• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 6: ETIKA KRISTIAN"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 6:

(2)

 Konsep tritunggal yang menjadi asas kepada kepercayaan agama Kristian terdiri daripada perhubungan tiga hala antara Tuhan dan manusia.

(3)

Agama Kristian

Agama Kristian adalah agama monotheis (hanya mempunyai

satu Tuhan) dan berasaskan kehidupan dan ajaran Yesus Kristus.

Penganut agama Kristian mempercayai bahawa Tuhan yang Satu

ini wujud di luar daripada ruang fizikal ini dan telah mencipta alam

semesta.

Agama ini turut dikenali sebagai “monotheisme beretika”, iaitu

kepercayaan kepada Tuhan yang Satu yang mendorong kita

supaya mematuhi kefahaman beretika tertentu.

Agama Kristian terdiri daripada berbagai mazhab dan setiap

daripada mazhab ini (misalnya mazhab Kristian Protestan,

Katholik dan Anglikan). Istilah “Ortodoks” atau “kepercayaan

betul” digunakan untuk menerangkan prinsip-prinsip asal yang

diterima umum oleh komuniti Kristian.

Pengakuan Iman Rasuli (

Apostles’ Creed

) merupakan doktrin

asas yang diterima oleh kebanyakan penganut Kristian.

(4)

Kitab Injil

merupakan kitab suci agama Kristian dan terdiri

daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.

(5)

Asas Etika Agama Kristian

 Kehidupan yang diajar oleh Yesus Kristus dan berpandukan ajarannya adalah asas kepada etika agama Kristian dan dapat diaplikasikan kepada berbagai aspek kehidupan. Kehidupan dan ajaran Yesus Kristus serta prinsip-prinsip moral yang digariskan dalam kitab Injil adalah berteraskan konsep “cinta yang taat”.

 Penganut agama Kristian mempercayai bahawa mereka sedang berlakon dalam drama kehidupan yang berpandukan ajaran dalam kitab Injil dan bahawa Tuhan akan membebaskan mereka. Kebahagiaan yang sejati dapat dikecapi dengan mentaati perintah Tuhan.

 Penganut agama Kristian mempercayai konsep dunia akhirat, seperti dapat dilihat daripada Pengakuan Iman Rasuli. Mereka mempercayai bahawa Tuhan akan menghakimi kesemua umat manusia selepas mereka menemu ajal dan bahawa golongan yang telah menerima Yesus Kristus telah diampuni dan akan tinggal di syurga untuk hidup bersama Tuhan.

 Mazhab Katolik Roma merujuk kepada ajaran kitab Injil, ajaran Gereja serta penjelasan yang diberi oleh hukum semula jadi dalam mempertimbangkan keputusan atau pilihan moral. Mazhab Protestan pula mempercayai bahawa kitab Injil merupakan sumber yang ulung dalam mempertimbang keputusan dan juga sebagai panduan hidup.

(6)

Pandangan Mazhab Katolik Roma Dan Protestan Dalam Isu Moral

Katolik Roma Protestan

Tuhan telah menurunkan kitab Injil untuk menyatakan perintahnya. Tuhan juga berkomunikasi melalui Gereja Katolik Roma.

Tuhan telah memberi manusia kitab Injil sebagai panduan kehidupan.

Bersetuju bahawa Roh Kudus

merupakan panduan kepada Gereja dan Yesus Kristus telah memberi Gereja kuasa untuk menerangkan kitab Injil serta membimbing

penganutnya ke arah kehidupan yang bermoral.

Mematuhi kitab Injil sepenuhnya sebagai tanda cinta kepada

Tuhan.

Golongan Katolik Roma juga

menggunakan hukum semula jadi sebagai sumber rujukan. Ajaran kitab Injil, ajaran Gereja serta penjelasan yang diberikan oleh hukum semula jadi digunakan sebagai panduan dalam membuat keputusan moral.

Berusaha untuk memahami ajaran kitab Injil mengenai perkara tersebut dan cara mengaplikasikannya ke dalam kehidupannya.

(7)

Teras Etika Sepuluh Rukun

Muliakan ibu bapamu

Kamu tidak harus membunuh

Kamu tidak harus melakukan perzinaan

Kamu tidak harus mencuri

Kamu tidak harus menjadi saksi palsu

Kamu tidak harus mendambakan rumah

(8)
(9)
(10)

Etika Kristian dalam konteks Sosial & Interpersonal

 Mengikut kitab Injil (Matius, 25:31-46), penganut agama Kristian diajar supaya tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa menolong orang yang memerlukannya ke arah mematuhi perintah Tuhan.

 Penganut agama Kristian perlu memupuk perhubungan baik dengan semua pihak, tanpa mengira kaum, gender, status, agama dan sebagainya.

 Sebarang ketidakadilan, diskriminasi atau bias dilarang sama sekali kerana semua ciptaan Tuhan adalah istimewa.

 Ajaran Yesus Kristus menyarankan supaya penganut agama ini bukan sahaja bersikap toleransi kepada kaum lain tetapi juga menyayangi mereka, termasuklah musuh-musuh mereka.

 Yesus Kristus menyarankan supaya penganut agama Kristian berbudi baik kepada semua umat manusia, termasuk golongan yang membenci mereka.

 Etika dari segi agama Kristian menekankan keadilan serta menghormati dan menyayangi antara satu sama lain tanpa diskriminasi atau bias.

(11)

Pemberatan yang Adil

Jumlah penuh (kuantiti dan kualiti) harus diberi dalam setiap urusan perniagaan. Pekerja harus bekerja keras sebagai tanda berterima kasih atas gaji yang diterima. Kejujuran

Seseorang itu perlu jujur dalam berurusan dengan: Pelanggan Pekerja Majikan Rakan sekerja Masyarakat Hamba Tuhan

Sebagai hamba Tuhan, pekerja seharusnya lebih mementingkan pelanggan atau pihak lain supaya dapat memenuhi kewajipan mereka kepada Tuhan.

Keuntungan yang Berpatutan

Setiap organisasi harus bertimbang rasa dalam menentukan objektif keuntungan mereka dengan mengambil kira aspek keadilan.

Tanggungjawab Peribadi

Kita harus bertanggung jawab atas segala keputusan dan tindakan kita. Kita tidak patut menyalahkan orang lain apabila kita bersalah.

Kita tidak patut melakukan sesuatu yang sememangnya salah.

(12)

Etika dalam konteks Perubatan, Sains dan Kesihatan

 Kebanyakan penganut agama Kristian mempercayai bahawa sains tidak dapat dibandingkan dengan tafsiran kitab Injil. Kitab Injil telah ditulis beribu tahun dahulu untuk mewujudkan kesedaran mengenai Tuhan dan ciptaannya. Matlamat sains adalah untuk mempelajari bagaimana alam semesta diwujudkan manakala kitab Injil pula menerangkan mengapa alam semesta wujud.

 Mengikut ajaran agama Kristian, manusia perlu menyayangi setiap ciptaan Tuhan terutamanya manusia. "Kamu tidak patut membunuh" merupakan perkara keenam dalam Sepuluh Rukun dan ia menerangkan bahawa tiada sesiapa pun yang berhak membunuh manusia lain atas apa-apa sebab. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menentukan kelahiran dan kematian, seperti yang tercatat dalam kitab Injil.

 Gereja Anglikan menganggap bahawa semua manusia dicipta oleh Tuhan mengikut imejnya sendiri. Oleh itu, nyawa kita patut dijaga dan dilindungi pada setiap peringkat kehidupan. Pengguguran dilarang sama sekali tetapi diterima secara etika dalam keadaan tertentu, misalnya sekiranya fetus tersebut mengancam nyawa si ibu atau sekiranya terdapat risiko yang ia akan mengalami kecacatan serius.

(13)

 Tuhan mengurniakan manusia dengan keupayaan untuk memiliki zuriat, sepertimana yang dinyatakan oleh kitab Injil (Kejadian 1:28). Persenyawaan buatan seperti In Vitro Fertilization (IVF) dibenarkan bagi pasangan yang menghadapi masalah dari segi ini.

 Namun demikian, sesetengah penganut Kristian mempercayai bahawa hanya Tuhan berhak menentukan siapa yang dapat memiliki zuriat dan sebaliknya.

 Kebanyakan penganut Kristian menerima penggunaan kaedah saintifik bagi membantu pasangan untuk memiliki zuriat tetapi ini bergantung kepada kaedah yang digunakan.

 Persenyawaan buatan yang menggunakan sperma penderma dilarang sama sekali kerana ia disamakan dengan berzina.

 Persenyawaan buatan melalui si suami dibenarkan kerana ia tidak melanggar batasan perkahwinan.

 Ibu tumpang di mana si bayi tidak memiliki perhubungan genetik kepada si ibu tumpang dianggap sebagai amalan yang tidak beretika kerana akan timbul masalah dalam menentukan ibu sebenar bayi tersebut.

(14)

Etika Kristian dalam konteks Alam Sekitar

Penganut agama Kristian mempercayai bahawa kita tidak

memiliki

ciptaan

Tuhan.

Sebaliknya,

Tuhan

telah

mengamanahkan ciptaannya kepada kita dan oleh sebab itu, kita

patut menjaganya sebaik mungkin tanpa menjejaskannya melalui

pencemaran, eksploitasi berlebihan dan sebagainya.

Berikut adalah peranan manusia di dunia ini:

Bertanggung jawab untuk menjaga alam sekitar dan

memuliharanya untuk generasi akan datang.

Penganut agama Kristian mempercayai bahawa manusia tidak

berhak menuntut hak pemilikan ke atas mana-mana ciptaan

Tuhan.

Manusia tidak berhak mengeksploitasi alam sekitar sehingga

ia terjejas.

Manusia patut berkembang dan menggunakan alam ini

dengan sebaik mungkin.

(15)

 Manusia harus memiliki sifat Tuhan supaya dapat memenuhi peranan yang telah diamanahkan oleh Tuhan. Sifat Tuhan bermaksud yang kita perlu bersikap:

 Kreatif

 Berkasih sayang

 Menggunakan sumber yang dikurniakan oleh Tuhan dengan bertanggung jawab supaya mendatangkan manfaat kepada semua ciptaan Tuhan

 Manusia bersikap mementingkan diri dan melakukan dosa seperti menyalahgunakan dan mencemarkan alam. Sikap mementingkan diri dan angkuh ini bercanggah dengan perasaan cinta dan taat kepada Tuhan dan menyebabkan masalah-masalah berikut:

 Pemanasan global

 Pencemaran alam

 Banjir

 Bencana alam lain

(16)

Manusia merupakan khalifah Tuhan yang diamanahkan untuk

menjaga alam yang dicipta olehnya, termasuklah penghuninya.

Manusia memerlukan ilmu untuk menjalankan tanggung jawab ini

dengan sebaik mungkin. Oleh sebab itu, kita harus berfikir dalam

menangani masalah alam sekitar.

Tuhan menginginkan supaya manusia dan alam dapat hidup

secara harmoni.

Tuhan telah menyediakan makanan dan keperluan lain yang

mencukupi bagi ciptaannya, namun demikian, penganut agama

Kristian mempercayai bahawa sifat tamak manusia telah

menyebabkan pemanasan global, pencemaran, banjir serta

bencana alam yang lain.

Mandat Tuhan yang menyarankan supaya semua ciptaannya

disayangi perlu dipatuhi dan kita harus bertindak secara beretika

demi keharmonian bersama.

Referensi

Dokumen terkait