• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN INTEGRATED HOLISTIC ASSESSMENT BOARD ( IHAB ) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR ( SAN )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN INTEGRATED HOLISTIC ASSESSMENT BOARD ( IHAB ) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR ( SAN )"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1

GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN

INTEGRATED HOLISTIC ASSESSMENT BOARD ( IHAB )

SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR ( SAN )

1. PENGENALAN

Matlamat Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor ialah memberi pendidikan

Islam kepada semua individu muslim di negeri Selangor supaya berilmu , beriman, beramal berakhlak mulia dan berketrampilan berasaskan nilai Islam, bagi melahirkan muslim bertaqwa untuk mendapat keredhaan Allah. Murid-murid diberi pendedahan

pelbagai ilmu, nilai, adab dan akhlak Islamiah dengan mendalam serta mencakupi pelbagai aspek kehidupan sebagai seorang muslim, mukmin dan muttaqin.

Penilaian dan pentaksiran sedia ada dilihat seolah-olah hanya berfokus kepada pembelajaran berasaskan kepada peperiksaan ( examination based learning )atau kecemerlangan akademik semata-mata. Pentaksiran masa kini perlu kepada inovasi dan penambahbaikan berterusan yang berfokus kepada pembelajaran berasaskan kemenjadian murid ( outcome based learning ).

Integrated Holistic Assessment Board (IHAB) merupakan satu bentuk pentaksiran bersepadu, seimbang dan menyeluruh untuk mentaksir kemenjadian murid . IHAB adalah pentaksiran berasaskan akidah mencakupi pencapaian akademik, penghayatan ilmu, peningkatan kecekapan dan kemahiran, pembentukan akhlak, serta aplikasi dalam kehidupan sebenar murid. Kemenjadian akan melahirkan tujuh ciri generasi al-Quran iaitu Tauhid, Tazkiah, Hikmah, Istiqamah, Muamalah, Deen dan Amanah.

Garis panduan ini akan berfokus kepada sikap murid dari segi Adab, Tanggungjawab,

Pengurusan Diri dan Kesungguhan dalam suasana kehidupan sebenar untuk mencapai

kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Beberapa konstruk digunakan sebagai panduan kepada guru, ibubapa, murid dan rakan sebaya bagi membolehkan perlaksanaan pentaksiran di dalam dan luar sekolah. Kaedah pemerhatian dan pentaksiran kendiri dijalankan untuk menilai sikap dan tingkahlaku murid. Pentaksiran sesuatu konstruk hendaklah berdasarkan aspek tertentu sebagai pengukur yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.

Panduan pentaksiran berasaskan IHAB disusun untuk digunakan oleh pentaksir yang telah ditetapkan dalam usaha melaksana dan membuat pentaksiran terhadap murid-murid.

(2)

2

2. OBJEKTIF

Objektif bagi pentaksiran ini ialah untuk mentaksir sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid dalam perkara berikut :

2.1 - Adab terhadap guru, ibu bapa dan rakan.

2.2- Tanggung jawab terhadap guru, ibu bapa dan rakan. 2.3- Tanggung jawab dalam pengurusan diri.

2.4- Kesungguhan dalam melaksanakan ibadah.

3. MAKLUMAT AM

3.1. Pentaksiran berasaskan IHAB akan dilaksanakan kepada semua murid di SAN Selangor secara berperingkat. Projek rintis akan dilaksanakan pada tahun 2015

3.1.1 Prasekolah

- Prasekolah JAIS Sabak Bernam 3.1.2 SRAI

- SRAI Dato’ Mufti Yusof Sihabuddin Seksyen 7 (Tahun satu )

3.1.3 SRA

- SRA Seksyen 3 ,Shah Alam

3.1.4 MITS

- MITST Klang

- MITST Kuala Langat - MITS Sabak Bernam

3.2 Pentaksiran melalui pemerhatian terhadap murid dilaksanakan secara berperingkat dari bulan Januari hingga Jun dan Julai hingga November.

3.3 Pentaksir adalah terdiri daripada guru, ibu bapa/penjaga, rakan sebaya dan diri murid. 3.4 Pemerhatian boleh dilaksanakan di dalam dan luar sekolah.

3.5 Rumusan pemerhatian dilakukan oleh guru kelas.

3.6 Keputusan pemerhatian dimaklumkan kepada murid dua kali setahun beserta keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

(3)

3

4 TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH

4.1 Pihak sekolah hendaklah mematuhi arahan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor berkaitan pelaksanaan Pentaksiran IHAB bagi semua murid.

4.2 Melantik dan memberi taklimat kepada pentaksir-pentaksir dalam kalangan guru. 4.3 Menetapkan dua (2) orang guru pentaksir bagi setiap kelas.

4.4 Memberi taklimat kepada ibu bapa/penjaga, rakan sebaya dan murid-murid.

4.5 Menyediakan perancangan dan keperluan yang berkaitan untuk proses pentaksiran. 4.6 Memastikan Borang Rumusan dan Pelaporan Skor Individu difailkan dan disimpan di

tempat yang selamat.

4.7 Menyerahkan hasil Laporan Skor kepada murid beserta keputusan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun atau laporan skor digabungkan bersama keputusan pertengahan dan akhir tahun untuk menghasilkan satu laporan kemenjadian atau sahsiah murid.

4.8 Memastikan pelaksanaan pentaksiran IHAB berjalan lancar.

4.9 Memastikan guru pentaksir melantik murid sebagai pentaksir dalam kalangan murid di kelas.

5 TANGGUNGJAWAB GURU PENTAKSIR

5.1 Memberi taklimat kepada murid tentang Konstruk, Elemen, Aspek, Kriteria, Skala dan Wajaran dalam instrumen pentaksiran.

5.2 Menjalankan proses pentaksiran atau pemerhatian mengikut spesifikasi dan tempoh yang ditetapkan.

5.3 Mengurus , mengendali dan mengedar borang senarai semak individu kepada pentaksir-pentaksir khususnya kepada ibu bapa atau penjaga dan rakan sebaya serta murid.

5.4 Mengumpul borang senarai semak individu untuk direkodkan markah yang diperolehi. 5.5 Merumus skor yang diperoleh melalui borang senarai semak individu daripada ibu

bapa/penjaga dan rakan sebaya serta murid.

5.6 Merekod markah muktamad dalam Borang Pelaporan Skor dan Borang Rumusan Skor yang disediakan.

(4)

4

6 TANGGUNGGJAWAB IBU BAPA/PENJAGA

6.1 Membuat pentaksiran secara telus.

6.2 Bertanggungjawab sepenuhnya atas pentaksiran ini. 6.3 Membuat pemerhatian dan pentaksiran secara berterusan. 6.4 Mencatatkan skor dalam borang senarai semak individu.

6.5 Merujuk kepada pihak sekolah jika menghadapi masalah berhubung pentaksiran .

6.6 Mengembalikan borang senarai semak individu kepada guru kelas pada tarikh yang ditetapkan.

7 TANGGUNGJAWAB RAKAN SEBAYA ( BERMULA TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH )

7.1 Mengenali dengan baik rakan sebaya yang hendak dinilai.

7.2 Memahami dengan baik konstruk, elemen, aspek, kriteria dan skala yang tercatat dalam borang senarai semak individu yang diedarkan.

7.3 Memahami skala pemeringkatan dan skor yang terdapat dalam borang senarai semak individu yang diedarkan.

7.4 Membuat pentaksiran secara telus.

7.5 Bertanggungjawab sepenuhnya atas pentaksiran ini. 7.6 Membuat pemerhatian dan pentaksiran secara berterusan.

7.7 Merujuk kepada guru yang bertanggungjawab sekiranya keliru dan menghadapi masalah berkaitan pentaksiran.

7.8 Mengembalikan borang senarai semak individu kepada guru kelas pada tarikh yang ditetapkan.

8 TANGGUNGJAWAB DIRI SENDIRI (MURID)

8.1 Memahami dan menerima objektif BPI, JAIS berhubung pelaksanaan pentaksiran IHAB. 8.2 Memahami dengan baik konstruk, elemen, aspek, kriteria dan skala yang tercatat dalam

borang senarai semak individu yang diedarkan. 8.3 Mengenali diri sendiri dengan baik.

8.4 Membuat pentaksiran secara telus.

8.5 Bertanggungjawab sepenuhnya atas pentaksiran ini. 8.6 Membuat pemerhatian dan pentaksiran secara berterusan.

8.7 Merujuk kepada guru yang bertanggungjawab sekiranya keliru dan menghadapi masalah berkaitan pentaksiran.

8.8 Memahami skala pemeringkatan dan skor yang terdapat dalam borang senarai semak individu yang diedarkan.

8.9 Mengembalikan borang senarai semak individu kepada guru kelas pada tarikh yang ditetapkan.

(5)

5

9.1 INTEGRATED HOLISTIC ASSESSMENT BOARD (IHAB)

Suatu proses pentaksiran yang berterusan berfokuskan kepada penghayatan ilmu murid, pembentukan akhlak, kecekapan dan kemahiran, pencapaian akademik untuk

diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar.

9.2 INSTRUMEN

Alat yang digunakan untuk mentaksir pencapaian murid berdasarkan kriteria-kriteria atau ciri-ciri yang telah ditetapkan.

9.3 KONSTRUK

Dimensi kemanusiaan yang akan dibentuk dan dikembangkan melalui proses pendidikan.

9.4 ELEMEN

Skop konstruk yang ingin dibentuk dan ditaksir.

9.5 ASPEK

Peyataan tentang perkara-perkara yang harus dikuasai dalam tiap-tiap elemen

9.6 KRITERIA

Penyataan tentang tahap yang harus dikuasai oleh murid dalam sesuatu aspek.

9.7 PENTAKSIRAN IHAB

9.7.1. Pentaksiran keseluruhan individu berteraskan potensi insan dan pedagogi. 9.7.2. Suatu proses berterusan yang berfokuskan kepada penghayatan ilmu murid,

kecekapan dan kemahiran, kreativiti, keupayaan untuk diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar.

9.7.3. Menentukan tahap pencapaian/prestasi murid selari dengan 5 kemenjadian IHES iaitu penghayatan ilmu, pembentukan akhlak, peningkatan kecekapan dan

kemahiran, pencapaian akademik serta aplikasi dalam kehidupan.

9.7.4. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk penambahbaikan proses pembelajaran dan kemenjadian murid .

9.7.5. Murid digalakkan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi semasa menyempurnakan tugasan dan projek mereka.

(6)

6

9.8 ADAB

Budi pekerti yang halus, akhlak yang baik, budi bahasa dan kesopanan murid. Aspek adab yang dinilai dalam pentaksiran ini merangkumi adab terhadap guru, ibu bapa/penjaga dan rakan sebaya serta diri sendiri.

9.9 KENDIRI

Pentaksiran atau persepsi murid terhadap dirinya atau menerima pentaksiran daripada orang lain. Pentaksiran IHAB memfokus kepada kesungguhan kendiri murid dari aspek motivasi, kesungguhan, daya saing, berdikar, istiqamah dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab seharian.

9.10 TELUS

Sentiasa bersikap positif dan jujur serta terbuka dengan mewujudkan prosedur kerja dan melaksanakan tindakan telus, lengkap serta menyelesaikan kerja mengikut masa yang ditetapkan.

9.11 RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya adalah rakan pentaksir yang menilai ahli kumpulan atau rakan yang lain terhadap komitmen mereka dalam aspek menghormati dan kasih sayang terhadap rakan.

9.12 KEMENJADIAN

Kemenjadian murid dikenalpasti melalui penghayatan ilmu, pembentukan akhlak pelajar, peningkatan kecekapan dan kemahiran, pencapaian akademik yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian mengikut ciri-ciri generasi al-Quran. Ciri-ciri tersebut ialah tauhid, tazkiah, hikmah, istiqamah,muamalah,deen dan amanah sebagai hamba dan khalifah Allah.

(7)

7 LAMPIRAN A

CARTA ALIR PROSES PENTADBIRAN IHAB

Arahan kepada pihak sekolah

Taklimat kepada pentaksir dan

murid

Mula

Menerima borang daripada guru

pentaksir

Mengedar borang

(8)

8 LAMPIRAN B

CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN (GURU)

Pentaksir menerima lantikan

Menerima taklimat

Memberikan skor

Mula

Membuat pemerhatian

Mengagihkan murid

Mengumpul borang

Tamat

Merekod skor

Membuat rumusan

Keputusan

Bimbingan

(9)

9

CIRI-CIRI KEMENJADIAN GENERASI AL-QURAN

1- TAUHID

-

Akidah sebagai asas kehidupan

2- TAZKIAH

-

Tulen dan kembali kepada fitrah

3- HIKMAH

-

Kesesuaian kepada al-Quran dan As-Sunnah

4- ISTIQAMAH

-

Berpendidrian teguh, stabil dan mantap

5- MUAMALAH -

Komunikasi dan interaksi

6- DEEN

-

Sistem kehidupan yang lengkap

(10)

10 LAMPIRAN D

Referensi

Dokumen terkait