• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA PERLEMBAGAAN ORGANIZATION ATION OF EX-STUDENTS INTEGRASI KUBANG PASU (OXSIKA)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA PERLEMBAGAAN ORGANIZATION ATION OF EX-STUDENTS INTEGRASI KUBANG PASU (OXSIKA)"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA KERTAS KERJA KERTAS KERJA KERTAS KERJA PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN

ORGANIZ ORGANIZ ORGANIZ

ORGANIZATION OF ATION OF ATION OF ATION OF EX

EX EX

EX----STUDENTS STUDENTS STUDENTS STUDENTS INTEGRA

INTEGRA INTEGRA

INTEGRASI SI SI KUBANG PASU SI KUBANG PASU KUBANG PASU KUBANG PASU (OXSIKA)

(OXSIKA) (OXSIKA) (OXSIKA)

(2)

FASAL 1 – NAMA

1.1. Organisasi bekas pelajar ini dikenali dengan nama Organization of Ex-Students of Integrasi Kubang Pasu atau ringkasnya OXSIKA di dalam perlembagaan ini.

FASAL 2 - ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT URUSAN 2.1. Alamat Berdaftar

2.1.1 Alamat berdaftar OXSIKA ialah di:

219, Lorong Putih 3/1, Taman Rakyat Mergong, 05150 Alor Setar,

Kedah Darul Aman.

2.2. Alamat Urusan

2.2.1 Alamat urusan OXSIKA ialah di:

219, Lorong Putih 3/1, Taman Rakyat Mergong, 05150 Alor Setar,

Kedah Darul Aman.

2.3. Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Majlis Tertinggi.

(3)

FASAL 3 – LOGO DAN LAMBANG

OXSIKA :

Akronim kepada “Organization of Ex-Students of Integrasi Kubang Pasu”.

Padi :

Melambangkan negeri Kedah sebagai negeri di mana letaknya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu juga melambangkan perpaduan sesama ahli OXSIKA.

Bangunan sekolah :

Merupakan bangunan yang pernah digunakan oleh pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu menuntut ilmu

Glob :

Melambangkan keinginan ahli OXSIKA untuk mengungguli di persada dunia.

Bintang :

Melambangkan Islam sebagai agama rasmi persatuan ini.

Anak Panah :

Lambang kesungguhan setiap ahli OXSIKA untuk menuju kejayaan

Warna Kuning Keemasan :

Setiap ahli OXSIKA merupakan anak emas dan menjadi kebanggaan Sekolah Berasrama Integrasi Kubang Pasu

(4)

FASAL 4 – OBJEKTIF DAN MATLAMAT

4.1. Menyatupadukan dan mengeratkan hubungan silaturrahmi antara bekas-bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (SBPIKP).

4.2. Membantu pihak SBPIKP dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang rohani dan jasmani seiring dengan misi dan visi SBPIKP.

4.3. Merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti tahunan OXSIKA.

4.4. Menjaga kebajikan ahli-ahli OXSIKA.

4.5. Menjalin kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bekas-bekas pelajar yang lain.

4.6. Memastikan perlembagaan serta hak sesama ahli dipatuhi.

FASAL 5- KEAHLIAN 5.1 Ahli Berstatus Pelajar

5.1.1 Mana-mana pelajar yang pernah menuntut di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu layak untuk mendaftar sebagai ahli.

5.1.2 Setiap ahli berstatus pelajar layak untuk mengundi dan diundi dalam setiap Mesyuarat Agung yang diadakan

5.2 Ahli Berstatus Guru

5.2.1 Mana-mana guru yang pernah mengajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu layak untuk mendaftar sebagai ahli.

5.2.2 Setiap ahli berstatus guru diberi pengecualian daripada membayar sebarang yuran yang ditetapkan oleh OXSIKA

5.3 Pra-Ahli

5.3.1 Pelajar-pelajar yang masih menuntut di Tingkatan Lima di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu dalam satu-satu tahun layak untuk mendaftar sebagai ahli.

5.3.2 Pra-Ahli diberi kepercayaan untuk menggerakkan Kelab OXSIKA dengan seliaan guru penasihat Kelab OXSIKA dan majlis tertinggi OXSIKA.

5.3.3 Kelab OXSIKA juga berfungsi sebagai persatuan batch yang bebas menggunakan nama mengikut persetujuan ahli sesuatu batch.

(5)

5.4 Prosedur Permohonan dan Penerimaan Keahlian OXSIKA.

5.4.1 Mereka yang ingin memohon keahlian OXSIKA perlu mengisi borang yang diterbitkan oleh OXSIKA dan dihantar kepada Setiausaha Agung OXSIKA untuk diluluskan.

5.4.2 Hal-hal berkaitan penerimaan dan penolakan permohonan adalah tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi.

5.4.3 Pemohon yang diluluskan permohonannya hendaklah membayar yuran pendaftaran serta yuran tahun pertama seperti yang telah ditetapkan dalam Fasal Yuran.

5.4.4 Pemohon yang diterima permohonannya juga dikehendaki mematuhi segala perkara yang termaktub dalam perlembagaan OXSIKA.

FASAL 6: TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK AHLI

6.1 Setiap ahli OXSIKA mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

6.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan OXSIKA serta peraturan- peraturan lain yang dibuat untuk mencapai matlamat OXSIKA.

6.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti OXSIKA.

6.1.3 Menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

6.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan ini setiap ahli berhak bersuara,memilih,dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam OXSIKA.

6.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu

pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan semua yurannya sama ada semasa atau tertunggak.

6.4 Mana-mana ahli yang digantung dan/atau tergantung keahlian OXSIKA disebabkan pelanggaran peraturan dan perlembagaan ini tidak berhak :

6.4.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan dan pemilihan untuk sebarang jawatan di dalam OXSIKA.

6.4.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat Agung OXSIKA.

(6)

6.4.3 Memilih, mengundi dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam mana- mana Mesyuarat Agung OXSIKA.

6.4.4 Menggunakan sebarang kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras dengan hak-hak sebagai seorang ahli.

FASAL 7 - PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 7.1 Pemberhentian secara sukarela

7.1.1 Segala bayaran tertunggak kepada OXSIKA yang ditanggung oleh ahli yang ingin berhenti hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penyerahan surat pemberhentian.

7.1.2 Pihak OXSIKA berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli yang berhenti tetapi masih belum menjelaskan bayaran tertunggak dalam tempoh yang telah ditetapkan.

7.1.3 Mana-mana ahli OXSIKA yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Majlis Tertinggi adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli OXSIKA.

7.2 Pemecatan ahli

7.2.1 Setiap ahli OXSIKA yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan OXSIKA bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Majlis Tertinggi. Sebelum tindakan sedemikian diambil, ahli berkenaan hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela diri. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Majlis Tertinggi.Ahli yang dipecat boleh membuat rayuan untuk menjadi ahli semula dengan bayaran RM 50.

FASAL 8 – YURAN 8.1. Yuran Pendaftaran

8.1.1 Yuran pendaftaran yang telah ditetapkan ialah RM 10.00.

8.1.2 Yuran ini boleh dijelaskan oleh setiap ahli pada tahun ahli tersebut berada di Tingkatan Lima di SBPIKP atau 30 hari selepas permohonan untuk menjadi ahli dibuat.

(7)

8.1.3 Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan sebelum 31 Disember tahun permohonan keahlian ahli tersebut diluluskan kepada Bendahari Agung OXSIKA melalui Bendahari Kelab OXSIKA.

8.2. Yuran Tahunan

8.2.1 Yuran tahunan yang telah ditetapkan ialah RM10.00

8.2.2 Yuran ini boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari Agung OXSIKA ataupun kepada Bendahari Kelab OXSIKA mengikut tahun keahlian OXSIKA masing-masing.

8.2.3 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dalam tempoh bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun.

FASAL 9- PENAUNG ATAU PENASIHAT

9.1 Majlis Tertinggi berhak melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat atau penaung jika difikirkan perlu dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 10- MAJLIS TERTINGGI

10.1. Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada:

a. Seorang (1) Pengerusi

b. Dua (2) orang Timbalan Pengerusi c. Seorang (1) Setiausaha Agung

d. Seorang (1) Timbalan Setiausaha Agung e. Seorang (1) Bendahari Agung

f. Seorang (1) Timbalan Bendahari Agung

g. Seorang (1) ketua dan seorang (1) penolong serta dua (2) orang ahli untuk setiap biro-biro yang berikut:

i. Akses dan Multimedia ii. Perlembagaan dan Alumni iii. Ekonomi

iv. Kebajikan dan Ukhuwwah v. Perhubungan dan Urusan Luar

vi. Aktiviti-aktiviti dan Tugas-tugas Khas

10.2. Mana-mana pemegang jawatan yang didapati bersalah di mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta.

10.3. Majlis Tertinggi akan dirombak pada (3) tiga tahun sekali.

10.4. Presiden diberi kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung.

(8)

10.5. Setiap ahli Majlis Tertinggi hendaklah seorang warganegara Malaysia.

10.6. Pemilihan semua Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dilakukan malalui

undian.Keputusan adalah dengan undian terbanyak. Sekiranya jumlah undi yang diperoleh untuk sesuatu jawatan tersebut adalah sama,maka pengerusi mesyuarat ketika itu mempunyai undi pemutus (casting vote), di samping undinya sendiri.

10.7. Tugas-tugas Majlis Ahli Tertinggi ialah:

10.7.1. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan

10.7.2. Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program organisasi

10.7.3. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan

10.7.4. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan

10.7.5. Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi

membicarakan ahli-ahli yang telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur perjalanan Jawatan tersebut.

10.7.6. Boleh melantik penaung OXSIKA

10.7.7. Meluluskan Belanjawan Tahunan OXSIKA.

(9)

10.8. Keahlian Majlis Tertinggi dalam 3 tahun pertama penubuhan OXSIKA ditentukan tanpa perlu melalui Mesyuarat Agung. Ahli-ahli majlis tertinggi adalah seperti berikut:

Presiden Zulakmal Bin Dabat 900205-02-5353

Timbalan Presiden I Talhah Abdullah Bin Amir 890304-13-5711 Timbalan Presiden II Najibah Binti Abdul Wahab 900108-02-5386 Setiausaha Agung Muhammad Syahmi Bin Suraini 901003-04-5297 Timbalan Setiausaha Agung Noor Azieda Binti Md Saad 890901-02-5852 Bendahari Agung Muhammad Husyairy Bin Abdul Jalil 890218-07-5193 Timbalan Bendahari Agung Mohd Sabhi Wajdi Bin Mat Asri 900903-02-5369

Biro Akses Dan Multimedia

Ketua Mohd Amre Bin Puasa 890429-35-5005

Penolong Ketua Mohd Nafeez Bin Mohd Nazri 900119-12-0529 Ahli Biro I Mohd Khairulanwar Bin Sabri 900205-02-5601

Ahli Biro II Solihin Bin Bukhari 901129-02-5179

Biro Perlembagaan Dan Alumni

Ketua Aiman Hakim Bin Nordin 900930-02-5575

Penolong Ketua Nazirah Binti Shaharin 890626-02-5232 Ahli Biro I Siti Farida Binti Johari 890927-02-5420

Ahli Biro II Siti Izni Binti Idris 900522-02-5824

Biro Ekonomi

Ketua Ainee Fatimah Binti Ahmad 890630-12-5412

Penolong Ketua Nur Syafiqah Binti Mohamad Azmi 900724-07-5504

Ahli Biro I Abdul Rahim Bin Yahya 900110-02-6337

Ahli Biro II Abdul Haiyi Ilmam Bin Mohd Zainudin 910127-07-5775 Biro Kebajikan Dan Ukhuwwah

Ketua Munirah Syakirah Binti Abdul Rahman 900714-02-5220 Penolong Ketua Saidatin Sabiyah Binti Shaharudin 890805-02-5182 Ahli Biro I Muhammad Fauzan Bin Zubir 890428-02-5389 Ahli Biro II Ahmad Afnan Bin Mohamad Puad 901020-02-5415 Biro Perhubungan Dan Urusan Luar

Ketua Nur Syatirah Binti Shuib 890122-02-5378

Penolong Ketua Nur’atiqah Binti Ahmad 900711-07-5046 Ahli Biro I Nurhidayah Binti Mat Akhir 890107-02-5812 Ahli Biro II Mohamad Farhan Kamil Bin Mohd Kharil 901019-02-6031 Biro Aktiviti-Aktiviti Dan Tugas-Tugas Khas

Ketua Mohd Aqiuddin Naim Bin Ahmad Puzi 901213-02-5681 Penolong Ketua Muhammad Faiz Bin Abd Rahman 890331-08-5203 Ahli Biro I Norhamizah Binti Abu Seman 891117-02-5474 Ahli Biro II Madihah Binti Mohd Fakhirudin 900509-02-5010

(10)

FASAL 11- TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI 11.1 Presiden

11.1.1 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan pentadbiran, perjalanan dan hal ehwal OXSIKA secara keseluruhannya.

11.1.2 Mempengerusikan semua mesyuarat. Sekiranya beliau tidak hadir, salah seorang daripada Timbalan Presiden akan dilantik sebagai pengerusi mesyuarat.

11.1.3 Menandatangani minit-minit mesyuarat,cabutan-cabutan dan salinan- salinan rekod OXSIKA bersama Setiausaha Agung sekiranya perlu.

11.1.4 Tertakluk pada Fasal 10.4 di atas, Presiden mempunyai kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung.

11.1.5 Memanggil sendiri atau melalui Setiusaha Agung mesyuarat-mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi serta mesyuarat yang lain apabila perlu

11.1.6 Mengarah Juruaudit OXSIKA supaya mengaudit akaun OXSIKA pada bila-bila masa yang diperlukan dan melaporkan keputusan audit kepada Majlis Tertinggi bila perlu.

11.2 Timbalan-timbalan Presiden

11.2.1 Dalam masa ketiadaan Presiden,seorang Timbalan Presiden akan mengambil alih dan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Presiden.

11.2.2 Membantu Presiden dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan.

11.2.3 Menjalankan sebarang tugasan yang telah diberikan oleh Majlis Tertinggi kepadanya dari semasa ke semasa.

11.3 Setiausaha Agung

11.3.1 Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan OXSIKA,Setiasausaha Agung bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden. Atas arahan Presiden, beliau akan memanggil dan menghadiri semua Mesyuarat Agung

OXSIKA, Mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan dan sekiranya perlu, menyampaikan segala dokumen-dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu.

(11)

11.3.2 Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli, buku- buku dan laporan lain yang dikehendaki oleh pengurusan.

11.3.3 Menyimpan dan menjaga dengan selamat meterai OXSIKA.

11.3.4 Menyediakan laporan tahunan OXSIKA untuk dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung OXSIKA.

11.3.5 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan harian sekretariat OXSIKA serta kakitangan-kakitangan yang bekerja di sekretariat tersebut

11.3.6 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi kepadanya dari masa ke masa.

11.4 Timbalan Setiausaha Agung

11.4.1 Di dalam ketiadaan Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha Agung akan menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada Setiausaha Agung 11.4.2 Membantu Setiausaha Agung menjalankan tugas.

11.5 Bendahari Agung

11.5.1 Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh organisasi ini dan membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.

11.5.2 Menyimpan ke dalam akaun bank yang dibuka atas kelulusan Majlis Tertinggi atas nama OXSIKA akan semua wang yang diterima oleh OXSIKA secepat mungkin selepas penerimaannya.

11.5.3 Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar dan surat-surat lain mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.

11.5.4 Menyelenggarakan dan menyimpan akaun-akaun OXSIKA dan dokumen- dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan kemaskini supaya boleh diperiksa pada bila-bila masa.

11.5.5 Menyediakan penyata kewangan tahunan yang telah siap diaudit untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

11.5.6 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan OXSIKA untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

(12)

11.5.7 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan ke atas semasa ke semasa.

11.6 Biro dan Tugas-tugas Biro

11.6.1 Biro Akses dan Multimedia

11.6.1.1 Menyimpan maklumat ahli-ahli serta mengemaskini rekod keahlian persatuan dari semasa ke semasa.

11.6.1.2 Menubuhkan laman web persatuan serta laman web yang setaraf dan mengemaskini laman-laman tersebut dari semasa ke semasa.

11.6.1.3 Bertanggungjawab ke atas segala perihal multimedia yang berkaitan dengan persatuan.

11.6.1.4 Bekerjasama dengan Biro Kebajikan & Ukhwah dan Biro Perhubungan & Urusan Luar dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada ahli-ahli OXSIKA melalui medium multimedia.

11.6.1.5 Menjalankan sebarang tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

11.6.2 Biro Perlembagaan dan Alumni

11.6.2.1 Sentiasa memantau perlembagaan agar sentiasa relevan dengan kepentingan ahli-ahli persatuan.

11.6.2.2 Menerima segala aduan mengenai perlembagaan dan membentangkan cadangan pindaan perlembagaan dalam mesyuarat agung jika ada.

11.6.2.3 Memastikan tugas-tugas pentadbiran persatuan dibuat mengikut peruntukan perlembagaan.

11.6.2.4 Memahamkan dan memberi tafsiran yang benar terhadap mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perlembagaan sekiranya berlaku percanggahan tafsiran terhadap perlembagaan.

11.6.2.5 Menyediakan audit mengenai perihal harta benda milik persatuan kecuali kewangan untuk diserahkan kepada bendahari, setiausaha agung, dan presiden.

11.6.2.6 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

11.6.2.7 Bekerjasama dengan Biro Aktiviti & Tugas-tugas Khas bagi merancang dan mengelolakan sebarang jenis mesyuarat atau perjumpaan rasmi antara ahli-ahli persatuan.

11.6.2.8 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini

11.6.3 Biro Ekonomi

11.6.3.1 Bertanggungjawab memastikan sumber kewangan yang berterusan untuk persatuan.

11.6.3.2 Menyediakan audit bagi kemasukan wang ke dalam dana persatuan untuk diberikan kepada bendahari,setiausaha agung,dan presiden setiap tiga bulan.

(13)

11.6.3.3 Mengenalpasti sumber-sumber kewangan yang strategik untuk menyalurkan wang ke dalam dana persatuan.

11.6.3.4 Merancang projek-projek bagi meningkatkan dana persatuan dan mengelolakan projek-projek tersebut bersama Biro Aktiviti & Tugas- tugas Khas.

11.6.3.5 Menjalankan sebarang tugas yang difikirkan relevan oleh Majlis Tertinggi dengan biro ini.

11.6.4 Biro Kebajikan dan Ukhuwwah

11.6.4.1 Menjaga kebajikan ahli-ahli serta warga SBPIKP dengan menyalurkan bantuan material atau tenaga kepada mana-mana ahli atau pihak sekolah sekiranya difikirkan perlu oleh ahli-ahli Biro Kebajikan &

Ukhuwwah dan dipersetujui presiden.

11.6.4.2 Mengeratkan hubungan sesama ahli terutamanya diantara batch melalui program aktiviti yang sesuai dan dikelolakan bersama-sama Biro Aktiviti & Tugas-tugas Khas.

11.6.4.3 Menghubungi pihak sekolah dari semasa ke semasa dan mengenalpasti bantuan-bantuan yang boleh disalurkan oleh persatuan kepada pihak sekolah.

11.6.4.4 Megeratkan hubungan yang akrab antara pihak sekolah dengan persatuan.

11.6.4.5 Menjadi pengantara antara Majlis Tertinggi OXSIKA dengan Jawatankuasa Batch dalam segala urusan rasmi berkaitan persatuan.

11.6.4.6 Menjalankan tugas yang yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

11.6.5 Biro Perhubungan dan Urusan Luar

11.6.5.1 Menjadi pengantara antara persatuan dengan pihak luar iaitu mana- mana pihak yang tidak berkaitan dengan organisasi persatuan selain pihak sekolah.

11.6.5.2 Menyimpan butir-butir dan rekod perhubungan dengan pihak luar.

11.6.5.3 Mewujudkan hubungan dengan persatuan bekas-bekas pelajar yang lain dan persatuan-persatuan lain yang sah di sisi undang-undang demi kepentingan bersama.

11.6.5.4 Menjadi medium publisiti dan hebahan bagi pihak persatuan pada setiap masa.

11.6.5.5 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

11.6.6 Biro Aktiviti-aktiviti dan Tugas-tugas Khas

11.6.6.1 Bekerjasama dengan biro-biro lain dalam merancang dan

mengelolakan aktiviti-aktiviti yang dapat mencapai objektif persatuan.

11.6.6.2 Menyediakan butiran-butiran aktiviti yang dirancangkan untuk dibentangkan kepada Majlis Tertinggi untuk diluluskan.

11.6.6.3 Menjalankan sebarang tugas yang tidak tersenarai dalm peranan biro- biro lain.

(14)

11.6.6.4 Merangka jawatankuasa kerja bagi melaksanakan sesuatu aktiviti bagi dibentangkan kepada presiden untuk dipersetujui.

11.6.6.5 Menyediakan sebut harga dengan biro-biro lain yang berkaitan dalam menjayakan sesuatu aktiviti untuk dibentangkan kepada presiden untuk dipersetujui.

11.7 Tugas-tugas Majlis Tertinggi ialah:

11.7.1 Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan

11.7.2 Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program organisasi

11.7.3 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan

11.7.4 Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan

11.7.5 Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi

membicarakan ahli-ahli yang telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur perjalanan Jawatan tersebut.

11.7.6 Boleh melantik penaung OXSIKA

11.7.7 Meluluskan Belanjawan Tahunan OXSIKA.

FASAL 12-MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

12.1 Mesyuarat Agung Tahunan OXSIKA merupakan forum tertinggi yang akan menentukan hala tuju dan wawasan OXSIKA. Ahli-ahli dan ahli Majlis Tertinggi boleh hadir bagi menjalankan Mesyuarat Agung tahunan mengikut peraturan- peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan ini.

12.2 Semua Ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli lain yang hadir berkuasa mengundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan OXSIKA.

12.3 Korum untuk Mesyuarat Tahunan OXSIKA dianggap cukup jika ahli yang hadir berjumplah sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi.

(15)

12.4 Jika korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu (1) jam seterusnya, dan jika korum masih tidak mencukupi setelah tempoh

penagguhan tersebut, maka Majlis Tertinggi berkuasa untuk menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan OXSIKA dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

12.5 Agenda-agenda Mesyuarat Agung Tahunan OXSIKA ialah:

12.5.1 Menerima laporan Setiausaha Agung berkenaan perjalanan OXSIKA dalam tahun sebelumnya.

12.5.2 Menerima laporan Bendahari Agung dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya.

12.5.3 Memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi dan dua orang juruaudit untuk tempoh tiga (3) tahun akan datang.

12.5.4 Menguruskan perkara-perkara selain daripada yang dibenarkan di dalam mesyuarat itu sepertimana yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi.

12.6 Notis awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan OXSIKA yang menyatakan tarikh, waktu, tempat serta jemputan mengemukakan cadangan untuk

perbincangan (usul), meminda Perlembagaan dan pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada setiap Ahli Majlis Tertinggi tiga puluh (30) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat. Di samping itu satu (1) salinan notis yang sama hendaklah juga dipamerkan di pusat berdaftar OXSIKA.

12.7 Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan wakil dan pencalonan untuk pemilihan ahli Majlis Tertinggi serta cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung pada 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan OXSIKA.

12.8 Mana-mana ahli yang ingin membuat pencalonan tanpa melalui ahli-ahli lain bolehlah membuat pencalonan dengan syarat hendaklah mencapai sekurang- kurangnya lima belas (15) sokongan ke atas pencalonan tersebut. Pencalonan tersebut hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan OXSIKA.

12.9 Setiausaha Agung hendaklah menghantarkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan OXSIKA notis peringatan beserta satu (1) salinan agenda, peringatan mesyuarat agung yang lalu, Laporan Tahunan OXSIKA dan Penyata Kira-kira OXSIKA bagi tahun lalu yang telah diaudit.

(16)

FASAL 13- MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA

13.1 Mesyuarat Majlis Tertinggi bagi OXSIKA boleh diadakan atas salah satu sebab berikut:

13.1.1 Apabila difikirkan mustahak oleh Majlis Tertinggi dan ahli-ahli.

13.1.2 Atas permintaan bertulis oleh lebih daripada satu per dua (1/2) daripada jumlah ahli Majlis Tertinggi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab yang sama bagi mengadakannya.Ahli juga dibenarkan untuk membuat permintaan.

13.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh Majlis Tertinggi dan ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

13.3 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Majlis Tertinggi itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli Majlis Tertinggi oleh Setausaha Agung sekurang- kurangnya lima belas (15) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.

13.4 Peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Fasal 12.4 Perlembagaan ini berkenaan korum dan penanguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa tetapi dengan syarat, sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu jam dari waktu yang telah ditetapkan, Mesyuarat Majlis Tertinggi itu hendaklah dibatalkan.

13.5 Setiausaha Agung hendaklah memberikan minit mesyuarat kepada Majlis

Teringgi salinan minit Mesyuarat Agung Luar Biasa pada tempoh yang diberikan setelah selesainya mesyuarat tersebut.

FASAL 14- MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI

14.1 Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali di dalam masa tiga (3) bulan.Tiap-tiap pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh (7) hari sebelumnya. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang ahli Majlis Teringgi bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi pada bila-bila masa.

Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2) daripada bilangan ahli Majlis Tertinggi hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(17)

14.2 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Majlis Tertinggi dan mesyuarat Majlis Tetinggi tidak boleh dijalankan maka Setiausaha Agung bolehlah mendapatkan kelulusan daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi melalui pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Majlis Tertinggi boleh dianggap sebagai boleh diterima:

14.2.1 Masalah yang dibangkitkan itu dibutirkan dengan terang dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Majlis Tertinggi

14.2.2 Sekurang-kurangnya satu per dua (½) bilangan ahli Majlis Tertinggi mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu.

14.2.3 Keputusan hendaklah mengikut bilangan undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang diperoleh melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

FASAL 15-KEWANGAN

15.1 Penyata wang diterima dan dibelanjakan beserta lembaran imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Agung dan diperiksa oleh Juruaudit

mengikut perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan.

Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli yang lain.

15.2 Kumpulan wang yang lebih daripada Ringgit Malaysia lima ratus (RM 500.00) tidak boleh disimpan oleh Bendahari Agung sebagai wang runcit.

15.3 Wang yang dimasukkan ke dalam bank hendaklah diletakkan di dalam akaun OXSIKA.

15.4 Sesuatu perbelanjaan yang kurang daripada Ringgit Malaysia satu ribu (RM1000.00) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

15.5 Perbelanjaan yang melebihi had ini perlu diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

15.6 Segala cek atau penyata pengeluaran wang dari kira-kira OXSIKA hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha Agung atau Bendahari, maka bolehlah Majlis Tertinggi melantik sesiapa sahaja antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang OXSIKA.

(18)

15.7 Pendapatan organisasi yang diperoleh hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai tujuan dan matlamat OXSIKA seperti dinyatakan dalam Fasal 4.

15.8 Sumber-sumber kewangan OXSIKA diperoleh melalui:

15.8.1 Yuran pendaftaran dan tahunan ahli 15.8.2 Derma dan tajaan

15.8.3 Bantuan dari kerajaan dan badan-badan berkenaan 15.8.4 Hasil perniagaan OXSIKA

15.8.5 Sumber-sumber lain yang dibenarkan undang-undang negara

15.9 Walaubagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah

15.10 Tahun kewangan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap- tiap tahun.

FASAL 16-JURUAUDIT

16.1 Dua orang pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung tahunan OXSIKA sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun dan tidak boleh dilantik semula secara berturut-turut.

16.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira OXSIKA bagi setahun dan membuat laporan untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan OXSIKA.

Jika sekiranya diperlukan, mereka juga boleh diarahkan oleh Presiden untuk mengaudit kira-kira OXSIKA pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Majlis Tertinggi.

FASAL 17-PEMEGANG AMANAH

17.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada dua puluh satu (21) tahun bolehlah dilantik di dalam mesyuarat agung,dan mereka berkhidmat selama yang dikehendaki oleh OXSIKA. Harta boleh alih yang dimiliki oleh OXSIKA boleh diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani satu (1) Surat Ikatan Amanah.

17.2 Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik dan menukarkan harta kepunyaan OXSIKA tanpa persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Tertinggi.

(19)

17.3 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Pemegang Amanah, Majlis Tertinggi berhak melantik penggantinya yang baru dan mesyuarat Agung OXSIKA yang diadakan pada tahun yang berikutnya hendaklah mengesahkan perlantikannya.

17.4 Seseorang pemegang amanah itu boleh dilucutkan jawatannya oleh Majlis Tertinggi atas sebab uzur kerana penyakit atau kerana sebab lain yang mengakibatkan tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan.

FASAL 18- PINDAAN PERLEMBAGAAN

18.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah dan dipinda kecuali dengan keputusan mesuarat agung persatuan. Permohonan untuk perubahan dan pindaan

Perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Persatuan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung OXSIKA meluluskan

perubahan atau pindaan itu hanya boleh berkuat kuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar pertubuhan.

18.2 Majlis Tertinggi pada tiga (3) tahun pertama penubuhan berhak meminda perlembagaan tanpa perlu melalui mesyuarat agung.

FASAL 19-TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

19.1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung OXSIKA,Majlis Tertinggi boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan sekiranya perlu membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam

perlembagaan ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan apa yang terlah ditetapkan di dalam mesyuarat agung OXSIKA,

keputusan Majlis Tertinggi berkenaan perkara ini adalah muktamad,melainkan jika ia dibuat oleh keputusan mesyuarat Agung OXSIKA.

FASAL 20-LARANGAN

20.1 Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh Peh Bin, Belangkai, Tai Kau, Tan Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, video gambling - semua permainan yang bergantung kepada nasib.

20.2 Organisasi atau ahli-ahlinya tidak harus mencuba, menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

(20)

20.3 OXSIKA tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama OXSIKA atau pegawai-pegawainya atau Majlis Tertinggi atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan

20.4 Faedah seperti yangditafsirkan di bawah seksyen Akta Pertubuhan,1966 tidaklah boleh diberi oleh OXSIKA kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 21-PEMBUBARAN

21.1 Organisasi ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) jumlah ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Luar biasa yang dipanggil khusus kerananya.

21.2 Sekiranya OXSIKA hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas,maka segala hutang dan tanggungan OXSIKA yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa.

21.3 Kenyataan mengenai pembubaran hendaklah disampaikan oleh Majlis Tertinggi kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh pembubaran itu.

DISAHKAN OLEH:

ZULAKMAL BIN DABAT Presiden,

Organization of Ex-Student Integrasi Kubang Pasu

MUHAMMAD SYAHMI BIN SURAINI Setiausaha Agung,

Organization of Ex-Student Integrasi Kubang Pasu

DISEDIAKAN OLEH:

BIRO PERLEMBAGAAN DAN ALUMNI

Referensi

Dokumen terkait

Roda gigi sering digunakan karena dapat meneruskan putaran dan daya yang lebih bervariasi dan lebih kompak daripada menggunakan alat transmisi yang lainnya, selain

Pengamatan Pribadi di kelas 4 Matium Pratheep Vittaya School tanggal 16 februari 2016.. Maka peneliti memiliki gagasan baru untuk melakukan inovasi dalam pembelajaran yang

Dari Gambar 22 dan 23 ditunjukkan bahwa perhitungan fluksi dengan koefisien perpindahan massa dari model Charcosset dan Choplin menghasilkan perkiraan fluksi lebih mendekati

Jika rasio kas di atas Rp 1 berarti perusahaan memiliki kas yang lebih besar dibandingkan kewajiban lancar, kondisi ini menunjukkan Kedai Planel memiliki

Ayat ini bermakna umum sehingga penunjukannya bukan spesifik hanya suami atau pun istri, melainkan untuk semua laki-laki dan perempuan. Jika dalam kehidupan

Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa ada pengaruh yang signifikan penggunaan metode quantum teaching terhadap prestasi belajar matematika materi dalil pythagoras siswa kelas

Ini benar kerana, jika kita meneliti sejarah kegemilangan tamadun Islam yang terdahulu, kita dapati bahawa asas kepada kejayaan umat Islam yang terdahulu adalah beristiqamah

2.1 Pengacara Majlis juga menjelaskan bahawa Setiausaha Mesyuarat Agung Kawasan ini hendaklah dipilih oleh Majlis Mesyuarat dari kalangan Anggota Koperasi yang