• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN KOMUNIKASI

GURU MATEMATIK

(Students’ Perception Towards Mathematics Teacher’s Communication Behavior)  

Siti Raihana Azman, Uminur Atikah Ramli, Nor Azwanis Zainurin

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 

ABSTRAK  

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru matematik dan membuat perbandingan antara persepsi pelajar aliran sains dan pelajar aliran sastera terhadap amalan guru matematik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik TCBQ (Teachers’ Communication Behavior Questionnaires) versi Bahasa Melayu. Seramai 53 orang pelajar (24 orang pelajar dari aliran sains dan 29 orang pelajar dari aliran sastera) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik TCBQ ini mempunyai lima skala yang merangkumi amalan komunikasi guru matematik yang dikaji iaitu mencabar, memberi galakan dan pujian, sokongan bukan verbal, memahami dan peramah, serta mengawal. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan amalan komunikasi guru berada pada tahap yang sederhana berdasarkan skor min keseluruhan pelajar bagi setiap skala. Kedua-dua aliran menunjukkan skor min yang hampir sama terhadap persepsi amalan komunikasi guru matematik.

Kata kunci : amalan komunikasi guru matematik, pelajar aliran sains, pelajar aliran sastera 

 

ABSTRACT

 

This study aims to determine student’s perception towards mathematics teacher’s communication behavior during teaching and learning in the classroom and to compare between science students and art students towards mathematics teachers’ communication behavior. A total of 53 students (24 science stream students and 29 art stream students) from one secondary school in Selangor participated in this study. The instrument used in this study was the Teachers’ Communication Behavior Questionnaire (TCBQ) which has been translated into Malay Language. This instrument contain five s c a l e s of mathematics teachers’ communication behavior: challenging, encouragement and praise, non-verbal support, understanding and friendly, and also controlling. Data were analyzed using a descriptive analysis. The result showed that students’ perception towards mathematics teachers’ communication behavior during teaching and learning was at the moderate level according to the mean score of students’ perception by each construct. Both science and art stream student showed similar mean score regarding perception towards mathematics teachers’ communication behavior.

(2)

PENGENALAN

Komunikasi merupakan satu proses yang sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian manusia. Sekolah merupakan tempat yang paling banyak berlakunya proses komunikasi khususnya dalam bilik darjah iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Proses komunikasi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Komunikasi lisan berlaku apabila guru berinteraksi dengan murid ketika bercakap, memberi penjelasan, menyoal, menegur, mengarah, menghampiri, mengenakan denda dan sebagainya. Sementara komunikasi bukan lisan pula berlaku melalui hubungan mata, pergerakan badan, air muka, pakaian, keterampilan, penglibatan pendengar, penggunaan gurau senda dan sifat semula jadi guru.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, komunikasi memainkan peranan yang begitu penting dan segala aktiviti yang dijalankan dalam kelas perlu melalui proses tersebut. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan wujud apabila guru berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan dan penguasaan kemahiran komunikasi yang baik akan membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai dan membina suasana kelas yang harmoni. Komunikasi yang berkesan juga dapat mewujudkan suasana yang kondusif semasa proses pembelajaran dan pengajaran berjalan. Guru haruslah mengambil inisiatif untuk mendalami dan menguasai kemahiran komunikasi bagi menjamin keberkesanan dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Elemen ini penting untuk pembangunan tempat persekitaran yang kondusif dalam proses pembelajaran.

Kelemahan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja boleh menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang akan gagal tetapi turut boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati murid dalam proses pembelajaran. Oleh itu, kelemahan guru dalam berkomunikasi dengan murid turut mempengaruhi tingkah laku murid. Guru perlu bijak untuk menyusun strategi agar suasana komunikasi antara guru dan murid dapat berlaku secara harmonis, saling bantu membantu, hormat menghormati supaya tidak timbul sebarang masalah atau konflik.

Komunikasi berfungsi untuk memberi maklumat, mendidik, memujuk dan menghibur (Hashim, 2001). Dalam konteks pengajaran, keempat-empat fungsi komunikasi ini memainkan peranan yang penting. Menurut Mohamed Sani (2007), guru bukan hanya berperanan sebagai pendidik dalam akademik semata-mata, tetapi guru berkomunikasi untuk menyampaikan isi pelajaran, mendidik pelajar, menggunakan daya memujuk dan mewujudkan keceriaan dalam bilik darjah bagi menarik minat pelajar terhadap apa yang disampaikan. Dalam memahami apa yang di fikirkan oleh pelajar, komunikasi menjadi satu medium untuk guru memahami proses pemikiran pelajar (Cheah, 2007).

(3)

guru dan pelajar di dalam kelas. Bagaimanapun, kebanyakan guru-guru tidak sedar atau tidak boleh menggambarkan atau ingat apa yang berlaku dalam interaksi dengan pelajar mereka (She & Fisher, 2002).

Persekitaran pembelajaran bilik darjah yang positif bergantung kepada kemahiran interpersonal guru untuk mewujudkan hubungan yang baik di antara guru dan pelajar. Persekitaran pembelajaran bilik darjah telah mendapat perhatian yang besar daripada penyelidik, guru dan sekolah (Dorman, 2002). Guru dapat membimbing pelajar untuk meningkatkan tahap pemikiran matematik mereka melalui proses komunikasi. Interaksi sosial juga menjadi satu agen komunikasi untuk menimbulkan kerjasama dalam mencapai kehendak tugas. Maka, komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah amat penting untuk meningkatkan pemikiran matematik pelajar.

Dalam pengetahuan pedagogi, komponen komunikasi dalam matematik harus dikuasai oleh guru matematik kerana ianya merupakan salah satu komponen yang penting. Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi kelemahan pengetahuan pedagogi kandungan guru antaranya ialah guru kurang mahir dalam penggunaan bahasa matematik yang juga merupakan bahasa asing bagi pelajar (Norasliza & Zaleha, 2008). Pelajar akan sukar untuk memahami dan menguasai sesuatu konsep serta kemahiran matematik apabila penekanan terhadap aspek bahasa matematik tidak diberi penekanan yang sewajarnya.

Dalam menyampaikan maklumat pula, maklum balas sentiasa diperlukan. Dengan adanya maklum balas, guru dapat mengetahui sama ada maklumat dapat disampaikan kepada pelajar atau tidak. Maklum balas daripada pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi guru apabila berlaku proses pembelajaran secara dua hala.

Pernyataan Masalah

Komunikasi merupakan satu medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sama ada secara lisan atau pun bukan lisan. Dalam bidang pendidikan kedua-dua jenis komunikasi ini memainkan peranan yang penting dan perlu diberi penekanan oleh setiap guru dalam pengajaran. Menurut Nur Shafrin et. al (2009) aspek komunikasi lisan dan vokal yang biasa diamalkan oleh guru di bilik darjah ialah intonasi suara, kejelasan sebutan, kelancaran dan sebagainya. Guru berkomunikasi secara lisan untuk menyampaikan ilmu dan maklumat berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

(4)

dikatakan berlakunya komunikasi sama ada pelajar diam ketika sesi pengajaran, perilaku disiplin, tindakan non-verbal dan sebagainya ( David et. al, 2014).

Pengajaran sukar untuk dilaksanakan apabila tiada interaksi komunikasi yang baik antara guru dan pelajar. Ia akan menimbulkan sikap negatif terhadap pengajaran yang di sampaikan oleh guru. Selain itu, ia juga menimbulkan kesan negatif terhadap sesi pembelajaran serta kefahaman pelajar terhadap subjek yang di ajar. Kajian Shazwani et. al (2013) mendapati bahawa amalan komunikasi guru matematik berada pada tahap yang sederhana berdasarkan skor min persepsi pelajar. Dalam Mohd Khairuddin et. al (2014) menyatakan kelemahan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja boleh menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang akan gagal tetapi turut boleh menyebabkan murid mengalami perasaan tidak puas hati, kecewa, tekanan psikologi, kesihatan fizikal, kesepian, hilang perasaan kasih sayang dan sebagainya. Masih terdapat guru yang kurang berkemahiran dalam menguasai kemahiran komunikasi ini secara mendalam dan efektif. Kajian yang dijalankan oleh Shafrin et. al (2009) mendapati bahawa terdapat guru pelatih yang masih mengalami kesukaran menjelaskan sesuatu sebutan dengan betul. Guru yang berupaya berinteraksi dengan baik mewujudkan suasana kelas yang kondusif dan menyeronokkan manakala guru yang terlalu dominan pula menyebabkan kelas pasif dan pelajar belajar dalam keadaan tertekan (Ruslin et. al 2011). Justeru itu, terdapat keperluan untuk menjalankan kajian yang dapat menyelidik amalan komunikasi guru semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Amalan komunikasi guru perlu dikaji berdasarkan aspek-aspek mencabar, memberi galakan dan pujian, sokongan bukan verbal, memahami dan peramah, serta mengawal. Kajian ini akan menjawab persoalan berikut:

1. Apakah persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru matematik sekolah menengah semasa pengajaran dan pembelajaran?

2. Apakah terdapat perbezaan skor min antara pelajar aliran sains dan aliran sastera terhadap persepsi amalan komunikasi guru matematik sekolah menengah berdasarkan lima skala yang dikaji?

METODOLOGI

Kajian ini melibatkan kaedah tinjauan bagi mengenal pasti serta membuat perbandingan terhadap skor min persepsi pelajar aliran sains dan aliran sastera tentang amalan komunikasi guru matematik sekolah menengah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Soal selidik TBCQ diedarkan kepada 53 orang pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 yang terdiri daripada 24 pelajar aliran sains dan 29 pelajar aliran sastera. Sampel bertujuan diambil daripada sebuah sekolah menengah kebangsaan di Selangor.

Instrumen Kajian

(5)

Communication Behavior Questionnaire) versi pelajar. Instrumen ini pernah

digunakan oleh kajian Syazwani Suhaimi et al. (2013) dalam versi Bahasa Melayu. Soal selidik TCBQ juga telah digunakan di empat buat negara iaitu Australia, Taiwan, Turki dan Amerika Syarikat yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi walaupun terdapat perbezaan dari segi bahasa dan geografi (Daniel et al., 2014).

Soal Selidik TCBQ Versi Pelajar

Kajian ini memilih soal selidik TCBQ berdasarkan persoalan dan objektif kajian yang ingin dikaji mengenai persepsi pelajar tentang amalan komunikasi guru matematik sekolah menengah semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di dalam kajian yang dijalankan oleh She dan Fisher (2000), mereka telah menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dalam kajian soal selidik TCBQ mereka bagi menganalisis amalan kegunaan komunikasi guru sains. Manakala dalam kajian Syazwani Suhaimi et. al. (2013), mereka telah menggunakan soal selidik TCBQ dalam Bahasa Melayu bagi mengenal pasti dan membuat perbandingan antara persepsi pelajar dan persepsi guru tentang amalan komunikasi guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Soal selidik TCBQ asalnya adalah dalam bahasa Inggeris (Matos et al., 2014). Setiap item-item soal selidik TCBQ diterjemahkan dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan responden untuk memahami soalan soal selidik. Soal selidik TCBQ ini digunakan dalam mengukur tahap komunikasi guru dalam lima aspek iaitu cabaran, galakan dan pujian, sokongan bukan lisan, memahami dan mesra, dan pengawalan (Syazwani Suhaimi et al., 2013). Soal selidik TCBQ menggunakan 5 skala likert untuk mengukur kekerapan setiap item. Peratus skala likert merangkumi tidak pernah, jarang, kadang-kadang, kerap dan sangat kerap. Data demografi seperti jantina juga termasuk dalam soal selidik.

DAPATAN KAJIAN

Seramai 53 orang murid yang terdiri daripada dua aliran iaitu aliran sains seramai 24 orang (45.3 %) dan sastera seramai 29 orang (54.7 %) telah menjadi responden di dalam kajian ini. Dari segi jantina terdapat 17 murid lelaki dan 36 murid perempuan. Dalam keputusan PMR pula, kebanyakan daripada mereka memperoleh keputusan E iaitu seramai 30 orang (56.6 %) dan hanya 2 orang (3.8 %) sahaja mendapat A dalam PMR. Bangsa dan agama responden terdiri daripada bangsa Melayu, 51 orang (96.2 %) yang beragama Islam, dan bangsa India 2 orang (3.8 %) yang beragama Kristian (1.9 %) dan lain-lain (1.9 %).

(6)

Jadual 2 : Persepsi Pelajar Mengenai Amalan Komunikasi Guru Matematik Sekolah Menengah Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah

Jadual 2 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi persepsi pelajar tentang aspek-aspek amalan komunikasi guru matematik. Min keseluruhan persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru matematik sekolah menengah semasa pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah adalah 3.26 (SP= 0.486). Berdasarkan persepsi

pelajar, amalan komunikasi guru berada pada tahap yang sederhana bagi semua

aspek, min tertinggi adalah aspek “Memahami dan Peramah” (Min=3.67, SP=0.680).

Tahap amalan guru bagi aspek “Mengawal” (Min=3.40, SP=0.684), aspek “Mencabar”

(Min=3.28, SP=0.546), “Memberi Galakan dan Pujian” (Min=3.01, SP=0.653) dan

“Sokongan Bukan Verbal” (Min=2.93, SP=0.706) berada pada tahap yang sederhana.

Ini menunjukkan pelajar berpendapat bahawa amalan komunikasi guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana.

Jadual 3 menunjukkan perbezaan skor min keseluruhan persepsi pelajar tentang amalan komunikasi guru matematik bagi pelajar aliran sastera dan pelajar aliran sains. Kedua-dua min juga berada pada tahap sederhana. Skor min pelajar aliran sains (Min=3.34, SP=0.429) lebih tinggi daripada skor min pelajar aliran sastera (Min=3.19, SP=0.544), walau bagaimanapun kedua-dua skor min tersebut berada di tahap sederhana.

Jadual 3 : Perbezaan skor min pelajar antara pelajar aliran sains dan aliran sastera

Kumpulan N Min SP

Pelajar Sastera

Pelajar Sains 24 29 3.19 3.34 0.429 0.544

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 4, kedua-dua kumpulan (pelajar aliran sains dan pelajar aliran sastera) menunjukkan nilai min yang berbeza pada setiap aspek tetapi tidak signifikan.

Aspek Min Sisihan Piawai

Mencabar

Memberi galakan dan pujian Sokongan bukan verbal Memahami dan peramah Mengawal

Keseluruhan

3.28 3.01 2.93 3.67 3.40 3.26

(7)

Jadual 4 Ujian-t terhadap persepsi amalan komunikasi guru matematik

bagi lima skala berdasarkan aliran.

Skala Kumpulan N Min SP t Sig.

Mencabar Sastera 24 3.19 0.544 1.23 0.224

Sains 29 3.37 0.544

Memberi galakan Sastera 24 3.03 0.773 -0.171 0.865

dan pujian Sains 29 2.99 0.549

Sokongan bukan Sastera 24 2.91 0.726 0.248 0.805

verbal Sains 29 2.96 0.696

Memahami dan Sastera 24 3.59 0.628 1.012 0.316

peramah Sains 29 3.78 0.738

Mengawal Sastera 24 3.24 0.621 1.970 0.054

Sains 29 3.60 0.717

Hasil ujian-t menunjukkan bahawa tiada perbezaan antara pelajar aliran sastera dan sains dalam kelima-lima skala persepsi amalan komunikasi guru matematik. Skala tersebut adalah mencabar [t(53) =1.23, p>0.05], memberi galakan dan pujian [t(53)= -0.171, p>0.05], sokongan bukan verbal [t(53) = 0.726, p>0.05], memahami dan peramah [t(53) = 1.012, p>0.05] dan mengawal [t(53) = 1.97, p>0.05]. Kesemua perbezaan min diukur pada aras signifikan 0.05.

PERBINCANGAN

Komunikasi merupakan satu medium yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memainkan peranan penting dan menjadikan matematik sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan dan sekali gus dapat menghargai kepentingan dan menghayati keindahan matematik itu sendiri. Pelbagai komunikasi yang diterapkan secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman sebenar konsep matematik serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna (Tan, 2006). Menurut Tan (2006) lagi, hasil pembelajaran dan proses matematik tidak diberi penekanan menyebabkan usaha kerajaan menghasilkan insan yang berfikiran kritis dan kreatif akan gagal.

(8)

(2013) yang menunjukkan bahawa tahap persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru adalah sederhana. Namun ia bercanggah dengan She dan Fisher (2002) yang mendapati guru beranggapan bahawa kelima-lima aspek amalan komunikasi guru lebih baik berbanding persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru.

Melalui analisis yang dilakukan, didapati persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru bagi aspek sokongan bukan verbal dan memberi galakan dan pujian harus ditingkatkan. Walaupun skor min untuk aspek sokongan bukan verbal dan memberi galakan dan pujian berada di tahap sederhana, namun nilainya adalah yang terendah di antara 5 skala yang ada. Menurut Morgan dan Saxton (2006) punca pelajar malu atau takut untuk bertanya kepada guru semasa dalam bilik darjah adalah kerana perasaan tertekan dalam diri mereka apabila mereka sering direndahkan, diabaikan dan dianggap bodoh ketika bertanya. Namun, amalan komunikasi yang lain juga perlu dipertingkatkan. Kajian Mohd Khairuddin et al. (2014) mendapati halangan komunikasi guru ialah aspek kawalan iaitu kegagalan sebilangan guru untuk mengawal kebisingan di dalam bilik darjah. Di dalam situasi bilik darjah yang sangat bising, memanglah sukar bagi guru untuk menyampaikan pelajaran dengan jelas untuk didengar.

Ruslin et al. (2011) telah menyenaraikan beberapa ciri komunikasi yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Salah satunya adalah elemen memberi galakan dan pujian, Ini dapat menggalakkan komunikasi dua hala dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, guru haruslah sentiasa memberi galakan dan pujian serta sokongan bukan verbal kepada pelajar semasa dalam bilik darjah agar dapat mengubah persepsi pelajar seterusnya melahirkan pelajar yang yakin untuk bertanya.

Hasil analisis menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara di antara persepsi pelajar aliran sains dan pelajar aliran sastera terhadap amalan komunikasi guru matematik sekolah menengah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kedua-dua skor min persepsi pelajar mengikut aliran terhadap amalan komunikasi guru berada di tahap yang sama iaitu pada tahap sederhana. Ini menunjukkan guru menggunakan amalan komunikasi yang sama, di mana guru tidak menyesuaikan amalan komunikasi mengikut keadaan dan tahap pelajar dalam sebuah kelas.

KESIMPULAN

Komunikasi adalah bahagian yang terpenting dalam kelas matematik. Para pelajar boleh menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi melalui pemikiran mereka, melanjutkan pemikiran, dan memahami konsep-konsep matematik. Mereka juga boleh menggunakan bahasa bertulis untuk menjelaskan, sebab, dan memproses pemikiran idea-idea matematik mereka. Komunikasi itu menjadi alat yang boleh membantu pelajar untuk membentuk soalan atau idea mengenai konsep. Oleh itu, komunikasi bilik darjah adalah salah satu komponen penting dalam sebuah bilik darjah yang memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan pemikiran matematik.

(9)

pembelajaran sama ada menghalang atau memudahkan pembelajaran pelajar. Sebagai seorang guru, sudah pastinya kita tidak dapat melihat secara langsung apa yang murid fikirkan, melalui komunikasi ia menjadi tingkap untuk melihat proses pemikiran murid. Melalui komunikasi guru, maka guru akan dapat memujuk dan membimbing murid untuk memajukan lagi pemikiran matematik mereka. Oleh itu persepsi pelajar terhadap komunikasi adalah komponen perlu dan penting untuk dianalisis ini kerana ia membawa kepada komunikasi dalam bilik darjah yang baik.

Soal selidik TCBQ versi Bahasa Melayu yang telah diterjemahkan, disahkan dan digunakan didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan untuk digunakan dalam konteks Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan amalan komunikasi guru matematik secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana menurut persepsi pelajar. Ini merupakan petunjuk penting agar guru dapat meningkatkan amalan komunikasi mereka ke arah lebih baik. Guru seharusnya membuat refleksi, memperbaiki dan berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi terutamanya komunikasi interpersonal semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, dapatan kajian ini mempunyai beberapa implikasi penting. Kajian mendapati adalah penting bagi meningkatkan, menggalakkan dan memastikan guru mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal untuk berkomunikasi dengan pelajar dalam bilik darjah. Memandangkan kepentingan kemahiran komunikasi ini, guru perlu diberi peluang untuk membina amalan-amalan tersebut melalui seminar, bengkel, konferensi dan program-program pendidikan yang dianjurkan oleh pengetua, kesatuan guru dan pihak kementerian pelajaran. Selain itu, bagi meningkatkan kemahiran komunikasi guru, latihan perguruan perlu dilaksanakan dengan menitikberatkan kursus- kursus berkaitan komunikasi interpersonal dalam bidang pendidikan.

 

RUJUKAN

Cheah, U. H. ( 2007). Conceptualizing a Framework for Mathematics Communication in Malaysian Primary Schools. Apec-Tsukuba International Conference.

Anjuran Tokyo, Japan.

Daniel, A. S. M., Leite, W. L., Brown, G. T. L. & Cirino, S. D. (2014). An Analysis of the Factorial Structure of the Teacher Communication Behavior Questionnaire with Brazilian High School Science Students. Psicologia: Teoria e Pesquisa, 30(2), 223-234.

Dorman, J. P. (2002). Classroom Environment Research : Progress and Possibilities.

Queensland Journal of Educational Research, 18(2),112-140.

Hashim Fauzy Yaacob. ( 2001). Komunikasi Antara Manusia. Skudai, Johor Bahru:

Penerbit UTM.

Matos, D. a. S., Leite, W. L., Brown, G. T. L. & Cirino, S. D. ( 2014). An Analysis of the Factorial Structure of the Teacher Communication Behavior Questionnaire with Brazilian High School Science Students. Psicologia: Teoria e Pesquisa, 30,223-234.

Mohamed Sani Ibarahim. ( 2007). Pemupukan nilai guru cemerlang. Bangi: Penerbit

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(10)

Laji. 2014. Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan 5,59-77.

Mohd Safiee Hj. Idrisa, Hj. Ashari Sikorb, Siti Zahara Binti Mohd Ariff, Mohd Zaid Mustafac, Ahmad Rizal Madard & Latifah Md. Ariffine. ( 2008). Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. Anjuran Universiti

Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008.

Morgan, N., & Saxton, J. (2006). Asking Better Questions (2nd Ed.). Canada:

Pembroke Publishers Limited

Norasliza Hassan & Zaleha Ismail. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Anjuran Johor Malaysia.

Nor Shafrin Ahmad, Fadzilah Amzah & Rahimi Che Aman. (2009). Kemahiran Komunikasi Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan , 24,125–142.

Ruslin Amir, Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod. ( 2011). Kemahiran Komunikasi dalam Pendidikan. Dlm. Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul Wahab & Mohammed Sani Ibrahim (Pnyt.). Transformasi dan inovasi dalam pendidikan, 13,507-520. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

She, H.-C. & Fisher, D. L. (2000). The Development of a Questionnaire to Describe Science Teacher Communication Behavior in Taiwan and Australia. Science Education, 84(6),706-726.

She, H.-C. & Fisher, D. L. (2002). Teacher Communication Behavior and Its Association with Students’s Cognitive and Attitudinal Outcomes in Science in Taiwan. Journal of Research in Science Teaching, 39,63-78.

Syazwani Suhaimi, Noor Shah Saad & Sazelli Ab Ghani. ( 2013). Tinjauan Tentang Amalan Komunikasi Guru Matematik Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 3(1),12-24.

Tan, W. K., Ahmad Zanzali & Noor Azlan. (2006). Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia.

 

Maklumat lanjut, boleh hubungi:

Siti Raihana Azman Fakulti Pendidikan,

Referensi

Dokumen terkait

Manakala min bagi persepsi pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah seks bebas yang berlaku dalam kalangan pelajar IPTA pula adalah

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai persepsi tentang kaedah pembelajaran koperatif di kalangan guru-guru sains berdasarkan kemahiran sosial pelajar

Kajian yang telah dilakukan ini adalah berdasarkan tinjauan amalan teknik mengingat di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 5, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor

mengenal pasti aspek persekitaran pembelajaran matematik (perhubungan sosial pelajar [pelajar saling mengenali, memahami, bantu-membantu, berinteraksi, dan memberi sokongan],

Tujuan kajian ini adalahuntuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadapMata Pelajaran Vokasional (MPV). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing (perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, amalan refleksi, sikap dan

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca utama berlakunya konflik dalam kalangan guru di sekolah, gaya pengurusan konflik oleh guru, amalan terbaik pengurusan

Hubungan Antara Sikap Guru Matematik Terhadap Kesilapan Diri Sendiri Dengan Tahap Amalan Guru Menggunakan Kaedah Analisis Kesilapan Pelajar di Dalam Pengajaran Matematik Melalui