasang ketika majlis perkahwinan.

v. Aspek Makanan dan Minuman

Makanan dan minuman merupakan keperluan asas dalam majlis perkahwinan. Namun kini ia dihidangkan secara bufet dengan bajet yang pelbagai, ada yang murah, sederhana dan mewah. Kadangkala ada pasangan pengantin yang terpaksa berhutang bank bagi memenuhi selera mewah mereka dalam majlis perkahwinan.

(5)

5 vi. Aspek Pergaulan

Dalam majlis perkahwinan, isu pergaulan sering menjadi polemik hukum. Ini kerana tiada had batasan dan pemisahan antara tetamu yang hadir sama ada ruangan keluarga, lelaki dan wanita. Masing-masing bebas bergaul tanpa batasan. Sedangkan Islam telah menyediakan panduan khusus mengenai pergaulan ini dan ia perlu dipatuhi oleh umat Islam.

Sehubungan dengan itu, perubahan dalam budaya perkahwinan masyarakat Islam kontemporari dapat dilihat dengan jelas dengan amalan-amalan yang bersumberkan peminjaman daripada budaya Barat. Dengan kata lain, ia merupakan unsur penyerupaan (tasyabbuh) yang dilarang oleh Syarak kerana ia merupakan perbuatan maksiat.

Asas Larangan al-Tasyabbuh dalam Islam

Secara literalnya, perkataan tasyabbuh berasal dari bahasa Arab, akar katanya sya-ba-ha.

Ia merujuk kepada penyerupaan kepada sesuatu, persamaan warna dan sifat. Disebut juga syibh, syabah, dan syabih.4 Menurut Mu‘jam al-Mujiz, perkataan tasyabbaha adalah

bermaksud menyerupai atau meniru antara sesuatu dengan yang lain sehingga mengelirukan.5

Dari segi istilahnya, menurut al-Ghazi, tasyabbuh adalah ungkapan yang menunjukkan upaya manusia untuk menyerupakan dirinya dengan sesuatu yang diinginkan dirinya serupa dengannya, dalam hal tingkah laku, pakaian, atau sifat-sifatnya. Jadi tasyabbuh adalah ungkapan tentang tingkah laku yang diinginkan dan dilakukannya.6

Bagi al-Munawi pula, tasyabbuh bermaksud berhias seperti mana mereka berhias, berusaha mengenali sesuai dengan perbuatan mereka, berakhlak dengan akhlak mereka, berjalan seperti mereka berjalan, menyerupai mereka dalam berpakaian dan sebahagian perbuatan mereka. Adapun tasyabbuh yang sebenarnya adalah bertepatan dari segi aspek zahir dan batin.7

Kedua-dua pentakrifan tersebut tidak ada banyak perbezaan, tetapi menurut al-Luwaihiq, huraian al-Munawi adalah tepat untuk menjelaskan tasyabbuh yang dilarang saja. Manakala takrifan al-Ghazi pula lebih mencakupi seluruh jenis tasyabbuh sama ada yang terlarang mahupun yang tidak terlarang.8

4 Ahmad Faris, Mu‘jam Maqayis al-Lughah. (Beirut: Dar al-Jail, 1411), iii. 243.

5 Al-Mu’jam al-Mujiz. (Mesir: al-Majma’ al-Lughatul ‘Arabiah, 2002).

6 Muhammad Muhammad al-Ghazi, Husn al-Tanabbuh Lima Warada fi al-Tasyabbuh. (t.t.p: t.p., n.d., Manuskrip), 2.

7 Muhammad `Abd al-Ra’uf al-Munawi, Faid al-Qadir syarh Jami’ al-Saghir. (Beirut: Dar al-Ma’rifah, 1408), 6.

8 Jamil Habib al-Luwaihiq, al-Tasyabbuh al-Manhi ‘anhu fi al-Fiqh al-Islami. (Mekah: Jami’ah Umm al-Qura,

(6)

6

Menurut Asyraf bin ‘Abd al-Hamid Barqa’an tasyabbuh sebagai penyerupaan

orang Muslim terhadap orang kafir pada sesuatu perkara yang tidak termasuk dalam kategori maslahah yang muktabar.9 Keunikan yang terdapat dalam takrif ini adalah

pendekatan untuk mengeluarkan perkara-perkara yang merupakan ‘maslahah

al-mu’tabarah’ iaitu maslahah yang diiktiraf oleh nas-nas Syarak daripada kategori

tasyabbuh yang dilarang atau diharamkan. Ini bertepatan dengan konsep tasyabbuh

pada perkara yang mendatangkan manfaat. Oleh yang demikian, setiap perkara sama ada dari segi ilmu, teknologi, kemahiran atau penemuan-penemuan saintifik baharu yang bermanfaat dan merupakan maslahah yang diiktiraf oleh Syarak mengenai kemanfaatannya, maka ia terkeluar daripada kategori tasyabbuh yang dilarang walaupun ia berasal daripada orang bukan Islam. Prinsip ini diambil daripada peristiwa Rasulullah SAW mengaplikasikan teknologi mengorek parit ketika perang Khandak yang pada hakikatnya berasal daripada amalan orang bukan Islam di Parsi.10

Berkaitan dengan larangan tasyabbuh ini, Nabi SAW bersabda:11

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk darinya”

Hadis di atas menetapkan bahawa haramnya meniru mereka dan secara zahir menunjukkan bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur. Ia juga menjelaskan sesiapa yang menyerupai atau meniru orang fasik atau orang kafir atau orang yang berbuat bid`ah dalam perkara yang dikhususkan oleh mereka atau selainnya maka dia akan menjadi sebahagian daripada mereka.12 Walaupun tidak menyatakannya secara

terus terang dan walaupun tidak melahirkan rasa cinta.13 Lebih parah lagi, apabila

seseorang itu mempunyai keyakinan yang sama seperti dengan kaum kafir, maka dia telah kafir. Namun jika seseorang itu tidak beriktikad seperti mereka, maka terdapat

khilaf dalam kalangan para ‘ulama.

Daripada `Abdullah Ibn `Amru r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

9 Asyraf ‘Abd al-Hamid Barqa’an, Mazahir al-Tasyabbuh fi al-‘Asr al-Hadith wa Atharuha ‘ala al-Muslimin. (t.t.p: t.p., t.t.), 17.

10 Abu Muhammad ‘Abd al-Malik Ibn Hisyam Ibn Ayyub al-Humair, Sirah al-Nabawiyyah lil Ibn Hisyam. (Beirut: Dar Al-Ihya al-Turath al-`Arabi, 1990), iv. 182.

11 Abu Dawud Sulaiman b. al-Asy’ath al-Sajistani, Sunan Abi Dawud. (‘Amman: Bait al-Afkar al-Duwaliyah, t.t.), 441.

12 ‘Abd Allah al-Sa’di al-Ghamidi, Tahzir al-Muslimin min al-Tasyabbuh bil Maghdub bi ‘alaihim wa la al

-Dallin. (al-Kitabiyat al-Islamiyyah, t.t.), 24.

(7)

7 “Aku diutuskan ketika di hadapanku hari kiamat, dengan pedang sehingga

beribadah kepada Allah semata-mata dan tidak mensyirikkanNya, dijadikan rezkiku di bawah bayangan pedang, dan dijadikan hina dan kecil barangsiapa yang menyalahi urusanku, dan barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia

adalah dari kalangan mereka”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Musannifnya14, Imam

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya15, `Abd ibn Hamid dalam al-Muntakhab min al-Musnad16, al-Tahawi dalam Muskal al-Athar17, dan al-Bukhari meriwayatkannya di

dalam Sahihnya dengan terdapatnya ayat lain sebelum ayat terakhir hadis berkenaan iaitu lafaz: ‘dijadikan rezekiku di bawah bayangan pedang, dan dijadikan hina dan kecil

barangsiapa yang menyalahi urusanku’.18 Abu Dawud meriwayatkannya dalam

Sunannya lafaz akhir sahaja daripada hadis ini.19 Begitu juga Abu Nu’aim

meriwayatkannya dalam Akhbar al-Asfahan daripada Anas bin Malik20, al-Tabrani

dalam dalam al-Awsat daripada Huzaifah ibn al-Yamani21, dan al-Harawi dalam Zam al-Kalam daripada Abu Hurairah.22

Secara asasnya, terdapat empat turuq bagi sanad hadis ini iaitu:

i) Daripada Abu al-Nazar, dari `Abd al-Rahman bin Thabit bin Thauban daripada Hassan bin `Atiyyah, daripada Ubay bin al-Jarsyi, daripada Ibn `Umar. Turuq ini dikeluarkan oleh Ahmad, `Abid bin Hamid, Ibn Abi Syaibah, Abu Dawud dan ramai lagi.

ii) Daripada al-Sadqah, daripada al-Awza`i, daripada Yahya bin Abi Kathir, daripada Ibn Salamah, daripada Abu Hurairah. Ini dikeluarkan oleh al-Harawi daripada ‘Amru bin Abi Salamah.

iii) Daripada Basyr bin al-Husin Al-Asfahani, daripada al-Zubair bin `Adi, daripada Anas bin Malik r.a. Ia dikeluarkan oleh al-Harawi dan Abu Nu’aim al-Asfahan.

14 Muhammad Ibn Abi Syaibah, al-Musannif. Mukhtar al-Nadwi (tahqiq), (Hind: al-Dar al-Salafiyyah, t.t.), no. hadis: 13062, xii. 351,

15 Ahmad bin Hanbal, Musnad Ahmad. Ahmad Syakir (tahqiq), (Mesir : Dar al-Ma’arif, 1391H),

16 ‘Abd bin Hamid, al-Muntakhab min Musnad. Mustafa al-`Adwi (tahqiq), (Mekah : Maktabah Ibn Hajar, 1408H), ii. 50-51.

17 Ahmad bin Muhammad al-Tahawi, Musykal al-Athar. (Beirut : Dar al-Sadr, t.t.), i. 88.

18 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad, Bab : ‘Ma Qila fi al-Ramah’, lihat Ibn Hajar Al-Asqalani,

Fath al-Bari bi Syarhi Sahih al-Bukhari, Muhammad Fu’ad al-Baqi (tarqim), (Qahirah: Matba’ah al -Salafiyyah, 1379H/1960M), vi. 98.

19 Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Libas, Bab Libas al-Syuhrah, no. hadis: 4031. 20 Abu Nu`aim Ahmad bin `Abd Allah al-Asfahani, Akhbar al-Asfahani, i. 169.

21 Nur al-Din al-Haithami, Majma’ al-Zawaid wa Manba` al-Fawaid. (Beirut: Mu’assasah al-Fawa’id, 1406H), x. 274.

(8)

8 iv) Berkata al-Tabrani daripada Ibn Zakariya daripada Muhammad bin

Marzuq daripada `Abd al-Razzaq bin Khattab, daripada `Ali bin Ghurab daripada Hisyam bin Hassan, daripada Ibnu Sirin, daripada Abi `Ubaidah daripada Huraizah r.a. Ini dikeluarkan oleh al-Tabrani.

Huraian Hadis

Hadis ini membawa beberapa isu yang cuba dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Antaranya adalah berkaitan dengan hakikat bahawa masa Baginda SAW diutuskan dan hari Kiamat adalah sudah hampir. Rasulullah SAW juga menerangkan mengenai bahawa matlamat Baginda SAW diutuskan adalah untuk merealisasikan tauhid kepada Allah SWT, dan mengarahkan ibadah kepadaNya, dan menentang segala bentuk kesyirikan. Hadis ini turut membawa makna untuk menjayakan kesemua matlamat tersebut tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan jihad fi sabilillah. Baginda SAW juga melafazkan: ‘dijadikan rezkiku di bawah bayangan pedang’ yang bermakna ghanimah iaitu harta rampasan dalam setiap peperangan. Inilah yang menjadi dalil bahawa Rasulullah SAW mempunyai hak dalam harta rampasan perang.23

Manakala mesej yang penting dalam hadis ini yang menjadi fokus perbahasan adalah pada lafaz: ‘barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah dari kalangan

mereka’. Al-Munawi dalam memberi penjelasan mengenai hadis ini menyatakan: “Sesiapa yang menyerupai para salihin dan dia sebahagian daripada pengikut mereka itu, maka dia dimuliakan sepertinya mulianya mereka itu. Manakala sesiapa yang menyerupai kaum fasiq akan dihinakan sepertimana mereka itu,”24

Al-San’ani pula menegaskan:

“Hadis ini menunjukkan mengenai sesiapa yang menyerupai orang fasiq atau orang kafir atau pembuat bid’ah dalam apa keadaan sekalipun yang menjadi kekhususan

mereka itu, sama ada dari sudut pemakaian, kenderaan atau keadaan,”25

Ibn Taymiyyah juga mengkomentar:

“Dalam hadis ini, keadaan yang minimum menunjukkan hukum haram bagi perbuatan menyerupai ahli kitab, walaupun secara zahirnya ia membawa maksud

kufurnya mereka yang menyerupai mereka,”26

‘Abd al-Muhsin al-‘Abbad turut menghuraikan:

23 Ibn Hajr (t.t.), Fath al-Bari, vi. 98.

24 Al-Munawi, Faidh al-Qadir Syarh Jami` al-Shagir. (Mesir: al-Maktabah al-Tijariyah al-Kubra, 1429H/2008M), vi, 104.

25 Al-San’ani, Subul al-Salam. (Qahirah: Dar Ibn al-Jawzi, 1418H/1997M), iv. 348.

(9)

9 “Hal ini merupakan celaan bagi sesiapa yang menyerupai kuffar, kerana penyerupaan pada zahir boleh membawa kepada kecenderungan pada dalaman dan batin (i‘tikad)

dan maksud tasyabbuh tersebut adalah dalam sesuatu yang menjadi keistimewaan mereka, dan sesuatu yang menjadi ciri-ciri (yang khusus) bagi mereka, adapun perkara-perkara yang menjadi tuntutan dalam Islam seperti persiapan perang, dan memberi perhatian dalam perkara-perkara yang bermanfaat (seperti teknologi dan lain-lain) maka perkara ini adalah sesuatu yang menjadi tuntutan, akan tetapi perkara yang diharamkan dan terlarang adalah keadaan dalam urusan pakaian dan gaya (trend) atau

apa yang membawa kepada hal tersebut.”27

Secara umumnya, terdapat beberapa golongan yang dilarang untuk umat Islam meniru dan menyerupainya. Ini adalah kerana terdapat ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyuruh untuk menyelisihi mereka. Maksud hadis sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka adalah umum. Ia termasuklah menyerupai kaum orang bukan Islam, kaum ‘ajam, syaitan dan sebagainya sama ada baik ataupun tidak baik. Namun begitu, terdapat nas-nas yang khusus, yang menggalakkan umat Islam berbeza dengan mereka.

Orang bukan Islam atau kafir adalah seseorang yang tidak percayakan Allah SWT dan RasulNya. Secara bahasa bermaksud seseorang yang ingkar terhadap kebenaran Islam dan keluar dari agama Islam.28 Kafir terdiri daripada berbagai

golongan, antaranya ialah: Penyembah berhala dan penyembah api atau Majusi.29

Terdapat pelbagai jenis kafir menurut ulama Mutakallimin antaranya kafir ‘inad (kafir mu’anadah), kafir ingkar, kafir juhud, kafir nifaq, kafir ni’mah. Namun menurut ulama fiqh pula kafir terdiri daripada kafir harbi, kafir kitabi, kafir mu’ahid, kafir musta’min, kafir zimmi, dan kafir riddah.30

Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan bahawa sikap orang kafir yang terlalu mengikut hawa nafsu dalam sesuatu perkara walaupun setelah datang kepada mereka ilmu. Mengikut hawa nafsu bukanlah membawa kepada kebaikan tetapi kepada kesesatan. Sehubungan dengan itu, diutuskan Rasulullah SAW dengan syariah tersendiri iaitu Islam. Menyuruh kepada mengikutinya dan melarang mengikuti hawa nafsu.31 Selain mereka menjadikan hawa nafsu sebagai petunjuk, mereka juga tidak

senang melihat umat Islam berpegang dengan agama Islam. Firman Allah SWT32:



28 Abdul Azis Dahlan, Ensiklopedia Hukum Islam. c. 7, (Jakarta : PT Intermasa, 2006), iii. 856.

29 Muhammad Abdul Wahab, Masa’il al-Jahiliyyah al-Lati Khalafa Rasulillah Ahl al-Jahiliyyah. c.4, (Kaherah: Maktabah al-Salafiyah, 1397), 36.

30 Abdul Azis Dahlan, Ensiklopedia Hukum Islam, 856.

31 ‘Abd al-Rahman ‘Abd al-Jabbar, Muhazzab Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafah Ashab al-Jahim. (‘Amman : Dar al-Bashir, 1996), 37.

(10)

10 Pada ayat di atas, Allah memberi khabar dengan mengungkapkannya dengan kata millatuhum, tetapi ketika melarang, Allah SWT mengungkapkan dengan kata

ahwa’ahum, kerana kaum Nasrani dan Yahudi tidak akan senang kepada kamu kecuali mengikuti agama mereka secara mutlak. Maka sebab itu, Allah SWT melarang untuk mengikuti hawa nafsu keinginan mereka.33

Oleh kerana itu, dilarang keras untuk mengikuti hawa nafsu sama ada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit. Ini kerana dengan mengikuti hawa nafsu bererti telah mengikuti mereka termasuklah dalam perkara agama.34 Maka hendaklah

umat Islam takut dengan mengambil golongan kafir sebagai contoh kerana sesiapa yang berbeza dengan apa yang dibawa Rasul disediakan baginya azab yang keras.35

Termasuk dalam mengikuti adalah dengan menyerupai mereka kerana menyerupai mereka bererti mengikuti keinginan mereka. Maka, orang-orang kafir senang jika orang-orang Islam menyerupai sebahagian daripada urusan mereka. Ini disebabkan dengan menyerupai mereka dalam satu urusan, boleh menjadi pendorong untuk menyerupai dalam hal-hal lain.36

Ibn Taymiyyah merumuskan dua kategori penyerupaan amalan yang asing daripada Syariat Islam, iaitu:

a) Amalan tasyabbuh yang dilakukan bersama dengan pengetahuan bahawa ia merupakan amalan khusus bagi agama lain. Ia dilaksanakan dengan tujuan sama ada semata-mata ingin menyertai atau bersetuju dengan agama tersebut, akan tetapi amalan sebegini hanyalah sedikit. Ia juga boleh berlaku akibat mengikut nafsu syahwat atau dikelabui oleh syubhah dengan menganggap ia dapat memberi manfaat sama ada manfaat duniawi atau ukhrawi. Kesemua hal ini tidak syak lagi diharamkan oleh Syarak. Ia mungkin membawa kepada dosa besar atau kepada kekufuran

b) Amalan tasyabbuh dalam keadaan tidak mengetahui hakikat perbuatan tersebut wujud dalam dua keadaan iaitu:

i) Amalan yang pada asalnya diambil daripada agama lain, sama ada ia dilaksanakan dalam keadaan yang serupa, ataupun ia dilakukan dengan perubahan dilakukan dari segi masa, tempat, atau kaedah perlaksanaannya. Inilah kategori perbuatan tasyabbuh yang melibatkan masyarakat awam seperti 'Khamis Raya' yang disebut oleh Ibn Taymiyyah sebagai 'Khamis tercela' atau perayaan Krismas orang-orang Nasrani. Mereka yang terlibat dalam amalan

tasyabbuh sebegini biasanya dibesarkan dengan keluarga yang menyambut perayaan-perayaan berkenaan dan mereka sendiri tidak mengetahui asal usul

33 Ibn Taymiyyah, Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafah Ashab al-Jahim. (Riyadh: Dar Isbiliya, 1998), 99. 34 ‘Abd al-Jabbar, Muhazzab Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim, 38.

35 [al-Nur (24) : 63]. Imam Ahmad ketika ditanya apakah itu fitnah? Beliau menjawab : “syirik”.

(11)

11 perayaan berkenaan. Jika tidak diberi perhatian maka hukumnya adalah sama seperti kategori yang pertama.

ii) Amalan yang tidak pun diambil daripada orang kafir, akan tetapi mereka turut melakukan amalan yang sama secara kebetulan. Bagi amalan sebegini ia tidak dikira sebagai perbuatan yang haram. Walaupun begitu ia meluputkan kemanfaatan daripada pendekatan membezakan diri daripada mereka. Status pengharaman atau makruhnya perbuatan seumpama ini bergantung kepada dalil-dalil Syarak meskipun ia juga merupakan bentuk bagi perbuatan tasyabbuh. Ini kerana penyerupaan orang Islam terhadap orang kafir tidak lebih utama daripada penyerupaan mereka terhadap kita. Oleh itu disunnahkan kepada umat Islam untuk berbeza dengan orang kafir seperti perintah untuk menginaikan janggut, memakai selipar ketika solat dan sujud. Perbuatan tasyabbuh dalam kategori ini juga dapat menjadi makruh seperti makruhnya melewatkan berbuka puasa.37

Hadis-hadis Lain Yang Berkaitan Larangan Tasyabbuh

Terdapat beberapa hadis lain yang menyentuh secara lebih spesifik mengenai larangan terhadap perbuatan-perbuatan yang dapat diklasifikasikan sebagai bentuk-bentuk penyerupaan terhadap masyarakat bukan Islam yang biasanya wujud dalam majlis-majlis perkahwinan. Antaranya ialah:

a) Tegahan memberikan ucapan yang dilarang.

Daripada al-Hassan bahawa `Uqail bin Abi Talib r.a. berkahwin dengan perempuan daripada Bani Jasyam, lalu masuk kepadanya orang-ramai lalu berkata:

“Semoga mendapat keharmonian dan anak-anak," maka dia berkata: “Jangan berkata demikian, Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang perkara tersebut," lalu mereka bertanya: "Justeru, apakah yang kami perlu ucapkan wahai Abu Zaid. Dia berkata: "Katakanlah: Keberkatan dari Allah kepada kamu, dan Keberkatan dari Allah ke atas kamu. Sesungguhnya seperti itulah kami diperintahkan."38

Lafaz tersebut merupakan ucapan yang biasa diamalkan oleh masyarakat

jahiliyyah pra Islam.

b) Larangan lelaki memakai sutera dan makan dalam bekas emas dan perak.

(12)

12 Daripada Huzaifah r.a., beliau berkata:

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Janganlah kamu memakai sutera, pakaian daripada sutera, dan janganlah meminum minuman daripada emas dan perak, dan janganlah makan daripada bekas dari kedua-duanya. Sesungguhnya kedua-duanya adalah untuk mereka di dunia dan untuk kita pada hari akhirat,”39

Dalam hadis ini secara jelas menyatakan larangan pemakaian untuk memakai sutera bagi lelaki dan menggunakan bekas makanan daripada emas dan perak. Hadis ini juga menyatakan ‘illah berkaitan dengan larangan kedua-kedua perbuatan tersebut iaitu keduanya merupakan perhiasan dan alatan makanan bagi orang kafir di dunia. Ibn Daqiq menerangkan bahawa: “di dalam hadis ini adalah penegasan mengenai larangan

penyerupaan terhadap orang kafir,”40

c) Larangan memakai pakaian orang-orang bukan Islam.

Terdapat banyak hadis yang menyentuh mengenai larangan ini walaupun fesyen yang dilarang itu adalah pelbagai. Antaranya ialah:

Daripada `Abd Allah Ibn `Amru al-`As r.a. beliau berkata:

“Nabi SAW melihatku ketika aku sedang mengenakan dua pakaian yang direndam dengan bunga kesumba (mu`asfar) maka Baginda SAW bersabda :

‘Sesungguhnya ini adalah pakaian orang kafir, janganlah engkau memakainya,”41

Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Umar r.a. telah menghantar surat kepada rakyat Azerbaijan dan menyatakan bahawa:

“Jauhilah kamu daripada berlebih-lebihan dalam nikmat dunia dan jauhi pakaian

ahli Syirik,”42

Secara umumnya pakaian orang kafir yang dilarang untuk dipakai oleh orang Islam adalah pakaian yang khusus bagi mereka ataupun pakaian keagamaan bagi mereka.

Kriteria Larangan Bagi Amalan al-Tasyabbuh

Selain daripada itu terdapat beberapa kaedah umum yang telah digariskan oleh para ulama yang dapat menjadi kriteria utama bagi mengklasifikasikan sesebuah amalan sebagai al-tasyabbuh dan dalam menetapkan sikap yang perlu diambil dalam berhadapan dengan isu ini. Antara kriteria-kriteria tersebut adalah:

39 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-At`imah, Bab al-Akli fi Ina’ Mufadad, no. hadis: 5110; Muslim,

Sahih Muslim, Kitab al-Libas wa Zinah, Bab Tahrim Inai al-Zahab wa al-Fiddah, no. hadis: 2067.

40 Ibn Daqiq al-`Idd, Ihkam al-Ahkam Syarh `Umdah al-Ahkam. Ahmad Syakir (tahqiq), (Riyadh : Matba`ah Sunnah al-Nabawiyyah, 1372H/ 1953M), ii. 215.

41 Ibn `Abd al-Barr, Al-Istidhkar li Madhahib Fuqaha’ al-Amsar. Abd al-Mu`ti Amin (tahqiq), (Qahirah: Dar Al-Wa’yu, (1414H/1993M), j.26, h/170

(13)

13 i. Tidak dikira tasyabbuh melainkan dengan niat.43

Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu perbuatan tidak dikira sebagai al-tasyabbuh selagimana tidak disertakan dengan niat kerana al-tasyabbuh terjadi apabila pelaku perbuatan tersebut bertujuan untuk menyerupai pihak yang ingin ditirunya. Bagi penyerupaan secara zahir semata-mata tidak dikira sebagai al-tasyabbuh walaupun ia tetap diistilahkan sebagai al-tasyabbuh oleh kebanyakan para fuqaha’44. Ini merujuk

kepada beberapa hadis yang menunjukkan setiap amalan adalah bergantung kepada niat para pelakunya45. Ibnu `Abidin dalam memberi komentar terhadap hadis

berhubung al-tasyabbuh, beliau menyatakan bahawa:

“Ia bermaksud jika ianya diniatkan, maka pada hakikatnya penyerupaan terhadap

mereka tidak dimakruhkan pada setiap perkara bahkan hanya pada perkara-perkara

yang dikeji, dan apa yang diniatkan untuk penyerupaan,”46

ii. Setiap yang diamalkan oleh kaum musyrikin daripada amalan ibadah, yang dapat memberi implikasi menjadi kafir atau berbentuk maksiat jika dilakukan dengan niat, tidak wajar dizahirkan oleh Muslim, walaupun dia tidak meniatkannya dengan niat yang sama dengan golongan musyrikin, sebagai sebuah pencegahan.47

Ini merupakan kaedah yang dipersetujui oleh kebanyakan para ulama. Kaedah ini membawa maksud bahawa setiap perbuatan atau pakaian yang menyerupai orang bukan Islam secara zahirnya, iaitu sama ada dalam bentuk peribadatan atau adat yang khusus bagi mereka, maka kesemuanya dilarang (haram ataupun makruh) walaupun ianya tidak melibatkan sebarang niat untuk menyerupai golongan kafir tersebut. Bahkan biasanya kebanyakan perlaksanaan perbuatan-perbuatan ini dilaksanakan tanpa diniatkan secara khusus untuk menyerupai orang bukan Islam seperti membiarkan rambut beruban tanpa menginaikannya seperti diperintahkan oleh Rasulullah SAW.

Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah menyatakan hikmah dalam sikap membezakan diri dengan orang kafir yang dapat menyokong kaedah ini dalam karya beliau Ahkam Ahl al-Dhimmah, iaitu: 48

43 Luwaihaq, al-Tasyabbuh Manhi, 72.

44 Para fuqaha’ kebanyakannya membahaskan mengenai larangan bagi amalan-amalan ini merujuk kepada kaedah sadd al-dhari`ah.

45 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’i al-Wahyi, Bab Kaifa Bad’i al-Wahyi Ila Rasulillah, no. hadis: 1; Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Qauluhu (Innama A`mal bi al-Niyyat), no. hadis: 1907. 46 Ibn `Abidin, Hasyiyah Ibn `Abidin, ‘Adil `Abd al-Maujud (tahqiq), (Beirut: Dar al-Kutub al`-Ilmiyyah,

1415H), ii. 384.

47 Kaedah ini boleh didapati dalam Ibn Taymiyyah,Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim, i. 192.

(14)

14 “Demi mencapai perbezaan yang menyeluruh (dengan orang bukan Islam), dan tidak menyerupa mereka dalam penampilan luaran, dan melaluinya dapat mengelakkan daripada penyerupaan dari aspek batin. Ini kerana penyerupaan dalam salah satu dari aspek berkenaan akan mengundang kepada penyerupaan dalam aspek yang selainnya. Ini merupakan hal diketahui secara pemerhatian. Tidaklah dimaksudkan dengan perubahan dan perbezaan dalam aspek pakaian dan selainnya hanya untuk membezakan orang kafir dan Muslim semata-mata, bahkan ianya dibina atas beberapa objektif lain. Antara objektif yang utama ialah bagi meninggalkan segala faktor yang dapat mengakibatkan penyetujuan dan penyerupaan dengan mereka secara batin. Nabi SAW mengajarkan kepada umatnya untuk meninggalkan

penyerupaan dengan orang bukan Islam dalam apa jua cara dengan bersabda : ‘

Berbezanya ajaran kami dengan ajaran musyrikin’49”

Termasuk di bawah kaedah-kaedah ini larangan bersolat di hadapan gambar haiwan yang bernyawa50, larangan bersolat di hadapan batu51, larangan bersolat di

hadapan api, dan larangan untuk melewatkan perlaksanaan solat maghrib sehingga munculnya bintang-bintang di langit.52

iii. Tidak berlaku tasyabbuh terhadap orang kafir melainkan dalam perkara-perkara yang khusus bagi mereka sama ada pada urusan agama dan adat.53

Kaedah ini membawa maksud tidak wajar bagi orang Islam menyerupai orang bukan Islam pada perkara-perkara yang khusus bagi mereka sama ada dalam aspek keagamaan mahupun dalam amalan adat kebiasaan mereka. Manakala, bagi perbuatan yang dilaksanakan secara bersama antara orang Islam dan bukan Islam, tidak timbul isu tasyabbuh padanya. Aplikasi kepada kaedah atau prinsip ini dapat dilihat dalam beberapa hadis Rasulullah SAW iaitu Baginda melarang orang Islam untuk memakai baju yang direndam dalam air buah kesumba (‘asfar)54, memakai sehelai pakaian sahaja

49 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, Bab Mata Yudfa`u Min Juma`i,no. hadis: 1600. 50 Syams al-Din al-Zarkashi, al-Mabsut. (Beirut: Dar-Ma`rifah, 1331H), i. 210.

51 Imam Malik, al-Mudawwanah, Sahnun & Ibn al-Qasim (Syarah), (Qahirah: Matba’ah al-Sa’adah, t.t.), iii. 88.

52 Al-Kasani, Badai` al-Sanai` fi Tartib al-Syarai`, `Ali Muhammad Ma`wid &`Adil Ahmad(tahqiq), (Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah), i. 126.

53 Ibn Taymiyyah, Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim, i. 192.

54 `Abd Allah bin `Amru al-`Ass yang menyatakan: “ Nabi SAW melihatku ketika aku sedang mengenakan dua

pakaian yang direndam dengan bunga kesumba (mu`asfar), maka Baginda SAW bersabda: ‘Sesungguhnya ini

(15)

15 ketika bersolat55, dan bersolat tanpa memakai kasut yang menyerupai perbuatan orang

Yahudi.56

iv. Setiap perbuatan yang dilaksanakan oleh Muslim yang berbentuk penyerupaan terhadap orang kafir, atau yang membawa kepada perbuatan penyerupaan tersebut, maka tidak wajar diberikan bantuan atau sokongan.57

Kaedah ini membawa pengertian bahawa setiap amalan penyerupaan yang sebenar antara orang Islam terhadap masyarakat bukan Islam, atau penyerupaan secara zahir tidak wajar diberikan sebarang bentuk sokongan. Ini kerana sebarang sokongan menandakan persetujuan, sedangkan orang yang menyetujui sesuatu perbuatan adalah sama seperti pelaku perbuatan tersebut. Begitu juga pada setiap perbuatan yang dapat membawa kepada amalan tasyabbuh ataupun yang membantu menjayakannya. Aplikasi kepada prinsip ini dapat dilihat dalam beberapa keputusan

fiqh yang dinyatakan oleh para ulama. Antaranya adalah larangan untuk menghadiri jemputan bagi perayaan atau majlis-majlis keraian yang mengandungi unsur-unsur

tasyabbuh padanya, larangan untuk menerima hadiah daripada mereka pada perayaan-perayaan tersebut, ataupun memperniagakan sebarang perkara yang dapat membantu masyarakat bukan Islam menjayakan perayaan atau majlis-majlis mereka.

Kesimpulan

Syariat Islam telah menggariskan ketetapan yang jelas sebagai garis panduan kepada umat Islam dalam menjalani kehidupan harian. Bentuk penyerupaan yang dilarang perlu dihindari oleh umat Islam bagi membezakan (al-tamayyuz) mereka dengan amalan masyarakat yang bukan Islam. Penyerupaan dengan amalan yang bersumberkan budaya Barat perlu dielakkan sekiranya ia jelas bertentangan dengan Syariat Islam. Ini kerana penyerupaan ini memberi implikasi hukum terhadap mereka yang terlibat. Perkahwinan merupakan satu Sunnah Nabi SAW. Keinginan untuk kelihatan moden, kontemporari, tampak mewah, cantik dan seumpamanya perlu berasaskan petunjuk Syarak. Justeru, Sunnah Nabi SAW ini perlu dipertahankan oleh umat Islam dengan menjaga kemurnian majlis perkahwinan dan mengelak amalan-amalan fasid

yang dilarang oleh Syarak.

55 Ibn `Umar r.a. menyatakan: “Apabila salah seorang daripada kamu memiliki dua pakaian (bahagian atas dan

bawah), gunakanlah keduanya untuk solat. Dan jika hanya mempunyai satu pakaian, gunakan untuk dijadikan sarung, dan jangan dipakai seperti cara orang Yahudi memakainya,”. Abu Dawud, Sunan Abi Dawud. Kitab al-Solah, Bab Man Qala Yataraz Bihi Iza Kana Dhaiqan, no. hadis: 635 dan Ibn Taymiyyah,Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim, i. 254.

56 Daripada Syadad bin Aus r.a. daripada bapanya berkata: “Rasulullah SAW bersabda: ‘berbezalah

dengan golongan Yahudi, mereka tidak bersolat dengan kasut-kasut dan khuf-khuf mereka,’. Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Solah, Bab Solah Fi Na`lain, no. hadis: 652.

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Penelitian ini dimaksudkan untuk mengetahui angka prevalensi kejadian asma dan faktor risiko yang mempengaruhinya dengan menggunakan pertanyaan ISAAC pada anak usia 13–14 tahun

[r]

Dengan demikian gejala utama untuk diagnosis asma pada anak adalah batuk dan/atau mengi dengan karakteristik yang khas yaitu: timbul secara berulang yang menunjukkan adanya

Data-data yang diperoleh peneliti antara lain partitur yang ditranskrip melalui proses hearing, audio Blue Rondo Ala Turc aransemen Al-Jarreau berupa file.. format ‘mp3’,

Penelitian ini bertujuan untuk menguji pengaruh masing-masing variabel Ekuitas Merek (X 1 ), Kualitas Produk (X 2 ) dan Kualitas Pelayanan (X 3 ) terhadap Kepuasan Konsumen (Y)

Model UT35 Digital Indicating Controler.. Pressure Transmitter vs

Faktor risiko asma pada murid sekolah dasar usia 6-7 tahun di kota padang berdasarkan kuisioner International Study Of Asthma And Allergies In Childhood yang dimodifikasi;