• Tidak ada hasil yang ditemukan

DISKUSI KEDUA : KONSEP JIHAD (HADITH KE-8) OBJEKTIF

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "DISKUSI KEDUA : KONSEP JIHAD (HADITH KE-8) OBJEKTIF"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1 DISKUSI KEDUA : KONSEP JIHAD

(HADITH KE-8)

OBJEKTIF

 Memahami maksud keseluruhan yang ingin disampaikan melalui hadith ini.

 Mengetahui kepentingan hadith ini dalam bab memerangi orang-orang yang memusuhi Islam, sejauh mana peperangan tersebut dilakukan dan bila pula perlu dihentikan.

1.0 MUQADDIMAH

Peristiwa Peperangan ar-Riddah dalam sejarah Islam merekodkan betapa usaha memerangi orang-orang yang murtad telah dilaksanakan dengan begitu bersungguh-sungguh. Hal ini telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar r.a adalah seorang yang sangat berpegang teguh terhadap pesanan-pesanan yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W seperti mana dalam hadith yang akan dibincangkan ini.

Dalam hadith ini, perintah memerangi manusia bukanlah tertuju kepada semua manusia, bahkan yang dimaksudkan ialah golongan yang telah nyata permusuhan mereka terhadap Islam. Bukan juga maksud perintah tersebut terhadap orang-orang kafir yang enggan melafazkan Syahadatain, kerana ia jelas sekali bertentangan dengan prinsip kebebasan dalam beragama seperti mana dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Tidak ada paksaaan dalam agama. Sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada

kebatilan” [Al-Baqarah : 256]

Justeru, Allah S.W.T telah memerintahkan agar peperangan terhadap golongan yang memusuhi Islam secara terbuka ini berterusan, sehinggalah mereka berserah untuk melakukan tiga perkara, iaitu melafazkan Syahadatain, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Hanya setelah mereka melakukan tiga perkara tersebut, barulah darah dan harta mereka terpelihara serta memperolehi keselamatan dan keamanan.

Begitulah hebatnya ajaran Islam yang syumul, sangat menitikberatkan soal keamanan jiwa dan harta umatnya. Sebagai salah satu tanda syukur kita atas nikmat Islam ini, sangat cantik jika kita sama-sama dapat memahami isi kandungan yang cuba

disampaikan daripada keseluruhan hadith ini. “Ya Allah, tetapkan hati-hati kami atas

(2)

2 2.0 HADITH DAN TERJEMAHAN

ِ نَع

Daripada lbnu Umar r.a bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala. ‘’

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

3.0 INTIPATI HADITH

a) Kewajipan perang difardhukan dengan menolak tipu daya musuh dan menyemarakkan Islam dengan menaikkan panji-panji Islam.

b) Terpelihara darah dan harta :

i. Orang yang mengucap Syahadatain. ii. Orang yang mendirikan solat fardhu. iii. Orang yang membayar zakat.

iv. Orang yang beriltizam dengan hak-hak Islam.

c) Perjalanan Hukum dinilai hanya melalui zahir semata-mata, manakala yang batin diserahkan kepada Allah.

4.0 PERINCIAN HADITH

a) Perintah memerangi orang kafir

(3)

3 melaksanakan solat. Jika mereka melakukan hal itu, maka darah mereka dan harta mereka haram kita sentuh kecuali kerana hak. Bagi mereka hak sebagaimana yang diperoleh kaum Muslim dam mereka memikul kewajiban sebagaimana yang menjadi kewajipan kaum Muslimin”.

Dalam Sahih Muslim dari Abu Hurairah disebutkan sabda Baginda : “Sampai mereka bersaksi tidak ada Tuhan kecuali Allah dan beriman kepadaku dan apa yang aku

bawa”. Hal ini sesuai dengan kandungan Hadith riwayat dari Umar di atas. Tentang

maksud hadith ini para ulama melihat berdasarkan sejarah, iaitu tatkala Rasulullah wafat dan Abu Bakar As-Siddiq diangkat sebagai khalifah untuk menggantikannya, sebahagian daripada orang Arab menjadi kafir.

Abu Bakar bertekad untuk memerangi mereka sekalipun di antara mereka ada yang tidak kafir tetapi menolak membayar zakat. Abu Bakar lalu mengemukakan alasan perbuatannya itu, tetapi Umar berkata kepadanya : “Bagaimana engkau akan memerangi manusia sedangkan mereka mengucapakan ‘Laa ilaaha illallaah’ dan Rasulullah bersabda : “Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai ia mengucapkan Laa ilaaha illallaah ... dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah Ta’ala”. Abu Bakar lalu menjawab : Sesungguhnya zakat itu adalah kewajiban yang

bersifat kebendaan”. Lalu katanya : Demi Allah, kalau mereka merintangiku untuk

mengambil seutas tali unta yang mereka dahulu serahkan sebagai zakat kepada Rasulullah nescaya aku perangi mereka kerana penolakannya itu. Maka kemudian Umar mengikuti jejak Abu Bakar untuk memerangi kaum tersebut.

Kalimah "Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai ia mengucapkan Laa ilaaha illallaah, dan barangsiapa telah mengucapkannya, maka ia telah memelihara harta dan jiwanya dari aku kecuali kerana alasan yang hak dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah”.

(4)

4 b) Darah dan harta mereka terpelihara melainkan dengan hak Islam.

Perintah jihad fi Sabilillah diturunkan oleh Allah secara bertahap sesuai dengan pertumbuhan kaum Muslimin. Di dalam kitab Al-Mabsut, Syamsuddin As-Sarkhasyi mengatakan: "Pada mulanya Rasulullah S.A.W diperintah untuk memaafkan dan berpaling dari orang-orang musyrik, Firman Allah:



Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan benar. dan Sesungguhnya saat (Kiamat) itu pasti akan datang, Maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik.

(Surah Al-Hijr 85)

Kemudian baginda S.A.W diperintahkan untuk menyeru mereka dengan pelajaran dan bantahan yang baik, Firman Allah :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih

mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah An-Nahl : 125)

(5)

5    





  

 

Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, Karena Sesungguhnya mereka Telah dianiaya. Dan Sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu.

(Surah Al-Hajj : 39)

Maka tetaplah perintah kewajipan jihad memerangi orang-orang Musyrikin. Perintah tersebut adalah kewajipan yang terus berlangsung hingga ke hari Kiamat.

"Jihad itu wajib sejak aku diutus oleh Allah, hingga golongan terakhir umatku memerangi Dajjal."

(HR Abu Daud dan Dailami)

"Aku telah diutus menjelang hari Kiamat dengan pedang, hingga manusia beribadah hanya kepada Allah saja, tiada sekutu bagiNya, rezekiku dijadikanNya di bawah bayangan tombakku, dan kerendahan serta kehinaan dijadikanNya terhadap orang yang menyalahi perintahku. Dan barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka."

(HR Ahmad dan Tabrani)

Tafsir daripada hadith ini dinukilkan oleh Sufyan bin Uyainah r.a, beliau mengatakan: "Allah telah mengutus RasulNya S.A.W dengan empat pedang:

1. Pedang yang digunakan baginda S.A.W untuk memerangi penyembah berhala.

2. Pedang yang digunakan oleh Abu Bakar as-Siddiq r.a untuk memerangi kaum murtad.

3. Pedang yang digunakan Umar bin Khattab r.a untuk memerangi kaum Majusi dan Ahli Kitab.

(6)

6 r.a katanya: "Aku telah diperintah untuk memerangi al-Mariqin, an-Nakithin, dan al-Qasitin.”

Daripada keterangan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa sebelum perintah jihad itu sampai ke peringkat jihad yang tertinggi, maka jihad telah dibahagikan kepada 4 peingkat:

1. Jihadu al-Kuffar bil-Qur'an/ Jihadu ad-Da'wah Duna Saif (Jihad menghadapi kuffar dengan al-Quran, tanpa menggunakan senjata).

2. Fardiyatu al-Jihadi ad-Difa'i. (Diwajibkan jihad dengan senjata untuk mempertahankan diri)

3. Ibahatu al-Jihad al-Hujumi. (Dibolehkannya jihad dengan senjata untuk menyerang kaum Kuffar).

4. Fardiyatu al-Mutlaq (ad-Difa'i dan al-Hujumi/ Diwajibkannya jihad dengan senjata secara mutlak baik untuk mempertahankan diri mahupun untuk melakukan penyerangan terhadap kaum kuffar)

5.0 NILAI DAN PENGAJARAN HADITH

1. Risalah atau misi kedatangan Rasulullah S.A.W adalah setiap halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan. Memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai, mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya.

2. Islam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.

(7)

7 1. Pemerintah dibolehkan memerangi orang yang enggan membayar zakat.

2. Diperbolehkan membunuh orang yang mengingkari solat dan memerangi mereka yang menolak membayar zakat.

3. Tidak dibenarkan melakukan perkara yang sewenang-wenangnya terhadap harta dan darah kaum muslimin.

4. Diperbolehkan hukuman mati bagi setiap Muslim jika dia melakukan perbuatan yang menuntut dijatuhkan hukuman tersebut seperti berikut :

 Berzina bagi orang yang sudah menikah (muhshan), membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agamanya dan jamaahnya (murtad).

5. Dalam hadith ini terdapat jawapan bagi kalangan Murji’ah yang mengira bahawa iman

tidak memerlukan amal perbuatan.

6. Tidak mengkafirkan pelaku bid’ah yang menyatakan keEsaan Allah dan menjalankan

syariatnya.

7. Didalamnya terdapat dalil bahawa diterimanya amal yang zahir dan menghukum berdasarkan sesuatu yang zahir sementara yang tersembunyi terserah kepada Allah.

RUJUKAN

1. Al-Wafi fi Syarah Arbain an-Nawawi , Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik,

1428H-2008, Cetakan pertama

2. Pdf Hadith 40 Imam Nawawi

3. Jami’ Ulum wal Hukum fi Syarah Khomsina Hadithan min Jawami’ Kalam, Ibnu rejab Al-Hanbali, Darul Fajar li Turath, Qaherah, 1431H-2006

4. Hadith 40 dan Terjemahannya, Mustafa Abdul Rahman, 2008, Dewan Pustaka dan Fajar,

(8)

Referensi

Dokumen terkait