• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN NAMA PROGRAM: KARNIVAL KERJAYA DAN MELANJUTKAN PENGAJIAN PSA 2017 TARIKH: 27 MAC 2017 (ISNIN) TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA/ DKU DISEDIAKAN OLEH:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN NAMA PROGRAM: KARNIVAL KERJAYA DAN MELANJUTKAN PENGAJIAN PSA 2017 TARIKH: 27 MAC 2017 (ISNIN) TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA/ DKU DISEDIAKAN OLEH:"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

NAMA PROGRAM:

“KARNIVAL KERJAYA DAN MELANJUTKAN PENGAJIAN PSA 2017”

TARIKH:

27 MAC 2017 (ISNIN)

TEMPAT:

DEWAN SERBAGUNA/ DKU

DISEDIAKAN OLEH:

UNIT CISEC

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

(2)

LAPORAN

“KARNIVAL KERJAYA PSA 2017”

1.0 TUJUAN

Laporan ini disediakan sebagai bahan bukti atau dokumen sokongan bagi pelaksanaan program “Karnival Kerjaya dan Melanjutkan Pengajian PSA 2017” yang telah berlangsung pada 27 Mac 2017 yang lepas.

2.0 PENGENALAN PROGRAM

Kajian Pengesanan Graduan 2016 yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sehingga 22 November 2016 menunjukkan kadar purata kebolehpasaran graduan Malaysia meningkat sebanyak 1.1% menjadi 77.2% pada tahun 2016 jika dibandingkan 76.1% pada tahun 2015. Manakala graduan TVET telah menunjukkan peningkatan kebolehpasaran yang memberangsangkan bagi tahun 2016 di mana universiti-universiti teknikal Malaysia (MTUN) menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan pada tahap 87.1% disusuli dengan Politeknik, 88.6% dan Kolej Komuniti 97.2%. Usaha-usaha yang berterusan kini telah dan sedang dilaksanakan oleh KPT bagi memastikan peningkatan kadar kebolehpasaran graduan di Malaysia. Antaranya ialah melalui kerjasama erat antara IPT dan pihak industri.

Justeru, Corporate Industrial Services and Employment Center (CISEC) PSA bersama Politeknik Banting (PBS) telah mengadakan Karnival Kerjaya dan Melanjutkan Pengajian Jabatan Pendidikan Politeknik 2017. Karnival kerjaya ini telah dijalankan pada 27 Mac 2017 di Dewan Besar PSA dan DKU bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Karnival Kerjaya ini telah disertai oleh 32 syarikat/ agensi yang terpilih dan pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tahun akhir (semester lima dan enam) dan pelajar Ijazah serta pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian tetapi masih belum mendapat pekerjaan tetap. Pelajar tersebut terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal dan Perdagangan.

(3)

Seperti kebiasaannya, aktiviti yang dijalankan semasa Karnival Kerjaya adalah sesi temuduga terbuka untuk pelajar-pelajar semester akhir dan sesi taklimat serta pameran dari pihak industri. Selain daripada itu, sesi Ceramah Kaunseling bersama Pegawai Psikologi PSA telah dijalankan di DKU untuk pelajar serta aktiviti gerai jualan turut sama memeriahkan Karnival kerjaya kali ini.

3.0 MISI

Untuk memperkasakan imej PSA ke satu tahap yang lebih tinggi dengan mengadakan suatu program seperti karnival ini. Dengan adanya program sebegini, Unit CISEC berharap agar hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama diantara PSA dan rakan industri PSA dapat dieratkan lagi dan mudah-mudahan dapat meningkatkan kerjasama ke satu tahap yang lebih tinggi lagi seperti menandatangani Letter of Intent (LoI), Notes of Understanding (NoU) atau Memorandum of Understanding (MoU).

4.0 MATLAMAT

Matlamat bagi Karnival Kerjaya dan Melanjutkan Pengajian PSA 2017 adalah seperti berikut :

4.1 Memperkenalkan PSA dengan lebih dekat lagi kepada rakan industri PSA.

4.2 Mendedahkan para pelajar Diploma dan Ijazah mengenai prospek masa depan mereka dalam alam pekerjaan.

4.3 Memperkenalkan institusi khususnya PSA sebagai pelopor utama di dalam menghasilkan graduan yang holistik di dalam pelbagai bidang sama ada bidang Kejuruteraan mahupun Perdagangan.

(4)

5.0 OBJEKTIF

Objektif bagi Karnival Kerjaya dan Melanjutkan Pengajian PSA 2017 adalah seperti berikut :

5.1 Mendedahkan para pelajar kepada Rakan Industri yang terpilih.

5.2 Membuka peluang kepada pelajar untuk menghadiri temuduga terbuka bersama Rakan Industri yang terlibat.

5.3 Memastikan sebilangan pelajar mendapat tawaran pekerjaan sebelum tamat pengajian.

5.4 Mendedahkan pelajar kepada peluang-peluang melanjutkan pengajian di Universiti/Kolej tempatan mahupun luar negara.

5.5 Menyebarluas rangkaian jaringan dan kolaborasi dengan industri setempat.

6.0 IMPAK

6.1 Program ini merupakan salah satu usaha untuk memenuhi KPI Politeknik (PolyPMO) bagi mencapai 90% kebolehpasaran pelajar. 6.2 Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai

peluang-peluang kerjaya yang dapat mereka peroleh di industri dan sektor awam selepas tamat pengajian.

6.3 Program ini meningkatkan bilangan pengaktifan pelajar secara holistik bagi mensasari KPI PolyPMO di dalam pengurusan program.

(5)

7.0 ANJURAN

Unit CISEC

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Persiaran Usahawan, Seksyen U1

40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

Bersama :

Politeknik Banting (PBS)

8.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 27 Mac 2017 (Isnin)

Masa : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

9.0 TEMPAT PROGRAM

Dewan Serbaguna dan Dewan Kuliah Utama (DKU)

10.0 PUBLISITI

Program ini telah diiklankan melalui poster, banner, flyers serta media sosial. Pihak media cetak dan media elektronik juga telah dijemput untuk membuat liputan terhadap program ini.

(6)

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah urusetia PSA seramai 50 orang

Jumlah urusetia pelajar BFM seramai 22 orang

Jumlah Rakan Industri PSA seramai 96 orang (32 syarikat/ agensi x 3 orang) Jumlah Pegawai Pengiring Politeknik Jemputan seramai 10 orang

Jumlah pelajar semester akhir Diploma & Ijazah PSA seramai 846 orang Jumlah pelajar daripada Politeknik Jemputan seramai 89 orang

12.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 13.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 14.0 ANGGARAN BELANJAWAN Rujuk Lampiran C

(7)

15.0 PERINCIAN PROGRAM

15.1 Pameran Syarikat/ Agensi

Syarikat-syarikat dan agensi yang terlibat dalam pameran untuk memasarkan perniagaan dan mencari prospek baru untuk syarikat mereka. Terdapat 32 syarikat dan agensi yang telah menyertai karnival kerjaya ini.

15.2 Temuduga Terbuka

Syarikat-syarikat yang terlibat berpeluang mengadakan sesi temuduga terbuka kepada para pelajar semester akhir untuk diserap ke dalam organisasi mereka.

15.3 Taklimat Industri

Aktiviti taklimat industri diadakan di Dewan Serbaguna PSA dan seramai 10 agensi terlibat yang terdiri dari rakan industri dan institusi pengajian tinggi (IPT).

15.4 Kaunseling Kerjaya

Aktiviti dijalankan pada sebelah petang bermula jam 2.00 petang di Dewan Kuliah Utama. Seramai 200 orang pelajar semester 4 dari setiap jabatan induk JKA, JKE, JKM dan JPG. Kaunseling ini dikendalikan oleh Pegawai Psikologi PSA.

15.5 Gerai Jualan

Aktiviti gerai jualan ini di adakan di kawasan foyer dan parkir Dewan Serbaguna PSA. Seramai 21 gerai terlibat dan jualan terdiri daripada makanan dan pakaian.

(8)

16.0 PENUTUP

Program Karnival Kerjaya dan Melanjutkan Pengajian PSA 2017 telah berjalan dengan lancar dan jayanya hasil kerjasama daripada semua pihak bersama Politeknik Banting. Dengan kehadiran 32 syarikat dan agensi serta hampir 957 orang pelajar yang menghadiri pameran dan temuduga yang dijalankan, program karnival kerjaya pada kali ini amatlah memberansangkan dari segi penyertaan syarikat/agensi dan para pelajar. Suasana karnival kerjaya dapat dirasai memandangkan pada kali ini, pameran dan sesi temuduga dijalankan pada satu tempat sahaja iaitu di Dewan Serbaguna PSA. Kesemua pelajar tertumpu di dewan menyebabkan setiap booth pameran sentiasa mempunyai pengunjung sepanjang masa. Diharapkan juga agar usaha Unit CISEC untuk memenuhi KPI Politeknik (PolyPMO) bagi mencapai 90% kebolehpasaran pelajar tercapai melalui program-program yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh:

………... (DIANA BINTI MOHD ALWI) Setiausaha Program

Karnival Kerjaya dan Melanjutkan Pengajian PSA 2017

Disemak oleh:

... (ZALEHA BINTI ABDULLAH) Ketua CISEC

(9)

LAMPIRAN A

CARTA ORGANISASI

PROGRAM KARNIVAL KERJAYA DAN MELANJUTKAN PENGAJIAN PSA 2017

Penaung: Kol. Bersekutu (PA) Hj Tajuddin Bin Abdul Rashid K.M.N

Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Jawatankuasa Kerja:

Pengarah Program : Cik. Zaleha Binti Abdullah Timb. Pengarah Program : En. Hasmawi Bin Khalid Setiausaha 1 : Pn. Diana Binti Mohd Alwi Setiausaha 2 : En. Hazlan Bin Abdullah

Bendahari 1 : Pn. Noreen Nastasha Binti Yusof

Bendahari 2 : En. Samlisman Choi Weng

Ahli Jawatankuasa Kerja:

J/K Jemputan & Pelaporan : CISEC/ BFM J/K Perhubungan, Promosi dan Publisiti : ALUMNI J/K Pendaftaran & Sijil (Peserta & Industri) : JMSK

J/K Perasmian/ Emcee & Teks Ucapan Pengarah : JPA

J/K Persediaan Tempat/ Pameran : JKE / UPSG/ JKM / UIDM J/K Persediaan Teknikal, Siaraya dan Multimedia : JKM/ UIDM

J/K Lalu Lintas : JKM

J/K Hadiah dan Cenderahati : UKK J/K Jamuan dan Makanan : JKA J/K Keceriaan dan Kebersihan : UPSG

J/K Sesi Temuduga : UPK/ UPLI

J/K Media Cetak : PRO/ CISEC

J/K Pergerakan & Pemantauan Pelajar : MPP JABATAN J/K Gerai Keusahawanan : CISEC

(10)

LAMPIRAN B

(11)

LAMPIRAN C ANGGARAN BELANJAWAN Perkara Kuantiti / Unit Kos / Unit (RM) Jumlah (RM) DIPOHON DARIPADA OS 42000 Makanan Pelajar Makan Pagi 1000 3.00 3000.00 Makan Tengahari 1000 5.00 5000.00 Jumlah 8000.00 SUMBANGAN DARIPADA PERSATUAN ALUMNI PSA

Utilities

Banners 2 150.00 300.00

Jumlah 300.00 SUMBANGAN DARIPADA KOPSA PSA

Utilities

Perhiasan Dewan 1000.00

Jumlah 1000.00 Jumlah Keseluruhan 9300.00

(12)
(13)
(14)

Referensi

Dokumen terkait