• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS KEPERLUAN MODUL PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ANALISIS KEPERLUAN MODUL PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1943

ANALISIS KEPERLUAN MODUL PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH Syarifah Nurul Farhana Binti Syed Mohd1, Mohd Sahar Bin Sulaiman2 &

Siti Fatimah Binti Mohd Yassin3 1

Politeknik Balik Pulau, 2Kolej Komuniti Mas Gading, 3Universiti Kebangsaan Malaysia snfarhana@pbu.edu.my, sahar.sulaiman@kkmas.edu.my, sfmy@ukm.edu.my

Abstrak

Penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan semakin meluas dan berkembang seiring dengan tuntutan pembelajaran abad ke-21 dan Revolusi Industri 4.0. Walaubagaimanapun, satu kajian awal tentang kesediaan pensyarah dalam penggunaan teknologi mudah alih di Kolej Komuniti mendapati bahawa pensyarah memerlukan bimbingan dan latihan untuk menggunakan teknologi mudah alih ini. Justeru satu modul perlu dibangunkan menepati kehendak dan keperluan penggunanya supaya dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif dan berkesan. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pengajaran dan pembelajaran modul pembangunan aplikasi mudah alih khusus untuk pensyarah Kolej Komuniti. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah kajian kes yang berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual. Seramai 5 orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini di mana 4 daripadanya merupakan pensyarah Kolej Komuniti yang dikenalpasti mempunyai pengalaman belajar dan mengajar tentang aplikasi mudah alih. Manakala seorang lagi merupakan individu yang terlibat dalam perancangan kurikulum kolej komuniti. Temubual dijalankan dan data yang diperoleh dianalisis secara analisis tematik. Kajian dijalankan berdasarkan 5 konstruk iaitu sasaran, pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan, dan pentaksiran. Hasil kajian ini diharap dapat memberi input untuk pembinaan modul pembangunan aplikasi mudah alih seterusnya memberi motivasi kesediaan paradigma pembelajaran yang baharu, iaitu m-pembelajaran khususnya di Kolej Komuniti.

Kata kunci: Analisis Keperluan, Mobile Learning, Kolej Komuniti 1.0 PENGENALAN

Pembelajaran berasaskan teknologi mudah alih atau mobile learning merupakan perkembangan baharu dalam pendidikan di Malaysia. Namun perkembangan mobile learning di negara ini telah berkembang dengan amat pesat sekali seiring dengan kemajuan pendidikan di Malaysia. Mobile learning atau dikenali sebagai m-pembelajaran merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan alat mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran (Yong & Shengnan, 2010).

Penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan semakin meluas dan berkembang di seluruh dunia seiring dengan tuntutan pembelajaran abad ke-21 (Abildinova et al. 2016). Teknologi memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuklah Kolej Komuniti. Justeru, tenaga pengajar perlu memainkan peranan yang lebih aktif serta perlu peka dengan pembangunaan teknologi di dalam pendidikan dan disarankan menggunakan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian pelajar dan subjek atau modul yang diajar bagi menarik perhatian pelajar serta memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (Rohani M. M Yusoff et al. 2015). Kajian tentang pengetahuan guru selalunya dikaitkan dengan kepentingan 3 jenis perkembangan pengetahuan guru seperti pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan pedagogi isi kandungan (Nik Mohd Rahimi, Nurulhuda & Afifi 2012).

(2)

1944 1.1 Penyataan Masalah

Satu kajian awal tentang kesediaan pensyarah dalam penggunaan teknologi mudah alih di kolej komuniti mendapati bahawa pensyarah memerlukan bimbingan dan latihan untuk menggunakan teknologi mudah alih ini (Syarifah Nurul Farhana et al 2017). Justeru satu modul perlu dibangunkan menepati kehendak dan keperluan penggunanya supaya dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif dan berkesan. Keupayaan pensyarah dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan kepada minat pelajar dalam pembelajaran serta menggunakan teknologi mudah alih (Sulisworo & Firdausy 2016). Peranan teknologi dalam pendidikan dijelaskan dalam kerangka TPACK (Mishra & Kohler, 2006) yang menekankan kepentingan pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan bagi mencapai pembelajaran yang berkesan dalam abad ke-21 (Y. Hashim 2016). Idea asas TPACK - teknologi, pedagogi dan kandungan yang berkaitan dengannya selalu menjadi bahagian penting dalam teknologi pendidikan (Herring, Koehler & Mishra 2016).

Kajian analisis keperluan perlu dijalankan bagi mengenalpasti elemen-elemen penting yang diperlukan dalam membina sesebuah modul (Watkins, Meiers & Visser 2012). Menurut Watkins et al. (2012), analisis keperluan adalah proses sistematik untuk dijadikan panduan dalam membuat keputusan seterusnya memberikan justifikasi untuk keputusan tersebut. Oleh itu, satu kajian yang komprehensif perlu dijalankan bagi mengenalpasti keperluan PdP modul pembangunan aplikasi mudah alih agar penggunaan teknologi ini dapat dimanfaatkan penggunaanya secara optimum dalam pengajaran dan pembelajaran di kolej komuniti.

1.2 Tujuan, Objektif dan Persoalan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan PdP modul pembangunan aplikasi mudah alih. Objektif kajian ini adalah untuk:

i) Mengenalpasti sasaran modul pembangunan aplikasi mudah alih yang akan dibina ii) Meneroka keperluan pengetahuan teknologi dalam PdP pembangunan aplikasi mudah

alih

iii) Meneroka keperluan pengetahuan pedagogi dalam PdP pembangunan aplikasi mudah alih

iv) Meneroka keperluan pengetahuan kandungan dalam PdP pembangunan aplikasi mudah alih

v) Mengenalpasti pentaksiran yang sesuai bagi PdP pembangunan aplikasi mudah alih? Persoalan yang ingin dikaji bagi memenuhi objektif kajian ini adalah untuk mengetahui: i) Siapakah peserta/ pengguna modul pembangunan aplikasi mudah alih?

ii) Apakah keperluan pengetahuan teknologi dalam PdP pembangunan aplikasi mudah alih?

iii) Apakah keperluan pengetahuan pedagogi dalam PdP pembangunan aplikasi mudah alih?

iv) Apakah keperluan pengetahuan kandungan dalam PdP pembangunan aplikasi mudah alih?

v) Apakah bentuk pentaksiran yang sesuai bagi modul ini? 1.3 Kerangka Kajian

Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual kajian dalam mengenalpasti keperluan PdP pembangunan aplikasi mudah alih yang melibatkan pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan, sasaran pengguna dan pentaksiran. Terdapat dua pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar ialah keperluan PdP pembangunan aplikasi mudah alih manakala pembolehubah tidak bersandar pula ialah faktor-faktor yang

(3)

1945 diramalkan sebagai keperluan PdP.

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian 2.0 MODEL TPACK

Kajian ini meneroka keperluan PdP pembangunan aplikasi mudah alih berpandukan kerangka TPACK (Rajah 2). TPACK adalah singkatan bagi Technological Pedagogical and Content Knowledge yang mempunyai tiga elemen penting iaitu Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan. Ketiga-tiga elemen ini apabila dicantumkan akan menghasilkan pengajaran yang berkesan di mana teknologi memainkan peranan utama dalam percaturan atau interplay ini (Y. Hashim 2016). Analoginya, seorang guru yang pakar dalam kandungan tidak berupaya menghubung kandungan dengan pedagogi dan teknologi untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh, guru mungkin telah mengikuti latihan dalam penggunaan teknologi Wiki atau mendapat latihan dalam kandungan pelajaran misalnya pembezaan dalam matematik atau teori konstruktivisme dalam bidang pendidikan. Walaupun latihan ini telah diberi dalam teknologi dan kandungan, guru mungkin tidak dilatih menghubungkan antara teknologi wiki dengan pengetahuan kandungan. Guru yang mempunyai pengalaman mengajar dan pengetahuan yang kukuh dalam pedagogi, mungkin lebih mudah mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran. Manakala guru yang celik teknologi tetapi kurang pengalaman mengajar menghadapi masalah untuk menggunakan pelbagai alat teknologi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

i. Pengetahuan teknologi

Menurut Mishra & Koehler (2006), pengetahuan teknologi akan berubah sesuai dengan perkembangan teknologi semasa. Oleh itu, perkara yang berhubung kait dengan teknologi juga akan turut berubah. Pengetahuan teknologi merangkumi teknologi asas dan teknologi canggih. Teknologi asas antaranya papan putih, kapur, buku teks dan seumpamanya. Manakala teknologi canggih merangkumi komputer, internet, digital video dan seumpamanya. Pengetahuan ini merangkumi pengetahuan untuk menggunakan, mengoperasi, memuat turun,

Keperluan PdP Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Pengetahuan Teknologi Pengetahuan Pedagogi Pengetahuan Kandungan Sasaran Pengguna Pentaksiran

(4)

1946

memadam, menghasilkan dan menyimpan dokumen. Dalam konteks kajian ini, pengetahuan teknologi merujuk kepada pengetahuan terhadap penggunaan teknologi canggih seperti komputer, internet, teknologi mudah alih, perisian, dan seumpamanya.

ii. Pengetahuan Pedagogi

Pengetahuan pedagogi (PK) menjelaskan pengetahuan yang mendalam tentang proses dan amalan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran serta hubungannya dengan matlamat, nilai, falsafah dan tujuan dalam sesebauh sistem Pendidikan (Mishra & Koehler 2006). Pengetahuan ini juga mencakupi kefahaman cara atau gaya pelajar belajar, kemahiran pengurusan bilik darjah, reka bentuk dan perancangan pengajaran, dan penilaian pelajar. Ia termasuklah pengetahuan mengenai pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai digunakan di dalam bilik darjah, serta sasaran dan strategi untuk menilai kefahaman pelajar. Seorang guru yang mempunyai pengetahuan pedagogi yang mendalam memahami bagaimana pelajar membina pengetahuan dan menguasai kemahiran dan bagaimana mereka membangunkan minda dan sikap yang positif terhadap pembelajaran. Oleh itu, pengetahuan pedagogi memerlukan pemahaman kognitif, sosial, dan teori perkembangan pembelajaran dan bagaimana ia diaplikasi dalam kelas.

iii. Pengetahuan Kandungan

Menurut Mishra & Koehler (2006), pengetahuan kandungan (CK) adalah pengetahuan tentang subjek yang perlu dipelajari atau diajar. Mengikut Shulman (1986) pengetahuan ini merangkumi pengetahuan konsep, teori, idea dan kerangka organisasi. Seorang guru perlu mempunyai pengetahuan asas yang lebih mendalam dalam disiplin atau subjek yang mereka ajar termasuk pengetahuan tentang isi penting, konsep, teori dan prosedur. Dalam konteks kajian ini, pengetahuan kandungan merujuk kepada pengetahuan pensyarah dalam subjek komputer yang diajar dan pembangunan aplikasi mudah alih.

(5)

1947 3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah kajian analisis keperluan. Rekabentuk kajian ini ialah kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik temubual. Kajian kes merupakan salah satu rekabentuk penyelidikan kualitatif yang seringkali digunakan untuk mencari makna dan bagi memahami sesuatu fenomena secara mendalam dan meluas (Noraini Idris 2013). Kaedah kajian kualitatif digunakan bagi mendapatkan data tentang kesediaan pensyarah dalam penggunaan teknologi mudah alih di Kolej Komuniti. Data tersebut diperoleh dengan menggunakan kaedah temubual.

3.1 Persampelan Kajian / Setting Kajian

Prosedur persampelan kebarangkalian dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak, di mana subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian (Chua 2006). Prosedur persampelan rawak mudah digunakan untuk memastikan setiap unit atau subjek dalam populasi mempunyai peluang yng sama untuk dipilih sebagai responden kajian (Creswell 2012). Seramai 5 orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini di mana 4 daripadanya merupakan pensyarah Kolej Komuniti yang dikenalpasti mempunyai pengalaman belajar dan mengajar tentang aplikasi mudah alih. Manakala seorang lagi merupakan individu yang terlibat dalam perancangan kurikulum Kolej Komuniti.

3.2 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah protokol temubual tidak berstruktur. Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan data yang melibatkan aktiviti seorang penyelidik menyoal untuk mendapatkan jawapan atau respons yang dihajati daripada responden atau peserta penyelidikan (Robson 2002). Kaedah temubual ini membolehkan penyelidik mengakses persepsi peserta kajian, makna atau pemahaman yang dibina oleh peserta kajian, takrifan peserta kajian tentang sesuatu situasi, dan konstruk realiti dunia sebagaimana dilihat dan dialami oleh peserta kajian.

3.3 Prosedur Kajian

Tujuan utama kaedah temubual adalah untuk memahami persoalan, proses, dan situasi yang akan diselidiki. Data temubual ini dijalankan dengan cara menemubual peserta kajian dan dirakam secara audio supaya transkripsi dapat dibuat dan dianalisis.

3.4 Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Data yang dikumpul daripada temubual disusun secara sistematik. Setelah melakukan sesi temubual, pengkaji dapat mengesan corak tertentu tentang jawapan-jawapan peserta kajian. Corak ini dijadikan sebagai panduan untuk menyusun dan menganalisis data.

3.5 Etika Kajian

Wellington (2000) menyatakan bahawa kriteria utama dalam proses penyelidikan pendidikan ialah sesuaty penyelidikan itu seharusnya mengikut prosedur etika yang ditentukan sebagai panduan pelaksanaan sesuatu penyelidikan (Noraini Idris 2013). Pertimbangan tentang isu-isu etika dalam proses melaksanakan sesuatu penyelidikan merupakan tanggungjawab moral seseorang penyelidik dalam bidang sains social (Kelly, Clark, Brown, & Sitzia, 2003), dan sebagai refleksi terhadap prosedur pelaksanaan penyelidikan di lapangan (Burgess, 1989). 4.0 DAPATAN KAJIAN

Seramai 5 orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini di mana 4 daripadanya merupakan pensyarah Kolej Komuniti yang dikenalpasti mempunyai pengalaman belajar dan mengajar tentang aplikasi mudah alih. Manakala seorang lagi merupakan individu yang terlibat dalam perancangan kurikulum Kolej Komuniti. Daripada proses temubual yang

(6)

1948

dijalankan, data dianalisis dan dapatan adalah seperti berikut. 4.1 Latarbelakang Peserta Kajian

Analisis bahagian ini melibatkan latarbelakang peserta kajian seperti pengalaman mengajar, dan pengalaman dalam menggunakan aplikasi mudah alih. Latarbelakang peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini dijelaskan melalui jadual yang ditunjukkan di bawah.

Jadual 3:

Latarbelakang peserta kajian

Peserta Kajian Latarbelakang

PK 1

Seorang pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Selangor, berpengalaman sebagai pensyarah bidang komputer di Kolej Komuniti selama 14 rahun bermula pada tahun 2003. Berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan (Multimedia) dan mempunyai pengalaman yang luas tentang pembangunan aplikasi mudah alih. Telah membangunkan sebanyak 6 aplikasi hasil PdP di Kolej Komuniti. Menyelia projek pelajar berkaitan

mobile apps.

PK 2

Seorang pensyarah Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian, Kolej Komuniti Jasin. Berpengalaman mengajar Komputer & Rangakaian yang menekankan kepada mempelajari kemahiran asas dalam bidang sistem komputer, rangkaian serta perisian sistem pengoperasian merangkumi beberapa aspek pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT.

PK 3

Seorang pensyarah Kolej Komuniti yang mempunyai pengalaman belajar dan mengajar tentang aplikasi mudah alih melalui kursus pendek.

PK 4

Seorang pensyarah pengajian am Kolej Komuniti Paya Besar. Berpengalaman sebagai pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Komuniti selama 8 tahun. Mempunyai pengalaman belajar membangunkan aplikasi mudah alih melalui kursus mobile apps selama 3 hari di INTAN.

PK 5

Merupakan individu yang terlibat dalam perancangan kurikulum Kolej Komuniti

4.2 Keperluan PdP pembangunan aplikasi mudah alih

Berikut merupakan dapatan yang diperolehi daripada temubual berkaitan keperluan PdP pembangunan aplikasi mudah alih. Data yang dikumpul telah disaring dan dikategorikan mengikut tema seperti berikut:

a. Sasaran

Hasil temubual dengan peserta kajian bersetuju dan menyokong modul ini dibangunkan untuk pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti.

PK 5: “Bagus juga kalau buat modul untuk pensyarah. Selama ini kita fokus modul PdP untuk

student je, pensyarah kita usaha hantar kursus. Kalau dah ada modul khas untuk pensyarah, tak perlu dah hantar pergi kursus, follow je modul yang ada. Bagus. Saya sokong.”

PK 3:”Boleh buat modul untuk pensyarah. Bila ada modul senang nak rujuk dan jadi satu

(7)

1949 b. Pengetahuan teknologi

Pengetahuan teknologi yang diperlukan dalam PdP pembangunan aplikasi mudah alih ialah komputer, internet dan peranti mudah alih.

PK 1: “Dalam pembangunan mobile apps ni, yang penting sekali apa yang perlu pelajar tahu

adalah pengetahuan tentang komputer, perlu tahu menggunakan komputer kerana proses pembangunan apps ini menggunakan komputer. Pelajar juga kena tahu bahasa pengaturcaraan HTML5 dan jQuery Mobile”.

PK 2: “Teknologi yang perlu tahu untuk buat mobile apps ni, tahu guna komputer dan

internet. Tahu guna komputer, boleh guna MIT Apps Inverter, senang”.

PK 3: “Selain pengetahuan komputer, kena tahu juga tentang mobile device, sebab nak buat

mobile apps kan, kena tahu device yang nak guna nanti”.

c. Pengetahuan pedagogi

PK 2: “Kalau kursus komputer haruslah ada hands-on untuk pelajar lebih faham. Untuk lebih

mudah akses, boleh buat pembelajaran secara online”.

PK 3: “Kaedah pengajaran yang sesuai untuk ajar develop mobile apps ni boleh guna

pendekatan PBL (project based learning). Bagi satu situasi atau satu projek untuk mereka selesaikan. Kaedah ni sesuai sebab pelajar jelas tujuan nak bina apps tu nanti”.

PK 4: “Kena ajar ikut praktis barulah senang faham dan terus boleh aplikasi dalam projek

yang kita nak buat”.

d. Pengetahuan kandungan

PK 1: “Pensyarah atau pengajar perlu mempunyai pengetahuan asas yang lebih mendalam

dalam subjek yang mereka ajar. Maka pensyarah perlu arif tentang pembangunan aplikasi mudah alih ini”.

PK 2: “Nak mengajar buat mobile apps ni seharusnya kena tahu asasnya”.

PK 4: “Pelajar juga perlu ada asas tentang mobile apps, untuk mudahkan pemahaman dan

proses belajar”.

e. Pentaksiran

Seramai 3 peserta kajian iaitu PK2, PK3 dan PK4 mencadangkan penilaian formatif sebagai bentuk pentaksiran yang sesuai bagi modul ini.

PK 2: “Memang perlu penilaian formatif. Penilaian perlu dijalankan secara berterusan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pensyarah boleh tahu sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai”.

PK 3: “Ya. Pentaksiran perlu. Saya cadangkan buat pentaksiran untuk setiap hasil

pembelajaran, atau mungkin boleh ikut topik”.

PK 4: “Saya rasa perlu buat latihan lepas ajar satu-satu bab tu untuk tingkatkan pemahaman

(8)

1950 5.0 PERBINCANGAN DAN PENUTUP

Hasil kajian yang dijalankan dapat menjawab persoalan kajian mengenai keperluan PdP modul pembangunan aplikasi mudah alih. Berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian yang dinyatakan, dapatan kajian yang dilaporkan di juga berpandukan konstruk yang sama berdasarkan kerangka kajian. Dapatan kajian dapat dirumuskan seperti Rajah 3 di bawah :

Rajah 3: Dapatan hasil temubual yang dijalankan terhadap kerangka konseptual kajian Secara umumnya, keperluan PdP modul pembangunan aplikasi mudah alih telah dikenalpasti. Kajian ini diharap dapat memberi input untuk pembinaan modul pembangunan aplikasi mudah alih seterusnya memberi motivasi kesediaan paradigma pembelajaran yang baharu, iaitu pembelajaran di Kolej Komuniti. Dapatan kajian ini menunjukkan potensi m-pembelajaran atau mobile learning dapat dilaksanakan dan berkembang dalam pendidikan di Malaysia khususnya Kolej Komuniti. Dapatan kajian ini juga dapat membantu Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) seterusnya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mempertingkatkan prasarana teknologi di kolej komuniti dengan membekalkan lebih banyak peralatan mudah alih dan melaksanakan latihan-latihan kemahiran kepada para pensyarah.

Walaupun kajian ini terhad kepada pensyarah Kolej Komuniti sebagai sasaran utama, namun dapatan kajian yang diperoleh dapat memberi gambaran awal tentang keperluan pembangunan modul latihan berkaitan teknologi mudah alih ini. Dicadangkan kajian akan datang boleh diperluaskan penggunaannya kepada umum.

RUJUKAN

Abildinova, G. M., Alzhanov, A. K., Ospanova, N. N., Taybaldieva, Z., Baigojanova, D. S. & Nikita, O. 2016. Developing a Mobile Application “Educational Process Remote Management System” on the Android Operating System. International Journal of Environmental & Science Education, 11(12), 5128–5145.

Al Hosni, S. 2016. Mobile Learning : Enhancing Learning Through Cell Phones. BEST : International Journal of Management, Information Technology and Engineering (BEST:IJMITE), 4(9), 17–22.

Ardi, S., Syed, B., Kamal, Y., Madya, P. & Tasir, Z. 2008. Pembelajaran masa depan – mobile learning (m-learning) di malaysia. Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 122–129.

•Pensyarah Kolej Komuniti Sasaran

•Internet

•Peranti mudah alih Pengetahuan Teknologi

•Pembelajaran berasaskan projek •Pembelajaran atas talian

Pengetahuan Pedagogi

•Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Pengetahuan Kandungan

•Penilaian Formatif Pentaksiran

(9)

1951 Chua, Y. P. 2006. Kaedah penyelidikan. McGraw-Hill.

Creswell, J. W. 2012. Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Educational Research, hlm.Vol. 4. doi:10.1017/CBO9781107415324.004

Hashim, Y. 2016. Cadangan satu Standard Teknologi Pendidikan Kebangsaan ( STPK ) Malaysia.

Hashim, Y. E. 2016. Mobile Technology and Education : Theoretical Study. International Research Journal of Computer Science, 3(2), 16–27. doi:10.6084/M9.FIGSHARE.3487040.V1

Herring, M. C., Koehler, M. J. & Mishra, P. (Eds.). 2016. Handbook of Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) for Educators (2nd edition). New York: Routledge.

Mishra, P. & Koehler, M. 2006. Technological Pedagogical Content Knowledge: A Framework for Teacher Knowledge. Teachers College Record, 108(6), 1017–1054. Mohd Ishak Bin Ismail. 2016. A Review of the Challenges and Issues in Mobile Learning.

International Journal of Enhanced Research in Educational Development, 4(2), 1–6. Nik Mohd Rahimi, N. Y., Nurulhuda, H. & Afifi, M. 2012. Pengetahuan Pedagogi Isi

Kandungan (PPIK) Pengajaran Bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12), 2012(1987), 225–235.

Noraini Idris. 2013. Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill Education.

Rohani M. M Yusoff, Ahmad Shaharil Bin Jamaludin & Abda Hamida D. Abdul Hameed. 2015. Tahap kesediaan pelajar dalam penggunaan teknologi, pedagogi, dan kandungan (tpack) dalam pembelajaran kurikulum di ipt. Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 307–315. Sulisworo, D. & Firdausy, K. 2016. The Development of Mobile Learning Application using

Jigsaw Technique. International Journal of Interactive Mobile Technologies, 10(3), 11– 17.

Suriana Binti Ismail. 2013. Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi (Rbt) Sekolah Rendah Di Malaysia. Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9), 1689–1699. doi:10.1017/CBO9781107415324.004 Watkins, R., Meiers, M. & Visser, Y. 2012. A Guide to Assessing Needs: Essential tools for

collecting information, making decisions, and achieving development results. Washington DC: World Bank,. doi:10.1596/978-0-8213-8868-6

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hal itu maka penulis ingin membuat sistem pakar berbasis web yang dapat dijadikan sarana bagi seorang pengusaha cabai merah besar untuk melakukan analisis

Analisis individual selain digunakan untuk menentukan keperluan pelatihan dari individual tenaga kerja pada saat sekarang, juga dapat digunakan untuk mengidentifikasi

b) Untuk keperluan analisis ekonomi, komponen biaya konstruksi adalah biaya ekonomi, atau tanpa komponen pajak. c) Untuk keperluan membuat owner’s estimate komponen biaya

Hasil penelitian ini dapat digunakan untuk memberikan masukan dan informasi serta dijadikan salah satu pertimbangan dalam membuat kebijakan yang bertujuan untuk

Salah satu alat analisis yang dapat dipergunakan untuk memberikan informasi guna membuat keputusan strategis dalam menghadapi persaingan bisnis pada industri pengolahan ikan

Analisis individual selain digunakan untuk menentukan keperluan pelatihan dari individual tenaga kerja pada saat sekarang, juga dapat digunakan untuk mengidentifikasi

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keperluan penduduk setempat yang tinggal di sekitar Pusat Transformasi Luar Bandar atau Rural Transformation Center (RTC) Terengganu di

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan dan keperluan guru di dalam pengajaran kemahiran berfikir aras tiggi di dalam mata pelajaran sains sekolah rendah dan