• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAP.COM - EKONOMI BURUH LANJUTAN - UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "TAP.COM - EKONOMI BURUH LANJUTAN - UKM"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII), Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara Maju,

Ipoh, Perak 4 – 6 Jun 2012

Kajian Kadar Pulangan Pendidikan Pekerja Sektor Swasta

Di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya

A Study of Rate of Return of Private Sector Workers Education in Selangor,

Kuala Lumpur and Putrajaya

Nahidah Usman ([email protected]) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kertas kerja ini mengkaji kadar pulangan pendidikan bagi pekerja sektor swasta di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijalankan melalui kajian lapangan terhadap 270 responden. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana pembolehubah tingkat pencapaian pendidikan mempengaruhi dan menyumbangkan kepada kadar pulangan pendidikan dan pembolehubah lain yang menyumbang kepada pendapatan pekerja. Secara khususnya pendidikan dan pembangunan sumber manusia ini penting bagi menentukan tahap produktiviti individu dan Negara kerana ia akan memberi kesan langsung kepada tingkat pendapatan individu dan pulangan persendiriannya. Kajian ini dibuat dengan menggunakan fungsi asas pendapatan semi log linear Mincer (1974) dengan menggunakan pendapatan sebagai pembolehubah bersandar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahun persekolahan dan tingkat pencapaian pendidikan memberi kesan positif kepada kadar pulangan pendidikan. Faktor lain seperti pengalaman kerja dan jantina juga signifikan mempengaruhi pendapatan individu di mana pekerja lelaki mendapat pendapatan lebih tinggi berbanding wanita. Keputusan kajian ini penting bagi meningkatkan kefahaman kita mengenai kepentingan pendidikan kepada individu yang boleh menyumbang kepada tingkat pendapatan atau taraf hidup di samping memahami kepentingan pelaburan dalam sektor pendidikan dalam aspek pembangunan ekonomi negara. Hasil kajian ini juga penting untuk melihat pencapaian atau status perkembangan sektor pendidikan negara dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang strategik, berguna dan bersesuaian serta terbaik bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan yang dapat meningkatkan kadar pulangan pendidikan atau pendapatan masyarakat di masa akan datang.

Kata kunci: kadar pulangan pendidikan, tahun persekolahan, tingkat pencapaian pendidikan

ABSTRACT

This paper presents the rate of return on education for private sector workers in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya through field studies conducted on 270 respondents. This study aims to look at how variables affect the level of educational attainment and contribute to the rate of return on education and other variables that contribute to the employee income. In particular, education and human resource development is essential to determine the level of individual productivity because it directly affects the level of income and return on private individuals. The study was conducted by using the basic functions of a semi-log linear income Mincer (1974) by using income as the dependent variable. The results showed that years of schooling and level of educational attainment has a positive effect on rate of return on education. Other factors such as work experience and gender also significantly influenced by individual income, where male workers earn more than women. The results of this study is important for improving our understanding of the importance of education to individuals who can contribute to the income level or standard of living as well as understand the importance of investment in the education sector in terms of economic development. The study is also important to see results or status of the country's education sector and further proposed strategic measures, useful and appropriate and best for the job market needs to increase the rate of return on education or income communities in the future.

(2)

PENGENALAN

Sektor pendidikan adalah kritikal di mana ia bukan sahaja satu saluran untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia dan mewujudkan mobiliti sosial, tetapi juga sebagai enjin pembangunan ekonomi Negara dan sebagai kunci peningkatan daya saing negara. Oleh itu, Kerajaan dan masyarakat semakin melihat sektor ini sebagai agenda penting yang sangat perlu diberi penekanan dengan memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar dalam bidang ini. Berdasarkan kepada Belanjawan Tahunan bagi tahun 2006 hingga 2010 dapat dilihat Kerajaan saban tahun telah memperuntukkan di antara 15% hingga 22.8% daripada jumlah Perbelanjaan Pembangunan dalam sektor pendidikan seperti di Jadual 1. Jumlah perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan mengalami peningkatan yang begitu mendadak sekali di mana bagi tempoh lima tahun jumlah ini telah meningkat melebihi 100%. Jumlah yang semakin meningkat ini mungkin berikutan peningkatan jumlah pelajar di peringkat rendah, menengah dan tertiari.

Jadual 2 dan Rajah 1 menunjukkan jumlah enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi dari tahun 2001 hingga 2010. Adalah didapati secara keseluruhannya ia menunjukkan trend yang semakin meningkat walaupun bagi tahun-tahun tertentu peratusan peningkatan adalah berkurangan berbanding tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia jelas menunjukkan tahap dan bilangan pelajar yang mencapai tahap pendidikan di peringkat tertiari semakin meningkat.

Rajah 2 pula menunjukkan status pekerjaan graduan dari tahun 2006 hingga 2010 serta nisbah graduan bekerja kepada yang belum bekerja. Berdasarkan rajah tersebut, di dapati nisbah graduan yang bekerja semakin meningkat berdasarkan peningkatan jumlah graduan. Selain itu, juga didapati jumlah graduan yang melanjutkan pelajaran dan meningkatkan kemahiran juga meningkat dengan ketara antara tahun 2008 hingga 2009 mungkin disebabkan oleh kemelesetan ekonomi pada masa tersebut. Peningkatan jumlah graduan ini memberi petunjuk kepada peningkatan pencapaian pendidikan.

Penjelasan berhubung perbelanjaan Kerajaan dan peningkatan jumlah pelajar Institusi Pengajian tinggi (IPT) menunjukkan bahawa Kerajaan sedar akan kepentingan pendidikan di mana peruntukan yang tinggi secara umumnya boleh memberi kesan yang positif kepada Negara seperti pengurangan kemiskinan dan peningkatan taraf hidup rakyat selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara. Secara khususnya pendidikan dan pembangunan sumber manusia ini penting bagi menentukan tahap produktiviti individu dan negara kerana ia akan memberi kesan langsung kepada tingkat pendapatan individu dan pulangan persendiriannya.

Selain itu, memandangkan Malaysia kini sedang mengalami peralihan ekonomi daripada intensif buruh kepada intensif modal dan teknologi, maka sistem pendidikan harus mampu memenuhi kehendak komersil dan industri serta boleh menghasilkan tenaga kerja yang berupaya dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran. Rahmah Ismail, 1998 melalui kajiannya mendapati kenaikan RM1 juta dalam perbelanjaan kerajaan terhadap pendidikan menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) benar melebihi RM4 juta setahun. Chung (2003) serta Psacharopoulos dan Patrinos (2004) menunjukkan bahawa pelaburan dalam pendidikan boleh menjanjikan peningkatan dalam pendapatan. Secara umumnya, melabur dalam bidang pendidikan mempunyai keuntungan produktiviti jangka panjang yang penting.

PERMASALAHAN KAJIAN

Peralihan yang kita inginkan daripada sebuah Negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi tidak akan tercapai kecuali kita membangunkan dahulu satu kumpulan insan berbakat, berilmu dan berkemahiran bagi sesebuah negara. Oleh itu, tahap pencapaian pendidikan individu dikatakan menjadi penyumbang penting kepada pulangan pendidikannya di samping faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada pulangan pendidikan tersebut.

(3)

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan anggaran bagi kadar pulangan pendidikan menggunakan data semasa di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat sejauhmana faktor-faktor lain seperti pengalaman kerja, jantina dan jenis aliran pendidikan mempengaruhi tingkat pendapatan individu.

SOROTAN KAJIAN

Kajian mengenai pulangan pendidikan merupakan antara isu-isu yang sering dikaji oleh pengkaji-pengkaji di dunia. Ini kerana pendidikan dikatakan berkaitrapat dengan keadaan ekonomi individu dan masyarakat. Becker (1964) melalui Teori Modal Manusia menunjukkan wujudnya hubungan yang positif antara upah yang diterima oleh buruh dengan tahap pencapaian pendidikan. Mereka yang rasional akan cuba melabur dalam pendidikan sehingga ke satu peringkat di mana jumlah pulangan daripada pelaburan pendidikan dalam bentuk tambahan pendapatan menyamai kos pelaburan pendidikan.

Siphambe (2000) mengkaji tentang pulangan terhadap pendidikan di Botswana dan mendapati wujud hubungan yang positif antara tahap pendidikan dan pendapatan individu. Pendidikan menengah atas membawa kadar pulangan yang paling tinggi diikuti pendidikan menengah rendah masing-masing 85% dan 84%. Selain itu, beliau juga mendapati tahun persekolahan dan pengalaman kerja juga menyumbang kepada tahap pendapatan individu.

Kajian oleh Petrakis dan Stamatakis (2002) ke atas negara maju, membangun dan mundur pula mendapati enrolmen peringkat menengah dan tinggi mempunyai hubungan signifikan dengan pertumbuhan ekonomi Negara maju, manakala enrolmen peringkat rendah sahaja didapati mempunyai hubungan signifikan dengan pertumbuhan ekonomi di Negara membangun.

Chapman dan Harding (2002) pula mendapati tidak wujud diskriminasi upah dalam sektor awam di Malaysia tetapi lelaki cenderung dibayar melebihi 20% berbanding wanita dalam sektor swasta dalam keadaan di mana faktor kemahiran tidak diambilkira. Selain itu, didapati terdapat perbezaan upah sehingga 21.6% antara lelaki dan wanita bagi pekerjaan dalam kumpulan professional dan teknikal serta kumpulan pengurusan.

Hasil kajian Psacharopolous dan Patrinos (2004) di 121 negara termasuk Malaysia mendapati setiap tambahan satu tahun persekolahan akan meningkatkan purata kadar pulangan pendidikan sebanyak 10%. Selain itu, kadar pulangan pendidikan untuk wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Walau bagaimanapun, kadar pulangan pendidikan lelaki bagi tahap rendah adalah lebih tinggi berbanding wanita.

Gabriel dan Schmitz (2005) juga mendapati pertambahan tempoh persekolahan meningkatkan pendapatan mingguan bagi lelaki dan wanita untuk pekerja kolar biru dan kolar putih. Mereka mendapati anggaran pulangan terhadap pekerjaan kesan persekolahan adalah antara 3.8% hingga 8.4% bagi lelaki dan 1.6% hingga 9.4% bagi wanita di mana pulangan yang tinggi bagi lelaki adalah bagi golongan pekerja kolar putih iaitu dalam bidang jualan, professional dan pengurusan. Tetapi bagi wanita, hanya golongan pekerja bidang professional mempunyai pulangan pendidikan yang tinggi berbanding kolar biru.

Ruiz, Gomez dan Rueda (2010) pula mendapati setiap tambahan satu tahun persekolahan meningkatkan pendapatan 12.8% bagi lelaki dan 11.3% bagi wanita. Begitu juga peningkatan pengalaman di mana telah meningkatkan upah tetapi dengan peningkatan yang semakin berkurangan bagi pekerja berumur. Pelaburan dalam latihan akan memberi kesan positif kepada pendapatan apabila latihan tersebut dibiayai oleh majikan. Mereka juga melihat karektoristik personal individu di mana mereka yang hidup berpasangan meningkatkan upah 4% bagi lelaki tetapi tidak bagi wanita.

Beberapa pengkaji yang lain mendapati bahawa pendapatan individu mempunyai hubungan yang positif dengan pendidikan. Pendapatan juga meningkat mengikut pengalaman kerja kepada suatu puncak dan kemudian menurun. Semakin tinggi tahap pencapaian pendidikan, semakin lambat seseorang pekerja mencapai tingkat pendapatannya yang maksimum.

(4)

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan fungsi asas pendapatan semi log linear Mincer (1974) dengan menggunakan pendapatan sebagai pembolehubah bersandar dengan mengambil beberapa faktor-faktor yang dikenalpasti boleh mempengaruhi tingkat pendapatan sebagai pembolehubah bebas. Bagi melihat kesan faktor-faktor yang dikaji terhadap pendapatan, kajian ini akan menggunakan dua model seperti berikut:

Model 1

ln Y = β0 + β1(SCH) + β2(EXP) + β3(EXP) 2

+ β4(DJ) + β5(DA) + µ (3.1)

Di mana,

Y = Pendapatan Bulanan Individu SCH = Tahun Persekolahan

EXP = Pengalaman Kerja

EXP2 = Pengalaman Kerja Kuasa Dua DJ = Dumi Jantina

DA = Dumi Aliran Pendidikan

Pembolehubah pendapatan (Y) dikira berasaskan kepada pendapatan bulanan individu. Tahun persekolahan(SCH) dikira dengan mengambilkira tempoh individu berada dalam sistem pendidikan (sekolah rendah = 6 tahun, sekolah menengah rendah = 3 tahun, sekolah menengah atas = 2, sekolah tinggi/matrikulasi = 2 tahun, diploma = 2 tahun dan universiti = 3 tahun). Pengalaman kerja di kira dengan mengambil umur semasa ditolak dengan tahun persekolahan dan jumlah tahun tidak bersekolah (6 tahun). Aliran pendidikan pula di bahagikan kepada aliran sains/teknikal=1 dan sastera=0. Pengalaman kerja dikatakan dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan. Maka, pembolehubah pengalaman kuasa dua digunakan untuk melihat sama ada pendapatan individu terus meningkat dengan peningkatan pengalaman atau sebaliknya.

Untuk melihat kesan tahap pencapaian pendidikan terhadap pendapatan, kajian ini akan menggunakan Model ke 2 di mana pendidikan diproksikan dengan menggunakan pembolehubah dumi mengikut tahap-tahap pencapaian pendidikan tertinggi individu. Tahap pencapaian pendidikan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu

Peringkat Rendah : UPSR dan PMR Peringkat Menengah : SPM dan STPM Peringkat Tertiari : Diploma dan Ijazah

Model 2

ln Y = β6 + β7(EXP) + β8EXP) 2

+ β9(DJ)+ β10(DA) + β11(DMEN) + β12(DTER) + µ (3.2)

Di mana,

DMEN = Dumi Tahap Persekolahan Menengah

DTER = Dumi Tahap Persekolahan Tertiari

PROFIL RESPONDEN

Data-data telah diperolehi melalui kaji selidik ke atas 270 responden yang bekerja di sektor swasta di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti di Jadual 3 yang menunjukkan jumlah responden terdiri daripada 155 orang wanita iaitu 57.4% dan lelaki seramai 115 orang merangkumi 42.6%.

(5)

jumlah iaitu seramai 25 orang berbanding 7 orang bagi golongan lelaki. Walau bagaimanapun, golongan wanita juga mempunyai tahap pendidikan kurang daripada UPSR iaitu seramai 6 orang tetapi tidak bagi golongan lelaki.

Jadual 5 pula menunjukkan bilangan responden dengan jenis aliran dan tahun pengalaman bekerja. Jumlah responden dalam jurusan sains dan teknikal adalah seramai 63 orang serta sastera dan lain-lain adalah seramai 207 orang. Bagi tahun pengalaman pula, ramai responden mempunyai pengalaman di antara 1 hingga 5 tahun iaitu seramai 111 orang dan 6 hingga 10 tahun seramai 75 orang serta selebihnya mempunyai pengalaman di antara 11 hingga 39 tahun iaitu seramai 84 orang.

Berdasarkan Jadual 6, nilai min(purata) bagi gaji kasar ialah RM1610 dan nilai minimum dan maksimum masing-masing ialah RM500 dan RM7500. Purata jumlah tahun persekolahan ialah 12 tahun. Jumlah purata tahun pengalaman bekerja pula ialah 9 tahun di mana tempoh pengalaman minimum ialah 1 tahun dan maksimum 39 tahun.

Dengan melihat hubungan di antara pembolehubah berdasarkan kaedah korelasi Pearson seperti di Jadual 7, didapati hubungan di antara LnGaji dengan SCH dan MEN serta TER adalah positif dan signifikan, bermaksud pendapatan meningkat dengan meningkatnya tahun bersekolah dan tahap kelulusan.

KEPUTUSAN UJIAN REGRASI

Keputusan dari pengganggaran kuasa dua terkecil kajian ini adalah seperti berikut:

Model 1

ln Y = 5.565+ 0.102SCH + 0.061EXP – 0.001EXP2 + 0.131DJ + 0.036DA (3.3)

(7.187) (5.53) (-4.375) (2.259) (0.517)

Jadual 8 menunjukkan hasil penganggaran bagi Model 1 dan Model 2. Pembolehubah umum seperti pengalaman dan pengalaman kuasa dua menunjukkan nilai pekali hampir sama bagi kedua-dua model. Bagi Model 1 didapati pembolehubah tahap persekolahan adalah positif dan signifikan pada aras keertian 1% ke atas pendapatan individu di mana setiap tambahan setahun persekolahan menghasilkan peningkatan purata pendapatan sebanyak 10.2%. Anggaran ini adalah selari dengan kajian Zulkifli , Ishak dan Abu Hassan (2010) walaupun peratusan peningkatan pendapatannya lebih tinggi iaitu 16.6%.

Begitu juga bagi pembolehubah pengalaman yang positif dan signifikan pada aras keertian 1%. Ini menunjukkan bahawa bagi setiap tambahan setahun pengalaman akan menghasilkan peningkatan upah sebanyak 6.1%. Tanda negatif bagi pengalaman kerja kuasa dua menunjukkan peningkatan pengalaman tidak menghasilkan tambahan pendapatan secara berterusan, sebaliknya ia tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang. Pendapatan individu tidak meningkat berterusan mengikut peningkatan pengalaman kerja. Dapat dilihat di sini bahawa peningkatan pengalaman tidak lagi menghasilkan tambahan kepada pendapatan apabila tahun pengalaman mencapai 30 tahun.

Bagi pembolehubah dumi aliran pendidikan pula didapati individu yang mempunyai aliran pendidikan sains dan teknikal memperolehi pendapatan melebihi individu aliran sastera dan lain-lain sebanyak 3.6%. Walau bagaimanapun, ia adalah tidak signifikan. Rahmah dan Nanthakumar (2007) juga mengkaji kadar pulangan pendidikan terhadap program-program yang diambil oleh pelajar di IPTA dengan menggunakan kaedah purata dan terperinci. Hasilnya didapati kadar pulangan tertinggi adalah bagi program sains tulen dan teknologi maklumat iaitu antara 17%(kaedah terperinci) hingga 27%(kaedah purata). Ini diikuti oleh program ekonomi, sastera, kejuruteraan dan perundangan. Keputusan yang berbeza ini mungkin berlaku disebabkan sampel kajian dan tahun kajian yang berbeza. Bagi pembolehubah dumi jantina individu didapati ia adalah positif yang bermaksud lelaki mendapat pendapatan lebih daripada wanita sebanyak 13.1% dan ia juga adalah signifikan pada aras keertian 5%. Ini menyokong hasil kajian Psacharopolous dan Patrinos (2002) di 121 negara termasuk Malaysia di manakadar pulangan pendidikan lelaki bagi tahap rendah adalah lebih tinggi berbanding wanita.

Nilai pekali penentuan (R2) yang diperolehi bagi Model 1 dan 2 hampir sama iaitu 0.23. Ini menunjukkan bahawa kelima-lima pembolehubah bebas iaitu SCH, EXP, EXP2, DA dan DJ boleh

(6)

Nilai VIF (Variance Inflation Factor) bagi semua pembolehubah tidak bersandar adalah di antara 1 hingga 10 menunjukkan multikoleneariti yang wujud adalah sederhana dan boleh diterima.

Model 2

ln Y = 6.616+ 0.054(EXP) – 0.001(EXP)2 + 0.050(DJ) + 0.042(DA) + 0.228(DMEN) + 0.56(DTER)

(3.4)

(5.705) (-4.816) (1.031) (0.717) (2.859) (6.588)

Keputusan penganggaran OLS bagi Model 2 di tunjukkan dalam, Jadual 8. Pembolehubah asas yang digunakan iaitu pengalaman, pengalaman kuasa dua dan jantina adalah signifikan pada aras keertian 1% kecuali jantina. Ini menunjukkan kesannya adalah sama terhadap pendapatan seperti Model 1. Oleh itu, Model 2 akan melihat kesan tahap pencapaian pendidikan terhadap pendapatan di mana lulusan bagi menengah rendah digunakan sebagai asas perbandingan di mana duminya dijadikan sifar. Hasil kajian menunjukkan bahawa kadar pulangan pendidikan telah bertambah bagi setiap tahap kelulusan pendidikan yang semakin tinggi berbanding dengan lulusan sekolah peringkat rendah. Pendapatan median pekerja yang memiliki kelulusan sekolah menengah meningkat sebanyak 25.6% lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berkelulusan tahap rendah. Angka ini meningkat kepada 75% jika dibandingkan antara mereka yang berkelulusan tertiari berbanding peringkat rendah.

Perbandingan akan lebih jelas jika dilihat dari segi peningkatan kadar kasar marginal antara satusatu tingkat pencapaian kelulusan yang lebih tinggi yang dijadikan perbandingan. Berdasarkan keputusan, kadar pulangan kasar marginal tertinggi dicapai pada tingkat menengah ke tinggi iaitu 11.6% setahun. Pada peringkat rendah ke tinggi, kadar pulangan kasar marginal ialah 8.3% dan di peringkat rendah ke menengah pula sebanyak 5.8%.

RUMUSAN KAJIAN DAN IMPLIKASI DASAR

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini tidak banyak berbeza dengan kajian-kajian yang lepas di mana kesan positif yang signifikan wujud terhadap kadar pulangan pendidikan dengan peningkatan bilangan tahun persekolahan/tahap pencapaian pendidikan di mana pertambahan satu tahun persekolahan meningkatkan pendapatan individu sebanyak 10.2%. Peningkatan satu tahun pengalaman kerja pula menyumbang sebanyak hampir 6% kepada pendapatan. Pembolehubah jantina juga signifikan berdasarkan hasil kajian ini apabila menunjukkan lelaki memperolehi pendapatan melebihi wanita sebanyak 13.1%. Memandangkan peningkatan dalam tahun persekolahan dapat meningkatkan kadar pulangan pendidikan individu, maka individu harus berusaha dalam meningkatkan tahun persekolahan dengan meneruskan pendidikan ke tahap tertinggi kerana jelas di sini pendidikan boleh dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’ yang boleh meningkatkan kadar pulangan pendidikan.

(7)

RUJUKAN

Antonio Capparros Ruiz, Lucia Navarro Gomez dan Mario Rueda (2010). Endogenous Wage Determinants And Return To Education in Spain. International Journal of Man Power Vol.31 No 4 2010.

Bruce J. Chapman dan J. Ross Harding (April 1995). Sex Differences in Earning: An Analysis of Malaysian Wage Data. The Journal of Development Studies Volume 21(3): 362 -376.

Chung, T.P. 2003. Return to Education: Updates for Malaysia. Applied Economics Letters 10: 837-841 Happy Kufigwa Siphambe. Rates of Return to Education in Botswana. Economics of Education Review

19(2000) 291-300.

Kementerian Kewangan Malaysia. Laporan Ekonomi Pelbagai Tahun. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian Pengajian Tinggi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan. Indikator Pengajian Tinggi. 2009-2010.

Mincer, J (1974). Schooling, Earnings and Experince. Columbia University Press, New York.

Paul E. Gabriel and Susanne Schmitz (2005), A Note on Occupational Variations in the Return To Education in the U.S Labor Market. International Journal of Manpower Vol 26 No 5, 2005 Petrakis P.E dan D. stamatakis. (2002). Growth and Educational Levels: A Comparative Analysis

Economics of Education Review Vol 21. Issue 5: 513-521.

Psacharopoulos. G. (1995). Return To Education: A Further International Update And Implication. Journal Of Human Resources. Vol.20 No 4. PP 583-604.

Rahmah Ismail dan Nanthakumar Loganathan (2007). Analisi Kadar Pulangan Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 103-118.

__________________(1998). Sumbangan Pendidikan Kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, 1970

– 1996. Jurnal Ekonomi Malaysia 32(1998) 3-20.

(8)

JADUAL 1: Jumlah Perbelanjaan Pembangunan Bagi Sektor Pendidikan Bagi Tahun 2006 – 2010

Tahun Jumlah Perbelanjaan

(RM Juta)

Peratusan Daripada Jumlah Perbelanjaan

Pembangunan

2006 5,349 14.9%

2007 6,271 15.5%

2008 7,892 18.4%

2009 10,840 21.9% 2010 12,046 22.8%

Sumber: Laporan Ekonomi 2006 -2010, Kementerian Kewangan Malaysia

JADUAL.2:

Jumlah Enrolmen Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dari Tahun 2001 hingga 2010

Tahun IPTA IPTS Politeknik Kolej

Komuniti

KTAR Jumlah

Enrolmen

2001 304,628 270,904 51,839 1,108 - 628,479 2002 281,839 294,600 52,898 3,207 31,858 664,402 2003 294,359 314,344 53,492 6,424 29,537 698,156 2004 293,978 322,891 64,382 8,945 26,098 716,294 2005 307,121 258,825 73,834 9,873 24,846 674,499 2006 331,121 323,787 82,045 11,273 26,150 774,280 2007 382,997 365,800 84,250 14,438 25,753 873,238 2008 419,334 399,897 85,280 17,082 26,235 947,828 2009 437,420 484,377 86,471 17,279 25,179 1,050,726 2010 462,780 541,629 87,751 18,200 23,774 1,134,134

Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

RAJAH 1: Jumlah Enrolmen Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi Di Bawah Kementerian Pengajian Tinggi Dari Tahun 2001 Hingga 2010

0 200,000 400,000 600,000 800,000 1,000,000 1,200,000

2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 IPTA IPTS Politeknik Kolej Komuniti KTAR Jumlah Enrolmen

5 %

5% 3% -6%

13%

11%

8%

10% 7%

X%= Peratusan Kenaikan Tahun Sebelumnya

(9)

RAJAH 2: Status Pekerjaan Graduan Tahun 2006 Hingga 2010

JADUAL 3: Profil Responden

JADUAL 4: Profil Tahap Kelulusan Responden

Pencapaian

Sumber: Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG), Kementerian Pengajian Tinggi

Jantina Bilangan Peratusan(%) Wanita 155 57.4

Lelaki 115 42.6 Jumlah 270 100

(10)

JADUAL 5: Profil Aliran Dan Tahun Pengalaman Kerja

JADUAL 6: Analisis Diskriptif Pembolehubah Kajian

Pembolehubah Min Minimum Maksimum Sisihan Piawai Gaji Kasar 1610 500 7500 900 Ln Gaji 7.3 6.21 8.92 8.2

SCH 12 6 16 2

EXP 9 1 39 8

JADUAL 7: Ujian Korelasi Pearson Bagi Pembolehubah Dalam Kajian Bagi Model 1

Ln Gaji SCH EXP EXP2 Aliran Jantina MEN TER Ln Gaji 1

SCH 0.334** 1

EXP 0.053 -0.418** 1

EXP2 -0.021 -0.389** 0.948** 1

Aliran 0.104 0.226** -0.147* -0.142* 1

Jantina 0.108 0.008 0.069 -0.60 0.091 1

MEN -0.125* -0.388** 0.236** 0.166** -0.129* 0.009 1 TER 0.258** 0.810** -0.365** -0.306** 0.224** 0.039 -0.793** 1

**. Korelasi pada aras keertian 1% *. Korelasi pada aras keertian 5%

Aliran Bilangan Responden

Sains/Teknikal 63 Sastera & Lain-lain 207

Pengalaman

Tahun Pengalaman Bilangan Responden

1-5 111

6-10 75

11-15 29

16-20 23

21-25 18

26-30 3

31-35 7

(11)

JADUAL 8: Anggaran Parameter dan Kesignifikanan Setiap Pembolehubah

Pembolehubah Model

Model 1 Model 2

Konstan 5.565 (27.47)***

6.616 (72.50)***

SCH 0.102

(7.187)***

-

MEN - 0.228

(2.859)***

TER - 0.560

(6.588)***

EXP 0.061

(5.53)***

0.054 (5.705)*** EXP2 -0.001

(-4.375)***

-0.001 (-4.816)*** ALIRAN 0.036

(0.517)

0.042 (0.717) JANTINA 0.131

(2.259)**

0.050 (1.031)

R2 0.228 0.238

R2 Terselaras 0.214 0.221 F statistic 15.631 13.708

p 0.000 0.000

N 270 270

Nota: Angka di dalam kurungan adalah nilai t statistik ***. Pada aras keertian 1%

Referensi

Dokumen terkait

Serven 2000 menyediakan bukti empirikal berasaskan model GARCH dan hasil kajian menunjukkan volatiliti kadar pertukaran benar memberi kesan negatif yang kuat ke atas pelaburan, yang