• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Kerja Lapangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh Kerja Lapangan"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk Kajian: Kajian tentang kesan pembuangan sisa domestik dan cadangan mengatasinya di kawasan tempat tinggal anda.

SET 1

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru geografi saya, Puan Ummi binti Jusoh kerana sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, Puan Zaiton binti Alimi yang memberikan kebenaran dan sokongan kepada kami untuk menjalankan soal selidik selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa tersayang saya kerana memberi dorongan dan bantuan dari segi kewangan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada ahli kumpulan saya, iaitu Rosliza binti Aziz, Tan Eng Ching, Kumar a/l Mutusamy dan Tajuddin bin Yusoff. Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada 10 orang responden saya dalam kajian ini.

Contoh Kerja Lapangan

1 Penghargaan

2 Pendahuluan

Menurut Buku Teks KSSM Geografi Tingkatan 1 (m/s 146 – 147), sisa domestik dikenali sebagai sisa yang terhasil dari kawasan perumahan. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair yang boleh dibahagikan kepada bahan organik dan bahan bukan organik.

Sisa bahan organik boleh diuraikan dan dilupuskan. Sisa bahan organik ini dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan. Contohnya, seperti sisa makanan, sisa kebun dan kertas.

Sisa bahan bukan organik dihasilkan dari sumber mineral dan sukar diuraikan atau dihapuskan. Contoh seperti tin, plastik, besi buruk, kaca dan E-sisa.

Menurut Buku Rujukan Fokus PT3 Geografi Tingkatan 1,2, 3 KSSM (m/s 135), contoh sisa pepejal terdiri daripada plastik, kertas, tin alluvium, perabot, lampin pakai buang, E-sisa, botol kaca, kain buruk, sisa makanan, kayu dan polisterin. Contoh sisa cecair seperti minyak masak, racun serangga, air kumbahan dan air cucian pinggan mangkuk.

3 Objektif Kajian

Kajian saya tentang pembuangan sisa-sisa domestik di Taman Asa Jaya, Kajang telah merangkumi beberapa objektif seperti berikut:

(a) Menghuraikan konsep dan takrifan sisa domestik di kawasan kajian. (b) Menerangkan latar belakang sisa domestik di kawasan kajian. (c) Melakar secara terperinci peta kawasan kajian.

(d) Menyenaraikan dan menghuraikan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian.

(e) Menyenaraikan dan menghuraikan cadangan untuk mengatasi kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian.

(2)

5 Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Kaedah itu ialah seperti berikut: (a) Pemerhatian

Saya telah melawat kawasan kajian saya di Taman Asa Jaya, Kajang untuk membuat pemerhatian tentang latar belakang kawasan tersebut. Saya memerhatikan keadaan dan jenis sisa domestik yang dijana di Taman Asa Jaya, Kajang.

(b) Soal Selidik

Saya menyediakan satu set soal selidik untuk diajukan kepada 10 orang responden di kawasan kajian. Kandungan kajian soal selidik tersebut ialah berkaitan tentang jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan kajian, kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian dan cadangan mengatasi kesan tersebut. Contoh borang soal selidik seperti dalam lampiran.

(c) Rujukan

Saya merujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 1 untuk mendapatkan maklumat tentang konsep dan takrifan kegiatan ekonomi. Saya juga merujuk buku rujukan geografi di perpustakaan sekolah untuk mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian. Saya telah melayari laman sesawang berkaitan dengan tajuk yang dikaji semasa menjalankan kajian ini.

6 Hasil Kajian

Taman ini juga berdekatan dengan Lebuhraya LEKAS di bahagian barat dan Jalan Semenyih telah meningkatkan darjah ketersampaian. Di sebelah timur kawasan kajian terdapat Sekolah Vokasional Kajang. Ciri budaya di kawasan kajian seperti jalan yang lebar memudahkan pergerakan kenderaan. Ciri budaya yang lain seperti taman permainan, surau, loji kumbahan, kilang-kilang dan pusat aktiviti kitar semula. Faktor seperti jalan raya, kilang dan sekolah menyumbangkan kepada bilangan penghuni di kawasan kajian semakin meningkat.

(a) Kesan pembuangan sisa domestik di Taman Asa Jaya, Kajang

(i) Pencemaran bau

Mengikut responden yang bernama Encik Masran bin Adnan yang tinggal di Jalan Asa 13, berasa gelisah kerana jirannya sentiasa membuang sisa domestik ke dalam longkang di belakang rumahnya. Bau busuk dan hanyir membuat beliau rasa kurang selesa terutamanya apabila angin bertiup ke arah rumahnya. (ii) Pencemaran udara

Encik Lee Soon Huat, seorang responden di Jalan Asa 2, menyatakan berlaku pembakaran sisa kebun di padang permainan di depan rumahnya oleh penghuni yang tidak bertanggungjawab. Asap daripada pembakaran tersebut kadang-kadang bergerak ke arah rumahnya. Keadaan ini menjejaskan keselesaan hidupnya. Tambahan pula beliau ada menghidap penyakit lelah.

(iii) Kesihatan

Mengikut seorang responden yang bernama Puan Sivarangani menyatakan bahawa masih penghuni yang mempunyai tabiat buruk dengan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya. Keadaan ini akan menyebabkan kehadiran haiwan seperti tikus, lalat, lipas dan nyamuk. Tambahan beliau lagi, anak kawannya yang tinggal di Jalan Asa 3 pernah mengidap demam denggi. Longkang yang tersumbat dan tin-tin kosong yang terbiar di taman permainan menggalakkan pembiakan nyamuk Aedes.

(iv) Landskap atau perubahan pandang darat

Melalui pemerhatian kumpulan saya, sikap membuang sisa domestik di merata tempat menyebabkan kawasan persekitaran tidak terurus. Keadaan ini menyebabkan perubahan landskap terutama di taman permainan daripada kawasan hijau, sekarang dikotori banjiri oleh plastik, kertas dan sisa kebun serta perabot.

(3)

(v) Kos Penyelenggaraan

Encik Omar bin Abdullah, seorang responden di Jalan Asa 7, menyatakan bahawa pembuangan kertas plastik dan botol minuman merata-rata telah meningkatkan kos pembersihan dan pelupusan sampah oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti majlis Perbandaran Kajang. Sepatutnya perbelanjaan tersebut boleh digunakan untuk menyediakan alat-alat permainan di dua taman.

(b) Cadangan untuk mengatasi kesan pembuangan sisa domestik di kawasan Taman Asa Jaya

(i) Penguatkuasaan undang-undang

Mengikut Puan Sabrina Ooi di Jalan Asa 13, menyatakan bahawa pihak berkuasa temparan (PBT) perlu sering memantau dan mendenda penghuni yang melakukan pembakaran terbuka. Tindakan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk Taman Asa Jaya bahawa penjagaan alam sekitar sangat penting.

(ii) Pendidikan

Mengikut Encik Subramaniam a/l Nambiar di Jalan Asa 2 menyatakan bahawa Program Pendidikan Kitar Semula adalah sangat penting untuk memberi pendidikan kepada penduduk bagaimana menguruskan sendiri bahan buangan atau sisa pepejal di rumah. Peranan badan bukan kerajaan (NGO) serta jabatan kerajaan terhadap aktiviti ini dapat membantu penduduk di Taman Asa Jaya menyedari perlunya penjagaan alam sekitar dengan mengitar semula sisa pepejal yang tidak diperlukan. Keadaan ini dapat meningkatkan penjagaan alam sekitar dan mengurangkan pencemaran yang dikaitkan dengan sisa domestik.

(iii) Kempen

Mengikut Encik Frankie Ho, menyatakan bahawa media massa atau media sosial memainkan peranan utama untuk kempen kesedaran menjaga kesihatan kepada komuniti setempat dengan iklan pembuangan sisa pepejal dengan cara yang betul demi alam sekitar yang ceria dan sihat. Mengikut Encik Cheah Ah Heng, kempen gotong-royong boleh dijalankan pada hari minggu untuk mengutip sampah sarap. Ini merupakan tanggungjawab sosial bagi penghuni di Taman Asa Jaya

(iv) Amalan 3R

Mengikut Puan Liew Swee Lan, iaitu seorang responden di Jalan Asa 4, menyatakan bahawa bagi menangani isu pembuangan sisa domestik, ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak tentang cara membuang sampah dengan betul. Tambahan beliau lagi, masyarakat boleh mengamalkan kempen kitar semula dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal seperti bahan plastik, kaca, kertas, tayar terpakai dan sebagainya sekali gus mengurangkan pelepasan gas ammonia serta mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat.

(v) Tong kitar semula percuma

Beberapa orang responden menyarankan bahawa PBT menyediakan tong kitar semula percuma di setiap rumah bagi memudahkan pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik. Keadaan ini akan memudahkan penduduk mengumpul sisa pepejal sebelum dihantar untuk dilupuskan dan mengurangkan kos penyelenggaraan PBT dalam jangka panjang.

7 Rumusan

Saya sangat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja lapangan saya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menjalankan kajian ini, banyak pengetahuan, pengajaran, dan nilai yang telah saya pelajari. Saya juga memahami kesan-kesan pembuangan sisa domestik ke atas alam sekitar di kawasan kajian saya. Daripada situ, lahirlah kesedaran pentingnya untuk mengadakan usaha untuk mengatasi kesan tersebut.

(4)

8 Rujukan

(a) Buku Teks/Buku Rujukan

Hisham Azman bin Ibrahim, Mohamad Khairun bin Ahmad, 2017. Buku Teks Geografi Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Era Visi Sdn. Bhd.

Kang Chai Yoeng, Zulkipli Ismail, Rajanderan Subramaniam, Chong Yoon Choi, 2019. Fokus PT3 Geografi Tingkatan 1, 2, 3 KSSM. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(b) Orang Sumber

Masran bin Adnan, 51 tahun, No 33, Jalan Asa 2, Taman Asa Jaya, 43000 Kajang, Selangor.

(c) Internet

Abdul Aziz Latif. (2018). Pelupusan Sisa Pepejal Domestik yang Tidak Terkawal Beri Kesan Negatif kepada Kesihatan. Diperoleh 16 jun 2019. Dari http://www.kk.usm.my/index.php/news-media/981

9 Lampiran

(a) Foto di Taman Asa Jaya

Foto 1 Sisa domestik

Foto 3 Jadual kutipan sisa pepejal

Foto 2 Pusat aktiviti kitar semula

(5)

BORANG SOAL SELIDIK

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 2019

Nama responden: ... Umur: ... Tahun: ... Bulan: ... Alamat rumah: ... ...

...

Arahan: Tandakan () pada mana yang sesuai.

(a) Jenis sisa domestik di Taman Asa Jaya, Kajang.

(b) Kesan sisa domestik di Taman Asas Jaya, Kajang.

(c) Cadangan mengatasi kesan sisa domestik di Taman Asas Jaya, Kajang. (i) Sisa makanan

(ii) Sisa kebun (iii) Kertas (iv) Tin (v) E-sisa

(vi) Plastik

(vii) Besi buruk/logam (viii) Kertas

(ix) Perabot

(x) Lain-lain (nyatakan) ...

(i) Bau busuk (ii) Kesihatan terjejas (iii) Pemandangan landskap/

pemandangan negatif (iv) Longkang tersumbat

(v) Penyakit denggi (vi) Imej penghuni terjejas

(vii) Pembiakan lalat/nyamuk/burung gagak

(viii) Lain-lain (nyatakan) ...

(i) Penguatkuasaan undang-undang (ii) Pendidikan alam sekitar/kesedaran (iii) Program konsep 3R

(iv) Kempen

(v) Aktiviti gotong royong

(v) Penyediaan tong sampah percuma (vi) Penggunaan barang dikitar semula (vii) Pengurangan penggunaan plastik (viii) Pengasingan sampah di punca (x) Lain-lain (nyatakan) ...

(6)

(c) Contoh Surat Makluman kepada Ibu Bapa/Penjaga Tarikh: ... ... ... ... ... Kepada, ... ... ... ... Tuan/Puan

MAKLUMAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI KSSM

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Semua murid Tingkatan 1 sekolah ini akan terlibat dalam Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1. Laporan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 merupakan sebahagian daripada keperluan Pentaksiran Tingkatan 1. Bagi tujuan ini, semua murid perlu menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

3. Dimaklumkan juga bahawa Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 akan dijalankan pada ... Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ... (Nama Pengetua dan Cop Sekolah)

#Tarikh dan masa mengikut ketetapan sekolah.

(Keratan Jawapan)

Saya ... No. kad pengenalan: ... Ibu/Bapa/Penjaga kepada murid bernama ... Tingkatan ... (membenarkan/tidak membenarkan) anak di bawah jagaan saya menjalankan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 pada tarikh tersebut).

Tanda tangan: ... Nombor telefon: ...

(7)

(d) Contoh Surat Akuan Diri Murid Tarikh: ... Nama Sekolah: ... Alamat Sekolah: ... ... ... Kepada,

Sesiapa yang berkenaan: ... ... Tuan/Puan

MAKLUMAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI KSSM

Pembawa surat ini (nama) ... (No. kad pengenalan) ... ialah seorang murid Tingkatan ... di Sekolah Menengah Kebangsaan ... ... Calon ini sedang melaksanakan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 sebagai sebahagian daripada keperluan Pentaksiran Tingkatan 1.

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada murid ini untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

3. Kerjasama dan bantuan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah,

... (Nama Pengetua dan Cop Sekolah)

(8)

(e) Peta Lakar

Tajuk: Peta Lakar Taman Asa Jaya, Kajang, Hulu Langat, Selangor

Pdg. R.P. Pdg. A B C D SURAU AN NUR KEDAI KAWASAN KILANG JLN ASA 1 JLN ASA 2 JLN ASA 13 JLN ASA 14 JLN ASA 15 KOLA M KUMBAHAN JALAN SEMENYI H TAMAN PRIMA KAJANG PANGSAPURI U T.A JLN ASA 9 JLN ASA 8 JLN ASA 10 JALAN ASA JLN ASA 3 JLN ASA 4 JLN ASA 5 JLN ASA 6 PETUNJUK T.A. Pdg. PADANG R.P. HUTAN TANGKI AIR RUMAH PAM JALAN RAYA PETEMPATAN

Gambar

Foto 1 Sisa domestik

Referensi

Dokumen terkait