PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA SECARA INKLUSIF DALAM PENDIDIKAN DENGAN RUJUKAN KEPADA BAHASA MELAYU
Salinah Jaafar
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
Kuala Lumpur b1salina@um.edu.my
Abstrak
Bahasa ibunda merujuk kepada bahasa pertama yang dipelajari oleh seseorang bermula dari saat dia dilahirkan sehinggalah dia pandai berkata-‐kata. Atau dengan kata lain bahasa yang dipelajari dari ibubapa atau orang yang memelihara yang digunakan dalam komunikasi seharian. Terdapat pelbagai bahasa ibunda yang boleh dikenal pasti di negara ini, antaranya seperti bahasa Melayu (termasuk juga dialek-‐ dialek bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung seperti dialek Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Penang, Negeri Sembilan dan Johor), bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan, bahasa-‐bahasa daerah yang dituturkan di Sabah dan Sarawak. Pelbagai idea dan pendapat dihasilkan oleh pengkaji bahasa mengenai penggunaan bahasa ibunda secara inklusif dalam pendidikan. Ramai yang mengatakan bahawa mutu pencapaian dan penerimaan pelajar yang diajar dengan menggunakan bahasa ibunda lebih baik berbanding dengan pendidikan yang dibuat menggunakan bahasa lain. Kertas ini akan membicarakan penggunaan bahasa ibunda secara inklusif dalam pendidikan dengan rujukan kepada bahasa Melayu.
Kata kunci: bahasa ibunda, bahasa Melayu, pendidikan, inklusif, negara.
PENGENALAN
Pendidikan di sekolah wajar dilakukan dalam bahasa ibunda sesebuah negara kerana pengajaran dalam bahasa tersebut dapat memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian pelajar. Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-‐Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secara prinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda terutama bagi murid di peringkat sekolah rendah.i Merujuk kepada Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 tercatat bahawa dalam sistem pendidikan di Malaysia terbentuk dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem pendidikan kebangsaan dengan matlamat akhir ialah bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Sejak merdeka negara Malaysia telah menggunakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah bertujuan untuk melengkapi falsafah pendidikan kebangsaan yang berbunyi “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.ii
Pelbagai kajian dan penyelidikan mengenai penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan telah dijalankan oleh pelbagai agensi pendidikan sama ada yang bersifat kerajaan mahupun bukan kerajaan. Norhashimah Jalaludin (2003) yang mengkaji penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik mendapati bahawa terdapat masalah dalam kalangan guru yang mengajar dan juga minat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut menurun. Shaharir Mohd Zain (2005) mengatakan terdapat kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pelajar (terutamanya peringkat sekolah rendah) akan dapat menerima pelajaran dan pengetahuan dengan lebih mudah dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga telah banyak dikaji oleh pengkaji-‐pengkaji tempatan. Isahak Haron (2007) yang telah membuat kajian terhadap dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah rendah dan menengah telah mendapati bahawa pertukaran dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris telah menyukarkan pelajar mempelajari dua mata pelajaran tersebut. Prestasi pelajar bagi kedua-‐dua mata pelajaran tersebut merosot dan penguasaan bahasa Inggeris mereka juga tidak meningkat. Datok Abdul Raof Hussin yang mengetuai penyelidik dari UPSI juga turut melaporkan bahawa dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris hanya mampu meningkatkan sebanyak 4 peratus sahaja penguasaan bahasa Inggeris, tetapi minat terhadap memahami mata pelajaran Sains dan Matematik merosot. Kajian tersebut telah merumuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris untuk pemerolehan ilmu telah melunturkan semangat, minat dan keinginan murid-‐murid terhadap subjek Sains dan Matematik sejak dari sekolah rendah lagi. Oleh sebab itu kertas ini akan membicarakan tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dalam inklusif pendidikan di Malaysia dan juga meneliti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
FUNGSI BAHASA MELAYU
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan telah termaktub dalam dasar pendidikan negara Malaysia. Dasar pendidikan negara telah menggariskan bahawa pendidikan formal peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah, dan pengajian tinggi (selain daripada kursus bahasa asing dan bahasa Inggeris) harus diajar menggunakan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan telah dicatat dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1961. Selain itu, peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan terutamanya di institusi-‐institusi pendidikan tinggi swasta mengalami pengubahsuaian atau penambahbaikan apabila pihak Parlimen Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996. Seksyen 2 dalam Akta Pendidikan 1996 jelas mengatakan bahawa bahasa kebangsaan dapat dijadikan bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Namun demikian, Seksyen 17 (1) telah memberi satu kelonggaran dengan memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sesebuah institusi pendidikan. Kelonggaran tersebut tertakluk kepada asas penubuhan universiti swasta tersebut.
b) Bahasa Melayu bahasa perpaduan.
bahasa standard ialah fungsi penyatuan, bahasa juga boleh menjadi alat yang menghubungkan semua dialek dengan satu bahasa yang sama.
Bahasa pengantar utama yang sama di sekolah-‐sekolah juga akan merealisasikan hasrat negara Malaysia yang ingin mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia. Seperti mana yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Kesefahaman di dalam politik dan agama sahaja tidak memadai untuk menyatupadukan rakyat. Bahasa adalah alat yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat kerana bahasa merupakan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran. Hasrat kerajaan untuk melihat rakyat bersatu padu, terutama dalam pelaksanaan konsep 1Malaysia memerlukan satu bahasa yang sedia ada iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi antara setiap golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda, yang berpangkat mahupun tidak.
Seperti yang kita ketahui asas dalam pembentukan perpaduan itu harus dipupuk sedari awal, iaitu bermula dari kanak-‐kanak sehinggalah seseorang dewasa. Bagi membentuk rasa cintakan negara dan bangsa Malaysia, kanak-‐kanak dari peringkat prasekolah, sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi perlu memahami dan menguasai bahasa kebangsaan dengan baik. Ini kerana dalam budaya yang berbilang kaum, bahasa Melayu adalah wadah utama bagi rakyat Malaysia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu bukan saja dipelajari sekadar untuk melayakkan diri masuk ke pusat pengajian tinggi ataupun sebagai syarat untuk melayakkan diri mendapat bantuan kerajaan, tetapi sebaliknya harus dijadikan bahasa utama dalam menyatupadukan warganegara yang berbilang kaum ini.
c) Bahasa Melayu bahasa ilmu.
pemerintahan British, akibat daripada pengaruh kolonialisme, namun setelah Malaysia mencapai kemerdekaan bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa Kebangsaan dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang dituturkan oleh cerdik pandai bemula dari sekolah kebangsaan, sekolah menengah serta institusi-‐institusi pengajian tinggi. Dasar bahasa Kebangsaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bagi semua sekolah bermula dari peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah dan pengajian tinggi telah meningkatkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
d) Bahasa Melayu bahasa komunikasi.
Bahasa merupakan alat perhubungan bagi manusia menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Negara Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa dapat disatukan dengan menggunakan bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh semua masyarakat. Bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh semua masyarakat amat penting bagi mengutarakan sesuatu idea. Setiap idea perlu disampaikan dalam bentuk yang gramatis serta berkualiti untuk diterima dan diguna pakai di dalam masyarakat. Jelaslah, bahasa komunikasi yang satu amat penting dan akan dapat mempertingkatkan hubungan dan menambah kualiti komunikasi antara satu sama lain.
e) Lingua-‐franca
British, Portugis dan Belanda (Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, 2007 ). Surat-‐ surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan bahasa Melayu sebagai dengan menggunakan tulisan Jawi. Dokumen-‐dokumen berkenaan boleh kita temui dalam undang-‐undang tubuh bagi negeri-‐negeri Melayu juga menggunakan bahasa Melayu dan ditulis menggunakkan tulisan Jawi.
f) Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Simbol Permuafakatan Antara Etnik
Bahasa Melayu yang telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan perbualan harian, sebagai bahasa komunikasi, dan bahasa persuratan maka telah dipersetujui dan disepakati oleh peminpin pelbagai kaum di Negara ini agar bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Permuafakatan pelbagai kaum ini dirakam dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara seperti yang termaktub dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENDIDIKAN
Pelbagai langkah dan kaedah pelaksanaan telah dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan boleh dilihat melalui fungsi bahasa Melayu itu sendiri dalam perlembagaan Malaysia. Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan 2012 (57-‐59), Kementerian Pelajaran Malaysia telah meletakkan satu garis panduan dalam perkara 38 terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan iaitu seperti berikut:
38.0 Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris
(Mbmmbi)
sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia.
38.1.2 Tujuan utama Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) adalah untuk mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa.
38.1.3 Tujuan utama Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) adalah supaya bahasa komunikasi antarabangsa ini dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
38.1.4 Matlamat MBMMBI adalah untuk melahirkan murid yang fasih dan yakin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
38.1.5 Penguasaan murid dalam kedua-‐dua bahasa tersebut diharapkan berada pada tahap tinggi. Penguasaan bahasa ialah penguasaan secara sistematik, iaitu penguasaan bahasa secara keseluruhan bukannya setakat penguasaan lisan sahaja.
38.2 Pernyataan Dasar
38.2.1 Memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.
38.2.2 Memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia (BM) dan bahasa Inggeris (BI) dengan fasih dan betul.
38.3 Strategi Pelaksanaan
38.3.1 Mengangkat martabat BM dengan menggunakannya secara meluas dan berkesan sebagai bahasa ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.
ditambah antara 30 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu BI bagi Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima ditambah sebanyak 40 minit seminggu.
38.3.3 Memperkukuh penguasaan asas kemahiran berbahasa murid melalui pendekatan kurikulum modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Pendekatan ini dilakukan melalui modul pengajaran dan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada perkara asas berbahasa, didik hibur, apresiasi bahasa melalui Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa yang memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu berasaskan sistem bahasa. Aktiviti ini disokong dengan bahan bacaan estetika seperti sastera kontemporari kanak-‐kanak, bahan program awal berstruktur dan bacaan ekstensif yang mendedahkan murid kepada bahan bacaan yang indah dan berkualiti.
38.3.4 Memastikan BM dan BI diajarkan oleh guru mengikut opsyen sepenuhnya. Sementara guru bukan opsyen BM dan BI akan ditempatkan semula mengikut keperluan opsyen di sekolah. Guru-‐guru bukan opsyen juga akan diberikan kursus tambah opsyen.
38.3.5 Meningkatkan kapasiti guru melalui pelaksanaan latihan guru praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan.
38.3.6 Menggunakan khidmat penutur jati BI sebagai jurulatih utama kepada pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan guru di sekolah. Di samping itu perkhidmatan guru BI yang telah bersara diambil secara kontrak bagi menampung kekurangan guru BI.
38.3.7 Memperluas perkongsian dan jaringan guru hingga ke peringkat global sebagai satu mekanisme guru berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan berkesan melalui forum/seminar/persidangan antarabangsa.
38.3.8 Memperluas integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran BM dan BI. 38.3.9 Menaik taraf makmal komputer sekolah dengan perkakasan dan perisian TMK supaya boleh berfungsi sebagai makmal bahasa.
38.3.11 Memartabatkan sepuluh buah IPGM sedia ada sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Malaysia (PKBM) dan Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI) bagi latihan dan kursus praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Lima buah PKBM ialah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur; IPG Kampus Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang; IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak; IPG Kampus Ipoh, Perak dan IPGM Kampus Kent, Sabah. Manakala lima buah PKBI ialah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu; IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak; IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah; IPG Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur dan English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur.
38.3.12 Memantapkan kerjasama pintar dengan agensi luar dalam meningkatkan bilangan program atau aktiviti bahasa yang menarik.
Dua belas (12) strategi yang disediakan oleh kerajaan dalam Dasar pendidikan 2012 di atas jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mencari jalan dan menyediakan kaedah-‐kaedah tertentu dalam memastikan bahasa Melayu mampu mendukung falsafah pendidikan negara dan secara tidak langsung mampu menjadi bahasa ilmu di dalam pendidikan secara menyeluruh. Dengan adanya strategi tersebut dan juga pelaksanaan yang mengikut garis panduan yang disediakan tidak mustahil penggunaan bahasa Melayu secara inklusif dalam pendidikan boleh menjadi wadah dan wahana untuk memandaikan warganegara Malaysia.
seperti bahasa Inggeris sekarang. Walaupun keadaannya berbeza sekarang, bahasa itu akan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan bangsa dan negara.
Slogan ‘Bahasa Melambangkan Bangsa dan Bahasa Jiwa Bangsa’ adalah antara slogan yang dapat menaikkan semangat patriotisme dan kemerdekaan daripada penjajah yang lebih mengutamakan bahasa mereka. Slogan ini begitu dihayati oleh pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diangkat semula sebagai bahasa intelektual, bahasa falsafah serta bahasa ilmu. Tiada bahasa lain yang dapat membentuk ketamadunan sesuatu bangsa itu melainkan bahasa bangsa itu sendiri termasuk ketamadunan bangsa Melayu oleh bahasa Melayu. Justeru, cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh bahasa Melayu hari ini haruslah ditangani dengan sewajarnya oleh semua golongan khususnya pihak kerajaan.
usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
KEKANGAN DAN LANGKAH PENYELESAIAN
Sungguhpun telah jelas bahawa untuk memandaikan anak bangsa, pengajaran dan pembelajaran haruslah dilaksanakan dengan menggunakan bahasa ibunda, namun terdapat juga kekangan yang terpaksa dihadapi disebabkan oleh faktor-‐faktor tertentu, antaranya ialah:
i) Pengaruh Bahasa Inggeris
Pemodenan telah membawa pengaruh globalisasi secara menyeluruh ke seluruh dunia. Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai wadah kemajuan globalisasi atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula mengabui mata masyarakat dan penggubal dasar. Peranan bahasa Melayu dalam agenda pembangunan negara dan pendidikan juga turut terkena bahang globalisasi. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka hendak menjadi bangsa yang maju. Proses globalisasi digunakan sebagai alasan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui bahasa Inggeris. Pada hal sudah ada dasar sejak tahun 1957 yang diperakukan oleh Laporan Razak sendiri bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di sekolah. Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-‐olah bahasa Inggeris itu merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi. Tiada tindakan mahupun usaha untuk memantapkan bahasa Melayu. Hakikatnya, penguasaan pelajar terhadap bahasa Inggeris tidak meningkat dan pemahaman mereka terhadap bahasa Melayu pula semakin merosot.
menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, namun dalam akta yang sama juga telah memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk membenarkan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi bukanlah jalan penyelesaian kepada pelajar dalam menguasai ilmu. Satu kaedah yang mungkin boleh diaplikasikan dalam hal ini ialah memperkenalkan sistem bahasa ibunda berasaskan dwibahasa (mother tongue-‐based bilingual programme) yang dibincangkan oleh Carol Benson (2005). Melalui kaedah ini pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan dwibahasa (dengan andaian bahawa pelajar menggunakan dwibahasa sebagai bahasa pertuturan dan bahasa komunikasi di rumah). Pada hari ini penggunaan dwibahasa sebagai bahasa pertuturan di rumah bukanlah perkara yang baru. Namun untuk melaksanakan langkah ini memerlukan satu kajian dan penyelidikan yang teliti sebelum diimplementasikan.
ii) Kegagalan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.
yang sebenarnya tidak dapat diterapkan oleh golongan pengajar dan tenaga pengajar tersebut. Ini menyebabkan golongan pelajar akan mendapat input yang salah dan bercelaru. Hal ini demikian menyebabkan golongan pelajar khususnya pelajar Melayu tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan betul.
Selain itu, masalah penggunaan dialek bahasa Melayu di bilik darjah masih ada hingga hari ini. Tambahan pula, tidak semua pelajar dianggap sebagai orang Melayu adalah orang Melayu. Misalnya, orang Jawa dan menggunakan bahasa Jawa di rumah. Bahasa Melayu ialah bahasa kedua dan bahasa Inggeris ialah bahasa ketiga bagi mereka. Bagi kebanyakan pelajar sebegini, bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka dan mereka terpaksa mempelajarinya. Menurut Sufean Hussin (1996 ) mengatakan bahawa di sekolah murid-‐murid akan diajarkan aspek tatabahasa di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kerana ia amat penting untuk melahirkan murid yang pintar berbahasa selain dapat menggunakan tatabahasa dengan betul. Tujuan pengajaran tatabahasa dijalankan di sekolah adalah untuk membolehkan murid-‐murid dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya. Selain itu, ia juga dapat membantu murid-‐murid bertutur dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain serta murid dapat menggunakan frasa dengan jelas dan tepat.
Pengajaran tatabahasa ini sangat mencabar bagi seseorang guru bahasa. Guru-‐ guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri. Guru-‐guru tidak boleh dengan sewenang-‐wenangnya mengajarkan tatabahasa kepada murid-‐ murid tanpa membuat sebarang rujukan berkaitan kandungan dalam tatabahasa itu sendiri. Ini bersesuaian dengan zaman sekarang di mana murid-‐murid perlu menguasai tatabahasa untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan peperiksaan. Bagi mengatasi masalah ini, antara langkah yang dimasukkan dalam Dasar pendidikan kebangsaan (2102) adalah mempertingkat kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui:
i. memperbanyak istilah Matematik, Sains dan Teknologi:
ii. meningkatkan aktiviti sokongan bahasa seperti pertandingan/kempen/ kursus; dan
iii) Pengaruh Bahasa Slanga
Slanga wujud sebagai satu bentuk kekacauan bahasa. Kekacauan bahasa ini sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Ismail Jusoh (2000) mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-‐kata yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-‐istilah tersebut dalam berkomunikasi. Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka. Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir-‐akhir ini, banyak rungutan mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa ini sering digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawanan melepak, atau pelajar universiti seperti di UPM atau golongan profesional untuk menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Bahasa Slanga ini cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman. Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek, bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-‐lain lagi. Para pensyarah sering merungut tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara.
iv) Kurang buku rujukan dalam bahasa Melayu.
Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-‐buku ilmiah ini didatangkan dari luar negara untuk rujukan para pelajar. Dasar mempercayai budaya orang luar telah menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia. Para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan buku-‐buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.
Abdullah Hassan (1987) mengatakan bahawa langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah dengan melantik sebuah badan berkanun seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu badan berkanun yang berperanan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP berperanan untuk memupuk dan memperkaya bahasa kebangsaan, memperluas bidang pengetahuan masyarakat terhadap penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu, menerbitkan, menggalakkan dan menyelaraskan penerbitan buku dan jenis penerbitan lain yang berkaitan dengan kajian dan pembinaan bahasa Melayu, membakukan sistem ejaan dan sebutan, mencipta istilah saintifik yang sesuai dengan bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa kebangsaan. Dengan adanya Dewan Bahasa dan Pustaka sedikit sebanyak dapat membantu pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran untuk memantapkan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan.
vi) Bahasa Melayu bahasa ilmu tinggi.
budaya ilmu, pemikiran dan teknologi. Dengan kata lain, bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan sebagai pengantar ilmu, bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, bahasa baku dan bahasa standart. Sehubungan dengan hal itu, amat wajarlah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Malaysia kini diiktiraf sebagai bahasa ilmu tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa pembentuk budaya. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan. tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih perlukan pemantapan. Kemajuan pendidikan dalam bahasa Melayu telah berlaku dengan pesatnya apabila kerajaan menubuhkan sekolah menengah berbahasa pengantar Melayu dan terlaksananya Dasar Pendidikan Negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di institusi-‐institusi pengajian tinggi (IPT). Usaha memperkasa Bahasa Melayu di IPT adalah menggunakannya dalam situasi-‐situasi rasmi dan memupuk semangat cintakannya.
KESIMPULAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2012. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Garvin, Paul L.; and Madeleine Mathiot ,1968. ‘The urbanization of the Guarani language: a problem in language and culture’, in Joshua A. Fishman et al. (eds), Readings in the sociology of language, (The Hague: Mouton), pp. 365-‐74.
Ismail Jusoh , 2000. Bahasa dan Masyarakat. Dalam Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Junaidi Awang Besar dan Mohd Fuad Mat Jali, 2010. Pemansuhan dasar PPSMI:
Kamarudin Kachar, 1989. Pendidikan Dan Masyarakat. Edisi Pertama. Kuala LumpuR: Teks Publishing sdn. Bhd.
Mohd Amin Arshad , 2005. Bahasa Melayu Tinggi. UPM Serdang, Selangor.
Nik Safiah Karim, 2004. Bahasa Melayu Sedekad Yang Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa.
Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. Penerimaan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar dan Guru, Projek Penyelidikan II/10/2003 Persatuan Linguistik Malaysia/ATMA, Bangi, UKM.
Omar Mohd. Hashim, 1993. Pendidikan Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaharir Mohamad Zain, 2005. Beberapa Akibat daripada Pengajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris di Malaysia: Suatu Penilaian Empiris dan Teori. Kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu ke-‐2, anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu (PBPPM), di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur, 26-‐27 Mac, 2005.
Sufean Hussin, 1996. Pendidikan di Malaysia – Sejarah Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
i
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0513&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm.
ii
www.moe.gov.my/v/falsafah-‐pendidikan-‐kebangsaan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diakses pada 17
Mac 2015.
iii
Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1031&sec=sastera&pg=sa_01.htm#ixzz3U
eICFAc4© Utusan Melayu (M) Bhd