• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Novel. Destinasi Impian. Tema. Persoalan. Watak. Plot. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Analisis Novel. Destinasi Impian. Tema. Persoalan. Watak. Plot. Nama :"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

SM1

Analisis Novel

Destinasi Impian

Tema. Persoalan. Watak. Plot

(2)

Analisis Prosa

Genre Prosa Tradisional / Klasik Moden Cerpen Tema Persoalan

Watak & Perwatakan

Plot Permulaan Perkembangan Kemuncak / Klimaks Peleraian Penurunan Pengakhiran Teknik Plot Pemerian / Penceritaan Monolog Monolog dalaman Dialog Imbas muka Imbas kembali Latar Latar tempat Latar masa Latar masyarakat Gaya Bahasa Ayat Diksi Kata ganda Repitisi

Sinkope Singkatan : ku, mu, nak Inversi terbalik : akan kuambil Perlambangan Bunga : wanita Personifikasi bersifat manusia Hiperbola Melebih-lebihkan

Nilai

Program

Bahasa

Melayu

(3)

Analisis Novel Destinasi Impian Tema

Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

1. Jiwa remaja yang mudah memberontak

Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.

2. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.

Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

3. Keberanian mengharungi rintangan

Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.

Program

Bahasa

Melayu

(4)

4. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan

Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

5. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan

Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan.

Watak dan Perwatakan

(a) Watak utama dalam novel ini ialah Johari.

(b) Watak-watak sampingannya terdiri daripada Azlina, Firdaus, datuk, Salim,

Sazali, Moksin, Mokhtar, Mazlinda, Erma, Zarina, Kasman, Kasmadiana, dan Tamrin.

Johari

(a) Johari sepupu kepada Azlina dan Firdaus.

(h) Johari seorang pelajar Universiti Putra Malaysia. (e) Johari gemar berbasikal sejak sekolah rendah lagi.

(d) Johari penyabar. Dia sanggup melayan kerenah Firdaus sewaktu mereka menyertai ekspedisi berbasikal.

(e) Johari suka membaca dan mempunyai banyak pengetahuan.

Azlina

(a) Azlina anak bongsu daripada enam orang adik-beradik. (h) Azlina berusia 16 tahun dan pelajar tingkatan empat. (e) Azlina adik kepada Firdaus.

(d) Azlina adik sepupu kepada Johari.

Program

Bahasa

Melayu

(5)

(e) Azlina kurus dan tinggi lampai orangnya. (f) Azlina lasak dan aktif.

(g) Azlina seorang olahragawati Sekolah Menengah Kapar.

(h) Azlina pandai berkata-kata. Dia pandai mematahkan hujah atau kata-kata Firdaus.

(i) Azlina yang berani. Dia selalu menyindir abangnya, Firdaus yang asyik hendak membatalkan ekspedisi berbasikal.

(j) Azlina penyayang. Dia tidak sampai hati mahu membiarkan abangnya, Firdaus pulang berseorangan dari Morib ke Klang.

Firdaus

(a) Firdaus satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. (b) Firdaus anak kelima daripada enam orang adik-beradik. (c) Firdaus abang kepada Azlina.

(d) Firdaus lelaki tetapi perwatakannya agak keperempuanan. Dia lemah- lembut.

(e) Firdaus tampan, berhidung mancung, berkulit putih, tinggi lampai, dan berambut keriting halus.

(f) Firdaus tidak mempunyai daya saing yang tinggi untuk menghadapi cabaran. (g) Firdaus cepat marah apabila penat dan tertekan.

(h) Firdaus cepat lupa diri. Dia sanggup berbohong kepada kawan-kawannya setelah berjaya mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.

Datuk

(a) Beliau datuk kepada Johari, Firdaus, dan Azlina.

(b) Beliau kuat semangat. Beliau pernah menunggang basikal lebih kurang 50 kilometer.

Salim

Program

Bahasa

Melayu

(6)

(a) Salim kawan rapat Firdaus di sekolah.

(b) Salim lebih suka menulis namanya sebagai Saleem. (c) Salim baik hati. Dia tidak pernah mengejek Firdaus.

(d) Salim bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke Morib.

Sazali

(a) Sazali kawan Firdaus.

(b) Sazali bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke Morib.

(c) Sazali curiga akan kata-kata Firdaus kononnya dia lambat tiba di Morib Kerana adiknya, Azlina banyak berehat.

(d) Sazali berani. Dia berani menemui Azlina untuk bertanyakan sama ada Benar atau tidak Azlinalah yang menjadi punca Firdaus lambat tiba di Morib.

Mohsin

(a) Moksin kawan Firdaus.

(b) Moksin bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke Morib.

(e) Moksin curiga akan kata-kata Firdaus kononnya dia lambat tiba di Morib kerana adiknya, Azlina banyak berehat.

(d) Moksin berani. Dia berani menemui Azlina untuk bertanyakan sama ada Benar atau tidak Azlinalah yang menjadi punca Firdaus lambat tiba di Morib.

Mokhtar

(a) Mokhtar kawan Firdaus.

(b) Mokhtar bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke

Program

Bahasa

Melayu

(7)

Morib.

Mazlinda

(a) Mazlinda memiliki wajah yang cantik. (b) Mazlinda amat diminati oleh Firdaus.

(c) Mazlinda bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke Morib.

(d) Mazlinda berpura-pura tidak pandai berenang kerana mahu menguji Firdaus. (e) Mazlinda berani. Dia berani menyelamatkan Firdaus yang lemas di laut. Erma

(a) Erma kawan Firdaus.

(b) Erma bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke Morib. Zarina

(a) Zarina kawan Firdaus.

(b) Zarina bangga akan kejayaan Firdaus mengayuh basikal dari Klang ke Morib.

Kasman

(a) Nama penuhnya ialah Kasman bin Marjan.

(b) Kasman kawan Johari di Universiti Putra Malaysia. (c) Dia berasal dari Kampung Endah.

Kasmadiana

(a) Kasmadiana adik kepada Kasman. (b) Dia tinggi lampai.

(c) Dia memiliki wajah yang cantik.

(d) Dia peramah. Dia asyik berbual-bual dengan Azlina walaupun mereka baru berkenalan.

Program

Bahasa

Melayu

(8)

Tamrin

(a) Nama penuhnya Tamrin bin Salihin.

(b) Tamrin kawan Johari di Universiti Putra Malaysia. (c) Tamrin berasal dari Batu Laut.

Plot

Jalinan Peristiwa Penting

(a) Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus mengajak mereka berpatah balik. Johari mengadakan undian untuk menentukan sama ada mereka perlu berpatah balik atau meneruskan perjalanan ke Morib. Berdasarkan undian tersebut, Firdaus membuat keputusan bahawa mereka perlu meneruskan perjalanan.

(b) Dalam perjalanan, tayar basikal Firdaus kempis kerana tertusuk paku. Firdaus merungut lagi sambil mengatakan jika duduk di rumah, tentu tiada masalah. Azlina menyuruh Firdaus balik dan berkepit di bawah ketiak emaknya. Firdaus berasa marah terhadap Azlina. Johari terpaksa meninggikan suara untuk meleraikan pertengkaran antara dua beradik itu. Johari menasihati Firdaus dengan mengatakan

bahawa perjalanan sentiasa mempunyai halangan. Oleh itu, Firdaus haruslah berani, tabah, dan sabar menghadapinya. Selepas itu, mereka bertiga meneruskan perjalanan. (c) Bunyi hon yang kuat menyebabkan Firdaus membelokkan basikalnya ke kiri lalu terlanggar seketul batu. Sebagai akibatnya, Firdaus tercampak ke atas tanah serta mengalami luka di siku kanannya. Johari membalut luka Firdaus. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan.

(d) Azlina berhenti rehat berhampiran dengan gerai air tebu. Dia menunggu Firdaus dan Johari yang belum muncul. Setibanya Johari dan Firdaus di gerai air tebu, Firdaus menjerit mengatakan bahawa perjalanan berbasikal itu sebagai kerja gila. Johari

Program

Bahasa

Melayu

(9)

menghulurkan sebungkus air tebu kepada Firdaus. Firdaus menyedut air tersebut dengan rakus. Mereka akan meneruskan perjalanan lima minit lagi.

(e) Azlina, Firdaus, dan Johari berhenti rehat di pekan Banting. Di situ, Johari mengatakan bahawa mereka telah kalah kepada datuk mereka. Beliau pernah ke Morib pada wakru pagi dan pulang pada waktu petang, sedangkan mereka bertiga belum sampai ke Morib walaupun sudah pukul 3:00 petang. Mereka meneruskan perjalanan dan meninggalkan pekan Banting.

(f) Sebuah lori yang agak besar bergerak sangat laju memotong mereka. Angin lori itu telah menyebabkan Azlina terbabas ke kiri jalan lalu terlanggar lubang yang besar dan dalam. Azlina terjatuh dan tangan kanannya luka. Johari membubuh ubat dan membalut luka Azlina.

(g) Firdaus tiba di Pantai Morib Baru. Ketibaan Firdaus disambut oleh kawan-kawannya. Mereka mengucapkan tahniah kepada Firdaus sambil memuji-muji kejayaannya. Hal ini menyebabkan Firdaus angkuh. Firdaus tidak mempedulikan Azlina dan Johari. Dia asyik bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina bersama-sama dengan kawan Johari, di hujung khemah Firdaus dan kawan-kawannya. Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang tanpa disertai oleh Firdaus yang mahu pulang sendirian.

(h) Firdaus dan kawan-kawannya mandi di laut. Mereka berlumba menyelam bagi menentukan siapakah antara mereka yang dapat menyelam paling lama. Akhirnya, Mazlinda muncul sebagai pemenang. Ketika Mazlinda timbul, dia dipukul ombak besar. Mazlinda menjerit meminta tolong. Firdaus memberanikan diri untuk membantu Mazlinda. Namun begitu, Firdaus yang lemas.

(i) Apabila sedar, Firdaus mendapati dirinya berada di katil hospital. Johari dan Azlina bertanyakan khabar Firdaus. Johari memberitahu Firdaus bahawa Firdaus pengsan ketika dibawa ke hospital. Firdaus segera bertanyakan keadaan Mazlinda yang ingin

Program

Bahasa

Melayu

(10)

dibantunya. Azlina mengatakan bahawa Mazlinda selamat. Mazlindalah yang menolong Firdaus. Mazlinda berpura-pura tidak tahu berenang kerana ingin

menguji Firdaus.

(j) Johari menasihati Firdaus supaya jangan cepat berasa angkuh dengan sesuatu kejayaan. Firdaus hanya menundukkan kepala mendengar nasihat Johari. Johari menyuruh Firdaus mengangkat kepala kerana dia sudah menjadi orang yang berani. Johari menerangkan bahawa orang yang berani tidak akan menundukkan muka sepanjang masa. Kata Johari, keberanian itu haruslah disertai dengan fikiran yang waras. Firdaus berasa insaf. Firdaus melihat Mazlinda dan kawan-kawannya

datang. Firdaus ingin menundukkan kepala kerana berasa malu. Namun begitu, apabila Firdaus teringat akan kata-kata Johari, Firdaus segera mengangkat kepalanya untuk memandang Mazlinda dengan berani.

Binaan Plot

(a) Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, pengarang memperkenalkan watak Firdaus, Johari, dan Azlina yang sedang menyertai ekspedisi berbasikal. Eskpedisi berbasikal tersebut dilakukan dengan beberapa tujuan iaitu, yang pertama, untuk

menyahut cabaran datuk mereka yang mengatakan bahawa generasi sekarang lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Yang kedua, untuk melihat tanah air mereka yang merdeka secara lebih dekat. Yang ketiga, untuk menjadikan Firdaus lelaki sejati.

(b) Pada bahagian perkembangan, kisah berkisar tentang ekspedisi berbasikal telah menemukan mereka dengan gejala pencemaran bahasa, rumah tokoh dan jaguh badminton negara. Perjalanan berbasikal itu juga menyebabkan mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran seperti terjatuh dari basikal, bertengkar, dan sebagainya.

Program

Bahasa

Melayu

(11)

(c) Pada bahagian pertengahan, Azlina dan Firdaus telah bertengkar dan sindir-menyindir. Perkara ini berlaku berikutan sikap Firdaus yang menganggap ekspedisi berbasikal itu sebagai perjalanan gila dan asyik ingin berpatah balik.

(d) Pada bahagian klimaks atau puncak, Firdaus menyimpan perasaan marah dan dendam terhadap Azlina dan Johari. Malah, sewaktu Azlina terjatuh dari basikal dan tangannya berdarah, Firdaus sempat memperlinya dan terus meninggalkan Azlina dan Johari di situ.

(e) Pada bahagian peleraian, Firdaus, Azlina, dan Johari sampai ke destinasi, iaitu Pantai Morib Baru. Firdaus disambut oleh kawan-kawannya seperti Moksin, Sazali, Moktar, Erma dan Mazlinda. Johari dan Azlina pula disambut oleh kawan-kawan Johari. Firdaus dan kawan-kawannya bergembira. Keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang tanpa Firdaus. Sewaktu mandi di laut, Firdaus telah lemas. Dia diselamatkan oleh Mazlinda. Johari dan Azlina melawat Firdaus di hospital. Johari menasihati Firdaus agar bersikap waras dan berani menghadapi cabaran. Kemudian, kawan-kawan Firdaus dating melawatnya.

Teknik Plot

(a) Teknik pemerian

Pengarang memerihalkan keadaan Azlina yang keletihan setelah mengayuh basikal sejak pukul 7:00 pagi. Contohnya,

Aku berasa semakin letih. Lututku terasa lenguh kerana mengayuh basikal sejak 7:00 pagi tadi. Kini, hampir puku1 12:00 tengah hari. Matahari pula bersinar dengan cukup terik. Badanku sudah dibasahi peluh. Namun, sedaya upaya aku tidak mahu menunjukkan keletihan ini kepada Firdaus. Aku sudah berjanji dengan Abang Johari untuk berlagak begitu. [hlm. 15]

(b) Teknik dialog

Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini. Contohnya,

Program

Bahasa

Melayu

(12)

"Gila! Ini kerja gila!" jerit Firdaus.

"Nampaknya, abang lelaki yang tidak tahan menempuh cabaran,"

"Jangan sakitkan hatiku, Lina!'... [hlm, 21] (c) Teknik monolog

Pengarang menggunakan teknik monolog untuk menggambarkan perasaan Azlina. Contohnya,

"Kalau macam ini, sampai esok pun tak akan sampai di Morib.

Geram betul!" bisikku. [hlm. 17] (d) Teknik imbas kembali

Firdaus teringat kawannya yang bernama Salim. Contohnya,

Wajah Salim tiba-tiba hadir di tengah ruang ingatanku. Dia yang lebih

suka menulis namanya sebagai Saleem merupakan kawan rapatku di sekolah. Hanya dialah yang tidak pernah mengejekku. [hlm. 34]

(e) Teknik imbas muka.

Firdaus bermimpi Sazali dan Moksin mencampakkannya ke laut. Contohnya,

Sesaat kemudian aku berasa tubuhku tercampak ke dalam air yang dingin. Di kelilingku gelap gelita. Aku cuba berenang tetapi kakiku bagaikan ditarik-tarik ke bawah. Di mana pantai? Ombak dating memukulku sehingga terbenam ke dalam air beberapa saat. Apabila aku mengangkat kepalaku semula, aku terteguk air masin. Aduh, peritnya tekakku! [hlm. 76]

(f) Teknik saspens

Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Firdaus dan Azlina setelah sebuah lori memotong mereka yang sedang menunggang basikal. Contohnya,

Tiba-tiba sebuah lori besar yang bergerak sangat laju memotong kami. Angin lori itu sangat kuat. Aku terbabas ke kiri jalan. Pada ketika itu sempat kulihat Azlina juga terbabas ke kiri jalan. Basikalnya yang laju itu tidak dapat

Program

Bahasa

Melayu

(13)

dikawal. Dia terlanggar sebuah lubang yang agak besar dan dalam. Kulihat Azlina tercampak ke tanah merah di tepi jalan. [hlm, 37]

Program

Bahasa

Melayu

(14)
(15)
(16)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait