• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA LALUAN LINUS 2.0 SEKOLAH RE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KERTAS KERJA LALUAN LINUS 2.0 SEKOLAH RE"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU, JOHOR

_____________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA SUDUT LINUS BAHASA INGGERIS

TAHAP 1

SK TAMAN JOHOR JAYA 3

____________________________________________________________________________

PROJEK INTERNSHIP (BERKUMPULAN)

PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG

IBRAHIM

DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH NUR ARINA ZAFIRAH BINTI NOR ALAM

NUR HANIFFA BINTI A. GAFA

PELAJAR PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2013

(2)

1.0 PENDAHULUAN

Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia menangani isu murid sekolah rendah yang masih tidak menguasai asas

membaca, menulis dan mengira. Masa terbaik untuk menangani perkara ini adalah di peringkat asas sekolah rendah, iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 3 (Tahap 1). Usaha LINUS ini bukan terbatas pada penyediaan portfolio sahaja malah guru-guru juga diharuskan untuk menyediakan bilik ataupun ruang LINUS di sekolah.

Oleh hal yang demikian, kami, guru pelatih dari IPGKTI berbesar hati untuk mewujudkan sudut LINUS Bahasa Inggeris bagi Tahap 1. Tempat yang menjadi pilihan kami ialah di ruangan bawah tangga bersebelahan Bilik ICT.

2.0 RASIONAL

Meskipun SKTJJ3 sudah mempunyai Bilik LINUS tersendiri yang terletak di Aras 1, kami mengambil inisiatif untuk mewujudkan sudut LINUS ini adalah untuk memudahkan murid Tahap 1 khususnya dan SKTTJJ3 amnya, mengakses maklumat Bahasa Inggeris secara tidak langsung dengan lebih mudah. Laluan tangga yang dipilih merupakan salah satu laluan utama yang digunakan oleh murid Tahap 1 semasa rehat dan juga waktu balik. Sambil mereka berjalan, mereka juga boleh berhenti seketika untuk membaca maklumat yang ditampal oleh guru. Antara maklumat yang bakal dipamerkan ialah mural peta i-Think, adjektif (sinonim dan antonim) bergambar dan juga abjad fonetik. Secara tidak langsung, pelajar juga dapat menambah kosa kata dalam Bahasa Inggeris serta mengaplikasikannya dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif sudut LINUS Bahasa Inggeris ini adalah untuk:

3.1mendedahkan murid SKTJJ3 dengan konsep peta i-Think.

3.2membantu murid menambah kosa kata dalam Bahasa Inggeris.

3.3menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian warga SKTJJ3.

3.4mewujudkan sudut Bahasa Inggeris untuk manfaat bersama warga SKTJJ3.

4.0 TEMPOH PERLAKSANAAN

24 Julai 2016 – 1 Ogos 2016

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid – murid Tahap 1 SKTJJ3 khususnya, dan warga SKTJJ3 amnya.

6.0 STRUKTUR ORGANISASI

(3)

PENGERUSI : En. Mohd Arfah bin Hashim (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI : Pn. Sarimah binti Md Ali (GPK Pentadbiran)

KETUA PANITIA : Pn. Normisyar binti Abdul Ghani

SETIAUSAHA : Pn. Noor Salwaani binti Othman

BENDAHARI : Pn. Mairin binti Dandan

AHLI JAWATANKUASA : Pn. Goh Joon Far

Pn. Kanageswari A/P K. Sitravel

Pn. Ain Syuhada binti Baharudin

6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA SUDUT LINUS BAHASA INGGERIS TAHAP 1 SKTJJ3 TAHUN 2016

PENASIHAT : Pn. Normisyar binti Abdul Ghani (Ketua Panitia)

PEMBANTU PENASIHAT : Pn. Mairin binti Dandan

Guru-guru Panitia Bahasa Inggeris SKTJJ3

AHLI JAWATANKUASA : Cik Nur Arina Zafirah binti Nor Alam Cik Nur Haniffa binti A. Gafa

7.0 CADANGAN AKTIVITI

i. Mengecat peta i-Think pada dinding dan menampal isi kandungannya dengan mencetak maklumat pada kertas dan melaminasinya.

ii. Menampal adjektif (sinonim dan antonim) beserta gambar dan abjad fonetik. iii. Menampal maklumat umum mengenai program LINUS Bahasa Inggeris.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

(4)

1. Cat dinding RM 30

2. Cat pelaka Ihsan Panitia Seni SKTJJ3

3. Laminating film RM 15

4. Kertas A4 warna RM 2

5. Kertas A4 putih RM 5

6. Pita pelekat RM 2.80

7. Mencetak RM 10

Kami berharap agar projek ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga SKTJJ3 khususnya walaupun kumpulan sasaran projek ini ialah khusus untuk murid-murid Tahap 1. Dengan adanya sudut LINUS Bahasa Inggeris ini, murid dapat menambah pengetahuan dalam Bahasa Inggeris di samping mengulang kaji pelajaran melalui medium yang tidak formal (luar bilik darjah). Kami juga berharap projek ini dapat menjadi pendorong kepada usaha-usaha murni guru lain untuk memperbanyak serta mengemaskini sudut maklumat yang ada di SKTJJ3 supaya dapat menarik minat pelajar dan memupuk budaya ilmu dalam kalangan warga SKTJJ3.

Disediakan oleh,

(NUR ARINA ZAFIRAH BINTI NOR ALAM)

Guru Pelatih

PISMP TESL Ambilan Januari 2013 IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

(5)

(PN. NORMISYAR BINTI ABDUL GHANI)

Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK Taman Johor Jaya 3.

Diluluskan oleh,

(EN. MOHD ARFAH BIN HASHIM)

Guru Besar

Referensi

Dokumen terkait