• Tidak ada hasil yang ditemukan

Akaun 360-i OCBC Al-Amin Terma dan Syarat Dijamin oleh PIDM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Akaun 360-i OCBC Al-Amin Terma dan Syarat Dijamin oleh PIDM"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Akaun 360-i OCBC Al-Amin

Terma dan Syarat

Dijamin oleh PIDM

1. Akaun 360-i

1.1. OCBC Al-Amin Bank Berhad ("OCBC Al-Amin") menawarkan "Akaun 360-i OCBC Al-Amin", akaun simpanan yang memberi ganjaran kepada Pelanggan yang Layak (ditakrifkan di bawah) apabila mereka memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah, tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini.

1.2. Akaun ini menggunakan prinsip Syariah Tawarruq dan akan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat untuk Akaun Simpanan Tawarruq seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat utama OCBC Al-Amin.

2. Kelayakan

2.1. Akaun 360-i OCBC Al-Amin terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas, dengan syarat:

(a) jika pemohon bukan pemastautin Malaysia, beliau hanya layak jika negara asalnya diterima oleh OCBC Al-Amin; dan

(b) Pelanggan yang akaunnya dengan OCBC Al-Amin telah digantung atau ditamatkan atau yang telah melanggar mana-mana perjanjian dengan OCBC Al-Amin, tidak layak untuk membuka Akaun 360-i.

Untuk penjelasan, entiti selain daripada orang asli (sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan) tidak layak membuka Akaun 360-i OCBC Al-Amin. Individu yang layak dirujuk sebagai "Pelanggan Berkelayakan".

3. Kaedah dan Syarat Program

3.1. Deposit permulaan minimum bagi Akaun 360-i OCBC Al-Amin adalah RM500. Tiada baki minimum perlu diperuntukkan di dalam akaun. Walaubagaimanapun, akaun yang berbaki sifar selama tempoh 90 hari akan ditutup. OCBC Al-Amin akan memaklumkan terlebih dahulu kepada Pelanggan Berkelayakan berkenaan penutupan akaun melalui SMS ataupun melalui cara lain yang dianggap wajar oleh OCBC Al-Amin. Pengaktifan semula akaun yang telah ditutup di dalam tempoh 3 bulan bermula daripada tarikh penutupan akaun adalah mengikut budi bicara mutlak OCBC Al-Amin.

3.2. Pelanggan yang Layak akan mendapat keuntungan berdasarkan keseluruhan baki akaun pada kadar keuntungan semasa ( "Kadar Lazim") yang dikira secara harian dan dikreditkan ke dalam Akaun 360-i OCBC Al-Amin pada akhir bulan ( "Keuntungan Asas").

3.3. Dalam tempoh satu bulan kalendar, Pelanggan Berkelayakan yang memenuhi syarat-syarat untuk:

(a) kategori "Deposit" dalam Jadual 1 di bawah yang memuaskan OCBC Al-Amin akan mendapatkan keuntungan bonus bagi kategori "Deposit" pada kadar yang sama; dan / atau

(b) kategori "Pembayaran Bil" dalam Jadual 1 di bawah untuk kepuasan OCBC Al-Amin akan memperoleh keuntungan bonus bagi kategori "Pembayaran Bil" pada kadar semasa; dan / atau

(c) kategori "Kad Debit-i" dalam Jadual 1 di bawah yang memuaskan OCBC Al-Amin akan memperoleh keuntungan bonus bagi kategori "Kad Debit-i" pada kadar semasa

ke atas baki purata harian akaun sehingga RM100,000 ("Baki Purata Maksimum") untuk bulan kalendar ("Keuntungan Bonus"). Keuntungan Bonus dikira pada akhir bulan kalendar dalam mana syarat-syarat dipenuhi, dan dikreditkan ke dalam Akaun 360-i OCBC Amin dalam tempoh 14 hari bekerja (mana-mana hari di mana OCBC Al-Amin dibuka untuk perniagaan, tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) bulan kalendar yang berikutnya. Jumlah keseluruhan keuntungan bonus yang dinyatakan di dalam fasal 3.3(a) hingga (c) akan dirujuk sebagai “Kadar Keuntungan Bonus Maksimum”.

JADUAL 1 KATEGORI KEUNTUNGAN

BONUS

SYARAT-SYARAT

Deposit 1.20% setahun Pelanggan Berkelayan mendeposit sekurang-kurangnya RM500 ke dalam Akaun 360-i OCBC Al-Amin

Pembayaran Bil 1.20% setahun Pelanggan Berkelayan membuat sekurang-kurangnya 3 Pembayaran Bil (dedifinisikan di bawah), rujuk Fasal 3.4 di

bawah

Kad Debit-i 1.20% setahun Transaksi runcit beragregat sekurang-kurangnya RM500 yang dicajkan ke dalam kad debit-i Pelanggan Berkelayakan OCBC

Al-Amin, rujuk Fasal 3.5 di bawah Kadar Keuntungan

Bonus Maksimum

(2)

3.4. Berkenaan syarat-syarat kategori Pembayaran Bil

(a) “Pembayaran Bil” bermaksud permbayaran daripada Akaun 360-i OCBC Al-Amin yang dibuat: (i) Melalui saluran pembayaran Perbankan Online OCBC atau Perbankan Internet OCBC kepada:

1) Kemudahan pembiayaan perumahan OCBC Al-Amin Pelanggan Berkelayakan; atau

2) Sebarang akaun di mana-mana institusi perbankan/kewangan yang lain (kecuali OCBC Bank (Malaysia) Berhad); atau

3) Sebarang organisasi pembilan yang mengambil bahagian

Termasuk pembayaran melalui Interbank Giro yang dibuat menggunakan Perbankan Online OCBC/Perbankan Internet OCBC tetapi tidak termasuk sebarang pembayaran oleh platform Bursa Pemprosesan Kewangan (FPX); atau

(ii) Menurut arahan tetap kepada kemudahan pembiayaan perumahan OCBC Al-Amin Pelanggan. (b) Yang tertera seperti di bawah akan dianggap sebagai Pembayaran Bil:

(i) Pembayaran berulang kepada akaun pembiayaan perumahan yang sama; atau

(ii) Pembayaran berulang, di mana setiap pembayaran tidak dapat dikenalpasti secara unik, kepada: 1) Organisasi pembilan yang mengambil bahagian; atau

2) Akaun yang sama di bank/institusi kewangan yang lain

(iii) Untuk penjelasan, sebarang jenis pembayaran, contohnya pembayaran melalui kaunter atau pembayaran melalui ATM atau cek tidak termasuk di dalam definisi “Pembayaran Bil” di bawah terma dan syarat ini. 3.5. Berkenaan syarat-syarat kategori Kad Debit-i

(a) Semua amaun transaksi runcit yang dicaj dan diposkan ke kad debit-i OCBC Al-Amin milik Pelanggan Berkelayan utama dan (jika berkenaan) suplementari di dalam bulan kalendar akan diagregat untuk mengira jumlah amaun dicaj. Jika Akaun 360-i OCBC Al-Amin dibuka atas dua nama bersama atau lebih Pelanggan Berkelayakan, maka hanya amaun transaksi runcit yang dibuat oleh Pelanggan Berkelayakan yang menjadi penama pertama di borang permohanan pembukaan akaun akan diagregat untuk pengiraan. Semua amaun yang dicaj dan diposkan oleh pemegang akaun bersama yang lain-lain tidak akan diambil kira.

(b) Semua transaksi runcit yang bertarikh pos di dalam bulan kalendar yang sama akan diagregat untuk pengiraan. Sebarang amaun transaksi runcit yang tidak dipos tidak akan diambil kira. OCBC Al-Amin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan atau kelewatan di dalam transmisi atau pengeposan sebarang transaksi runcit. Rekod OCBC Al-Amin pada tarikh pengeposan untuk sebarang transaksi runcit adalah muktamad, konklusif dan mengikat.

(c) Amaun berikut yang terhasil melalui penggunaan kad debit-i OCBC Al-Amin dikecualikan daripada pengiraan amaun transaksi runcit:

(i) Fi dan caj kad debit-i

(ii) Amaun transaksi runcit yang kemudiannya dibatalkan atau dimansuhkan di dalam bulan kalendar yang sama

(iii) Lain-lain amaun yang dimaklumkan oleh OCBC Al-Amin dari semasa ke semasa

(d) Sekiranya kad debit-i OCBC Al-Amin Pelanggan Berkelayakan dibatalkan untuk sebarang sebab, oleh Pelanggan Berkelayakan atau oleh OCBC Al-Amin, maka kesemua amaun yang dicaj dan dipos di dalam bulan kalendar di mana kad debit-i dibatalkan (jika ada) tidak akan dikira untuk amaun transaksi runcit. Contohnya, jika Pelanggan Berkelayakan membatalkan kad debit-i OCBC Al-Amin beliau pada 20 Januari 2016, maka kesemua amaun yang dicaj dan dipos dari 1 Januari 2016 hingga 31 Januari 2016 (jika ada) akan dikecualikan dan tidak akan diambil kira.

3.6. Jadual 2 di bawah mengilustrasikan bagaimana Keuntungan Bonus boleh diperoleh: JADUAL 2

TARIKH BUTIRAN KEUNTUNGAN BONUS

Senario A

Pelanggan A mempunyai baki RM50,000 di dalam Akaun 360-i OCBC Al-Amin beliau pada 1 October 2016 5 Okt 2016 Pelanggan A mendeposit

RM200 di dalam Akaun 360-i OCBC Al-Amin beliau

Baki purata harian akaun bagi Oktober 2016(a)

= [4(RM50,000)+11(RM50,200)+9(RM50,500)+7(RM350,500)]÷31 = RM118,070.97

Keuntungan bonus bagi Oktober 2016(b) = RM100,000 x 1.20%p.a. x 31 ÷ 365 = RM101.92 16 Okt 2016 Pelanggan A mendeposit RM300 di dalam Akaun 360-i OCBC Al-Amin beliau

25 Okt 2016

Pelanggan A mendeposit RM300,000 di dalam Akaun 360-i OCBC Al-Amin beliau

Senario B

(3)

2 Nov 2016 Pelanggan B membelanjakan sejumlah RM600 untuk pembelian di kompleks membeli-belah menggunakan kad debit-i OCBC Al-Amin

Baki purata harian akaun bagi November 2016(a)

= [1(RM1,000)+5(RM400)+5(RM100,400)+19(RM97,900)]÷30 = RM78,836.67

Keuntungan bonus bagi November 2016(c) = RM78,836.67 x 2.40%p.a. x 30 ÷ 365 = RM155.51

7 Nov 2016 Pelanggan B mendeposit RM100,000 ke dalam Akaun 360-i OCBC Al-Amin beliau

12 Nov 2016

Pelanggan B membayar RM2,500 menggunakan arahan tetap untuk bayaran balik pembiayaan perumahan OCBC Al-Amin beliau melalui Akaun 360-i OCBC Al-Amin beliau Penjelasan untuk Jadual 2

(a) Baki purata harian akaun = jumlah baki harian bagi bulan kalendar kemudian dibahagikan dengan jumlah hari pada bulan kalendar tersebut.

(b) Dalam Senario A, oleh kerana Pelanggan A memenuhi syarat bagi kategori “Deposit” di dalam bulan Oktober 2016, beliau memperoleh Bonus Keuntungan 1.20% setahun ke atas baki purata harian sehingga RM100,000 sahaja (walaupun baki purata harian beliau adalah RM118,070.97) bagi bulan Oktober 2016 iaitu RM101.92. Jika Pelanggan A tidak membuat sebarang transaksi pada bulan kalendar hadapan iaitu November 2016, maka beliau hanya akan memperoleh Keuntungan Asas pada Kadar Lazim untuk keseluruhan baki akaun iaitu RM350,500, dan beliau tidak akan memperoleh Keuntungan Bonus pada November 2016.

(c) Dalam Senario B, Pelanggan B memenuhi syarat bagi kategori “Kad Debit” dan “Deposit” di dalam bulan November 2016 (beliau tidak memenuhi syarat kategori “Pembayaran Bil” kerana beliau hanya membuat 1 pembayaran bil berbanding sekurang-kurangnya 3 sepertimana yang disyaratkan). Oleh itu beliau memperoleh Keuntungan Bonus 2.40% setahun sebanyak RM155.51untuk bulan November 2016 bagi baki purata harian RM78,836.67 Jika Pelanggan B tidak membuat sebarang transaksi pada bulan kalendar hadapan iaitu Disember 2016, kecuali arahan tetap untuk bayaran bayaran balik pembiayaan perumahan OCBC Al-Amin beliau (beliau tidak memenuhi syarat bagi kategori “Pembayaran Bil” dengan hanya membuat satu pembayaran saja), maka beliau tidak akan memperoleh Keuntungan Bonus di dalam bulan Disember 2016.

3.7. Bagi mana-mana transaksi atau pembayaran yang kemudiannya dibatalkan atau dimansuhkan dalam bulan kalendar yang sama, pelarasan yang bersesuaian akan dilakukan. Sekiranya pelarasan tidak dilakukan, OCBC Al-Amin berhak untuk mendebit semula (claw back) jumlan Keuntungan Bonus yang telah dikreditkan sebelum ini.

3.8. Kadar Lazim dan Keuntungan Bonus boleh berubah dari semasa ke semasa dan Pelanggan Berkelayakan boleh melayari laman web OCBC Al-Amin di www.ocbc.com.my untuk mendapatkan kadar terkini.

3.9. Sekiranya berlaku penutupan Akaun 360-i OCBC Al-Amin, Kadar Lazim akan digunakan untuk pengiraan keuntungan harian terakru ke atas baki sehingga hari sebelum akaun ditutup untuk bulan kalendar tersebut dan tiada sebarang Keuntungan Bonus akan dibayar.

3.10.Setiap Pelanggan Berkelayakan boleh membuka SATU Akaun 360-i OCBC Al-Amin, sama ada atas nama sendiri atau nama bersama. Sekiranya untuk sebarang sebab seorang Pelanggan Berkelayakan membuka lebih daripada satu Akaun 360-i OCBC Al-Amin, maka Kadar Lazim dan Bonus Keuntungan hanya akan dibayar bagi akaun pertama yang dibuka dahulu. Akaun 360-i OCBC Al-Amin yang dibuka kemudian akan ditukarkan kepada Akaun Simpanan Aqil-i atau mana-mana akaun lain yang dianggap bersesuaian mengikut budi bicara mutlak OCBC Al-Amin. Dalam apa jua keadaan, mana-mana Akaun OCBC Al-Amin yang dibuka kemudian tidak akan memperoleh Keuntungan Asas dan Keuntungan Bonus, tetapi hanya boleh memperoleh keuntungan bagi akaun simpanan asas pada kadar yang ditentukan oleh OCBC Al-Amin dari semasa ke semasa.

4. Lain-lain Syarat-syarat Am

4.1. Akaun ini ditawarkan di bawah prinsip Shariah yakni Tawarruq. Urusniaga Tawarruq akan dijalankan ke atas semua deposit ke Akaun pada masa yang ditetapkan pada hari (“Hari Urusniaga”) OCBC Al-Amin dibuka untuk perniagaan perbankan di Kuala Lumpur dan platform perdagangan komoditi (seperti ditetapkan OCBC Al-Amin) dibuka untuk perdagangan komoditi seperti biasa. Hari penutupan akaun (“Tarikh Penutupan Akaun”) tidak akan termasuk dalam Hari Urusniaga. Di bawah prinsip Tawarruq, pelanggan melantik OCBC Al-Amin sebagai ejen (“Wakil”) pembelian komoditi patuh-Shariah daripada platform dagangan komoditi pada setiap Hari Urusniaga yang ditentukan oleh OCBC Al-Amin. Komoditi terpilih adalah Minyak Sawit Mentah (“MSM”) atau lain-lain komodi bukan-Ribawi dan patuh-Shariah yang akan dibeli semasa Hari Urusniaga pada kuantiti dan waktu yang dianggap sesuai oleh Bank, selagi mana harga keseluruhan (“Harga Pembelian Pelanggan”) pada Hari Urusniaga adalah sama dengan jumlah deposit yang terkumpul di dalam Akaun:

4.1.1 Deposit terkumpul di dalam Akaun daripada tetapan masa untuk Hari Urusniagasemalam sehingga tetapan masa bagi Hari Urusniaga semasa, sekiranya Hari Urusniaga semalam tidak jatuh pada hari terakhir di dalam bulan kalendar; atau

4.1.2 Dana terkumpul di dalam Akaun pada Hari Urusniaga semasa sehingga tetapan masa pada Hari Urusniaga yang sama, sekiranya Hari Urusniaga semalam adalah hari terakhir di dalam bulan kalendar.

(4)

Urusniaga Tawarruq tidak akan dijalankan pada Tarikh Penutupan Akaun, dan pembelian komoditi tidak akan dijalankan oleh OCBC Al-Amin walaupun Tarikh Penutupan Akaun adalah Hari Urusniaga, meskipun terdapat peruntukan pada Fasal 4.1 ini.

4.2. Komoditi ini boleh bercampur dengan lain-lain komoditi patuh-Shariah yang dibeli bagi pihak Bank atau bagi pihak lain. Pelanggan bersetuju menerima komoditi tersebut pada “keadaan sedia ada” seperti yang dibeli dan diagihkan oleh Bank dan bersetuju untuk memberi pengecualian ke atas opsyen kerosakan (Khiyar al-‘Ayb) bagi sebarang kerosakan pada komoditi.

4.3. Pelanggan boleh memohon penyerahan komoditi secara fizikal dengan memaklumkan kepada Bank dahulu sebelum Bank membuat pembelian komoditi, di mana pelanggan akan membayar sepenuhnya harga komoditi dan peletakan deposit akan dibatalkan. Pelanggan akan menanggung kesemua kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penghantaran komoditi termasuk yuran pembrokeran, kos penyimpanan, Takaful/insurans serta lain-lain kos yang berkaitan.

4.4. Jika pelanggan tidak memohan penyerahan komoditi secara fizikal, maka pelanggan mempunyai milikan konstruktif (Qabd al-Hukmi) ke atas komoditi yang dibeli oleh Bank selaku ejen (Wakil) pelanggan.

4.5. Pelanggan memberi kuasa dan melantik Bank sebagai ejen (Wakil) untuk menjual komoditi kepada mana-mana pihak termasuk Bank sendiri apabila pelanggan mempunyai milikan konstruktif (Qabd al-Hukmi) pada jumlah (“Harga Belian Bank”) yang terdiri daripada dua komponen, yakni (i) jumlah yang setara dengan Harga Belian Pelanggan; dan (ii) jumlah tambahan (“Jumlah Keuntungan”). Jumlah Keuntungan akan dikira seperti berikut:

(a) Kadar Lazim dibahagi 365 kemudian didarab dengan Harga Belian Pelanggan untuk Hari Urusniaga yang bukan Hari Urusniaga terakhir dalam bulan kalendar. Jumlah Keuntungan untuk Hari Urusniaga tersebut dipanggil “Jumlah Keuntungan Hari Urusniaga Bukan Terakhir”.

(b) Pada Hari Urusniaga terakhir dalam bulan kalendar, di mana Jumlah Keuntungan untuk Hari Urusniaga tersebut dipanggil “Jumlah Keuntungan Hari Urusniaga Terakhir”:

Jumlah Keuntungan Hari Urusniaga Terakhir = M + N Di mana,

M = Kadar Lazim dibahagi 365 didarab dengan Harga Belian Pelanggan untuk Hari Urusniaga terakhir bagi bulan kalendar

N = Baki Purata Maksimum x Kadar Keuntungan Bonus Maksimum x Jumlah hari pada bulan kalendar/365

N akan dirujuk sebagai “Jumlah Keuntungan Bonus Maksimum” 4.6 OCBC Al-Amin akan membayar Harga Belian Bank seperti berikut:

(a) Sebahagian daripada Harga Belian Bank akan ditolak daripada Harga Belian Pelanggan di dalam transaksi Tawarruq yang sama; dan

(b) Baki Harga Belian Bank akan diagregat ke dalam baki-baki lain Harga Belian Bank yang dikontrakkan sepanjang bulan kalendar (Harga Belian Bank teragregat, “Bahagian HBB Tertangguh”), akan dibayar seperti berikut:

(i) Bahagian HBB Tertangguh ditolak dengan Jumlah Keuntungan Bonus Maksimum (“Keuntungan Asas Tentatif”) akan ditunda dan dibayar pada hari terakhir atau hari pertama bulan kalendar atau (jika bukan hari terakhir pada bulan kalendar) hari Akaun 360-i ditutup; dan

(ii) Jumlah Keuntungan Bonus Maksimum akan dibayar selewat-lewatnya 14 hari bekerja (daripada Hari Urusniaga terakhir pada bulan kalendar) jika Akaun 360-i tidak ditutup pada waktu Jumlah Keuntungan Bonus Profit dibayar.

4.7 Pada hari terakhir pada bulan kalendar, sekiranya tiada Tarikh Penutupan Akaun pada bulan kalendar tersebut: (a) Bank, atas budi bicaranya berhak memberikan pelanggan Hadiyyah berdasarkan kiraan berikut: C = A – B

Di mana,

A = Untung dikira berdasarkan Kadar Lazim yang digunapakai ke atas baki harian Akaun 360-i bagi bulan kalendar (iaitu Keuntungan Bulanan)

B = Bahagian HBB Tertangguh agregat bagi bulan kalendar Jika C > sifar, maka Hadiyyah adalah jumlah bersamaan dengan C Jika C = atau < sifar, maka Hadiyyah = 0

(b) Pelanggan dengan ini mengaku janji (Wa’d) untuk memberikan rebat (Ibra’) pada Bahagian HBB Tertangguh pada bulan kalendar di mana nilai “C” yang diperoleh daripada formula yang tertera di Fasal 4.7(a) menghasilkan nilai negatif; rebat (Ibra’) yang akan diberikan hendaklah diperoleh daripada berikut:

Rebate (Ibra’) = C X (-1)

(5)

(a) Jika pelanggan telah menutup Akaun 360-i sebelum Hari Bonus Keuntungan, pelanggan dengan ini mengaku janji (Wa’d) untuk memberikan rebat (Ibra’) kepada Bank untuk keseluruhan Jumlah Keuntungan Bonus Maksimum, di mana jumlah ini tidak perlu dibayar oleh Bank kepada pelanggan.

(b) Melainkan Fasal 4.8(a) digunapakai, pelanggan dengan ini mengaku janji (Wa’d) untuk memberikan rebat (Ibra’) kepada Bank ke atas Jumlah Keuntungan Bonus Maksimum seperti berikut:

Rebat (Ibra’) = Jumlah Keuntungan Bonus Maksimum – Jumlah Keuntungan Bonus Sebenar Di mana,

Jumlah Keuntungan Bonus Sebenar adalah Keuntungan Bonus yang diperolehi menurut Fasal 3.3 di atas. Dengan pemberian rebat (Ibra’), Bank akan membayar Jumlah Keuntungan Bonus Maksimum ditolak rebat (Ibra’) pada Hari Bonus Keuntungan.

4.9 Pada Tarikh Penutupan Akaun:

4.9.1. Bank dengan budi bicaranya boleh memberi pelanggan Hadiyyah berdasarkan kiraan berikut: Z = X – Y

Di mana,

X = Keuntungan yang dikira berdasarkan Kadar Lazim yang digunapakai ke atas baki harian di dalam Akaun dari hari pertama bulan kalendar dengan Tarikh Penutupan Akaun sehingga hari sebelum Tarikh Penutupan Akaun (iaitu Keuntungan pada Bulan Penutupan Akaun)

Y = Bahagian HBB Tertangguh yang terkumpul untuk bulan kalendar dari hari pertama bulan kalendar bagi Tarikh Penutupan Akaun sehingga hari sebelum Tarikh Penutupan Akaun

Jika Z > sifar, maka Hadiyyah adalah jumlah bersamaan dengan Z Jika Z = atau < sifar, maka Hadiyyah = 0

4.9.2. Pelanggan dengan ini mengaku janji (Wa’d) untuk memberikan rebat (Ibra’) pada Bahagian HBB Tertangguh pada bulan kalendar di mana nilai “Z” yang diperoleh daripada formula yang tertera di Fasal 4.9.1 menghasilkan nilai negatif; rebat (Ibra’) yang akan diberkan hendaklah diperoleh daripada berikut: :

Rebat (Ibra’) = Z X (-1)

4.10. Bank akan memberikan pengecualian ke atas semua yuran agensi (Wakalah) yang perlu dibayar pelanggan kepada Bank yang bertindak selaku ejen (Wakil) kepada pelanggan untuk urusniaga Tawarruq.

4.11. Dalam mempertimbangkan Bank bertindak sebagai ejen, pelanggan hendaklah melindungi OCBC Al-Amin daripada sebarang tindakan, tuntutan, permintaan, kerugian, kehilangan, kerosakan, kos dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung atau berlaku kepada OCBC Al-Amin sebagai hasil bertindak selaku ejen (Wakil) pelanggan.

4.12. Pelanggan mengakui bahawa OCBC Al-Amin boleh bertindak sebagai ejen (Wakil) untuk pembelian dan penjualan komoditi, di mana setiap peranan, pemilikan komoditi dan kesimpulan transaksi Tawarruq akan didokumentasikan secara bertulis dan dibuktikan melalui dokumen yang mencukupi sebagaimana yang dipastikan terbaik oleh OCBC Al-Amin tetapi menuruti keperluan Syariah. Semua dokumen yang hendaklah disenggarakan oleh Bank dalam tempoh yang sesuai. Pelanggan boleh memohon kepada OCBC Al-Amin berkenaan butiran urusniaga yang diselesaikan dengan memaklumkan kepada Bank secara bertulis.

4.13. Semua terma dan syarat sedia ada yang digunapakai untuk produk dan perkhidmatan OCBC Al-Amin yang dirujuk di dalam terma dan syarat ini, termasuk dan tidak terhad kepada terma dan syarat yang digunapakai untuk akaun deposit OCBC Al-Amin, kad debit-i OCBC Al-Amin, Perbankan Online dan Perbankan Internet OCBC Al-Amin, dsb. akan terus digunapakai. Sekiranya terdapat percanggahan, terma dan syarat ini akan digunakan hanya sejauh mana mereka mentadbir hak dan obligasi Pelanggan Berkelayakan di bawah Akaun 360-i OCBC Al-Amin.

4.14. OCBC Al-Amin dengan budi bicara mutlaknya, akan memberi notis 21 hari untuk mengubah atau menambah Terma dan Syarat ini; atau meminda, menggantung atau menamat tawaran Akaun ini dengan notis. Pindaan atau tambahan kepada Terma dan Syarat ini atau pindaan, penggantungan atau penamatan tawaran Akaun ini boleh dibuat dengan meletakkan notis umum dalam salah satu surat khabar harian tempatan atau meletakkan notis umum di mana-mana cawangan OCBC Bank/OCBC Al-Amin atau laman web atau dengan menyertakan notis ke dalam penyata OCBC Bank/OCBC Al-Amin yang dihantar kepada pelanggan secara berjadual dan notis tersebut akan berkuatkuasa tidak kurang dari 21 hari tarikh notis.

4.15. Rekod dan keputusan OCBC Al-Amin berkenaan sebarang perkara berkenaan Akaun 360-i OCBC Al-Amin adalah mutlak, konklusif dan mengikat kesemua pihak termasuk Pelanggan Berkelayakan.

4.16. OCBC Al-Amin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan disebabkan oleh kuasa Tuhan, perang, rusuhan, mogok, keganasan, wabak, darurat, tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau sebarang kejadian yang di luar kawalan OCBC Al-Amin.

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Standard Error Of Estimate (SEE) menunjukkan nilai sebesar 1444,91884 yang berarti makin kecil nilai SEE akan membuat model regresi semakin tepat dalam memprediksi variabel

Tujuan penelitian adalah mengetahui apakah Dinas Perhubungan Kota Manado telah melakukan pencatatan dengan baik atau tidak (sesuai dengan Permendagri No.13 Tahun 2006 dan PP No.24

Hasil uji ANOVA pada pengamatan berat kering tanaman (Akar, batang, dan daun) dahlia menunjukkan bahwa perlakuan penambahan mikoriza pada media tanam berpengaruh terhadap

(al-takhribi) yang dipahami sebagian kelompok yang mengatasnamakan agama yang sering melancarkan aksi teror karena tidak puas dengan tatanan dunia yang tidak adil, namun

data, jeung tahap nyusun laporan. Dina tahap tatahar, nu dilakukeun nyaéta nyiapkeun kalengkepan obsérvasi lapangan saperti survéy tempat, mastikeun waktu

PT Henan Putihrai Sekuritas tidak akan bertanggung jawab atas setiap kehilangan dan/atau kerusakan yang disebabkan oleh virus yang ditransmisikan oleh laporan ini atau

Oleh yang demikian, dalam bab ini, penulisan adalah berkait rapat dengan tajuk kajian dan ia adalah berdasarkan kepada permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan